cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking Β«Accept allΒ», you agree to the use of cookies.

avatar

Ad-Dien Abdul Kadir

Writer | Editor | Mantan Editor Majalah Solusi & al-Ustaz. Channel yang mengumpulkan tulisan-tulisan, sisi pandang, life thoughts dan perkongsian ilmu daripada Ad-Dien Abdul Kadir. Menjemput semua untuk join channel ini. Ahlan wa sahlan (Welcome here)!

Show more
Malaysia3 381The language is not specifiedReligion & Spirituality2 131
Advertising posts
32 495
Subscribers
-624 hours
-727 days
-30030 days
Posts Archive
Kalau mahu berbicara dengan Allah dan mengadu keluh kesah kehidupanmu, banyakkanlah sujud. Kalau mahu Allah berbicara denganmu dan menjawab persoalan tentang kehidupan, banyakkanlah membaca al-Quran. Orang yang sentiasa sujud dan melazimi al-Quran akan sentiasa diberi petunjuk.
Show all...
❀ 212πŸ‘ 20πŸ₯° 3😒 3
Masa antara Maghrib dan Isyak sebenarnya masa yang sangat elok untuk kita baca al-Quran. Apatah lagi bila kita dah lama tak sentuh al-Quran. Azam tahun ini kita luangkan masa untuk baca al-Quran sampai timbul rasa sayang dan terkilan bila sehari tak baca al-Quran.
Show all...
❀ 258😭 27πŸ‘ 24πŸ₯° 2
Photo unavailableShow in Telegram
Esok insyaAllah kelas sirah siri ke dua akan berlangsung. Saya akan ceritakan dari mana asal usul Nabi Muhammad bahkan jauh sebelum itu dari mana datangnya bangsa Arab ini. Bagi yang berminat nak ikut serta, sila scroll poster kelas dan isi form penyertaan. Baru kelas kedua jadi masih tak banyak terlepas πŸ˜‡
Show all...
πŸ‘ 48❀ 10
Maksiat mulut adalah maksiat terbesar yang paling diremehkan. Padahal Nabi memberi jaminan dan kepastian bahawa kebanyakan orang masuk neraka kerana banyaknya dosa mulut telah dilakukan. Kerana itu dalam perbahasan akhlak, ulama menulis sangat panjang tentang dosa-dosa mulut.
Show all...
❀ 131😒 59πŸ‘ 12πŸ† 3😱 2😁 1
Photo unavailableShow in Telegram
Ramadan akan tiba lebih kurang dua bulan lagi. Bagi yang belum habis puasa ganti, boleh mula berpuasa. Bagi yang tidak tahu hukum-hakam puasa, boleh mula buat bacaan dan belajar. Sama-sama kita persiapkan diri menyambut ketibaan bulan paling mulia ini.
Show all...
❀ 115πŸ‘ 16πŸ‘ 1
Esok bermula kelas pertama Sirah. Ramai orang Islam tak pernah tahu kenapa penting dan perlu belajar sirah. InsyaAllah saya akan kongsikan 10 sebab kenapa wajib belajar sirah yang akan membuka dimensi baru sebagai seorang Muslim. Memahami Sirah adalah jalan untuk memahami Islam. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfhOkoB9Y1n9PFMRaEOakeDTRsSYYKh9WqpK9W7hhFz5AFqHw/viewform
Show all...
❀ 36πŸ‘ 16
Alhamdulillah selesai kelas Akhlak siri 1 malam semalam. Terima kasih semua yang join terutama teman-teman dari negara lain seperti Singapura dan Brunei. Jumpa kelas Sirah hari Jumaat insyaAllah!
Show all...
❀ 39πŸ‘ 15
UP! Kelas mula minggu depan, hari selasa. Kita mula dengan ilmu akhlak dulu, Jumaat Sirah pula. 2024 kita akan jadikan Tahun menambah ilmu agama bersama-sama, insyaAllah.
Show all...
πŸ‘ 40❀ 27πŸ‘ 2
Antara sunnah hari Jumaat yang mungkin ramai lelaki terlepas pandang ialah mandi Jumaat. Disisi mazhab Syafie, sunat mandi Jumaat bermula terbit fajar hingga sebelum mula solat Jumaat. Paling afdal, mengakhirkan mandi Jumaat hingga waktu mahu pergi solat Jumaat. Ini kerana tujuan utama sunnah mandi Jumaat adalah untuk hadir solat Jumaat dalam keadaan bersih dan mengelakkan bau yang tidak disenangi ketika berkumpulnya kaum Muslimin ketika solat Jumaat. [al-Majmu’ 4/534] Jadi kalau boleh hari Jumaat amalkan sunnah mandi Jumaat ni. Kalau mampu mandi betul-betul sebelum nak pergi solat tu, itu terbaik. Kalau tak mampu kerana kerja dan sebagainya, mandi awal pagi tu niat sekali mandi Jumaat. Dapat extra pahala sunat Jumaat. Mandi pun dapat pahala sunat extra, rugilah kita tak niat. β€”β€” Ad-Dien Abdul Kadir 29/12/2023 https://t.me/addien90
Show all...
πŸ‘ 53❀ 20πŸ‘ 1
Bismillah, InsyaAllah saya akan buka dua kelas, Sirah dan Akhlaq/Penyucian jiwa. Kita akan belajar kandungan kitab ulama tapi secara santai. Terbuka kepada semua, diutamakan yang tiada asas. Jika berminat boleh tekan link pendaftaran di bawah. Doakan! https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfhOkoB9Y1n9PFMRaEOakeDTRsSYYKh9WqpK9W7hhFz5AFqHw/viewform
Show all...
❀ 63πŸ‘ 21😍 5πŸ₯° 4πŸŽ‰ 1
Kata Nabi ο·Ί, kaki kita semua tak akan berganjak pada hari kiamat sampai Allah soal 5 perkara; β€Ž1. Umur, usia hidup dihabiskan untuk apa? β€Ž2. Ilmu, apa yang diamalkan? β€Ž3. Harta, dari mana dapat? β€Ž4. Harta, ke mana dibelanjakan? β€Ž5. Setiap anggota badan, apa yang telah dibuat? [Riwayat al-Tirmizi no. 2416] Bayangkan kita kalau hidup 60 tahun, setiap hari selama 60 tahun tu Allah tanya setiap 5 soalan ni. Terduduk nak menjawab. Cuba ambil masa sebelum tidur, tanya diri sendiri 5 soalan ni. Mesti rasa malu, rasa banyak sangat dosa, rasa confirm masuk neraka. Begitulah sepatutnya keadaan kita, kena banyak-banyak muhasabah diri sendiri. Jangan sibuk urusan atau aib orang lain di social media. Kita punya dosa sendiri tak terkira banyak. β€”β€” Ad-Dien Abdul Kadir 26/12/2023
Show all...
❀ 94😭 64πŸ‘ 16😒 6😨 4
Photo unavailableShow in Telegram
Menurut Imam Hasan al-Basri, orang Mukmin itu sifatnya selalu bersangka baik dengan Tuhan sehingga amalannya menjadi semakin lama semakin baik. Sedangkan orang munafik selalu buruk sangka kepada Tuhan hingga amalannya semakin lama semakin buruk. [Musannaf Ibn Abi Syaibah 19/536] Perasan tak bila makin banyak kita baik sangka kepada Tuhan, kita makin konsisten beribadah, makin banyak berdoa, makin berusaha nak buat benda baik dan jadi orang baik. Tapi bila dah buruk sangka kepada Tuhan, makin malas dah nak beribadah. Makin kurang berdoa, makin jauh dari Tuhan. Semua ini sangat berkait rapat dengan sangka baik kepada Tuhan. Tapi ramai orang tidak sedar betapa besarnya makna sangka baik kepada Tuhan. β€”β€” Ad-Dien Abdul Kadir 25/12/2023
Show all...
❀ 138πŸ‘ 17😒 16πŸ’― 2πŸ₯° 1πŸ¦„ 1
Fiqh solat di R&R ketika musim cuti. Amalkan fiqh awlawiyyat (priority) jika orang ramai/sesak. 1. Wuduk ringan. 3 kali basuhan hukumnya sunat, bukan wajib. Biasakan ambil wuduk secara ringan terutama bila musafir di tempat sesak atau kurang air. 2. Jangan panjangkan bacaan solat apatah lagi kalau jadi imam. Janganlah waktu macam ni nak baca surah panjang atau flex suara sedap. Tak kena tempat dan keadaan. Ringkaskan solat supaya orang lain dapat solat pula. 3. Zikir selepas solat dan doa itu sunat. Kalau nampak orang ramai menunggu, sebaiknya terus bangun dan beri laluan untuk orang lain solat. Kalau nak zikir dan doa, ringkas sahaja. Jangan waktu itulah nak berzikir dan doa panjang-panjang terutama di akhir waktu solat. Zikir dan doa itu sunat tapi sengaja buat orang lain terlepas waktu solat itu haram. Inilah sebahagian contoh aplikasi yang disebutkan sebagai fiqh awlawiyat. Mengutamakan prioriti terutama bila melibatkan maslahat orang ramai. Kalau kita faham dan amalkan, akan terlihat nilai cerdik dalam beragama. Sama-sama kita cuba amalkan. β€”β€” Ad-Dien Abdul Kadir 24/12/2023
Show all...
πŸ‘ 142❀ 54πŸ”₯ 6
Isteri Nabi ο·Ί pernah berzikir dari lepas subuh hingga waktu dhuha. Kemudian Nabi ajar satu zikir ini. Kata Nabi ο·Ί, baca tasbih ini 3 kali maka pahalannya lebih berat berbanding zikir dari subuh sampai dhuha tanpa tasbih ini. πŸ“Ώ
Show all...
❀ 127πŸ‘ 12πŸ₯° 6
Photo unavailableShow in Telegram
❀ 145πŸ‘ 15❀‍πŸ”₯ 6πŸ‘Ž 1
Nabi ο·Ί dan sahabat pernah dijamu makan selepas kelaparan seharian. Ketika makan, Nabi ο·Ί kata: β€ŽΩ„ΨͺΨ³Ψ£Ω„Ω† ΨΉΩ† Ω‡Ψ°Ψ§ Ψ§Ω„Ω†ΨΉΩŠΩ… ΩŠΩˆΩ… Ψ§Ω„Ω‚ΩŠΨ§Ω…Ψ© β€Žβ€œKalian pasti disoal di hari kiamat tentang nikmat makan ini.” β€ŽKita hari ni makan 3-4 kali sehari, makan bermacam lauk dan menu sedap setiap hari. Tak terkira nikmat makan kita sudah rasa sampai hari ini. Itu belum lagi nikmat pakaian, kenderaan, kemudahan, dan semua benda yang kita dah nikmati selama ini. Semua itu akan dibentangkan dan disoal satu per satu dihadapan Tuhan. Panjang dan lama hisab kita nanti teman-teman. Sangat panjang. Sebab itu kena selalu muhasabah, taubat dan minta ampun. Dosa kita ni banyak. β€”β€” Ad-Dien Abdul Kadir 22/12/2023
Show all...
❀ 99😒 51πŸ‘ 15😭 9
Up
Show all...
πŸ‘ 18πŸ‘ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Disisi mazhab Syafie, zakat sebenarnya afdal (lebih baik) dihebahkan supaya orang lain terinspirasi daripadanya dan tidak timbul buruk sangka bahawa orang kaya tidak keluarkan zakat. Manakala sedekah dan amalan sunat, afdal dirahsiakan. [al-Majmu’ 6/233, al-Aziz 7/425] Bahkan menurut Imam Ibn Battal, menghebahkan zakat itu lebih afdal berbanding menyembunyikan merupakan sesuatu yang disepakati seluruh ulama. [Syarh Ibn Battal 3/420] Seperti juga solat fardu afdalnya dizahirkan (berjemaah), solat sunat afdalnya sembunyikan. Ad-Dien Abdul Kadir 21/12/2023
Show all...
❀ 147πŸ‘ 48πŸ”₯ 1
Menurut Imam al-Mawardi, pekerjaan manusia yang paling penting berpusat pada tiga pekerjaan. 1. Pertanian 2. Perniagaan 3. Perindustrian/pembuatan barang Dari tiga pekerjaan ini lahir banyak cabang pekerjaan dan hukum. Antara tiga kerja ini, yang paling afdal ialah pertanian. Disisi mazhab Syafie, pertanian adalah sebaik-baik dan semulia pekerjaan kerana banyak dalil yang menyebutkan kelebihan bertani/bercucuk tanam. Selepas itu yang kedua afdal ialah pembuatan barang kemudian barulah perniagaan. [Raudhah al-Talibin 3/281] Orang yang suka menanam sebenarnya banyak pahala tersembunyi yang mungkin mereka sendiri pun tak tahu. Berbudi kepada tanah bukan hal yang remeh disisi Islam. Panjang kalau nak dijelaskan satu persatu, kena buat kelaslah kalau nak tahu. β€”β€” Ad-Dien Abdul Kadir 20/12/2023
Show all...
❀ 119πŸ‘ 21😱 9πŸ₯° 2πŸ‘ 1πŸ’― 1
Menurut Imam al-Ghazzali, orang yang baran/pemarah ialah orang yang lemah akalnya. Disebabkan itu, syaitan akan selalu bermain-main dengan emosi dan amarahnya seperti anak-anak bermain bola. Antara pintu-pintu syaitan yang paling besar ialah nafsu marah. [Ihya’ Ulumiddin 3/32] Cepat marah, senang triggered, mudah mengamuk maksudnya lemah akal. Sebab itu Nabi ο·Ί pesan orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal kemarahannya.
Show all...
❀ 140πŸ‘ 48😒 10πŸ”₯ 2
Menurut Imam Ibn al-Jauzi, sesiapa ketika hidupnya banyak bercakap tentang kehormatan kaum muslimin (mengumpat), mencari-cari aib dan kesalahan orang lain dan selalu berkata keji/mulut jahat, maka ketika sakaratul maut pasti akan susah mengucap syahadah. [Bahr ad-Dumu’ 1/124] Bahasa mudahnya Ibn al-Jauzi pesan: Kuat membawang, nanti mati susah mengucap. Ad-Dien Abdul Kadir 17/12/2023
Show all...
πŸ‘ 74😭 40❀ 36😒 18😱 4😐 3
Menurut Imam Ibn Qutaibah dalam Minhaj al-Qasidin, termasuk orang yang tertipu dengan dunia ialah orang yang merasa dirinya banyak ibadah dan kebaikan tapi dia mengabaikan sisi dosa yang telah dilakukan terutama mengumpat & mencarut. Padahal separuh waktu hidupnya telah mencemari maruah kaum Muslimin. Dalam perbahasan tasawuf, β€œperasaan” sebegini termasuk dalam al-Muhlikat, iaitu sesuatu yang merosakkan dan membinasakan pemiliknya yang akhirnya akan membawa kepada neraka. Tak sedikit orang-orang baik, dia pernah fikir β€œaku rasa aku masuk syurga nanti” kerana amal solehnya hingga lupa sisi dosa dan maksiat yang telah dia lakukan terutama dosa-dosa yang melibatkan manusia seperti ghibah, namimah, dan seumpamanya. Para Salik memberi perhatian yang sangat besar terhadap isu hati sebegini.
Show all...
❀ 82😭 39πŸ‘ 14😒 9
Antara dosa hari Jumaat yang ramai orang tak tahu, terlepas pandang dan ambil ringan ialah haramnya jual beli selepas azan kedua bagi orang yang wajib solat jumaat. Kata Imam an-Nawawi, setiap kerja/perbuatan yang menyibukkan dari solat Jumaat menjadi haram. [al-Majmu’ 4/500]
Show all...
πŸ‘ 115❀ 52😨 15😱 9😒 4
Menurut Imam al-Ghazzali, ujian hidup merupakan cara Allah untuk meneguhkan hati. Kerana itu semua Nabi yang diutus, diuji dengan sangat berat agar mereka belajar bersabar sehingga melahirkan keteguhan hati sepenuhnya kepada Allah. Keteguhan hati adalah darjat para Nabi. [Ihya’ Ulumiddin 1/26] Orang beriman biasanya akan diuji dengan ujian yang semakin berat sesuai dengan kadar imannya sebagaimana para Nabi melalui proses yang sama. Selain menjadi kafarah dosa, ujian tersebut adalah cara Tuhan menaikkan darjat mereka hingga semakin hampir dengan darjat Nabi-Nabi. Maka orang yang mengaku beriman tanpa pernah melalui ujian berat sepatutnya bimbang dengan tahap keimanan dan pandangan Tuhan terhadap mereka kerana sunnatullah bagi orang beriman itu akan selalu diuji Tuhan untuk membuktikan keimanan dan keteguhan mereka. Ad-Dien Abdul Kadir 14/12/2023
Show all...
❀ 132πŸ‘ 28😭 20
Takde ya istilah mulut je jahat tapi hati baik. Itu semua membongak. Kalau hati baik dia susah nak cakap benda tak baik πŸ˜€
Show all...
❀ 145πŸ‘ 50πŸ’― 28πŸ”₯ 4πŸ₯° 3
Menurut Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah, tanda seseorang itu busuk hati/hati jahat ialah dengan jahatnya kata-kata yang keluar dari mulut serta banyaknya kejahatan dilakukan anggota badan kerana keadaan hati seseorang akan menzahirkan perbuatan luarannya. [Zad al-Ma’ad 1/67]
Show all...
❀ 104πŸ‘ 32
Menurut Imam Fudhail bin Iyadh, sesiapa yang ada 5 sifat ini dia akan selalu hidup dalam kesengsaraan dan keserabutan: 1. Keras hati 2. Mata tidak menangisi dosa 3. Sedikit sifat malu 4. Cintakan dunia 5. Panjang angan-angan [Madarij as-Salikin 2/271]
Show all...
πŸ‘ 84😒 46❀ 42😭 2
Menurut Imam Qatadah, azab kubur biasanya disebabkan 3 bahagian dosa. Pertama disebabkan ghibah (mengumpat). Kedua, kerana najis kencing yang diremehkan. Ketiga, kerana namimah (suka mengadu domba/batu api). Azab kubur menanti sesiapa yang selalu dengan 3 dosa ini.
Show all...
❀ 116😒 62πŸ‘ 29😐 7
Menurut Imam As-Syafie, orang yang menuntut ilmu itu wajib menempuh susah payah di zaman belajar barulah ilmu itu betul-betul melekat. Hidup serba susah, musafir jauh, kurang tidur, sabar dengan banyaknya kelas dan bacaan semua itu akan memberi kesan kepada keilmuan seseorang. Bahkan Imam As-Syafie dengan tegas mengatakan tidak akan beruntung seseorang yang menuntut ilmu dalam keadaan serba senang. Maksudnya dia tak serius dalam menuntut ilmu kerana tidak ada pengorbanan berat yang dia perlu bayar untuk mendapatkan ilmu tersebut. [Tahzib al-Asma’ 1/75]
Show all...
❀ 222😭 48πŸ‘ 25πŸ’― 8
Apa yang keluar dari mulut seseorang sangat menggambarkan tahap imannya. Nabi kata: β€ŽΩ„ΩŠΨ³ Ψ§Ω„Ω…Ψ€Ω…Ω† Ψ¨Ψ§Ω„Ψ·ΨΉΨ§Ω† ΩˆΩ„Ψ§ Ψ§Ω„Ω„ΨΉΨ§Ω† ΩˆΩ„Ψ§ الفاحش ΩˆΩ„Ψ§ Ψ§Ω„Ψ¨Ψ°ΩŠΨ‘ β€Žβ€œBukanlah seorang Mukmin, orang yang suka membuka aib, melaknat, cakap lucah dan bercakap hal-hal menyakitkan hati orang.” [Riwayat al-Tirmizi]
Show all...
❀ 195πŸ‘ 32😒 12πŸ˜‡ 4🀯 1
Bila kali terakhir anda membaca al-Quran? Ketika kita sudah mati, yang menjadi teman menemani adalah pahala al-Quran yang kita baca dan amalkan. Bukan suami, isteri, ibu, bapa, anak-anak, harta benda atau apa pun. Al-Quran itulah sebenar-benar teman hingga ke alam Baqa.
Show all...
❀ 235😒 44πŸ‘ 8
Menurut Imam Yusuf bin Asbat, sesiapa memiliki 10 sifat ini maka dia itu betul-betul manusia yang sangat baik. 1. Sedikit pertikaian dengan orang lain. 2. Adil dalam menilai sesuatu. 3. Tidak suka mencari-cari kesalahan orang lain. 4. Berusaha untuk membaiki keburukan yang kelihatan. 5. Mencari uzur bagi kesalahan orang lain (baik sangka) 6. Sabar ketika diganggu. 7. Selalu muhasabah dengan mencela diri sendiri (musibah akibat dosa sendiri) 8. Selalu fokus dan sibuk mengurus aib diri sendiri tanpa masuk campur aib orang lain. 9. Selalu berwajah ceria. 10. Tutur kata yang lembut. [al-Tanwir Syarh al-Jami’ as-Saghir 5/535]
Show all...
❀ 151πŸ‘ 28πŸ”₯ 3😒 3
Menurut Imam ibn Abdil Barr, semakin banyak seseorang bercita-cita dan mengejar nikmat dunia, semakin susah untuk dia faham ilmu agama, semakin jahil dan semakin jauh dari beramal soleh. Tahap agama seseorang bergantung kepada tahap dia mengejar dunia. [al-Tahmid 3/202] Semakin seseorang itu faham agama, semakin kurang pula angan-angan dan keinginannya terhadap dunia. Ini bertepatan dengan apa yang telah ditunjukkan dalam kehidupan pemuka-pemuka Islam terdahulu seperti Nabi sendiri, para sahabat dan semua yang mengikuti jalan mereka.
Show all...
πŸ‘ 102❀ 72πŸ”₯ 5πŸ₯° 3
Masjid inilah Nabi Muhammad ο·Ί memberikan khutbah terakhir (khutbatul wada’) di hadapan lebih 100,000 sahabat Nabi. Kalau umrah jarang jemaah dibawa ke sini padahal di sini pernah ada sirah rare, musuh Nabi dipancung kepalanya. β€ŽπŸ“Masjid Namirah, Arafah, Makkah πŸ‡ΈπŸ‡¦
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Dah masuk seminggu saya di Mekah. Saya banyak share update terkini di story IG. Korang search IG saya /addien90, saya letak highlight kot-kot korang terlepas story sebelum ni. Doakan saya tau!
Show all...
❀ 99πŸ‘ 35πŸ•Š 5πŸ₯° 2
Photo unavailableShow in Telegram
Selesai Umrah. Saya mula tawaf jam 3.30 a.am kemudian solat subuh berimamkan syaikh Sudais. Selepas itu sambung tawaf dan saie. Tahallul delay sikit tengah fikir nak botak ke tak hmm πŸ™‚
Show all...
πŸ‘ 101❀ 73πŸŽ‰ 3πŸ•Š 3πŸ‘ 1😁 1πŸ†’ 1