en
Feedback
Ismaweb.my

Ismaweb.my

Open in Telegram
8 494
Subscribers
No data24 hours
-117 days
-5630 days
Posts Archive
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru sahaja selesai merakam keterangan lima saksi termasuk seorang ahli politi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru sahaja selesai merakam keterangan lima saksi termasuk seorang ahli politik dari Sabah berhubung siasatan dakwaan skandal rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata lima individu itu dipanggil susulan isu baharu mengenai siasatan berkenaan yang ditimbulkan di sebuah portal dan SPRM Sabah sedang meneliti rakaman keterangan itu. Katanya, siasatan dakwaan skandal rasuah itu dibuat berdasarkan video dikeluarkan sebuah portal serta di media sosial. Sumber: Bernama https://www.ismaweb.my/ https://t.me/ismaweb https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Jabatan Kimia telah mengesahkan bahawa tiada unsur asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir dalam semua sampel setiap perisa sand
Jabatan Kimia telah mengesahkan bahawa tiada unsur asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir dalam semua sampel setiap perisa sandwic yang didapati menyalah guna logo halal. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu disahkan oleh Jabatan Kimia sebagai pihak yang berautoriti berkaitan isu berkenaan. "Ada pihak yang bertanya tentang isu DNA Porcine dan sebagainya, laporan daripada Jabatan Kimia pihak yang berwibawa dan berautoriti. Sumber: Sinar Harian https://www.ismaweb.my/ https://t.me/ismaweb https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Penggubalan Akta Pendanaan Politik perlu disegerakan dengan memfokus kepada pendanaan ketika kempen pilihan raya. Ketua Pesur
Penggubalan Akta Pendanaan Politik perlu disegerakan dengan memfokus kepada pendanaan ketika kempen pilihan raya. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata cadangan itu sudah diutarakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. "Pada pendapat saya, undang-undang ini sangat ideal ketika ini memandangkan beberapa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. Sumber: Berita Harian https://www.ismaweb.my/ https://t.me/ismaweb https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Kumpulan Pejuang Palestin Hamas berkata pada Khamis bahawa ia sedia untuk menyambung semula pembebasan tawanan seterusnya pad
Kumpulan Pejuang Palestin Hamas berkata pada Khamis bahawa ia sedia untuk menyambung semula pembebasan tawanan seterusnya pada Sabtu jika Israel mematuhi syarat perjanjian gencatan senjata Gaza, lapor Anadolu Ajansi. "Israel melanggar perjanjian itu berkali-kali, sama ada dengan menghalang kepulangan orang yang dipindahkan atau menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan,” kata jurucakap Hamas, Abdul Latif al-Qanoua. "Jika Israel tidak mematuhi syarat perjanjian, proses pertukaran tawanan tidak akan berlaku," katanya. Sumber: Bernama https://www.ismaweb.my/ https://t.me/ismaweb https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Kemuliaan Malam Nisfu Syaaban. Malam Nifsu Syaaban adalah malam istimewa kerana doa dimakbulkan. Marilah kita perbanyakkan do
Kemuliaan Malam Nisfu Syaaban. Malam Nifsu Syaaban adalah malam istimewa kerana doa dimakbulkan. Marilah kita perbanyakkan doa, memohon keampunan, keberkahan, dan kemudahan dalam setiap urusan. Semoga Allah SWT mengabulkan segala hajat yang baik, melapangkan hati, serta memberikan kita kekuatan untuk terus istiqamah di jalan-Nya. https://www.ismaweb.my/ https://t.me/ismaweb https://www.tiktok.com/@ismaweb.my #nisfusyaaban #malamnisfusyaaban #kemuliaanmalamnisfusyaaban

Salam Nisfu Syaaban 1446 Hijrah Selamat menunaikan ibadah & menghidupkan Malam Nisfu Syaaban kepada semua umat islam. https:/
Salam Nisfu Syaaban 1446 Hijrah Selamat menunaikan ibadah & menghidupkan Malam Nisfu Syaaban kepada semua umat islam. https://www.ismaweb.my/ https://t.me/ismaweb https://www.tiktok.com/@ismaweb.my #nisfusyaaban #malamnisfusyaaban #kemuliaanmalamnisfusyaaban

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan ti
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata, keputusan kerajaan untuk tidak menyambung perkhidmatan golongan tersebut dan tidak mengambil kira pengalaman selama enam tahun dalam perkhidmatan kontrak adalah langkah yang tidak adil. Beliau turut menyifatkan tindakan tersebut adalah langkah membebankan mereka yang sekian lama berkhidmat dalam sektor awam. Sumber: Sinar Harian https://www.ismaweb.my/ https://t.me/ismaweb https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan, rundingan untuk menamatkan perang antara Rusia dan Ukraine akan ber
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan, rundingan untuk menamatkan perang antara Rusia dan Ukraine akan bermula "serta-merta" selepas mengadakan panggilan telefon yang "panjang dan sangat produktif" dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, pada Rabu. Panggilan itu, yang merupakan perbualan pertama yang diketahui antara kedua-dua pemimpin sejak Trump kembali memegang jawatan Presiden AS bulan lalu, berlaku ketika Trump dengan jelas menyatakan kepada penasihatnya bahawa beliau mahu menamatkan konflik Ukraine dengan segera. Pegawai pentadbiran Trump berkata, mereka berharap pertukaran tahanan pada Selasa dapat menjadi petanda kepada usaha baharu untuk menamatkan perang yang bakal memasuki tahun keempat. Sumber: Agensi https://www.ismaweb.my/ https://t.me/ismaweb https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaa
Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Februari lepas, kata Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian berkenaan dalam jawapan bertulis disiarkan di laman rasmi Parlimen memaklumkan daripada jumlah itu, 6,231 ialah calon sekolah KPM. "Berdasarkan kepada analisis daripada Aplikasi Pengurusan Ketidakhadiran ke Sekolah Semasa Peperiksaan, antara sebab utama ketidakhadiran calon ketika peperiksaan SPM Tahun 2024 termasuk bekerja, masalah keluarga, masalah kesihatan, meninggal dunia dan berpindah ke luar negara,” kata KPM. Sumber: Bernama https://www.ismaweb.my/ https://t.me/ismaweb https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 setiap tan metrik berbanding RM1,300 berkuakuasa Aha
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 setiap tan metrik berbanding RM1,300 berkuakuasa Ahad ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu turut mengumumkan, kerajaan akan mengekalkan Beras Putih Tempatan pada harga RM2.60 sekilogram dengan menyerap sebahagian kos pengeluaran sekitar RM150 juta untuk tempoh enam bulan. Menurutnya, penetapan harga berkenaan mengambil kira kenaikan kos upah dan kos input pertanian seperti baja, racun dan lain-lain serta impak kepada kos pengeluaran beras dan seterusnya memberi kesan kepada harga beras di pasaran. Sumber: Sinar Harian https://www.ismaweb.my/ https://t.me/ismaweb https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Ra
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta. Menurut Perdana Menteri, tindakan sama juga diambil terhadap himpunan oleh ahli keluarga tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), berlangsung di hadapan Kompleks Penjara Sungai Buloh beberapa hari lalu. "Tindakan (polis) sebelum ini iaitu siasatan terhadap semua mahasiswa yang terbabit dalam himpunan bebas rasuah, siasatan dihentikan dan tidak ada tindakan akan diambil. Juga mogok lapar, tunjuk perasaan mengenai SOSMA juga tidak akan diambil tindakan," katanya di Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis. Sumber: Awani https://www.ismaweb.my/ https://t.me/ismaweb https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Israel mengancam untuk melancarkan perang ‘baharu’ ke atas Hamas dan melaksanakan rancangan Presiden Amerika Syarikat, Donald
Israel mengancam untuk melancarkan perang ‘baharu’ ke atas Hamas dan melaksanakan rancangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza yang musnah jika tidak membebaskan tahanan hujung minggu ini. Kenyataan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz dibuat sejurus selepas Hamas menegaskan tidak akan tunduk kepada ancaman AS dan Israel berhubung pembebasan tahanan di bawah perjanjian gencatan senjata yang rapuh. Gencatan senjata itu sebahagian besarnya telah menghentikan pertempuran selama lebih 15 bulan dan menyaksikan tahanan Israel dibebaskan dalam kumpulan kecil sebagai pertukaran untuk rakyat Palestin yang ditahan Israel. Sumber: Agensi https://www.ismaweb.my/ https://t.me/ismaweb https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Kerajaan bercadang menyediakan beberapa lagi bantuan sosial kepada pelarian yang berdaftar dengan kerajaan dan Suruhanjaya Ti
Kerajaan bercadang menyediakan beberapa lagi bantuan sosial kepada pelarian yang berdaftar dengan kerajaan dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) termasuk kebenaran bekerja secara sah di Malaysia. Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, berkata perincian kepada kebenaran ini sedang diperhalusi mengambil kira syarat dan keperluan tenaga kerja mengikut sektor yang bersesuaian. Katanya, kebenaran ini juga hanya akan dimuktamadkan selepas kesemua pelarian dan pemohon suaka yang berada di Malaysia sudah berdaftar dengan kerajaan. Sumber: Berita Harian https://www.ismaweb.my/ https://t.me/ismaweb https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Lima beranak termasuk empat kanak-kanak rentung selepas kediaman mereka di Jalan Bakti, Kampung Berangan 6, Umbai di sini, mu
Lima beranak termasuk empat kanak-kanak rentung selepas kediaman mereka di Jalan Bakti, Kampung Berangan 6, Umbai di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Sufian Abu Bakar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.40 pagi. Dua jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Padang Temu dikejarkan ke lokasi dan tiba jam 1.51 pagi. Sumber: Berita Harian https://www.ismaweb.my/ https://t.me/ismaweb https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Terpengaruh dengan kenalan media sosial yang berkongsi maklumat pelaburan keuntungan tinggi, guru tuisyen rugi RM886,000 dije
Terpengaruh dengan kenalan media sosial yang berkongsi maklumat pelaburan keuntungan tinggi, guru tuisyen rugi RM886,000 dijerat sindiket pelaburan tidak wujud. Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian Deputi Superintendan Abd Hamid Abdul Rahaman berkata, mangsa iaitu wanita berusia 43 tahun berkenalan dengan suspek tahun lalu dan ditawar menyertai satu pelaburan melalui aplikasi berkait wang kripto pada 21 September lalu. "Suspek menjanjikan keuntungan yang tinggi dan berkali ganda terhadap jumlah wang yang dilaburkan. Sumber: Harian Metro https://www.ismaweb.my/ https://t.me/ismaweb https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Tentera Israel membakar beberapa rumah dan sebuah ladang di selatan Lubnan pada Rabu, dalam insiden terbaru pelanggaran perja
Tentera Israel membakar beberapa rumah dan sebuah ladang di selatan Lubnan pada Rabu, dalam insiden terbaru pelanggaran perjanjian gencatan senjata, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan. Menurut Agensi Berita Lubnan, beberapa rumah dibakar oleh tentera Israel di bandar Al-Aadaissah. Tentera Israel juga melepaskan tembakan ke arah pinggir bandar Bint Jbeil dan meletupkan sebuah ladang di kawasan sempadan Aita al-Shaab, menurut laporan penyiar itu. Sumber: Bernama https://www.ismaweb.my/ https://t.me/ismaweb https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

"Gaza bukanlah hartanah yang boleh dijual dan dibeli, ia adalah sebahagian daripada tanah Palestin kami yang diduduki." Izzat
"Gaza bukanlah hartanah yang boleh dijual dan dibeli, ia adalah sebahagian daripada tanah Palestin kami yang diduduki." Izzat Al-Rishq Ahli Biro Politik Hamas Sumber: HAMAS https://www.ismaweb.my/ https://t.me/ismaweb https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Kumpulan pejuang Houthi yang berpangkalan di Iran bersedia untuk melancarkan serangan ke atas Israel sekiranya negara itu mel
Kumpulan pejuang Houthi yang berpangkalan di Iran bersedia untuk melancarkan serangan ke atas Israel sekiranya negara itu melancarkan semula perang ke atas Gaza dan tidak mematuhi perjanjian gencatan senjata, kata pemimpin mereka, Abdulmalik Al-Houthi, pada Selasa. Houthi sebelum ini telah menyerang kapal Israel dan kapal lain di Laut Merah, mengganggu laluan perkapalan global, yang mereka nyatakan sebagai tindakan solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza semasa perang Israel dengan Hamas. “Tangan kami berada di picu dan bersedia untuk segera meningkatkan serangan terhadap Israel jika mereka kembali meningkatkan ketegangan di Semenanjung Gaza,” kata Al-Houthi dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen. Sumber: Agensi https://www.ismaweb.my/ https://t.me/ismaweb https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Seorang Ahli Parlimen mencadangkan supaya kaedah pemberian subsidi ke atas minyak masak paket ditukar kepada pemindahan tunai
Seorang Ahli Parlimen mencadangkan supaya kaedah pemberian subsidi ke atas minyak masak paket ditukar kepada pemindahan tunai menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (SARA) setiap bulan. Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) berkata, pendekatan sedemikian lebih berkesan dalam membendung ketirisan yang dilaporkan masih dan terus berlaku, biarpun pelbagai pemantauan dan tindakan sudah diambil penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). "Kerajaan wajar mengkaji pemberian subsidi minyak masak dan memberikan bayaran bersasar menerusi bentuk tunai. Ini cara lebih baik dengan penjimatan. Sumber: Berita Harian https://www.ismaweb.my/ https://t.me/ismaweb https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Rakyat Israel berhimpun di Tel Aviv selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengancam untuk menyambung serangan di Gaza ji
Rakyat Israel berhimpun di Tel Aviv selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengancam untuk menyambung serangan di Gaza jika Hamas tidak membebaskan tebusan Israel. Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir. Beliau juga menyatakan tentera Israel akan meneruskan serangan sehingga Hamas dikalahkan sepenuhnya. Sumber: Awani https://www.ismaweb.my/ https://t.me/ismaweb https://www.tiktok.com/@ismaweb.my