DaieMatrix
Kita semua adalah pendakwah.
Show moreThe country is not specifiedThe language is not specifiedThe category is not specified
222Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Banyak mana kata kata semangat yang kau baca, selagi kau belum usaha, it's nothing.
Don't just dream it. Do it!
Nak tanya ni, ada manfaat ke malas ni? Habis tu yg dok malas malas ni pasepa? Aktif la sikit!
You know what, bila kau letak Allah itu sbg no 1 dalam hidup kau, insha Allah kejayaan milik kau.
Iman kita hari ini penuh dgn KERAGUAN...
Ragu terhadap janji Allah..
Ragu terhadap Ajaran Nabi SAW
Ragu terhadap kubur..
Ragu terhadap akhirat..
Buktinya?
Kita sentiasa tepati waktu office tapi tak dapat tepati masa untuk solat di awal waktu..
Kita buat kerja penuh adab, tertib untuk sukakan bos..
tapi bila solat nak cepat selesai sampai rukuk dan sujud tak sempurna di hadapan Allah..
ada yang langsung tak solat...
Perintah ALLAH yg menciptakan makhkuk pun tak patuhi, masakan patuh n ikut janji sesama makhluk.
Kita segera tinggalkan apapun urusan bila bos panggil kita.. tapi kita tak mampu tinggalkan urusan dunia bila seruan azan memanggil kita..
Kita risau tak da duit esok nak makan apa? Tapi kita tak risau kalau esok mati cukup tak bekal amal kita?
Kita yakin hari esok masih ada, seolah-olah mati tak akan datang dengan tiba-tiba.. sedangkan malaikat maut mendatangi kita 70 kali sehari..
MashaAllah terasa.
Malunya dengan ALLAH yang maha esa...
Berdosanya dgn ALLAH yang menjadikan kita..
Pesan pada diri;
Marah macam mana pun, jangan mencarut. Kata-kata kesat tu menggelapkan hati.
Ingat tu.
Disaat kau rasa diri kau dah cukup hebat, ingat, ada lagi yg lebih hebat.
Teman,
Dikala waktu semua orang sedang enak beradu,
Dikala waktu ramai orang sedang lena dibuai mimpi,
Ayuh,
Bangunlah, bangkitlah,
Curi sedikit masa utk Sang Pencipta.
Tunaikan 2 rakaat,
Bacalah 'surat' cintaNya,
Lakukan sungguh-sungguh.
Anggap ia yang terakhir buat kita.
Anggap ia ibadah terakhir yang kita laksana.
Aku pesan,
Utk aku, kau, kita semua.
Apalah guna sahabat,
Kalau hanya ada semasa gembira.
Sebab aku fikir sahabat, aku pesan.
:')
Suatu malam, seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.
Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.
Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.
Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.
Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.
Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."
(HR Bukhari & Muslim)
Kenapa masih nak sia siakan solat?
Penat Nabi pegi mengadap Allah depan depan.
Mintak kurang 50 waktu jadi 5 waktu.
Ruginye kan...
"Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka."-Ustaz Don Daniyal
Alhamdulillah masih dibangkitkan pagi ini didalam fitrah Islam. Mulakan hari ini dengan senyuman dan bersangka baik dengan semua orang 😊
Kalau kita selesaikan masalah kita dengan Allah, Allah akan selesaikan masalah kita.
Malem gais 🌷
Kesalahan itu tercipta adalah untuk dimaafkan, bukan untuk dikeji dan dimaki
"Ingat satu benda ni bro"
"Apa?"
"Kejayaan yang kita miliki hari ini ialah berkat doa ibu bapa kita. Jgn pernah lupakan mereka"
Siapa kita nak buka aib orang? Kawan, semua orang ada aib. Kau, aku, kita semua. Jaga aib orang, nescaya Allah jaga aib kita.
Permintaan kawan, terus tunaikan.
Permintaan ibu, buat dekk je.
Ingat, syurga kita di telapak kaki ibu. Jaga hati ibu
Paling takut,
Bila Allah tarik nikmat ibadah.
Solat rasa malas, tak khusyuk.
Nak pegang al-Quran jauh sekali.
Allahu. Moga dijauhkan 😭
Dakwah is not about telling people whether they'll end up in jannah or not. It's about HELPING each other to be in jannah.
Di akhirat, tangan yang menulis ini akan berbicara. Mulut terkunci mati.
اليوم نختم على أفواههم
Tulislah yang baik baik sahaja.
Maksiat, mmg mulanya nampak manis, semua indah.
Tapi kemudian hari, kau lihat betapa sakitnya rasa maksiat itu.
Maksiat, penyebab hilang redha Allah. Sahabat, jauhilah.
Untuk berjaya di dunia memerlukan ilmu, untuk berjaya di akhirat juga memerlukan ilmu. So, mengapa masih tidak mahu menuntut ilmu?
"Ingat, apa tujuan kau masuk u? Utk menuntut ilmu atau hanya berfoya-foya. Ingat matlamat kita sbg student. Pls"
Sahabat, damailah.
Boleh jadi kerana pertengkaranmu,
Keberkatan hidupmu hilang.
Apa kau tak fikir jika kau hidup tanpa keberkatanNya?
Assalamualaikum...
1 hari 1 hadis
Dari Nu’man bin Basyir : Nabi saw bersabda, “Doa itu ibadah. Tuhanmu telah berfirman, _Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu_.’” (Surah Al-Mukmin : 40) [HR Abu Daud,no.1479]
"Melepaskan orang yang kita cintai, memang amat menyakitkan. Tapi tak semua yang kita cintai, harus kita miliki"
Hm, dalam sangat maksud dia ni :')
Assalamualaikum...
1 hari 1 hadis
Dari Jabir bin Abdullah : Rasulullah saw bersabda, “Janganlah kalian belajar ilmu untuk menyombongkan diri kepada para ulama, untuk menghina orang-orang yang bodoh. Dan janganlah kalian (terlalu) berharap agar menjadi pilihan suatu majlis. Barangsiapa melakukan semua hal itu, maka neraka.. sekali lagi, neraka (adalah tempatnya).”[HR Ibnu Majah,no.208]
Kawan, maaf.
Mungkin selama ni aku terlalu ikut kata hati.
Aku senang sangat sangka buruk dengan korang.
Mungkin,
Selama ini,
Aku fikir aku baik.
Tapi aku silap.
Sebab bila mana seseorang itu telah menganggap dirinya baik,
Dari situlah bermula keburukan yang seburuk-buruknya.
Ya, aku salah.
Hanya satu aku pinta,
Bukan benda, tapi maaf dari seorang sahabat.
Sahabat, maafkan aku :(
Someday , Kita akan reach this breaking point
Rasa tak tenang
Rasa incomplete
Rasa tergantung
Rasa mcm we really really need something , but we dont know what is it
Rasa kosong ,
Rasa hopeless
" Kenapa aku diciptakan ? "
" Apa yg aku nak sebenarnya "
" I am really alone , is there ever anyone who still love me ? "
Bro , Sis
Sujudlah , Sujudlah , Sujudlah
Itu je
Kadang-kadang kita tak sedar , kita tak melakukan dosa besar pun , kita tak melakukan maksiat besar pun , tapi mungkin kita terikat dgn dosa-dosa kecil
Bila buat dosa kecil , hati berlari-lari kecil meninggalkan Allah , larian-larian kecil inilah yg kita tak sedar
Larian yg menjauh dari Allah . Sampai suatu masa , sebenarnya larian kecil ni dah menjadi jarak yg sangat jauh dari Allah .
Hati tak tenang , sebab maksiat yg berterusan
Hati tak tenang , sebab amalan yg ditinggalkan
Besarnya kasih sayang Allah .Bila hambaNya menjauh , Dia terus memanggil
Sebelum ni , kita dalam tarbiah sekolah
Pagi dan petang , kita amalkan mathurat
Sebelum tidur , kita amalkan Al-mulk
Sebelum subuh , kita amalkan qiamulail
Sebelum zohor , kita amalkan dhuha
Tapi , mungkin disebabkan oleh kesibukan assignment , kerja sekolah , or apa-apa activity society , kita tinggal amalan ni
Sebenarnya amalan² ni laa yg mendekatkan , amalan² ni laa yg menenangkan .
Bahkan dia dah stated jelas dalam Quran .
" Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang "
[ 13:28 ]
Tuhan bukan dia meninggalkan
Dia hanya mendekatkan , Sampaian rindu agar hambaNya merintih , Sampaian rindu agar hambaNya kembali
Kita berjarak sedikit , terus Dia panggil
Kita lalai sedikit , terus Dia menyentuh
Allah missed you . Get back to
Qiamullail , Solat Sunat dua rakaat .
Nak nangis , nangislah
Nak mengadu kat Allah cakap dunia ni penat ,
Mengadulah
Allah would raise your burden
Wallahi
Level ni
Allah hadirkan rasa rindu kita pada Dia , sampai buat kita menangis . Serious
Fa'inni Qaribbb 😭😞😞
Moga Allah berkati kehidupan kita semua selama ini.
Assalamualaikum...
1 hari 1 hadis
Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, “Mencari ilmu adalah fardhu bagi setiap orang Islam.” [HR Ibnu Majah,no.0184]
Wey,
Apa tujuan kau buat dia macam tu?
Nak halang dia menuntut ilmu?
Kawan,
Nak bergurau pun ada adab.
Kau ingat kelakar ke buat macam tu?
Ya, kau boleh gelak. Sakan lagi.
Tapi dia? Terseksa.
Kau pandai, takpe.
Dia?
Fikir sikit.
Kau ingat dia tak terasa,
Tapi dalam hati siapa yang tahu?
Maaf kalau aku kasar,
Tapi aku kecewa dgn kau!
Assalamualaikum...
1 hari 1 hadis
Dari Hudzaifah r.a, (katanya) : Nabi saw bersolat, dan jika baginda membaca ayat tentang rahmat, baginda memohon rahmat. Jika baginda membaca ayat tentang azab, baginda memohon agar dijauhkan. Jika baginda membaca ayat yang menerangkan tentang penyucian sifat-sifat Allah, baginda bertasbih. [HR Ibnu Majah,no.1119]
Nak hargai orang, tak perlu pakai duit pun.
Belajarlah hargai, barulah boleh nak minta dirikau dihargai.
Tak susah,
Tak payah,
Dan kadang mudah.
Tapi kenapa tak reti hargai seseorang yang bersungguh-sungguh, yang baik dan layan kau dengan elok?
Sebab ego.
Sekali dia pergi,
Dah taknampak jalan kembali.
Waktu tu menyesal?
Pergi mati.
Satu,
Jangan main-main dengan perasaan orang yang berjuta kali sedih pujuk hati sendiri.
Assalamualaikum...
1 hari 1 hadis
Dari Anas bin Malik : Rasulullah saw bersabda, “Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan di kegelapan untuk pergi ke masjid dengan (balasan) cahaya yang sempurna pada hari kiamat kelak.” [HR Ibnu Majah,no.640]
Assalamualaikum...
1 hari 1 hadis
Dari Anas bin Malik ra: Nabi saw bersabda, “Janganlah kalian berdoa untuk mati dan janganlah kalian mengharapkannya. Barangsiapa yang harus berdoa (untuk mati), hendaklah dia berdoa, ‘Ya Allah, hidupkanlah aku selama kehidupan lebih baik bagiku dan wafatkanlah aku selama kematian lebih baik bagiku’.” [HR Nasa'i,no.1821]
Ada orang, dia boleh handle rasa sedih dia.
Dan ada orang, dia langsung tak dapat atasi kesedihannya.
Bahaya sebenarnya.
Kerana apabila kau sedih,
Saat itu syaitan lebih mudah menghasut dan memudaratkankan.
Berjuta ratus bisikan yang dia tiup disebelah telinga kau.
Sampai kau rasa,
Bunuh dirilah satu-satunya cara menyelesaikan masalah kau.
Kawan,
Ujian itu bukti cinta.
Ujian itu Allah beri ikut kemampuan kita.
Maka bila datangnya ujian,
Solutionnya cuma ada dekat kita.
Kawan, jangan pernah biarkan rasa sedih memijak mati diri kau.
Atasi rasa sedih.
Kau boleh!