cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Surirumah

Quotes Tips . . You are AWESOME 💜

Show more
Indonesia114 521The language is not specifiedThe category is not specified
Advertising posts
183Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Saat doaku dikabulkan, aku bersyukur kerana itu keinginanku. Saat doaku tidak dikabulkan, aku lebih bersyukur kerana itu keinginan Allah. Saidina Ali Abi Thalib كرم الله وجهه ~ #KalamUlama Ayuh Solat Zuhur 💕
Show all...
SUKAR MENGAWAL MARAH . . Soalan : . Saya nak mintak nasihat Ibu sikit. Kadang-kadang saya sukar nak kawal perasaan marah bila anak-anak saya 3 & 1 thn buat perangai. Bila ada sahaja rasa marah tu kadang-kadang saya cubit dan bising pada anak-anak. Tapi lepas tu mula la perasaan bersalah pada anak yang masih kecil-kecil tu. Kesian mereka. . Jawapan Ibu: . Sayang, menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak kecil yang aktif, sememangnya adakalanya sukar hendak mengawal perasaan. Namun, kita perlu belajar mengawal perasaan. . Kita dikurniakan sesuatu perkara itu yang nampak baik atau buruk pada mata kita itu, sebenarnya adalah untuk kita menjadi semakin baik. Dengan melatih diri menjadi sabar dengan anak-anak, kita akan menjadi seorang yang sabar. . Bila kita berdoa supaya Tuhan memberikan kepada kita kesabaran, Tuhan tidak hanya meletakkannya di dalam hati kita. Kita dididik melalui kejadian dalam hidup kita. Jika kita ingat ini, maka kita akan lebih berusaha untuk sabar. . Formulanya, bila rasa hendak marah: . 1. Tarik nafas dan bilang sampai 5. Jika masih marah bilang sampai 15. 2. Bayangkan bila anak-anak itu sudah besar dan mereka memuji bagaimana anda membesarkan mereka dgn penuh kesabaran. 3. Baca surah Al-Fatihah dan 5 ayat pertama surah TAHA. Kemudian cuba lihat the funny side of what they are doing. You will feel so bless to have them. . Marah tu memanaskan kerana ia digemburkan oleh iblis yang dibuat dpd api. Oleh itu, padamkan api itu dengan berzikir. Jika yang bukan muslim, lakukannya dengan gambaran yang menyejukan hati. Semoga Allah menguatkan iman dan kasih sayang di dalam hati kita semua. Ikuti ilmu parenting Ibu Rose di Telegram @iburoselove
Show all...
Sayang Semua, Adakalanya kita hilang kesabaran di dalam mendidik anak-anak yang kita kasihi. Mungkin kerana kita dilanda stress yang besar atau masalah yang menghantui fikiran atau kita saja hilang kawalan. Untuk tidak memburukkan keadaan. Pertama - jika anda muslim, maka beristifarlah. - jika anda bukan muslim, bacalah doa anda. Kedua - Maafkan diri anda. Ketiga - Kuatkan kembali semangat anda dan katakan saya menjadi semakin sabar setiap hari dan saya melakukan perkara yang membantu saya bertambah sabar. Keempat - pergi cium kembali anak anda dan jika anda telah keterlaluan cara sebentar tadi, nyatakan anda minta maaf dan peluklah anak anda itu dengan penuh rasa bersyukur. Jangan pula meratap dan keterlaluan mengutuk diri. Maaf yang dipinta adalah sekadar untuk anak itu tahu anda tersilap dan anda mengaku kesilapan anda dan anda membetulkan diri anda. Dan yang penting, anak itu merasakan dia dikasihi dan dia seorang anak yang baik. People make mistake but not many people take ownership of their mistake and improve. Most will blame others and become worse every day. Salam Sayang, Ibu Rose #BetterParentBetterChildren #BPBC Ikuti ilmu parenting Ibu Rose di Telegram @iburoselove
Show all...
"Bumi Allah amatlah luas, namun suatu saat apabila takdir sudah datang, angkasapun menjadi terasa sempit" [Imam Asy-Syafie ‎رحمه الله تعالى]
Show all...
Alhamdulilah Semoga kita bersyukurlah apa yang kita miliki. Assalamualaikum para surirumah
Show all...
Perempuan Selalu Lupa Tiga Perkara.. 1) tangan adalah aurat. 2) kaki juga adalah aurat. 3) dada adalah aurat, jadi wajib melabuhkan tudung mereka menutup dada. Perempuan selalu alpa dua perkara.. 1) pandang remeh dgn aurat di pergelangan tangan. 2) tidak memakai stokin. Dan perempuan leka tentang dua perkara.. 1) aurat mereka adalah maruah mereka. 2) kecantikan bukan pada muka, tapi pada hati. Dan Perempuan seringkali lupa bahawa menutup aurat adalah UNDANG-UNDANG ALLAH, bukan manusia. "Perempuan" Dia tengah tidur, tapi malaikat tulis dosa dia. Dia tengah solat, tapi malaikat tulis juga dosa dia. Dia makan, belajar, mandi, tapi malaikat tetap juga catit dosa dia. Dia tak buat apa2 pun malaikat tetap catit dosa dia. Ehh.... apa salah dia? Ohh, rupa2 nya byk mata sdg melihat gambarnya yg tidak menutup aurat di media sosial. Walaupun hanya lengan bajunya terangkat sedikit hingga melebihi pergelangan tangannya. Setiap kali ada lelaki yg melihat, setiap kali itulah dosanya bertambah.. Dan... Perempuan jgk selalu lupa dan leka...dgn nasihat suami tentang aurat dan maruahnya...serta maruah suaminya...
Show all...
Iya☝✔CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH :LIKE - SHARE - SAVE FOR RAMADHAN: Mak2 yg ada anak kecil dan jugak mak2 yg siangnya bekerja, malamnya jadi supermak.. jom baca cara2 nak buat solat terawih di rumah.. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid. ● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid. ● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula. ● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga. Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh ikut cara di bawah ye: SOLAT SUNAT TERAWIH ~~~~~~~~~~~~~~~~~ ● Niatnya : أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى “Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” ● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam. ● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat. ● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan. SOLAT SUNAT WITIR ~~~~~~~~~~~~~~~ Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain. ● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ "Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala" ● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ "Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala" ● Zikir Selepas Solat Witir سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ [3x] ● Doa Solat Witir "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai.. Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat. SEMOGA BERMANFAAT... . . LIKE & SHARE & SAVE utk tatapan Sepanjang Ramadhan nnt.
Show all...
Nak Hijrah? Hati kena kuat sahabat. Doa hari hari Hanya Allah tempat mengadu. Ada masa mungkin rasa tercabar dan putus asa. Tapi jangan lama lama layan perasaan. Bimbang Anda karam di lautan. @Surirumah
Show all...
Tazkirah-Ebit Lew Rahmat di sebalik musibah... Baru ini saya sedang parking di depan rumah ayah mertua. Tiba-tiba ada sebiji kereta depan mata saya di bawa laju-laju dan bergesel dengan kereta saya. Dia terus pergi laju-laju. Saya tengok calar dari depan sampai belakang. Terkejut juga, saya cuma doa Ya Allah pasti ada rahmatmu. Ada kebaikan nak datang ni. Rahmat Allah.. Malam yang sama sedang saya di surau. Ada sebuah kereta budak-budak muda pasang lagu kuat-kuat langgar kereta saya lagi. Bertambah colour pada kereta saya. Saya cepat-cepat solat taubat dan beri sedekah. Ya Allah maafkan saya. Salah saya. Rahmat Allah. Pasti ada rahmat ni..kebaikan nak datang.. Esok pagi semasa nak ke pejabat. Semasa di traffic light ada sebuah kereta laju meluru langgar belakang kereta saya. Sepanjang saya bawa kereta ini kali kedua orang langgar belakang kereta saya. Saya tengok boleh tahan teruk kedua-dua kereta. Saya termenung sekejap sebab bertubi-tubi pulak rasa. Terus sangka pasti ada rahmat besar Allah nak bagi.. Saya kata pada akak pakai sexy tadi. Dia panik dan cuba terangkan. Saya kata akak nak tahu yang sebenarnya? Semua yang berlaku dalam dunia ini telah ditakdirkan Allah. Hari ini dan waktu ini akak langgar belakang kereta saya. Dia terkejut. Saya senyum jer. Buat apa nak marah. Allah dah tulis.. Saya tolong dia uruskan keretanya. Lepas tu dia ambil nombor telefon saya dan tanya saya kerja apa. Saya kata saya buat training motivasi.. Esoknya dia call saya. Dia ajak ke pejabat bincang pasal kursus untuk kakitangan di tempat kerjanya. Dia antara bos utama. Ramai orang presentation. Saya salah seorang datang..saya datang seorang jer..dia tak kenal saya pun. Tak pernah langsung tahu.. Takdir Allah saya dapat 6 siri program teambuilding untuk organisasi tu. 3hari 2malam. Saya belajar satu perkara di sebalik susah dan musibah ada rahmat Allah nak bagi. Rahmat dapat buat dakwah pada sebuah pejabat yang tak pernah ambil training islamic. Sebelum ni katanya semua non muslim punya training. U paling murah dan saya terkejut bila kereta u teruk tapi u senyum dan kata ini semua takdir Allah. Siapa tahu rupanya Allah simpan kegembiraan disebalik semua kesedihan yang kita lalui. Adik beradik kita yang paling nakal akhirnya menjadi anak yang paling baik dan banyak khidmat buat ibubapanya.. Pelajar yang direndahkan dan dipandang rendah tiba-tiba jadi paling berguna buat masyarakat.. Orang yang lambat kahwin dan tiada anak akhirnya paling bahagia dan gembira sampai akhir usia.. Orang paling gengster akhirnya orang paling banyak menangis depan Allah.. Buat dakwah tapi sentiasa dihina dan direndahkan dan mungkin disalahfahami tetapi tiba-tiba menjadi orang yang kata-katanya diingati dan jadi asbab hidayah. Semua ulama yang soleh dulu pernah masuk penjara kerana kebenaran.. Kematian orang paling disayangi supaya dia diberi rehat dan Allah ingin kita belajar erti kehidupan agar menjadi lebih bermakna.. Belajarlah melihat disebalik kesusahan ini Allah sediakan rahmat yang besar.. Jika Allah ingin beri kebaikan pada seseorang,Allah mula beri musibah. Tidak ada orang akan gagal di dunia dan akhirat melainkan orang yan berputus asa dari rahmat Allah. Ubat bagi segalanya sangka baik pada Allah
Show all...
Firman Allah: Tiap tiap yg berjiwa akan merasai mati. Dan pada hari kiamat barulah akan di sempurnakn pahalamu. Barangsiapa yg di jauhkn dari neraka dan dimasukkn ke syurga maka sungguh dia beruntung. Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yg memperdayakan. (Surah Ali-Imran:185.)
Show all...
"..Jika kamu bersyukur akan kurnia-Ku, pasti Aku tambah untukmu. Jika kamu ingkar, sesungguhnya azab-ku sangatlah pedih" [Surah Ibrahim 14: 7] ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Perbanyakkan berselawat Telegram: @iloverasulullah
Show all...
Beauty is when you can appreciate yourself. Assalamualaikum Sahabat di luar sana. Hello May 🗓
Show all...
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ "Jumaat dinamakan sebagai 'Sayyidul Aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari). Digalakkan perbanyak selawat pada hari Jumaat kerana selawat pada hari Jumaat akan dipersembahkan kepada Baginda Rasulullah ﷺ” [Habib Najmuddin Bin Othman Al-Khered Hafizhahullah] Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat @iloverasulullah
Show all...
"Wahai dunia, kau membawa malapetaka bagi manusia. Tiada seorang pun dari mereka yang telah memperolehi dunia, kecuali pergi pada pagi hari dan pulang pada petang hari dengan dipenuhi ketamakkan" [Imam Asy-Syafie Rahimahullah Taala] ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Perbanyakkan berselawat Telegram: @iloverasulullah
Show all...
"Berapa banyak penanam buah tak merasakan ranum manis buahnya, akan tetapi anak cucunya yang menikmatinya. Begitulah Juga Perjuangan." [Habib Muhammad Rizieq Syihab] ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Perbanyakkan berselawat Telegram: @iloverasulullah
Show all...
"Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara." [Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ] Assalamualaikum semua kesayangan di channel @surirumah Semoga perjalanan hidup kita dipermudahkan dan hidup diberkati Allah
Show all...
"Jangan melihat masa lalumu, kerana engkau akan bersedih. Jangan engkau takut pada masa depan, kerana kelak engkau akan gagal. Namun tinggalkanlah rasa sedihmu dan bergembiralah, serta bertawakal kepada Tuhanmu, maka engkau akan berhasil (berjaya)" [Habib Syech Bin Abdul Qadir Assegaf] ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Perbanyakkan berselawat Telegram: @iloverasulullah
Show all...
"Ilmu adalah alat, meskipun ilmu itu baik, tapi hanya alat bukan tujuan. Oleh kerananya ilmu harus diiringi adab, akhlak dan niat-niat yang soleh" [Imam Qutb Habib Abu Bakar Bin Muhammad Assegaf] ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Perbanyakkan berselawat Telegram: @iloverasulullah
Show all...
Manusia Perlu zikir umpama ikan memerlukan air ,, tanpa zikir ,, Hati akan menjadi mati ,, -Ustaz Pahrol Mohd Juoi-
Show all...
Saat doaku dikabulkan, aku bersyukur kerana itu keinginanku. Saat doaku tidak dikabulkan, aku lebih bersyukur kerana itu keinginan Allah. Saidina Ali Abi Thalib كرم الله وجهه ~ #KalamUlama
Show all...
"Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam menyuruh kepada kita agar makan dengan tangan kanan dan dimulakan makan dengan nama Allah Subhanahu wa Taala" [Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid] ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Perbanyakkan berselawat Telegram: @iloverasulullah
Show all...
Assalamualaikum. Morning Surirumah Kesayangan
Show all...
"Tidak aku menemui makanan dan ubat yang lebih baik dari istighfar" [Fudhail Bin Iyadh Rahimahullah Taala] ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Perbanyakkan berselawat Telegram: @iloverasulullah
Show all...
SAMBAL IKAN KERING MANGGA MUDA 🍽 Bahan-Bahan ↗Ikan kering(ikut suka) ↗Cili padi ↗Belacan(dibakar) ↗Buah Mangga muda ↗Garam ↗Gula Cara-Cara: ➡Ikan kering dicuci bersih, goreng hingga garing. Kalau ikan kering biasa, ambil isinya sahaja ➡Buang kulit mangga. Cincang / Sagat ➡Tumbuk isi ikan kering hingga halus, masukkan cili padi, belacan tumbuk hingga hancur. Masukkan mangga muda yg telah dicincang. ➡Tumbuk bersama ikan kering dan cili padi. ➡Masuk garam dan gula. Jom makan 🍽 ( kredit : Share Resipi )
Show all...
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Show all...
Info Mami Jelita Makan ikan semasa kehamilan, boleh meningkatkan perkembangan otak bayi yang sihat dalam kandungan. #iAmSurirumah #infoMamiJelita
Show all...
Iklan ⬇️ ⬇️ Skincare @FuraihaSkincare @FuraihaSkincare Serum @MyleaSerum @MyleaSerum Perkakas dapur @DapurComel @DapurComel Jangan lupa support kami 😍😘
Show all...
Hidup ini terlalu singkat. Dan, sangat rugi kalau kita guna masa yang singkat ni untuk buat jahat, bermaksiat dan menyusahkan orang lain. Nak tahu kita ni jahat atau tak, mudah je. Check akhlak kita. 1) Dalam diri kita ada tak sifat sombong? Rasa diri hebat, pandang rendah orang lain, anggap orang lain lemah dan hina. Sifat sombong ni semua orang boleh kena. Dia pelajar ke, guru ke, ulama ke, doktor ke, ustaz ke, engineer ke, penganggur ke, semua boleh terkena sifat sombong. Cuba check diri. 2) Kita suka mengumpat tak? Cuba check, berapa banyak kali kita umpat dan cerita benda buruk tentang seseorang pada orang lain? Berapa banyak kita jaja keburukan orang? Kalau tak puas hati, tegur je la. Buat apa nak jaja dan aib kan dia? Macamla kita ni maksum sangat. 3) Kita ni ada tak hasad dengki dan dendam? Tak suka tengok orang lain berjaya. Tak puas hati tengok orang lagi tinggi dari dia. So, bila tak puas hati, dia usaha la untuk nak memastikan orang yang dia dengki tu JATUH. Ada jugak jenis orang macam ni. Aduh... 4) Kita ni ada tak sifat tak kenang budi? Orang dah buat baik kat kita, kita balas dengan benda jahat. Pastu bila orang tu ungkit balik kebaikan yang dia pernah buat kat kita supaya kita sedar diri, kita tak puas hati pulak. Common sense kot. Orang buat baik, buatla baik balik. Takkan nak kena ungkit baru nak balas dengan kebaikan. Bila ungkit, marah. Ada jugak orang macam ni. Tak faham. *** Banyak lagi nak list. Tapi secara mudah, nak tahu kita baik ke jahat, tengok AKHLAK kita. Kalau ibadaj hebat, tapi AKHLAK fail, ketahuilah, kita masih belum mencapai darjat iman. Jom sama-sama ubah sikit-sikit. Moga bermanfaat!
Show all...
Bismillahirrahmanirrahim... Syukuri nikmat penglihatan Kerana masih dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah.. Subhanallah💖 Assalamualaikum wanita solehah😘 #ndaEMPIRE #emperorFURAIHA
Show all...
Wanita yang mula-mula kahwin dengan seorang lelaki yang tiada kereta, tiada rumah, tiada lesen kereta, tiada apa-apa. Mereka wanita yang yakin pada Allah dan lebih mensyukuri hidup ini....Kecantikan yang sebenar ialah bila datang dari hati yang ikhlas dalam mencintai dan hanya semata-mata kerana Allah. - Ebit Lew
Show all...
Murabbi kami ada pesan, tentang wanita yang mengidam ketika hamil. Para Sahabiah R.A mereka insan biasa ,mereka juga mengidam ketika hamil (mengandung) tapi keinginan mereka mengidam kadang tidak tercapai kerana kebanyakan mereka orang susah, miskin dan suami-suami mereka kebanyakan masanya diluangkan untuk pergi berjihad menegakkan Syiar Islam. Walaupun tak dapat makan apa yang diidamkan, tapi dari perut-perut mereka telah lahir manusia yang Soleh Solehah, Alim Alimah, Hafiz Hafizah, dan Daie Daieyah yang menegakkan dan menyebarkan Islam hingga ke seluruh pelosok dunia juga sanggup korbankan diri mereka untuk Agama. Kita hari ni kalau mengidam tak dapat makan, takut jadi macam ni lah, macam tu lah.. kadang-kadang minta yang tak patut minta, kadang-kadang benda itu mustahil untuk di minta, tapi minta juga. Semua tu sebab kita dah set mind kita, kita yang sangka macam tu. Yakin lah dengan hadith qudsi, ALLAH berfirman, " Aku bertindak terhadap hambaku mengikut sangkaan hambaku terhadap ku." Sekadar renungan dan SHARE jika bermanfaat. Wallahualam. 😊 https://telegram.me/kakHassanah
Show all...
Tanya pada diri, Sejauh mana kita mahu pergi ? Takut dengan masa silam? Biarkan ia berlalu. Jadikan ia pengajaran. Bisnes is bisnes. Ada pahit ada manis. 5 tahun berlalu. Perbetulkan segala niat Allah sentiasa ada bersama kita
Show all...
Jangan putus asa untuk menulis kebaikan. Jangan putus asa untuk menyampaikan kebaikan. Jangan putus asa untuk membaiki diri. Teruskanlah berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat yang baik walaupun tidak banyak orang mengenali kamu. Cukuplah Allah yang mengenali mu lebih dari pada yang lain. Jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat. #nasihatmuharrikdaie Kredit : telegram.me/muharrikdaie
Show all...
⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇ Asalam ustaz.. ada tak apa2 petua untuk anak saya ni yg sering menangis malam. Asal malam sahaja menangis.. bila bawa jumpa doktor kata tak ada sakit apa2. 👉Panggil semua anak masuk rumah menjelang waktu senja dan malam. lingkungan 30 min sebelum azan maghrib. dan jangan biarkan anak keluar rumah bermain2 waktu malam2. kerana menjelang senja dan malam adalah waktu jin dan iblis berkeliaran. 👉 Tutup semua pintu tingkap dgn menyebut nama Allah menjelang senja. kerana syaitan dan jin tak akan buka n masuk tingkap dan pintu yg di tutup dgn menyebut nama Allah. 👉 Latih anak bini semua supaya jangan lupa sebelum masuk rumah baca tawwuz 3X dan basmallah 3X. dan sebelum masuk pintu rumah bg salam. serta dgn kaki kanan. keluar rumah dgn kaki kiri Kerana di atas setiap pintu2 itu ada jin yg menghuni di situ.. kerjanya nak laga2kan anak2.. nak laga2kan anak2 dgn mak ayah.. nak laga2kan suami isteri.. apa tah lagi jika orang tua tinggal bersama kita.. atau ada orang lain tinggal bersama kita.. asik nampak @ cari salah sahaja 😊 akhirnya gaduh. 👉 Buang semua muzik2 melalaikan dlm rumah dan tukar dgn laungan2 ayat2 suci alquran. kerana muzik2 ni mengundang jin kapir masuk rumah kita. 👉 tutup tv serta soud system yg melaungkan bunyi2an yg melalaikan. 👉Jangan biarkan baju di ampaian di luar kerana jin akan bermain2 di ampaian tersebut.. orang dulu2 kalau terlupa angkat kain mereka akan basuh semula. semua itu ada asbab. 👉 Latih keluarga supaya solat berjemaah.. kalaupun tidak di masjid.. buatlah di rumah bersama keluarga dan anak2. kerana asas kepada perubatan islam adalah amalan solat awal waktu serta berjemaah. 👉 lepas maghrib sebelum isyak bacalah alquran.. ajar anak2 mengaji.. 👉 Ajar anak2 sebelum tidur baca doa.. kalau boleh biasakan mereka wudhu sebelum tidur. 👉 Pendek kata amal semua sunnah2 Nabi. insyaAllah selamat. 👉 Ambil ayat rukyah ini dan pasang kalau anak2 tetap juga nangis malam2 👇👇
Show all...
Bersyukur kerana kita diberi peluang menjadi surirumah. Masih ramai diluar sana, mengharapkan agar dapat jadi surirumah. Memang agak penat, dengan kerja yang tak pernah habis. Dengan karenah anak anak. Kadangkala tiada peluang untuk diri sendiri berlibur. Tapi percayalah. Mungkin hari ni, kita agak penat. Tapi 10tahun lagi Sedikit sedikit kita akan rasa kemanisannya. Pulangan akan datang jua. Mungkin bukan disini tapi di akhirat
Show all...
_TheJourneyOfDakwah: memang kita niey Perempuan inginkan pujian Daripada Seseorang untuk “ Kata kita cantik ” ,, Untuk orang “ puji kecantikan kita ” ,, tapi rasanya tak perlu tunjuk pada orang Lain sebab nanti kecantikan tuu Dah tak istimewa ,, Bukan senang Nak jadi Wanita muslimah niey banyak yang perlu dijaga ,, insya Allah ,, pasti terpelihara ,, Macam sayidina al-Khattab beliau pernah berkata “ sesiapa yang memujiku akan Ku baling dengan Batu ” ,, Pujian niey Mematikan Hati ,, sebab tuu kita mesti Sentiasa berjaga² ,, walau nampak benda tuu Macam remeh temeh Jew kan ? Hakikatnya benda tuulah yang membawa kepada kerosakan Hati ,, Wallahualam bissawab. . ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ Kredit :Telegram.me/TheJourneyOfDakwah
Show all...