Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
Open in Telegram
Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
Show moreThe country is not specifiedThe category is not specified
1 873
Subscribers
No data24 hours
+17 days
-930 days
Posts Archive
JANGAN LUPA PENGAJARAN 13 MEI 1969, DETIK SEJARAH HITAM NEGARA - YANG DI-PERTUAN AGONG
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan seluruh lapisan rakyat bahawa perpaduan adalah asas kekuatan negara.
“Bagi menjamin kemajuan ekonomi, keharmonian kaum dan kestabilan negara, rakyat haruslah bersatu hati, bertolak ansur, dan saling hormat menghormati, serta berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara.
“Jangan kita lupa sejarah hitam negara, peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang tercetus apabila ada pihak yang bertindak keterlaluan, menghina orang lain, dan hilang rasa hormat kepada bangsa dan ketuanan negara ini,” titah Seri Paduka Baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, semalam (1 Jun).
Sultan Ibrahim bertitah menegaskan bahawa pengenalan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sebagai aku janji dan ikrar seorang warga Malaysia bagi membina semula perpaduan kaum dan menjamin keharmonian masyarakat.
“Saya menyeru semua pihak agar menghayati prinsip Rukun Negara dan menjadikannya amalan dan garis panduan hidup rakyat Malaysia. Malah sejak di bangku sekolah lagi, semua pelajar telah dididik untuk membaca ikrar ini.
“Oleh yang demikian, jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak mahu mengikut prinsip tersebut, maka dia tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia,” titah Yang di-Pertuan Agong.
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin
#TigaKotaSuci
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#PeradabanTimur
Di bawah payung Institusi Raja Berperlembagaan, Rukun Negara menjadi pedoman yang menyatukan rakyat dalam semangat perpaduan dan kecintaan kepada watan.
Menjunjung daulat bukan sekadar ungkapan kesetiaan, tetapi manifestasi adab, tanggungjawab dan komitmen terhadap keharmonian negara.
Apabila prinsip-prinsip ini dihayati, lahirlah masyarakat yang saling menghormati dan mengasihi, selari dengan mesej Islam sebagai Rahmatan lil ‘Alamin…membawa rahmat, kedamaian dan kesejahteraan kepada seluruh alam. Daripada muafakat lahir perpaduan, daripada perpaduan terbina peradaban.
Oleh : Hasif Zaaba
Terbitan : Sekretariat MJMD
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin
#TigaKotaSuci
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#PeradabanTimur
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak sembah menjunjung kasih.
Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat dengan penuh hormat dan takzim menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Sesungguhnya institusi Raja-Raja Melayu merupakan payung kedaulatan negara, pemelihara agama serta lambang perpaduan rakyat yang menjadi tunjang kestabilan dan keharmonian Malaysia.
Menjunjung semangat Raja dan Rakyat berpisah tiada, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepimpinan, kebijaksanaan dan keprihatinan Tuanku dalam memayungi rakyat serta mempertahankan kedaulatan negara.
Semoga Allah SWT mengurniakan ke hadrat Tuanku kesihatan yang berpanjangan, usia yang diberkati, kebijaksanaan yang berterusan serta kekuatan untuk terus memimpin negara dengan penuh hikmah, adil dan saksama.
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.
Sembah Takzim Daripada
Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
MENGAPA MALAYSIA MASIH STABIL?
Pernahkah kita terfikir?
Dalam dunia yang semakin mencabar, banyak negara berdepan ketidaktentuan politik, konflik sosial dan perpecahan masyarakat.
Namun Malaysia masih mampu mengekalkan keamanan, kestabilan dan keharmonian dalam sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya.
Apakah rahsianya?
Kestabilan sesebuah negara tidak berlaku secara kebetulan.
Ia lahir apabila wujud sistem yang dihormati, undang-undang yang dipatuhi, institusi yang kukuh serta rakyat yang memilih jalan muafakat berbanding perpecahan
Dalam konteks Malaysia, antara tonggak penting kestabilan ialah Perlembagaan Persekutuan dan Institusi Raja Berperlembagaan yang berfungsi sebagai payung negara serta simbol penyatuan rakyat.
Institusi Raja memainkan peranan sebagai unsur kesinambungan negara yang berada di atas kepentingan politik kepartian, sekaligus membantu memastikan perjalanan negara kekal stabil walaupun berlaku perubahan tampuk kepimpinan.
Di samping itu, Malaysia dibina atas semangat hidup bersama dalam kepelbagaian serta nilai-nilai peradaban seperti keadilan, hormat-menghormati, adab dan kasih sayang.
Nilai-nilai ini juga selari dengan ajaran Islam sebagai agama Persekutuan yang membawa mesej rahmatan lil 'alamin iaitu rahmat, kesejahteraan dan kebaikan untuk seluruh manusia. Apabila nilai, institusi dan sistem ini bergerak seiring, ia membentuk asas kestabilan yang kuat untuk negara.
Sebuah nikmat yang sering dilupakan
Keamanan membolehkan rakyat bekerja, anak-anak mendapat pendidikan dan masyarakat membina masa depan dengan yakin.
Namun ia tidak datang dengan sendirinya.
Ia perlu dipelihara oleh institusi yang dihormati, sistem yang stabil dan rakyat yang memahami tanggungjawab terhadap negara.
Renungan bersama
Apabila kita menikmati kestabilan hari ini, apakah kita benar-benar memahami asas yang membantu mempertahankannya?
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin
#TigaKotaSuci
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#PeradabanTimur
Ikuti Facebook kami :
https://www.facebook.com/share/p/1GmcHfKAC9/?mibextid=wwXIfr
APA YANG PALING BERNILAI UNTUK SEBUAH NEGARA?
Ramai akan berkata kekayaan.
Ada yang menjawab pembangunan.
Tidak kurang juga yang memilih kemajuan dan teknologi.
Semuanya penting.
Namun sebelum sesebuah negara mampu membina kekayaan, mencapai pembangunan atau menikmati kemajuan, ada satu perkara yang mesti wujud terlebih dahulu.
Iaitu keamanan dan kestabilan.
Tanpa keamanan, kehidupan rakyat akan terganggu.
Tanpa kestabilan, ekonomi sukar berkembang.
Tanpa keharmonian, masyarakat akan berpecah dan hilang arah.
Sebab itulah keamanan bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Ia perlu dihargai. Ia perlu dipelihara.
Dan ia perlu diwariskan kepada generasi yang akan datang.
Persoalannya…
Bagaimanakah sesebuah negara mengekalkan keamanan dan kestabilan tersebut?
Apakah tiang-tiang yang membantu memastikan negara terus berdiri teguh ketika berdepan pelbagai cabaran?
Dalam siri seterusnya, kita akan menelusuri salah satu daripadanya iaitu kedaulatan Institusi Raja sebagai antara unsur penting dalam sistem kenegaraan Malaysia.
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin
#TigaKotaSuci
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#PeradabanTimur
Ikuti Facebook kami :
https://www.facebook.com/share/r/1BDP7QR1uP/?mibextid=wwXIfr
KITA TERLALU BIASA DENGAN KEAMANAN
Ramai antara kita lahir dalam suasana aman. Tidak pernah mendengar dentuman bom, tidak pernah kehilangan negara dan tidak pernah hidup dalam ketakutan. Kerana itu, kadangkala kita terlupa bahawa keamanan bukan sesuatu yang datang dengan sendiri. Ia dipelihara, diwarisi dan dipertahankan oleh generasi sebelum kita. Dan menjadi tanggungjawab generasi hari ini untuk mensyukurinya serta menjaganya.
Setiap hari kita menikmati pelbagai nikmat yang sering dianggap biasa.
Anak-anak pergi ke sekolah. Rakyat keluar bekerja dan mencari rezeki. Masjid dan surau terus hidup dengan ibadah dan majlis ilmu. Masyarakat pelbagai kaum dan latar belakang terus hidup bersama dalam suasana aman dan harmoni.
Namun pernahkah kita berhenti sejenak untuk bertanya…
Apakah yang sebenarnya memastikan negara ini terus stabil?
Apakah yang memelihara keamanan yang kita nikmati hari ini?
Apakah yang menjadi payung kepada perpaduan, keharmonian dan kelangsungan negara?
Keamanan bukan sesuatu yang boleh diwarisi tanpa usaha. Kestabilan bukan sesuatu yang akan kekal tanpa dipelihara. Dan perpaduan bukan sesuatu yang akan bertahan tanpa muafakat serta adab.
Dalam sejarah negara ini, terdapat institusi, tradisi dan nilai yang telah sekian lama menjadi sebahagian daripada asas kestabilan negara.
Antaranya ialah kedaulatan Institusi Raja yang menjadi lambang perpaduan, kesinambungan sejarah dan payung kepada Perlembagaan serta identiti negara.
Dalam beberapa hari akan datang, kita akan menelusuri satu siri refleksi mengenai keamanan, kestabilan negara, kedaulatan Institusi Raja, muafakat jelata dan peradaban bangsa.
Kerana sesuatu yang bernilai hanya akan terus kekal apabila difahami, dihargai dan dipelihara bersama.
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin
#TigaKotaSuci
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#PeradabanTimur
Ikuti Facebook kami :
https://www.facebook.com/share/r/18jeo4SNiR/?mibextid=wwXIfr
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hormat.
Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT serta menjunjung kasih atas segala sokongan dan kebersamaan yang telah diberikan, dengan ini dimaklumkan bahawa Sekretariat Selawat Malaysia (SSM) sedang melalui proses penambahbaikan dan penyelarasan identiti selaras dengan perkembangan gerakan serta hala tuju yang lebih luas.
Sehubungan itu, SSM akan menggunakan nama baharu :
Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
Perubahan ini akan dilaksanakan secara berperingkat termasuk melibatkan nama platform, logo, reka bentuk serta identiti media rasmi.
Sepanjang tempoh peralihan ini, para sahabat mungkin akan melihat beberapa perubahan pada platform komunikasi kami.
Walau apa pun nama dan identitinya, semangat yang dibawa tetap sama… memperkukuh kecintaan kepada Rasulullah ﷺ, memupuk perpaduan, mengangkat adab, menjunjung kedaulatan Raja-Raja Melayu serta membina masyarakat berjiwa peradaban.
Terima kasih atas doa, sokongan dan kebersamaan semua.
Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
Repost from Media ACF
PENCARIAN SUKARELAWAN STREET DAKWAH
'Negara Dakwah Penuh Mahabbah'
Dakwah bukan sekadar menyampaikan. Dakwah adalah tentang membina jambatan persaudaraan, menyatukan hati, menyebarkan mahabbah dan menghadirkan akhlak Islam kepada masyarakat🤍
Jom jadi sebahagian daripada usaha menyebarkan keindahan Islam dengan hikmah, kasih sayang dan akhlak yang mulia.
Satu Senyuman • Satu Kata • Satu Hati • Satu Perubahan
Join Group :
https://chat.whatsapp.com/K7LAHGu3fnjBUztwakWvGO?s=cl&p=i&ilr=4&amv=2
📲 Sekretariat Street Dakwah :
Uda Ilham : +60 19-712 7653
Puan Fika : +60 11-7019 2672
Cik Asmah : +60 12-286 2543
SALAM AIDILADHA 1447H 🕋✨
Sekretariat Selawat Malaysia mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam.
Semoga segala pengorbanan diterima,
hati dipenuhi keikhlasan,
dan langkah kita terus dipimpin dengan iman, adab dan kasih sayang.
“Muhammad For All”
Rahmat buat seluruh alam.
Ikhlas daripada,
Sekretariat Selawat Malaysia
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗠𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛
Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dimaklumkan bahawa program MBMD yang sebelum ini dijadualkan pada 6 Jun 2026 kini dipinda kepada Rabu, 17 Jun 2026 bersamaan 1 Muharram 1448H di Masjid Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor.
Nantikan pelbagai pengisian istimewa sempena permulaan tahun baharu Hijrah.
Poster rasmi dan tentatif penuh bakal diumumkan tidak lama lagi.
Terima kasih atas doa, sokongan dan perhatian semua.
Semoga dengan pasak tauhid dan cinta Rasulullah ﷺ, kasih agama dan watan terus menyatukan masyarakat menuju peradaban yang lebih harmoni.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#BukitBintangBerselawat
#MuhammadForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Syukur ke hadrat ALLAH SWT. Semoga kewujudan masjid ini menjadi asbab tersebarnya cahaya hidayah, menghidupkan bumi dengan zikrullah, selawat serta mengimarahkan syiar Islam di tempat yang suatu ketika dahulu dipenuhi kelalaian.
Dengan terbinanya rumah ALLAH SWT ini, maka hadirnya satu sinar baharu yang lebih menenangkan, tersusun dan penuh adab.
Semoga pasak tauhid, cinta Rasulullah ﷺ, kasih agama dan watan terus menyatukan masyarakat menuju peradaban yang lebih harmoni.
#BukitBintangBerselawat
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#SekretariatSelawatMalaysia
#MuhammadForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Sumber : FB Mohd Nizam Yahya
https://www.facebook.com/share/p/1CsdW74FiZ/?mibextid=wwXIfr
Di saat dunia semakin mudah dipisahkan oleh kebencian, sentimen dan permusuhan, kita diingatkan kembali kepada akhlak junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.
Baginda ﷺ datang membawa rahmat, menenangkan jiwa manusia, merawat perpecahan dan mengangkat nilai kasih sayang sesama insan. Bahkan penderitaan manusia menjadi sesuatu yang berat di hati Baginda ﷺ.
Maka apabila wujud budaya yang gemar melihat kehancuran, kebencian dan kemudaratan terhadap orang lain, kita perlu bertanya kembali… adakah itu jalan yang mendekatkan manusia kepada rahmat Tuhan, atau jalan yang menumbuhkan sifat-sifat yang disukai syaitan?
Kerana syaitan tidak pernah membina.
Syaitan hanya memecahkan.
Memutuskan kasih sayang, merosakkan adab dan menyalakan api permusuhan sesama manusia.
Atas kesedaran itulah,
Malam Berselawat Menjunjung Daulat diangkat bukan sekadar sebuah himpunan selawat, tetapi sebuah usaha menyuburkan kembali nilai rahmah, perpaduan, adab dan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ sebagai asas membina masyarakat yang harmoni dan berperadaban.
Kita percaya bahawa kekuatan umat tidak lahir daripada kebencian, tetapi daripada hati-hati yang terikat dengan tauhid, dipandu oleh akhlak Nabi ﷺ dan disatukan dengan kasih kepada agama dan watan.
Kerana akhirnya, peradaban tidak dibina hanya dengan pembangunan material, tetapi dengan manusia yang masih memiliki hati, adab dan cinta kepada Rasulullah ﷺ.
Semoga dengan pasak tauhid dan cinta Rasulullah ﷺ, kasih agama dan watan, menyatukan masyarakat menuju peradaban yang lebih harmoni.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#BukitBintangBerselawat
#SekretariatSelawatMalaysia
#MuhammadForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
“Kita sama-sama umat Baginda Nabi Muhammad ﷺ...
Baginda sangat perihatin akan derita jiwa umatnya, sangat menginginkan kesejahteraan utk umatnya dan sangat kasih pada yang beriman.
Jika Baginda Nabi pun inginkan kesejahteraan untuk semua walau beza agama dan bangsa, mengapa pula kita suka kemudaratan pada orang lain. Bukankah yang suka kemudaratan pada anak cucu Adam itu adalah iblis dan syaitan?”
NEGARA INI LAHIR DENGAN HIKMAH
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 bukan dicapai melalui perang saudara yang panjang, tetapi melalui hikmah, rundingan dan kebijaksanaan pelbagai pihak.
Raja-Raja Melayu memainkan peranan penting dalam pembentukan negara, manakala proses pembinaan Perlembagaan melibatkan pelbagai sesi perundingan dan pandangan rakyat.
Lebih 118 perjumpaan telah diadakan oleh Suruhanjaya Reid pada tahun 1956, di samping menerima lebih 130 memorandum daripada pelbagai pihak demi membentuk asas sebuah negara merdeka.
Inilah antara sejarah yang perlu dikenang oleh generasi hari ini.
Bahawa negara ini dibina atas adab, muafakat dan jiwa bangsa.
Semoga dengan pasak tauhid dan cinta Rasulullah ﷺ, kasih agama dan watan, menyatukan masyarakat…. menuju peradaban yang lebih harmoni.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#SekretariatSelawatMalaysia
#MuhammadForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
#SejarahMalaysia
