en
Feedback
Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Open in Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
1 873
Subscribers
+124 hours
No data7 days
-830 days
Posts Archive
🏆 Tahniah kepada Para Pemenang dan Semua Peserta 😍 Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan bakat, kreativiti, semangat serta komitmen sepanjang Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Tahniah juga kepada para pemenang Pertandingan Mewarna Bertemakan Warisan dan Kenegaraan, Pertandingan Seni Khat dan Kaligrafi, Explorace Jejak Sejarah Kenegaraan dan Kedaulatan, Pertandingan Reruai, Gerai Jualan Tercantik, serta pelbagai acara lain yang telah menyemarakkan program ini. Semoga setiap penyertaan, pengalaman dan penghargaan yang diterima menjadi inspirasi untuk terus mencintai warisan, memperkukuh semangat kenegaraan, serta menyuburkan nilai Muafakat Jelata Menjunjung Daulat dalam kalangan masyarakat. #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat

🏆 Tahniah kepada Para Pemenang dan Semua Peserta 😍 Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan bakat, kreativiti, semangat serta komitmen sepanjang Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Tahniah juga kepada para pemenang Pertandingan Mewarna Bertemakan Warisan dan Kenegaraan, Pertandingan Seni Khat dan Kaligrafi, Explorace Jejak Sejarah Kenegaraan dan Kedaulatan, Pertandingan Reruai, Gerai Jualan Tercantik, serta pelbagai acara lain yang telah menyemarakkan program ini. Semoga setiap penyertaan, pengalaman dan penghargaan yang diterima menjadi inspirasi untuk terus mencintai warisan, memperkukuh semangat kenegaraan, serta menyuburkan nilai Muafakat Jelata Menjunjung Daulat dalam kalangan masyarakat. #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat

LENSA PENGHARGAAN MBMD 2.0 | Wira Di Sebalik Tabir Di sebalik kejayaan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, berdiri barisan insan yang bertungkus-lumus memastikan setiap perjalanan program berlangsung dengan lancar, selamat dan teratur. Mereka menguruskan keselamatan, lalu lintas dan parkir, protokol, logistik, teknikal, kebersihan, media, pendaftaran serta pelbagai urusan di belakang tabir yang menjadi nadi kepada kelancaran majlis. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh jawatankuasa penganjur, petugas, sukarelawan, agensi, rakan strategik serta semua pihak yang telah mencurahkan masa, tenaga dan komitmen dengan penuh dedikasi dari awal hingga akhir program. Semoga setiap penat lelah dan khidmat bakti yang diberikan menjadi amal soleh di sisi Allah SWT serta diberkati dengan ganjaran yang berlipat ganda. Junjung Daulat. Jelata Muafakat. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #JunjungDaulatJelataMuafakat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

SIARAN MEDIA RIBUAN HADIR MEMERIAHKAN MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT 2.0, MENYATUKAN SENI, WARISAN DAN KEKELUARGAAN DI BANDARAYA DIRAJA KLANG Bandaraya Diraja Klang, Selangor | 25 Julai 2026 Kira-kira 3,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan Program Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) 2.0 yang berlangsung di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, hari ini. Program anjuran Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) itu telah dirasmikan oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Orang Besar Daerah Klang. Turut hadir ialah YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Ustaz Masridzi bin Sat, Presiden PERKID Malaysia, serta Ustaz Angah Sunan, Pengerusi Sekretariat MJMD. Berlangsung selama 10 jam, dari 1.00 petang hingga 11.00 malam, MBMD 2.0 menampilkan lebih 25 aktiviti dan pengisian yang merangkumi ilmu, seni, budaya, sejarah serta kemasyarakatan. Program ini turut menghimpunkan lebih 64 reruai pameran, jualan dan komuniti, dengan sokongan lebih 100 sukarelawan yang berganding bahu memastikan kelancaran penganjurannya. Antara pengisian utama ialah dua sesi perkongsian khas yang mendapat perhatian para hadirin. Selepas solat Maghrib, Ustaz Angah Sunan menyampaikan bicara bertajuk “Peranan Kesultanan Alam Melayu dalam Penyebaran Islam di Nusantara”, yang mengupas peranan institusi kesultanan sebagai antara pemangkin utama perkembangan Islam di rantau ini. Selepas solat Isyak pula, YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan menyampaikan bicara bertajuk “Raja, Ulama dan Rakyat Berpisah Tiada”, yang menekankan hubungan erat antara Institusi Raja, para ulama dan rakyat sebagai tunjang pembinaan negara yang berteraskan agama, ilmu, adab dan perpaduan. Program ini turut dimeriahkan dengan Pertandingan Khat dan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, yang berjaya menghimpunkan 80 peserta dewasa serta 84 peserta kanak-kanak. Sambutan yang menggalakkan terhadap kedua-dua pertandingan tersebut mencerminkan minat masyarakat dalam memartabatkan seni Islam di samping menyemai kecintaan terhadap warisan dalam kalangan generasi muda. Selain itu, para pengunjung berpeluang mengunjungi pelbagai pameran berkaitan Sejarah Kesultanan Alam Melayu, Tamadun Nusantara dan Al-Quds, di samping menyertai explorace kenegaraan, aktiviti kekeluargaan, reruai komuniti serta jualan usahawan tempatan. Kemuncak program pada sebelah malam menyaksikan majlis selawat, munajat dan doa yang menghimpunkan masyarakat dalam suasana penuh mahabbah sempena sambutan Awal Muharam. Majlis tersebut menjadi lambang kecintaan kepada Rasulullah SAW serta manifestasi kasih kepada agama, Institusi Raja dan negara. Sementara itu, Sekretariat MJMD menyifatkan sambutan yang diterima sebagai manifestasi kejayaan usaha menyatukan masyarakat melalui pendekatan dakwah, pendidikan, seni, budaya dan warisan yang mampu memperkukuh semangat muafakat serta jati diri bangsa. Menurut sekretariat, MBMD 2.0 bukan sekadar sebuah program keagamaan, malah menjadi platform yang menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang dalam semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan terhadap agama, Raja serta negara. Penganjuran program ini turut mendapat kerjasama erat daripada pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), rakan strategik, para sukarelawan dan masyarakat setempat, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan dalam menjayakan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. “Muafakat Jelata Menjunjung Daulat.” Dikeluarkan oleh : Sekretariat MJMD #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

SIARAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA RIBUAN HADIR MEMERIAHKAN MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT 2.0, MENYATUKAN SENI, WARISAN DAN KEKELUARGAAN DI BANDARAYA DIRAJA KLANG Bandaraya Diraja Klang, Selangor | 25 Julai 2026 Kira-kira 3,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan Program Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) 2.0 yang berlangsung di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, hari ini. Program anjuran Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) itu telah dirasmikan oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Orang Besar Daerah Klang. Turut hadir ialah YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Ustaz Masridzi bin Sat, Presiden PERKID Malaysia, serta Ustaz Angah Sunan, Pengerusi Sekretariat MJMD. Berlangsung selama 10 jam, dari 1.00 petang hingga 11.00 malam, MBMD 2.0 menampilkan lebih 25 aktiviti dan pengisian yang merangkumi ilmu, seni, budaya, sejarah serta kemasyarakatan. Program ini turut menghimpunkan lebih 64 reruai pameran, jualan dan komuniti, dengan sokongan lebih 100 sukarelawan yang berganding bahu memastikan kelancaran penganjurannya. Antara pengisian utama ialah dua sesi perkongsian khas yang mendapat perhatian para hadirin. Selepas solat Maghrib, Ustaz Angah Sunan menyampaikan bicara bertajuk “Peranan Kesultanan Alam Melayu dalam Penyebaran Islam di Nusantara”, yang mengupas peranan institusi kesultanan sebagai antara pemangkin utama perkembangan Islam di rantau ini. Selepas solat Isyak pula, YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan menyampaikan bicara bertajuk “Raja, Ulama dan Rakyat Berpisah Tiada”, yang menekankan hubungan erat antara Institusi Raja, para ulama dan rakyat sebagai tunjang pembinaan negara yang berteraskan agama, ilmu, adab dan perpaduan. Program ini turut dimeriahkan dengan Pertandingan Khat dan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, yang berjaya menghimpunkan 80 peserta dewasa serta 84 peserta kanak-kanak. Sambutan yang menggalakkan terhadap kedua-dua pertandingan tersebut mencerminkan minat masyarakat dalam memartabatkan seni Islam di samping menyemai kecintaan terhadap warisan dalam kalangan generasi muda. Selain itu, para pengunjung berpeluang mengunjungi pelbagai pameran berkaitan Sejarah Kesultanan Alam Melayu, Tamadun Nusantara dan Al-Quds, di samping menyertai explorace kenegaraan, aktiviti kekeluargaan, reruai komuniti serta jualan usahawan tempatan. Kemuncak program pada sebelah malam menyaksikan majlis selawat, munajat dan doa yang menghimpunkan masyarakat dalam suasana penuh mahabbah sempena sambutan Awal Muharam. Majlis tersebut menjadi lambang kecintaan kepada Rasulullah SAW serta manifestasi kasih kepada agama, Institusi Raja dan negara. Sementara itu, Sekretariat MJMD menyifatkan sambutan yang diterima sebagai manifestasi kejayaan usaha menyatukan masyarakat melalui pendekatan dakwah, pendidikan, seni, budaya dan warisan yang mampu memperkukuh semangat muafakat serta jati diri bangsa. Menurut sekretariat, MBMD 2.0 bukan sekadar sebuah program keagamaan, malah menjadi platform yang menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang dalam semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan terhadap agama, Raja serta negara. Penganjuran program ini turut mendapat kerjasama erat daripada pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), rakan strategik, para sukarelawan dan masyarakat setempat, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan dalam menjayakan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. “Muafakat Jelata Menjunjung Daulat.” #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

🌙 DETIK BERMAKNA | Selawat Mengakhiri Majlis, Doa Mengiringi Harapan Majlis Selawat dan Doa Penutup melabuhkan tirainya dengan penuh syahdu. Alunan selawat yang bergema, disusuli doa yang dipanjatkan dengan penuh keinsafan, menyatukan hati-hati yang hadir dalam mengharapkan rahmat, keampunan dan kasih sayang Allah SWT. Walaupun Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 telah melabuhkan tirainya, semoga semangat yang disemai pada malam ini tidak berakhir di sini. Mudah-mudahan cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah ﷺ, penghormatan terhadap institusi Raja, kecintaan kepada warisan serta semangat perpaduan terus subur dalam kehidupan kita. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua tetamu kehormat, para penceramah, agensi, sukarelawan, rakan strategik, para peserta dan seluruh hadirin yang bersama-sama menjayakan MBMD 2.0. Kehadiran dan sokongan anda menjadi kekuatan dalam merealisasikan hasrat program ini. Semoga Allah SWT menerima setiap amal, mengabulkan setiap doa yang dipanjatkan, memberkati segala usaha yang dilaksanakan serta menjadikan pertemuan ini sebagai asbab lahirnya masyarakat yang lebih bersatu, beradab dan diberkati. Sehingga bertemu lagi, insya-Allah. اللهم تقبل منا إنك أنت السميع العليم، وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🎙️ DI PENTAS | Ucapan Aluan dan Perasmian YAD Dato' Setia Hj Mohammed Khusrin bin Hj Munawi Majlis diteruskan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh YAD Dato' Setia Hj Mohammed Khusrin bin Hj Munawi, Orang Besar Daerah Klang, yang menzahirkan penghargaan kepada Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD), Masjid Jamek Ar-Rahimiah serta semua pihak yang berganding bahu menjayakan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Dalam ucapan beliau, YAD Dato' Setia mengajak seluruh masyarakat untuk terus menjunjung kasih dan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor, serta bersama-sama memelihara perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan yang menjadi asas kemakmuran negeri dan negara. Beliau turut menegaskan bahawa Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 menghimpunkan tiga kekuatan utama yang menjadi tunjang sesebuah negara, iaitu kecintaan kepada Rasulullah ﷺ, penghormatan terhadap institusi Raja dan semangat muafakat dalam kalangan rakyat. Apabila ketiga-tiga elemen ini diperkukuhkan, negara akan terus menikmati keamanan, kestabilan dan keberkatan. Mengakhiri ucapan, beliau menyifatkan MBMD 2.0 sebagai satu gerakan kesedaran masyarakat yang berpotensi menyatukan agama, institusi Raja dan rakyat, sebelum menyempurnakan perasmian program dengan harapan agar semangat muafakat terus menjadi asas dalam membina masyarakat yang beradab, bersatu dan diberkati Allah SWT. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

LENSA MBMD 2.0 | Sedutan Majlis Selawat Alhamdulillah, Majlis Selawat Menjunjung Daulat telah berlangsung dalam suasana penuh khusyuk dan keberkatan, menghimpunkan para hadirin untuk bersama-sama menzahirkan mahabbah kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ. Majlis turut diserikan dengan kehadiran para tetamu kehormat : • YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) • YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Orang Besar Daerah (OBD) Klang • Ustaz Masridzi bin Sat, Presiden PERKID Malaysia • Ustaz Angah Sunan, Pengerusi Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) Kehadiran para tetamu kehormat bersama alunan selawat, doa munajat dan Mahallul Qiyam telah menyemarakkan lagi semangat cinta kepada Rasulullah ﷺ serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan hadirin. Semoga setiap selawat yang dialunkan dan setiap doa yang dipanjatkan diterima oleh Allah SWT serta mengurniakan rahmat, kesejahteraan dan keberkatan kepada agama, Raja, negara dan seluruh masyarakat. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat