Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
Open in Telegram
Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
Show moreThe country is not specifiedThe category is not specified
1 843
Subscribers
-124 hours
-87 days
-1530 days
Posts Archive
LENSA MJMD | MAJLIS ZIKIR DAN TAHLIL ULAMA & UMARA
Menyambung Ingatan, Mengiringi Dengan Doa
Dalam perjalanan menyusuri amanah leluhur, kita tidak melupakan jasa mereka yang telah mendahului kita.
Majlis zikir dan tahlil dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Idris bin Muharam (Baba Long Idris), Mudir Madrasah Syeikhul Ariffien, sebagai ruang untuk bersama-sama mengingati Allah SWT serta memohon rahmat dan keampunanNya buat arwah, khususnya dalam kalangan leluhur, ulama dan umara yang telah menyumbang kepada agama, masyarakat dan tanah air.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Masridzi bin Sat, Pengerusi Gabungan Profesional Task Force NGO-NGO Kedaulatan Agama Selangor (ProTANGKAS).
Selaras dengan falsafah Kekeluargaan Al-Kubra, warisan leluhur bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk dihayati melalui kesinambungan iman, ilmu, akhlak, perjuangan dan khidmat. Amanah yang ditinggalkan menuntut generasi hari ini untuk meneruskan kebaikan serta memperkukuh ukhuwah demi kesejahteraan ummah.
Semoga segala kebaikan mereka diterima Allah SWT, diampunkan segala kekhilafan dan dilimpahi rahmatNya. Mudah-mudahan kita turut dikurniakan kekuatan untuk menyambung nilai-nilai luhur yang diwariskan dengan penuh adab dan amanah.
Mengenang dengan doa, meneruskan dengan amal, menyatukan ummah dengan kasih dan khidmat.
#MalamKasihMenjunjungDaulat
#MenyusuriAmanahLeluhur #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#KekeluargaanAlKubra
LENSA MJMD | BICARA KHAS MENJUNJUNG DAULAT
āKesatuan dan perpaduan rakyat bukan sekadar perlu dibina, tetapi mesti terus diperkukuh, diperteguh dan dilestarikan sepanjang zaman, dengan Raja-Raja Melayu dijunjung sebagai pemimpin umat dan negara.ā
Demikian antara inti pati Bicara Khas Menjunjung Daulat yang disampaikan oleh Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan dalam Majlis Malam Kasih Menjunjung Daulat di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.
Beliau menghuraikan peranan Islam dalam membentuk dan menyuburkan sistem pemerintahan di Alam Melayu yang meletakkan Raja sebagai pemimpin dengan amanah yang besar. Kiasan matafora politik klasik įŗillullÄhi fil-āÄlam yang disentuh beliau membawa peringatan tentang tanggungjawab Raja untuk menegakkan keadilan, mempertahankan kebenaran dan melaksanakan kebajikan rakyat berlandaskan syariat.
Dalam kerangka kenegaraan, beliau turut menyentuh amanah Yang di-Pertuan Agong berkaitan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Amanah ini menuntut pihak eksekutif yang diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan peruntukan tersebut dengan penuh komitmen dan integriti, selaras dengan lunas Perlembagaan. Pelaksanaannya tidak boleh dipandang ringan, diabaikan atau dicabuli, kerana setiap amanah menuntut tanggungjawab dan pelaksanaan yang sewajarnya.
Bicara ini mengingatkan kita bahawa institusi Raja, agama dan rakyat mempunyai hubungan amanah yang saling berkait dalam memelihara kestabilan, meneruskan warisan serta membina kesejahteraan negara.
Usaha memelihara sistem kenegaraan yang berteraskan agama menuntut kesungguhan, kefahaman dan kesatuan hati. Ia bukan sekadar usaha biasa, tetapi amanah yang perlu dipikul bersama dengan ilmu, adab dan tanggungjawab.
Menjunjung daulat dengan kefahaman, memperteguh muafakat dengan kesedaran, menyambung amanah demi kesejahteraan.
#MalamKasihMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#KekeluargaanAlKubra
LENSA MJMD | SOLAT BERJEMAAH
Menyatu Hati, Memperkukuh Ukhuwah dan Muafakat
Langkah pertama dalam pertemuan yang bermakna ialah kembali kepada Allah SWT.
Solat berjemaah bukan sekadar ibadah, bahkan menjadi wadah menyatukan hati, menyuburkan kasih sayang dan memperkukuh ukhuwah. Di saf yang sama, setiap insan berdiri sebagai hamba Allah SWT, mengingatkan kita bahawa perbezaan bukan penghalang untuk bersatu dalam ketaatan kepada-Nya.
Seiring dengan kerangka pemikiran Maqasid Al-Kubra, pengimarahan masjid membawa makna yang lebih luas dalam pembinaan ummah. Ibadah mendidik jiwa, adab membentuk peribadi, manakala kebersamaan menyemai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.
Nilai-nilai inilah yang menjadi asas kepada pembinaan komuniti yang harmoni, saling menghormati dan teguh dalam semangat muafakat.
Semoga pertemuan ini dikurniakan keberkatan, menyatukan hati dalam ketaatan serta menjadi asbab bertambahnya kasih sayang dan kesejahteraan ummah.
Bersatu dalam ibadah, berpadu dalam muafakat, bersama membina kesejahteraan.
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamKasihMenjunjungDaulat
#KekeluargaanAlKubra #MaqasidAlKubra
LENSA MJMD | UCAPAN PERASMIAN
Junjung Daulat, Jelata Muafakat.
Ucapan perasmian oleh Y.A.D. Senator Datoā Setia Haji Sallehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), mengangkat makna penting hubungan antara institusi Raja, ulama dan rakyat dalam membina masyarakat yang bersatu padu, berilmu dan berakhlak.
Dalam ucapan beliau, institusi Raja digariskan sebagai payung kedaulatan negeri, manakala ulama membimbing melalui ilmu dan agama, serta rakyat memainkan peranan dalam memelihara keamanan dan mengukuhkan muafakat. Kesepaduan inilah yang perlu terus dipelihara demi keharmonian dan kesejahteraan bersama.
Beliau turut menegaskan peranan masjid bukan sekadar sebagai tempat ibadah, tetapi juga pusat pendidikan, penyebaran ilmu, kebajikan dan penyatuan ummah. Melalui penghayatan Islam yang berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah, masyarakat dituntut untuk menyuburkan kasih sayang, menjaga adab dan menangani perbezaan dengan hikmah serta saling menghormati.
Seperti yang ditegaskan dalam ucapan beliau :
āKesejahteraan masyarakat memerlukan kerjasama dan tanggungjawab bersama.ā
Inilah asas kepada semangat Junjung Daulat, Jelata Muafakat ā memperkukuh hubungan antara institusi Raja, ulama dan rakyat demi memelihara keharmonian serta membina kesejahteraan bersama.
Raja dimuliakan, ulama menjadi pedoman, rakyat diperkukuh dengan muafakat ā bersama membina kesejahteraan.
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamKasihMenjunjungDaulat
#KekeluargaanAlKubra
LENSA MJMD | UCAPAN PENGERUSI MASJID RAJA HAJI FI SABILILLAH, CYBERJAYA
āMenjunjung daulat bukan sekadar ungkapan kesetiaan, tetapi menuntut kefahaman tentang sejarah, kedudukan Raja-Raja Melayu dan tanggungjawab rakyat.ā
Demikian antara amanat yang disampaikan oleh Y.A.D. Engku Sri Paduka Diraja Datoā Reza Al Haj, Pengerusi Ahli Lembaga Tadbir Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya, dalam ucapannya sempena Malam Kasih Menjunjung Daulat.
Beliau turut mengingatkan bahawa nama Raja Haji Fisabilillah bukan sekadar nama pada sebuah masjid, tetapi membawa amanah sejarah yang besar. Perjuangan baginda menentang kuasa kolonial Belanda menjadi lambang keberanian, keteguhan prinsip dan kesediaan berkorban demi kepentingan yang lebih besar.
Warisan perjuangan ini wajar terus dikenali, difahami dan dihayati oleh generasi hari ini. Sejarah bukan sekadar catatan masa lalu, tetapi sumber pedoman untuk membina jati diri, memperkukuh kefahaman kenegaraan dan menyemai rasa tanggungjawab terhadap masa depan negara.
Justeru, masjid bukan sahaja berperanan sebagai pusat ibadah dan pendidikan agama, malah berpotensi menjadi medan menyuburkan ilmu, kesedaran sejarah dan penghargaan terhadap warisan negeri serta negara.
Mengenali sejarah, menghayati warisan, menjunjung daulat dan menyambung amanah.
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamKasihMenjunjungDaulat
#KekeluargaanAlKubra
LENSA MJMD | WAJAH-WAJAH TETAMU KEHORMAT DAN JEMPUTAN
Alhamdulillah, inilah antara wajah tetamu kehormat dan jemputan yang sempat dirakamkan sempena Malam Kasih Menjunjung Daulat di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran serta kesudian bersama-sama menyemarakkan pertemuan yang menyatukan ukhuwah, memperkukuh muafakat dan menyambung amanah leluhur.
Kini, para jemaah bersama-sama menunaikan solat Isyak secara berjemaah sebelum meneruskan Bicara Khas Muafakat Jelata Menjunjung Daulat dan Majlis Zikir & Tahlil.
Semoga pertemuan ini menjadi titian yang mengeratkan silaturahim, menyuburkan semangat kekeluargaan dan membawa manfaat demi kesejahteraan bersama.
#MalamKasihMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#KekeluargaanAlKubra
š¶ Muafakat Berdaulat ā sebuah lagu, satu semangat, satu muafakat!
Dah pernah tonton muzik videonya? Jom hayati kembali karya MJMD ini.
Dipersembahkan oleh
Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
Lagu : Muafakat Berdaulat
Karya : BangTam Forte
https://youtu.be/JThUXfsNZDo?si=fbJEx35ftAiRITh2
PERJALANAN KE CYBERJAYA, SAMBIL NIKMATI LAGU-LAGU PERJUANGAN!
š¶ Muafakat Berdaulat
https://open.spotify.com/playlist/1Ql71VmxOdQwugs7nbUsvr
Ada yang dah mula bergerak ke Cyberjaya? Boleh datang awal, singgah Jom Makan Food Fest, solat Asar dan jalan-jalan tengok pameran sementara menunggu program Malam Kasih Menjunjung Daulat malam ini.
š Hati-hati di jalan raya, pandu dengan selamat dan semoga perjalanan semua dipermudahkan.
Ajak keluarga dan kawan-kawan sekali. Kita meriahkan suasana bersama-sama!
InsyaAllah, kita bertemu malam ini!
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#MalamKasihMenjunjungDaulat
#KarnivalImarahMasjid
#JomMakanFoodFest
#SepangBerselawat
Repost from N/a
LENSA BOOTH JUALAN & PAMERAN SAYYID JUMADIL KUBRA (SJK)
Alhamdulillah, pengunjung mula hadir ke Booth Jualan dan Pameran Sayyid Jumadil Kubra sejak malam semalam bersempena Karnival Imarah Masjid, Jom Makan Food Fest & Sepang Berselawat di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.
Fikrah Kekeluargaan Al-Kubra berteraskan Tauhid Ahli al-Sunnah wa al-Jamaāah (Asha'irah dan Al-Maturidiah) dan Tasawuf Sunni, yang menyatukan kesahihan akidah, kemuliaan akhlak, penyucian jiwa dan kecintaan terhadap ilmu. Fikrah inilah yang menjadi asas pembinaan peradaban Islam melalui pendidikan, dakwah, adab dan khidmat kepada masyarakat.
Warisan keilmuan dan perjuangan ulama terdahulu menjadi amanah untuk terus dihayati serta diwariskan kepada generasi hari ini demi menyambung legasi dakwah dan membina peradaban masa hadapan.
Jom kunjungi Booth Jualan dan Pameran Sayyid Jumadil Kubra untuk mengenali lebih dekat fikrah dan legasi Kekeluargaan Al-Kubra.
Jangan lepaskan peluang menghadiri Malam Kasih Menjunjung Daulat, yang merangkumi Bicara Khas Muafakat Jelata Menjunjung Daulat serta Majlis Zikir dan Tahlil Kasih Leluhur, Ulama dan Umaraāpada malam ini.
šļø Tarikh: 23 Oktober 2026 (Jumaat)
ā° Masa: 7.00 malam ā 9.30 malam
š Tempat: Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya
Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat, meriahkan karnival, imarahkan masjid serta menghayati warisan ulama Nusantara.
Jumpa anda di booth kami dan majlis malam ini! š¹ (ada 2 lokasi Booth ; di ruang legar masjid dan di kawasan gerai² jualan makanan)
#KekeluargaanAlKubra
#MediaAlKubra
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#MalamKasihMenjunjungDaulat
#SepangBerselawat
Malam Ini Kita Bertemu!
MALAM KASIH MENJUNJUNG DAULAT
Sempena Karnival Imarah Masjid Jom Makan Food Fest & Sepang Berselawat
Dari Bicara Khas Muafakat Jelata Menjunjung Daulat hingga Majlis Zikir dan Tahlil Kasih Leluhur, Ulama dan Umaraā, setiap pengisian membawa makna tersendiri.
Nak rancang waktu kehadiran? Kami sertakan dua tentatif terkini untuk rujukan semua :
š Tentatif 1 ā Malam Kasih Menjunjung Daulat (MKMD)
š Tentatif 2 ā Sepang Berselawat & Karnival Imarah Masjid Jom Makan Food Fest
Semak jadual, pilih pengisian dan ajak keluarga serta sahabat. Meriahkan karnival, imarahkan masjid dan sama-sama hidupkan semangat muafakat.
šļø Jumaat, 23 Oktober 2026
š 7.00 malam ā 9.30 malam
š Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya
Malam ini, kita berkumpul bukan sekadar untuk bertemu. Kita hadir untuk menghayati warisan, mengenang jasa dan menyambung amanah. Malam ini, kita hadir dan menjadi sebahagian daripadanya!
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#MalamKasihMenjunjungDaulat
#KekeluargaanAlKubra
#SepangBerselawat
#KarnivalImarahMasjid
