CIKGU AMIN EKONOMI 944
Open in Telegram
Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
2 504
Subscribers
No data24 hours
+487 days
+8830 days
Posts Archive
salam semua bagi tempahan guna duit LO / peruntukan panitia
boleh rujuk agen berkenaan
Sophia
0195826168
Asalamualaikum dan salam sejahtera.
alhamdulilah buku koleksi kertas model semester 3 ekonomi gunaan sudah ada dipasaran.
kepada rakan guru dan pelajar2 boleh dapatkan di shopee link di bawah ππππ
https://s.shopee.com.my/2LZ3SQL8k8
Dan ibu bapa yang anaknya tidak dapat menyertai semua aktiviti PDPR bukan semestinya tidak mengambil berat tentang pendidikan anak mereka.
Setiap orang ada kekangan.
Setiap keluarga ada cerita.
Setiap guru ada perjuangan yang mungkin orang lain tak pernah nampak.
Kalau ada kemudahan, gunakan sebaiknya.
Kalau ada kemahiran, kongsikan dengan rakan.
Kalau belum mahir, belajarlah perlahan-lahan.
Tak perlu berlumba untuk nampak paling hebat.
Sebab pada akhirnyaβ¦
Kita bukan sedang bertanding siapa paling canggih menggunakan teknologi.
Kita sedang berusaha memastikan anak-anak ini tidak tercicir daripada pendidikan.
Dan kadang-kadang, perkara yang paling bermakna dalam pendidikan bukanlah teknologi yang paling hebat.
Tetapi seorang guru yang tidak pernah berhenti mencuba.
Walaupun penat.
Walaupun serba kekurangan.
Walaupun usahanya tidak selalu dilihat orang.
Buat semua cikgu yang sedang berjuangβ¦
Jangan terlalu keras terhadap diri sendiri.
Belajar teknologi baharu, ya.
Tingkatkan kemahiran, ya.
Cuba kaedah pengajaran yang lebih baik, ya.
Tapi jangan sampai kita terlupa bahawa kita juga manusia.
Kita ada keluarga.
Kita ada tanggungjawab.
Kita juga perlukan rehat.
Dan buat ibu bapa serta masyarakatβ¦
Sedikit penghargaan dan kefahaman mungkin nampak kecil bagi kita.
Tetapi besar maknanya bagi seorang guru yang sedang berusaha memberikan yang terbaik.
Kerana di sebalik setiap kelas yang berlangsungβ¦
Ada usaha yang tidak kelihatan.
Ada masa yang dikorbankan.
Dan ada seorang guru yang masih cuba memastikan anak-anak kita terus belajar.
**PDPR mungkin berlangsung di rumah.
Tetapi tanggungjawab seorang guru tidak pernah berhenti di hadapan skrin.**
Setuju?
PDPR β BILA ORANG NAMPAK CIKGU RILEKS, TAPI REALITINYAβ¦
Bila sekolah ditutup dan PDPR bermula, mungkin ada orang fikir cikgu-cikgu sedang bercuti.
Tak perlu datang sekolah.
Tak perlu berdiri depan kelas.
Boleh mengajar dari rumah.
Nampak macam best, kan?
Tapiβ¦
Kau kena tengok apa yang berlaku di sebalik skrin tu.
Sebelum kelas bermula, cikgu dah kena fikir macam-macam.
Nak guna Google Meet?
Nak buat kuiz interaktif?
Nak sediakan video pembelajaran?
Nak buat bahan digital yang menarik supaya murid tak bosan?
Ada cikgu yang sanggup duduk berjam-jam belajar guna pelbagai aplikasi.
Canva.
Quizizz.
Wordwall.
Genially.
Macam-macam lagi.
Semua ni nampak mudah kalau kita dah biasa guna.
Tapi cuba bayangkanβ¦
Semalam kau mengajar macam biasa di sekolah.
Hari ini kau kena tukar cara mengajar sepenuhnya.
Dalam masa satu dua hari, kau kena belajar benda baharu, sediakan bahan dan pastikan murid boleh ikut pembelajaran.
Daripada seorang guru, tiba-tiba kau kena jadi guru, pereka grafik, editor video dan juruteknik IT.
Semua sekali.
Tapi aku nak cakap satu benda.
Jangan rasa rendah diri kalau PDPR kau tak secanggih cikgu lain.
Kau nampak cikgu lain buat video animasi.
Kau nampak murid mereka jawab kuiz interaktif.
Kau nampak kelas mereka penuh dengan aktiviti yang menarik.
Lepas tu kau mula fikirβ¦
βKenapa aku tak boleh buat macam tu?β
βKenapa bahan aku biasa-biasa saja?β
βAdakah aku ni ketinggalan?β
Dengar sini.
Kita tak semua bermula dari tempat yang sama.
Ada yang memang mahir teknologi.
Ada yang baru nak belajar.
Ada yang mempunyai peranti lengkap.
Ada yang terpaksa berkongsi komputer dengan anak sendiri.
Jadi, jangan ukur kemampuan seorang guru berdasarkan kecanggihan bahan PDPR yang dia hasilkan.
Kadang-kadang, kelas Google Meet yang sederhana pun lebih bermakna.
Guru boleh terangkan isi pelajaran.
Murid boleh bertanya.
Guru boleh semak kefahaman pada waktu yang sama.
Ada komunikasi dua hala.
Ada interaksi.
Ada pembelajaran yang berlaku.
Teknologi sepatutnya membantu guru mengajar, bukan menjadikan guru rasa dirinya tidak cukup bagus.
Kemudian, ada satu perkara yang orang selalu terlupa.
PDPR habis pukul 1.00 tengah hari?
Baguslah.
Tapiβ¦
Pukul 1.00 tengah hari tu kerja cikgu habis ke?
Belum tentu.
Masih ada kertas ujian yang perlu ditanda.
Markah yang perlu dimasukkan.
Pelaporan yang perlu disiapkan.
Mesyuarat.
Dokumentasi.
Kerja-kerja sekolah yang sebelum ini tertangguh.
Kalau di sekolah, sekurang-kurangnya ada waktu kerja yang lebih tersusun.
Bila di rumah?
Kadang-kadang kelas habis, sambung tanda kertas.
Lepas makan, sambung siapkan bahan.
Petang urus keluarga.
Malam buka laptop semula.
Tahu-tahu dah pukul 11.00 malam.
Esok pagi?
Ulang semula.
Dan orang masih boleh cakapβ¦
βBestlah jadi cikgu. Kerja dari rumah.β
Kalau kau seorang guru, mesti kau faham bahagian ni.
Tapi jangan pula kita lihat dari sudut guru sahaja.
Murid dan ibu bapa pun ada perjuangan mereka sendiri.
Ada ibu bapa yang terpaksa bawa anak ke tempat kerja.
Ada yang tinggalkan anak di rumah dan berharap mereka boleh mengikuti kelas sendiri.
Ada abang atau kakak yang terpaksa menjaga adik semasa PDPR, sedangkan mereka sendiri ada kelas yang perlu dihadiri.
Ada keluarga yang hanya mempunyai satu telefon.
Bayangkan tiga orang anak perlu mengikuti kelas pada waktu yang sama.
Nak guna telefon siapa?
Nak masuk kelas yang mana dulu?
Belum masuk isu internet yang tiba-tiba terputus.
Cikgu tanya soalan, murid tak jawab.
Terus kita fikir murid tak fokus.
Sedangkan mungkin dia sedang berusaha mendapatkan semula sambungan internet.
Kita nampak satu skrin.
Tapi kita tak tahu apa yang berlaku di sebalik skrin itu.
Jadi, kalau ada satu perkara yang aku harap kita semua fahamβ¦
Jangan terlalu cepat menilai usaha orang lain berdasarkan apa yang kita nampak.
Cikgu yang menggunakan video animasi bukan semestinya lebih hebat daripada cikgu yang mengajar melalui Google Meet.
Cikgu yang menggunakan bahan ringkas bukan bermaksud dia tak berusaha.
salam boleh rujuk perubahan terbaru dalam mikroekonomi P=AC
PENTING
PENTING
PENTING
di link rakaman akan lebih clear dan HD
https://drive.google.com/file/d/1K7OE26T0UNLIVmY52IFjXIR0BG4jcoH7/view?usp=drivesdk
PENERANGAN P=AC TERBARU
RAJAH DI PETIK DARI EHSAN MIKROEKONOMI
duk sibuk bagi perkongsian di negeri daerah atau sekolah lain
tiba tiba sekolah sendiri tak buat bengkel lagi.
tapi tak apa! semua yang di sampaikan memang sudah ditekan sepenuh dan sedalam dalamnya semasa di dalam pdp kelas masing
terima semua pelajar yang hadir
terima kasih kak nazlee sebab sudi bantu panitia ekonomi smk tuanku muhammad.
kepada pelajar yang tak hadir tanpa alasan yang munasabah sesungguh anda dalam kerugian dan jaga2 cikgu amin akan tuntut dalam kelas apa yang dibincangkan dalam bengkel tadi
bengkel semester 1 smk tuanku muhammad
9 pagi hingga 1 tengah hari
penumpuan bahagian B dan bahagian C
next week sem 1 dan 2 minggu lagi semester 3 peperiksaan percubaan .
ps : kami di TMS N9 menerima dan memakai konsep terbaru
P = AC mencapai untung lebih normal tetapi berkurang.
cuma kene diterangkan balik dalam kelas sebab tadi masa dah lewat
+1
salam semua. berikut tempahan untuk hari ini.
walaupun kebanyakkan negeri dalam masa percubaan tetapi tempahan modul dari pelbagai semester tetap ada.
tempahan hari ini banyak tergolong dari ulangan 1 dan ulangan 2 . alhamdulilah.
perkongsian hari ini
isu terkini
RUJUKAN
ARTIKEL
Berita
Harian Online: Pengguna Berpotensi Tanggung Kos
Jika Gaji Minimum Naik Kepada RM2,000
Tarikh:
27 September 2026, 10:40 malam
Pautan:
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2026/09/1652172/pengguna-berpotensi-tanggung-kos-jika-gaji-minimum-naik-kepada
+5
Asalamualaikum dan salam sejahtera.
memo penting kepada rakan guru atau pelajar yang membeli modul koleksi soalan saya.
1. rujuk graf di atas
kebanyakkan graf yang di lakar di semua soalan bahagian b adalah hasil janaan AI. maka skalanya agak sedikit lari
maka apa2 semua pelu ingat
skala yang di lukis perlu sekata dari titik asalan.
berikut tips melukis graf
1. tajuk
2. SKALA YANG SEKATA dari asalan contoh 1 tahun 2 petak. 1 tahun 1.5.petak atau 1 tahun 1petak
3.pertunjuk
4. graf A yg di minta soalan
5.graf B yg di minta soalan
sekian maaf atas kesulitan
(semua penjelasan adalah berlaku di semua soalan graf)
BILA GURU MULA MENGEJAR VIEW, SIAPA SEBENARNYA YANG SEDANG KITA DIDIK?
dipetik dari post fb
https://www.facebook.com/share/p/1PTqGKcZLP/
jemput baca dan hadam baik2.
[ Dalam dunia yang semakin lapar kepada perhatian, mungkin kita perlu mengajar satu perkara yang semakin dilupakan:
Tidak semua perhatian perlu dikejar.
Tidak semua perkara perlu dirakam.
Tidak semua gurauan perlu diterbitkan.
Dan tidak semua yang membuat orang ketawa layak dijadikan contoh. ]
juga boleh baca di sini
https://www.facebook.com/share/p/18PYqAzKXt/
ulasan dari
Dr ahmad sanusi
+1
salam semua.
waktu skrang nie.
banyak sekolah2 dah abis sukatan sem 1 mikroekonomi dan pelajar ulangan juga sedang mencari latihan sem 1 dan ulangan 1.
andai pelajar2 dan guru ingin dapatkan soalan. maka berikut ada untuk anda semua.
1.soalan kertas model - 5 set soalan
https://my.shp.ee/DU4KyWB8
2. soalan tropikal + 2 set kertas model
https://my.shp.ee/x1Yj42f9
rujuk link bawah dari shopee.
terima kasih semua.
penulisan adalah kerjasama sy dan rakan2 saya dari N9 dan pulau pinang.
jawapan pengiraan lengkap. juga terdapat di soalan obj bahagian A
+2
Asalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat hari MALAYSIA ke 63.
Berikut maklumat tracking no tempahan 15 dan 16 september 2026. (RUJUK KOMEN)
sebanyak hampir 140
naskah di poskan ke seluruh semenanjung malaysia
terima kasih kepada yang sudi menggunakan bahan tersebut.
salam sedikit perkongsian
untuk sem 3
biasanya pengiraan
jalankerja 1m
jawapan 1m
cth kira kadar inflasi dr 2011 - 2015 - 6m
maka markah yg layak diberikan
1 - jalan kerja untuk tahun pertama wajib
1 x 5m : jawapan kadar inflasi shj.
cth 2011 - 2015. total 6m
=========
salam sedikit perkongsian
untuk sem 3
--------
1.
biasanya pengiraan
jalankerja 1m
jawapan 1m
cth kira kadar inflasi dr 2011 - 2015 - 6m
maka markah yg layak diberikan
1 - jalan kerja untuk tahun pertama wajib
1 x 5m : jawapan kadar inflasi shj.
cth 2011 - 2015. total 6m
-----------
2.
andai soalan a i mintak kira kadar inflasi. tp pelajar salah kira kadar inflasi
aii pula lukis graf garis kadar inflasi 5m
jd dgn data yg salah brpe pelajar dapat markah untuk graf. om atau
jawapan: 2m shj iaitu pada
paksi n tajuk
----------
3.
elok kita latih pelajar jwab guna esei tp dalam point perenggan
jawapan
buat dlm perenggan lebih baik
tiap point 1 perenggan
sumber info adalah boleh dipercayai.. saya sampaikan shj
berikut contoh graf yang dilukis
oleh pelajar saya(rujuk komen)
+1
Asalamualaikum dan salam sejahtera. berikut pos untuk hari ini. guru dan pelajar yang buat tempahan sila rujuk tracking no ruang komen π.
ASALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.. BERIKUT PEMBETULAN BAB 2 - SOALAN 2 (MAAF ATAS MISTKE DR PIHAK SY) - MODUL SEM 3 EKO GUNAAN.. pelajar juga boleh jadikan sebagai latihan tambahan
