Sahabat Bangkit Al-Quds
Open in Telegram
Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
509
Subscribers
+724 hours
+197 days
+1930 days
Posts Archive
Perlu diperbetulkan cara kita melihat isu Palestin. Ia bukan sekadar isu kemanusiaan atau bantuan kebajikan, tetapi juga isu akidah bagi umat Islam.
Baitulmaqdis (Al-Quds) merupakan tanah suci yang mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam. Menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk mencintainya dan berjuang membela Al-Quds mengikut kemampuan yang Allah kurniakan samada melalui doa, ilmu, infak, dakwah dan segala usaha yang dibenarkan syarak.
Semangat jihad dan kecintaan kepada Al-Quds mesti ditanam dalam diri serta diwariskan kepada generasi anak-anak, agar suatu hari nanti Baitulmaqdis kembali berada di bawah pemerintahan dan kekuasaan Islam.
#bangkitalquds
#tigakotasuci
#alifmimsin
#masjidalaqsa
#palestine
🕌 Pernah "menjejakkan kaki" ke Masjid Al-Aqsa?
Kini anda berpeluang merasai pengalaman VR 360° Masjid Al-Aqsa di Booth Bangkit Al-Quds sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0.
📍 Booth Bangkit Al-Quds
🗓 Sabtu, 25 Julai 2026
🕖 1.00 petang – 11.00 malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang
Bawa bersama keluarga dan sahabat. Singgah ke booth kami dan alami sendiri pengalaman yang membawa anda lebih dekat mengenali salah satu daripada tiga kota suci umat Islam.
Jumpa anda di Booth Bangkit Al-Quds!
#BangkitAlQuds #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #TigaKotaSuci #AlQuds #AlifMimSin
🌙 BANGKIT AL-QUDS DI MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT 2.0
Al-Quds bukan sekadar kisah peperangan. Ia adalah salah satu daripada tiga kota suci umat Islam, bumi yang diberkati Allah SWT dan mempunyai hubungan yang sangat dekat dengan keimanan kita.
Bersempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, Sekretariat Bangkit Al-Quds akan membuka booth pameran khas bagi membawa masyarakat mengenali Al-Quds dengan lebih dekat melalui pendekatan yang santai, interaktif dan penuh penghayatan.
Antara yang disediakan:
✨ Pengalaman VR Masjid Al-Aqsa
✨ Pameran infografik berkaitan Al-Quds
✨ Perkongsian tentang kepentingan Al-Quds dalam Islam
✨ Ruang mengenali gerakan Bangkit Al-Quds
Kami percaya, tidak kenal maka tidak cinta. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya rasa cinta, kefahaman dan tanggungjawab terhadap Al-Quds dalam hati setiap pengunjung.
📍 Booth Bangkit Al-Quds
🗓 Sabtu | 25 Julai 2026
🕖 1.00 petang – 11.00 malam
📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang
Singgah bersama keluarga dan sahabat. Semoga kita pulang bukan sahaja dengan pengalaman baharu, tetapi juga dengan hati yang lebih dekat kepada Al-Quds.
Bangkitkan kesedaran. Suburkan kecintaan. Bersama memartabatkan Al-Quds.
#BangkitAlQuds #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #TigaKotaSuci
#AlifMimSin
Setiap pengalaman membuka ruang kepada kefahaman yang lebih mendalam.
Melalui pameran VR Al-Quds dengan kerjasama Yayasan MyAQSA, pengunjung bukan sahaja dapat melihat gambaran Baitul Maqdis dengan lebih jelas, malah turut memahami keluasan kawasan suci tersebut, kedudukannya dalam sejarah Islam, serta kepentingannya sebagai salah satu daripada tiga Kota Suci umat Islam.
Menariknya, ada yang berkongsi bahawa perspektif mereka terhadap Al Quds turut berubah. Daripada melihatnya sekadar dalam sudut simpati, mereka mula menyedari bahawa Al Quds adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu difahami serta dihayati oleh setiap Muslim.
Kesedaran yang lahir daripada ilmu dan pengalaman adalah langkah penting dalam membina hubungan yang lebih dekat dengan Al Quds dan Masjid Al Aqsa.
#malamberselawatmenjunjungdaulat
#masjidalaqsa
#alquds
#tigakotasuci
#cintaalquds
Ada yang terdiam. Ada yang tersenyum. Ada yang sebak tanpa kata.
Di hadapan mata mereka, Baitul Maqdis seakan lebih dekat, Masjid Al Aqsa bukan lagi sekadar cerita, tetapi satu rasa yang hidup di dalam hati.
Al Quds bukan hanya sebuah nama. Ia adalah cinta, ia adalah amanah, ia adalah perjuangan.
Semoga dari rasa ini, lahir kesedaran untuk terus menjaga dan mencintai Baitul Maqdis.
#masjidalaqsa
#baitulmaqdis
#malamberselawatmenjunjungdaulat
#tigakotasuci
#cintaalquds
Yang mana satu sebenarnya Masjidil Aqsa?
Itulah antara soalan dan teka-teki yang kami ajukan kepada para pengunjung di Booth Cinta Al-Quds sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat.
Walaupun ramai pernah melihat gambar-gambarnya, tidak semua benar-benar mengenali Al-Quds, Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa.
Alhamdulillah, melalui perkongsian ringkas dan santai, ramai pengunjung berjaya menambah ilmu serta mendapat perspektif baharu tentang kota suci ketiga umat Islam.
Kerana kita tidak akan mampu mencintai sesuatu yang kita tidak kenal.
#masjidalaqsa
#alquds
#malamberselawatmenjunjungdaulat
#tigakotasuci
#cintaalquds
LENSA AKTIVITI | Petang yang penuh warna dan makna.
Reruai demi reruai mula menerima kunjungan, anak-anak riang menyertai aktiviti, keluarga berkumpul, bicara sejarah dan peradaban, persembahan silat dan kebudayaan, dan masyarakat beramah mesra dalam suasana penuh muafakat.
Inilah antara wajah-wajah awal Malam Berselawat Menjunjung Daulat sebelum kita berhimpun bersama pada sesi malam.
#malamberselawatmenjunjungdaulat
#muafakatjelatamenjunjungdaulat
#peradabantimur
#tigakotasuci
#cintaalquds
Baitulmaqdis bukan sekadar sejarah, ia adalah jati diri. Hari ini di booth Cinta Al Quds, anak-anak bukan sekadar mewarna, tapi sedang melukis benih cinta untuk kota suci, Kiblat Pertama dan tanah yang diberkati di hati anak-anak kita.
Membina generasi pelapis yang dekat jiwanya dengan tanah suci bermula langkah kecil hari ini. Suka usaha ini?
Komen di bawah dan Sebarkan.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Booth Cinta Al-Quds kini hampir melabuhkan tirai hari ini
Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memeriahkan suasana sepanjang program berlangsung.
Dan malam ini kita teruskan pula dengan acara utama…
✨ Malam Berselawat Menjunjung Daulat ✨
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
⏰ Malam ini
Jom kita sama-sama hadir dan memeriahkan majlis!
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
+9
Moment di Booth Cinta Al-Quds.
Mari bersama sertai kemeriahan Malam Berselawat Menjunjung Daulat.
Baitul Maqdis Milik Ummah.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Ini adalah pertemuan hati-hati yang mencintai Rasulullah SAW, menghargai tanah air dan merindui Baitul Maqdis.
Selawat bergema.
Jiwa disatukan.
Al-Quds diangkat sebagai amanah ummah.
Mari bersama sertai kemeriahan Malam Berselawat Menjunjung Daulat.
Baitul Maqdis Milik Ummah.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
“Nak didik umat supaya mereka tahu ada 3 kota suci umat Islam. Sebab ramai terlupa yang ketiga ni.” - Ustaz Mohd Gunawan
Itulah antara mesej yang ditekankan dalam pertemuan Sekretariat Cinta Al-Quds bersama Yayasan My Aqsa di Cyberjaya.
Perbincangan ini memberi fokus kepada usaha membetulkan naratif umat daripada sekadar simpati kepada membina cinta yang lebih hidup terhadap Kota Suci Baitul Maqdis.
InsyaAllah, usaha ini akan diteruskan melalui kerjasama pertama kami di pameran Cinta AlQuds di
🌙 Majlis Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD)
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
🗓️ 17 Jun 2026
🕰️ Bermula petang hingga malam
Jom hadir ke booth kami. Antara pengisian istimewa:
✨ VR 360 Tour Masjid Al-Aqsa (tajaan Yayasan My Aqsa)
📖 Pengenalan Mushaf Al-Aqsa di booth khas
🤍 Majlis selawat, ilmu dan penghayatan cinta Rasulullah ﷺ dan pelbagai lagi aktiviti menarik di sini
Jumpa anda di sana. Sebarkan!
#CintaAlQuds
#Alquds
#BaitulMaqdis #TigaKotaSuci
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
+4
Ramai mengenali Al-Quds melalui berita peperangan.
Tetapi Al-Quds jauh lebih besar daripada sebuah konflik.
Ia adalah bumi yang diberkati Allah SWT.
Ia adalah tempat yang disebut dalam Al-Quran.
Ia adalah sebahagian daripada sejarah dan warisan umat Islam.
Sebab itu Al-Quds bukan isu satu bangsa.
Bukan isu satu negara.
Dan bukan isu yang muncul hanya ketika berlaku peperangan.
Al-Quds adalah amanah umat Islam sepanjang zaman.
Jom hadir ke
MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT
📅 17 Jun 2026
🕒 Bermula jam 3.00 petang
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita ilmu, kecintaan dan keprihatinan terhadap bumi yang diberkati ini.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Ada tempat yang kita cintai kerana kita pernah sampai.
Ada tempat yang kita cintai kerana kita selalu mendengarnya.
Tetapi ada tempat yang sepatutnya dekat di hati kerana Allah sendiri memuliakannya.
Bukan semua yang jauh itu asing.
Ada yang jauh pada jarak, tetapi dekat pada iman.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Ada kota yang terkenal kerana keindahannya.
Ada kota yang dikenang kerana sejarahnya.
Tetapi Al-Quds dicintai kerana keberkatannya.
Bumi yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam.
Bumi yang menjadi destinasi peristiwa Isra' dan Mikraj.
Bumi yang disebut keberkatannya di dalam al-Quran.
Al-Quds bukan sekadar isu politik.
Al-Quds adalah sebahagian daripada akidah, sejarah dan identiti umat ini.
Jom hadir ke MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT
📆 17 Jun 2026 (Rabu)
🕑 3.00 Petang - 10.30 Malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
Semoga Allah menjadikan hati kita sentiasa terpaut dengan Masjid Al-Aqsa. 🕌🤍
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
+5
Dari Nabi Ibrahim AS, Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS dan Nabi Isa AS, sehinggalah kepada Rasulullah ﷺ , Al-Quds menjadi saksi perjalanan risalah para nabi sepanjang zaman.
Di bumi inilah mereka berdakwah, beribadah dan meninggalkan jejak perjuangan yang menjadi sebahagian daripada sejarah umat Islam.
Sebab itu Al-Quds bukan sekadar warisan sejarah. Ia adalah warisan akidah dan peradaban umat Islam.
Jom hadir ke program MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT untuk rasai pengalaman VR 360° di Booth Pameran Cinta Al-Quds.
📅 17 Jun 2026
🕒 3.00 petang - 10.00 malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
🕌 Baitulmaqdis Milik Ummah
#malamberselawatmenjunjungdaulat
#muafakatjelatamenjunjungdaulat
#alifmimsin
#tigakotasuci
#baitulmaqdis
