Dr Ahmad Zahid Hamidi
Open in Telegram
Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
366
Subscribers
+124 hours
+37 days
+330 days
Posts Archive
๐๐๐ฆ๐๐๐ซ๐ ๐๐๐ซ๐๐๐ค๐ ๐๐ค๐๐ซ ๐๐ฆ๐๐ข ๐.๐: ๐๐๐ซ๐ฉ๐๐๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ค๐ฒ๐๐ญ, ๐๐๐ค๐ฎ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐๐๐ค๐๐๐ง
Awal pagi tadi saya berkelapangan menyertai konvoi motosikal Kembara Merdeka Akar Umbi Negeri Sembilan 2025, bermula dari Dataran Majlis Perbandaran Jempol hingga ke Perhentian Bas Simpang Pertang.
Lebih 450 buah motosikal berkonvoi bersama merentasi 36 kawasan DUN di seluruh Negeri Sembilan โ satu perjalanan penuh semangat yang membuktikan bahawa patriotisme tidak pernah pudar, malah terus hidup dengan cara dan gaya tersendiri.
Sepanjang perjalanan, saya cukup terharu melihat masyarakat pelbagai kaum melambai, mengibarkan Jalur Gemilang, dan menyambut konvoi dengan wajah penuh ceria. Inilah wajah sebenar Malaysia yang mana rakyatnya bersatu hati di bawah satu bendera, satu semangat, satu cita-cita merdeka.
Program seperti ini saya percaya bukan hanya sekadar kembara, tetapi satu suntikan roh kebangsaan bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan, memupuk perpaduan, dan memperteguh rasa cinta pada tanah air.
Semoga nyala semangat yang kita semarakkan melalui Kembara Merdeka Akar Umbi 2.0 ini akan terus menjadi pengikat kasih sayang antara rakyat Malaysia, dan menjadi asas kepada sebuah negara yang makmur, berdaulat, serta terus dihormati di persada dunia.
#KembaraMerdekaAkarUmbi
#NegeriSembilan
#MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni
#BersamaMalaysiaku
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/17e3LbHe6a/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/share/BANvF0_bgF
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1961678269667054084?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DN-BtvAj5I2?xmt=AQF0S5ZJPL1XP1AG5l6Uxjuus3rEPANbtSJjDmBaKseGcg&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ญ๐ญ๐๐ซ ๐๐๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐
๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ ๐๐ข๐ซ๐ข ๐ค๐-๐: ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐๐๐ค๐๐๐ง & ๐๐๐๐๐ซ๐๐ง ๐๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐ข๐๐ฅ๐ข๐ฌ๐ฆ๐ ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ
Alhamdulillah, malam tadi saya diberi kesempatan untuk menyampaikan ucaptama di Forum BN Siri ke-7 yang membawa tema โ๐พ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐ถ๐๐๐๐๐๐ ๐พ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐ต๐โ๐๐๐ขโ.
Forum ini mengingatkan kita bahawa kemerdekaan bukan sekadar sejarah yang tercatat pada tarikhnya, tetapi satu perjalanan yang berterusan. Ia menuntut kita untuk terus melawan sebarang bentuk penjajahan baharu sama ada melalui ekonomi, budaya, teknologi, mahupun pemikiran.
Bagi saya, roh kemerdekaan sebenar lahir apabila kita yakin dengan identiti bangsa, berdiri teguh dengan bahasa, budaya dan nilai kita, serta membina kekuatan baharu untuk generasi muda.
Saya percaya, jika kita kukuh pada akar perjuangan, tiada kuasa luar yang mampu menggoncangkan pohon bangsa ini.
Tahniah kepada Datoโ Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan semua yang terlibat kerana terus menyediakan ruang wacana bulanan seperti ini yang membuka jalan untuk kita memperbaharui semangat merdeka.
Semoga ia menjadi medan ilmu dan pemikiran demi Malaysia yang lebih bermaruah dan gemilang. Insya-Allah.
#BetterNationForum
#BarisanNasional
#HKHM2025
#BersamaMalaysiaku
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/16XcArXt3F/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/share/BAMA64m2ig
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1961587257842045206?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DN9YekckgJO?xmt=AQF0KhWpP-8gOEZ-7-onBdcsqgeaFh56iKiK-yzbrF13xA&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ง๐ ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐ข๐ฅ๐๐ง๐
Alhamdulillah, saya telah diberi penghormatan untuk menyampaikan ucaptama sekali gus merasmikan The 3rd Council of Southeast Asia Scholars yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), serta TYT Dato' Seri Dr. Mohammad bin Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung Muslim World League (MWL), di samping para ilmuwan dan sarjana dari seluruh rantau ASEAN. Perhimpunan ini membawa nilai besar kerana ia menghubungkan wacana ilmu dengan realiti cabaran global, di samping memperkukuhkan kedudukan Malaysia dalam memimpin ASEAN pada tahun 2025.
Semasa menyampaikan ucaptama, saya telah menekankan bahawa ilmu bukan sekadar untuk ditelaah, tetapi mesti diterjemah menjadi panduan dalam membina masyarakat dan memperjuangkan keadilan sejagat termasuklah solidariti kita bersama rakyat Palestin yang terus diuji.
Insya-Allah, dengan kebijaksanaan para sarjana, kita mampu menghidupkan semula tradisi keilmuan yang membimbing rantau ini sekali gus memberi sumbangan bermakna kepada keamanan dan kesejahteraan dunia.
#CouncilOfSoutheastAsiaScholars
#MyASEAN2025
#RancakkanMADANI
#BersamaMalaysiaku
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1AsN9khHeu/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/share/_mzL880mn
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1961390985726025972?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DN7_hRhDxh2?xmt=AQF021P0sS3HxkhQz3xnHqK5KXEsazUJRMr5gQm0pAXuxg&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ฐ๐๐ฃ๐ข๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ฅ๐ข๐ก๐๐ซ๐ ๐๐๐๐๐ฎ๐ฅ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐
29 ๐๐๐๐ 2025 - ๐๐๐๐ 009/2025
Kedaulatan bukan sekadar istilah politik, tetapi lambang maruah, kemerdekaan dan kekuatan moral sesebuah negara. Ia tidak hanya bergantung pada sempadan atau kuasa pemerintah, tetapi juga kesedaran rakyat untuk memelihara keharmonian, menegakkan keadilan dan mengutamakan maslahat bersama.
Firman Allah SWT dalam Surah Hud ayat 117:
"ููู
ูุง ููุงูู ุฑูุจูููู ูููููููููู ูฑููููุฑูููฐ ุจูุธูููู
ู ููุฃูููููููุง ู
ูุตูููุญูููู"
โ๐ท๐๐ ๐๐ขโ๐๐๐๐ข ๐ก๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐-๐๐๐๐ โ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐-๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ข๐๐ข๐๐๐ฆ๐, ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐ก๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐.โ
Ayat ini mengingatkan bahawa kelangsungan negara bergantung pada rakyatnya sejauh mana mereka menjadi muslihun - pembina, bukan perosak. Dalam konteks Malaysia yang majmuk, perpaduan adalah kunci. Kesepaduan mesti dibina atas saling menghormati, berkompromi demi maslahat yang lebih besar, dan menolak fahaman kebencian yang merosakkan.
Akhirnya, menjaga kedaulatan adalah amanah bersama. Ia bukan hanya tanggungjawab pemerintah sahaja, tetapi ibadah bagi setiap rakyat yang melakukannya dengan jujur dan ikhlas. Marilah kita bersama mempertahan kedaulatan ini agar Malaysia terus berdiri megah, bukan sekadar merdeka pada zahir, tetapi juga berdaulat pada jiwa warganya.
#RisalahJumaat009
#SayyidulAyyam
๐ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSAxrT4SG/
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/17CKt3dMbm/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/share/_4XIjzMQg
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1961350399124017423?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DN7szZuj6hb?xmt=AQF0bq0zdzCPtTZa6N3o0_RUAIIsarfxhUrWA5DgfgfXSg&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐ ๐๐๐ซ๐ ๐๐ข ๐๐จ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ฃ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฉ๐๐๐ฎ๐๐ง, ๐๐๐ซ๐ฎ ๐๐๐ซ๐๐๐ข๐ค๐ข ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ซ๐ ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐
Barisan Nasional (BN) merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan kerana menerima permintaan Ahli-ahli Parlimen BN bagi menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA) hingga ke persidangan Dewan Rakyat akan datang.
Ahli-ahli Parlimen BN secara sebulat suara menyambut baik penangguhan ini dan menyeru agar ruang yang ada dimanfaatkan dengan melaksanakan libat urus yang lebih menyeluruh bersama semua pihak berkepentingan dan pemegang taruh.
Beberapa peruntukan dalam RUU ini diminta oleh BN untuk diperhalusi semula, khususnya berhubung tahap persetujuan bagi projek pembaharuan, skop kuasa eksekutif, serta penentuan nilai ambang yang boleh menjejaskan hak pemilik. Ini berpotensi mengganggu hak autonomi negeri, serta mengugat kestabilan komuniti.
BN menegaskan keperluan untuk memperluas rundingan bersama Kerajaan Negeri, penduduk asal serta pakar perancangan bandar agar suara rakyat dari semua lapisan dapat diambil kira.
Pandangan BN menekankan bahawa sebarang transformasi bandar bukan sekadar soal pembangunan fizikal semata-mata, tetapi juga mesti adil, berimbang, dan selaras dengan prinsip Perlembagaan.
Walaupun RUU ini penting bagi masa depan pembangunan negara, BN turut meminta agar dikaji secara teliti supaya ia benar-benar membawa manfaat holistik kepada semua rakyat dan komuniti yang terlibat.
AHMAD ZAHID HAMIDI
Timbalan Perdana Menteri
Pengerusi BN
29 OGOS 2025
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1XKt85CkQV/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/share/_nKkXt9Tu
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1961331101550715333?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DN7j-bLD5I_?xmt=AQF07rmzN1dkL6i3hgIhiblU8zOZUSzYR-w6zJf77flpqw&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
๐๐๐ง๐ณ๐ข๐๐ซ๐๐ก๐ข ๐๐๐ญ๐จโ ๐๐๐ฃ๐ข ๐๐จ๐ก๐ ๐๐จ๐ฅ๐ค๐๐๐ฅ๐ฒ ๐๐๐ซ๐ฎ๐ง
Selesai majlis di UniKL RCMP tengah hari tadi, saya berkesempatan untuk menziarahi sahabat saya, Datoโ Haji Mohd Zolkafly bin Haji Harun, Exco Kanan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak di kediamannya di Kg. Sg. Rapat Tambahan, Ipoh.
Alhamdulillah, sempat saya bertanya khabar dan berbual panjang bersama beliau. Gembira melihat beliau semakin pulih selepas menjalani pembedahan tulang belakang baru-baru ini.
Saya mendoakan semoga beliau terus dikurniakan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat di Negeri Perak Darul Ridzuan yang dicintai ini. Insya-Allah.
๐ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/19P1yv3avB/?mibextid=wwXIfr
๐ฑIG: https://www.instagram.com/share/BA-lPczsKE
๐ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1961036335084662931?s=46
๐ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DN5d5UwjzLq?xmt=AQF0oVcLdy5iqXDQWAZuft6dhv67EtVG-nrgFMRxyCM8xg&slof=1
๐ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
๐ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Available now! Telegram Research 2025 โ the year's key insights 
