en
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Open in Telegram

Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
364
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Bacaan Al-Quran bagi Juzuk 8 sempena Tadarus Ramadan. Merangkumi Surah Al-An'am ayat 111 sehingga Surah Al-Aโ€™raf ayat 87. Qari: 1. Ustaz Ahmad Izwan Dato' Hamzah 2. Ustaz Nurkhairin bin Khamis 3. Ustaz Muhammad Amir Haziq Semoga bacaan pada malam ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Insya-Allah. #TadarusRamadan #Ramadan1447H https://www.facebook.com/share/v/1DTtidzxzk/?mibextid=wwXIfr https://vt.tiktok.com/ZS9eq6mYtp1Db-P4z7D/

๐๐ž๐ซ๐›๐ฎ๐ค๐š ๐๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐”๐Œ๐๐Ž Saya berkesempatan meluangkan masa bersama rakan seperjuangan keluarga besar UMNO dalam Majlis Berbuka Puasa UMNO yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan semangat kebersamaan. Kehadiran ahli-ahli dari pelbagai peringkat mencerminkan kekuatan serta kesepaduan yang terus menjadi tunjang perjuangan parti keramat ini. Ramadan adalah waktu terbaik untuk kita memperkukuh silaturahim, merapatkan saf dan memperbaharui iltizam perjuangan, lebih-lebih lagi apabila kita berkumpul di bawah bumbung yang sama. Saya amat menghargai komitmen dan kesetiaan seluruh ahli UMNO yang terus istiqamah mendukung perjuangan ini. Terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga Ramadan ini terus menyatukan hati kita dan memperkukuh langkah perjuangan kita. Insya-Allah. #Ramadan1447H #UMNO #BersatuBersetiaBerkhidmat ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1C8WuagEA2/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DVOSnl6EjK4/?igsh=NHd4bzhsaHNxd296 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/i/status/2027017622500642922 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVOS32QD1Re?xmt=AQF0DRdjkn_tBTO6pqRDBeFxOc5GT-vg9m1iS81G_qBPjlnuqzKLAqh4ZV80HLnKuQepoIgO&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐‡๐ข๐ฐ๐š๐ซ ๐ƒ๐ข๐ง๐ข ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐ก๐š๐ง Isu Membela Kemiskinan Dengan Semangat Ramadan Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia: Ustaz Abdul Hadi Basri ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmgGxorR/ ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1Ky6XscRVx/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐“๐ฎ๐š๐ง๐ค๐ฎ Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah atas limpah perkenan mempersilakan patik ke Majlis Berbuka Puasa di Istana Negara malam tadi. Alhamdulillah, patik amat bersyukur kerana berpeluang menghadiri majlis ini bersama Jemaah Menteri, pimpinan Kerajaan serta para perwakilan asing yang mencerminkan kebersamaan dalam menghayati bulan Ramadan yang mulia ini. Semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Tuanku serta memelihara Malaysia dalam keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan. Insya-Allah. Daulat Tuanku! ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/17bEhMGoye/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DVNAM-Xkieh/?igsh=eTI1ZDVnZTNmcHBl ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/i/status/2026836347563159590 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVNAcFfD3MS?xmt=AQF0qz6PU4wcG2qCHeLf0EiOG_3lfs0Hke10RNlDgX8uZ6mwn11TCtgBqi4iiC_ZQ97d74ny&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

*Tadarus Ramadan 1447H* Bacaan Al-Quran bagi Juzuk 7 sempena Tadarus Ramadan. Merangkumi Surah Al-Maโ€™idah ayat 83 sehingga Surah Al-An'am ayat 110. Qari: 1. Dr Afif Farhi Othman. 2. Ustaz Nurkhairin bin Khamis. 3. Ustaz Muhammad Amir Haziq. Semoga bacaan pada malam ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Insya-Allah. #TadarusRamadan #Ramadan1447H https://www.facebook.com/share/v/1B17nXD5sj/ https://vt.tiktok.com/ZS9eQtFYw4Bm7-S7xvh/

๐‡๐ข๐ฐ๐š๐ซ ๐ƒ๐ข๐ง๐ข ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐ก๐š๐ง Tawaran ALLAH Bagi Umat Nabi Muhamad Bagi Bulan Ramadhan Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia: Ustaz Drs Azmi Md Yatim ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmqS9PUj/ ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/186ioL9o2y/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ญ๐š๐ญ ๐“๐ข๐ง๐๐š๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐š๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ญ๐š ๐๐š๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ฌ ๐€๐ง๐œ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐๐š๐ก Ancaman dadah di negara ini masih berada pada tahap yang serius dan semakin kompleks, dengan corak pengedaran serta penyalahgunaan yang lebih tersusun dan merentas sempadan. Sepanjang tahun 2025, nilai rampasan dadah dan bahan racun mencecah RM3.19 bilion, peningkatan ketara berbanding tahun sebelumnya, melibatkan 89 tan dadah dan 132 tan bahan racun. Angka ini mencerminkan skala ancaman yang sedang dihadapi negara. Laporan terkini turut merekodkan seramai 191,832 individu terlibat, membuktikan bahawa isu dadah bukan lagi semata-mata isu jenayah, tetapi telah menjadi cabaran besar terhadap keamanan dan kemakmuran negara. Sehubungan itu, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) sebentar tadi bagi memperkukuh penyelarasan dasar dan tindakan secara menyeluruh merentas kementerian serta agensi penguatkuasaan. Tindakan kita mesti bersepadu, pantas dan berimpak tinggi dalam memerangi gejala yang semakin kompleks dan tidak boleh lagi ditangani secara bersendirian atau berasingan. Pendekatan whole-of-government dan whole-of-society mesti diterjemahkan kepada tindakan konkrit dan boleh diukur. Perjuangan memerangi dadah bukan tanggungjawab satu pihak sahaja tetapi memerlukan komitmen bersama keluarga, komuniti, institusi pendidikan dan sektor swasta. Kerajaan akan terus bertindak tegas, berasaskan data dan tanpa kompromi dalam memastikan keselamatan rakyat serta melindungi masa depan generasi Malaysia. #PerangiDadah #LebihBaikCegah #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/17qEK6hbJH/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DVLRf7JEqKp/?igsh=MTdvb2FvaDBsN3lwZw== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/i/status/2026592984209436995 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVLR3FCj0FR?xmt=AQF0y6dGtWM23KHQ7Crv3jM0-4yPEEAJJ1tZToqdIyeei7HJnIM3TKYKXuGwg2Tjc0J3hgy2&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ๐ค๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ง๐ง๐š๐ก ๐’๐š๐ก๐ฎ๐ซ Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk bersahur kerana di dalamnya terdapat kebaikan yang besar. Semoga setiap sahur menjadi kekuatan dan pahala yang berpanjangan kepada kita semua. Insya-Allah. #RisalahTaalim07 #Ramadan1447H ๐Ÿ“ฑTiktok: https://vt.tiktok.com/ZSmqjVV2G/ ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1CDR5pHYaj/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DVLMmCaEssn/?igsh=ZnNxcWllaHFjYTBi ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/i/status/2026583311800479824 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVLMppujzdY?xmt=AQF0hGoJXe92hdDBoY7SUyN4hQSStyxLgLkicuqTWZzi4JvFPJPySvbAf6VfTQZ2Fnsaq5_a&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Bacaan Al-Quran bagi Juzuk 6 sempena Tadarus Ramadan. Merangkumi Surah An-Nisa ayat 148 sehingga Surah Al-Maโ€™idah ayat 81. Qari: 1. Hj Mohammad Zaki bin Hj Abdullah 2. โ Ustaz Muhammad Amir Haziq 3. โ Hj Mohd Hazwan bin Hamdan Semoga bacaan pada malam ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Insya-Allah. #TadarusRamadan #Ramadan1447H https://www.facebook.com/share/v/1Gbz5ECsyo/?mibextid=wwXIfr https://vt.tiktok.com/ZS9euy8xaJo1Y-eFxs0/

๐‡๐ข๐ฐ๐š๐ซ ๐ƒ๐ข๐ง๐ข ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐ก๐š๐ง Tawaran ALLAH Bagi Umat Nabi Muhamad Bagi Bulan Ramadhan Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia: Ustaz Drs Azmi Md Yatim ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmXToBXK/ ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1Av2QnhZ9K/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐ˆ๐ค๐ก๐ฅ๐š๐ฌ ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐€๐ฆ๐š๐ฅ Setiap amal bermula dengan niat. Bulan Ramadan adalah kesempatan terbaik untuk kita memperbaharui dan meluruskan kembali niat mengharapkan reda-Nya. Semoga segala usaha dan pengorbanan kita sepanjang Ramadan ini diterima serta diberkati oleh Allah SWT. #RisalahTaalim06 #Ramadan1447H ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmXnb9uk/ ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1GJXo8EVAQ/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DVIoXhHkjcr/?igsh=bmN5cWtoNDQ0MHMx ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2026220670125052236?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVIoXbRjw5N?xmt=AQF0FCe3VJcBukkfXZiFBrgzm9qXMMHspS28nqpR71qz8H_xrx0bkOD9PGneuQBb2vbTSY-I&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐‡๐ข๐ฐ๐š๐ซ ๐ƒ๐ข๐ง๐ข ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐ก๐š๐ง Islam Agama Penyatuan, Bukan Berpecahan Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia: Dato' Zainal Abidin Sakom https://vt.tiktok.com/ZSmQH7vTa/ https://www.facebook.com/share/v/1G9znqY2WX/?mibextid=wwXIfr

๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐“๐š๐๐›๐ข๐ซ ๐”๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐’๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐‡๐จ๐ฅ๐ข๐ฌ๐ญ๐ข๐ค Pendekatan ๐‘Šโ„Ž๐‘œ๐‘™๐‘’ ๐‘œ๐‘“ ๐‘๐‘Ž๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘› terus menjadi teras dalam memastikan kesejahteraan kesihatan rakyat ditangani secara menyeluruh dan berimpak tinggi melibatkan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Negeri, sektor swasta serta masyarakat. Sejajar dengan pendekatan ini, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional (JKKN) yang saya pengerusikan di Putrajaya sebentar tadi menandakan fasa baharu tadbir urus kesihatan negara melalui integrasi agenda utama kesihatan nasional di bawah satu kerangka strategik yang lebih tersusun dan holistik. Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa Malaysia mencatatkan penurunan ketara kes denggi sebanyak 54.7% pada tahun 2025 berbanding tahun sebelumnya, manakala kematian akibat komplikasi denggi turut menurun. Walaupun pencapaian ini memberangsangkan, usaha pencegahan akan tetap terus diperkasa melalui pelaksanaan inisiatif Komuniti Bebas Denggi (KomBeD) serta penglibatan aktif masyarakat. Kerajaan juga terus memberi tumpuan kepada usaha menangani beban malpemakanan kanak-kanak melalui kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa dan komuniti, demi memastikan generasi masa depan membesar sihat dan sejahtera. Kesihatan adalah pelaburan terpenting negara. Insya-Allah, usaha memperkukuh sistem kesihatan nasional akan terus diperkasa demi membina Malaysia yang lebih sihat, produktif dan sejahtera. #JKKN #KesihatanUntukSemua #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/17GMmbT4xh/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DVGIQllEvsd/?img_index=3&igsh=MWt0YjM1Mjd3MWh4MQ== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2025869179514130840?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVGIX-bD5Tw?xmt=AQF0WF9JXZen2QszZayueEcH_oy6Pq6Y3l73s8m2jhbj0KuANI0Oy_lbvUiQHq-jjpEB-fpG&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐ž๐ซ๐ค๐š๐ญ ๐ƒ๐ข ๐–๐š๐ค๐ญ๐ฎ ๐’๐š๐ก๐ฎ๐ซ Di saat kebanyakan manusia masih lena, ada peluang untuk kita bangun, berdoa dan memulakan hari dengan niat yang lebih ikhlas. Jangan kita sia-siakan waktu yang singkat tetapi bernilai ini. Semoga sahur menjadi kekuatan jasmani dan rohani untuk kita menempuh puasa dengan sabar, syukur dan istiqamah. Insya-Allah. #RisalahTaalim05 #Ramadan1447H ๐Ÿ“ฑTiktok: https://vt.tiktok.com/ZSmQfaB9u/ ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/18AcVKAZFU/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DVGDkngkkdk/?igsh=MWZ4Y2Qwa3Z1Mnh4aA== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/i/status/2025859457440485704 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVGDf1jEmRA?xmt=AQF0mPZMSk7--l8lWl3fi-NVyiwAWjAAHB-dye4Qj38wBSqfXcqaZxBnIa6vl028MtxB5Dgb&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐‚๐„๐‘ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐Œ๐จ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ฆ ๐๐ž๐ฅ๐š๐›๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐œ๐ข๐ฉ๐ญ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐š๐ง Dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pagi tadi, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) sekali lagi mencatatkan pencapaian yang memberangsangkan apabila merekodkan pelaburan direalisasi sebanyak RM78.95 bilion serta mewujudkan lebih 23,000 peluang pekerjaan sepanjang tahun 2025. Lebih membanggakan, NCER turut berjaya melahirkan 4,000 bakat tempatan yang memenuhi keperluan industri melalui program di bawah Pusat Inovasi Teknologi NCER (NTIC), sekali gus memperkukuh ekosistem pembangunan modal insan selari dengan keperluan pelaburan berteknologi tinggi. Mesyuarat turut meneliti perancangan pelaburan baharu bagi memperkukuh ekosistem ekonomi wilayah utara. Saya menyambut baik hala tuju yang digariskan ini dan yakin NCER akan terus memainkan peranan penting dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi wilayah, membuka lebih banyak peluang kepada rakyat serta mengukuhkan daya saing negara di peringkat serantau dan global, insya-Allah. #NCER #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1K1mcjU9qF/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DVF5XXkEuPU/?igsh=b3B0ZzBldjAyN2V1 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2025835952003076386?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVF5hM3j2jo?xmt=AQF0WjS3YpDqPijjjiQz9jPVTmitTDYQVv4zOM-qGDLRvH8m6fE1NibpsKPCCSWb5NnD2n_A&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐†๐ž๐ฆ๐ฉ๐š ๐๐ฎ๐ฆ๐ข ๐’๐š๐›๐š๐ก Susulan kejadian gempa bumi yang berlaku awal pagi tadi, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melaksanakan pemantauan lapangan berterusan sebagai langkah berjaga-jaga. Rondaan juga turut dijalankan di kawasan tepi laut berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), selain pemeriksaan di beberapa daerah termasuk Putatan, Kudat dan kawasan sekitar bagi memastikan keadaan kekal selamat dan terkawal. Menurut makluman Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), gempa bumi bermagnitud 6.8 itu berlaku di perairan Kota Kinabalu, Sabah iaitu kira-kira 49 km barat dari Kudat, Sabah pada jam 12.57 pagi. Gegaran dilaporkan dirasai di Sabah serta beberapa kawasan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Setakat ini, tiada amaran tsunami dikeluarkan, dan MET Malaysia akan memantau keadaan dari semasa ke semasa. Keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Sehubungan itu, saya memohon penduduk di kawasan berhampiran agar sentiasa peka terhadap arahan pihak berkuasa, kekal tenang dan tidak panik. Dapatkan maklumat sahih daripada Portal Bencana atau media sosial rasmi MET Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan agensi lain yang berkaitan. Dalam keberkatan bulan Ramadan ini, marilah kita bersama-sama mendoakan agar saudara-saudara kita di Sabah sentiasa dilindungi dan dijauhkan daripada sebarang musibah. Semoga Allah SWT memelihara kita semua, insya-Allah. Sumber: Malaysian Meteorological Department #METMalaysia #GempaBumi ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/1AoeQ3WD2b/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DVFTke9kvdF/?igsh=MTl6NnN5eDA4YXVtbw== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/2025752991744270484?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVFTy2uD2uQ?xmt=AQF022rnnsLYAbIxqnGEAloe8oOyTdsofjF3Bb_t91PSpqq2iQ-0kPlYlQ7xVCjg3jHTYoo&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Tadarus Ramadan 1447H Bacaan Al-Quran bagi Juzuk 4 sempena Tadarus Ramadan. Merangkumi surah Al-Imran ayat 92 sehinggan Surah An-Nisa ayat 23. Qari: 1. Hj Mohd Hazwan Bin Hamdan 2. โ Ustaz Muhammad Amir Haziq 3. โ Dr. Afif Farhi Othman Semoga bacaan pada malam ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Insya-Allah. #TadarusRamadan #Ramadan1447H https://www.facebook.com/share/v/18BWr4q7k8/ https://vt.tiktok.com/ZS9eAatoRWWT6-PoZnf/

๐‡๐ข๐ฐ๐š๐ซ ๐ƒ๐ข๐ง๐ข ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐ก๐š๐ง Bila Amar Makruf Menjadi Fitnah Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia: Ustaz Muhamad Adam Iman https://vt.tiktok.com/ZSm9MXw99/ https://www.facebook.com/share/v/1AgvbVDbid/?mibextid=wwXIfr

๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐ง๐š๐š๐ง ๐ƒ๐ข ๐–๐š๐ค๐ญ๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐›๐ฎ๐ค๐š Antara sunnah yang dianjurkan ialah berbuka dengan tamar, atau tegukan air. Amalan yang ringkas ini mengajar kita bahawa keberkatan tidak terletak pada kemewahan, tetapi pada kesederhanaan dan ketaatan. Semoga setiap berbuka kita disertai keberkatan dan rahmat-Nya. Insya-Allah. #RisalahTaalim04 #Ramadan1447H ๐Ÿ“ฑTiktok: https://vt.tiktok.com/ZSm9Y6wgd/ ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1HBqqwy4mz/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DVDfVBTEkNw/?igsh=d2dmdjFhdWQ4b2o1 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/i/status/2025497007121735985 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVDettbAj_o?xmt=AQF0cAhF2s3o1PdDPOokTQS8Q0XN6axCyrjt_FgNlwyZ97kcmYtMFFSiK5d_rKGIAKUi86t8&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

*Taddrus Ramadan 1447H* Bacaan Al-Quran bagi Juzuk 3 sempena Tadarus Ramadan. Merangkumi Surah Al-Baqarah ayat 253 sehingga surah Al-Imran ayat 91. Qari: 1. Ustaz Mohammad Syukri Asyraf bin Shohaimi 2. Ustaz Mohd Shukri Samsudin 3. Ustaz Haji Mohammad Zaki bin Haji Abdullah Semoga bacaan pada malam ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Insya-Allah. #TadarusRamadan #Ramadan1447H https://www.facebook.com/share/v/18P35xWdM8/ https://vt.tiktok.com/ZS9eheHPvdsju-8Ez3x/