en
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Open in Telegram

Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
364
Subscribers
No data24 hours
+37 days
+230 days
Posts Archive
๐Œ๐ž๐ง๐ฎ๐ง๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐’๐จ๐ฅ๐š๐ญ ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ ๐๐ข ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐—๐ข๐š๐จ๐ญ๐š๐จ๐ฒ๐ฎ๐š๐ง, ๐’๐ก๐š๐ง๐ ๐ก๐š๐ข Alhamdulillah, sebelum meneruskan agenda hari terakhir lawatan kerja di Shanghai, saya berpeluang menunaikan solat Jumaat di Masjid Xiaotaoyuan, masjid terbesar di Shanghai yang mula dibina sejak tahun 1917 dan telah diwartakan sebagai bangunan warisan oleh Kerajaan Perbandaran Shanghai pada tahun 1994. Di sini saya sempat beramah mesra dengan komuniti Muslim tempatan dan para jemaah yang hadir. Dalam pertemuan singkat ini, saya juga menyaksikan semangat ukhuwah dan persaudaraan Islam yang menjadi nadi kekuatan komuniti muslim di kota Shanghai, melangkaui sempadan bangsa dan negara. Semoga hubungan baik antara rakyat Malaysia dan komuniti Islam di China terus berkembang bukan sahaja dalam aspek keagamaan, tetapi juga dalam semangat kemanusiaan dan kerjasama sejagat. #SayyidulAyyam #MasjidXiaotaoyuan #Shanghai #China #MalaysiaChina ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/185JN2fQqr/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQv3-JMkrpP/?img_index=1&igsh=MTRwODNsMHR2b2s1aQ== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1986707834906800357?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQv3_drD1-L?xmt=AQF047K3kWaVjx2Pg9q-DQZWbd4XsdtM6jlE4o2zycyInoCs5Aerm4b38pqJJh54G0gqrEx1&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š-๐‚๐ก๐ข๐ง๐š ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐“๐•๐„๐“ ๐๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐‡๐š๐๐š๐ฉ๐š๐ง Agenda hari terakhir Lawatan Kerja ke Shanghai diteruskan dengan hadir merasmikan Forum Kerjasama Pendidikan Industriโ€“TVET Antarabangsa Malaysiaโ€“China ke-2 dan Pameran Pendidikan Vokasional Malaysiaโ€“China ke-4 di Shanghai Technical Institute of Electronics & Information. Forum ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik antara Malaysia dan China dalam bidang TVET, industri semikonduktor, keselamatan siber, rel transit, e-dagang dan logistik di mana ianya merupakan bidang-bidang masa hadapan yang bakal membentuk landskap ekonomi baharu negara. Melalui kerjasama ini, Institut Guangqi akan menjadi hab latihan bersama Malaysia-China, melibatkan pelaburan latihan bernilai RM10 juta untuk 500 pelajar, tenaga pengajar dan pekerja industri. Selain itu, Program SIYUAN Skill Advancement & Employment (SAEP) bernilai RM12.5 juta yang akan memberi peluang kepada 2,500 belia berkemahiran Malaysia menjalani latihan dan penempatan kerja bersama syarikat China di Malaysia. Saya turut melancarkan Malaysia-China TVET Industry-Education Alliance (MC-IEA) dengan nilai co-funding sebanyak RM10 juta melibatkan 15 institusi TVET China dan beberapa syarikat gergasi yang akan memperkasa ekosistem โ€œTrain-Intern-Job Placementโ€ antara kedua-dua negara. Usaha ini turut disokong melalui pelaksanaan ๐‘‘๐‘ข๐‘Ž๐‘™ ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ก๐‘–๐‘“๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘› di bawah China Global Professional and Technical Certification Center (CGPTC), dengan sasaran melahirkan 2,000 tenaga mahir Malaysia diiktiraf bertaraf antarabangsa menjelang 2026. Inisiatif-inisiatif ini membuktikan bahawa kerjasama TVET Malaysia-China bukan sekadar pertukaran ilmu, tetapi pelaburan masa depan untuk memperkasa modal insan dan memastikan Malaysia kekal berdaya saing di pentas global. #TVET #TVETMalaysia #MCI #BELIAMAHIR #Shanghai #MalaysiaChina #RancakkanMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1Bdc5DYEKu/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQvq9uLkjI_/?igsh=MTQ2a3d1eXV4Yms1bA== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1986679229128626529?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQvq-xCD-oJ?xmt=AQF0K0zSU_TztORRsOWTFbU1BVIKhqeKRelfDa6NB7-deplD-YjFAReAdBI2sIVUj5iejvQX&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐ƒ๐ข๐ซ๐ ๐š๐ก๐š๐ฒ๐ฎ ๐“๐ฎ๐š๐ง๐ค๐ฎ Menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan, Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan, sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan 2025. Patik serta rakyat jelata merafak sembah dan mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan kesihatan yang baik, usia yang panjang, serta terus berada dalam limpahan rahmat dan inayat Allah SWT. Menjunjung kasih Tuanku. ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1ABbBozAS4/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQvdCjuko3Z/?igsh=MWtwdG1sa3lqNWxsMg== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1986648658033652157?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQvdFJ4DyDC?xmt=AQF0vfZrrcgwWF8jqDxFVRNvaf7e3FIF4F2VlnAcsWyz5rGzQyi48EIWLhyXkpPQrfNWT40&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐š๐ฏ๐ข๐ฅ๐ข๐จ๐ง ๐€๐‚๐‚๐‚๐ˆ๐Œ & ๐๐Š๐…๐™ ๐’๐ก๐š๐ง๐ ๐ก๐š๐ข ๐Š๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก๐ค๐š๐ง ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š-๐‚๐ก๐ข๐ง๐š Agenda di Shanghai hari ini saya akhiri dengan melawat ke Pavilion Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) dan menyempurnakan gimik perasmian Pejabat Port Klang Free Zone (PKFZ) Cawangan China di China International Import Expo (CIIE). Saya menyaksikan penyertaan Malaysia melalui ACCCIM amat membanggakan. Pavilion ACCCIM ini kekal konsisten selama lapan tahun berturut-turut dan diiktiraf antara 30 Pavilion paling berpengaruh pada edisi lalu. Kali ini, Pavilion ACCCIM menampilkan produk makanan dan pertanian oleh 169 penyertaan dari Malaysia, termasuk 83 syarikat pempamer dan 80 delegasi perniagaan. Inisiatif ini membuka ruang luas kepada PKS Malaysia, khususnya dalam sektor halal, agro-makanan, teknologi makanan dan produk desa, untuk menembusi pasaran eksport bernilai tinggi di China. Ketika menyempurnakan gimik perasmian PKFZ Cawangan China pula, saya dapati usaha ini akan dapat memperkukuh jaringan perdagangan dan logistik antara Malaysia-China. Ini merupakan langkah strategik bagi memperkukuh kedudukan Pelabuhan Klang sebagai hab maritim serantau yang berdaya saing, serta menyokong transformasi digital dan kelestarian sektor logistik. Diharapkan usaha gigih ACCCIM dan PKFZ, dengan sokongan MITI dan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing dapat mempertingkatkan sinergi antara sektor awam dan swasta dalam memacu pertumbuhan ekonomi berasaskan perdagangan dan pelaburan strategik. #ACCCIM #PKFZ #Shanghai #MalaysiaChina #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/14LuqGd89ZL/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQtw5nUkuZb/?img_index=9&igsh=YWp3OWdneDVwcHM4 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1986411001198112782?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQtw7BAj9LN?xmt=AQF0yypRgf5zGzIfkawQrrBGgXboU5uReQOOOdf06ThJbmFSehB7UafFhqwn4JRPryd84YFD&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ˆ๐‡๐€๐’@๐’๐ก๐š๐ง๐ ๐ก๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“: ๐–๐š๐ฐ๐š๐ง๐œ๐š๐ซ๐š ๐„๐ค๐ฌ๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐Ÿ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐€๐ ๐ž๐ง๐๐š ๐€๐–๐€๐๐ˆ & ๐๐ฅ๐จ๐จ๐ฆ๐›๐ž๐ซ๐  Alhamdulillah, selesai sesi temubual eksklusif bersama Agenda AWANI dan Bloomberg Pavilion Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS)@Shanghai 2025 yang dianjurkan sempena penganjuran China International Import Expo (CIIE) di Shanghai. Ketika diwawancara oleh Agenda AWANI, saya menekankan bahawa pemilihan Shanghai sebagai lokasi MIHAS antarabangsa adalah langkah strategik yang akan memperluaskan kemasukan produk Malaysia ke pasaran halal China yang bernilai lebih USD200 bilion setahun, selain memperkukuh perdagangan dua hala Malaysiaโ€“China yang sudah bertahan 16 tahun berturut-turut. Sementara itu, dalam temubual bersama Bloomberg, saya berkongsi hala tuju โ€œNew Golden Eraโ€ Malaysiaโ€“China, yang digerakkan oleh ekonomi digital dan hijau, rantaian bekalan serantau, serta pengembangan industri halal global melalui MIHAS@Shanghai. Saya nyatakan bahawa Malaysia bukan sekadar menjual produk halal tetapi turut menawarkan keyakinan, kualiti dan integriti kepada dunia. Dalam temubual ini juga, saya berkongsikan kejayaan MIHAS@Dubai 2024 dengan nilai transaksi RM2.2 bilion dan kini diteruskan di Shanghai dengan sasaran lebih tinggi. Tentunya usaha yang dilakukan ini sejajar dengan matlamat Halal Industry Master Plan 2030 (HIMP 2030) untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju utama ekonomi halal global. #MIHAS2025 #MIHASShanghai #CIIE2025 #MalaysiaHalal #MalaysiaChina #HalalEconomy #HIMP2030 #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/17pSaMnc7m/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQtrNTZEgpR/?igsh=MWh0NXhlYmdjZmxzNg== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1986398286291607757?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQtrOdbDzWL?xmt=AQF0O3VG3MflJipAfzjxON79dIS7Tgn6gohvZacO2SOJHaCcOUFPq8YHIIsYSN6hUcT8aLiy&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐ค๐ž ๐‘๐ž๐ซ๐ฎ๐š๐ข ๐Œ๐ˆ๐‡๐€๐’@๐’๐ก๐š๐ง๐ ๐ก๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Semasa di MIHAS@Shanghai 2025 sebentar tadi, saya tidak melepaskan peluang untuk melawat ke reruai pameran yang menampilkan pelbagai produk halal tempatan, termasuk hasil usaha para usahawan Bumiputera yang dipamerkan di sini. Alhamdulillah, saya amat berbangga melihat jenama-jenama Malaysia berdiri megah di pentas dunia, membawa bersama nama baik negara melalui mutu produk halal yang diyakini dan berdaya saing tinggi. Saya turut meluangkan masa berinteraksi dengan wakil Kementerian, Agensi, Negeri serta syarikat-syarikat Bumiputera yang terlibat dalam MIHAS kali ini. Setiap produk dan inovasi yang dipamerkan memperlihatkan potensi besar Malaysia untuk terus menjadi peneraju industri halal global. Saya berharap agar semua usahawan yang menyertai MIHAS@Shanghai 2025 dapat memanfaatkan peluang berharga ini untuk memperkukuh jaringan perniagaan dan membuka ruang pasaran baharu di rantau ini. Insya-Allah, usaha berterusan ini akan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama industri halal dunia sekali gus menjadikan โ€œHalal Malaysiaโ€ terus diyakini dan dihormati di peringkat global. #MIHASShanghai2025 #MIHAS2025 #MalaysiaChina #HalalMalaysia #MATRADE #KKDW ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1BK5tQ9kty/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQtSBFokpVg/?igsh=MTFyZm4zOWgzaDhkcg== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1986343252585222340?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQtSC8Lj0Ay?xmt=AQF0m4PkGlDfwow9Jv6g9v8xCi4UOLod6o8R41Ar3F9kErK2SgCYKIo4q_eOyZNgErJIvPg&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ˆ๐‡๐€๐’@๐’๐ก๐š๐ง๐ ๐ก๐š๐ข: ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐š๐ฌ ๐’๐š๐ฒ๐š๐ฉ ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐‡๐š๐ฅ๐š๐ฅ ๐ค๐ž ๐๐š๐ฌ๐š๐ซ๐š๐ง ๐†๐ฅ๐จ๐›๐š๐ฅ Lawatan kerja saya ke Shanghai diteruskan dengan acara kemuncak, merasmikan Malaysia International Halal Showcase (MIHAS@Shanghai 2025) bersempena China International Import Expo (CIIE) di NECC, Shanghai. Penganjuran MIHAS@Shanghai yang diterajui MATRADE dengan kerjasama CIIE Bureau membuktikan komitmen Malaysia dalam memacu pertumbuhan ekonomi halal global yang kini dianggarkan bernilai USD2.3 trilion dan dijangka meningkat kepada USD10.5 trilion menjelang 2030. Saya turut menghargai kerjasama erat antara MARA dan MATRADE melalui MoU strategik merangkumi pengantarabangsaan produk Bumiputera, inovasi halal dan promosi digital. Menerusi KKDW saya merasa bangga dengan penyertaan 16 usahawan desa di bawah program Gate to Global (GTG) MARA serta agensi wilayah seperti RISDA, FELCRA, KEJORA dan KEDA dengan nilai penyertaan RM600,000 dan potensi jualan RM150 juta. Antara kejayaan utama ialah tiga MoU bernilai lebih RM25 juta bersama pengedar dari China. Langkah ini bukan sahaja memperkukuh jenama halal Malaysia di pentas antarabangsa, tetapi turut membuka ruang baharu kepada usahawan desa untuk menembusi pasaran global, selaras dengan visi Kerajaan MADANI dan Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030. Insya-Allah, Malaysia akan terus menerajui agenda halal global, bukan sekadar sebagai pengeluar, tetapi sebagai penentu standard dan inspirasi ekonomi berprinsip di peringkat dunia. #MIHAS2025 #MIHASShanghai2025 #MATRADE #MARA #KKDW #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1YpbPSBC5A/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQtHsZHEkOF/?igsh=dG5hZTU4Mmh5czdj ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1986320314146639978?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQtHtmkD1HZ?xmt=AQF0AYnly1MhOUV6jHZwqzQcVHc3bG4mleC8hTgiKKer9Efa_q9_j-YQjjoco7xnW_3838o&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ฒ๐‚๐ก๐š๐ฆ ๐’๐ก๐š๐ง๐ ๐ก๐š๐ข: ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐‰๐š๐ฆ๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐šโ€“๐‚๐ก๐ข๐ง๐š Saya mulakan pagi ini di Shanghai dengan mengadakan pertemuan bersama kepimpinan dan ahli Malaysiaโ€“China Chamber of Commerce (MayCham) Shanghai, yang telah berperanan sejak tahun 2005 sebagai jambatan utama hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan antara Malaysia-China. Pertemuan ini sangat bermakna kerana MayCham Shanghai memainkan peranan penting dalam menyokong syarikat Malaysia yang beroperasi di China, serta membantu syarikat China meneroka peluang pelaburan mereka di Malaysia, khususnya dalam sektor halal, TVET, teknologi hijau dan ekonomi digital. Saya menzahirkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan dan ahli MayCham dibawah penyeliaan Mr. Tan Hann Syn atas usaha berterusan memupuk jaringan strategik antara kedua-dua negara. Semoga MayCham Shanghai akan terus menjadi jambatan yang menghubungkan antara komuniti perniagaan Malaysia-China berteraskan nilai, integriti dan manfaat bersama. #MalaysiaChina #MayChamShanghai #HalalEconomy #TVET #MalaysiaMADANI #RuralToGlobal ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1ByTyBmFyk/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQsvqoyku9q/?igsh=MjJ2OGhsZ2RhbDht ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1986267374174310600?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQsvsZXD5SZ?xmt=AQF0nC2LH3BK_8JnmOFiyASEo95UvMVvVkvmy5hXgTYCkEoNIRlHhR19tfPjxTFQ0OxiSgqo&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐šโ€“๐‚๐ก๐ข๐ง๐š ๐๐ข ๐’๐ก๐š๐ง๐ ๐ก๐š๐ข Saya kongsikan rangkuman hari kedua lawatan rasmi di Shanghai yang menzahirkan komitmen Malaysia dan China dalam memperkukuh hubungan perdagangan, pendidikan serta industri berimpak tinggi. Insya-Allah, setiap inisiatif ini akan menjadi pemangkin hubungan dua hala yang lebih erat dan membawa manfaat berpanjangan kepada rakyat Malaysia. #MalaysiaChina #CIIE2025 #MARA #SJTU #CIDBHShanghai #KKDW #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DQsiVO8ko7f/?igsh=MXRvdTE4aXl4NGJmag== ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/14VRQZKHau9/ ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/GeCERvYnzyg?si=FQd39VrrGUp7CUYq ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ฆ๐ฎ ๐€๐ง๐š๐ค-๐€๐ง๐š๐ค ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ข ๐’๐ก๐š๐ง๐ ๐ก๐š๐ข ๐‰๐ข๐š๐จ ๐“๐จ๐ง๐  ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ฒ Semasa di Shanghai Jiao Tong University (SJTU) petang tadi, saya sempat bertemu dan beramah mesra bersama enam orang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di salah sebuah universiti terkemuka dunia ini. Kami berbual panjang, bertukar pandangan, mendengar pengalaman mereka menimba ilmu di perantauan dan menyelami semangat mereka untuk terus membawa nama Malaysia ke puncak kecemerlangan. Hebat-hebat belaka anak-anak Malaysia kita di sini, penuh semangat dan cita-cita. Saya doakan agar mereka terus berjaya dalam bidang masing-masing, menjadi kebanggaan keluarga, masyarakat dan negara. Ilmu yang dituntut hari ini, insya-Allah akan jadi suluh untuk masa depan Malaysia yang lebih gemilang. #AnakMalaysia #SJTU #MalaysiaChina #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑTikTok: https://vt.tiktok.com/ZSyPNYN4o/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DQrWuFYEqro/?igsh=MXRtaXc2MjRoamh0dQ== ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/r/1GgP4f7yHM/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š-๐‚๐ก๐ข๐ง๐š ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข ๐๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š๐š๐ง ๐๐ข ๐’๐ก๐š๐ง๐ ๐ก๐š๐ข Saya mengakhiri hari pertama lawatan kerja rasmi di Shanghai dengan merasmikan CIDBH Information Centre (Shanghai) di CITIC Plaza yang merupakan hasil kerjasama antara CIDB Holdings Sdn. Bhd. dan Menara Asia Sdn. Bhd. Pusat ini merupakan yang pertama seumpamanya diwujudkan di luar Malaysia dan berperanan sebagai pusat rujukan rasmi bagi memudahcara urusan eksport bahan binaan ke Malaysia, selaras dengan piawaian serta keperluan pensijilan negara. Langkah strategik ini akan memperkukuhkan kecekapan dan ketelusan dalam rantaian bekalan pembinaan, serta menandakan perluasan pengaruh industri pembinaan Malaysia di peringkat global. Inisiatif ini juga secara tidak langsung akan dapat memperkukuh hubungan perdagangan dan industri antara Malaysia dan China, sejajar dengan Dasar Pembinaan Negara 2030 yang memacu sektor pembinaan mampan, berdaya saing dan berpaksikan inovasi. Insya-Allah, kejayaan ini akan menjadi titik tolak kepada kerjasama lebih luas dalam bidang pembinaan, teknologi dan inovasi antara dua negara sahabat serantau ini sekali gus membuka lebih banyak ruang kerjasama ekonomi yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara. #CIDBHShanghai #DCP2030 #Shanghai #MalaysiaChina #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1A83E7VGBs/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQrB0cXknSY/?img_index=7&igsh=MW51dXA5eTFiaXI5eQ== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1986025858377842791?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQrCKP5D4v2?xmt=AQF0IDJccKuZEKdLOpj64tBMEzYDICPyDQw4dfnRBvaUw5n8F_eUe1qfGjx6VJGPbRr6uEMU&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐€๐‘๐€ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐†๐ฅ๐จ๐›๐š๐ฅ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐’๐ก๐š๐ง๐ ๐ก๐š๐ข ๐‰๐ข๐š๐จ ๐“๐จ๐ง๐  ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ฒ Seterusnya di bumi Shanghai, saya telah menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Shanghai Jiao Tong University (SJTU), sebuah universiti berprestij yang kini berada pada kedudukan ke-47 dunia dan ke-3 di China. Kerjasama ini membuka ruang baharu dalam bidang pendidikan, penyelidikan TVET berimpak tinggi serta pembangunan sosio-budaya antara Malaysia dan China. Ia menandakan langkah besar MARA dalam memperluas jaringan pendidikan global dan melahirkan lebih ramai pelajar Bumiputera yang berdaya saing di pentas antarabangsa. Melalui MoU ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam pertukaran kepakaran teknikal, penyelidikan inovatif, pertukaran pelajar dan tenaga akademik, serta penerokaan peluang biasiswa di SJTU. Sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, saya melihat inisiatif ini sebagai sebahagian daripada usaha KKDW dalam memperkukuh ekosistem TVET Malaysia agar terus relevan dengan perkembangan teknologi global dan mampu membangunkan bakat luar bandar bertaraf dunia. Insya-Allah, kerjasama ini akan menjadi pemangkin kepada generasi muda Malaysia untuk menimba ilmu, menguasai teknologi sekali gus membawa nama negara ke persada antarabangsa. #MARA #SJTU #TVETMalaysia #KKDW #PejuangDESA #MalaysiaChina ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/17csTmcaFq/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQq0Gt1EmS_/?igsh=ajlsNXpienVvODB2 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1985995587351941382?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQq0OscD9TJ?xmt=AQF0XoULD8gmFO2h8koSKQJW5Voc1xEkaFAr55l7wLeWZl3outGOhKH_AC7NUZiY77O6xFM&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐‡๐ฎ๐›๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ ๐š๐ง๐  ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐šโ€“๐‚๐ก๐ข๐ง๐š ๐๐ข ๐‚๐ˆ๐ˆ๐„ ๐’๐ก๐š๐ง๐ ๐ก๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari ini saya berpeluang menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi China International Import Expo (CIIE) 2025 di Shanghai atas undangan rasmi Kerajaan Republik Rakyat China. Ini merupakan kali pertama saya menghadiri CIIE dan kali keenam Malaysia menyertai ekspo berprestij ini sejak 2018. Majlis yang disempurnakan oleh Premier Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Li Qiang, menzahirkan komitmen tinggi Kerajaan China terhadap keterbukaan ekonomi global dan kerjasama perdagangan antarabangsa. Kehadiran beliau turut mencerminkan kepercayaan berterusan China terhadap Malaysia sebagai rakan dagang strategik dan sahabat serantau yang penting. Sebagai salah satu pameran ekonomi paling berpengaruh di dunia, ekspo ini turut menjadi platform penting untuk Malaysia memperkukuh hubungan ekonomi dan membuka peluang baharu bagi produk tempatan menembusi pasaran global bernilai tinggi. Penyertaan Malaysia dalam CIIE tahun ini, serta penganjuran Malaysia International Halal Showcase (MIHAS@Shanghai 2025) yang berlangsung serentak, menandakan komitmen negara untuk memperluas pasaran halal dan memperkukuh kehadiran ekonomi Malaysia di rantau ini. Insya-Allah, lawatan kerja ini akan terus membuka ruang kerjasama baharu dan membawa manfaat besar kepada rakyat serta ekonomi negara. #CIIE2025 #Shanghai #MalaysiaChina #RancakkanMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1Ar6qmrTV2/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQqpxgKkrTH/?igsh=dWppbGN0MjM3dDV6 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1985972934935277798?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQqpzgrD7x0?xmt=AQF0PMXnD083OYMOgx4E5QxVpIo3qWV6056YXP3egMAU09KWpZo2phMB3Em8d2rqZ3kxtMfJ&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ซ๐ž-๐‚๐จ๐ฎ๐ง๐œ๐ข๐ฅ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ƒ๐ž๐ฅ๐ž๐ ๐š๐ฌ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ข ๐’๐ก๐š๐ง๐ ๐ก๐š๐ข Saya memulakan hari ini di Pudong, Shanghai dengan mempengerusikan sesi Pre-Council bersama delegasi Malaysia bagi meneliti setiap agenda dan rangka lawatan agar berjalan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan. Saya turut tekankan agar lawatan kerja kali ini mestilah berorientasikan hasil, bukan sekadar lawatan kerja semata-mata. Setiap pertemuan dengan rakan strategik di China perlu diterjemahkan kepada keberhasilan, nilai dan peluang baharu yang memberi manfaat langsung kepada rakyat Malaysia, terutamanya terhadap rantaian nilai industri halal, pendidikan TVET, serta kerjasama teknologi dan inovasi. Doakan agar segala urusan kami di sini dipermudahkan dan memberi manfaat besar kepada rakyat serta memperkukuh kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa. Insya-Allah. #Shanghai #MalaysiaChina #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1BjXWyasa5/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQqK3tOkkKP/?img_index=1&igsh=aGp6bTVybGtkNDYx ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1985905113027002670?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQqK5OsDwH_?xmt=AQF09G0DA6kM6t6UOkSlIbJHobWub8pdaw9GP0CF44TWl3BHJ6zXYDtgp2MIOUXM5igGUOTx&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐ค๐ž ๐’๐ก๐š๐ง๐ ๐ก๐š๐ข, ๐‘๐ž๐ฉ๐ฎ๐›๐ฅ๐ข๐ค ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐‚๐ก๐ข๐ง๐š Alhamdulillah, selamat tiba di Shanghai bagi lawatan kerja rasmi selama empat hari untuk memperkukuh hubungan dua hala Malaysiaโ€“China. Fokus lawatan ini termasuk kerjasama dalam sektor halal, TVET dan perdagangan selaras dengan komitmen bersama ke arah New Golden Era of Malaysiaโ€“China Cooperation. #Shanghai #MalaysiaChina #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑTiktok: https://vt.tiktok.com/ZSyyHsByg/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/reel/DQqGVF4EiUC/?igsh=cHM2YWxxbm03Nmd4 ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/v/1QChUm3Fmu/ ๐Ÿ“ฑYouTube: https://youtu.be/O83sMvIYD7s?si=uQ6oosNL7NapfIHa ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐ค๐ž ๐’๐ก๐š๐ง๐ ๐ก๐š๐ข, ๐‘๐ž๐ฉ๐ฎ๐›๐ฅ๐ข๐ค ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐‚๐ก๐ข๐ง๐š Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Shanghai, Republik Rakyat China bagi memulakan lawatan kerja rasmi selama empat hari, dari 4 hingga 7 November 2025 bagi mempererat hubungan dua hala Malaysiaโ€“China serta memperkukuh kerjasama dalam sektor halal, pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET), serta perdagangan, selaras dengan komitmen bersama ke arah ๐‘๐‘’๐‘ค ๐บ๐‘œ๐‘™๐‘‘๐‘’๐‘› ๐ธ๐‘Ÿ๐‘Ž ๐‘œ๐‘“ ๐‘€๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘ฆ๐‘ ๐‘–๐‘Žโ€“๐ถโ„Ž๐‘–๐‘›๐‘Ž ๐ถ๐‘œ๐‘œ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘›. Sepanjang lawatan ini, saya dijadual akan menghadiri pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-8, merasmikan MIHAS Shanghai 2025 sebagai platform mempromosi industri halal Malaysia di pasaran global, melawat Pavilion Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM) yang menjadi simbol kerjasama erat antara komuniti perniagaan Malaysia dan China serta menyaksikan beberapa pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara agensi dan syarikat Malaysia dengan pemain industri di China. Saya berharap lawatan kali ini dapat mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh kepercayaan, memacu inovasi dan membuka peluang baharu yang akan membawa manfaat besar kepada rakyat di kedua-dua negara. #Shanghai #MalaysiaChina #RancakkanMADANI #MADANIBekerja ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1A37kAihrE/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQp0jf7km6a/?igsh=aGVxbDVqMnUxd3I0 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1985855905473393095?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQp0lACkt9u?xmt=AQF0mwB8Jccd-zV8qWiblVIPmI5DVus_BtKi64mmWA42Ag&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

photo content
+1

๐Š๐Š๐ƒ๐– & ๐Š๐„๐‰๐Ž๐‘๐€ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐€๐ ๐ž๐ง๐๐š ๐“๐ซ๐š๐ง๐ฌ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข ๐ƒ๐ž๐ฌ๐š ๐๐ข ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ Petang ini di Putrajaya, saya telah menerima kunjungan YAB Menteri Besar Johor, Datoโ€™ Onn Hafiz Ghazi, bersama barisan kepimpinan tertinggi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Dalam sesi ini, saya telah mendengar pembentangan Pelan Tindakan Transformasi KEJORA yang dirangka bagi memperkukuh pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat di kawasan Johor Tenggara. Insya-Allah, perbincangan ini akan membawa anjakan baharu dalam usaha memperkukuh hala tuju KEJORA secara menyeluruh. Langkah ini amat penting bagi memastikan setiap inisiatif pembangunan luar bandar kekal berimpak tinggi serta memberi manfaat langsung kepada rakyat. KKDW akan terus komited memacu agenda pembangunan luar bandar yang lebih mampan, inklusif dan seimbang di seluruh negara, termasuk di wilayah Johor Tenggara. Insya-Allah. #KEJORA #KKDW #PejuangDESA #Johor #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1HaZfxPbuz/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQodEzmEojD/?igsh=cXZlZzloajd3M2xy ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1985663550468374753?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQodMP3j-ki?xmt=AQF0ljooeqqgHg-El0Yn0UxgCmXw8dHnj3rOE6bqtwcx3w&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

#๐…๐Ž๐ˆ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ : ๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ข ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง ๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ Ilmu adalah cahaya yang menerangi peradaban. Ia bukan sekadar pengetahuan di atas kertas, tetapi cahaya yang membentuk akhlak, mencorakkan pemikiran dan mengangkat martabat bangsa. Suatu penghormatan buat saya apabila diberi peluang untuk menyampaikan ucaptama di Festival of Ideas Putrajaya 2025, di hadapan ribuan pelajar daripada pelbagai institusi yang saya anggap sebagai permata masa depan dan pewaris harapan bangsa. Alhamdulillah, saya melihat festival ini sebagai wadah terbaik untuk kita menyemai kesedaran bahawa ilmu dan idea perlu diterjemahkan kepada tindakan. Sejarah membuktikan, tamadun yang menjunjung ilmu akan terus hidup, manakala bangsa yang melupakannya akan kehilangan arah dan jati diri. Semasa berucap, saya telah menekankan bahawa Malaysia mesti melangkah sebagai Negara Ilmu, ๐‘Ž ๐‘๐‘Ž๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘› ๐‘œ๐‘“ ๐พ๐‘›๐‘œ๐‘ค๐‘™๐‘’๐‘‘๐‘”๐‘’ yang menggabungkan kemahiran, nilai dan keinsanan. Inilah misi besar yang sedang digerakkan melalui ekosistem pendidikan dan TVET yang lebih holistik, kreatif dan berpaksikan hikmah. Insya-Allah, #FOI2025 Putrajaya akan berlangsung hingga 8 November ini, sarat dengan pengisian yang mempertemukan para pemikir, pelajar dan masyarakat daripada pelbagai latar belakang. Justeru, saya mengajak semua untuk hadir beramai-ramai ke PICC dan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang tersedia. Semoga festival ini menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih banyak idea bernas, minda terbuka dan jiwa besar dalam usaha kita mengangkat Malaysia sebagai negara ilmu yang dihormati dunia. Insya-Allah. #FOI2025 #PutrajayaFOI #FestivalIdeaPutrajaya2025 #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1BxR2nxoxf/?mibextid=wwXIfr ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQoPUEuEiC5/?igsh=aXhmYnJ2d2poZW16 ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/drzahidhamidi/status/1985633395649757325?s=46 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQoPTw7j_lf?xmt=AQF0zBhXM1gxqlUJGWyata24jQaQWK7jfmMnOuzfv1pj8w&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel

๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐…๐จ๐ค๐ฎ๐ฌ ๐“๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ฌ๐š๐ง๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐ค ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐‹๐ฎ๐š๐ซ ๐๐š๐ง๐๐š๐ซ Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sentiasa komited memastikan setiap projek pembangunan luar bandar dilaksanakan dengan cekap, berimpak tinggi dan berpaksikan kesejahteraan rakyat. Sebagai usaha memperkukuh iltizam ini, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan KKDW (MTPK) Bil. 2 Tahun 2025 bagi meneliti prestasi pelaksanaan projek, menyelaras isu berbangkit, serta memastikan pencapaian fizikal dan perbelanjaan kementerian berada di landasan yang ditetapkan menjelang akhir tahun ini. Insya-Allah, dengan kesungguhan pasukan dan keutuhan semangat kerja berpasukan, KKDW akan terus memacu agenda pembangunan desa yang mampan, inklusif dan sejahtera untuk semua lapisan rakyat. #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI ๐Ÿ“ฑFB: https://www.facebook.com/share/p/1Ci4iE6QEV/ ๐Ÿ“ฑIG: https://www.instagram.com/p/DQl4SW4kptS/?igsh=MThzaGNzNjlxNjJxeg== ๐Ÿ“ฑX: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1985301257683357701?t=no4YnGw_IimnENbIREcL7g&s=19 ๐Ÿ“ฑThreads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQl4YUEj4CP?xmt=AQF06kCTTUUEpeXxGy44W8--Dar7zjtiGl-W7Qd9yMRCSQ&slof=1 ๐Ÿ“ฑWhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 ๐Ÿ“ฑTelegram Channel: https://t.me/AZHChannel