Dr Ahmad Zahid Hamidi
Open in Telegram
Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
366
Subscribers
+124 hours
+37 days
+330 days
Posts Archive
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐊𝐮𝐤𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐒𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐝-𝐒𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦
Semasa menyampaikan ucapan di The 15th Annual Global Islamic Finance Awards & Summit sebentar tadi, saya telah menekankan bahawa industri halal dan kewangan Islam merupakan dua tonggak besar yang saling melengkapi dalam membina ekosistem global bernilai trilion dolar.
Malaysia, dengan kepakaran dan pengalaman panjang, berada pada kedudukan istimewa untuk menyatukan kedua-dua sektor ini sebagai pemacu pertumbuhan yang inklusif dan mapan.
Dari penubuhan Tabung Haji hingga inovasi seperti Sukuk Hijau, kita telah membuktikan kemampuan memimpin standard global. Insya-Allah, melalui penubuhan Suruhanjaya Halal Malaysia nanti, tadbir urus halal akan menjadi lebih mantap sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur, memperluas peluang untuk SME dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju halal global.
Saya percaya, menghubungkan halal dengan kewangan Islam akan membuka kitaran nilai baharu yang lebih luas. Daripada farmaseutikal, pelancongan mesra Muslim, sehinggalah teknologi dan platform digital. Inilah peluang kita untuk mengangkat ekonomi umat Islam sambil memberi manfaat kepada masyarakat dunia secara keseluruhan. Insya-Allah.
#GIFA2025
#IslamicFinance #FinanceSummit
#IndustriHalal #HalalMalaysia
#RancakkanMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1VMzT6SSBY/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_upLKft2W
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1966087163193544778?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOdW6IBjxwS?xmt=AQF0M7d9K6OjNaRr5dZVFXXRf8NX2hyvj0ILZXPnmU1WLg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚-𝐤𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐰𝐚𝐤𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐤𝐞 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Pagi tadi saya berbesar hati menerima kunjungan hormat tujuh Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke Luar Negara di pejabat saya di Putrajaya.
Mewakili Malaysia di pentas antarabangsa adalah amanah yang amat besar. Saya mendoakan agar setiap daripada mereka terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dalam mengangkat martabat negara dan memperkukuh hubungan baik dengan negara-negara sahabat.
Selamat menjalankan tugas kepada semua. Sama-sama kita doakan semoga usaha mereka sentiasa dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Jqb2Xi8VZ/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAZ-Z2ETj_
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1966035516106899699?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOc_Mzbj33J?xmt=AQF0PYOGEj3CmwbB0YdYwkboL1STIZh-P4oAuOvkQvuz0g&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐋𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐔𝐫𝐮𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢: 𝐊𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐢𝐧𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐭𝐚 𝟏𝟑𝟒 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐈𝐧𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐟
Usai Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKDW, saya terus mempengerusikan Sesi Libat Urus bersama Pihak Berkuasa Negeri bagi membincangkan konsensus cadangan pindaan Akta Orang Asli 1954 [Akta 134], khususnya berkaitan isu tanah.
Melalui sesi ini, beberapa persetujuan telah dicapai bagi memperkukuh pengurusan tanah dan hak masyarakat Orang Asli, termasuk penambahbaikan peranan agensi berkaitan serta jaminan proses yang lebih adil dan inklusif.
Kesinambungan daripada sesi ini, memorandum cadangan pindaan Akta 134 akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebelum dibawa pula ke Mesyuarat Majlis Tanah Negara insya-Allah pada akhir tahun ini untuk pertimbangan lanjut.
Saya yakin, dengan konsensus yang dicapai bersama ini, pindaan Akta 134 kelak akan tampil lebih menyeluruh, inklusif dan relevan dalam memperkukuh perlindungan hak Orang Asli serta mengukuhkan kedudukan mereka dalam arus pembangunan negara.
Inilah komitmen Kerajaan demi masa depan masyarakat Orang Asli. Insya-Allah.
#Akta134
#OrangAsli #JAKOA
#KKDW #PejuangDESA
#RancakkanMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1CmyDw3NZC/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_7pNqa8F6
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1965757696172507521?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DObBD-tj_0A?xmt=AQF0lro4qS0t_-T83zBZQoggu-EQIdB6ukhT45BfPP6Zgg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐉𝐞𝐦𝐚𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 & 𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐊𝐊𝐃𝐖
Pagi tadi saya menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya. Banyak perkara penting telah dibincangkan bagi memastikan hala tuju pentadbiran negara sentiasa teratur dan berpaksikan kepentingan rakyat.
Pada sebelah petang pula, saya mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKDW. Apa jua keputusan di peringkat pusat, kita terjemahkan melalui pelaksanaan yang tersusun dan berfokus di KKDW supaya manfaatnya benar-benar sampai ke akar umbi desa.
Moga segala usaha ini dipermudah dan diberkati Allah SWT, serta memberi natijah terbaik untuk rakyat dan tanah air tercinta. Insya-Allah.
#MesyuaratJemaahMenteri
#MPT2025
#KKDW #PejuangDESA
#RancakkanMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Gmh5W9czJ/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAKkD7B_4n
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1965709371549331855?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOarFWhDy-W?xmt=AQF0ennjrwL4NqwDH7yR4F6P8nc4YrYReH1-E_fBLGBEQA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐚𝐲𝐚, 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚
Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, kita diingatkan bahawa kebebasan yang dikecapi hari ini lahir daripada perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan tanpa berbelah bahagi.
Kini, perjuangan membina negara diteruskan dengan memperkasa desa sebagai benteng kekuatan bangsa. Pembangunan desa bukan sekadar membina jalan, tetapi merapatkan jurang sosial agar anak desa berpeluang maju setanding rakan di kota. Inilah tekad kita menulis sejarah baharu desa Malaysia.
#KKDW #PejuangDESA #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSDJA2Ldg/
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1QYpoWMw46/
📱IG:
https://www.instagram.com/share/reel/_bfdRrgBY
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐉𝐀𝐊𝐎𝐀 𝐏𝐚𝐲𝐚 𝐁𝐮𝐧𝐠𝐨𝐫: 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢
Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Latihan JAKOA Paya Bungor (PLPB) di Kuantan, Pahang.
Alhamdulillah, setelah dinaik taraf dengan peruntukan RM30 juta, PLPB kini kembali beroperasi dengan wajah dan nafas baharu, lengkap dengan fasiliti moden serta pengiktirafan sebagai Pusat Bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Insya-Allah, menjelang hujung tahun 2025, kohort pertama anak-anak Orang Asli akan memulakan pengajian bagi memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3.
Pusat latihan ini merupakan simbol harapan baharu bagi masyarakat Orang Asli, khususnya golongan belia untuk menguasai bidang strategik yang diperlukan industri. Dengan wujudnya PLPB ini, saya yakin lebih ramai anak muda Orang Asli akan tampil sebagai generasi berkemahiran tinggi yang mampu membina masa depan diri, keluarga, bangsa dan negara.
Patik dan seluruh warga KKDW serta JAKOA merafak sembah menjunjung kasih atas limpah perkenan Tuanku mencemar duli ke majlis bersejarah ini. Doa kami agar keberangkatan Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat dan kesejahteraan berpanjangan.
Menjunjung Kasih Tuanku.
#PayaBungor #JAKOA
#KKDW #PejuangDESA
#RancakkanMADANI
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17CmCTKUKW/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_eex2SALk
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1965297335023665504?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOXvzRNjwLp?xmt=AQF00NBN8qh5IUqcBVIvKvTYUNjXmaCY6MyPat79gti7Cw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐃𝐨𝐚 & 𝐒𝐨𝐥𝐢𝐝𝐚𝐫𝐢𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐀𝐟𝐠𝐡𝐚𝐧𝐢𝐬𝐭𝐚𝐧
Saya merakamkan rasa dukacita dan simpati yang mendalam kepada rakyat Afghanistan susulan tragedi gempa bumi kuat yang melanda beberapa wilayah di negara tersebut pada 31 Ogos 2025. Bencana ini telah mengorbankan banyak nyawa, mencederakan ratusan ribu penduduk, serta menyebabkan kerosakan besar kepada infrastruktur dan penempatan awam.
Atas dasar keprihatinan dan semangat kemanusiaan, Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan segera merangkumi bekalan makanan, perubatan, serta keperluan asas dengan penglibatan NGO tempatan. Insya-Allah, kita juga sedang mempertimbang pemberian bantuan kewangan khusus bagi meringankan penderitaan rakyat di sana.
Malaysia berdiri bersama masyarakat antarabangsa dalam mendukung misi bantuan kemanusiaan ini. Semoga bantuan yang disalurkan dapat memberi sinar harapan kepada saudara-saudara kita di Afghanistan dan menjadi bukti bahawa semangat kemanusiaan tidak mengenal sempadan.
Kredit foto: AFP
#DoaUntukAfghanistan
#MalaysiaAfghanistan
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/19kL5BuAyo/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_pKNpba8C
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1965022706937864552?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOVy01Sj66p?xmt=AQF0GZPV5EOlGaNx-_-gZDmrltXfeveWgT6ef-N4s-SamA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐨𝐥𝐚𝐛𝐨𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐆𝐋𝐂, 𝐆𝐋𝐈𝐂 & 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐬𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐃𝐢𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧
Susulan keputusan Jemaah Menteri yang menekankan pengukuhan penglibatan industri dalam agenda TVET negara, saya telah mempengerusikan Sesi Perbincangan Meja Bulat TVET bersama GLC dan GLIC bagi memperhalusi pelaksanaannya.
Sesi ini menjadi platform perkongsian pandangan, percambahan idea dan perbincangan mengenai cabaran sebenar yang dihadapi. Alhamdulillah, kehadiran pelbagai GLC dan GLIC bersama institusi TVET dan agensi Kerajaan membuktikan kesungguhan seluruh ekosistem untuk bergerak seiring.
TVET bukan sahaja melahirkan pekerja mahir, tetapi juga membentuk modal insan berdaya saing yang mampu memenuhi tuntutan teknologi baharu, digitalisasi, AI dan teknologi hijau. Penglibatan aktif GLC dan GLIC dalam agenda ini adalah pelaburan strategik jangka panjang yang memberi manfaat besar kepada syarikat, industri, dan negara.
Insya-Allah, dengan semangat kolaborasi ini, TVET Malaysia akan terus menjadi pemacu kepada tenaga kerja berkemahiran tinggi, inovatif dan bersedia merealisasikan aspirasi Dasar TVET Negara 2030.
#MajlisTVETNegara
#TVET #TVETMalaysia
#GLC #GLIC
#RancakkanMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/16usL8LnbB/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_n_YECKJP
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1965000274965389410?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOVoo3Zj7eQ?xmt=AQF0slf2m9bo2Oq9585Dnfg8TSQ9ncnrvLvgfhrtekKi9w&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐉𝐏𝐌𝐄𝐁: 𝐏𝐥𝐚𝐭𝐟𝐨𝐫𝐦 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚
Usaha memperkukuhkan ekonomi Bumiputera adalah perjalanan panjang yang menuntut kesungguhan serta komitmen bersama. Hari ini, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa PEMANDU Majlis Ekonomi Bumiputera (JPMEB) Bil. 1/2025 bagi memastikan hala tuju ini terus digerakkan dengan lebih berkesan.
Mesyuarat telah membincangkan tiga perkara penting iaitu cadangan inisiatif berimpak tinggi oleh GLC dan GLIC, pelaporan pelaksanaan PuTERA35 sebagai pelan transformasi jangka panjang, serta cadangan penubuhan Pusat Data dan Dashboard Agenda Bumiputera bagi memperkukuh pemantauan dasar berasaskan data.
Pandangan serta maklum balas konstruktif daripada ahli mesyuarat akan memperkemas cadangan-cadangan ini sebelum diangkat ke Majlis Ekonomi Bumiputera untuk pertimbangan dan tindakan seterusnya. Usaha ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan ekonomi Bumiputera, tetapi juga meningkatkan daya saing ekonomi negara agar kekal berdaya tahan dan menyumbang kepada kemakmuran Malaysia secara menyeluruh. Insya-Allah.
#JPMEB #PuTERA35
#PemerkasaanBumiputera
#EkonomiBumiputera
#RancakkanMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1HHj8SCRJd/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAKCxI7KSa
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1964979800747204872?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOVfI0ED6Hg?xmt=AQF0qRCsmSFUVCWOS8QcSxOaE5XGDFMOK4_oGITdXWKdlw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐞𝐝 𝐌𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐫𝐚𝐟 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐨𝐞𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢
Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan hadir ke Dewan Negara bagi menjawab pertanyaan lisan berhubung usaha Kerajaan memperkasa peluang pekerjaan belia Orang Asli di negara kita.
KKDW melalui JAKOA telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan belia Orang Asli mendapat akses luas dalam sektor awam, GLC mahupun swasta termasuk melalui pendidikan, keusahawanan dan TVET.
Dalam masa yang sama, kita juga sedang merangka inisiatif tambahan bagi memperkukuh penyertaan usahawan Orang Asli dalam projek pembangunan, memperluas pasaran antarabangsa dan memastikan produk mereka menepati standard kualiti global.
Insya-Allah, segala usaha ini akan terus diperkukuh agar masyarakat Orang Asli mampu berdiri sama tinggi serta bergerak seiring dengan arus pembangunan negara.
#DewanNegara
#JAKOA #OrangAsli
#KKDW #PejuangDESA
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1CaW6pNa6w/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAfzGcRRcK
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1964901573697630458?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOU7qoBj14R?xmt=AQF0u6ifsWnUkEi-c7eBV11IIjFRPS5HC_FCyQeuzhhnjg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐣𝐮𝐚𝐧
Saya mengakhiri agenda rasmi di Bagan Datuk hari ini dengan merasmikan Program Pemerkasaan Wanita & Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI 2025 di Politeknik Bagan Datuk dengan penyertaan lebih 1,000 usahawan wanita dari seluruh negara.
Saya menyatakan kekaguman apabila melihat kisah kejayaan wanita desa yang kini berjaya menjadi usahawan hebat, ada yang bermula dari kecil, kini mampu menggaji ratusan pekerja dan menjadikan produk mereka dikenali di seluruh negara. Inilah bukti, bila wanita diberi peluang, mereka bukan sahaja mengubah nasib diri, tetapi juga mengangkat keluarga, masyarakat dan negara.
Melalui MARA, agenda ini diterjemahkan dengan pelbagai inisiatif, daripada latihan dan kursus, pembiayaan seperti DanaNITA, hingga peluang pendidikan di MRSM, GiatMARA dan UniKL. Hasilnya, ribuan wanita desa kini melangkah sebagai usahawan berjaya, pendidik generasi muda dan pencipta peluang pekerjaan.
Pada tahun 2024, Program Pemerkasaan Wanita MARA telah berjaya mencapai sasaran 7,500 komuniti wanita di seluruh negara, dengan 4,500 daripadanya menerima manfaat latihan, kemudahan premis dan pembiayaan perniagaan. Tahun ini kita teruskan lagi iltizam ini dengan skala lebih besar.
Saya yakin, potensi usahawan wanita Perak khususnya, dan Malaysia amnya, akan terus digilap menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi tempatan dan nasional. Apabila wanita diperkasa, maka keluarga, masyarakat dan negara juga akan turut berjaya.
#PemerkasaanWanita
#UsahawanWanita #MARA
#KKDW #PejuangDESA
#BaganDatuk
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1J2yi1S4ht/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_9aEiStyS
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1964676708520608241?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOTVkLtD-76?xmt=AQF0ea0olMjdRxq9XI6u_EYT39geS_doIK02ehB60aHwdg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐈𝐦𝐭𝐢𝐚𝐳 𝐓𝐮𝐦𝐢𝐧𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐦𝐢𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐥 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝟒𝟎𝟎 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠 𝟐𝟎𝟐𝟔
Selesai program di Masjid Tuminah Hamidi, saya berkesempatan meninjau ke tapak pembinaan bangunan baharu Sekolah Menengah Imtiaz Tuminah Hamidi di Bagan Datuk, Perak.
Sekolah ini, yang pada asalnya dikenali sebagai Maahad Tahfiz Al-Quran Hamidiah mula dibina pada tahun 2020 di Lot 2476, Mukim Rungkup. Sehingga kini, walaupun kapasiti pengajiannya hanya sekitar 40 orang pelajar, alhamdulillah ia telah berjaya melahirkan seramai 21 orang hafiz daripada 25 orang pelajar.
Insya-Allah, apabila bangunan baharu ini siap kelak, kapasitinya mampu menampung sehingga 400 pelajar sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk anak-anak kita menuntut ilmu al-Quran dan akademik secara holistik dalam suasana yang lebih kondusif.
Setakat ini, status pembinaannya telah mencapai 52% siap dan dijangka siap sepenuhnya pada April 2026. Saya berdoa agar projek ini berjalan lancar dan dapat direalisasikan mengikut jadual, demi memastikan lebih ramai generasi muda diberi peluang mengecapi pendidikan berkualiti. Insya-Allah.
#SMImtiazTuminahHamidi
#MembinaGenerasiAlQuran
#GenerasiUlulAlbab
#BaganDatuk
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1CpUegKZqL/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_p1FFgwBN
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1964662741546963280?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOTO8LVj6MG?xmt=AQF0Dvyj8drDKqTEzHDqw1KOmMyX8gJMMl_JCLtdbx9RDQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐃𝐞𝐬𝐚, 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Alhamdulillah, hari ini saya berbesar hati merasmikan Program Motivasi Desa@KEMAS dan Program Bakti Madani@KPT di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk.
Lebih menggembirakan, saya dapat berdialog secara terbuka dengan anak-anak pelajar – bukan sahaja yang hadir secara fizikal, tetapi juga yang mengikuti secara dalam talian dari seluruh negara. Kehadiran mereka membuktikan satu hakikat - anak desa terus bersatu, menggalas cita-cita demi bangsa, demi tanah air yang tercinta.
Tambahan itu, dalam memangkin semangat patriotisme, jati diri dan cabaran belia masa kini, saya tegaskan bahawa ilmu adalah benteng dan bekalan utama. Dengan ilmu, saya yakin anak-anak muda bukan sahaja mampu mengubah nasib diri dan keluarga, tetapi juga membina kekuatan bangsa. Ilmu jugalah yang menjadi perisai daripada gejala negatif – penyalahgunaan dadah, bahaya media sosial, serta aktiviti berisiko yang boleh meruntuhkan masa depan.
Pada majlis ini juga, saya berkesempatan menyempurnakan simbolik penyerahan kunci Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Di negeri Perak sahaja, di bawah RMKe-12, sebanyak 678 rumah baharu dan 2,679 rumah baik pulih telah dilaksanakan dengan peruntukan RM98.14 juta, memberi manfaat kepada lebih 16,000 keluarga.
Bagi tahun 2025, Kerajaan telah menyalurkan RM24.6 juta untuk membina 157 rumah baharu dan 514 baik pulih.
Saya sentiasa percaya bahawa, rumah ini bukan sekadar tempat berteduh. Ia adalah medan kasih sayang, ruang pendidikan, dan tapak lahirnya generasi cemerlang. Sebuah rumah sejahtera akan melahirkan sebuah keluarga bahagia, dan sebuah keluarga bahagia akan membina sebuah bangsa yang berjaya.
Harapan saya jelas – anak desa hari ini ialah harapan negara esok. Dengan ilmu, disiplin, dan cinta pada tanah air, mereka akan terus mara, memimpin Malaysia ke masa depan yang lebih makmur dan bermaruah.
#KKDW #PejuangDESA
#KEMAS #BaganDatuk
#BaganDatukNombor1
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1722eVKu9c/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAGeyD9Z4-
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1964641307550486724?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOTFeDujyqU?xmt=AQF01MEp_vuQYXAPC_Xgbhim3QR7gCD5nx0GfsFkSCSnBw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐃𝐨𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐢𝐫𝐢𝐧𝐠𝐢 𝐖𝐚𝐤𝐢𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐆𝐚𝐳𝐚
Saya mengikuti rapat laporan mengenai pelayaran puluhan kapal flotila antarabangsa yang sedang menuju ke Gaza dengan membawa sukarelawan dan aktivis dari 44 buah negara, termasuk delegasi Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ini.
Merekalah pejuang berani yang berangkat dengan satu tujuan mulia iaitu untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan dan membawa suara dunia menuntut agar sekatan kejam terhadap Gaza segera dihentikan.
Marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan semua aktivis, khususnya saudara-saudara kita dari Malaysia agar diberi kekuatan dan perlindungan sepanjang pelayaran yang penuh cabaran ini.
Semoga usaha mereka menjadi saksi keberanian umat manusia dalam menegakkan keadilan, serta membawa sinar harapan buat rakyat Palestin yang sedang diuji.
Malaysia berdiri teguh bersama perjuangan ini! Insya-Allah, doa dan sokongan kita akan terus mengiringi mereka.
Kredit Foto: Sekretariat Sumud Nusantara
#GlobalSumudFlotilla
#SumudNusantara
#BreakTheSiege
#NusantaraForGaza
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/19TD9xPffd/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_wls4DBH6
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1964592055797370977?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOSu5k1D2RI?xmt=AQF0HQrxoiuntE5vWJ0GM_SAHEWZGrEXDW3cD7ZT-xRCzQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐖𝐚𝐫𝐧𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟓
Meriah sungguh suasana Program MADANI Rakyat 2025 di Kedah hari ini. Sejak saya tiba di Kompleks Sukan Majlis Daerah Baling, saya dapat lihat orang ramai tidak putus-putus hadir. Ada yang datang bersama keluarga, rakan-rakan, malah ramai juga yang membawa anak-anak kecil. Memang sporting betul orang Kedah!
Alhamdulillah, saya turut berkesempatan mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan program ini.
Melalui program seperti ini rakyat dapat berinteraksi secara terus dengan pelbagai kementerian dan agensi Kerajaan melalui reruai-reruai dan aktiviti yang disediakan.
Inilah tujuan utama Program MADANI Rakyat di mana Kerajaan turun padang untuk mendengar, memahami dan menyantuni rakyat. Insya-Allah, usaha sebegini akan terus diperkukuh agar manfaatnya sampai ke seluruh pelosok negara.
Terima kasih orang Kedah. Insya-Allah, nanti kita jumpa lagi naa.
#ProgramMADANIRakyat
#PMR2025NegeriKedah
#RancakkanMADANI
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BErrnXiZ1/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAV0GH0EMx
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1964256212830343578?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOQWS1UkiQs?xmt=AQF0Ku8eccsKCrxbrzwxMbrwkxjODEpHHKeSUPqyD2MGyA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐓𝐚𝐤𝐳𝐢𝐚𝐡 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐌𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐈𝐧𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐓𝐫𝐚𝐠𝐢𝐬 𝐝𝐢 𝐓𝐮𝐚𝐫𝐚𝐧
Saya amat sedih dan berduka apabila menerima khabar tentang kemalangan tragis di Jalan Sulaman, Tuaran, Sabah yang telah meragut nyawa lima penuntut Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu pada petang tadi.
Mewakili saya, Setiausaha Politik, Datuk Wira Hj Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin yang telah turun bertemu keluarga mangsa untuk menyampaikan salam takziah serta sumbangan segera bagi meringankan sedikit beban yang dirasai ketika ini. Turut bersama beliau, Datuk Hj Yakubah Khan, ADUN Karambunai serta Ketua-Ketua Bahagian UMNO.
Saya berdoa semoga keluarga mangsa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian berat ini dan semoga roh anak-anak IKM ini ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1A79wUbUW8/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAOixXxJYh
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1963975036647391552?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOOWaW2D9kK?xmt=AQF0ZUIuqW14QpRhia5KW8pBgSb7SnYVEQbd8XbFBFu_Dw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐧𝐞𝐥𝐚𝐝𝐚𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐀𝐖: 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐜𝐚𝐩 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭𝐍𝐲𝐚
𝟓 𝑺𝒆𝒑𝒕𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓 𝟐𝟎𝟐𝟓 – 𝑺𝒊𝒓𝒊 010/2025
Sambutan Maulidur Rasul mengingatkan kita bahawa cinta kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar dilafazkan dalam selawat, tetapi mesti diterjemahkan melalui penghayatan ajaran dan akhlak Baginda. Firman Allah SWT dalam Surah Ali ‘Imran ayat 31:
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌ
“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku; nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Rasulullah SAW adalah suri teladan terbaik dalam kepimpinan dan pembinaan masyarakat. Akhlak Baginda yang penuh rahmah dan hikmah mengajarkan kita bahawa kuasa ialah amanah, perpaduan ialah asas kestabilan, dan nilai keadilan, kasih sayang serta integriti perlu dijunjung oleh pemimpin dan rakyat.
Semangat Maulidur Rasul ini harus menjadi pemangkin untuk memperkukuh perpaduan nasional, menyuburkan budaya hormat dalam kepelbagaian, serta membina masyarakat Madani yang berasaskan nilai murni. Cinta kepada Rasulullah SAW adalah agenda rohani dan juga agenda kenegaraan dibuktikan melalui kepimpinan berakhlak, masyarakat yang penyayang, dan negara yang harmoni.
#RisalahJumaat010
#SayyidulAyyam
#MaulidurRasul1447H
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSAvY2eJT/
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1LoQhzaXFD/
📱IG:
https://www.instagram.com/share/reel/BAS2FooD4l
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1963873476739322225?t=q_MT17FaVyYT4MXfHqVspQ&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DONoRgfjww4?xmt=AQF01b6P1bJr7Ej_bWEc37NwL6kWSZ2PW9dLUiSpTyhTJA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐮𝐥𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇
“𝐷𝑎𝑛 𝑡𝑖𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝐾𝑎𝑚𝑖 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑢𝑡𝑢𝑠 𝑒𝑛𝑔𝑘𝑎𝑢 (𝑤𝑎ℎ𝑎𝑖 𝑀𝑢ℎ𝑎𝑚𝑚𝑎𝑑) 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑖𝑛𝑘𝑎𝑛 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑟𝑎ℎ𝑚𝑎𝑡 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑙𝑖𝑎𝑛 𝑎𝑙𝑎𝑚.”
Surah al-Anbiya’, ayat 107
Salam Maulidur Rasul 1447H saya ucapkan kepada seluruh umat Islam walau di mana sahaja anda berada. Sesungguhnya kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW membawa cahaya rahmat dan teladan agung buat kita semua.
Alhamdulillah, sambutan Maulidur Rasul tahun ini hadir seiring dengan Bulan Kemerdekaan Negara ke-68 dan Hari Malaysia. Nilai perjuangan Baginda SAW yang penuh tekad, penuh kesabaran dan penuh kasih sayang seharusnya menjadi panduan dalam membina Malaysia yang bersatu padu, aman dan makmur.
Tema sambutan tahun ini, “Membangun Ummah Madani” mengajak kita untuk terus memperkukuh keimanan serta menguatkan perpaduan. Inilah asas sebenar untuk kita terus maju sebagai bangsa yang bermaruah, masyarakat yang berakhlak dan negara yang diberkati.
Semoga semangat Maulidur Rasul ini membimbing kita untuk terus mencontohi sunnah Baginda SAW dalam kehidupan seharian, menyuburkan kasih sayang sesama insan, serta menjadikan Malaysia terus cemerlang di mata dunia. Insya-Allah.
“Membangun Ummah Madani”
#MaulidurRasul1447H
#MembangunUmmahMadani
#BersamaMalaysiaku
#MalaysiaMADANI
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSAWDN4pg/
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/19hQSHamyT/
📱IG:
https://www.instagram.com/share/reel/BAQ-MNNc_p
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1963566095425548503?t=dK52Ib9zaNtUPpI-cgBicw&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOLb8y-D4wI?xmt=AQF0Am8aAZW31EbhTAZlkW0HDwRr28NX6Gxxrk5o2EwO-w&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝟓𝟎𝟎 𝐊𝐮𝐨𝐭𝐚 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐈𝐧𝐝𝐢𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐝𝐢 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚
TVET kini bukan lagi sekadar pilihan sampingan, tetapi sudah menjadi 𝑔𝑎𝑚𝑒 𝑐ℎ𝑎𝑛𝑔𝑒𝑟 negara dalam melahirkan tenaga kerja masa depan.
Majlis Apresiasi dan Pelepasan Peserta Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) - MITRA yang saya sempurnakan petang ini membuktikan bahawa kita kini berada di landasan yang tepat.
Daripada 5,125 kuota yang diperoleh hasil lawatan saya ke China, sebanyak 500 kuota telah dikhususkan untuk belia kaum India. Kerajaan turut menyalurkan dana tambahan RM3 juta melalui MITRA bagi memastikan peluang ini dimanfaatkan tanpa membebankan keluarga.
Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, saya juga telah mengumumkan tambahan 500 kuota lagi khusus untuk komuniti India mengikuti program MCYTT ini, menjadikan jumlah keseluruhan peluang yang tersedia lebih besar dan inklusif.
Alhamdulillah, hari ini kita meraikan 147 peserta yang akan berangkat September ini, disusuli 178 peserta lagi pada Oktober dan November. Lebih membanggakan, dua universiti di China turut menawarkan biasiswa penuh dalam bidang logistik, automasi elektrik dan automotif.
Inilah bukti bahawa TVET adalah laluan masa depan yang menjanjikan kerjaya berimpak tinggi. Insya-Allah, Kerajaan akan terus membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk anak muda Malaysia menjadi generasi berkemahiran tinggi, yakin diri dan mampu bersaing di pentas dunia.
#MCYTT #MITRA
#TVETMalaysia
#RancakkanMADANI
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1ERG1gRUHm/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAFihFa98j
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1963544128098324847?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOLSfkJj0T6?xmt=AQF07Szr1IxULIpPB4nTbaKS3SVqmVxCCiDR6oh0_hzYZA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐃𝐢𝐚𝐥𝐨𝐠 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐊𝐃𝐖: 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 Tahun lalu, KKDW telah berjaya mengumpulkan lebih 700 input hasil sesi libat urus yang akhirnya menjadi sebahagian daripada pembentangan Belanjawan 2025. Alhamdulillah, dengan peruntukan RM11.96 bilion bagi tahun 2025, KKDW telah membuktikan prestasi perbelanjaan yang mengatasi purata nasional.
Hari ini, saya sekali lagi mempengerusikan Sesi Dialog Belanjawan 2026 bersama pihak berkepentingan yang menghimpunkan agensi, pertubuhan, para ilmuan, pemain industri, usahawan desa dan komuniti setempat.
Kehadiran yang amat memberangsangkan dalam sesi kali ini, baik secara bersemuka di dewan mahupun secara dalam talian jelas mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuh agenda pembangunan desa negara.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah melontarkan pandangan serta soalan yang bernas. Setiap suara yang dilontarkan amat bernilai dan akan dijadikan asas penting dalam merangka Belanjawan 2026 yang lebih inklusif dan berkesan untuk rakyat desa. Insya-Allah.
#Belanjawan2026 #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/16aUAuTZAE/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BALQEizaKp
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1963527537189175476?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOLK5CZj0K3?xmt=AQF0PNplPjL3XmNowOTmPTpxj5YIn9zTR4jyEIaR4Wttnw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Available now! Telegram Research 2025 — the year's key insights 
