Dr Ahmad Zahid Hamidi
Open in Telegram
Show more
The country is not specifiedThe category is not specified
362
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Petang tadi saya meluangkan masa melawat ke reruai-reruai di Karnival Pendidikan MARA 2026 sempena Sambutan 60 Tahun MARA di WTC Kuala Lumpur.
Pelbagai reruai daripada institusi pendidikan di bawah MARA serta rakan pendidikan lain turut mengambil bahagian, mempamerkan kepakaran, peluang pengajian dan laluan masa depan untuk anak-anak muda. Menarik melihat bagaimana ekosistem pendidikan ini terus berkembang dan memberi pilihan yang lebih luas.
Memang meriah! Pelbagai pameran, produk dan inisiatif ditampilkan, mencerminkan usaha berterusan dalam memperkasa pendidikan dan pembangunan masyarakat.
Sambutan ini akan berlangsung sehingga 5 Mei nanti. Kepada yang berkelapangan, jemputlah datang yaa.
#60TahunMARA
#MenjunjungAmanah
#MARA #KKDW
#PejuangDESA
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Aund3MEtC/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DX4DM05ktvb/?img_index=9&igsh=MXR4bnFqcWp2d2dzNA==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2050908897926644146?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX4DkLujw9D?xmt=AQF0BIj665uXWRW2mS-elEkPGtulvPdBde1PYL0uy2n3_Vmg8KOmTQ_0AGWLYH1okzZr7BJx&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝟔𝟎 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭
Enam dekad perjalanan MARA adalah satu legasi besar dalam membina kekuatan bangsa. Ia bermula dengan usaha mengangkat masyarakat desa.. hari ini berkembang sebagai institusi besar yang menjadi tunjang pemerkasaan Bumiputera dalam pendidikan, keusahawanan dan ekonomi negara.
Hari ini di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur, saya turut bersama dalam Majlis Perasmian Sambutan 60 Tahun MARA yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Semasa berucap, saya telah menegaskan bahawa MARA perlu melangkah ke fasa seterusnya dengan lebih berani dan tersusun. Kekuatan dalaman mesti diperkukuh melalui pelaburan strategik, tadbir urus yang kukuh serta keupayaan menjana nilai sendiri agar MARA mampu berdiri lebih mandiri pada masa hadapan.
Saya juga menyambut baik tujuh tujahan strategik yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri. Antaranya memperkukuh MARA sebagai konglomerat bertaraf global; memperluas penyertaan, pemilikan dan penguasaan ekonomi Bumiputera; memperkasa modal insan mahir; membuka laluan PMKS ke Bursa; membina ekosistem satu bumbung; melahirkan syarikat berdaya saing global serta memperkukuh integriti; dan ketelusan dalam tadbir urus.
Inilah arah yang jelas untuk memastikan MARA terus relevan, sekali gus melonjakkan peranan Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi dalam ekonomi negara dan ke peringkat global.
Insya-Allah, usaha memperkukuh MARA akan terus menjadi keutamaan kita demi masa depan generasi yang lebih baik.
#60TahunMARA
#MenjunjungAmanah
#MARA #KKDW
#PejuangDESA
📱FB:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0rgBHpopcv4S2FHMAQxMM7agoR7V7vwF63omqnBMDr6XAF53YWDjnajP4umfeZq3Nl&id=100044617711053&mibextid=wwXIfr
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DX36dYNkiqH/?igsh=eHVxNHhsNnoxaDMz
📱X:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2050889801663230430?s=46
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX36uOhD4Dw?xmt=AQF0moMizUnuun59uP8vbTM-p6MUHKtUnqKDE1RfdwMe_gRsMxSSOGwUtzJzmcB48ZH1dIg_&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Alhamdulillah, selesai sudah Konvensyen 80 Tahun UMNO di WTC Kuala Lumpur.
Saya melihat semangat dan tekad seluruh kepimpinan serta ahli untuk terus memperkukuh perjuangan parti keramat ini.
Lapan dasawarsa perjalanan ini bukan mudah. Kita pernah diuji, pernah jatuh dan berdepan perpecahan.
Namun Alhamdulillah, UMNO tidak pernah mati setiap kali diuji, kita bangkit dengan kekuatan yang baharu.
#KonvensyenUMNO80Tahun
#UMNO80Tahun
#UMNO #RumahBangsa
#DuluKiniSelamanya
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS994whJg/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DX3x0XjycNl/?igsh=MThmN3F5dXgwdm40YQ==
📱FB:
https://fb.watch/GSQc5CQnYu/?mibextid=wwXIfr
📱YouTube :
https://youtu.be/gRg5wBoOozE?si=V6VXFB_RPdDThYiQ
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
[Keluaran Khas #UMNO80]
𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 – 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐣𝐮 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥
Pembangunan industri halal yang konsisten telah memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai antara peneraju global, merangkumi piawaian pensijilan hingga kepada pengembangan ekosistem ke peringkat antarabangsa.
Perkembangan ini bukan sahaja meningkatkan daya saing negara, malah membuka peluang lebih luas khususnya kepada Bumiputera dalam rantaian nilai global.
Semangat ini seiring dengan aspirasi UMNO dalam memperkasa ekonomi dan memelihara kepercayaan dalam pembangunan industri halal.
#UMNO
#80TahunUMNO
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/18o51wHR94/?mibextid=wwXIfr
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DX3khl-koqw/?igsh=MTFzaWY2cjh6eG9qZw==
📱X:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2050841849519341806?s=46
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX3k8aUD3Pk?xmt=AQF0IRghh4ee3Qsj3UdP-PLmicPBTzRVnDcLLAe6dPUyNPft7AY7BlJ1VdUobVK-kJ-OHHQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐋𝐢𝐦𝐚 𝐅𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧
Pertama: Sistem pendidikan pelbagai laluan. Tidak semua anak mempunyai bakat dan ukuran kecemerlangan yang sama. Maka, sistem mesti lebih anjal dan adil, dengan laluan akademik, TVET, tahfiz, digital, keusahawanan, seni, sukan dan inovasi yang seimbang.
Kedua: Pendidikan prasekolah perlu diperluas. Pendidikan bermula sejak awal usia, bukan di sekolah menengah atau universiti. Asas yang lemah akan memberi kesan sepanjang hayat. Oleh itu, akses kepada prasekolah berkualiti mesti diperluas, khususnya di luar bandar, pedalaman Sabah dan Sarawak serta komuniti rentan.
Ketiga: Wakaf Pendidikan Bumiputera mesti diperkasakan. Tradisi wakaf sebagai sumber pembinaan ilmu perlu dihidupkan semula untuk membiayai biasiswa, membantu pelajar miskin dan mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan. Wakaf ialah dana jangka panjang demi masa depan bangsa.
Keempat: Guru mesti dimartabatkan. Guru ialah pembina jiwa, bukan sekadar penyampai silibus. Kebajikan, latihan, beban tugas dan kemudahan sekolah perlu diberi keutamaan agar guru dapat fokus mendidik, bukan dibebani urusan pentadbiran.
Kelima: Hala tuju pendidikan negara mesti jelas. Pendidikan bukan sekadar mengejar ranking atau memenuhi pasaran kerja, dan tidak wajar dipolitikkan. Ia mesti bersifat inklusif, progresif dan berteraskan nilai.
#KongresPendidikanBumiputera
#UMNO80Tahun
#UMNO #RumahBangsa
#DuluKiniSelamanya
📱FB: https://www.facebook.com/share/14aWPYkxfv6/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DX3Y7PsEvJ_/?igsh=Z3F5cTNmaXA4eWFj
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2050817707696935157?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX3ZymmD8tW?xmt=AQF0mmxYnfyJvfQ9jYU1DZjXLvBKayQooJGMd57gU6848WFpp49rJgH-z1eqwTmzw7V8JVc&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
80 Tahun UMNO: Kisah Legasi Sebuah Perjuangan
#UMNO80Tahun
#UMNO #RumahBangsa
#DuluKiniSelamanya
#BersatuBersetiaBerkhidmat
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZS99DSn69/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DX3e-29SK1s/?igsh=cG9tdjNoeHVleTVu
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/18kccGVVoM/?mibextid=wwXIfr
📱YouTube: https://youtu.be/gFMx1_Qpy-c?si=CCUXNNYJ0VpTAi6w
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐓𝐢𝐠𝐚 𝐌𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧
Pertama: Pendidikan Mesti Membina Manusia.
Kita tidak boleh melahirkan generasi yang hanya pintar akalnya, tetapi kosong jiwa. Kita tidak boleh membentuk manusia yang hebat teknologinya, tetapi rapuh akhlaknya.
Kedua: Pendidikan Mesti Membina Ekonomi.
Realitinya, Ekonomi masa hadapan memerlukan anak bangsa yang bukan sahaja berilmu, tetapi berkemahiran, celik teknologi dan mampu mencipta nilai dalam dunia yang berubah pantas.
Ketiga: Pendidikan Mesti Membina Negara.
Pendidikan tidak boleh hanya melahirkan pekerja. Pendidikan mesti melahirkan warganegara. Pendidikan mesti membentuk manusia yang memahami sejarah negaranya, menghormati Perlembagaan, mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu, memartabatkan Bahasa Melayu, menghormati kepelbagaian kaum dan agama, serta memiliki jati diri Malaysia.
#KongresPendidikanBumiputera
#UMNO80Tahun
#UMNO #RumahBangsa
#DuluKiniSelamanya
📱FB: https://www.facebook.com/share/1DdNG2rrBj/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DX3Q9FsElk3/?igsh=MTkzdHBpMXhrZXg2Zw==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2050802610752676075?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX3S7IBDxhc?xmt=AQF0TDjMjb_vXy3dm7FI42uEJDegfnoJ-wv9AEWe7vbOmbuCDGwRKoCqJS2Gq5H_j_B4s692&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Malam tadi, juga bersempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-80, saya telah merasmikan Pemukiman Penerangan UMNO dan turut bersama dalam sesi bersama barisan penerangan.
Seperti yang sering saya sebutkan, medan komunikasi hari ini telah banyak berubah. Media digital kini menjadi ruang utama rakyat mendapatkan maklumat dan membentuk pandangan. Justeru, pendekatan komunikasi juga perlu bergerak seiring dengan realiti semasa.
Apa yang penting, kita terus memastikan setiap mesej dapat disampaikan dengan baik dan difahami oleh rakyat.
Saya berharap pemukiman ini menjadi ruang untuk memperkukuh kefahaman dan menyatukan gerak kerja dalam membina kekuatan bersama ke hadapan.
Insya-Allah.
#PeneranganUMNO
#UMNO80Tahun
#UMNO #RumahBangsa
#BersatuBersetiaBerkhidmat
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1AsZaHZhHd/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DX23pQSkrF5/?img_index=9&igsh=OHB5ZnU4dXVsMjlw
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2050742744923210185?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX23xZ8D_r1?xmt=AQF0NSQ062zI9bWMeq4PJwECsl4tF1l5Tu-y0EqSDz7Avl7uwcHBVwP6hag1AkOTepe2OTA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Menjelang ulang tahun UMNO ke-100 nanti..
Saya mengimpikan Melayu yang tidak luntur jiwa keIslamannya. Benar-benar memahami rukun agama, tidak terpisah dari jasad dan rohnya.
Saya mengimpikan anak-anak Melayu yang kental jati dirinya, yang menjaga maruah.. yang tinggi adab dan mulia akhlaknya.
Saya mengimpikan Melayu yang menjadi inventor, mencipta idea, mencipta nilai dan memangkin kemajuan nusa dan bangsa..
Saya mengimpikan Melayu yang bersepakat, menenun jaringan dan berpaut pada satu kekuatan.
Saya mengimpikan Melayu yang menjadi ikutan, menjadi tunjang kepada negara majmuk yang rencam, berbilang latar dan lapisan.
Ini lah generasi Melayu yang kita semua dambakan – berakar pada iman, berakal dalam tindakan, berdaya dalam ciptaan, berjiwa besar dalam perjuangan dan bersatu dalam kepimpinan.
#Konvensyen80TahunUMNO
#UMNO80Tahun
#UMNO #RumahBangsa
#BersatuBersetiaBerkhidmat
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/18hJe2yPGD/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DX2wC5mEpQp/?igsh=MTRoM3dha3h5YXhieQ==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2050727541951156631?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX2wYKQj20R?xmt=AQF07wAh6DQr3wPDeSQybURHrJSpmfR0SOPp_WJjxIQYGgXr_Mr0KBgWryJ2ss82fd1-cPx-&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Saya kongsikan beberapa intipati utama daripada Amanat 80 Tahun UMNO yang telah saya sampaikan sebentar tadi, untuk kita sama-sama hayati dan renungi.
Semoga ianya dapat menjadi pedoman dan membakar semangat kita semua untuk terus memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.
Hidup UMNO!
#Konvensyen80TahunUMNO
#UMNO80Tahun
#UMNO #RumahBangsa
#BersatuBersetiaBerkhidmat
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1DfPg4czNh/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DX13MnkEvBg/?igsh=aXc3MHh3MWlnNG9h
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX13Sw3DzA2?xmt=AQF0A6Uo1Kwxfvk-0y1blXPOHAUaYbJpGqMaph6_xMFrWUjK8ZTYbiWUBPITNmY_wCIPDYme&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Alhamdulillah, selesai sudah Konvensyen 80 Tahun UMNO.
Lapan dekad, UMNO mengikat tali penyatuan bangsa..
Lapan dekad, UMNO mengharungi suka dan duka...
Lapan dekad, UMNO menganjak pemikiran dan jiwa..
Lapan dekad, UMNO mencorak destini masa depan
negara..
Hari ini, UMNO berada di satu detik penentuan. Kita tidak boleh lagi bergerak seperti biasa. Kita mesti berani melakukan anjakan, memperbaiki kelemahan dan menyusun semula kekuatan untuk terus kekal relevan.
Lapan dasawarsa perjalanan ini bukan mudah. Kita pernah diuji, pernah jatuh dan pernah berdepan perpecahan. Namun Alhamdulillah, UMNO tidak pernah mati. Setiap kali diuji, kita bangkit dengan kekuatan yang baharu.
Tiga agenda: Rumah Bangsa, Musyawarah Nasional dan Grand Collaboration perlu diperkukuhkan dan menjadi asas bagi 20 tahun yang mendatang.
Justeru menuju UMNO ke-100 tahun, saya telah gariskan lima teras yang perlu kita pegang bersama:
1. Memperkasa dakwah sebagai asas kekuatan ummah.
2. Menjadi induk kepada kestabilan politik negara.
3. Membina UMNO sebagai talent factory yang melahirkan cendekiawan dan kepimpinan masa depan.
4. Menyatukan fikrah kepimpinan Melayu.
5. Menyuburkan budaya ilmu dan tafaqquh untuk merencana dasar dan membentuk kefahaman umat.
Inilah arah yang perlu kita bawa, menyatukan kekuatan, membina generasi dan memastikan UMNO terus menjadi wadah yang memberi makna kepada agama, bangsa dan negara.
Insya-Allah, kita teruskan perjuangan ini, bersama.
#Konvensyen80TahunUMNO
#UMNO80Tahun
#UMNO #RumahBangsa
#BersatuBersetiaBerkhidmat
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1CiuzrZw4y/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DX1sczGkgj-/?igsh=MWkyZDFwbGQ3eG1r
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2050577460149051836?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX1sw9Vj4rw?xmt=AQF0rb3tTfdQjcc2ApwxhSOh6f_j37gKBJPR1E0flYUhjic32Wcz2AN6vU9lo6csB39RI6k&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
[Keluaran Khas #UMNO80]
𝐓𝐕𝐄𝐓 – 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐌𝐚𝐡𝐢𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
TVET terus diperkasa sebagai teras pembangunan modal insan negara, membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk menjadi tenaga mahir yang memenuhi keperluan industri.
Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen dalam membina ekonomi yang berdaya saing, selari dengan keperluan masa depan serta aspirasi pembangunan negara.
Semangat ini juga seiring dengan perjuangan UMNO dalam memperkasa masyarakat melalui pendidikan dan kemahiran sebagai asas kemajuan.
#UMNO80Tahun
#UMNO #RumahBangsa
#bersatubersetiaberkhidmat
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1XFb9p7Guh/?mibextid=wwXIfr
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DX1NtOkEsTG/?igsh=NTR1YzBscmI0OWVm
📱X:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2050510315478200385?s=46
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX1ODKfD3rj?xmt=AQF09aKKvUFjB_Hvqx0SWwUwZSlAuyaAmx8GOGMX9dQ1CBPVX7KkoPv7mH6kL4KnKh7gnUM&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Dah pandai la sikit sikit. Haha.
#UMNO80Tahun
#UMNO #RumahBangsa
#BersatuBersetiaBerkhidmat
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS9u2n3u8/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DX0-w9VSe8c/?igsh=MTl0dzNpZHB6MHMxZw==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1Guks5NDL1/?mibextid=wwXIfr
📱Youtube:
https://youtube.com/shorts/vZrQO6bihkg?si=LXBPkiH4rwGePFFs
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Alhamdulillah, selesai sudah hari pertama Sambutan Hari UMNO ke-80 di WTC Kuala Lumpur dalam suasana yang cukup meriah. Terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan memeriahkan sambutan ini.
Semoga usaha ini terus memperkukuh semangat kebersamaan kita.
#UMNO80Tahun
#UMNO #RumahBangsa
#BersatuBersetiaBerkhidmat
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS9mXxFaq/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DX0cUM-y19p/?igsh=Zml1eWxmbjFieThs
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/18PwaZaafp/?mibextid=wwXIfr
📱Youtube:
https://youtu.be/BsHQxbLFOlA?si=hUE-XjD9u-JKjFxl
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Semalam kita ber-pickleball.. hari ini saya bersama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menunaikan solat Subuh berjemaah dan bersarapan bersama.
Pemuda UMNO yang diketuai Datuk Dr. Akmal Saleh sebenarnya telah berada di Yayasan Al-Falah sejak semalam lagi, bermalam dan mengisi masa dengan qiamullail.
Alhamdulillah, dalam ruang pagi ini saya sempat mendengar sendiri perkembangan dan aspirasi mereka. Insya-Allah, apa yang saya lihat dan dengar ini akan menjadi sebahagian daripada intipati yang akan saya kongsikan dalam ucapan saya petang nanti.
#UMNO80Tahun
#UMNO #RumahBangsa
#PemudaCaraKita
#BersatuBersetiaBerkhidmat
📱FB: https://www.facebook.com/share/14dEU5mgQgN/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DX0WL6vEupX/?img_index=5&igsh=b25pdG1pb3ZyaWIx
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2050387645940056367?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DX0WORpD2HV?xmt=AQF09GdW9b79cOifiCCQ1Nh1jzRhF6mfST_h6EPrGztLJR6wGmyNMINxEOVIIL-j0PyrAVx0&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Alhamdulillah, selesai sudah hari pertama Sambutan Hari UMNO ke-80.
Teruja saya bila nampak ramai betul anak-anak muda yang hadir. Saya tengok barisan di kaunter pendaftaran ahli tadi pun boleh tahan panjangnya.. ada yang baru nak mendaftar dan ada juga yang datang untuk ambil kad keahlian khas sempena sambutan kali ini. Alhamdulillah..
Kalau ada sesiapa yang nak mendaftar dan collect kad keahlian, boleh lah datang esok ke WTCKL yaa.
#UMNO80Tahun
#UMNO #RumahBangsa
#BersatuBersetiaBerkhidmat
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1ETk3RtDR5/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXzMRTIElQG/?img_index=10&igsh=dGs1dHU2OWQ5MTY5
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2050225240685654311?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXzMbbQjzJY?xmt=AQF0v6eE36y7skxgo42HxgUDgRu9lFli8IVZNGP9rVROAiPXk5MU3lP15eJDQpGzMiZf9Cg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐨𝐧𝐠𝐫𝐞𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐒𝐮𝐫𝐯𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚
Pendidikan adalah janji perjuangan. Daripadanya lahir peluang, terangkat martabat dan terbina masa depan bangsa. Namun hari ini, kita tidak boleh sekadar berbangga dengan apa yang telah dibina.
Kita mesti berani melihat realiti dengan jujur. Sistem pendidikan kini berdepan tekanan baharu daripada perkembangan teknologi, kecerdasan buatan dan ekonomi global, di samping isu lama seperti akses, kualiti serta jurang peluang yang masih belum selesai. Pendidikan hari ini bukan lagi sekadar soal bilik darjah, tetapi soal survival bangsa.
Dalam kongres ini, saya telah menggariskan lima fokus pembaharuan iaitu sistem pendidikan pelbagai laluan yang lebih anjal; peluasan pendidikan prasekolah; pemerkasaan wakaf pendidikan Bumiputera; pemartabatan guru; serta hala tuju pendidikan negara yang lebih jelas dan berteraskan nilai.
Pendidikan mesti kembali kepada fungsi asalnya iaitu membina manusia yang seimbang antara ilmu dan nilai. Dalam masa yang sama, kita juga perlu memperkasa ekonomi dengan mengangkat TVET sebagai laluan bermaruah serta memperluas peranan pendidikan tahfiz dalam melahirkan huffaz profesional.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua pembentang dan ahli panel atas cadangan serta resolusi yang dikemukakan. Insya-Allah, saya akan memastikan ianya diberi perhatian sewajarnya dalam memperkukuh hala tuju pendidikan negara.
#KongresPendidikanBumiputera
#UMNO80Tahun
#UMNO #RumahBangsa
#BersatuBersetiaBerkhidmat
📱FB: https://www.facebook.com/share/1LvHzMMube/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXzAQavkhub/?img_index=9&igsh=dmswb2VseXBoend6
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2050198637079392564?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXzAPMCD3Fv?xmt=AQF0L5NCF-w0NVzJ3a9nBCfiWvRx11Ur6x2SKm5GL28fhW6GgHQKJ9ujmKfTKiW_CbL0YX8&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Sebentar tadi, saya sempat luangkan masa ke sesi Meet & Greet Pemuda UMNO bersama Ahli Baharu di gelanggang pickleball The Hood, WTC.
Semalam Dr. Akmal ada seru saya turun ke sini.. mana mungkin saya lepaskan peluang untuk bersama dengan anak-anak muda terutama yang baharu menjadi ahli ini. Memang meriah!
Saya pun tak lepaskan peluang untuk turun beraksi. Kali pertama cuba main pickleball.. sekarang saya dah faham kenapa anak-anak muda suka permainan ni.
Nasib saya pakai baju batik sebab ada back-to-back program je, kalau tak memang saya lagi perform.
#UMNO80Tahun
#UMNO #RumahBangsa
#PemudaCaraKita
#BersatuBersetiaBerkhidmat
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1aongyYRz7/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXyoj9tkiRJ/?img_index=7&igsh=c3I2ajJtaHAwaGxp
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2050146691979112662?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXyosgqD6xz?xmt=AQF0dtHQcNFI-rxsqPrKbCjWuEjVliKzmhYQ62uK1QQQrrxsNqJqjE6IRUNE3_V1bICdvmM&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Available now! Telegram Research 2025 — the year's key insights 
