Kuasai 7 prompt ini untuk pendidik gunakan NotebookLM dengan lebih berkesan
Oleh : Nurul Asyikin Md Zaki
Saya kumpulkan 7 prompt yang boleh bantu pendidik gunakan NotebookLM dengan lebih efisien dan efektif.
Boleh salin, ubah ikut topik sendiri, dan terus cuba dalam notebook masing-masing.
Simpan dulu. Nanti bila nak siapkan bahan kelas, senang cari balik.
1. Fokus Isi Penting
Berdasarkan semua sumber yang saya muat naik, senaraikan isi penting berkaitan [TOPIK].
Fokus hanya kepada:
1. konsep utama
2. contoh yang sesuai untuk pelajar
3. fakta yang perlu diterangkan dalam kelas
4. bahagian yang mungkin mengelirukan pelajar
Abaikan maklumat yang tidak berkaitan dengan topik ini.
Susun dalam bentuk point ringkas dan mudah faham.
2. Outline Slide Deck
Saya mahu hasilkan slaid pengajaran tentang [TOPIK] untuk pelajar [TAHAP PELAJAR].
Berdasarkan sumber yang saya muat naik, bina outline slaid secara slide-by-slide.
Setiap slaid perlu ada:
1. tajuk slaid
2. isi utama
3. penerangan ringkas
4. cadangan visual
5. nota ringkas untuk pensyarah/guru
Pastikan outline ini tidak terlalu luas. Fokus kepada objektif pembelajaran berikut:
[MASUKKAN OBJEKTIF]
3. Tukar Nota Panjang Jadi Bahan Kelas
Tukar kandungan daripada sumber ini kepada bahan pengajaran yang boleh digunakan dalam kelas.
Topik: [TOPIK]
Tahap pelajar: [TAHAP]
Tempoh kelas: [MASA]
Gaya kelas: [kuliah / perbincangan / aktiviti kumpulan / pembelajaran aktif]
Sediakan:
1. set induksi
2. penerangan konsep utama
3. contoh mudah
4. aktiviti ringkas dalam kelas
5. soalan refleksi di akhir kelas
4. Pembelajaran Terbeza (Differentiated Learning)
Berdasarkan sumber yang saya muat naik, hasilkan 3 versi penerangan untuk topik [TOPIK].
Versi 1: Untuk pelajar yang masih lemah asas
Versi 2: Untuk pelajar tahap sederhana
Versi 3: Untuk pelajar yang sudah menguasai asas dan perlukan cabaran
Setiap versi perlu ada:
1. penerangan ringkas
2. contoh
3. analogi mudah
4. satu soalan semakan kefahaman
5. Cipta Soalan Kuiz (Di Chat, Bukan Di Studio)
Bina 10 soalan kuiz berdasarkan sumber yang saya muat naik.
Topik: [TOPIK]
Tahap pelajar: [TAHAP]
Jenis soalan:
- 5 soalan objektif
- 3 soalan pendek
- 2 soalan aplikasi
Untuk setiap soalan, berikan:
1. jawapan
2. sebab jawapan itu betul
3. rujukan kepada bahagian sumber yang berkaitan
6. Kenal Pasti Misconception
Berdasarkan topik [TOPIK] dalam sumber yang saya muat naik, kenal pasti misconception yang mungkin berlaku dalam kalangan pelajar.
Untuk setiap misconception, berikan:
1. apa yang pelajar mungkin salah faham
2. kenapa salah faham itu berlaku
3. cara mudah untuk guru/pensyarah membetulkannya
4. contoh penerangan yang lebih jelas
7. Classroom Activity Planner
Berdasarkan sumber yang saya muat naik, cadangkan 5 aktiviti kelas untuk mengajar topik [TOPIK].
Aktiviti ini perlu sesuai untuk:
Tahap pelajar: [TAHAP]
Tempoh kelas: [MASA]
Bilangan pelajar: [JUMLAH PELAJAR]
Untuk setiap aktiviti, berikan:
1. nama aktiviti
2. objektif aktiviti
3. langkah pelaksanaan
4. bahan yang diperlukan
5. cara menilai kefahaman pelajar
𝕀𝕟𝕗𝕠 𝕌ℙ𝔻𝔸𝕋𝔼 𝔾𝕌ℝ𝕌 𝟚𝟘𝟚𝟞:
https://t.me/updatesplkpm