Tanya Dr Azimah & Dr Fadzli (Official)
前往频道在 Telegram
📈 Telegram 频道 Tanya Dr Azimah & Dr Fadzli (Official) 的分析概览
频道 Tanya Dr Azimah & Dr Fadzli (Official) (@tanyadrazimah) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 10 095 名订阅者,在 医学 类别中位列第 2 742,并在 马来西亚 地区排名第 3 686 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 10 095 名订阅者。
根据 25 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -130,过去 24 小时变化为 -2,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 15.41%。内容发布后 24 小时内通常能获得 5.44% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 1 556 次浏览,首日通常累积 549 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 8。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Official Tanya Dr Azimah Telegram Channel”
凭借高频更新(最新数据采集于 26 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 医学 类别中的关键影响点。
10 095
订阅者
-224 小时
-387 天
-13030 天
帖子存档
Berapa jam anda tidur (malam) setiap hari?
HAPPY FATHERS DAY
Menyambut hari bapa di Kuala Lumpur untuk top up ilmu bagaimana merawat pesakit dengan kesihatan lelaki dengan lebih baik.
Alhamdulillah dapat berkenalan dengan urologist yang mana Dr Fadzli boleh duduk semeja dan berbincang berkenaan pesakit-pesakit yang Dr Fadzli jumpa di klinik.
Banyak input untuk tambah baik servis dr fadzli di klinik untuk kesihatan lelaki yang lebih baik.
Again happy fathers day buat semua yang bergelar ayah. Perjuangan anda perlu dihargai dengan penjagaan kesihatan diri.
JAGA DIRI & JAGA KELUARGA YANG TERSAYANG 🥰
https://youtube.com/@liliwellnessxikramwellness?si=7MdXubWV73Th2ufU
Dr Azimah & Dr Fadzli ada buat sesi podcast secara mingguan. Di sini kitorang membincangkan isu rumah tangga bersama dengan audiens.
Mungkin tidak sesuai untuk semua, tetapi ada pengajaran di setiap kisah yang berlaku. Boleh ambik iktibar jika berkenaan atau boleh ignore jika tiada manfaat untuk tuan-tuan & puan-puan sekalian.
Dr Azimah & Dr Fadzli doakan moga sedikit perkongsian ini dapat mengubah hidup seseorang di luar sana.
Bak kata cikgu Dr Fadzli - “you cannot change the whole world but you can change their world is enough even though 1 person”
Moga bermanfaat - like, share & subscribe ye channel kitorang 🥰
EGO Yang Tercalar
Ramai yang kongsi kisah kejayaan. Ramai yang kongsi kisah gembira dan bahagia. Tapi hari ini, Dr Fadzli nak share kisah luka — supaya ramai yang dapat belajar dari kisah ini.
Aku masih ingat suasana wad waktu tu — bunyi mesin berdengung perlahan, langkah-langkah kaki yang senyap — ketika telefon aku berbunyi.
"Ma, Abah dan adik-adik Ayang ajak kita join bercuti di Kota Kinabalu. Deorang nak ajak kita skali."
Suara isteri aku penuh dengan kegembiraan yang tak meninggalkan ruang untuk berfikir panjang. Aku bagitahu dia dengan tenang.
"Nanti abg cek jadual kerja dulu. Kita balik bincang di rumah."
"Okay."
Lepas tu aku letak telefon, dan untuk seketika aku berdiri di situ — tak bergerak, hanya berfikir.
Aku nak pergi. Itu memang benar. Di sebalik penat kerja, di sebalik bau antiseptik koridor tu, aku hampir boleh bayangkan — Sabah, laut, keluarga bersama. Tapi nak sesuatu dengan boleh cakap ya kepada sesuatu tu dua perkara yang berbeza, dan di antara keduanya berdiri sekumpulan kebimbangan yang belum aku selesaikan.
Lepas ke duit nak beli tiket? hotel, makan, dan perbelanjaan sampingan yang selalu bertambah bila travel dengan keluarga? Dan jadual kerja — aku langsung belum tengok lagi. Biasanya hampir last minit macam ni susah nak dapat cuti.
Malam tu aku oncall. Aku tak balik rumah.
Keesokan harinya baru aku selesai, dan terpaksa menunggu sehingga pukul 5 petang untuk Dr Azimah habis kerja. Penat badan, tapi kepala masih ligat — nak bincang, nak timbang, nak buat keputusan sama-sama.
Dan kemudian Dr Azimah bagitahu dia dah beli tiket.
Untuk dia. Untuk anak-anak. Tanpa tiket aku.
Aku terdiam.
Sedih datang dulu. Lepas tu kecewa. Lepas tu marah — bukan jenis yang lantang, tapi jenis yang duduk dalam dada dan menekan perlahan-lahan.
"Abg tak boleh nak pergi. Ayang dah beli tiket, ayang pergilah. Abg tak dapat cuti."
Itu yang keluar dari mulut aku. Tapi dalam hati? Dalam hati sangat-sangat remuk.
Sebab bukan pasal tiket tu. Bukan pasal cuti. Bukan pasal duit pun.
Aku rasa diketepikan. Aku rasa left out — seperti keputusan tentang keluarga aku sendiri dibuat tanpa aku ada dalam gambar tu. Dan yang paling mencucuk sekali: aku rasa aku tak mampu provide untuk keluarga aku sendiri, hinggakan orang lain yang terpaksa take care untuk aku. Adik ipar yang tolong belikan tiket, harga yang kena kejar, semua tu — dalam keadaan aku yang penat dan tercalar itu — terasa seperti satu lagi bukti bahawa aku tak cukup.
Dr Azimah perasan perubahan aku. Dia terangkan — harga tiket masih murah waktu tu, adik dia tolong belikan dulu sebelum harga naik. Niat dia baik. Logiknya masuk akal.
Tapi aku tetap rasa marah. Ego aku tetap tercalar.
Bila aku duduk dengan perasaan tu lama-lama, aku mula sedar sesuatu.
Semua ini bermula dengan dua perkara sahaja: sangkaan, dan komunikasi yang tidak berkesan.
Dia sangka aku faham. Aku sangka dia akan tunggu. Tiada seorang pun yang duduk dan tanya dengan jelas — apa yang kita nak, apa yang kita mampu, apa yang kita rasa? Dan dalam ruang kosong di antara dua sangkaan itu, salah faham pun membesar senyap-senyap.
Aku tak mahu perkara sebegini berulang kembali.
Ini antara titik terbesar dalam hidup aku — saat yang mengingatkan aku bahawa perkahwinan bukan sekadar tinggal bersama, bukan sekadar sayang-menyayangi. Perkahwinan adalah kerja. Kerja untuk kenal antara satu sama lain lebih dalam lagi, walaupun selepas bertahun-tahun.
Lima belas tahun perkahwinan telah banyak mengajar aku dan Dr Azimah — mengajar kami untuk jadi lebih mengerti, lebih sabar, lebih berani untuk bercakap perkara yang susah sebelum ia menjadi luka.
Kadang-kadang kita belajar bukan dari momen yang indah. Kita belajar dari momen yang sakit.
Dan kisah tiket ke Kota Kinabalu itu — yang nampak kecil dari luar — adalah salah satu pengajaran terbesar yang pernah aku terima sebagai seorang suami.
The Middle Man
There are days that don't announce themselves as hard. They arrive quietly — a message before breakfast, a shift in her voice, the particular way silence fills a room when something is wrong. Yesterday was one of those days.
My wife came home carrying something heavier than tiredness. I could see it in how she held herself — not broken, but bruised in the way people get when they've given something real and felt it go unacknowledged. She had walked into that boardroom, again, and walked out feeling invisible. Two years of her work. Two years of her strategy woven quietly into the bones of our business — the supplements we built from nothing into something people trust and return for — and the other directors still looked past her as if she were a background detail.
She wanted to be seen. That's all. Not applauded. Just seen.
For two years, I had been the one doing the translating. Her ideas filtered through me. Her frustrations carried by me. Her victories narrated by me to people who should have been watching her directly. I had told myself it was support. That being in the middle was the same as being beside her. But yesterday, listening to her voice crack at the edges, I realized something: I had made myself necessary in a way that had made her smaller. The middle man is always the one both sides come to trust — and in doing so, both sides forget to look past him.
I am tired. Deeply, honestly tired. Not of her — never of her. But of carrying this buffer between her and a world she is more than capable of facing.
Fifteen years of marriage. Fifteen years that have not always been smooth — we have had our seasons of distance, our years where we moved around each other more than toward each other. A rocky road is still a road. We are still walking it. And yesterday, something shifted.
She said she wanted to confront them. The board. Directly. Without me in the room, without me softening the edges or pre-negotiating the temperature. She wanted to stand in front of the people who had undervalued her and say, plainly: I am here. I have always been here. And I will not continue to be overlooked.
I felt — and I surprised myself feeling this — relief.
Not because her anger meant my burden was lifted. But because in that moment I saw the woman I married standing up inside herself again. The one who doesn't need rescue. The one who needs room.
There is a particular kind of love that looks like letting go. Not of the person, but of the role you've built around protecting them. I had wrapped myself around her professional world like a windbreak, and somewhere along the way, I had stopped asking whether she still needed one.
She doesn't.
What she needs — what she has always needed — is for the people in that room to feel the full weight of who she is. And I cannot give her that. Only she can walk into the room and make them understand.
So I will step back. Not away from her. Never away from her. But out of the space between her and the life she has earned.
Let them meet her now. All of her. Without me in the way.
I think they'll be surprised. I think she will not be.
And in the morning quiet, fifteen years deep into this life we've built together — through all its rough patches and tender ones — I found myself grateful for yesterday. Grateful for a wife who still has fire. Grateful that my exhaustion finally pushed me to see what she needed most wasn't a negotiator.
She needed me to trust her enough to get out of the way.
Tik tok klinik kesihatan lelaki dr fadzli kena banned 2 hari lepas. Kalau korang boleh tolong minta untuk follow tik tok baru dr fadzli ye.
Thank you semua yang tlg follow. Pejuang 1k nak boleh live kembali untuk bagi info kesihatan lelaki di tik tok live
Thank you smua yg tolong follow di link ni: https://www.tiktok.com/@mohdfadzlizahari?_r=1&_t=ZS-97DkM2ITvVt
pesakit datang dengan masalah kesihatan lelaki bersama dengan dr fadzli.
sebelum berjumpa dr fadzli beliau tak tahan lama. gigih dan kekal selama hampir 2 bulan datang buat rawatan dengan dr fadzli.
alhamdulillah good outcome. boleh bertahan 15-30 min selepas rawatan tanpa menggunakan ubat.
untuk rawatan bersama dr fadzli boleh book slot ye. whatsapp 01165237422
Bertambah usia menjadikan badan secara semulajadi makin berkurang menghasilkan hormon.
Untuk wanita - 2 hormon utama yang menjadikan wanita ceria & kurang stress ialah estrogen & progestron.
selain dari tanda kesuburan wanita - 2 hormon ini ada banyak lagi fungsinya:
- menjadikan kulit lembap & kenyal
- melindungi dari masalah sakit jantung
- melindungi otak dari menjadi nyanyuk
- melindungi tulang dari rapuh
dan banyak lagi.
jaga kesihatan untuk bukan sahaja lifespan yang panjang tapi healthspan yang panjang. maksudnya bila berusia masih boleh berdikari & mood sentiasa ceria.
nak book therapy dan rawatan dengan dr azimah? whatsapp 01165237422 🥰
LEBIH MURAH JAGA YANG ASAS…
Tidur ialah satu keperluan biologi yang simple dan semua orang boleh buat. Yang penting percuma.
Tetapi dalam dunia yang serba cepat ini tidur menjadi 1 kemewahan yang bukan untuk semua.
Bila tidur lama membazir masa sedangkan masa yang ada boleh dimanfaatkan untuk bekerja atau bersosial.
Jika yang asas diabaikan maka akan timbullah masalah-masalah yang tak patut ada sebenarnya.
Pilihan di tangan anda. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh jumpa dr fadzli ye. Ini antara rahsia untuk Lelaki jadi lebih KUAT 🥰
whatsapp 011-65237422
JANGAN ISI!
IIEF 5 ni ialah kaji selidik untuk doktor faham sejauh mana masalah erectile dysfunction (ED) anda.
kalau segar bugar dan sihat takpe lah tak nak isi pun. tapi kalau rasa kurang skit performance tu atau dah berusia 40 tahun ke atas boleh buat saringan.
nak baca result macam mana? whatsapp je ke nombor dr fadzli 01165237422, dr fadzli akan analyse dan bagi kesimpulan dan penyelesaian jika perlu.
saring jangan tak saring boh...
Saban hari sebagai ibu & bapa kita sentiasa bisik pada diri - aku bekerja keras demi keluarga. Untuk bahagiakan ahli keluarga terutamanya anak-anak.
Tapi saban hari kita rasa makin kuat berusaha makin jauh dengan ahli keluarga semua. Suami larut dengan masalah sendiri, isteri kesibukan mengurus kerjaya & anak-anak dan anak-anak makin menjauh dan mendiamkan diri dengan dunia maya masing-masing.
Dalam berusaha perlu juga ada “pause” nya. Stop working and start playing. Jika bekerja sungguh-sungguh dan jika bermain bersungguh-sungguh juga.
Nikmati masa bermain bersama keluarga, disconnect to connect 🥰
Dr Fadzli x Dr Azimah
Solusi keintiman suami isteri 🥰
JANGAN TRY! RUGI…
Rugi masa sebab tak pernah try hormesis method untuk bantu boost fungsi biologi badan. Adequate stress akan bantu badan untuk jadi lebih kuat dan sihat.
Sebab itu bila bersenam - bukan nak bersenam sampai mati. Ada limitnya. Itulah hormesis. Bagi badan push the limit to become stronger.
Jangan la cuba ye sauna. Takut ketagih je nak cari sauna. Dah la susah nak cari di kuala terengganu ni.
Bila kita aware tentang kesihatan kita akan keep on mencari cara bagaimana nak sihat dan sebaliknya.
Untuk kesihatan lelaki boleh WhatsApp dr fadzli ye 011-6523 7422 nak book appointment boleh nak FREE consult pun boleh.
Testing testing!
Buat raso raso nak try podcast plak. Be careful what you wish for 😆
Teringat lagi 2 tahun lepas nak cari coach public speaking. Cari punya cari punya cari… last last she is my coach Noor Azimah Ab Aziz.
Thank you sayang banyak bantu untuk ke depan sampai boleh mula siri podcast kita ni. IAllah ke depan kita nak bantu lebih ramai pasangan suami isteri supaya lebih sihat dan lebih bahagia - physically & mentally.
Sesape yang nak info lebih lagi boleh follow page Liliwellness Kesihatan Suami Isteri & yang nak rawatan kesihatan suami & isteri boleh WhatsApp 011-6523 7422 untuk book appointment.
Dr Fadzli M.D.
di IKRAM Men’s Clinic X LiliWellness
Solusi keintiman suami isteri 🥰
Hadir conference untuk TRT (testosteron replacement therapy)
Beruntung sebab dapat bertemu dengan doktor pakar dalam Men’s Health di Malaysia, Dr Adam Firdaus Dahlan. Grateful for a lot of insights regarding patient treatments & care.
IAllah dengan bertambahnya ilmu tentang kesihatan lelaki ini maka lebih banyak lagi kebaikan yang Dr Fadzli boleh curahkan kepada pesakit nanti.
Nak tahu lebih lanjut tentang kesihatan lelaki?! Boleh WhatsApp dr fadzli 011-6523 7422 ye untuk FREE CONSULTATION 😎
AWAS PREDATOR!
Pemangsa yang sentiasa mencuba untuk mengambil kesempatan dari kekosongan yang ada dalam hati manusia.
dalam ilmu psychology - void yang besar dalam hati manusia akan menjadikan manusia terus mengharapkan orang lain @ benda material untuk bahagia & gembira.
jika dalam hati kita, void itu tiada kita mampu untuk bahagia dan gembira dengan apa yang ada di sekeliling walaupun serba kekurangan.
Antara cubaan-cubaan yang Dr Azimah dapat dalam usaha nak berkongsi dan juga mendidik masyarakat di dunia media sosial.
Pening Dr Azimah dapat mesej macam ni. Dah tahu Dr Azimah bersuami pun masih lagi mencuba. Untuk wanita & isteri-isteri jangan percaya manusia bertopengkan pemangsa macam.
Mereka sangat pandai bermain kata-kata dan memanipulasi perasaan untuk dapat apa yang mereka nak.
Untuk suami isteri yang nak baiki hubungan boleh book slot appointment dengan Dr Azimah ye. WhatsApp 01165237422 untuk appointment!
RUGI KALAU TIDUR!
Tidur 8 jam sehari?! 33.33% hidup manusia untuk tidur. Alangkah ruginya hidup manusia tidur sampai 20 tahun (kalau umur sampai 60 tahun)
Tetapi apa yang berlaku semasa tidur?! Biologi manusia ada aturannya. 8 jam itu PERLU untuk badan beroperasi dengan baik.
Terutama untuk para lelaki. Jika tidur tidak cukup badan akan stress dan kurang penghasilan hormon testosterone (jadi kurang jantan la ork) dan stress hormon kortisol akan jadi lebih tinggi.
WhatsApp Dr Fadzli 011-6523 7422 untuk free consult kesihatan lelaki
Selesai sudah pembentangan proposal thesis phD saya bertajuk Comprehensive Sexuality Education (CSE). Saya mensasarkan school based curriculum.
Mata pun dah macam panda!
Seorang panel juri bertanya saya “Azimah are you sure CSE should be taught in schools? Tak pasal-pasal anak-anak kita belajar buat seks di sekolah!!”
Lol saya tergelak besar.
Deep inside me, saya tahu kita semua emak-emak bapak-bapak soleh mahu berfikir bahawa anak kita asexual and innocent and naive and straight about sexuality. Ironically, even preschoolers has their own normal sexuality issues ya.
Fakta: Kanak-kanak mahu tengok alat sulit kawan. Ada kanak-kanak cuba masturbasi. Ada kanak-kanak cuba tiru aksi suamiisteri dengan kawan-kawan.
Doakan saya berjaya merungkai tajuk taboo ini😚 Kita sebagai educators hanya perlu pimpin tangan anak-anak kita untuk menyalurkan naluri ini dengan cara yang betul sahaja. Tak perlu marah-marah rileks dan tenang ya ibubapa soleh sekalian🥰
Salam Jumaat, DrAzimah🌹
MAKAN JE!
Boring is good bak kata cikgu Dr Fadzli. Inconsistency dalam pemakanan menyebabkan fluctuation of calories intake dan nutritional value.
Kata mudahnya badan tak dapat nutrisi yang konsisten setiap hari jika kita belasah makan setiap hari.
Menu yang sama akan bagi value nutrisi yang berterusan pada badan dan in return badan mudah untuk proses nutrisi menjadi tenaga, otot, saraf dan juga immune sistem badan.
Untuk kesihatan lelaki pun perlukan nutrisi yang konsisten. Kalau ada peluang untuk istiqomah teruskan. Tapi make sure jangan berlebihan ye. Hidup ni kena sentiasa qanaah (bersederhana) tapi istiqomah (konsisten).
Nak FREE consult tentang kesihatan lelaki?!
Boleh WhatsApp Dr Fadzli 01165237422
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
