Score A+ together
前往频道在 Telegram
make sure if nak share something from this group , letak credit ! since february 2023 owner @hiddoublea
显示更多8 383
订阅者
+324 小时
-87 天
-23830 天
帖子存档
8 381
assalamualaikum and hai batch 08 , 09!
class private bersama kak daa ( sejarah , sastera )
- RM5 ( 3 kali )
- recording akan disediakan
- nota akan diberikan selepas habis class ( nota pdf and secara ringkas )
- class akan diadakan 3 kali seminggu
- class pada malam hari ( 8 malam atau 830 malam )
- pembayaran melalui tng atau online bankin
interested ? pm @hiddoublea
8 381
yang masih mencari private class , kak daa masih open untuk pendaftaran. class private kita akan mula malam esok
8 381
untuk adik adik yang memerlukan kelas , InshaAllah lepasni kita akan kembali ya. jangan risau , kak daa belum tewas dan kak daa akan usahakan untuk tidak tewas dengan kata kata orang yang tidak memberi apa apa manfaat.
8 381
assalamualaikum semua , terimakasihh atas segala sokongan , motivasi dan kata kata semangat yang diberikan. dengan adanya kamu semua , saya sedar yang ramai orang baik disekeliling saya. InshaAllah saya akan perbaiki apa yang kurang dan lebih semangat lagi dalam mengajar. untuk yang memberi kata kata 'special' semalam , terima kasih juga. untuk pengetahuan awak , saya BUKAN PATI. saya ada passport yang sah , saya ada kebenaran untuk stay di Malaysia secara halal dan dengan izin. saya juga sedang mengusahakan kad pengenalan sebab saya sedar betapa pentingnya kad pengenalan. tanpa kad pengenalan , saya nampak hina di mata manusia macam awak. jangan risau , saya dah memaafkan awak dan awak tak perlu cari saya di padang mahsyar nanti ☺️ semoga awak berjaya dunia dan akhirat. semoga selepas ini , awak akan jadi manusia yang lebih beradab dan respect dekat orang lain ya. ingat , bukan semua orang boleh terima hinaan begitu ☺️
8 381
📝 SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA DAN/ATAU UJIAN PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2025/2026
Calon yang memohon Program Pengajian Pendidikan, boleh melayari URL Universiti Awam terlibat seperti di bawah untuk membuat semakan bermula pada :
📆 19 Mei 2025
1) UPSI : https://kemasukan.upsi.edu.my/
2) UTHM : https://wapps.uthm.edu.my/tawaran/
3) UiTM : https://pengambilan.uitm.edu.my/
4) UMS : https://smp.ums.edu.my/semakanums
5) UKM : https://appsmu.ukm.my/etemuduga/semakan
6) UM : https://kemasukan.um.edu.my/
7) UPM : http://intake.upm.edu.my/temuduga
8) USIM : https://etasjil.usim.edu.my/
9) USM : https://pohon.usm.my
10) UTM : https://jpt.utm.my
11) UUM : https://www.uum.edu.my/kemasukan
12) UNIMAS : https://www.unimas.my/kemasukan/temuduga
13) UIAM : https://www.iium.edu.my/kemasukan/temuduga/
14) UniSZA : https://www.unisza.edu.my/tawaran/
8 381
assalamualaikum 🤩, harini ada kelas perniagaan ya . pukul 8 , stream akan diadakan di channel dibawah ⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️
https://t.me/privstudy
(ch tersebut hanya digunapakai untuk stream subjek perniagaan sahaja)
TOPIK : BAB 1 T4
8 381
Repost from NOTA BAHASA MELAYU SPM
PENGGUNAAN PENANDA WACANA
Sehubungan itu ❌
Sehubungan dengan itu ✅
Disamping itu ❌
Di samping itu ✅
Walaubagaimanapun ❌
Walau bagaimanapun ✅
Hal ini kerana ❌
Hal ini dikatakan demikian kerana ✅
Oleh demikian ❌
Oleh hal yang demikian ✅
Manakala ❌
Justeru ❌
Kata ‘manakala’ dan ‘justeru’ tidak boleh digunakan di awal ayat kerana kedua-dua kata ini BUKAN penanda wacana, TETAPI kata hubung.
Dia duduk di tepi ayahnya, manakala adiknya mendengar lagu. ✅
Saya tidak pernah mencacinya, justeru saya sering memujinya. ✅
Kredit: Nota Bahasa Melayu SPM
8 381
yg pm hina org tu..ingat ye...sya masih cari awk tau..jgn ingat awk boleh terlepas mcm tu je..dgn apa yg awk dh buat..awk ingat awk boleh terlepas dri saya..memang awk boleh terlepas dri org lain tapi bukan dgn saya..saya sendiri yg akan cari awk ye..Kata² awk bukan je buat kak daa yg sakit hati..kitaorg yg baca pun sakit hati tau..
Awk nak komplain pun mesti ada limit dia tau..bukan main gahh camtu je..awk ingat awk siapa..awk ingat awk tuhan ke nak cakp org camtu..awk xda hak pun nak judge org..dasar manusia xde hati perut..mulut macam longkang..bukan nak cakap kitaorg ni baik sgt..kitaorg pun pernh buat jahat tapi x laa sampai nak menghina org..kau xda kat situasi dia..Kalau kau ada kat situasi tu baru kau tau..betapa susahnya..
tapi xpa..saya tau yg allah tu maha membals..tgok laa nanti apa yg terjadi..bukan nak doa jahat tau..cuma Allah tu maha "membalas"
jgn masa nak dekat spm nanti baru nak maaf..baru nak menyesal ye..
X marah tau..nasihat je
Kalau ada yg x puas hati dm je..nanti saya ajar awk ye ☺️
8 381
Repost from 𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 (𝐑𝐲𝐚𝐧)
Saya menjemput semua ke Channel Hijrah Hidup Ryan untuk sama-sama belajar bersama Kak Daa. Dalam dunia yang penuh cabaran ini, ilmu adalah cahaya yang memandu langkah. Mungkin bukan mudah, tapi siapa kata perjuangan itu harus selesa? Ayuh hadir, dengar, dan bangkit. Hijrah bukan sekadar niat ia perlu tindakan.
https://t.me/Hijrah_Hidup
8 381
Repost from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Guru Pemacu Reformasi Pendidikan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka ia akan mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun." (HR Muslim No: 4831) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sesiapa sahaja yang berperanan mengajak, menasihat serta membimbing kepada kebaikan, mereka adalah seorang guru.
2. Imam al-Nawawi dalam syarah Sahih Muslim menyatakan bahawa hadis ini menunjukkan betapa besar pahala orang yang menyampaikan kebenaran, kerana setiap orang yang mendapat manfaat daripada ajarannya akan turut memberikan pahala berterusan kepadanya.
3. Guru yang ingin mendapat ganjaran pahala berterusan akan sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu yang benar sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat.
4. Seorang guru akan sentiasa berusaha gigih dan bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu kepada orang lain tanpa mengira penat lelah bagi melahirkan generasi baharu yang berilmu dan memberi impak kepada kehidupan masyarakat dan negara.
5. Guru yang menyampaikan, mendidik dan mengajar sesuatu ilmu yang benar, dia akan mendapat ganjaran pahala sama seperti pahala orang yang beramal dengan apa yang telah diajarkannya itu.
6. Semakin ramai bilangan pelajar yang dibimbing dan diajar melakukan perkara yang baik dan bermanfaat, semakin banyak pahala yang diperolehi secara berterusan.
7. Orang yang mengajar, membimbing dan menunjukkan yang buruk dan jahat, dia akan memperolehi ganjaran dosa sebanyak orang yang mengikuti dan beramal dengannya.
8. Dalam konteks hari ini, menyebarkan maklumat tidak benar, fitnah atau pengaruh buruk di media sosial, blog atau video juga boleh menyebabkan dosa berpanjangan, seperti yang digambarkan dalam hadis ini.
9. Sebagai seorang Muslim, kita harus berhati-hati dengan perkataan, apa yang ditulis dan forward, serta tindakan kita kerana kita boleh menjadi sebab kepada seseorang untuk mengikuti kebaikan atau kesalahan.
10. Hadis ini mengingatkan bahawa tindakan manusia, baik atau buruk, boleh memberi kesan berterusan walaupun selepas kematiannya, sama seperti konsep dalam hadis tentang amalan yang tidak terputus.
Marilah kita merebut peluang membuat simpanan deposit amal yang berterusan untuk akhirat kita dengan menyampaikan ilmu melalui pelbagai medium termasuk menggunakan media sosial seperti Tiktok, FB, WhatsApp, Twitter dan sebagainya. Jadilah kita sebagai guru yang menjadi pemacu reformasi Pendidikan dengan mengajar kebaikan dan perkara bermanfaat pada orang lain.
SELAMAT HARI GURU
Guru Pemacu Reformasi Pendidikan
#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
17hb Zulkaedah 1446H
15hb Mei 2025
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
8 381
Abang tak maki atau marah just tegur. Kalau awak tak minat nak baca jangan jadi student saya hahahah bye 🤣🤣
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
