ch
Feedback
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia

Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia

前往频道在 Telegram
557
订阅者
无数据24 小时
+17
-230
帖子存档
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & APRESIASI TAHUN 2026 30 Julai 2026, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) - Seluruh
+3
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & APRESIASI TAHUN 2026 30 Julai 2026, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) - Seluruh Warga PJS merakamkan ucapan tahniah kepada kakitangan PJS yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 dan Pesara Tahun 2026 pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Apresiasi Tahun 2026. Majlis juga telah disempurnakan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir bersama Puan Mohsinar binti Abdul Malek, Timbalan Pesuruhjaya Sukan. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025: 1. Encik Azizi bin Yahaman 2. Encik Mohd Shazali bin Mohd Salleh 3. Puan Norhaslina binti Hashim 4. Puan Siti Suaidah binti Mohd Suki Pesara Tahun 2026: 1. Encik Norsihan bin Hamam “Semoga Terus Melakar Kecemerlangan dan Selamat Bersara” #TeamKBS #TeamPJS #APC2025 #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama

29 Julai 2026 – Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) telah menerima lawatan rasmi daripada pegawai Pejabat YB Timbalan Me
+5
29 Julai 2026 – Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) telah menerima lawatan rasmi daripada pegawai Pejabat YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan sebagai sebahagian daripada siri lawatan ke agensi dan jabatan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Lawatan tersebut diketuai oleh En. Azfar Faruqi bin Mohamad Idris, Pegawai Khas kepada YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir ialah En. Khaleeq Shahzada Manja, Pegawai Khas (Media) YB Belia dan Sukan, serta para pelajar tahun akhir daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan penerangan serta maklumat berkaitan fungsi dan peranan PJS, khususnya dalam aspek penguatkuasaan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576]. PJS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kunjungan tersebut, dan berharap segala maklumat yang dikongsikan dapat disebarluaskan kepada kumpulan sasar di peringkatakar umbi. #TeamPJS #TeamKBS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI

Putatan, 25 Julai 2026 – Program Sesi Libat Urus Pemahaman Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) dan Peraturan-Peraturan Pem
+6
Putatan, 25 Julai 2026 – Program Sesi Libat Urus Pemahaman Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) dan Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan – Zon Sabah dan Labuan telah diadakan di Bilik Lok Saga 1, Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah anjuran Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah. Program ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan kefahaman peserta mengenai Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) dan Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan, khususnya kepada badan-badan sukan yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Seramai 50 orang telah menghadiri program ini yang melibatkan wakil-wakil badan sukan peringkat negeri dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, di samping penyertaan daripada badan sukan peringkat daerah serta kelab-kelab sukan di Negeri Sabah. #TeamPJS #TeamKBS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama

SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA SEMPENA PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026 Ayuh sert
SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA SEMPENA PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026 Ayuh sertai kami dan temui team PJS di Santai Bersama Pelanggan (SBP) Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya sempena Program MADANI Kita Tahun 2026 pada: 🗓️ : 1 Ogos 2026 (Sabtu) ⏰ : 9.00 pagi - 2.00 petang 📍 : Kompleks Kejiranan, Presint 11, Putrajaya Pelbagai aktiviti dan pameran daripada agensi kerajaan serta kaunter khidmat nasihat yang disediakan untuk semua pengunjung yang hadir. Jumpa anda di sana. #TeamPJS #TeamKBS #PMK2026 #MalaysiaMadani #IhsanMADANI

SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN SEMPENA JELAJAH RAKAN MUDA TAHUN 2026 Pejabat Pesuruhjaya Sukan Mala
+7
SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN SEMPENA JELAJAH RAKAN MUDA TAHUN 2026 Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) telah melaksanakan Santai Bersama Pelanggan (SBP) Peringkat Negeri Sembilan sempena Jelajah Rakan Muda Tahun 2026 pada 22 Julai 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi. Program dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. Program turut diserikan dengan kehadiran YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS dan Tuan Arrifin bin Mohd Ghani, Pesuruhjaya Sukan. Terima kasih kepada semua pengunjung dan penggiat sukan yang hadir dalam memeriahkan Program Jelajah Rakan Muda. #TeamPJS #TeamKBS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama #JRM2026

PERHATIAN KEPADA SEMUA PERTUBUHAN BADAN SUKAN DI NEGERI SEMBILAN! 📢 Seminar ini dibawakan khas untuk memperkasakan tadbir ur
PERHATIAN KEPADA SEMUA PERTUBUHAN BADAN SUKAN DI NEGERI SEMBILAN! 📢 Seminar ini dibawakan khas untuk memperkasakan tadbir urus dan semangat kenegaraan dalam kalangan komuniti sukan kita. Keutamaan Khas diberikan kepada: - Pertubuhan Sukan yang masih menggunakan Perlembagaan Lama (sangat digalakkan hadir untuk panduan kemas kini!); dan - Pertubuhan Sukan yang Baru Berdaftar (jom fahami asas pengurusan dan pematuhan PJS!). Butiran seperti berikut: Tarikh: 25 Julai 2026 (Sabtu) Masa: 8.00 Pagi – 5.00 Petang Tempat: Ballroom Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban, Negeri Sembilan Cara Mendaftar: Sila sahkan kehadiran wakil pertubuhan anda melalui pautan ini https://forms.gle/P8D4uVGWhmuNyLBV7 atau hubungi urusetia di talian: 0389997955/7973/7980 untuk sebarang pertanyaan. Tempat adalah terhad! Daftar segera dan pastikan persatuan anda sentiasa di hadapan dalam pengurusan sukan yang cemerlang. Majulah sukan untuk negara. #TeamPJS #TeamKBS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama #SKMMNS

PROGRAM LIBAT URUS DAN SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) BERSAMA PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI SEMBILAN (PBNS) Pejabat Pesuruhjaya
+9
PROGRAM LIBAT URUS DAN SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) BERSAMA PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI SEMBILAN (PBNS) Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) telah melaksanakan Program Libat Urus dan Santai Bersama Pelanggan (SBP) bersama Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) pada 19 Julai 2026 bertempat di Wisma PBNS, Seremban, Negeri Sembilan. Tujuan sesi libat urus diadakan adalah untuk memberi pencerahan, panduan serta penyampaian maklumat yang lebih jelas dan berkesan kepada PBNS dan ahli gabungan berhubung keperluan pematuhan, pengurusan badan sukan serta tatacara pelaksanaan yang berkaitan selaras dengan peruntukan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576]. Terima kasih kepada semua badan gabungan PBNS yang hadir bagi mendapatkan pelbagai khidmat nasihat, tadbir urus badan sukan daripada pegawai PJS sepanjang program berlangsung. #TeamPJS #TeamKBS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama #PBNS

SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT NEGERI KEDAH SEMPENA PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026 Pejabat Pesuruhjaya Sukan
+4
SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT NEGERI KEDAH SEMPENA PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026 Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) telah melaksanakan Santai Bersama Pelanggan (SBP) Peringkat Negeri sempena Program MADANI Kita Tahun 2026 pada 17 Julai 2026 bertempat di Padang Awam Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah. Program ini diadakan bagi memberikan khidmat nasihat dan pandangan secara bersemuka kepada pimpinan badan sukan dan menggunakan medium program bagi menjalankan sesi urus tadbir badan sukan ke arah yang lebih baik. Turut hadir sama YBrs. Encik Arrifin bin Mohd Ghani, Pesuruhjaya Sukan. Terima kasih kepada semua badan sukan, penggiat sukan dan pengunjung yang hadir bagi mendapatkan pelbagai khidmat nasihat, tadbir urus badan sukan daripada pegawai PJS sepanjang program berlangsung. Jumpa kami di SBP seterusnya 👍🏻 #TeamPJS #TeamKBS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama #PMK2026

Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) telah melaksanakan Kursus Kepimpinan, Perancangan dan Pengurusan Strategik Badan Suk
+5
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) telah melaksanakan Kursus Kepimpinan, Perancangan dan Pengurusan Strategik Badan Sukan Kebangsaan Siri 2 (Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan 2026 – 2030) dengan jayanya pada 12 hingga 14 Julai 2026 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras Kuala Lumpur. Program ini diadakan antara lain adalah bertujuan untuk menerangkan perkara asas berkaitan pemikiran strategik, perancangan strategik dan pengurusan strategik, selain memberi kefahaman kepada badan sukan berkaitan konsep pembangunan pelan strategik. Kursus ini telah disertai oleh seramai 35 orang peserta dalam kalangan pemegang jawatan utama badan sukan daripada 18 badan sukan kebangsaan. Pejabat ini mengucapkan terima kasih kepada semua peserta di atas kerjasama dan komitmen yang tinggi diberikan sepanjang kursus berlangsung. #TeamKBS #TeamPJS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama

SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT NEGERI KEDAH SEMPENA PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026 Ayuh sertai kami dan temui
SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT NEGERI KEDAH SEMPENA PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026 Ayuh sertai kami dan temui team PJS di Santai Bersama Pelanggan (SBP) Peringkat Negeri Kedah sempena Program MADANI Kita Tahun 2026 pada: 🗓️ : 17 Julai 2026 (Jumaat) ⏰ : 8.00 pagi - 6.00 petang 📍 : Padang Awam Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah Pelbagai aktiviti dan pameran daripada agensi kerajaan serta kaunter khidmat nasihat yang disediakan untuk semua pengunjung yang hadir. Jumpa anda di sana. #TeamPJS #TeamKBS #PMK2026 #MalaysiaMadani #IhsanMADANI

PITAS, 12 Julai 2026 – Pejabat Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK) Bahagian Pantai
+4
PITAS, 12 Julai 2026 – Pejabat Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK) Bahagian Pantai Barat Utara dengan kerjasama Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah telah berjaya menganjurkan Bengkel Pendaftaran Kelab Sukan di Daerah Pitas. Program ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan tatacara pendaftaran kelab sukan serta memperkukuh kefahaman peserta mengenai pengurusan dan tadbir urus organisasi sukan yang berkesan selaras dengan kehendak Akta Pembangunan Sukan 1997. Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkasakan pembangunan sukan di peringkat akar umbi melalui kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan. Inisiatif ini bukan sahaja menggalakkan penubuhan lebih banyak badan sukan yang berdaftar, malah membantu meningkatkan kecekapan pentadbiran organisasi sukan. #TeamKBS #TeamPJS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama

Bukit Jalil 4 Julai 2026 – Pejabat Pesuruhjaya Sukan telah menganjurkan program bersama badan sukan.Sesi Libat Urus Townhall
+7
Bukit Jalil 4 Julai 2026 – Pejabat Pesuruhjaya Sukan telah menganjurkan program bersama badan sukan.Sesi Libat Urus Townhall PJS Bersama Badan Sukan ini telah dihadiri seramai 38 orang peserta yang mewakili 24 buah badan sukan. Selain memperkukuhkan peranan PJS sebagai sebuah agensi pemudah cara, fokus utama program ini adalah memberi pendedahan mengenai amalan tadbir urus dan pengurusan badan sukan yang berkesan ke arah melahirkan organisasi sukan yang lebih profesional, mampan dan berdaya saing. Pejabat Pesuruhjaya Sukan berharap sesi kali ini dapat meningkat pengetahuan kepada badan sukan dalam mengendalikan aduan pertikaian badan sukan dan sentiasa memastikan pentadbir badan sukan sentiasa mematuhi peruntukan undang-undang dan peraturan-peraturan sedia ada. #TeamKBS #TeamPJS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama

Kota Kinabalu, 4 Julai 2026 – PJS Rantau Sabah telah dijemput menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Boling Padang Nege
+4
Kota Kinabalu, 4 Julai 2026 – PJS Rantau Sabah telah dijemput menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Boling Padang Negeri Sabah yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Tingkat 2, Wisma Wanita. Sempena mesyuarat tersebut, PJS Rantau Sabah turut diberikan ruang untuk menyampaikan taklimat berkaitan Fungsi dan Peranan Pejabat PJS kepada barisan kepimpinan serta ahli-ahli persatuan yang hadir. Taklimat tersebut bertujuan meningkatkan kefahaman peserta mengenai tanggungjawab Pejabat Pesuruhjaya Sukan dalam mengawal selia badan-badan sukan berdaftar. PJS Rantau Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Boling Padang Negeri Sabah atas jemputan yang diberikan dan berharap jalinan kerjasama yang erat ini dapat diteruskan demi memperkukuh pembangunan serta tadbir urus sukan di Negeri Sabah.

KLINIK PENDAFTARAN BADAN SUKAN SIRI 2 TAHUN 2026 Kepada semua yang ingin mendaftarkan badan sukan di bawah Akta 576 dijemput
KLINIK PENDAFTARAN BADAN SUKAN SIRI 2 TAHUN 2026 Kepada semua yang ingin mendaftarkan badan sukan di bawah Akta 576 dijemput hadir, mendengar perkongsian dan bersoal jawab bersama pegawai PJS. Program akan diadakan seperti ketetapan berikut:- 🗓️ : 8 Julai 2026 (Rabu) ⏰ : 9.00 pagi - 1.00 tengahari 📍 : Secara Dalam Talian (Google Meet) Kelebihan yang menyertai kursus ini adalah: 📌 Meningkatkan pemahaman tentang tatacara pendaftaran badan sukan 📌 Memberi pendedahan mengenai permohonan pendaftaran secara dalam talian menggunakan sistem eROSA 📌 Memberi pendedahan mengenai tanggungjawab badan sukan yang berdaftar Ayuh rebut peluang keemasan ini dan mengimbas QR Code bagi mendaftar penyertaan!!! Sila klik pautan untuk pendaftaran: https://shorturl.at/GNdYi #TeamKBS #TeamPJS #KPBS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama

PEMAKLUMAN PENGECUALIAN FI LESEN PENGANJURAN ACARA SUKAN DI BAWAH AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997 [AKTA 576] Pengecualian fi lese
PEMAKLUMAN PENGECUALIAN FI LESEN PENGANJURAN ACARA SUKAN DI BAWAH AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997 [AKTA 576] Pengecualian fi lesen penganjuran bagi peringkat tempatan dan antarabangsa kepada syarikat dilanjutkan bermula 1 Julai 2026 sehingga 31 Disember 2026. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi pegawai Unit Pelesenan di talian 03-8999 7968/ 7961/ 7980 (PJS HQ) 088-764 232 (PJS Rantau Sabah) atau 082-237 451 (PJS Rantau Sarawak). #TeamPJS #TeamKBS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama

Sungai Petani, 30 Jun 2026 – Seramai 100 peserta yang mewakili pelbagai badan sukan di seluruh Negeri Kedah telah menghadiri
+8
Sungai Petani, 30 Jun 2026 – Seramai 100 peserta yang mewakili pelbagai badan sukan di seluruh Negeri Kedah telah menghadiri Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI Komuniti Pertubuhan Sukan Negeri Kedah yang berlangsung di Dewan Auditorium Farabi, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Seminar ini merupakan hasil kerjasama antara Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Akademi Kenegaraan Malaysia, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) Sungai Petani dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dalam usaha memperkukuh tadbir urus pertubuhan sukan serta menyemarakkan semangat kenegaraan berteraskan aspirasi Malaysia MADANI. Program ini memberi penekanan kepada pertubuhan sukan yang masih menggunakan perlembagaan lama serta pertubuhan sukan yang baharu berdaftar agar lebih memahami aspek pengurusan, pematuhan dan tadbir urus yang berkesan.

Beaufort, 28 Jun 2026 – Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Bahagian Pedalaman Bawah dengan ker
+4
Beaufort, 28 Jun 2026 – Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Bahagian Pedalaman Bawah dengan kerjasama Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah telah menganjurkan Bengkel Penubuhan Kelab Sukan di Arena Belia Pedalaman Bawah, Beaufort. Program tersebut berjaya menghimpunkan seramai 55 peserta yang mewakili pelbagai jenis sukan, antaranya sepak takraw, bola tampar, golf, silat, olahraga, bola sepak dan tinju. Taklimat mengenai Peranan Badan Sukan telah disampaikan oleh Puan Rosnani binti Oyoh, Penolong Pegawai Pesuruhjaya Sukan Kanan. Sementara itu, Puan Siti Zahreen binti Mohd Rosli telah menyampaikan taklimat berkaitan Tatacara Penubuhan Badan Sukan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai proses penubuhan dan pendaftaran kelab sukan. Penganjuran bengkel ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan peserta mengenai pengurusan badan sukan serta menggalakkan penubuhan lebih banyak kelab sukan yang berdaftar dan berdaya saing di Bahagian Pedalaman Bawah.

Arena Belia Tenom, 27 Jun 2026 - Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan
+7
Arena Belia Tenom, 27 Jun 2026 - Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Keningau dan Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Daerah Keningau telah selesai melaksanakan Program Santai Bersama Pelanggan di Daerah Tenom dengan jayanya. Penyertaan seramai 51 orang yang terdiri daripada badan sukan yang belum dan telah berdaftar menunjukkan bahawa masyarakat Daerah Tenom peka dengan pembangunan pelbagai sukan di daerah ini. Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah telah membuka kaunter bagi memberikan khidmat nasihat berkaitan Pendaftaran Badan Sukan, Penghantaran MYKB, Pindaan Perlembagaan dan Carian Maklumat serta fungsi dan peranan Pejabat Pesurujaya Sukan Rantau Sabah. #MalaysiaMADANI #IhsanMADANI #HarungiBersama

📢 PERHATIAN KEPADA SEMUA PERTUBUHAN BADAN SUKAN DI NEGERI KEDAH! 📢 Seminar ini dibawakan khas untuk memperkasakan tadbir ur
📢 PERHATIAN KEPADA SEMUA PERTUBUHAN BADAN SUKAN DI NEGERI KEDAH! 📢 Seminar ini dibawakan khas untuk memperkasakan tadbir urus dan semangat kenegaraan dalam kalangan komuniti sukan kita. Keutamaan Khas diberikan kepada: Pertubuhan Sukan yang masih menggunakan Perlembagaan Lama (sangat digalakkan hadir untuk panduan kemas kini) dan Pertubuhan Sukan yang Baru Berdaftar (jom fahami asas pengurusan dan pematuhan PJS!). Tarikh: 30 Jun 2026 (Selasa) Masa: 8.00 Pagi – 5.00 Petang Tempat: Dewan Auditorium Farabi, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah Sila sahkan kehadiran wakil pertubuhan anda melalui pautan ini https://forms.gle/8t4XjBaFsdyb9Z4VA atau hubungi urusetia di talian: 0389997956/7973/7954 untuk sebarang pertanyaan. Tempat adalah terhad! Daftar segera dan pastikan persatuan anda sentiasa di hadapan dalam pengurusan sukan yang cemerlang. Majulah sukan untuk negara. #TeamPJS #TeamKBS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama #SKMMKedah

23 Jun 2026, Bilik Seminar 1, Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Labuan-Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Bagi Pemegang Jawatan
+6
23 Jun 2026, Bilik Seminar 1, Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Labuan-Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Bagi Pemegang Jawatan Pertubuhan Sukan 2026. Seramai 72 orang peserta yang terdiri daripada Persatuan Sukan Peringkat Negeri dan Kelab yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Program ini bertujuan untuk menanam semangat patriotisme dan kenegaraan kepada rakyat Malaysia. Di dalam berorganisasi, badan sukan juga perlu peka kepada kestabilan negara dan perlu bertanggungjawab dalam memastikan negara kekal aman dan harmoni. Program ini juga sekaligus dapat membantu badan sukan di Labuan bagi mendapatkan info terkini daripada Pejabat PJS khususnya penganjuran acara sukan, mengurus tadbir urus badan sukan dengan penghantaran MYKB yang teratur dan sistematik serta pemahaman Perlembagaan Badan Sukan masing-masing. #TeamPJS #TeamKBS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama #SKMM