ar
Feedback
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia

Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia

الذهاب إلى القناة على Telegram
554
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-57 أيام
-230 أيام
أرشيف المشاركات
SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG SEMPENA PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026 Ayuh sertai kami da
SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG SEMPENA PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026 Ayuh sertai kami dan temui team PJS di Santai Bersama Pelanggan (SBP) Peringkat Negeri Pulau Pinang sempena Program MADANI Kita Tahun 2026 pada: 🗓️ : 29 Ogos 2026 (Sabtu) ⏰ : 8.00 pagi - 7.00 petang 📍 : UiTM Cawangan Permatang Pauh, Pulau Pinang Pelbagai aktiviti dan pameran daripada agensi kerajaan serta kaunter khidmat nasihat yang disediakan untuk semua pengunjung yang hadir. Jumpa anda di sana. #TeamPJS #TeamKBS #PMK2026 #MalaysiaMadani #IhsanMADANI

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW 1448H/ 2026M Seluruh Warga Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia mengucapkan Selamat Menyam
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW 1448H/ 2026M Seluruh Warga Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Bertemakan “MADANI Dihayati Ummah Diberkati”. Marilah kita bersama-sama menyambut dengan menghayati pengajaran dari kehidupan Baginda Rasulullah SAW. Semoga kita semua mendapat syafaat Baginda dengan mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan seharian. #TeamKBS #TeamPJS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama #MADANIDihayatiUmmahDiberkati

KOTA BHARU, 22 Ogos 2026 – Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) terus memperkukuh hubungan strategik bersama pemegang tar
+9
KOTA BHARU, 22 Ogos 2026 – Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) terus memperkukuh hubungan strategik bersama pemegang taruh menerusi Program Libat Urus Bersama Pemegang Taruh (Jabatan/NGO/Syarikat/Badan Sukan) dan Program Santai Bersama Pelanggan Negeri Kelantan yang telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Kota Bharu, Kelantan. Sepanjang program berlangsung, para peserta telah diberikan taklimat oleh pegawai-pegawai PJS berkaitan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576], aspek penganjuran acara sukan serta Kod Tadbir Urus Badan Sukan, berdasarkan peraturan dan pekeliling yang sedang berkuat kuasa. Seramai 115 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada pemegang jawatan utama badan sukan di peringkat negeri, daerah dan kelab di seluruh Negeri Kelantan. Diharapkan perkongsian ilmu dan pandangan yang diperoleh melalui sesi libat urus ini dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh pengurusan dan tadbir urus badan sukan.

Dewan Pusat Kemahiran Masyarakat, 22 Ogos 2026 - Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil
+8
Dewan Pusat Kemahiran Masyarakat, 22 Ogos 2026 - Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Menumbok telah selesai melaksanakan Program Santai Bersama Pelanggan di Daerah Kecil Menumbok dengan jayanya. Penyertaan seramai 60 orang yang terdiri daripada badan sukan yang belum dan telah berdaftar menunjukkan bahawa masyarakat Daerah Kecil Menumbok peka dengan pembangunan sukan di daerah kecil ini. Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah telah membantu dengan memberikan khidmat nasihat berkaitan Pendaftaran Badan Sukan, Penghantaran MYKB, Pindaan Perlembagaan dan Carian Maklumat serta fungsi dan peranan Pejabat Pesurujaya Sukan. Yang Berusaha Encik Fedrius bin Jumi, Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah telah merasmikan program tersebut sekaligus menerangkan fungsi dan peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan Akta Pembangunan Sukan 1997. Turut diselitkan aktiviti kecergasan yang telah dipimpin oleh Encik Ezzly Fadzly. #TeamPJS #TeamKBS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama

SESI LIBAT URUS BERSAMA PEMEGANG TARUH (JABATAN/ NGO/ SYARIKAT/ BADAN SUKAN) DAN PROGRAM SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERIN
SESI LIBAT URUS BERSAMA PEMEGANG TARUH (JABATAN/ NGO/ SYARIKAT/ BADAN SUKAN) DAN PROGRAM SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT NEGERI KELANTAN Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) akan menganjurkan Sesi Libat Urus Bersama Pemegang Taruh (Jabatan/ NGO/ Syarikat/ Badan Sukan) dan Program SBP Peringkat Negeri Kelantan pada: 🗓️ : 22 Ogos 2026 (Sabtu) ⏰ : 9.00 pagi - 4.30 petang 📍 : Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan Antara pengisian program: 📌Tatacara permohonan pendaftaran badan sukan; 📌Pematuhan terhadap peraturan dan garis panduan yang berkuat kuasa; 📌Urusan Pelesenan; 📌Pengurusan kewangan badan sukan; dan 📌Isu-isu semasa yang berkaitan. Ayuh daftar dan membuat pengesahan kehadiran dengan mengimbas kod QR pada poster atau melalui pautan https://forms.gle/fXrbWcxJuapfVZFA8 #TeamPJS #TeamKBS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama

Sandakan, 16 Ogos 2026 – Program Pemurnian Perlembagaan Badan Sukan Peringkat Sandakan, Negeri Sabah telah diadakan di ADTEC
+8
Sandakan, 16 Ogos 2026 – Program Pemurnian Perlembagaan Badan Sukan Peringkat Sandakan, Negeri Sabah telah diadakan di ADTEC JTM Kampus Sandakan anjuran Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Program ini bertujuan menyemak dan memurnikan perlembagaan badan sukan supaya selaras dengan kehendak Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) serta peraturan-peraturan yang berkaitan khususnya kepada badan-badan sukan yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Seramai 107 orang telah menghadiri program ini yang melibatkan wakil-wakil badan sukan peringkat negeri, daerah dan kelab di Negeri Sabah. Sebanyak 14 buah badan sukan turut menerima Sijil Perakuan Pendaftaran. Program ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Encik Mohd Shafiq bin Mohd Khan, Ketua Penolong Pesuruhjaya Sukan (Pendaftaran). #TeamPJS #TeamKBS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama #SKMM

SESI LIBAT URUS BERSAMA PEMEGANG TARUH (JABATAN/ NGO/ SYARIKAT/ BADAN SUKAN) DAN PROGRAM SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERIN
SESI LIBAT URUS BERSAMA PEMEGANG TARUH (JABATAN/ NGO/ SYARIKAT/ BADAN SUKAN) DAN PROGRAM SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT NEGERI KELANTAN Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) akan menganjurkan Sesi Libat Urus Bersama Pemegang Taruh (Jabatan/ NGO/ Syarikat/ Badan Sukan) dan Program SBP Peringkat Negeri Kelantan pada: 🗓️ : 22 Ogos 2026 (Sabtu) ⏰ : 9.00 pagi - 4.30 petang 📍 : Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan Antara pengisian program: 📌Tatacara permohonan pendaftaran badan sukan; 📌Pematuhan terhadap peraturan dan garis panduan yang berkuat kuasa; 📌Urusan Pelesenan; 📌Pengurusan kewangan badan sukan; dan 📌Isu-isu semasa yang berkaitan. Ayuh daftar dan membuat pengesahan kehadiran dengan mengimbas kod QR pada poster atau melalui pautan https://forms.gle/fXrbWcxJuapfVZFA8 #TeamPJS #TeamKBS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama

10 Ogos 2026 – Program Pembangunan Pelan Strategik Badan Sukan Kebangsaan Siri 1 telah dilaksanakan oleh Pejabat Pesuruhjaya
+8
10 Ogos 2026 – Program Pembangunan Pelan Strategik Badan Sukan Kebangsaan Siri 1 telah dilaksanakan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) pada 8 hingga 10 Ogos 2026 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur dengan kehadiran seramai 31 orang peserta yang mewakil 21 badan sukan kebangsaan. Program ini dianjurkan bagi memperkukuh pemahaman badan sukan terhadap aspek pemikiran, perancangan dan pengurusan strategik, di samping memberi pendedahan menyeluruh berkaitan konsep pembangunan pelan strategik yang berkesan. Sesi pengisian program telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arsyad, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM), bersama barisan fasilitator profesional daripada universiti tersebut. PJS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung, sekali gus menyumbang kepada kejayaan penganjuran program ini.

Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia bersama Rakan Strategik, Unit Audit Dalam (UAD) KBS serta Jabatan Belia dan Sukan Negara (
+3
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia bersama Rakan Strategik, Unit Audit Dalam (UAD) KBS serta Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah berkolaborasi dalam pelaksanaan Kursus Pengurusan Kewangan Badan Sukan Siri 1/ 2026 pada 8 Ogos 2026 bertempat di Majlis Sukan Negara, KL. Program ini yang bermatlamat untuk memperkukuhkan amalan tatakelola dan mengurangkan ketirisan dalam pengurusan kewangan badan sukan di Malaysia. Kandungan program ini merangkumi tajuk Memahami Perlembagaan Badan Sukan, Peranan Bendahari Dalam Pengurusan Kewangan Badan Sukan, Pengauditan Dalaman Badan Sukan dan Pemberian Dana Awam KBS. Secara keseluruhannya ia menyentuh isu-isu amalan tadbir urus dalam pengurusan kewangan badan sukan dan peranan tatakelola dalam membantu badan sukan ditadbir secara professional dan berintegriti. #TeamPJS #TeamKBS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama

SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA SEMPENA PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026 Pejabat P
+8
SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA SEMPENA PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026 Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) telah melaksanakan Santai Bersama Pelanggan (SBP) Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya sempena Program MADANI Kita Tahun 2026 pada 1 Ogos 2026 bertempat di Kompleks Kejiranan, Presint 11, Putrajaya. Program ini diadakan bagi memberikan khidmat nasihat dan pandangan secara bersemuka kepada pimpinan badan sukan dan menggunakan medium program bagi menjalankan sesi urus tadbir badan sukan ke arah yang lebih baik. Terima kasih kepada semua badan sukan, penggiat sukan dan pengunjung yang hadir bagi mendapatkan pelbagai khidmat nasihat, tadbir urus badan sukan daripada pegawai PJS sepanjang program berlangsung. Jumpa kami di SBP seterusnya 👍🏻 #TeamPJS #TeamKBS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama #PMK2026

TAWAU, 1 Ogos 2026 – Persatuan Sepak Takraw Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah telah mengan
+4
TAWAU, 1 Ogos 2026 – Persatuan Sepak Takraw Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah telah menganjurkan Bengkel Penubuhan Kelab Sukan Sepak Takraw di Kompleks Sukan Tawau, Sabah. Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai proses penubuhan kelab sukan yang berdaftar serta peranan badan sukan dalam memperkasakan pembangunan sukan di peringkat negeri. Selain penyertaan daripada komuniti sepak takraw, program ini turut disertai oleh wakil daripada kumpulan sukan lain seperti dart, pickleball dan golf. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs Ir. Azwan bin Abdullah,Presiden Persatuan Sepak Takraw Daerah Tawau merangkap Timbalan Presiden,Persatuan Sepak Takraw Negeri Sabah. Kerjasama strategik antara Persatuan Sepak Takraw Negeri Sabah dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah ini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuh pembangunan sukan serta meningkatkan penubuhan kelab-kelab sukan yang berdaya saing di seluruh negeri Sabah.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & APRESIASI TAHUN 2026 30 Julai 2026, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) - Seluruh
+3
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & APRESIASI TAHUN 2026 30 Julai 2026, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) - Seluruh Warga PJS merakamkan ucapan tahniah kepada kakitangan PJS yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 dan Pesara Tahun 2026 pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Apresiasi Tahun 2026. Majlis juga telah disempurnakan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir bersama Puan Mohsinar binti Abdul Malek, Timbalan Pesuruhjaya Sukan. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025: 1. Encik Azizi bin Yahaman 2. Encik Mohd Shazali bin Mohd Salleh 3. Puan Norhaslina binti Hashim 4. Puan Siti Suaidah binti Mohd Suki Pesara Tahun 2026: 1. Encik Norsihan bin Hamam “Semoga Terus Melakar Kecemerlangan dan Selamat Bersara” #TeamKBS #TeamPJS #APC2025 #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama

29 Julai 2026 – Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) telah menerima lawatan rasmi daripada pegawai Pejabat YB Timbalan Me
+5
29 Julai 2026 – Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) telah menerima lawatan rasmi daripada pegawai Pejabat YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan sebagai sebahagian daripada siri lawatan ke agensi dan jabatan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Lawatan tersebut diketuai oleh En. Azfar Faruqi bin Mohamad Idris, Pegawai Khas kepada YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir ialah En. Khaleeq Shahzada Manja, Pegawai Khas (Media) YB Belia dan Sukan, serta para pelajar tahun akhir daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan penerangan serta maklumat berkaitan fungsi dan peranan PJS, khususnya dalam aspek penguatkuasaan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576]. PJS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kunjungan tersebut, dan berharap segala maklumat yang dikongsikan dapat disebarluaskan kepada kumpulan sasar di peringkatakar umbi. #TeamPJS #TeamKBS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI

Putatan, 25 Julai 2026 – Program Sesi Libat Urus Pemahaman Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) dan Peraturan-Peraturan Pem
+6
Putatan, 25 Julai 2026 – Program Sesi Libat Urus Pemahaman Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) dan Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan – Zon Sabah dan Labuan telah diadakan di Bilik Lok Saga 1, Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah anjuran Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah. Program ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan kefahaman peserta mengenai Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) dan Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan, khususnya kepada badan-badan sukan yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Seramai 50 orang telah menghadiri program ini yang melibatkan wakil-wakil badan sukan peringkat negeri dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, di samping penyertaan daripada badan sukan peringkat daerah serta kelab-kelab sukan di Negeri Sabah. #TeamPJS #TeamKBS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama

SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA SEMPENA PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026 Ayuh sert
SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA SEMPENA PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026 Ayuh sertai kami dan temui team PJS di Santai Bersama Pelanggan (SBP) Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya sempena Program MADANI Kita Tahun 2026 pada: 🗓️ : 1 Ogos 2026 (Sabtu) ⏰ : 9.00 pagi - 2.00 petang 📍 : Kompleks Kejiranan, Presint 11, Putrajaya Pelbagai aktiviti dan pameran daripada agensi kerajaan serta kaunter khidmat nasihat yang disediakan untuk semua pengunjung yang hadir. Jumpa anda di sana. #TeamPJS #TeamKBS #PMK2026 #MalaysiaMadani #IhsanMADANI

SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN SEMPENA JELAJAH RAKAN MUDA TAHUN 2026 Pejabat Pesuruhjaya Sukan Mala
+7
SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN SEMPENA JELAJAH RAKAN MUDA TAHUN 2026 Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) telah melaksanakan Santai Bersama Pelanggan (SBP) Peringkat Negeri Sembilan sempena Jelajah Rakan Muda Tahun 2026 pada 22 Julai 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi. Program dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. Program turut diserikan dengan kehadiran YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS dan Tuan Arrifin bin Mohd Ghani, Pesuruhjaya Sukan. Terima kasih kepada semua pengunjung dan penggiat sukan yang hadir dalam memeriahkan Program Jelajah Rakan Muda. #TeamPJS #TeamKBS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama #JRM2026

PERHATIAN KEPADA SEMUA PERTUBUHAN BADAN SUKAN DI NEGERI SEMBILAN! 📢 Seminar ini dibawakan khas untuk memperkasakan tadbir ur
PERHATIAN KEPADA SEMUA PERTUBUHAN BADAN SUKAN DI NEGERI SEMBILAN! 📢 Seminar ini dibawakan khas untuk memperkasakan tadbir urus dan semangat kenegaraan dalam kalangan komuniti sukan kita. Keutamaan Khas diberikan kepada: - Pertubuhan Sukan yang masih menggunakan Perlembagaan Lama (sangat digalakkan hadir untuk panduan kemas kini!); dan - Pertubuhan Sukan yang Baru Berdaftar (jom fahami asas pengurusan dan pematuhan PJS!). Butiran seperti berikut: Tarikh: 25 Julai 2026 (Sabtu) Masa: 8.00 Pagi – 5.00 Petang Tempat: Ballroom Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban, Negeri Sembilan Cara Mendaftar: Sila sahkan kehadiran wakil pertubuhan anda melalui pautan ini https://forms.gle/P8D4uVGWhmuNyLBV7 atau hubungi urusetia di talian: 0389997955/7973/7980 untuk sebarang pertanyaan. Tempat adalah terhad! Daftar segera dan pastikan persatuan anda sentiasa di hadapan dalam pengurusan sukan yang cemerlang. Majulah sukan untuk negara. #TeamPJS #TeamKBS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama #SKMMNS

PROGRAM LIBAT URUS DAN SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) BERSAMA PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI SEMBILAN (PBNS) Pejabat Pesuruhjaya
+9
PROGRAM LIBAT URUS DAN SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) BERSAMA PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI SEMBILAN (PBNS) Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) telah melaksanakan Program Libat Urus dan Santai Bersama Pelanggan (SBP) bersama Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) pada 19 Julai 2026 bertempat di Wisma PBNS, Seremban, Negeri Sembilan. Tujuan sesi libat urus diadakan adalah untuk memberi pencerahan, panduan serta penyampaian maklumat yang lebih jelas dan berkesan kepada PBNS dan ahli gabungan berhubung keperluan pematuhan, pengurusan badan sukan serta tatacara pelaksanaan yang berkaitan selaras dengan peruntukan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576]. Terima kasih kepada semua badan gabungan PBNS yang hadir bagi mendapatkan pelbagai khidmat nasihat, tadbir urus badan sukan daripada pegawai PJS sepanjang program berlangsung. #TeamPJS #TeamKBS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama #PBNS

SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT NEGERI KEDAH SEMPENA PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026 Pejabat Pesuruhjaya Sukan
+4
SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PERINGKAT NEGERI KEDAH SEMPENA PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026 Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) telah melaksanakan Santai Bersama Pelanggan (SBP) Peringkat Negeri sempena Program MADANI Kita Tahun 2026 pada 17 Julai 2026 bertempat di Padang Awam Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah. Program ini diadakan bagi memberikan khidmat nasihat dan pandangan secara bersemuka kepada pimpinan badan sukan dan menggunakan medium program bagi menjalankan sesi urus tadbir badan sukan ke arah yang lebih baik. Turut hadir sama YBrs. Encik Arrifin bin Mohd Ghani, Pesuruhjaya Sukan. Terima kasih kepada semua badan sukan, penggiat sukan dan pengunjung yang hadir bagi mendapatkan pelbagai khidmat nasihat, tadbir urus badan sukan daripada pegawai PJS sepanjang program berlangsung. Jumpa kami di SBP seterusnya 👍🏻 #TeamPJS #TeamKBS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama #PMK2026

Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) telah melaksanakan Kursus Kepimpinan, Perancangan dan Pengurusan Strategik Badan Suk
+5
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) telah melaksanakan Kursus Kepimpinan, Perancangan dan Pengurusan Strategik Badan Sukan Kebangsaan Siri 2 (Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan 2026 – 2030) dengan jayanya pada 12 hingga 14 Julai 2026 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras Kuala Lumpur. Program ini diadakan antara lain adalah bertujuan untuk menerangkan perkara asas berkaitan pemikiran strategik, perancangan strategik dan pengurusan strategik, selain memberi kefahaman kepada badan sukan berkaitan konsep pembangunan pelan strategik. Kursus ini telah disertai oleh seramai 35 orang peserta dalam kalangan pemegang jawatan utama badan sukan daripada 18 badan sukan kebangsaan. Pejabat ini mengucapkan terima kasih kepada semua peserta di atas kerjasama dan komitmen yang tinggi diberikan sepanjang kursus berlangsung. #TeamKBS #TeamPJS #MalaysiaMadani #IhsanMADANI #HarungiBersama