POSITIVE CIRCLE
前往频道在 Telegram
Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF
显示更多829
订阅者
无数据24 小时
+37 天
+430 天
帖子存档
Jika diminta untuk bercakap di hadapan, pasti ramai yang membuat keputusan untuk tidak keluar bercakap. Fobia katanya.
Macam-macam perasaan yang muncul di kepala. Akhirnya terus terasa takut, gementar dan cemas.
Semua ini adalah reaksi normal. Namun harus diuruskan dengan baik. Di samping dibantu dengan teknik dan tools yang betul untuk mula bercakap.
Ia memerlukan teknik, latihan dan alat yang betul untuk bermula. Dan berakhir dengan bergaya.
Ini lah antara yang kami lakukan selama dua hari dalam TOT COVITS69. Fobia untuk bercakap dan beraktiviti kami cuba uruskan agar ia membina persepsi baharu.
#kongsipositif
#covits69
Dalam suasana tidak menentu sekarang ini, ramai yang nak membantu. Tetapi, mungkin tidak jelas cara dan kemahiran yang betul.
Jom, Teknik B.A.N.T.U ini mungkin berguna untuk membantu meredakan emosi orang lain.
B - Beri perhatian
Gunakan konsep mendengar dengan aktif. Dengar apa yang dikongsikan, lihat ekspresi wajah serta tingkahlaku dan cuba empati dengan apa yang disampaikan
A - Angguk
Ini dinamakan sebagai dorongan minima. Kemahiran ini membantu seseorang untuk selesa dan terus berkongsi serta rasa didengari. Angguk kan kepala perlahan-lahan sambil menjaga kontak mata kepadanya.
N - Neutral
Jangan cepat menghukum atau membuat kesimpulan kepada apa yang difahami. Dengar sehingga habis dan dapatkan penjelasan lanjut. Tidak memihak di mana-mana pihak.
T - Tenangkan diri
Jangan cepat untuk memberi respon atau memintas percakapan orang. Tenang sahaja analisis ceritanya. Kadang-kadang orang hanya ingin meluahkan sahaja dan mereka sudahpun mempunyai solusi sendiri
U - Ulang kembali
Ini dinamakan juga sebagai parafrasa. Cuba ulang balik apa yang disebut dalam ayat yang pendek dan tepat. Ini menunjukkan kita sedang fokus dan memahami.
Cubalah!
InsyaAllah. Mungkin Teknik B.A.N.T.U ini dapat membantu anda menjadi pendengar yang lebih baik dan lebih ramai yang dapat dibantu dengan berkesan.
Cubahlah amalkan dan rasakan perubahannya.
#kongsipositif
#positivecircle21
"Biarlah perlahan dan sedikit-sedikit, namun yang penting adalah konsisten. Untuk konsisten perlukan disiplin. Disiplin boleh dilatih dengan rutin...."
#kongsipositif
Tahukah anda, LUPA adalah satu anugerah Allah kepada kita dalam pengurusan stres.
Jom dengar ni.
https://vt.tiktok.com/ZSLPHGSS7/
#kongsipositif
#positivecircle21
Jom bantu dengan cara EFEKTIK;
https://vt.tiktok.com/ZSLysymaQ/
#kongsipositif
#positivecircle21
Punca gagal UPU online.
Ini sebabnya. Bantu pelajar kita buat pemilihan yang tepat
https://vt.tiktok.com/ZSLU7PPyw/
#kongsipositif
Tak ada bahan beraktiviti?
Kami sediakan bahannya...
Tak tahu nak guna?
Kami sediakan buku panduannya...
Tak yakin nak aplikasi?
Kami sediakan juga program TOT...
Nak belajar buat inovasi juga?
Kami sedia bantu sampai jadi...
Erm.... Tak pe la dulu....
Maaf... Kami susah nak bantu bagi yang tak mahu ambil tahu....
#kongsipositif
Jom buat rayuan UPU Online:
https://vt.tiktok.com/ZSLUpyYFa/
#kongsipositif
#positivecircle21
Bagaimana cara kita berkomunikasi?
https://vt.tiktok.com/ZSLSEW4ax/
#kongsipositif
#positivecircle21
Tip Berjaya - 3D
Apa itu 3D?
Jom tengok ni ;
https://vt.tiktok.com/ZSLSnDdp4/
#kongsipositif
#positivecircle21
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera…
*WEBINAR PSIKOLOGI 6/2023: _LISTEN WITH YOUR HEART, YOU WILL UNDERSTAND_*
Tarikh : 20 Jun 2023 (Selasa)
Masa : 9.30 - 11.30 pagi
Kaedah : Facebook Live
Pautan : https://www.facebook.com/psikologipsukn9
(Info Psikologi)
Jom ajak kawan ramai-ramai dengar Webinar Psikologi Siri 6/2023: _Listen With Your Heart, You Will Understand_
Terima kasih.
*UNIT PSIKOLOGI*
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
06-765 9564/02078
