ch
Feedback
POSITIVE CIRCLE

POSITIVE CIRCLE

前往频道在 Telegram

Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF

显示更多
828
订阅者
+124 小时
+17
+530
帖子存档
photo content

photo content

Damai... Cubalah memerhati Bantu akal menaakuli Hati untuk lebih memahami Agar kehidupan lebih bererti Kita ini bukan siapa-s
Damai... Cubalah memerhati Bantu akal menaakuli Hati untuk lebih memahami Agar kehidupan lebih bererti Kita ini bukan siapa-siapa Kita hanyalah seorang hamba Khalifah yang diutus oleh-NYA Memakmurkan dunia Damai.... #kongsipositif #positivecircle21

"Hidup ini sangat singkat saudaraku. Percayalah, kita akan menyesali perbuatan membuang masa kerana tanggungjawab kita lebih
"Hidup ini sangat singkat saudaraku. Percayalah, kita akan menyesali perbuatan membuang masa kerana tanggungjawab kita lebih banyak dari masa yang kita ada....” #kongsipositif #positivecircle21

Kenapa pelangi cantik dan pancarannya sentiasa ditunggu? Pasti kerana tujuh warnanya yang berbeza. Berbeza warna yang mencant
Kenapa pelangi cantik dan pancarannya sentiasa ditunggu? Pasti kerana tujuh warnanya yang berbeza. Berbeza warna yang mencantikkan? Ya! Cuba bayangkan pelangi tanpa beza warna? ... Begitulah juga hakikat kehidupan. Perbezaan itu menjadikan hidup kita indah. Lebih meriah. Beza pendapat, umur, citarasa, tempat, matlamat, personaliti, dan gaya hidup membuatkan kita semua saling melengkapi. Lebih memahami. Konflik yang berlaku hasil daripada perbezaan ini sebenarnya adalah satu bentuk warna-warni kehidupan. Begitulah aturan-NYA. Carilah titik keindahan tersebut. Maka hidup pastinya lebih bermakna. Hidup tak lama untuk banyak sengketa. Banyak bermasam muka. Ciptalah bahagia. Pelangi petang. #positivecircle21 #kongsipositif

photo content

photo content

photo content

*7 TIP COVIDS* COVIDS masih menghantui kehidupan kita. Sudah bertahun lamanya. Jika ia tidak diurus dengan baik, maka beri ke
*7 TIP COVIDS* COVIDS masih menghantui kehidupan kita. Sudah bertahun lamanya. Jika ia tidak diurus dengan baik, maka beri kesan besar kepada kehidupan kita. Jom amalkan *7 TIP COVIDS* untuk jadikan hidup kita lebih baik. Dengan langkah proaktif akan mengubah kehidupan kita menjadi lebih produktif dan berkualiti. InsyaAllah. Hasbullah Mustafa Kaunselor, PMM #kongsipositif #positivecircle21

Kelak kita tiada, Yang tinggal hanya nama, Barangkali dengan jasa, Jauh sekali kata-kata cela. Kelak kita tiada, Tinggal sega
Kelak kita tiada, Yang tinggal hanya nama, Barangkali dengan jasa, Jauh sekali kata-kata cela. Kelak kita tiada, Tinggal segalanya, Yang dibawa dosa pahala, Dihitung Yang Maha Kuasa. Kelak kita tiada, Apa sudah sedia? Dengan amal semua, Yang wajib sunnat segala. Kelak kita tiada, Perginya bila-bila masa, Tanpa kenal usia, Mengadap Sang Pencipta. Kelak kita tiada. Moga berkumpul di sana, Dimasukkan ke Syurga, Nikmat selamanya. #kongsipositif #positivecircle21

"Sesiapa yang ingin mencontohi seseorang, maka ambillah contoh daripada mereka yang telah mati. Kerana orang yang hidup masih
"Sesiapa yang ingin mencontohi seseorang, maka ambillah contoh daripada mereka yang telah mati. Kerana orang yang hidup masih belum terjamin kesudahan hidupnya...." ~ Kata-kata Salaf #kongsipositif #positivecircle21

photo content

Pemakaian suatu perkara yang sangat penting. Ia mampu memberikan keyakinan dan menyerlahkan aura seseorang. Dengan memakai apa yang kita selesa dan sesuai dengan diri adalah faktor yang sangat penting. Dalam masa sama, harus mematuhi nilai agama dan budaya. Cara pemakaian juga boleh dikaitkan dengan personaliti seseorang. Dari segi pemilihan warna, corak, fesyen dan cara penggayaan memberikan maklumbalas tentang siapa kita sebenarnya. Faktor usia merupakan suatu perkara yang sering menjadi ketakutan untuk berfesyen. Namun, jika sesorang itu bijak mengenakan fesyen yang bersesuaian, pastinya karisma dapat ditonjolkan. Kepribadian dan keanggunan diri lebih terserlah. Tambahan pula, setiap orang boleh bergaya hebat tetapi perlu diingat, perkara paling penting adalah untuk kita bergaya bagi diri sendiri bukan orang lain. Gaya adalah sesuatu yang peribadi. Tiada siapa yang sepatutnya memberitahu kita cara untuk berpakaian. Kita punya citarasa. Selagi mana ianya tidak bercanggah dengan mana-mana hukum dan nilai. Jika kita rasa cukup yakin untuk menggayakan sesuatu pakaian, teruskan niat itu dan bereksperimen dengan fesyen. Kematangan dalam berpakaian akan dapat ditingkatkan. Cubalah kenalpasti pakaian mana yang kita selesa dan mampu menaikkan kredibiliti kita apabila berhadapan dengan khalayak. #kongsipositif #positivecircle21 #emceekonvo

Moga menjadi amalan kita dan dimakbulkan oleh Allah SWT. #kongsipositif
Moga menjadi amalan kita dan dimakbulkan oleh Allah SWT. #kongsipositif

#kongsipositif #positivecircle21
#kongsipositif #positivecircle21

4T - TIP EMCEE 1. TEKS Penulisan teks perlu jelas, laras bahasa yang betul dan disemak banyak kali. Teks emcee tak kan pernah
4T - TIP EMCEE 1. TEKS Penulisan teks perlu jelas, laras bahasa yang betul dan disemak banyak kali. Teks emcee tak kan pernah "bersih". Minimakan perubahan saat-saat akhir. 2. TANYA Rajin bertanya kepada Floor Manager (FM) tentang perjalanan majlis. FM adalah orang yang tepat untuk dirujuk dan memberi arahan. Jangan berat mulut untuk bertanya jika tidak pasti. 3. TEGURAN Berlapang dada untuk menerima teguran jika berlaku kesilapan. Dengan kesilapan membuatkan kita akan lebih matang dan bijak kemudian hari untuk kendalikan majlis. 4. TENANG Kawal emosi sendiri agar tidak mengganggu semasa pengacaraan berlangsung. Jangan sabotaj diri sendiri dengan emosi yang tidak berjaya diuruskan dengan baik. Gemuruh, takut dan risau itu emosi normal. Perlu tahu menguruskannya. Bila tenang pasti senang. Hasbullah Mustafa Emcee Sidang 2,4&5 #positivecircle21 #kongsipositif #emceekonvo

photo content

Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Buk
Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim) #kongsipositif #positivecircle21

CHOICES / PILIHAN Hidup ini berkisar tentang pilihan. Cabaran mulai timbul apabila harus membuat keputusan. Keputusan perlu didasari oleh ilmu pengetahuan. Jika diperhatikan, banyak perkara Allah SWT jadikan di muka bumi ini berpasangan. Itu sebahagian tanda kita ada pilihan. Bertanggungjawablah dengan setiap keputusan yang sudah diputuskan. Sekarang adalah masa untuk mengambil tindakan. CHANCES / PELUANG Peluang boleh muncul dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Namun, ianya tidak selalu datang. Dan tidak pula sentiasa menunggu kita. Baiknya ambilah peluang, lebih baik ciptalah peluang. Jika mampu. Agar hidup lebih tenang. CHANGES / PERUBAHAN Sesuatu yang hidup pasti akan berubah. Namun perubahan adalah satu perkara yang tidak nyaman. Ramai yang berterusan selesa dengan apa yang ada. Sehinggakan tidak mahu lagi berubah. Walaupun mampu mendapat atau membuat perkara yang lebih baik. Dan akhirnya seseorang itu terpaksa berubah apabila orang lain membuat keputusan untuknya. Lihatlah. Kita di tahap mana sekarang ini. #kongsipositif #positivecircle21

photo content