POSITIVE CIRCLE
الذهاب إلى القناة على Telegram
Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF
إظهار المزيد828
المشتركون
+124 ساعات
+17 أيام
+530 أيام
أرشيف المشاركات
Damai...
Cubalah memerhati
Bantu akal menaakuli
Hati untuk lebih memahami
Agar kehidupan lebih bererti
Kita ini bukan siapa-siapa
Kita hanyalah seorang hamba
Khalifah yang diutus oleh-NYA
Memakmurkan dunia
Damai....
#kongsipositif
#positivecircle21
"Hidup ini sangat singkat saudaraku. Percayalah, kita akan menyesali perbuatan membuang masa kerana tanggungjawab kita lebih banyak dari masa yang kita ada....”
#kongsipositif
#positivecircle21
Kenapa pelangi cantik dan pancarannya sentiasa ditunggu?
Pasti kerana tujuh warnanya yang berbeza.
Berbeza warna yang mencantikkan?
Ya!
Cuba bayangkan pelangi tanpa beza warna?
...
Begitulah juga hakikat kehidupan. Perbezaan itu menjadikan hidup kita indah. Lebih meriah.
Beza pendapat, umur, citarasa, tempat, matlamat, personaliti, dan gaya hidup membuatkan kita semua saling melengkapi. Lebih memahami.
Konflik yang berlaku hasil daripada perbezaan ini sebenarnya adalah satu bentuk warna-warni kehidupan. Begitulah aturan-NYA.
Carilah titik keindahan tersebut. Maka hidup pastinya lebih bermakna. Hidup tak lama untuk banyak sengketa. Banyak bermasam muka. Ciptalah bahagia.
Pelangi petang.
#positivecircle21
#kongsipositif
*7 TIP COVIDS*
COVIDS masih menghantui kehidupan kita. Sudah bertahun lamanya.
Jika ia tidak diurus dengan baik, maka beri kesan besar kepada kehidupan kita.
Jom amalkan *7 TIP COVIDS* untuk jadikan hidup kita lebih baik.
Dengan langkah proaktif akan mengubah kehidupan kita menjadi lebih produktif dan berkualiti.
InsyaAllah.
Hasbullah Mustafa
Kaunselor, PMM
#kongsipositif
#positivecircle21
Kelak kita tiada,
Yang tinggal hanya nama,
Barangkali dengan jasa,
Jauh sekali kata-kata cela.
Kelak kita tiada,
Tinggal segalanya,
Yang dibawa dosa pahala,
Dihitung Yang Maha Kuasa.
Kelak kita tiada,
Apa sudah sedia?
Dengan amal semua,
Yang wajib sunnat segala.
Kelak kita tiada,
Perginya bila-bila masa,
Tanpa kenal usia,
Mengadap Sang Pencipta.
Kelak kita tiada.
Moga berkumpul di sana,
Dimasukkan ke Syurga,
Nikmat selamanya.
#kongsipositif
#positivecircle21
"Sesiapa yang ingin mencontohi seseorang, maka ambillah contoh daripada mereka yang telah mati. Kerana orang yang hidup masih belum terjamin kesudahan hidupnya...."
~ Kata-kata Salaf
#kongsipositif
#positivecircle21
Pemakaian suatu perkara yang sangat penting. Ia mampu memberikan keyakinan dan menyerlahkan aura seseorang.
Dengan memakai apa yang kita selesa dan sesuai dengan diri adalah faktor yang sangat penting. Dalam masa sama, harus mematuhi nilai agama dan budaya.
Cara pemakaian juga boleh dikaitkan dengan personaliti seseorang. Dari segi pemilihan warna, corak, fesyen dan cara penggayaan memberikan maklumbalas tentang siapa kita sebenarnya.
Faktor usia merupakan suatu perkara yang sering menjadi ketakutan untuk berfesyen. Namun, jika sesorang itu bijak mengenakan fesyen yang bersesuaian, pastinya karisma dapat ditonjolkan. Kepribadian dan keanggunan diri lebih terserlah.
Tambahan pula, setiap orang boleh bergaya hebat tetapi perlu diingat, perkara paling penting adalah untuk kita bergaya bagi diri sendiri bukan orang lain.
Gaya adalah sesuatu yang peribadi. Tiada siapa yang sepatutnya memberitahu kita cara untuk berpakaian. Kita punya citarasa. Selagi mana ianya tidak bercanggah dengan mana-mana hukum dan nilai.
Jika kita rasa cukup yakin untuk menggayakan sesuatu pakaian, teruskan niat itu dan bereksperimen dengan fesyen. Kematangan dalam berpakaian akan dapat ditingkatkan.
Cubalah kenalpasti pakaian mana yang kita selesa dan mampu menaikkan kredibiliti kita apabila berhadapan dengan khalayak.
#kongsipositif
#positivecircle21
#emceekonvo
4T - TIP EMCEE
1. TEKS
Penulisan teks perlu jelas, laras bahasa yang betul dan disemak banyak kali. Teks emcee tak kan pernah "bersih". Minimakan perubahan saat-saat akhir.
2. TANYA
Rajin bertanya kepada Floor Manager (FM) tentang perjalanan majlis. FM adalah orang yang tepat untuk dirujuk dan memberi arahan. Jangan berat mulut untuk bertanya jika tidak pasti.
3. TEGURAN
Berlapang dada untuk menerima teguran jika berlaku kesilapan. Dengan kesilapan membuatkan kita akan lebih matang dan bijak kemudian hari untuk kendalikan majlis.
4. TENANG
Kawal emosi sendiri agar tidak mengganggu semasa pengacaraan berlangsung. Jangan sabotaj diri sendiri dengan emosi yang tidak berjaya diuruskan dengan baik. Gemuruh, takut dan risau itu emosi normal. Perlu tahu menguruskannya. Bila tenang pasti senang.
Hasbullah Mustafa
Emcee Sidang 2,4&5
#positivecircle21
#kongsipositif
#emceekonvo
Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
#kongsipositif
#positivecircle21
CHOICES / PILIHAN
Hidup ini berkisar tentang pilihan. Cabaran mulai timbul apabila harus membuat keputusan. Keputusan perlu didasari oleh ilmu pengetahuan. Jika diperhatikan, banyak perkara Allah SWT jadikan di muka bumi ini berpasangan. Itu sebahagian tanda kita ada pilihan.
Bertanggungjawablah dengan setiap keputusan yang sudah diputuskan. Sekarang adalah masa untuk mengambil tindakan.
CHANCES / PELUANG
Peluang boleh muncul dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Namun, ianya tidak selalu datang. Dan tidak pula sentiasa menunggu kita. Baiknya ambilah peluang, lebih baik ciptalah peluang. Jika mampu. Agar hidup lebih tenang.
CHANGES / PERUBAHAN
Sesuatu yang hidup pasti akan berubah. Namun perubahan adalah satu perkara yang tidak nyaman. Ramai yang berterusan selesa dengan apa yang ada. Sehinggakan tidak mahu lagi berubah. Walaupun mampu mendapat atau membuat perkara yang lebih baik. Dan akhirnya seseorang itu terpaksa berubah apabila orang lain membuat keputusan untuknya.
Lihatlah. Kita di tahap mana sekarang ini.
#kongsipositif
#positivecircle21
