Khairul Hakimin Muhammad
前往频道在 Telegram
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994
显示更多📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览
频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 35 249 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 278,并在 马来西亚 地区排名第 899 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 35 249 名订阅者。
根据 26 九月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -259,过去 24 小时变化为 -14,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.65%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 0 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;
Whatsapp: 0122117994”
凭借高频更新(最新数据采集于 27 九月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。
35 249
订阅者
-1424 小时
-637 天
-25930 天
帖子存档
35 242
10 Mitos di Facebook yang kita sering dengar:
1. Kena penuhkan ruangan friend baru follower naik. Sebenarnya tak perlu. Hanya setkan butang follow sahaja.
2. Posting sales mesti jam 3pm setiap hari. Sebenarnya waktu aktif bermain media sosial di Malaysia dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Buatlah sales banyak mana pun.
3. Facebook akan buang posting kita yang buat sales. Sebenarnya tak, Facebook hanya buang posting orang report atau menyalahi etika sahaja.
4. #Content sales dan content crowd kena sama. Kalau tak nanti orang tak kenal kita siapa. Sebenarnya tak perlu, sosial media bukan hanya untuk jualan sahaja.
5. Algorithm Facebook sering berubah. Sebenarnya tak. Ianya ada kaitan dengan Facebook kita yang tidak mendapat engagement dari audien.
6. Kena letak gambar produk di ruangan cover photo baru orang tahu kita jual apa. Sebenarnya menjual semua kena di posting. Letak di ruangan profile akan buat orang undur diri.
7. Tag seramai mungkin untuk dapatkan reach yang tinggi. Sebenarnya tak. Hanya orang yang ditag sahaja mendapat notifikasi dan jujurnya perbuatan tag tanpa sebab amat menjengkelkan.
8. Sesiapa yang diunfriend akan jadi follower secara otomatik. Sebenarnya Unfriend akan terus unfriend. Nak follow kena manual semula.
9. Facebook tak detect bahasa selain dari Bahasa Inggeris. Sebenarnya Facebook sudah membangunkan terjemahan lebih 240 bahasa seluruh dunia dan semua itu adalah untuk ia mengesan bahasa yang kita guna perkataan demi perkataan. Jadi tulis dengan ejaan betul!
10. Hanya yang set see 1st akan dapat tengok posting kita. Sebenarnya yang see 1st dan yang sering engage akan dapat lihat selalu posting kita. Atau kalau tak, kita kena cari secara manual.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Pegang pada fakta gais.
35 242
3 ayat yang kita kena tukar apabila bercakap kepada diri kita sendiri.
1. Apabila kita berbuat kesilapan, kita akan cakap apa kena dengan diri aku ini? Kenapa teruk sangat?
- ayat yang betul ialah, di mana aku nak baiki kesilapan aku, diri aku tak ada salah silap, cara kerja aku sahaja perlu diperbaiki.
- jika ia tentang kerja, ia tak ada kaitan dengan diri kita. Ia tentang kerja. Ingat itu. Walau boses atau rakan sekerja kata kita bodoh, kita teruk, namun buang perkataan itu cepat-cepat dari dalam kepala. Fokus kepada cara kerja, baiki semua sistem.
2. Apabila kita terbuat kesilapan yang berulang kita akan cakap "bodohnya diri aku, kenapalah tak terfikir nak buat gitu gini."
- ayat yang betul ialah, "alhamdulillah belajar lagi. Silap kali ke-2, kali ke-3 takkan salah lagi. Sekarang lagi clear nak buat apa.
- tak semua orang belajar pada kali pertama buat salah. Ada orang, dia akan belajar berkali-kali. Kita sebagai rakan, wajar bantu bukannya hina dan sindir seteruk-teruknya. Selagi dia berusaha, selagi itu kita bantu.
3. Apabila kita buat silap, kita akan cakap "apalah yang depa fikir pasal aku. Mesti depa kata aku teruk."
- ayat yang betul ialah "aku takkan benarkan otak aku fikir pasal apa orang fikir tentang aku. Aku kena fokus baiki kesilapan aku. Orang takkan berhenti bercakap, aku pula takkan berhenti baiki dan berubah jadi lebih baik."
Kawan-kawan,
Tak semua dari kalangan kita ini pandai dan hebat seperti Elon Musk, Jeff Bezos atau Dr Amalina.
Kita boleh jadi hebat dengan dapat belajar dari kesilapan kita hari ini, kemudian kita baiki terus untuk buat lebih baik esok hari.
Kita jadi hebat apabila kita berusaha berbuat kebaikan. Sama ada sama seperti semalam atau lebih baik, itu keutamaan.
Buang segala apa yang tak baik untuk difikirkan dan dicakapkan kepada diri, cakap hal baik sahaja. Tak baik, buang terus dari kepala.
Kita kawal diri kita,
Kita kawal otak kita,
Kita kawal jiwa kita.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Mahu jadi lebih hebat dari hari ini, bismillah 💪
35 242
Syukur sesangat dengan feedback seperti ini. Ramai dah tahu cara macamana nak bina content dengan mudah.
Tak perlu bazir masa berfikir tentang idea. Segala-galanya kita tunjuk cara 'step-by-step'.
Lekas hadirkan diri ke Content Mapping Masterclass. Kelas content advanced yang telah melahirkan ramai influencer dan melonjak jualan usahawan.
Tekan di sini cepat:
https://bit.ly/3IkHmfT
https://bit.ly/3IkHmfT
https://bit.ly/3IkHmfT
35 242
Sudah masuk Tahun 2022 gais. Jadi dah sampai masa untuk pertahankan diri kita untuk terus kekal positif dengan circle sedia ada.
Ingat, 6 jenis manusia ini, kita berundur perlahan-lahan. Tak perlu putus kawan, hanya tenang-tenang keluar dari circle tersebut.
Mereka ialah:
1. The Energy Drainer.
2. The Fake Complimentor.
3. The Pessimist.
4. The Criticiser.
5. The Manipulator.
6. The Victim.
Kesemua jenis perangai manusia ini boleh juga jadi kepada kita, jauh-jauhkan segera.
Kita orang bisnes, nak main media sosial guna #content bagai, nak bina empayar, wajib ada circle yang best.
Yang saling bantu, sering support dan terus terbang. Kalau tak, sukar kita nak pergi jauh.
Semoga tahun ini kita jauh lebih sukses dari hari semalam. Ingat kawan-kawan, kita tak boleh kawal orang lain, kita hanya boleh kawal diri kita sahaja.
Jadi undur dua-tiga langkah, pecut pula di selekoh, kasi potong dan “tinggalkan” perangai-perangai ini ya.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Terbang sama-sama jom!
35 242
ALAMAK! TINGGAL 10 SEAT SAHAJA NI!
Hanya duduk dari rumah sahaja, kalian boleh menjana sehingga RM10,000 gais.
Peluang gini memang kena rebut gais.
Sebab ikut trend semasa, E-Book adalah salah satu produk digital 'high demand' selepas covid-19 melanda dunia.
Kena hadir gais kelas ini. Ia kelas teknikal, tiada ayat bunga-bunga. Kita terus straight forward bimbing kalian tunjuk 'step-by-step' buat E-Book.
Dari idea, kepada proses dan sedia untuk launching terus!
Sekarang masih lagi ada harga promo, RM59.00. Selepas ini ia naik ke RM99.
Lekas tekan terus link di bawah ini:
https://bit.ly/3FBdpGt
https://bit.ly/3FBdpGt
https://bit.ly/3FBdpGt
35 242
Kawan saya baru sahaja beli Ferrari. Saya tengok dia letak di story dia. Huhuhu. Saya tanya dia zaman covid begini tak takut ke beli macam-macam? Dia jawab:
"sales aku masa covid lebih tinggi dari sebelum covid. Aku jadi semangat apabila Allah beri perhatian kepada aku time macam ini. Dulu aku hanya sedekah masa dapat pergi solat jumaat. Sekarang aku sedekah hari-hari dan beri makan orang hari-hari. Aku hantar bantuan, hantar pertolongan, aku listkan semua ahli keluarga, saudara mara, semua aku pastikan mereka tak tertinggal dapat bantuan.
Aku mula buat benda ni lepas raya tahun lepas. Aku susun semua 1-1. Mak aku pesan jangan tertinggal seorang pun. Jadi aku usahakan semuanya baik-baik. Hanya sediakan dalam RM30,000 sebulan untuk 1 keluarga 1 foodpack untuk depa makan sebulan. Kemudian ada sikit duit belanja. Mungkin sebab itu rezeki team aku murah. Kau buatlah Rul, tengok macam mana. Nak rezeki berjuta, kena tolong orang berjuta juga."
Ya Rabb insafnya pagi-pagi begini.
(Harap tak ada yang salah faham, saya sekadar cerita tentang hebatnya rakan saya ini kongsi apa yang jadi kekuatan beliau. Beliau beritahu apa yang beliau buat. Jangan salah niat pula. Sedekah ialah bantu orang, tolong orang, kena ikhlaskan hati ya. Bukan nak mengharap balasan begitu begini).
35 242
5 perkara dalam hidup yang buat kita makin kuat dan hebat:
1. Kasih sayang tak bertepi dari keluarga walau kita gagal banyak kali.
2. Pengkhianatan dari kawan rapat.
3. Gagal dalam usaha bersungguh-sungguh.
4. Tak berdaya melawan bencana atau kemalangan.
5. Dihina melalui perkataan atau perbuatan dari orang yang kita hormat.
*
Ingat, sentap 2 minit sahaja.
Kemudian bangun dan usaha kembali. Mula dan terus fokus.
Buang negatif dalam kepala. Alihkan semuanya dengan kerja keras. Terus buat baik kepada semua orang, undur diri dari mereka yang khianat dan jahat, jalanlah sendiri dan peluklah kasih sayang keluarga.
Kalian akan temui kejayaan.
Begitulah. Jumpa esok!
Khairul Hakimin Muhammad,
Bangkit!
35 242
Alhamdulillah. Semalam, kami bimbing peserta buat mapping untuk pecahkan topik kepada banyaknya posting.
Dari 1 topik, boleh jadi 1,250 posting. Ya! Haha. Terkejut tak? Ia kerana mapping ini akan jadi blueprint kepada semua posting yang kita nak up.
Yang nak dapat ratusan ribu follower atau nak dapatkan sales berjuta.
Ada yang bermula dengan kosong pengikut, kini sudah ada ribuan! Alhamdulillah.
Nak belajar buat content mapping, terus tekan link di bawah ya:
https://bit.ly/3IkHmfT
https://bit.ly/3IkHmfT
https://bit.ly/3IkHmfT
35 242
Tahun 2022 ini saya berharap benar kalian buat perkara ini:
1. Tidak penuhkan ruangan 5,000 kawan kalian. Add atau accept mereka yang kalian kenal dan berkawan sahaja. Sama ada nak berniaga atau tidak, memasukkan orang yang kalian tidak kenal ke ruangan kalian adalah sebuah kerosakan.
Kita akan lihat posting orang yang kita tak tahu, tak kenal hati budi dan sentiasa ada persepsi. Itu semua mengundang rasa tidak baik dan membawa kepada kemurungan.
2. Tulis #content yang tersusun dan baik-baik sahaja. Fokus kepada 5-6 topik kemudian pecahkan menjadi banyaknya perkongsian. Bina dan susun semuanya setiap hari dan asingkan dengan posting jualan.
Biar yang friends dan follower selesa dengan kita. Kalau kita jadi ejen sesiapa, fikir juga yang kita kena ada kehidupan bukannya 100% posting buat jualan sampai orang menyampah.
3. Berhenti buat aktiviti copy-paste status orang lain walau dengan kredit. Bina tulisan sendiri, feel kemanisan menulis dan membangunkan content yang ada stail masing-masing.
4. Follow orang yang kalian selesa dan ada matlamat sahaja. Bukan ikut-ikutan.
5. Banyakkan melihat dan membaca kisah kejayaan. Ianya memberi kepuasan positif dalam diri berbanding membaca kisah penceraian, kerosakan serta kehancuran dunia bisnes dan sebagainya.
6. Berhenti cakap ya atas semua perkara. Jika tak mampu cakap sahaja tidak.
7. Fokus kepada target jualan kita tahun ini.
Jika 2022 kita target RM1juta, maka jualan sehari mesti RM2,741. Jadi buat perancangan untuk dapat jualan begitu setiap hari. Mesti alihkan segala gangguan supaya kerja kita tidak terpesong dengan banyaknya hal di media sosial ini.
8. Jadilah ejen sesiapa. Namun tak dengar 100% arahan atau perintah mereka. Mereka ada target sales dan tak peduli tentang kehidupan kalian. Ingat, media sosial kalian, kalian punya hak. Kalian boleh susun target sendiri dan tahu bagaimana kalian nak buat.
Rancang content sebaiknya supaya kalian dapat hasil yang baik, bukan kebencian.
Ikut dan dengar 100% akan hancurkan media sosial kalian dan nak buat semula memang sebuah proses yang sangat panjang.
Dengar bab strategi dan kaji. Jika tak betul, jangan ikut.
9. Jualan terjadi saat “ikan” berkumpul apabila “umpan” ditabur. Kemudian, tebarlah “jala”.
Bagaimana ikan berkumpul? Posting crowd.
Bagaimana nak tabur umpan? Posting yang ada titik persamaan.
Bagaimana nak tebar jala? Posting sales selepas posting-posting crowd.
10. Media sosial kita, hak kita. Namun pilihlah yang baik-baik.
100% menjual, boleh jadi hilang kawan.
Masukkan elemen kebencian, boleh jadi hilang kawan.
Ingat, media sosial adalah untuk bersosial. Beri ilmu, beri keselesaan untuk semua orang juga selesa dengan kita.
Semoga tahun ini kita bijak mencari duit, memilih kawan dan menyusun posting yang bawa kita ke arah yang lebih baik dari hari ini.
Bina content berkualiti sepanjang 21 hari dengan sekurang-kurangnya 1 posting sehari. Abaikan bab orang nak share atau tak, lantakkan semua itu. Tulis sahaja untuk dapatkan habit berterusan ini.
Dan kalian akan lihat konsistensi itu wujud dalam diri dan ianya menjadi lifestyle yang membawa banyaknya kebaikan kepada orang lain.
Hari ini mungkin tak ada sesiapa share.
Esok seorang, boleh jadi selepas sebulan, setahun, 2 tahun ada 100 orang dan semakin meningkat. Dan bayanglah berapa ramai dapat manfaat selepas itu.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Buat duit dan bina pengaruh dengan ilmu betul.
35 242
Syukur sesangat, dah ramai yang pandai menulis E-Book, launching dan guna sistem untuk jana pendapatan sehingga RM10,000.
Kelas ini kita bimbing kalian dari proses pencetusan idea, kepada menulis dan siap terus satu e-book.
Kalian hanya ikuti 'step-by-step' yang kami bentangkan di dalam kelas ini.
Sekarang sedang promo untuk 19 seat sahaja dengan harga RM59.00.
Lekas tekan terus link di bawah ini:
https://bit.ly/3FBdpGt
https://bit.ly/3FBdpGt
https://bit.ly/3FBdpGt
35 242
Soalan: Kenapa posting orang bercerita lebih kuat impaknya di Facebook.
Jawapan: Facebook = Cerita (story).
1. Cerita biasanya akan memanipulasi otak. Buat orang membaca merasai pengalaman.
2. Pengajaran dan renungan di dalam bentuk cerita lebih mudah disampaikan. Kerana kekuatan contoh yang diberikan.
3. Impak positif lebih kuat berbanding menulis tips dan menggunakan ayat yang mengarah-arah dan mengajar-ajar.
4. Semua agama di dunia di sampaikan dalam bentuk cerita. Islam sendiri begitu. Dari bermula Nabi Adam hinggalah ke Rasul terakhir, semuanya dalam bentuk cerita. Dengan kata lain, nak menyebarkan sesuatu, asasnya bercerita.
5. Semua hal memori besar dunia dan kepala kita sendiri termasuk ulasan bola sepak, makan di kedai kali pertama dengan isteri, masakan ibu yang paling sedap, waima terjatuh kerana tersepak batu, segalanya ada elemen cerita.
Jadi, ia akan menambah emosi kepada pembaca. Kalian ingat video kegilaan setiap kali raya yang buat kita teringat dalam bentuk apa? Ya, garapan hebat Almarhum Yasmin Ahmad Juga dalam bentuk cerita.
Kesimpulannya,
Facebook = Cerita (Story).
Dan Cerita = Fakta + Emosi, maka orang suka.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bapa Cerita Brownies Kebangsaan.
35 242
Tabiat urusan kerja si jutawan setiap pagi:
1. Sentiasa ada checklist.
- ada perkara nak dibuat hari ini. Tersusun semuanya 24 jam hal yang nak dibuat.
2. Sentiasa bersedia.
Nak berjaya, mesti siapkan semua hal persediaan. Nak meeting, bersedia. Nak jumpa sesiapa, bersedia. Nak siapkan itu ini, bersedia.
3. Sentiasa komunikasi.
- sentiasa bertanya, bercakap dan berhubung dengan semua team. Sentiasa pastikan team juga saling berhubung.
4. Sentiasa berdisiplin. Ia keutamaan.
- mesti patuhi waktu, sentiasa ikut SOP dan sering jadi contoh.
5. Memastikan banyak bekerja dalam kumpulan. Bukan sekadar memberi arahan. Sentiasa mengajar dan beri tunjuk ajar sebaiknya.
Kita nak berjaya, kena mula dari diri sendiri dahulu.
Bismillah gais!
Khairul Hakimin Muhammad,
❤️
35 242
Pernah satu hari itu, saya berkejaran kerana ada 1 lagi meeting di Bangi sebelum waktu maghrib.
Pakcik yang ini mahu saya consult tentang anaknya nak buka Gym, nak kena bantu content untuk media sosial huhu. Saya pergi ke rumahnya, ya Tuhan, 5 tingkat.
1 tingkat, ruang tamu.
1, ruang solat, library dan ada area macam boleh duduk-duduk santai. Kemudian 1 tingkat untuk anak perempuan dan bilik beliau.
1 tingkat lagi untuk anak lelaki,
Dan 1 tingkat lagi untuk dapur dan seperti taman ada pokok siap macam-macam ada.
Saya duk bertanya apa bisnes yang beliau duk buat. Rupanya kontraktor besar. Orangnya islamik ya amat. Baru ja sampai, soalannya “kau dah solat Khairul?” Kahkah memang belumlah sebenornya. Haha.
Selesai sahaja, kami duduk di taman tepi rumahnya. Ada kolam renang bagai. Saya suka sekali beliau pesan kepada saya bab proses kita ini sudah ada peningkatan dalam hidup,
Ada 6.
Kata beliau, kalau kita sedang lakukan yang ini, maka kita punya jalan itu dah betul dah,
1. Anda lebih baik dari tahun lalu. Jika dulu belajar, sekarang sudah bekerja, jika dulu di jawatan A, sekarang sudah di B, jika dulu sendiri uruskan bisnes, sekarang sudah ada pekerja.
2. Anda membaca lebih banyak buku dari tahun lalu. Contohnya tahun lalu anda membaca 12 buku setahun. Bermaksud anda membaca 1 buku sebulan. Jika masuk bulan 4 tahun ini kalian boleh baca 8-10 buku, bermakna kalian memang seorang yang sedang menuju ke pintu sukses.
Paling power ialah kalau boleh khatam Quran 2 kali setahun. Bagus sangat dah itu.
3. Anda luangkan masa melihat wajah emak dan ayah sekurang-kurangnya 2 kali sebulan. Jika lebih, lagi bagus. Ia adalah doa yang sangat bermakna untuk anda terus melangkah ke tangga lebih tinggi.
4. Anda lebih banyak bersedekah dan rasa kenikmatan memberi itu adalah sebuah kepuasan. Lagi banyak memberi, lagi seronok walau dalam keadaan tidak sesenang mana.
Orang yang tidak berkira-kira semasa menghulur biasanya orang yang tenang dalam menerima rezeki walau ianya kecil.
5. Kamu lebih banyak mendengar dari banyak bercakap. Kebiasaan dalam proses belajar menjadi yang terbaik, mengurangkan aktiviti bersembang akan memberi lebih banyak pelajaran dari banyaknya buang masa mengangkat diri sendiri dan cerita itu ini.
Beliau kata, beliau dah tua bolehlah sembang kejayaan. Masa muda umur 28 tahun walau berjaya menang tender RM12 juta, tetap kena diam dan rileks, belajar lagi dari otai-otai. Tak payah sembang besar.
6. Kamu merasa puas dapat berpuasa sunat, rasa seronok menunaikan solat-solat sunat waktu malam. Terutama bab sebelum subuh, hal solat berjemaah dan tentunya sentiasa solat di awal waktu mesti diutamakan. Kalau dah mula buat, konsistenlah.
Jika kalian sedang lakukan 6 perkara ini, ketahuilah yang boleh jadi kalian antara yang tidak terganggu dengan masalah ekonomi begitu begini.
Hal rezeki ini, hal kita dengan orang, hal kita dengan Tuhan. Kita mahu Allah pemurah, kita dahulu kena pemurah. Kata beliau, beliau pernah rasa naik turun bisnes, namun tetap ada rezeki yanf Allah beri.
Tak ada sampai tak berduit bagai. Ada ja yang datang begitu begini. Ya Rabb bestnya dengar.
Kata beliau lagi, “kena jadi pemurah dengan diri sendiri, perbanyakkan ilmu, perbanyak sabar, dan perbanyak juga kasihankan diri. Jika buruk, cantikkan dengan merendah diri, jika bodoh, pandaikan dengan pergi belajar, jika degil, patahkan dengan perbanyak sabar dan jika berdosa, mohon diampunkan dengan banyak-banyak bertaubat. Semua itu adalah pintu kepada rezeki.”
Huhu insofnya. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Saya duk terfikir, kadang-kadang saya ini pergi jumpa orang bukan sekadar tentang bisnes, namun ia tentang cerita yang saya boleh kongsikan kepada kalian.
Allah maha hebat. Rasa malu pun iya, kita tak banyak beribadat seperi beliau ini, namun Allah masih beri rezeki. Huhuhu.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Selamat malam semua. Semoga bermanfaat.
35 242
Ada 5 perkara tentang penulisan content di media sosial yang kalian perlu tahu:
1. Lebih 160 juta posting dimuat naik dalam 1 hari, namun hanya sekitar 8% sahaja ditulis dengan mendapat share yang tinggi.
2. 8% itu datang dari posting to educate, to inspire dan to inform.
3. Menulis di Page sudah tidak banyak engagement berbanding di personal account.
Namun ia boleh dijanakan berkali ganda dengan membayar ads.
4. Memuat naik video atau melakukan live video selama 5-10 minit 1 atau 2 kali seminggu akan menaikkan kepercayaan orang kepada kalian sebanyak 300%.
5. Sosial media hari ini ialah tentang trust (percaya), comfort (buat orang selesa) dan loyal (kesetiaan orang terhadap posting).
Untuk dapat 3-3 perkara ini, kalian wajib munculkan diri, menyusun posting kehidupan biasa dan wajar sentiasa berinteraksi dengan pengikut yang ada.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak belajar menulis content, lekas tekan link ini:
https://bit.ly/3fpDkXf
https://bit.ly/3fpDkXf
https://bit.ly/3fpDkXf
35 242
Ramai yang lupa termasuk saya, saat kita pergi nanti, bukanlah semua yang kita kumpul dan cari itu akan dibawa bersama, namun ia adalah apa yang kita beri, hulur dan hantar kepada orang lain.
Khairul Hakimin Muhammad,
Sentiasa niat untuk jadi manusia yang memberi manfaat pada sekeliling.
35 242
Pening urus team marketing kalian untuk bangunkan content?
Jangan risau gais.
Hantar team kalian untuk ikuti Content Mapping Masterclass yang akan diadakan esok 9 pagi hingga 5 petang.
Kelas akan diadakan secara Zoom Meeting sahaja selama 1 hari.
Team kalian akan dibimbing mengikut niche dan produk syarikat kalian sendiri dan bagaimana ia dapat distrategikan dalam bentuk content.
Siap-siap terus boleh bina 'Blueprint Marketing' syarikat untuk 1 tahun terus gais.
Lekas daftar terus di sini:
https://bit.ly/3HjG2cH
https://bit.ly/3HjG2cH
https://bit.ly/3HjG2cH
35 242
Nak hancurkan perasaan selalu tak yakin kepada diri sendiri, buat ini:
1. Makan seorang diri di mana-mana restoran (makan sendiri di rumah tak diambil kira).
2. Menonton wayang seorang diri (menonton seorang diri di rumah tak diambil kira).
3. Pergi shopping beli barang seorang diri.
4. Bangun solat tahajjud seorang diri tanpa ada sesiapa pun tahu.
5. Berpuasa dan berusaha merahsiakan hal itu.
6. Apabila dapat kejayaan, hanya beritahu orang tersayang sahaja.
7. Apabila ketemu hal gagal, hanya beritahu Allah sahaja.
8. Sentiasa tulis perkara yang kita syukurkan.
Contohnya seperti:
- alhamdulillah hari ini dapat makan dengan keluarga.
- syukur dapat sedekah subuh.
- alhamdulillah ya Allah saya bangun lagi pagi ini.
- alhamdulillah saya dapat jumpa team saya.
Kawan-kawan,
Kena ada rasa kebergantungan kepada Allah. Kena yakin Allah sentiasa bersama kita. Jika kita letak keyakinan itu, apa sahaja perkara kita boleh laluinya.
Kita tak peduli kata orang. Kita tak kisah apa orang nak kata saat kita berjaya atau gagal. Kita yang tentukan kehidupan kita.
Kita yang nak berjaya, jadi kita kena yakin Allah bersama kita. Selagi kita buat benda betul, benda berpahala, yakinlah!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah.
35 242
TINGGAL 1 JAM LAGI GAIS!
Hari ini kita ada Monday’s Promo. Content Mapping Masterclass ini kalian dapat dengan harga terendah iaitu RM199 sahaja. Jimat RM100 tau gais.
Kelas ini akan bantu kalian bina 1,250 idea posting dalam 1 hari.
Ia diadakan pada 19 Januari 2022 (9 pagi sehingga 5 petang).
Jika kalian bekerja atau tidak sempat. Jangan risau, rakaman kelas disediakan.
Cepat gais! Promo nak tamat dah.
Tekan link ini terus:
https://bit.ly/3HjG2cH
https://bit.ly/3HjG2cH
https://bit.ly/3HjG2cH
35 242
Ramai yang tanya saya, bagaimanalah nak manfaatkan sosial media ini supaya apa yang kita tulis, beri kesan kepada masyarakat, bukan sekadar di lapangan Facebook ini sahaja.
Dari tahun 2015 ini yang saya buat dan demi Tuhan yang maha pemurah, Allah luaskan semula dan buka pintu-pintu lain untuk saya.
1. Saya suka beli dari jalanan. Ambil gambar, sebelum makan, ambil gambar lagi dan lagi. Dan sekiranya sedap dan berpuas hati, saya akan tulis di media sosial. Lengkap dengan lokasi dan harga.
Ia memudahkan orang yang baca, boleh beli terus selepas itu. Pekedai / penjual akan dapat iklan percuma dari pelanggan seperti kita dan kita memudahkan urusan dia.
2. Saya suka bersembang dengan orang lain. Syaratnya saya hanya tanya 2-3 soalan sahaja, dan biarkan si dia bercerita. Saya ambil yang positif sahaja dan akan tanya dia boleh tak saya kongsikan di sosial media.
Biasanya cerita baik yang kita kongsikan, akan dapat kesan yang baik juga.
3. Setiap kali mengembara (travel), saya putuskan hanya bercerita benda baik. Sekiranya ada hal yang perlu berjaga-jaga dan berhati-hati, maka saya akan tulis dalam bentuk dos and donts.
Bercerita keburukan budaya, manusia, fasiliti serta hal-hal tidak baik akan merosakkan nilai penulisan itu sendiri.
4. Sekiranya berhadapan dengan makanan yang tidak elok, rosak, basi, pekerja sombong dan sebagainya. Elak dari menulis di sosial media. Uruskan di alam realiti.
Ia jauh lebih baik.
5. Elakkan bertempur dengan sesiapa dalam memberi pendapat di ruang komen. Posting mesti lawannya posting.
6. Iklan dan promosi bisnes kawan-kawan. Merekalah tunjang hidup kita walau jarang nak bertegur sapa. Kawan ini, doanya makbul dalam diam-diam.
7. Banyak-banyak membuat posting yang buat orang gembira, nasihat dan pesanan dari memberi gelisah dan benci-benci. Ianya memberi kebahagiaan kepada orang lain.
Ini sahaja yang saya ulang dan ulang. Saya tegas dalam hal begini. Cikgu saya pesan banyak kali, apabila kalian membuka jalan untuk memudahkan orang lain, pastinya Tuhan juga memudahkan kalian.
Hari ini, hari ke-17 tahun 2018, dan syukur alhamdulillah, Tuhan mudah-mudahkan urusan kita semua. Dan lihatlah hadiah dari Tuhan selepas ini datang dengan sebanyak-banyaknya.
Sebarkan kebaikan, keberkatan akan datang bersama rezeki mencurah-curah kepada kalian.
Cubalah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Semoga bermanfaat.
