Khairul Hakimin Muhammad
前往频道在 Telegram
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994
显示更多📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览
频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 323 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 286,并在 马来西亚 地区排名第 908 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 323 名订阅者。
根据 19 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -386,过去 24 小时变化为 -19,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.67%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.02% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 3 151 次浏览,首日通常累积 734 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk;
Whatsapp: 0122117994”
凭借高频更新(最新数据采集于 20 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。
36 323
订阅者
-1924 小时
-997 天
-38630 天
帖子存档
36 323
Berilmu, ujian.
Berharta, ujian,
Berjawatan, ujian.
Berkeluarga, ujian.
Berada, ujian.
Semua benda yang Allah beri sama ada senang atau susah, semua ada ujiaannya yang tersendiri. Ada yang diuji kesukaran, ada juga ujian kesenangan.
Rasa pandai juga ujian,
Rasa besar juga ujian.
Rasa beriman, baik, sering solat jemaah, sering pergi masjid, surau, juga ujian.
Kawan-kawan, ingat perkara ini, kita sering lalui dan selalu hadap benda-benda hebat begini. Orang rajin ke surau, perli orang tak pergi surau. Orang bijak berniaga, bantai orang kerja makan gaji. Orang hebat belajar, sindir orang yang tak masuk universiti. Orang dah ada anak dua tiga, cakap orang belum nikah belum ada zuriat.
Orang dah berjaya, ada kekayaan harta, pandang rendah kepada orang yang sedang berusaha.
Sungguh, semua itu ujian belaka. Boleh jadi yang diuji itu sedar atau tak. Jika sedar, syukur. Jika tak, dan mati dalam keadaan tak perasan, tak ditegur hatinya, maka hidup dia tetap sia-sia.
Sungguhlah;
“Orang jadi jahat apabila dia rasa diri dia mulia.”
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Kita belajar.
36 323
Sekiranya kalian nak mula menulis, medan media sosial boleh jadi lapangan praktis dan latihan yang baik dalam menulis #content.
Di sini kalian boleh tulis sahaja apa yang kalian minat secara konsisten. Boleh jadi, ianya akan menjadi kesukaan kepada orang lain.
Saya mula menulis resipi di wall saya ini pada tahun 2015. Peringkat awal ianya tidak menjadi. Sekadar dapat 2 atau 3 share sahaja.
Kemudian saya tukar penulisan resipi saya itu kepada banyaknya content supaya ia beri manfaat kepada orang lain.
Content mesti ada Fakta, Emosi, menjaga Bahasa dan memberi Impak Positif kepada audien.
Pada tahun 2016, banyak resipi saya yang menjadi viral. 20,000 share, 60,000 share dan banyak lagi.
Tahun yang sama saya ditawarkan oleh Puan Sri Diah dari Karangkraf untuk menulis buku resipi bersama mereka. Dan pada tahun 2017, buku resipi pertama saya dikeluarkan.
Prosesnya memang makan tahun, namun sabar dan terus buat itu yang jadikan ada hasil.
Seperti kita menanam pokok. Boleh jadi selepas siram, beri baja, jaga baik-baik, barulah ia berbuah. Dan selepas berbuah, nak kena jaga sampai siap boleh tuai. Kemudian nak kena fikir bagaimana nak jual pula.
Itulah prosesnya. Kena buat walau ambil masa yang lama. Namun hasilnya Ya Allah seronok sangat!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
3 buku resipi setakat ini walau saya bukan cef.
Boleh follow Channel Telegram saya untuk dapat tips content ya: https://t.me/ContentKHM
36 323
Gais bermula esok kami buat jualan gudang di kilang kami!
Sempena nak raya haji ini kami jual biskut murah-murah sahaja. Ada lebih 10 jenis biskut yang sedap-sedap!
Choc chip, cornflakes, cadbury, chokoreto, red velvet semua adaaa! Jemput datang okeh.
KHM Foodies Sdn Bhd,
Lot 6, Jalan 6c/13b,
Kompleks Perusahaan SME,
Seksyen 16,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Waze: Use Waze to drive to KHM FOODIES SDN BHD, Jalan 6C/6, Bandar Baru Bangi: https://waze.com/ul/hw282g8s0d
Buka setiap hari jam 10.00 pagi sampai 5.30 petang.
Sabtu - ahad pun buka!
Jemput datang okeeeeh!
36 323
#ResipiKHM
Udang Sambal Kari Dengan Mempelam Muda.
Klik sini https://www.facebook.com/1409650354/posts/pfbid02gBQNaeenyHYTRmaP6rpD9fZkVKonLxp9wnkxPZyGAXGgr3LUWVAiMpHtNGZ2m2ehl/?d=n
36 323
Ini Najmi Farisham.
Gambar ini semasa kami berjumpa di Madinah sekitar 2016. Beliau masih seorang pelajar di sana. Beliau mahu kelas #content waktu itu jadi saya pun buatlah di lobi hotel.
Hari ini beliau sudah ada 48,009 follower. Sudah ada senaskah buku. Sudah semakin bijak berniaga. Sentiasa dalam Top 10 penerima komisen terbanyak affiliate saya.
Beliau mula belajar dengan saya semasa beliau masih lagi mahasiswa di Universiti Madinah. Beliau tak segan bertanya. Mesti PM kalau sangkut di mana-mana. Saya pun kengkadang main tegur siap panah petir bagai dan beliau alhamdulillah boleh terima.
Kawan-kawan,
Nak berjaya, kena belajar. Main taram pun boleh, namun taram dengan ada ilmu ini beza gais. Sungguh.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Follow beliau, menginspirasi.
36 323
Kumpul duit gais.
Apprentice kembali.
Insya-Allah 16-17hb Julai 2022.
Putrajaya / Bangi.
Doakan okeh
36 323
Tortilla Nachos Balado kembali gaisss! Stok ada dalam 200 balang dalam sistem! Lekas dapatkannya okeh.
Hanya RM19.90 sahajaaaa! Berat 310gm.
Lekas klik sini ya:
https://khmonecookies.com/shop/000001
https://khmonecookies.com/shop/000001
https://khmonecookies.com/shop/000001
36 323
Asas Facebook ialah teks. Selain dari itu, semuanya adalah aksesori termasuk video, gambar, background, check in, tagging, feeling dan sebagainya.
Paling menarik, aplikasi yang ini membina platform ini dengan berjaya menterjemah lebih 240 bahasa di seluruh dunia.
Dengan kata lain, jika kalian bangunkan content positif, ianya boleh dibaca di mana-mana dengan hanya perlu klik ‘see translation’.
Syaratnya ialah kalian hanya perlu tulis dengan ejaan betul sahaja.
Tahun lepas, saya dihubungi oleh team Cookly dari Kanada untuk saya join team mereka sebagai chef. Mereka menemui profile saya hanya dari posting resipi yang viral.
Kesemua resipi yang saya tulis, saya eja dengan betul. Dan menjadikan ianya mudah untuk diterjemah.
Untuk resipi, saya perlukan gambar, dan segala bentuk kaedah langkah demi langkah yang saya buat, membantu ramai orang untuk faham apa yang saya sampaikan.
Dan syukur, ia menjadi dengan baik.
Itulah content. Ianya ada di sisi kalian sahaja. Kalian suka memasak, kongsi resipi.
Kalian suka travel, kongsi tempat menarik.
Kalian suka memancing, kongsi port terbaik.
Semua boleh. Yang penting, ianya menjadi manfaat kepada yang lain. Itulah kebaikan sosial media, ianya bukan sahaja untuk diri sendiri, malah bersifat global. Lagi banyak share, lagi meluas ilmu yang kalian beri.
Cubalah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Content Master Kesayangan Negara.
36 323
Rutin pagi kita jadi cantik dengan pengharapan dan memohon dari Allah:
- minta Allah ampunkan dosa. Ini paling mustahak. Ada dosa, tak masuk syurga.
- minta Allah beri yang terbaik dalam setiap usaha.
- minta Allah beri hari yang terbaik dalam banyak urusan.
- minta Allah beri kesihatan terbaik hari tersebut.
- minta Allah beri kemudahan terbaik pada setiap urusan hari tersebut.
- minta Allah beri kesenangan dalam setiap masalah yang kita hadapi.
- minta Allah uji dengan ujian yang kita boleh terima.
- minta Allah beri kesenangan, bukan kesusahan.
- minta Allah beri kelegaan hati bukan keresahan dan kegelisahan.
- minta Allah beri nikmat makan, nikmat sihat dan nikmat bersyukur apa yang ada.
- minta Allah beri keindahan berkeluarga, berkawan dan berbuat apa sahaja kebaikan.
Minta kawan-kawan,
Itu tanda kita sentiasa berharap kepadaNya. Sentiasa bergantung dan sentiasa bersandar atas setiap yang diberi olehNya.
Cari perhatian Allah, supaya Allah sentiasa memberi perhatian kepada kita juga.
Terus buat baik. Terus minta baik.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Minta yang terbaik.
36 323
Fokus dengan apa yang kita boleh kawal. Orang boleh cakap apa sahaja. Kita memang terpaksa dengar apa orang kata namun tak semestinya kita kena ikut.
Pekakkan telinga, jangan beri ruang kata mereka masuk ke kepala dan hati.
Kita yang kena bayar bil sendiri. Buang ego, buang sombong. Relaks, tenang hadapi berbagai ujian. Pegang ayat ini:
Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)
Bismillah! Fokus apa kita boleh kawal okeh.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad.
Jalan terus!
36 323
#ResipiKHM
Kentang Lenyek (Mash Potato)
Klik sini https://www.facebook.com/1409650354/posts/pfbid02PnjHGRgfWahwU16Skm7GKA5Ee54hoCTRZqsmuBEkmdHpuio9fzo2kpSoWMLdNAfGl/?d=n
36 323
Biskut Mazola sekarang dah mula diedarkan kepada ejen-ejen seluruh negara. Biskut ini tak boleh kurier gais, mudah pecah dan mudah hancur. Jadi kena dapatkan dari ejen okeh.
Tulis lokasi kalian, nanti ada ejen akan bantu.
Mana yang teringin nak jadi ejen, syaratnya mudah sahaja.
- modal RM360.
- perlu ada transport untuk ambil biskut di Bangi.
Jika anda orangnya, maka terus whatsapp kepada saya okeh:
Https://wa.me/+60122117994
Https://wa.me/+60122117994
Https://wa.me/+60122117994
36 323
Soalan:
Tuan, saya pergi kelas sebelum ini, cikgu itu ajar kita reka-reka cerita supaya viral. Saya terus terkejut. Ingat kelas itu ajar menulis tapi dah jadi ajar menipu. Apa pendapat tuan?
Jawapan:
Susah untuk saya kata tentang hal ini. Ada banyak pendapat. Saya antara yang belajar Story Telling di “Art of Story Telling” di London sekitar tahun lepas dan tahun 2017.
Dalam modul itu siap ada tambahan 3 hari kelas untuk menelaah tentang kehebatan Surah Yusuf serta The Herous Journey yang menggunakan Kisah Nabi Muhammad (selawat) sebagai contoh besar.
Yang mengajar itu bukan muslim.
Juga saya pernah beberapa kali ikuti kelas Cikgu Azzah Abdul Rahman, kelas penulisan rencana serta kelas menulis cerita yang dianjurkan oleh team Galeri Ilmu suatu masa lalu dan mengikuti kelas Herous Journey serta susunan cerita bersama Kak Raiha Bahaudin.
Dan kami semua sepakat tiada reka-reka. Cerita itu mesti cerita betul. Sekiranya mahu menulis ala cerpen, atau fiksyen, maka perlu dimaklumkan atau diberitahu itu adalah fiksyen.
Ia seperti drama atau filem. Mana yang kisah benar, mereka akan maklumkan. Jika tidak pun, mereka akan tulis cerita itu adalah rekaan dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Maka kita faham sendiri ia adalah fiksyen.
Maka sama juga dengan apapun kisah atau cerita yang kita tulis, kena tulis kisah benar. Jika itu rekaan walau ianya untuk beri sebaran kebaikan, ia tetap perlu diberitahu yang itu hanya rekaan.
Saya antara yang mengejar cerita-cerita ini. Naik public transport, pergi sana sini, travel, bersembang dengan orang, hantar emel, surat ke vip semata nak jumpa untuk dapatkan maklumat dan networking, kemudian saya akan tulis di wall saya.
Iya ada yang tanya ada tokok tambah tak? Setakat hari ini tiada.
Dari segi emosi, kita boleh dramakan. Contoh ayat,
“Anaknya sedih betul melihat ayahnya sakit.”
Maksud ayat yang didramakan ialah:
“Saya tengok sendiri anaknya bergenang air mata, nampak dia sedih sangat apabila ayahnya sendiri sakit.”
Kita visualkan keadaan sebenar tersebut. Itulah maksud drama dalam ayat, bukan tokok tambah.
Kawan-kawan, sebelum menulis, baca Surah Yusuf. Kalian akan faham bagaimana Allah bercerita tentang hal baik, tentang hal buruk. Dan bagaimana pengakhiran sebuah kisah itu menjadi sebuah cerita pengajaran yang berpanjangan.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Percaya atau tidak kepada satu-satu cerita, itu hak kita semua.
36 323
Berhenti berpegang dengan ayat "damage has been done":
1. Kita muslim, setiap kali berbuat silap, kita tahu jalan taubat, maka bertaubat.
2. Perkara lepas takkan boleh dapat diperbaiki. Yang boleh ialah perkara akan datang. Maka tak boleh ulangi kesilapan dan kesalahan tersebut.
3. Memohon maaf kemudian berbuat semula kesilapan tersebut adalah manipulasi. Ia adalah perbuatan penipuan terancang yang merosakkan hati. Ini baru benar kerosakan yang dibuat dengan sengaja.
4. Mengaku salah dan meminta maaf adalah perbuatan mulia. Berhenti mengejek perbuatan ini kerana ia mulia di sisi Allah. Yang tidak ialah perkara ke-3 tadi.
5. Memaafkan namun tidak melupakan itu perkara normal, namun jika dapat melupakan maka itu hebat.
6. Mengalah dan meminta maaf adalah jauh lebih hebat dari memenangi sesuatu dengan menyakitkan ramainya orang.
7. Meminta maaf tidaklah tanda kesalahan itu 100% kepada kita. Boleh jadi dengan maaf kita akan percaya kita boleh perbaiki diri dan boleh buat lebih baik lagi.
Kawan-kawan,
"Damage has been done" jadi tak bererti sekiranya kita memahami hidup kita hari ini adalah untuk hari ini dan esok. Kita takkan boleh perbaiki hari semalam.
Kita hanya boleh jadi lebih baik dari semalam. Itu keutamaan.
Setiap manusia, Allah beri peluang taubat, peluang berbuat baik lagi dan lagi. Jaga hati sendiri supaya tak terjebak dengan ikuti-ikuti emosi orang lain yang menyebabkan kita pula yang terjerumus dalam perasaan salah yang membawa kepada kerosakan diri.
Bangkit hari ini terus. Ambil masa sebaiknya untuk pulih dan teruskan kehidupan untuk masa depan.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad.
🥰
36 323
Beliau biarkan dirinya diketawakan baru-baru ini kerana semakin kurus, hari ini beliau meninggalkan kita semua. Tanpa pernah beritahu sesiapa tentang penyakitnya. Ya Allah sedihnya.
Semoga Allah mengampuni semua dosanya, menyayanginya, meletakkan almarhum di tempat orang soleh dan beramal baik.
Sepanjang mengenalinya, almarhum memang seorang yang sangat baik.
Semoga urusan terakhir Adibah Noor Allah mudahkan sehingga selesai. Amin.
Kredit: Astro Awani.
36 323
#ResipiKHM.
Siakap Stim Lemon Thai.
Klik sini ya https://www.facebook.com/1409650354/posts/pfbid031vugFfhxUiaKhoBqzAzy6hPJVom9xYDCaurFuE6CY59VcdvyXYwcmmMeVVaekCF9l/?d=n
36 323
Bagaimana #komen di sesebuah #posting boleh menjadikan kita ini “mangsa” kepada butang unfriend dan block?
1. Tidak membaca posting / #content tersebut hingga habis.
2. Memberi komen yang menyakitkan hati penulis.
3. Menyatakan ketidaksetujuan dengan bahasa kasar, kesat, dan memaki hamun.
4. Menggunakan akaun tipu (fake akaun).
5. Mempermainkan dan menjenakakan isu tersebut.
Untuk jadi pengguna bijak di medan media sosial, komen juga perlu sentiasa pandai dan berhemah.
Mendahulukan emosi sendiri berbanding ambil masa untuk fikir sebelum menulis / memberi komen biasanya menghancurkan diri. Ini medan media sosial, silap sikit, kawan boleh jadi musuh, saudara boleh jadi musuh, malah keluarga sendiri juga boleh berantakan.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Membacalah!
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
