ch
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

前往频道在 Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

显示更多

📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览

频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 323 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 286,并在 马来西亚 地区排名第 908

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 323 名订阅者。

根据 19 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -386,过去 24 小时变化为 -19,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.67%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.02% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 3 151 次浏览,首日通常累积 734 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

凭借高频更新(最新数据采集于 20 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。

36 323
订阅者
-1924 小时
-997
-38630
帖子存档
Barangsiapa yang ada modal RM360, boleh berpakat dengan geng kawasan sendiri untuk pick up / collect stok di Bangi, maka mari
Barangsiapa yang ada modal RM360, boleh berpakat dengan geng kawasan sendiri untuk pick up / collect stok di Bangi, maka mari sertai kami jadi ejen Biskut Mazola Paling Agong kami di OneCookies Malaysia. (Bab berpakat nak ambil stok, kami bantu okeh). Jika anda orangnya, klik sini okey, saya sendiri jawab whatsapp ini haha: Https://wa.me/+60122117994 Https://wa.me/+60122117994 Https://wa.me/+60122117994

5 ayat yang buat saya kuat ketika diuji berbagai perkara dalam kehidupan. 1. Surah At-Taubah, ayat 40: “Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah selalu bersama kita.” 2. Surah Al-Baqarah, ayat 286: “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kadar kesanggupannya.” 3. Surah Al-Baqarah, ayat 155-156: “Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, yaitu yang ketika mereka ditimpa musibah mereka mengucapkan: sesungguhnya kita semua ini milik Allah dan sungguh kepadaNyalah kita kembali.” 4. Surah Al-Baqarah, ayat 216. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” 5. Surah Al-Insyirah, ayat 5: “Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” Kawan-kawan, Allah kata semua ada jalan. Maka kita jalan terus sahaja. Terus berusaha, terus belajar, terus merendah diri, terus yakin dan terus tanpa putus asa melakukan lebih banyak lagi kebaikan. Kita mungkin hilang rasa sakit apabila kerap kali ditimpa ujian. Dan sampai waktu sudah kebal dengan berbagai cabaran, kita dah tahu saat mana perlu elak, waktu mana kena buka pencak. Ujian datang sebab Allah masih sayangkan kita. Tak biarkan kita dan mahu kita tempuhi semua sebab Allah tahu hati kita bagaimana. Begitulah. Terus buat baik gais. Terus tulis yang baik-baik di media sosial kalian, bangunkan #content yang sesuai dan sentiasa membawa manfaat. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Jika kamu berkawan dengan 3 orang alim, maka kamu akan jadi yang ke-4. Jika kamu berkawan dengan 3 orang kaya, maka kamu akan jadi yang ke-4. Jika kamu berkawan dengan 3 orang positif, maka kamu akan jadi yang ke-4. Jika kamu berkawan dengan 3 orang rajin, maka kamu akan jadi yang ke-4. Jika kamu berkawan dengan 3 orang yang tak pernah putus asa, cekal, kuat semangat, sentiasa bermotivasi, maka kamu juga akan jadi yang ke-4. Susunlah apa sahaja, memang kamu akan jadi yang seterusnya. Pilih kawan untuk kamu jadi kamu. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, ❤️

Siapa ada modal RM360, kalian boleh whatsapp saya di 0122117994 untuk jadi ejen biskut mazola kami. Ha gitu. Kami sedang recr
Siapa ada modal RM360, kalian boleh whatsapp saya di 0122117994 untuk jadi ejen biskut mazola kami. Ha gitu. Kami sedang recruit kembali ejen batch ke-2. Biskut tak boleh kurier, wajib ada transport nak mai ambil di Bangi.

3 fasa negatif yang kita boleh ubah kepada positif: 1. Fasa permulaan. - waktu ini serba serbi tak kena. Buat itu kena ketawa. Buat ini kena gelak. Normal. Jalan terus dan fokus. - waktu ini juga ramai akan cakap belakang, kata kita bodoh, kata kita bongok dan sebagainya. Pekakkan telinga dan jalan terus! 2. Fasa mendaki. - fasa ini bukan sahaja mental kena kuat. Diri juga kena tahan semua kepenatan. Nak grow memang kena banyak berdiam dan memaksa diri pergi berperang siapkan semua. Tidur tak cukup, termis makan dan sebagainya. Malah nak duduk dengan keluarga pun payah. - namun kena jalan terus! Fasa yang ini kena kuat! Kita letak dalam kepala "ujian hebat untuk orang hebat!" 3. Fasa mendapat hasil. - ujian terdekat ialah ramai mula tiru. Tak payah bimbang, mereka takkan capai pada tahap pertama lagi. Mereka akan cakap nak buat namun mereka takkan mampu sampai ke fasa ke-2. - apabila kita ditiru itu tandanya kita buat benda betul. Jadi fokus, terus belajar dan pastikan kita sentiasa update ilmu dan berguru. - guru akan nampak salah silap kita. Itu paling penting. Bukan cakap orang luar yang tak tahu apa-apa. Jadi fokus berguru! Kalian kena ingat, apabila kita tanam pokok. Benih itu diam-diam sahaja ada di dalam tanah. Tak ada bunyi hiruk pikuk pun. Sangat sunyi. Kita baja, kita siram, tahu-tahu dia tumbuh. Itulah "diam" yang kita nak. Itulah maksud diam-diam berisi. Kena beringat, hanya pokok patah atau tumbang sahaja akan berbunyi kuat. Jadi hati-hati membuat bising semasa menyemai dan membaja. Biar kita sahaja tahu apa hasilnya, bukan orang lain. Saya dah berbuah, semua orang nampak. Waktu itu baru mereka tahu diam-diam kita adalah diam yang orang kepingin. Waktu itu baru mereka terkejar mahu belajar. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 💪

Rutin ringkas orang berjaya: - bangun awal. - tahu apa yang nak dibuat pada hari tersebut. - menunaikan kewajipan kepada Alla
Rutin ringkas orang berjaya: - bangun awal. - tahu apa yang nak dibuat pada hari tersebut. - menunaikan kewajipan kepada Allah terlebih dahulu. - menunaikan kewajipan kepada keluarga terlebih dahulu. - menunaikan kewajipan kepada majikan dan tempat kerja. - pergi kerja dengan semangat dan tanggungjawab. - pulang kerja dengan harga diri dan penuh kekuatan kembali kepada keluarga. - tidur dengan penuh rahmat dan kemaafan. Dari mata kasar, nampak rutin itu adalah untuk orang lain. Namun, jika dilihat itulah kekuatan seseorang untuk dirinya sendiri. Dia berjaya kerana dia ada rutin hebat yang sentiasa mendahului jiwanya untuk jadi terbaik setiap hari. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Kita tentukan rutin kita.

Tahniah Malaysia! Selamanya #HarimauMalaya! Selamanya #HarimauMalaya! Selamanya #HarimauMalaya! Selamanya #HarimauMalaya! Selamanya #HarimauMalaya! 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾 🐅🐅🐅🐅🐅🐅🐅🐅🐅

1 hari lagi gais! Kelasnya esok jam 8.30 malam secara Zoom! Jom belajar bagaimana saya sentiasa ada content untuk dimuat naik
1 hari lagi gais! Kelasnya esok jam 8.30 malam secara Zoom! Jom belajar bagaimana saya sentiasa ada content untuk dimuat naik di FB saya. Saya dan Mohd Faisal Yusuf akan ajar bagaimana dari 1 topik kepada ribuan posting. Jom gais. Kelas murah ja RM75! Klik sini: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

Orang hebat, dia menang waktu pagi. Kawan-kawan, pada setiap kali kita bangun tidur, kita "check in" diri kita untuk mengadap Allah. 1. Bangun tidur dengan doa: اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَحْيَانَا بَعْدَمَآ اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan” Selepas itu bersihkan diri. 2. Solat sunat sebelum subuh: Ini seperti mana yang disebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA, sabda Nabi SAW: رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا Maksudnya: Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya. Riwayat Muslim (725) 3. Menunaikan solat subuh, lagi baik berjemaah. 4. Memberi sedekah pada waktu subuh. 5. Berselawat sebanyak-banyaknya ke atas Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam. 6. Mengaji sekurang-kurangnya 1 helai Al-Quran. 7. Menyediakan makanan kepada ahli keluarga terdekat dan seterusnya. - antara penyebab kebahagiaan dalam keluarga adalah adanya kecukupan makanan. Sesiapa yang berlumba menyediakan makanan dan memberi isi kepada mana-mana perut pada waktu pagi, dia beroleh pahala besar pada awal pagi juga. Ia termasuk kepada haiwan peliharaan atau mana-mana makhluk Allah yang lain. - sesiapa yang berebut sediakan, dia beruntung besar. Sebab itulah kalau kita lihat emak ayah kita berebut nak sediakan sarapan. Sama ada emak nak masak atau abah nak pergi beli. Mereka tahu keutamaan ini. Kawan-kawan, Nak Allah murahkan rezeki, kita dahulu kena pemurah. - pemurah dalam beribadah. - pemurah dalam mengingati Allah. - pemurah dalam berkeluarga. - pemurah dalam berkomuniti. - pemurah dalam bersahabat dan berkawan. Kemurahan rezeki adalah dari apa yang kita usahakan. Kita tentukan melalui hati, jiwa, perlakuan dan tindak tanduk kita. Usaha sebaiknya waktu pagi, itu permulaan kepada hati yang indah. Andai diuji pada hari tersebut walau sudah berbuat sehabis baik, ketahuilah itu tanda diri kita mahu diangkat lagi tingkatnya, mahu lebih matang, mahu lebih rasional mahu lebih hebat lebih banyak bantu lebih ramai orang lagi. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah!

2 hari lagi gais. Kelas akan berlangsung pada 15hb Jun ini. Kita belajar bagaimana nak bina bank content okeh! Lekas klik sin
2 hari lagi gais. Kelas akan berlangsung pada 15hb Jun ini. Kita belajar bagaimana nak bina bank content okeh! Lekas klik sini: https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001 https://khmonecookies.com/shop/000001

photo content
+3

Gais. Ini scammer. Ini syaiton. Ini bukan sayaaaa! Saya mana reti pelaburan begini. Saya ada kilang biskut gais. Jangan terti
+3
Gais. Ini scammer. Ini syaiton. Ini bukan sayaaaa! Saya mana reti pelaburan begini. Saya ada kilang biskut gais. Jangan tertipu okeh. Mereka ini syaiton! Syaitonnnnn! Jahat ya amat scammer ini haih!

Pandai buat karipap, jual karipap. Pandai buat agar-agar, jual agar-agar. Pandai buat nasi lemak, jual nasi lemak. Emak saya pernah jual aiskrim Malaysia di tepi tingkap dapur. Budak sekolah balik lalu tepi rumah akan ketuk dan emak jual. Berapa sen sangatlah waktu itu. Kami berdua juga pernah jual nasi lemak tepi jalan bersama-sama tahun 1998. Seawal 4 pagi emak dah bangun memasak. Emak tak berhenti cuba buat kek dan biskut, lebih 30 tahun emak terima tempahan-tempahan dari kawan rapatnya. Kawan-kawan, Buat sahaja. Itu paling penting Kalau belum kaya dengan duit, kita kaya pengalaman. Saat Allah beri kepada kita peluang untuk membesarkan semuanya, kita dah ada segala skill dan pengetahuan. Pergi belajar, cari guru, cari mentor. Luaskan ilmu, panjangkan silaturrahim, lebarkan pandangan. Terima sebanyak-banyaknya keindahan dalam proses nak berjaya. Kawan-kawan, kalau semalam tak buat, hari ini kita mula. Kalau 10 tahun dulu tak mula, hari ini masih lagi boleh bermula. Selagi hidup, tak kira umur berapa, selaga bernafas, kita masih boleh berusaha! Kalau dah tak boleh nak buat apa-apa, mula ja jadi ejen sesiapa, jadi dropship dulu, belajar sahaja semuanya! Ambil keyakinan dari leader. Ambil ilmu-ilmu mereka buat penguat dalam perjalanan nak majukan bisnes! Tenang sahaja ambil langkah kecil. Berhenti lihat orang lain. Lihat diri sendiri sahaja. Apa akan jadi 1 tahun, 5 tahun akan datang adalah apa yang kita nak mulakan hari ini. Bangkit gais! Bismillah! Khairul Hakimin Muhammad 💪

Siap sudah! Kari Ayam Biryani! Hihi resipi di wall FB okkeeeh
Siap sudah! Kari Ayam Biryani! Hihi resipi di wall FB okkeeeh

Saya belajar memasak jap dengan emak. Teka masakan apaaaaa. Haaa dah siap nanti saya letak resipinya di wall FB okeh. Siapa t
Saya belajar memasak jap dengan emak. Teka masakan apaaaaa. Haaa dah siap nanti saya letak resipinya di wall FB okeh. Siapa tahu resipi apa ni?

Apapun yang kita susun di media sosial ini, kena letak dalam kepala, pastikan ia memberi manfaat. Walau #content kecil yang buat orang ketawa, maka kalian adalah orang yang sedang beri sesuatu kepada orang lain. Tulis resipi, ilmu. Tulis hal berkebun, ilmu. Buat video lipat kain, ilmu. Buat tutorial deko, ilmu. Siapkan mengemas rumah, ilmu. Walau ia sekecil-kecil hal, jika perkongsian itu bermakna dan memberi manfaat, ia pahala. Media sosial ini tiada limit kawan-kawan. Maka jadikanlah ia medan nak raih sebanyak-banyaknya pahala walau hanya ilmu itu sahaja yang kita tahu. Jadilah orang yang apabila dia tak muncul di wallnya, kita rindu. Apabila dia dah tak ada nanti, kita terus menerus memberi doa kepadanya. Tidaklah kita jadi kaki maki, kami hamun, kaki berbuat jahat, itu semua akan kembali kepada kita apabila kita tiada nanti. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

5 Perkara teknikal yang wajib dibuat jika menulis #content di media sosial. 1. Buat perenggan pada setiap 4 atau 5 baris ayat. 2. Perenggan itu mesti terputus dengan perenggan seterusnya. 3. Seperti ini. Ia terputus dengan nombor 2. 4. Gunakan ejaan yang betul. Walau dalam DBP ada singkatan yang dibolehkan, namun fungsi “see translation” di Facebook masih tidak dapat kesan perkataan apa yang ditulis melalui singkatan. 5. Jika tulisan kita boleh dibaca dengan baik melalui banyaknya bahasa (menggunakan see translation) maka akan lebih ramai audien mendapat manfaat. Tak kisah anda nak tulis apa untuk dapatkan crowd. Resipi, hal memancing, bersukan, jaga badan, tips pakai tudung dan sebagainya, yang penting beberapa hal teknikal ini anda jaga baik-baik. Ia memudahkan audien membaca dan audien akan rasa suka, rasa selesa dengan posting kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Suka tulis panjang-panjang namun masih orang baca. #KHM Tips ini hanya ada di Channel Telegram KHM.