ch
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

前往频道在 Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

显示更多

📈 Telegram 频道 Khairul Hakimin Muhammad 的分析概览

频道 Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 36 301 名订阅者,在 营销与公关 类别中位列第 285,并在 马来西亚 地区排名第 906

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 36 301 名订阅者。

根据 20 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -389,过去 24 小时变化为 -8,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.78%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.02% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 3 187 次浏览,首日通常累积 734 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

凭借高频更新(最新数据采集于 21 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 营销与公关 类别中的关键影响点。

36 301
订阅者
-824 小时
-957
-38930
帖子存档
Rezeki betul dapat feedback positif macam ini lepas kami adakan kelas. Syukur Alhamdulillah! Selepas habis Content Mapping Ma
Rezeki betul dapat feedback positif macam ini lepas kami adakan kelas. Syukur Alhamdulillah! Selepas habis Content Mapping Masterclass, biasanya idea peserta akan bercambah-cambah. Semua lorong dan jalan buat content mereka semua nampak. Sama seperti doktor ini, beliau nampak untuk hasilkan banyaknya idea dan content jadi lebih mudah, cepat dan tersusun. Apa yang beliau buat adalah belajar selama 1 hari untuk melihat strategi menyusun content sehinggalah kepada pengurusan content di media sosial. Content Mapping Masterclass bakal berlangsung esok hari, kalian masih sempat daftar hari ini. Jika tidak boleh hadir, rakaman kelas kami sediakan. Tekan link ini terus: https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH https://bit.ly/3HjG2cH

Peristiwa ini ubah hidup saya dari tahun 2014. Semasa saya mula pergi ke kelas-kelas, saya teringin jadi orang itu, nak jadi orang ini. Apabila follow orang itu, saya akan mula ikuti perkembangan dia. Dan akan buat apa saya yang dia buat. Ikut ikut ikut. Suatu hari, saya berjaya ikuti kelas dia dan saya dapat jumpa dia semasa waktu makan. Waktu itu follower saya tak sampai 3,000 orang pun. Saya bawa brownies saya, saya minta dia rasa dan saya berharap sangat dia cakap sedap dan saya siap cakap "Tuan orderlah ya. Kira support saya punya bisnes. Tuan dah power, kena tolong kami-kami yang baru nak berniaga ni." Beliau senyum. Ambil sepotong brownies yang saya bawa dan beliau makan. Beliau kata sedap. Kemudian beliau cakap ini kepada saya: "Selama kamu follow saya, berapa banyak produk saya kamu beli? Produk apa yang kamu suka sekali? Paling suka?" Saya terkejut dengan soalan itu. Saya pun jawab "maaf tuan, boleh tak saya beli hari ini?" Dia ketawa dan cakap "kamu sendiri tak support produk saya dan saya perlu support produk kamu? Sifirnya mudah sahaja, Allah akan pemurah dengan orang pemurah. Allah akan banyak memberi kepada orang yang banyak memberi, Allah akan beri pertolongan kepada orang yang sering beri bantuan. Kalau kita nak orang support sebab kita baru bermula, sebab kita masih tak hidup senang, sebab masih tak ada modal untuk iklan bagai, pastikan kita minta dengan orang yang kita pernah support. Sekiranya masih tak dapat sokongan, cek diri kita. Apa yang kita minta, apa hubungan kita dengan Allah, apa hubungan kita dengan orang itu. Adakah sebelum ini kita support dia sebab kasihan? Atau kita memburuk dia selepas kita support dia? Cuba tanya diri kita sendiri." Beliau bercakap di meja makan yang ada orang lain. Baki brownies yang ada di tangannya disuapkan sekali lagi ke mulutnya dan beliau cakap "saya nak 10 kotak, hantar minggu depan boleh? Beza saya dengan kamu ialah kamu tak support bisnes saya, tapi saya tetap support bisnes kamu." Zass kena lagi. Kawan-kawan, Ini pelajaran yang saya takkan lupa. Kita tanya diri kita apa yang kita nak. Bukannya tak habis-habis mengharap orang lain untuk sokong apa kita buat. Kita nak orang support, maka kita dulu kena support. Kita nak orang tolong, maka kita dulu kena tolong, Kita nak orang bantu, maka kita dulu kena membantu. Sudah-sudahlah tarik muka kalau kita minta bantuan, orang tak peduli. Entah-entah ia sebab kita. Tanya diri bagaimana kita solat, awal ke lambat. Laju ke tenang. Betul ke salah. Tanya diri juga bagaimana hubungan dengan keluarga, dengan kawan. Dengan sesiapapun. Tanya semua. Kemudian baru mula meminta support. Kawan-kawan, Kita mula sama-sama. Ingat, kita nak sesuatu, sesuatu itu jugalah kita kena beri dulu. Baru kita dapat hasilnya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. ❤️.

-Family tak support pun saya, kenapa saya nak kena bantu family? - Kawan-kawan mana peduli masa saya susah, kenapa saya nak kena tolong depa pulak? Ini antara contoh mudah hati kita masih sakit. Mahu sakit sekejap, tak mengapa. Namun kalau dah berubat, dah sembuh, kena berubah. Kita dah berjaya, Allah dah beri kita jiwa yang super kuat, maka: - bantu sahaja semua orang. Sama ada dia pernah sakitkan hati kita dulu kala, sama ada dia tak pernah support, sama ada dia pernah buat begitu begini, bantu sahaja. - membantu adalah perbuatan baik. Berdendam takkan selesaikan sakit di hati. Apabila kita hulur sahaja bantuan, maka terlerai rantai besi syaitan di hati kita. Syaitan akan menangis dan menjerit kita berjaya lawan dia. - bantu orang tak bantu kita ini perbuatan super mulia. Saat kita susah, dia tak peduli. Saat kita senang, kita peduli tentang dia. Bab dia nak hargai atau tak, bukan hal kita. Kita selesaikan bahagian kita sahaja. - kita sering cakap adik beradik mana peduli sangat tentang kita. Gais, mereka juga ada kehidupan yang kita tak tahu menahu. Sangka baik sahaja. Jika mereka bantu, syukur. Jika mereka tak bantu, pun syukur. Yang penting apabila kita dah berjaya dan mampu bantu, kita bantu sahaja tanpa alasan. - menghulur, memberi, menyerahkan tenaga, wang, hadiah, atau apa sahaja pemberian adalah kebaikan. Kebaikan pula Allah janjikan pahala. Dan dengan pahala itu sahaja akan jadi tiket untuk dibawa timbang nak masuk ke syurga. Maka buat baik sahaja. - sekiranya kita ada pengalaman sangat buruk dan teruk dengan keluarga, apabila kita dah berjaya, membantu mereka semula adalah sebuah kepuasan ya amat sangat. Hati kita tenang, jiwa kita lapang. Bab mereka nak cakap apa, lantakkan. Yang penting bahagian kita dah pun selesai. Ingat, dunia ini sekejap sahaja. Bahagian dalam kubur dan perjalanan sirat itu yang sangat lama. Fikir baik-baik mana buruk mana baik, mana nak menangkan syaitan atau menangkan diri untuk berjaya dapat tiket ke syurga. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Buat baik sahaja.

Betul ke kalau kerap memuji ia akan jadi toksik? Hehehe. Tak semestinya gais. Perbuatan memuji ini bersangkut paut dengan hati. Jika benar kita ikhlas, maka pujian itu akan beri kelapangan hati. Sama ada yang beri atau yang terima, mereka boleh sedar ia membawa kepada kerendahan diri. Merasa Allah itu memberi dia peluang untuk jadi lebih baik lagi dan lagi. Jika tidak ikhlas, sama ada yang beri atau yang terima, boleh jadi sebabkan orang-orang itu makin sombong. Makin ego, makin bongkak. Saya puji anak saya sekiranya dia buat benda betul. Saya sokong dan saya dorong dia supaya konsisten buat. Dalam masa sama saya beritahu dia pujian itu untuk diri dia pegang dia dah buat benda betul. Ia bukan untuk dibangga-banggakan di luar rumah atau di mana-mana. Ia adalah antara kita dan Allah sahaja. Saya nak dia tahu saya bangga dengan dia. Kawan-kawan, Janganlah sebab kita toksik, kita nampak semua benda baik itu toksik. Orang toksik dia tak perasan dia toksik. Dia hilang keluarga, dia hilang kawan, dia hilang semua dan dia kata semua orang itu adalah toksik bagi dia. Jadi dia nak menyendiri. Bagi dia sendirian itu lebih baik dari semuanya. Boleh jadi bersyukurnya orang sekeliling melihat dia sendiri. Haha. Kalau tidak, semua orang tak aman dengan adanya dia di sisi semua. Kadang-kadang kena lihat juga siapa sebenarnya toksik. Kita nak berdoa pun memuji Allah. Kita nak mulakan majlis pun kita memuji para tetamu. Kita nak masuk rumah orang pun kita memuji-muji dan mengucap kebaikan. Takkanlah semua itu toksik. Pujilah anak, puji keluarga, puji team, puji kawan, puji kebaikan sesiapa pun, puji jiran. Puji pasangan. Tak ada toksiknya. Waktu kita perlu tegur kesilapan dia, kita tegur. Itu sebaiknya. Waktu dia buat baik, dia penuh kesantunan dan kelebihan, puji dia. Kawan-kawan, Kalau kita nak ada banyak doa untuk kita, perbanyakkan dalam hati perkara-perkara baik. Puji-pujian kepada Allah itu kebaikan. Bercakap baik tentang orang juga kebaikan. Kita pilihlah nak doa kebaikan atau nak orang angkat tangan berdoa supaya kita ini disisihkan. Kita pilih. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jaga hati sendiri kawan-kawan. Penuhi dengan pujian kepada Tuhan.

YA AMPUN! 3 SEAT LAGI GAIS! Copywriting Power Masterclass dijalankan secara Zoom Live pada 8.30 malam ini. Kapten Hamk akan m
YA AMPUN! 3 SEAT LAGI GAIS! Copywriting Power Masterclass dijalankan secara Zoom Live pada 8.30 malam ini. Kapten Hamk akan membimbing kalian bagaimana menulis copywriting sales dan tarik crowd kaw-kaw punya! Tak sempat hadir malam ini, rakaman disediakan. Lekas daftar segera di sini: https://bit.ly/31Nct48 https://bit.ly/31Nct48 https://bit.ly/31Nct48

Waktu saya aktif buat kelas content dulu, ada segolongan yang benci dan sentiasa buat posting sindir dan perli. Mereka kata saya dan cikgu lain punca kepada mereka yang buat produk timbang kilo, yang jadi penyebab ramainya orang berniaga entah apa-apa dan sebagainya. Kebencian itu diluahkan dan sampai jadi kempen membahan kami yang buat kelas untuk content, socmed, bisnes dan sebagainya. Apabila ada orang tanya kenapa saya masih teruskan walau kena bahan, kena kecam bagai, jawapan saya ini sahaja: Itu yang kita pandang side negatif. Kami pada waktu itu tak bertanya mereka datang dari mana dan kami juga tak siasat mereka belajar untuk apa. Peserta bukan seorang dua. Cecah ratus, cecah ribu. Namun kami jalan terus kerana: - ada ratusan professional yang belajar dan kini mereka kemudi socmed dengan tulisan bagus, video bagus dan mereka jadi contoh ilmu baik ini akan jadi baik jika digunakan dengan betul. - ada ribuan orang bisnes jual makanan, jual servis, jual pakej umrah haji, produk agama, buku dan sebagainya yang berjaya dan kini membina empayar. - ada ribuan kawan-kawan yang berjaya gunakan apa yang dikongsi dalam kelas untuk bantu orang lain buat NGO dan sebagainya. Kawan-kawan, Kalau kita pandang benda negatif, kita nampak itu sahaja dan kita mula tak mahu teruskan. Kalau kita pandang side positif, kita jadi kuat. Lalat akan nampak najis sahaja. Itu sifat semulajadi mereka. Kalau kita tak berhenti fikir benda tak elok, maka kita takkan guna pisau nak potong buah. Orang negatif dia akan nampak pisau itu boleh bunuh orang bunuh kucing dan sebagainya, padahal pisau boleh potong bawang di dapur cantik dia untuk dia masak dan hidang kepada suami dia. Ha gituh. Berhenti dengar cakap negatif orang lain. Dia nak tulis, dia punya hal. Kita, dah baca, senyum dan jalan terus. Lagi power tak yah baca terus. Haha. Walau kini saya hanya sediakan kelas secara sangat terpencil (bagi yang mahu buat secara kelompok kecil sahaja) dan kelas terbuka dikendalikan sepenuhnya oleh editor saya, saya tetap bertegas ilmu yang saya ada ini saya nak ia jadi baik. Tidaklah sesekali mereka guna untuk keburukan dan kerosakan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Fokus kebaikan!

ALAMAK! TINGGAL 6 SEAT SAHAJA LAGI GAIS! Copywriting Power Masterclass dijalankan secara Zoom Live pada 8.30 malam ini. Kapte
ALAMAK! TINGGAL 6 SEAT SAHAJA LAGI GAIS! Copywriting Power Masterclass dijalankan secara Zoom Live pada 8.30 malam ini. Kapten Hamk akan membimbing kalian bagaimana menulis copywriting sales dan tarik crowd kaw-kaw punya! Tak sempat hadir malam ini, rakaman disediakan. Lekas daftar segera di sini: https://bit.ly/31Nct48 https://bit.ly/31Nct48 https://bit.ly/31Nct48

Fokus hari ini: 1. Jika semasa keluar dari rumah tertinggal barang, bertenang, tarik nafas dan senyum, Allah sengaja nak minta kita masuk semula, keluar semula dengan lebih energy dan semangat. 2. Dah dalam perjalanan, ada pula kereta atau motor main sailang atau tak guna signal, senyum sahaja dan cakap kepada diri "aku takkan buat begitu." 3. Sampai tempat kerja, tak ada parking pula. Bertenang dan cari. Jumpa pula jauh ya amat, terus tenang dan positif mesti Allah nak suruh kita sihat berjalan sikit pepagi begini. 4. Dah sampai di meja kerja, sarapan pula tertinggal dalam kereta. Kuang kuang kuang. Tenang, pergi ambil jalan lenggang kangkung dan zikir Lailahaillallah sebanyak-banyaknya! 5. Dah duduk di tempat kerja semula, baca doa dan mula kerja. Ini senarai contoh sahaja kawan-kawan. Kita ini suka nak setkan dalam kepala nak positif, namun Allah bergurau dengan kita dengan beri banyaknya ujian comel-comel. Nak tengok kita kalis tak dengan apa yang kita set tadi. Tenang gais, semua Allah beri. Seronok apabila kita dah diberi ujian atas apa yang kita kerjakan. Kita dapat rasa "sentuhan" Allah itu kepada kita. Cubalah setiap hari, dalam tempoh 24 jam, bercakap, berfikir dan berbuat perkara positif, lihatlah apa yang Allah uji, hadap hemah-hemah dan dah balik ke rumah tengok diri kalian, apa yang dah berubah. Ubah perasaan nak marah, lekas naik hangin kepada perasaan yang mendoakan diri dan orang lain. Serius best! Kalian akan alami kebahagiaan dan kedamaian hati! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Positif! Bismillah.

Ada ke orang Tampin di sini?
Anonymous voting

Antara persamaan amalan orang-orang kaya dan berjaya yang saya jumpa sebelum ini adalah mereka "buang perasaan". Sebelum PKP 2 tahun lepas, saya sempat berjumpa dengan beberapa tokoh. Lebih dari itu dapat minum dan bersembang dengan mereka dan boleh kata mereka sebut benda yang hampir sama iaitu membuang perasaan. Maksud perkataan itu ialah: 1. Buang perasaan tak dibantu keluarga, buang perasaan tak dibantu emak ayah, buang perasaan tak dibantu adik beradik, buang perasaan tak dibantu pansangan, tak dibantu anak-anak, buang perasaan tak dibantu sepupu, emak ayah saudara dan sebagainya. - hal mereka nak bantu kita atau tak, walau kita meminta pertolongan, itu hak mereka nak bantu atau tak, kita takkan boleh berasa hati. Setiap orang ada hak untuk memilih. Terus bersyukur masih ada keluarga. Tak perlu patah hati atau kecewa. 2. Buang perasaan tak dibantu kawan baik, teman rapat atau sahabat. - mereka juga ada kesusahan, sama ada mereka boleh bantu sepenuhnya, atau hanya boleh bantu separuh, tetap bersyukur ada kawan baik dan teruskan berbaik. 3. Buang perasaan tak dibantu majikan, bos, rakan sekerja atau sesiapa yang kita jumpa setiap hari. - mereka juga ada kerja sendiri yang perlu disiapkan. Pastinya mereka juga ada tanggungjawab mereka sendiri. Bersyukur masih ada team yang hebat dan kuat. Kawan-kawan, Apabila kita ada perasaan ini, maka kita sendiri akan bergerak dan mencari pertolongan dari Allah. Kebergantungan kepada Allah itu semakin tinggi dan kita yakin Allah akan bantu kita. Kalian jumpalah sesiapa pun orang kaya dan berjaya, mereka pasti cakap: Sayang keluarga, sayang sahabat baik, sayang partner, sayang team. Bersyukur mereka semua ada di sekeliling kita. Yang penting, kita bantu mereka. Bab mereka tak mahu membantu, tak boleh membantu, itu hal mereka, itu hak mereka. Namun kita, kita bantu sehabis daya. Itulah kekayaan hati yang kita ada. Kawan-kawan, hari ini ramai yang lembik dan hati kaca apabila dia bantu keluarga dia, bantu sesiapa sahaja, keluarga atau kawan dia tak ucap terima kasih pun dia nak berasa hati. Sedangkan hak orang itu nak ucap ke tak. Bab orang itu bersyukur atau tak, bukan hal kita. Tak perlu fikir semua itu. Kita bersyukur kita dapat bantu. Kita beza dan kita tahu mereka perlu dibantu. Jadi bantu sahaja. Nak murah rezeki, nak ketenangan hati, berhentilah rasa nak dihargai apabila kita menghulur. Kita hanya perlu cakap kepada diri kita "alhamdulillah, tugas aku dah pun selesai, terima kasih Ya Allah gerakkan hati aku untuk buat semua ini." Kawan-kawan, Mula hari ini, belajar "buang perasaan". Mula terus pagi ini. Belajar membantu tanpa ada rasa perlu dibantu. Kita yang kawal hati kita, kita yang tentukan jiwa kita nak aman atau tenang atau tak. Selainnya serah kepada Allah. Kita bahagia apabila kita buat baik, Tak perlu kita ada tanggungjawab untuk bahagia apabila mahu orang buat baik kepada kita. Bahagia kita, kita yang tentukan. Iya, Bahagian kita dah selesai apabila kita hulur tangan, bab mereka nak hulur kepada kita atau tak, tak perlu fikir, tak perlu masuk dalam kepala, kita tak boleh ubah orang lain untuk sama seperti kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mula saat ini, tanam mind set dan buang perasaan! Bismillah. 🥰

Fuhhh! Tinggal 15 seat sahaja gais! Lekas daftarkan diri kalian ke Copywriting Power Masterclass gais! Kalian akan belajar ba
Fuhhh! Tinggal 15 seat sahaja gais! Lekas daftarkan diri kalian ke Copywriting Power Masterclass gais! Kalian akan belajar bagaimana membina struktur ayat copywriting power untuk sales dan tarik followers! Kelas diadakan esok malam, lekas tekan link ini: https://bit.ly/31Nct48 https://bit.ly/31Nct48 https://bit.ly/31Nct48

Kawan-kawan, Kita tambah kebaikan dalam memberi: 1. Jika dah biasa beri emak ayah RM50 sebulan, tambah jadi RM100 sebulan. Jika dah biasa beri emak ayah RM300 sebulan, tambah RM350 sebulan. Tambahlah suka hati berapa, janji tambah. 2. Jika sebelum ini tak biasa membantu adik beradik kerana tahu mereka juga bergaji dan bekerja, tahun hadapan bantu terus. Lantakkan mereka ada duit atau tak, asal jumpa, kasi duit ke anak-anak mereka. Sikit pun tak mengapa. 3. Jika tahun lepas jumpa pengemis / peminta sedekah datang ke meja makan kita di restoran kita beri RM1, tahun ini kita dah setkan untuk kasi RM2-5. 4. Jika tahun lepas dah terbiasa bawa duit kecil RM1, RM5 ke masjid solat jumaat, tahun ini kena cuba bawa RM10, RM20, RM50 pula. 5. Jika tahun lepas setahun sekali belikan sarapan atau makan-makan dengan kawan sepejabat, tahun ini cuba buat sebulan sekali. 6. Jika tahun lepas belanja orang rumah makan di luar atau kasi hadiah sempena itu ini sahaja, cuba buat sebulan sekali pula. 7. Dan jika tahun lepas kita hanya jemput jiran makan-makan time raya kerana terlalu sibuk, kita kena usaha beri hadiah kepada mereka mana yang boleh kesempatan waktu. Usaha! Apa yang kita beri, nampak macam habis. Namun disebalik semua itu, ada rezeki lain pula menanti. Memberi ini sifatnya menambah bahagia. Orang yang bahagia, akan doakan kebaikan untuk kita. Berbanyak memberi, akan banyak juga Allah mencurah-curahkan rezeki untuk kita. Jika kita hadkan kepada sekian-sekian, tak bertambah dan tak berubah, agak-agak mahu ke tidak Allah menambah dan mengubah rezeki kita? Kita jawab sendiri okey. Kita adalah kunci kepada banyaknya pintu rezeki. Sikit kita buka, sikit kita dapat, banyak kita usaha, banyak juga kita berjaya masuk ke dalam pintu-pintu tersebut. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat baik, Allah suka.

Belajar buat copywriting power untuk 10,000 followers pertama dan buat jualan sehingga 5-7 figures! Segala-galanya, kami deda
Belajar buat copywriting power untuk 10,000 followers pertama dan buat jualan sehingga 5-7 figures! Segala-galanya, kami dedahkan dalam Copywriting Power Masterclass ini yang akan diadakan secara Zoom Live pada esok malam (8.30 sehingga 10.30 malam). Rakaman disediakan. Kalian akan belajar bagaimana membuat struktur penulisan media sosial untuk beri inspirasi, informatif dan 5 rahsia formula copywriting sales paling mudah! Kapten Hamk akan bimbing kalian satu persatu ya, beliau siap beri akses copywriting review selama seminggu tau! Ada 19 seat sahaja lagi. Lekas daftar di bawah: https://bit.ly/31Nct48 https://bit.ly/31Nct48 https://bit.ly/31Nct48

Perkara penting yang perlu diingat apabila ada masalah datang kepada kita: 1. Lebih lama masalah itu ada dalam kepala, lebih berat dan lebih penat kita menghadapinya. Keluarkan ia dengan mencari solusi. 2. Ia adalah proses. Perkara pertama perlu dibuat ialah letak dalam kepala yang hal itu akan berlalu. Yang belum kita tahu ialah cepat atau lambat sahaja. 3. Selama kita mencari solusi, belajar untuk terima masalah tersebut adalah untuk kuatkan kita lagi. Masalah besar hari ini adalah untuk hadap ujian akan datang. 4. Down, stress, penat, semuanya normal. Wajib ada perasaan, perlu menjiwai, sentiasa dalam kepala dan hati yang Allah berikan semua ini untuk kita hadap. Kerana ujian setiap hamba berbeza. Maksudnya dah tentu Allah prepare ujian untuk kita adalah custom made. Sangat istimewa. Jadi hadap dengan memohon pertolongan dari Allah, meminta petunjuk, meminta jalan, meminta bantuan, meminta kemudahan dan kesenangan dalam menghadapi semua ujian tersebut. 5. Ramai orang berjaya hari ini ialah kerana dia lalui semua proses itu dengan sabar dan percaya Allah ada. Sabar di situ bermaksud cari jalan dan trust the process. Kawan-kawan, Kita semua ada masalah tersendiri. Antara doa makbul adalah doa sesama kita namun kita doakan mereka secara diam-diam. Kita tahu dia ada masalah, kita tahu kita juga ada masalah. Maka semasa kita hadap masalah kita, semasa kita berdoa untuk kita, kita juga memohon Allah kurangkan keperitan saudara kita, kawan kita dan semua yang kita kenal. Kita mohon Allah mudahkan semua urusan mereka. Apa sahaja doa baik kita panjatkan kepada Allah untuk saudara, rakan atau teman kita, doa yang baik itu jugalah akan kembali kepada kita. Kadang-kadang kita lupa, kita tidak berada dalam doa orang lain adalah kerana kita juga tak meletakkan mereka dalam doa kita. Allah yang campak ingatan itu, Allah juga boleh beri semua ingatan itu semasa kita panjatkan doa. Sentiasa berusaha cari jalan dan sentiasa berdoa. Sama-sama kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Doakan saya juga ya.

Nak kaya, berjaya, suka bantu orang dan sentiasa positif, kita buat ini: 1. Utamakan small wins (bersyukur sentiasa). Tenang sahaja: - dapat bersenam 30 minit sehari. - dapat makan makanan sihat. - dapat pergi kerja. - dapat jual 1-3 balang sehari. - dapat recruit seorang dua dropship sehari. - dapat masuk kelas hal-hal basic. - dapat dengar perkara baik. - dapat belajar berbagai hal setiap hari. - dapat air (kopi / teh) dari pasangan semasa sedang sibuk atau kepenatan. 2. Utamakan yang paling rapat untuk berbuat baik, sedekah, hadiah dan memberi bantuan serta pertolongan: - pasangan. - anak-anak. - emak ayah. - adik beradik - mentua, ipar duai, biras, anak-anak saudara. - jiran-jiran. - team. - sahabat, rakan, teman baik. 3. Sentiasa melafazkan astaghfirullah, bismillah, alhamdulillah, Allah humma solli ala saidina Muhammad, masya-Allah, subhanallah, Allah hu akhbar. - sentiasa rasa berdosa dan nak Allah hapuskan dosa. - sentiasa rasa bersyukur atas apapun perkara yang berlaku. - sentiasa rasa kagum dengan kekuasaan Allah. - sentiasa merindui Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam, mengutamakan sunnah-sunnah baginda. Kawan-kawan, Utamakan 3 hal ini. Nampak kecil, namun sangat beri erti kepada kita setiap hari. Nak kaya, nak berjaya, nak sentiasa hati tenang dan lapang, berusahalah baiki semua perkara. Ia bukan tentang kemahiran buat duit sahaja, perkara sampingan seperti ini sangat hebat menjadi penguat. Kita usaha sama-sama ya. Kita design hidup kita, kita design fikiran kita, kita design apa yang keluar dari mulut dan hati kita. Jaga semuanya ya walau sekecil-kecil perkara. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

TINGGAL 8 SEAT SAHAJA LAGI GAIS! Jangan lepaskan peluang ini, hadir ke Kelas Buat RM10k Dengan Menulis E-Book pada malam ini! Daftar dengan harga serendah RM39.00 sahaja. Terhad sempena Flash Sale sehingga Jam 5 petang ini! Tekan sini: https://bit.ly/32QZ0ZK https://bit.ly/32QZ0ZK https://bit.ly/32QZ0ZK

TINGGAL 18 SEAT SAHAJA GAIS! Fuhh! Laju betul orang duk daftar kelas malam ini. Lekas gais, peluang terhad ya amat. Kita poto
TINGGAL 18 SEAT SAHAJA GAIS! Fuhh! Laju betul orang duk daftar kelas malam ini. Lekas gais, peluang terhad ya amat. Kita potong harga sehingga RM39.00 sahaja gais. Bermodalkan itulah, kalian akan belajar bagaimana dengan menulis e-book, kalian boleh jana sehingga RM10,000 tau! Lekas tekan link di bawah segera: https://bit.ly/32QZ0ZK https://bit.ly/32QZ0ZK https://bit.ly/32QZ0ZK

Sehingga sekarang, saya dah terima sekitar 12 tiket penerbangan percuma untuk travel ke luar negara. Ada lagi dalam 14 saya belum confirmkan nak pergi ke tak. Allah beri rezeki macam-macam. Kita nak duit, Allah beri peluang travel. Kita minta nak expand bisnes, Allah beri ramainya kawan best-best. Kita minta nak sales lebih banyak, Allah beri guru dan mentor yang sentiasa nasihat dan berpesan. Kita minta nak kawan-kawan best, Allah beri team yang sekepala. Mesti ada yang tanya macam mana saya dapat tiket-tiket penerbangan itu secara percuma kan? Dulu saya pernah tulis 26 ebook travel, dari situ ada beberapa syarikat ambil saya sebagai penulis content. Hah, bab tulis ebook ni, nak belajar, join kelas malam ini nah! Sehingga kini saya masih menjadi ghost writer untuk menulis tentang dunia travel kepada beberapa pakej Haji dan Umrah, syarikat travel, penerbangan dan sebagainya. Kawan-kawan, Ada bisnes yang kita tak perlu canang pun kepada sesiapa. Ia datang begitu sahaja. Allah bantu banyaknya cara nak buat itu nak buat ini. Tinggal kita nak buat atau tak sahaja. Sekarang saya tumpu kepada kilang biskut. Dalam masa sama, waktu terluang saya bantu syarikat lain dalam membina copy writing kepada mereka. Semua Allah yang beri. Kita manusia, hamba, nak berjaya kena usaha, tawakkal dan sentiasa yakin Allah akan bantu selesaikan banyaknya masalah kita terutama bab-bab kewangan di musim pandemik ini. Paling penting ialah bersyukur sebanyak-banyaknya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Semua orang berbakat, tinggal nak gunakan atau tak.

FLASH SALE BERMULA 10.00 PAGI HINGGA 5 PETANG SAHAJA! Kelas Buat RM10k Dengan Menulis E-Book ini harga sebenarnya adalah RM79
FLASH SALE BERMULA 10.00 PAGI HINGGA 5 PETANG SAHAJA! Kelas Buat RM10k Dengan Menulis E-Book ini harga sebenarnya adalah RM799. Namun hari ini kita bagi potongan habis-habisan. Cuma RM39.00 sahaja gais. Kelas diadakan pada 8.30 malam melalui Zoom Meeting. Mana yang terlepas, boleh tonton rakaman kelas melalui group support kami. Lekas daftar segera, terhad sehingga 5 petang ini sahaja gais! Seat ada 25 sahaja lagi yang available. Tekan link di bawah: https://bit.ly/32QZ0ZK https://bit.ly/32QZ0ZK https://bit.ly/32QZ0ZK

Semasa dapat duduk dengan VIP yang seorang ini, saya dapat tanya soalan ini. “Tan Sri, macam mana Tan Sri sentiasa ada idea yang best untuk diusahakan. Macam mana boleh ada susunan pemikiran begitu, yang kerap keluar dan dapat jadi perniagaan yang power” Beliau jawab mudah ja, saya beriya catit: 1. Apabila bangun dari tidur, cepat-cepat turun dari katil. Sesaat terbangun itu adalah masa yang sangat berharga. Sebut alhamdulillah atau doa, terus bangkit. 2. Kemudian terus minum 2 gelas air. Beliau minum air masak 1 gelas, 1 gelas lagi ialah air rendaman kismis. Letak kismis sekitar 7-10 biji dalam air sebelah malam, tutup gelas tersebut, pagi esok minum. Air ini untuk flush usus, perut semua. Perut ok, usus ok, kita akan senang dan tajam berfikir. Semuanya berkait rapat. 3. Kalau bangun awal, solat tahajjud. Kalau terlambat, lambatlah macam mana pun, jangan sesekali tinggal solat sunat sebelum subuh. Kemudian solat subuh. 4. Selepas solat subuh, amalkan zikir ini: Astaghfirullah hal azim - 33 kali. Subhanallah wa bihamdih, subhanallah hil azim - 33 kali. Allahhumma solli ala saidina Muhammad - 33 kali. Lailahillallah al malikul hakkul mubin - 33 kali. Lailahaillallah - 33 kali. Subhanallah - 33 kali. Alhamdulillah - 33 kali. Allah hu akhbar - 33 kali. Semua zikir ini ialah memuji Allah. 5. Membaca sekurang-kurangnya 5 muka surat apa sahaja buku. Paling bagus ialah buku kisah kejayaan sesiapa, sejarah, sirah, kisah nabi. Kerana kisah itu berulang kali berlaku dalam hidup kita. Jadi sandaran dan pengajaran besar. 6. Sarapan dengan lebihkan protien seperti telur, jus buah atau jus sayur. Elakkan ambil karbo terlalu banyak. 7. Senaman ringkas sekitar 15-20 minit. Ala yang mudah-mudah ja. Beliau cakap “saya dah tua tapi masih ok alhamdulillah, setiap pagi memang saya stretching dalam 3 minit naik treadmill dalam 10-15 minit. 8. Setiap hari tanya khabar cucu, anak-anak, isteri, keluarga. Tak pernah miss, dalam group whatsapp. Beliau tunjukkan kepada saya group famili beliau memang konsisten setiap pagi sekitar 7pagi Tan Sri akan tanya “Assalamualaikum Cucu Atok semua sekolah ke harini? Tak sekolah mai rumah atok.” 9. Mesti jumpa orang untuk bersembang dalam 1 hari. 20% bercakap 80% mendengar. 10. Setiap kali solat fardhu, wajib lepas solat itu berdoa “Ya Allah, apa sahaja yang aku fikir hari ini biarlah jadi idea yang aku boleh buat, boleh laksanakan, idea yang boleh bantu orang, idea yang boleh kuatkan keluarga dan orang sekeliling Ya Allah.” * Gais, sampai bab doa itu memang buat saya tergamam. Kita selalu lupa sebenarnya kita boleh minta dari Allah untuk dapat semua itu. Allah maha segalanya, minta apa sahaja semua boleh. Kita adalah apa yang kita nak, kita kehendak dan kita perlu. Semuanya atas kita. Sungguhlah kata pepatah “nak seribu daya, tak nak seribu dalih.” Kalau nak, kita usaha, kita minta. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak.