ch
Feedback
Sains Komputer Spmnetic!™ 💻🖱📊

Sains Komputer Spmnetic!™ 💻🖱📊

前往频道在 Telegram

This channel belongs to @thespmneticofficial, and a platform for sharing notes and exercises 🤘🏻 For any enquiries, please directly ask in our discussion group ✨

显示更多
5 139
订阅者
+324 小时
-257
-2530
帖子存档
sql dia same je SELECT fungsi agregat (nama medan) FROM jual

FUNGSI AGREGAT sum - kira jumlah medan min - nilai minimun max - nilai maksimum avg - purata count - bilangan rekod

semoga keluar yg macamni, dah ade contoh
semoga keluar yg macamni, dah ade contoh

AMIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIINNNN

adakah ini petanda spm sk pun senang ? HOHOHOHO

Ya Allah asal sbp senang 😔

kul 1 baru gelabah

mengopii duluu

santai ii duluu gengg, borak ii duluu

SISTEM BAS 1. bas dalaman 2. bas luaran bas luaran - bas data - bas alamat - bas kawalan FUNGSI 1. bas dalaman - menghubungkan komponen dalaman , membenarkan komponen bertukar maklumat 2. bas luaran - menghubungkan pemproses dengan komponen luaran bas data - memindahkan data pemproses, ingatan , input / output - daftar, unit kawalan dan ALU bas alamat - membawa alamat lokasi , menempatkan data dan arahan - mengandungi alamat input / output bas kawalan - isyarat kawalan - mengawal operasi keseluruhan sistem

korang nak notes ape lagi ? SELAIN CODINGGGGG

fahamm takk fahamm takk ? risaulaa tak faham 😔

1. kenalpasti dia nak penyulitan / nyah sulit 2. tulis abjad a - z 3. tentukan nilai anjakan contoh nilai anjakan 3 tukarkan kpd penyulitan COMEL A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z anjakkan 3 ke kanan C = F O = R M = P E = H L = O jawapan : FRPHO

contoh caesar cipher
contoh caesar cipher

jom gile same ii...

weh... nak gile weh....

JENIS PENYULITAN 1. simetri - kunci yg sama 2. tak simetri - kuncu tak sama

PENYULITAN - teks biasa -> teks sifer NYAHSULIT - teks sifer -> teks biasa

1 Day 1 Note SK :D Day 7 Tingkatan 5 Bab 1 —> 1.1.4 Penyulitan dan Nyahsulit Data menggunakan Ceaser Cipher —————————————————————————————— Kriptografi (Cryptography) • Kriptografi (Cryptography) merupakan 1 cabang dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat yang amat penting terutamanya untuk menangani masalah dalam bidang keselamatan data • Ini adalah supaya pengguna selamat daripada dipintas oleh pihak ketiga semasa melalui proses seperti urus niaga perbankan dalam talian, log masuk laman web dan sebagainya Terdapat 4 fungsi utama kriptografi, iaitu Memelihara Privasi (Confidentiality), Menjamin Ketulenan (Authentication), Memastikan Integriti dan Mengelakkan Penafian atau Penipuan (Nonrepudiation) —————————————————————————————— Penyulitan • Proses penterjemahan data kepada bentuk kod rahsia yang tidak difahami dan merupakan 1 cara yang paling berkesan untuk melindungi data • Data yang belum melalui proses penyulitan disebut sebagai teks biasa (plaintext) • Selepas melalui penyulitan, data tersebut merupakan teks sifer (ciphertext) • Maksud istilah penyulitan dan nyahsulit:
• Penyulitan (Encryption) – Proses pengekodan teks biasa (plaintext) —> bentuk teks sifer (ciphertext) yang tidak dapat difahami. • Nyahsulit (Decryption) – Proses pengekodan teks sifer (ciphertext) —> bentuk teks biasa (plaintext)
—————————————————————————————— Jenis Penyulitan • Terdapat 2 jenis penyulitan: i) Penyulitan simetri (Symmetric encryption) • “Kunci” yang digunakan bagi penyulitan dan nyahsulit teks adalah daripada jenis yang sama ii) Penyulitan tidak simetri (Asymmetric encryption) • Menggunakan konsep pasangan “kunci” • “Kunci” yang berbeza digunakan untuk proses penyulitan dan nyahsulit —————————————————————————————— Ceaser Cipher • Salah 1 bentuk penyulitan yang paling mudah • Merupakan cipher penggantian (substitution) iaitu setiap huruf teks biasa (plaintext) digantikan dengan huruf yang sepadan dengan huruf dalam abjad (A-Z) • Formula matematik yang digunakan: En(x) = (x + n) mod 26, • n - bilangan anjakan (sama ada 3 atau lebih) mod 26 • Jumlah huruf A hingga Z iaitu 26 • Sekiranya huruf dianjak sehingga akhir abjad - Z • Huruf akan berpusing ke huruf permulaan semula - A