ch
Feedback
Hann's Lavenders 💜

Hann's Lavenders 💜

关闭频道

Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!

显示更多
1 022
订阅者
无数据24 小时
-17 天
-630 天
帖子存档
Setakat yg isi ni, saya dah baca semua respons. 1) Terima kasih atas setiap doa yang baik2 untuk saya dan keluarga. Semoga yang baik2 juga berbalik kepada awak semua 🤍 2) Terima kasih sebab ramai mendoakan H terbit. Aamiin ya rabb! Saya pun teringin nak peluk H. Sungguh2 saya berharap H ada rezeki terbit. Semoga Allah makbulkan doa kita semua 🥺💜 3) Untuk adik2 yg tunggu result SPM, saya doakan semoga keputusan kalian semua setimpal dengan usaha kalian. Apa2 pun keputusannya, raikan ya🥰 4) Selamat hari raya in advance too! 5) Semoga kita semua dapat malam lailatulqadr🤍✨

Saya teringin nak cuba genre lain. Cuma, apa yang kita semua kena faham, setiap genre tu ada teknik tersendiri. Horror, susah
Saya teringin nak cuba genre lain. Cuma, apa yang kita semua kena faham, setiap genre tu ada teknik tersendiri. Horror, susah untuk saya sbb saya tak suka baca/tengok cerita hantu. Untuk action, you will find it in my long manuscript. Sebab itu saya berharap H diterima terbit. Saya nak tunjuk dkt pembaca2 saya terutamanya kelainan saya. Kenapa saya tak tulis cerita action untuk ebook? Sebab cerita tu akan jadi panjang dan saya tak suka ebook saya terlampau panjang. Limit 35K sahaja 1 ebook. Jadi, sbb tu ebook2 saya light conflict. Unlike modern fairytale for my long manuscript yang hero² nya posesif, heroin² pula keras kepala dan suka berlawan. Doakan saya panjang umur nak siapkan semua modern fairytale series. You guys might love them like i do.

🥲🥲🥲 Jujur kata, saya tak kesah pun kalau takde sape nak tulis apa2 dkt bahagian akhir tu. Tujuan saya selalu buat required
🥲🥲🥲 Jujur kata, saya tak kesah pun kalau takde sape nak tulis apa2 dkt bahagian akhir tu. Tujuan saya selalu buat required untuk bahagian kata2 tu sbb nak KITA semua biasakan ucap terima kasih lepas orang dah baik hati nak memberi. Terima kasih, thank you, tq, ty should be okay. Tak susah pun kan nak taip terima kasih? Saya harap, kita semua boleh biasakan diri ucap terima kasih dan bukan sekadar claim ebook tanpa ucap apa2. Jadi lepas ni kalau ada org open free ebook atau apa2 sajalah kebaikan yg mereka beri dkt kita, kita kena cakap thank you. Okay?

I'm not that strict abt the rules bila saya open free ebook. Tapi yelah, kadang terasa sedikitlah bila ada yg takleh buat sem
I'm not that strict abt the rules bila saya open free ebook. Tapi yelah, kadang terasa sedikitlah bila ada yg takleh buat semua rules tu🥲

🥲🥲🥲
🥲🥲🥲

Ramai ye mention LuthAira dalam google form tu. Saya rasa mcm nak benam kepala dalam tanah setiap kali teringatkan IDT🥹 IDT is not my best work tapi tulah yg terpaling ramai org baca dkt wattpad. Saya rasa nak nangis sbb cite tak best dan mengarut je. Nak unpub tapi sayang🫠

Perghhh ramai gilaaa takutlah sayaa🫠🫠🫠
Perghhh ramai gilaaa takutlah sayaa🫠🫠🫠

https://forms.gle/sh4fnufrEAZv2f71A Assalamualaikum dan hai! Jemputlah ikut rules, isi google dan sabar menunggu jika bermina
+3
https://forms.gle/sh4fnufrEAZv2f71A Assalamualaikum dan hai! Jemputlah ikut rules, isi google dan sabar menunggu jika berminat nak claim Tren Cinta hehehehehe! Ebook tak siap lagi tapi saja buka awal sebab nak kasi masa tu lama sikit kalau ada yang masih nak claim. Jadi... silalah sebarkan seperti lajunya fitnah tersebar!

🙈🫶

👀 Pukul 9.30 nnti saya drop link ya memandangkan saya tahu esok saya akan habiskan masa dgn tidur🥹
👀 Pukul 9.30 nnti saya drop link ya memandangkan saya tahu esok saya akan habiskan masa dgn tidur🥹

Rindunya feel nak taip Eudaemonia🥺🦋

“Maknanya, akan ada lain kali untuk kita berdua?” Soalan Juan menyebabkan rama-rama mula berkepak dalam perut Via. Juan tahu tak sekarang ni apa-apa saja yang keluar daripada mulut dia tu boleh buat Via rasa teruja? “Via, saya tanya ni. Akan ada lain kali ke untuk kita berdua?” Kalau Juan ada waktu…” jawab si gadis perlahan namun masih jelas di telinga si jejaka. Juan tersenyum nipis. Lucu pula melihat wajah Via yang sudah bertukar warna. “Can I ask you something?” soal Juan sambil mereka teruskan langkah bersama. “Apa dia?” “Saya nak kenal Via. Boleh ke?” “Kita kan dah kenal. Nama saya Via, nama awak Juan.” Si jejaka tertawa kejap dengan kepolosan jawapan si gadis. “Bukan itu maksud saya. Maksud saya, kita kenal dengan lebih jauh. Saya tak pernah tahu Via buat apa, suka apa. Saya nak tahu semua hal tentang Via. Boleh kan?” Lagi, rama-rama berkepak sehingga ke paru-paru. “Boleh, Juan.” "Terima kasih. Jadi, Via buat apa sekarang? I mean, Via kerja apa? Saya selalu nampak awak dengan laptop.” "Saya penulis. Sekarang ni ada manuskrip baru yang kena siapkan. Tapi tarikh hantar lambat lagi.” “Wow! Awak tulis buku apa? Mana tahu saya pernah baca!” Bukan main teruja Juan apabila dia tahu gadis di sebelahnya ini seorang penulis. Imaginasi tinggi! “Juan suka membaca?” “Suka! Suka gila! Hmm, kita pergi kedai buku nak tak? Mana tahu Via boleh tunjuk buku Via dekat saya.” Langkah dipanjangkan ke kedai buku berdekatan. Tak sempat pun Via nak beri apa-apa jawapan. Memang teruja lain macam ni! "Mana buku Via? Ada tak dekat kedai ni? Via tulis cerita genre macam mana? Saya nak beli!” Tergeleng-geleng kepala Via sambil tersenyum lebar melihat reaksi Juan yang sememangnya terlebih gembira. Baru kali ini Via lihat ada orang bersungguh-sungguh nak cari naskhah tulisannya. Via melangkah ke rak yang menempatkan novel-novel cinta. Juan pula hanya mengikut dari belakang. Kalau ada buku Via, dia mahu beli sekarang juga! “Saya tulis novel cinta. Saya suka cerita cinta klise tapi sedap dibaca. Dia macam baca diari orang yang tengah jatuh cinta.” “Kenapa Via pilih untuk menulis?” soal Juan yang masih mengikut langkah perlahan gadis di hadapannya. Mata Via pun seperti mencari-cari sesuatu. “Sebab nak lepaskan perasaan yang ada? Hmm, Via pun tak sure tapi yang pasti, sesuatu yang kita cipta, takkan kecewakan kita. Sebab tu Via pilih untuk menulis.”

Eudaemonia, Mac 2023
Eudaemonia, Mac 2023

Dah ramadan 23 dah kita. Cepatnya masa berjalan :(

Salam Jumaat! Al-Kahfi jangan lupa✨

Saya akan hantar lepas ebook dah siaplah yg pasti AHAHAHAHA tak siap lagi masih stuck di bab Sirhan dgn Aralyn dkt kedai makan wkwkwkwkw! Tapi sajalah bukak form awal sbb malas bukak lambat

READY TAKKKKKKK

Saya akan merindui feed yg ini🥹🫶 Dekat2 nak tubik cerita Adit, saya tukar warna feed AHAHAHAHAHAH
Saya akan merindui feed yg ini🥹🫶 Dekat2 nak tubik cerita Adit, saya tukar warna feed AHAHAHAHAHAH

Bukan main rendah diri lagi Farah menjawab soalan Aiden. Aiden tersenyum nipis. “Layak atau tak itu bukan ada pada awak tetapi pada orang yang rasakan perasaan cinta tu. Saya pun tak pernah rasa saya layak untuk arwah isteri saya. Tapi, bila dia terima saya dengan sepenuh hati dia, terima segala baik buruk saya, itu yang membuatkan saya rasa saya layak berada di samping dia.” Riak wajah Aiden mula berubah. Wajahnya jelas menunjukkan dia rindukan si isteri. Cinta. Itu yang Farah nampak pada raut wajah Aiden setiap kali lelaki itu menceritakan perihal isterinya. “Damia sangat mulia hatinya. Dia baik, penyayang, setia. Andai saja saya mampu bahagiakan dia sebelum dia pergi.” Lama mereka menyepi sebelum Farah mula bersuara. “Kebahagiaan orang lain itu pula bukan terletak pada diri kita tetapi pada diri mereka sendiri. Mungkin, kita rasa kita tak cukup bahagiakan dia yang telah pergi. Tapi, bila mana kita selamatkan dia daripada kekelaman hidup, itu satu sinar bahagia yang tak mungkin dia lupa.” Aiden diam dan hanya mendengar segala bait kata yang Farah ucapkan. “Tak semua bahagia perlu ditunjuk. Tak semua duka perlu disimpan. Walaupun secara mata kasarnya kita melihat dia seperti tak punya rasa, siapa tahu isi hatinya sebenarnya mungkin penuh dengan perasaan berbunga-bunga. Apabila dia yang baik itu ditakdirkan untuk pergi dulu, itu maknanya sudah cukup jasanya pada bumi. Tuhan inginkan dia di sisi, menikmati kebahagiaan yang sudah lama menanti.” Bergenang air mata Aiden mendengarkan hal itu sambil membayangkan wajah isterinya yang manis. “Saya yakin yang Puan Damia bahagia sepanjang dia bersama encik. Mustahil untuk tidak merasakan cinta sedangkan dia bersama encik dan Nia selalu sebelum dia menutup mata. Puan Damia bahagia bersama encik. Nia buktinya. Puan Damia didik Nia untuk jadi seorang anak yang sangat sayangkan ibu bapanya. Setiap hari tak pernah hilang perkataan mama dan papa setiap kali dia berkata-kata. Encik Aiden bertuah sebab encik masih ada Nia sebagai pengubat duka.” Wajah anaknya yang ceria bermain itu dipandang. Benar apa yang Farah katakan. Aiden beruntung kerana masih ada Nia di sisi. Rasa bahagia itu terasa nyata dan sungguh bermakna. Itu hasil cintanya bersama Damia. Nia adalah amanah yang Allah kirimkan. Tidak seharusnya dia melayan Nia dengan dingin dulu. “Terima kasih Farah sebab sedarkan saya. Betul cakap awak. Saya bertuah sebab masih ada Nia. Dan saya harap, awak pun rasakan hal yang sama.”

Jangan Degil Boleh Tak, Februari 2022
Jangan Degil Boleh Tak, Februari 2022