Hann's Lavenders 💜
قناة بسيطة
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
إظهار المزيد1 048
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-27 أيام
-930 أيام
أرشيف المشاركات
1 048
I really love FairAdit love story🥺🫶
Tak sabar nak siapkan dan bagi korang baca🤧🤍
1 048
Saya tengah pikir cara nak promot ebook selain letak teaser. Malangnya gue gak berbakat mahu bikin video😭😭😭
1 048
Fahri bersama hobi dan adik kembarnya wkwkwkwk
For me setakat baca review rata2 org, Fahri Adli nombor satu dalam carta hero cinta series but not when you meet Sirhan hero Tren Cinta AHAHAHAHAHAHAH!
1 048
“Maafkanlah aunty, Eryn. Jangan halau aunty. Dekat sini, kami hanya ada Eric.”
Tiba-tiba saja Maria melutut, memegang kaki Eryna. Pura-pura bahawa dia adalah mangsa keadaan sekarang.
“Lepaslah!” Eryna menarik kakinya kasar sehingga terlepas daripada pegangan Maria.
“Eryna Eshal!” Suara Eric mula memetir apabila dia melihat isterinya bersikap kurang ajar begitu terhadap ibu saudaranya.
“Jangan berkasar dengan Aunty Maria!
Dia ni keluarga saya. Apa yang dah rasuk awak sampai jadi kurang ajar macam ni sekali?”
Panggilan yang bertukar itu menyebabkan Eryna tersenyum sinis.
“Tanyalah keluarga awak sendiri.
Kenapa saya yang perlu bagitahu sedangkan mereka berdua ni puncanya?”
Eryna mendekati Jane. Bahu perempuan itu, ditolak kasar. “Kau cakaplah dekat sepupu kau ni. Apa yang dah jadi sebenarnya. Cakap!”
Lengan Eryna ditarik supaya menjauhi Jane. Eric menggengam erat bahu isterinya. “Sudah, Eryna!”
“Apa?! Kenapa saya yang perlu berhenti sedangkan mereka berdua yang mulakan dulu? Dekat mana adilnya kalau awak tak dengar cerita saya? Kalau awak nak bela sangat keluarga awak ni tanpa dengar penjelasan saya, silakan. Silakan bela aunty dan sepupu kesayangan awak ni!”
Keras kepala dan ego mula mengusai Eryna. Dia tidak mahu kalah dan tidak akan kalah dalam membela anaknya. Walaupun terpaksa berpisah dengan Eric.
“Ini bukan Eryna yang saya kenal.
Eryna Eshal yang saya kenal takkan sesekali biadap macam ni.”
Si isteri tersenyum. Sinis. Bengang setiap kali Eric menganggapnya perempuan ayu.
“Awak dah lupa ke? Eryna Eshal yang kurang ajar inilah yang pernah tolak awak sejauhnya dulu. Eryna Eshal yang sama akan pertahanan anak dia sendiri!”

Saje nak share sini cover beban keluarga series yg seterusnya eheheheheheh!
Tahu lambat lagi tapi semua cover untuk 4 lagi cerita dah siap jadi saya rasa nak tayang aje walaupun cerita tak siap2 lagi kwkwkwkwkwkwkw
Comel kan Adit dgn Faira🥺🫶
p/s : ofc Faira pakai tudung ehehehehe kartun tu hiasan semata2
1 048
“Habis tu? Pilihan apa yang ada? Saya dah cukup terseksa. Sejak kali pertama awak dekat dengan perempuan tu, saya dah mula rasa sakit. Dah jadi macam ni pun, masih nak berdalih?”
Adel menggeleng laju. Tubuh Wafa, dia dekati. Cuba untuk meraih tangan isterinya namun Wafa segera menghindar.
Ah! Sakitnya dijauhi begini.
“Sumpah, demi Allah, abang tak pernah sentuh Jihan.”
“Kalau awak tak pernah sentuh dia, macam mana dia boleh mengandung?!”
Wafa mula menempik. Itu perkhabaran yang sangat meruntuhkan dunia Wafa Imani.
Adel Rayyan suaminya, tidur dengan perempuan lain.
Isteri mana yang takkan hancur hatinya?
“Gambar-gambar yang ada tu. Bukan awak ke, Adel?”
“Ya, memang abang dalam gambar tu tapi sumpah demi Allah, abang tak pernah pun duduk berdua-duaan dengan Jihan. Tak pernah. Abang cintakan Wafa.”
“Kalau cinta, kenapa sesakit ini rasanya? Kenapa abang punca luka terbesar Wafa…”
***
Kopi Cinta Edisi Puasa Raya, Mei 2022
1 048
Membulat mata Ain apabila Haaim mula menuduhnya bukan-bukan.
"Abang ni kenapa? Sengaja nak cari gaduh dengan Ain ke? Semua tu fitnah!
Kenapa mudah sangat abang nak percaya dengan apa yang abang nampak? Haaim Shah yang Ain kenal adalah orang yang sangat menuntut penjelasan.”
Bengang.
Ain benar-benar sakit hati dengan sikap suaminya sekarang. Kenapa sekarang baru nak berubah? Kenapa bukan semasa awal-awal kahwin dulu? Ain mengeluh berat.
“Boleh tak abang dengar dulu penjelasan Ain?” Sudah berapa kali ayat itu diulang.
Namun… Diam. Haaim tidak menoleh sedikit pun ke arah isterinya. Dia masih lagi berdiri membelakangi Ain. Disebabkan itu, Ain mula hilang sabar.
“Abang, jangan buat Ain rasa yang Ain ni perempuan murah. Semua yang abang nampak tu tak sama dengan yang abang fikir. Berapa kali Ain kena bagitahu? Semua tu fitnah!”
***
Posmen Cinta Edisi Puasa Raya, mei 2022
1 048
Orang kata, kita kena bahagiakan diri sendiri dulu sebab takkan ada yang mampu bahagiakan diri kita seperti yang kita harapkan.
Tapi, macam mana pula kalau kebahagiaan kita tu sebenarnya ada bersama orang yang paling bermakna dalam hidup kita? Bahagia kita itu sedang senyum, tertawa dan bahagia tanpa kita. Bahagia kita lebih terlihat selesa bersama orang itu.
Itu petanda... kita perlu undurkan diri. Kan?
***
Tren Cinta, April 2023
1 048
Buat yang macam blur2 Tren Cinta ni apa dia, boleh search dkt channel dgn #trencinta .
Bolehlah baca hehehehe
1 048
Insya-Allah minggu last puasa saya open google form free ebook Tren Cinta a.k.a cinta series book 7!
1 048
“Auch!”
Eric memegang dadanya. Mata dipejam dan wajahnya seperti orang yang sedang menahan sakit. Eryna jadi cuak.
“Kau kenapa ni? Sakit ke?” Eric mengangguk perlahan.
“Sakit kat mana?” soal Eryna.
“Dekat hati.”
Dengar sahaja jawapan Eric, Eryna tahu bahawa lelaki ini sengaja mahu kenakan dirinya.
“Pedih hati saya sebab awak kata saya ni stranger.”
Dah agak!
Eryna tayang muka menyampah.
“Lebam dekat pipi kau tu tak surut lagi tau. Jangan sampai aku tambah dekat tempat lain pula.”
Naik geram Eryna dibuatnya. Ada yang kena tibai di tempat letak kereta ni.
“Eryna, boleh tak awak teman saya pergi makan? Saya laparlah.”
"Kau ingat aku ni apa? Kekasih kau ke nak teman kau bagai?”
“Bukan setakat kekasih tetapi peneman hidup sampai mati.”
Eryna ketawa kecil. Rasa konyol dengan kenyataan Eric.
“Kalau juri maharaja lawak mega dengar apa yang kau cakap, mesti terbahak-bahak dia gelak sebab kau ni memang kuat mengarut!”
***
Earphone, Disember 2021
1 048
“Sweet name! But, can i call you mine?”
Terkedu. Melihat senyuman lebar itu, Wafa rasa mahu berlari seratus meter.
Biarlah jantungnya berdebar disebabkan dia mengah daripada melihat senyuman manis jejaka di hadapannya ini.
Bukan senyuman saja yang manis, mulut pun manis! Barista girl macam aku pun dia nak try ke? Dasar lacoste!
Sorry, encik. Saya rasa encik salah orang ni nak mengurat.”
“Mengurat? Apa tu?” soal lelaki itu dengan riak polos.
Eh? Takkanlah mengurat pun tak tahu?
“Mengurat tu macam encik nak ambil perhatian seseorang,” jelas Wafa secara ringkas.
“Kalau itu maksudnya, yes. Saya tak salah orang. Saya memang nakkan perhatian awak. My name is Adel Rayyan. You can call me Adel. Atau ada satu pilihan lain lagi untuk awak.”
Apa dia?”
“You can call me yours.”
Uhuk! Uhuk!
***
Kopi Cinta, Disember 2021
متاح الآن! بحث تيليغرام 2025 — أهم رؤى العام 