Parenting Maznah Ibrahim
前往频道在 Telegram
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
显示更多📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览
频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 15 723 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 958,并在 马来西亚 地区排名第 2 320 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 15 723 名订阅者。
根据 01 十一月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -141,过去 24 小时变化为 -2,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 3.96%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.06% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 623 次浏览,首日通常累积 324 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
凭借高频更新(最新数据采集于 02 十一月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。
15 723
订阅者
-224 小时
-317 天
-14130 天
帖子存档
15 720
KERANA KITA TAK KUASAI ILMU TANGKI EMOSI, MAKA KITA TAK DAPAT 'TACKLE' PUNCA SEBENAR ANAK BUAT HAL...
Sebagai ibubapa adalah amat baik bila kita dapat kuasai pengetahuan mengenai 5 tangki emosi anak sebagai:
🏑 keperluan emosi asas mereka yang perlu kita penuhi
🏑 sebagai panduan apakah isu sebenar anak bila bertingkahlaku misteri/mencabar - iaitu tangki tertentu menyusut
🏑 sebagai peringatan diri kita jika terlalu terlebih satu bahagian maka kurangkan bagi ia jadi 'special' manakala dalam masa sama penuhkan bahagian lain yang menyusut.
.
5 TANGKI EMOSI ANAK YANG ANDA PERLU PENUHI SETIAP HARI:
1. Tangki perkataan baik
2. Tangki sentuhan selamat
3. Tangki masa istimewa
4. Tangki layanan yang baik
5. Tangki material bersesuaian
PENUH TANGKI ini, maka kuranglah sedikit kerenah misteri atau kerenah mencabar anak anda.
.
(1) Tangki perkataan yang baik dan mengesahkan
- pujian spesifik
- ayat / perkataan menenangkan, menggalakkan, mempercayai, sokong ideanya, validate emosi mereka walau negatif mahupun positif.
.
(2) Tangki sentuhan selamat
- usapan (bahu dan belakang),
- pelukan (full dada to dada),
- ciuman di dahi/pipi.
.
(3) Tangki masa istimewa
- temankan mereka bermain di playground atau di rumah,
- solat
- makan bersama,
- dengar cerita mereka
- dating one to one dengan anak, dll.
.
(4) Tangki layanan yang baik
- layan macam VVIP,
- senyum kepada mereka,
- pandang mata pabila mereka berbicara kepada anda.
.
(5) Tangki material bersesuaian
- ikut kemampuan,
- dan sesuatu yang mereka sukai, hargai dan layak terimanya
.
.
Jum sama-sama PENUHI nya untuk diri dan anak kita.
Kalau hari ni terlupa peluk anak (tangki sentuhan selamat), cepat cepat usaha peluk mereka nanti ya.
Terlupa puji mereka, usaha cari satu kebaikan atau apa jua untuk diberikan perkataan baik.
.
OLEH:
Maznah Ibrahim
15 720
Kemahiran Mengurus Emosi Anak Adalah Sebahagian Dari EQ
Urus emosi pada saya amat 'crucial' ilmunya untuk anak-anak pada masa kini. Sebab ia berkait dengan pengurusan stres. Hari ini kita menyaksikan ramai orang dewasa dan remaja yang mengalami tekanan emosi sehingga ke tahap mental illness (depression, anxiety, panic attack, dll) sehingga penyakit kedua tertinggi pada tahun 2020 (beberapa hari lagi ini) ialah 'depression' selepas jantung (sumber: WHO).
Ia berbalik kepada ilmu.
Baca penuh dan kongsikan ya:
https://maznahibrahim.com/kemahiran-mengurus-emosi-anak-adalah-sebahagian-dari-eq/
15 720
Saya terbaca post dalam positiveparentingsolutions.com mengenai anak yang suka meminta dan nego dengan kita nak sesuatu perkara atau benda, dan kita boleh cuba alternatif komunikasi berkesan ini.
Saya dapati amat kena dengan anak saya Fateh yang amat ‘strong willed’ dan pandai memainkan senjata meminta-mintanya dengan perkataan, memek wajah dan sentuhan ini.
Artikel penuh:
https://maznahibrahim.com/anak-meminta-minta-sampai-kita-setuju-cuba-3-perkataan-ini/
Kongsikan ya.
15 720
Ayat di atas ini mengingatkan saya akan skil makan Yumna 1 tahun 5 bulan.
Baru aja saya coretkan sedikit di fb personal saya.
👇👇👇
Macam ni lah gaya CikNa kami di rumah.
Biasanya biar aja tengok apa dia nak buat.
Teringat 1 kali tu saya pun terkedu,
mee campur air masak,
Dan mee itu dia makan lepas tu,
Ibarat dah 'basuh' mee itu.😁👍
Kalaulah saya stop dia awal sebab dia macam 'main-main',
Pasti saya tak jumpa pengakhiran matlamat mahupun melihat idea dia berkembang hingga takat mana,
Iaitu dia AKAN MAKAN juga.
Sabar dan tunggu lihat.
Memang brilliant anak kecil ni.
Depa tau ini makanan.
Depa cuma nak eksperimen dan buat sesuatu ikut keupayaan atau kemahiran semasa yang dia boleh 'kuasai' pada usia itu.
Skil pindah pindah bekas.
Sekarang, mak senang dah.
Bagi aja dia mangkuk besar dan makanan dia,
Biar dia makan sendiri.
Jika awal dulu banyak tumpah
Kini usia 1.5 tahun, amat-amat sedikit yang tumpah tau 😉
Teringat abang Fateh dulu sama,
Usia 1 tahun diberi peluang makan sendiri tumpah ibarat 90% dan 10% masuk mulut,
Kepada usia 1 tahun 6 bulan 90% masuk mulut hanya 10% tumpah.
MasyaAllah. Tabarakallah.
*biasanya order tuk dia air masak aja. Dan di rumah beri dia air masak dalam 1/5 cawan aja bila dia minta "nak air", sebab air tu memang dia minum at first lepas tu confirm dia masuk bekas makanan dia😆👍👍👍😁
Maznah Ibrahim
Video CikNa makan campur air masak dan nasi goreng. Jika diperhatikan memang skil memegang sudu dia dah expert dah.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217705006109294&id=1004411173
15 720
Anak Anak Sahabat Pernah Komplen Mengadu Sakit Fizikal Yang Tidak Dapat Dijelaskan ?
Seperti
🏑 sakit perut
🏑Sakit kepala
🏑Sakit dada
🏑Muntah
🏑Sukar Tidur
🏑Ciri Birit
Ia adalah psikosomatik.
Mereka sebenarnya sedang alami Stres - maka ada reaksi atau tindakbalas di badan (somatik).
Badan tak boleh tipu tau. Kalau rasa sakit tu memang rasa sakit la (macam butterflies in stomach gitu). Walau cek doktor sah kata takdak apa apa pun.😐
Mulut boleh la 'creating story' kan. Namun untuk anak kecil, buat apalah dia tetiba nak 'creating story' yang dia sakit itu ini pulak.
Petanda itu memberi makna yang
👉dia perlukan perhatian,
👉Perlukan empati,
👉Dan sokongan untuk emosinya.
.
Bila paling awal?
👉Seawal 4 tahun jika sudah bersekolah.
👉Sudah boleh bercakap,
👉Dan usia sudah ada tekanan luar selain dalam faktor dalam rumah yang dia duduki sejak usia lahir dan sudah imun, kan.
Ambil berat tau.♥️💪
'Managing mental health of our young children' bermula dengan mengambil berat akan simptom awal stres nya iaitu psikosomatik.
Saya sedut 4 Langkah dari Poster Infografik saya yang saya masuk pertandingan pada 31 Oktober lalu (tak menang sebab 'complex & complete' 😄☺️) namun ia amat amat penting.
.
Sharekan.
Jika sudi share kan dengan saya:
✍Tulis komen mengenai simptom/komplen psikosomatik anak anda,
usia dia dan
apa kemungkinan stres dia itu.
.
CARE,
Maznah Ibrahim
Tulis komen di sini:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1297873150387266&id=477691842405405
15 720
Artikel post yang lalu (mengenai tantrum) tidak dapat diselamatkan kerana website masuk virus.
Ini artikel tersebut, repost (nasib baik ianya saved di laptop post blog) - syukur - jimat masa saya tak perlu karang balik.
https://maznahibrahim.com/https-maznahibrahim-com-7-perkara-penting-yang-semua-ibubapa-perlu-tahu-mengenai-tantrum-anak-kecil/
Silakan share 😍👍👍
Maznah Ibrahim
15 720
Terima kasih kepada yang semua sahabat seperjuangan Ibubapa yang berkongsi mengenai pengalaman tantrum anak-anak, situasi tantrum, dan usia mereka.
Ianya seperti telah saya ketahui dan nampak,
Flow atau timelinenya, jadi perkongsian anda mengesahkan lagi 👍😍
Maka saya pulangkan semula maklumat anda, hasil analisis saya dengan sedikit info tambahan ya.
Penulisan penuh Jum baca di sini ya.
Nanti dah habis baca,
sharekan dengan pasangan,
kenalan dan circle anda 😊👍
https://maznahibrahim.com/7-perkara-penting-yang-semua-ibubapa-perlu-tahu-mengenai-tantrum-anak-kecil/
15 720
Kenali tangki emosi utama kita,
Ketahui tangki emosi utama / preference pasangan,
BIncangkan, terima dan usaha penuhi bersama-sama.
Maznah Ibrahim
#5TangkiEmosi
https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/418831728810999/
15 720
Tantrum anak anak sahabat semua usia berapa paling tak tahan ? Apa situasi itu.
Tuliskan.
👇👇👇
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1293077344200180&id=477691842405405
15 720
Benar sangat.
Didiklah anakmu mengikut zamannya bukan zaman kamu - Saydina Ali
Langit zaman 2019 tak sama langit zaman 1980-90an hehe...
Jadi banyak kita nak faham
Dan sedia belajar untuk didik anak zaman millenia ini.
Gen alpha
Hmm..
Teknologi amat pantas...
7 tahun lalu hp tak canggih mana
Kini hp ada semua.
Off the hp
On our brain and natural instict re children.
Maznah Ibrahim
15 720
Bila fikir penat, maka jadi penat (emosi dan badan),
Bila fikir enjoy, maka jadi gembira dan seronok aja dengan apa-apa pengalaman sebagai ibubapa ini, kan?
Apapun yang kita buat,
Ingatlah masa bersama anak-anak tidak berulang kembali,
Saat dan detiknya.
Cuba sedaya upaya imbangkan antara kerja dan keluarga.
https://maznahibrahim.com/hidup-sebagai-hambanya-terus-berbakti-my-story-of-work-and-life-balance/
15 720
Kuasa Memilih
Pilih untuk bersyukur dan gembira untuk apa saja kita miliki, kita hadapi, dan kita diberi.
Alhamdulillah.
😊❤️
Apa khabar semua?
Saya doakan semua anda dalam keadaan baik
Sihat sejahtera
Dan sentiasa positif
Serta mampu pause sejenak, buat keputusan yang tepat.
Choose to be good
Choose to feel good
Choose to think good
Choose to do good
Maznah Ibrahim
15 720
TIPS TIDUR KUALITI ANAK:
☑Mula masuk katil/bilik tidur untuk Tidur selepas solat isya',
☑Adakan rutin momen istimewa seperti bacakan buku, storytelling sendiri, golek golek gelak main dsb (tangki layanan dan masa istimewa),
☑Doakan untuk anak, beri dia dengar (tangki perkataan baik)
☑Sebutkan apa mahu dia jadi esok (tangki perkataan baik),
☑Temani dia tidur bersama (tangki masa istimewa),
☑Gelapkan seluruhnya bilik agar gelombang otak tak terganggu, dengan tiada hp/laptop charging,
☑Pasangkan alunan surah Al Mulk dengan amat perlahan,
☑Cium dahi dan peluk mereka (tangki sentuhan)
.
Maznah Ibrahim
Join telegram channel saya untuk sharing parenting dan psikologi anak ya😊
▶️ t.me/ehsabar
