Parenting Maznah Ibrahim
前往频道在 Telegram
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
显示更多📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览
频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 001 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 963,并在 马来西亚 地区排名第 2 298 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 001 名订阅者。
根据 31 八月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -114,过去 24 小时变化为 -4,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 5.03%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.17% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 805 次浏览,首日通常累积 347 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
凭借高频更新(最新数据采集于 01 九月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。
16 001
订阅者
-424 小时
-227 天
-11430 天
帖子存档
16 001
Pagi, mulakan dengan niat yang baik, fokus dan tahu apa nak buat har ini (semalam punya plan).
Perkara pertama utama akan buat ialah yg berimpak tinggi sahaja.
Media sosial ni cuma rehat 5 minit dari podomoro 25 min :)
Selamat hari Jumaat!
Maznah Ibrahim.
Webinar Penat Emosi: Urus Emosi Ibu Bapa, pada 27 November 2021, 8.30 malam telah dibuka.
Segera daftar untuk earlybird ya:
https://webinar.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t211112
16 001
"Ya, Encik / Puan, boleh ke tepi sedikit?..."
...
"Amin, hey, kamu ni....suka betul duduk tengah jalan ni! Huh".
...
Haish, kali ni 'treat' layan anak dan pasangan kita dengan sebaik-baik layanan lebih dari orang luar.
Tangki layanan atau khidmat, satu dari 5 tangki emosi anak kita,
dan bagaimana kita mahu dilayan oleh anak adalah bagaimana kita layan mereka kini di dalam rumah kita.
Jika kita fikir takda siapa nampak,
Allah dan Malaikat nampak - still kita rasa tak nampak,
mata kecil anak kita merakam dan meniru, sebab mereka nampak.
Pesanan untuk diri sendiri dan kita semua #IbuBapaKini
.
Maznah Ibrahim
Jemput ke telegram channel untuk reminder keibubapaan positif dan psikologi anak kita ya.
⏩⏩ T.mazn.me/chan
.
.
16 001
Assalamualaikum wbt... dan Salam Sejahtera.
Sesi istimewa khas untuk para ibu ayah...
Ramai ada tanya soalan secara teks kepada saya, dan biasanya saya jawab secara teks juga.
Boleh kemukakan soalan di sini untuk saya jawab secara live (visual audio), pada hari Sabtu ini, 9.30 malam ya.
https://share.mazn.me/QnA-emosi-ibubapa
https://share.mazn.me/QnA-emosi-ibubapa
https://share.mazn.me/QnA-emosi-ibubapa
Sesi khas kita itu pada Sabtu, 9.30 malam di
di FB Page: fb.com/maznahibrahimofficial
16 001
[Label Anak Sebagai 'Jahat'?]
Di hadapan Khairunnisa' itu (meja sebelah kami) ada sebuah keluarga.
Rupanya Khairunnisa' dan bayi di sebelah berkomunikasi universal mereka. Bayi lelaki itu memakai puting pula.
Saya berbalas senyuman dengan si nenek yang memegang si cucu (bayi) itu yang membantu mengagah si cucu bercakap dengan Khairunnisa'.
Kemudian saya bertanya berapa umur bayi itu kepada si nenek.
Kemudian si nenek memandang wanita muda di sebelah sana. Si Ibu muda pula menjawab, "lapan bulan".
Saya berkata oh, lebih kurang lah. Dia (anak saya) baru masuk 9 bulan.
Kemudian si Ibu menambah, "Tapi dia sangat 'Jahat' lor.." dengan sedikit wajah mencebik dan seakan mencemuh.
*dalam kepala saya serentak dengan itu ialah 'naughty' (nakal), bukan 'bad' (teruk jahat) ya.
Aduh!!!
[Perkataan Membentuk Karektor]
Saya terus berkata dengan tegas dan bersungguh-sungguh, menyampaikan mesej penting saya sehingga si Ibu percaya dan beritahu kepada si nenek dalam bahasa ibunda mereka.
1. Jangan sekali-kali melabel anak 'jahat'. Perkataan negatif ini memberi makna mendalam yang sangat boleh meruntuhkan self esteem anak.
Sebaik sahaja self esteem anak jatuh, sebenarnya ia termaktub di bawah 'penderaan emosi' dalam Child Act 2001 (satu dari 4 jenis penderaan Kanak-Kanak).
Bayangkan APA perasaan bayi ini. Jangan ingat dia tak faham yer. Walau dia tak faham secara kognitif (otak kiri), namun dia boleh 'merasa' secara emosi (otak kanan) makna perkataan ini dari segi alunan suara dan gaya layanan kita kepada dia semasa berfikir dan merasa dia ini jahat (saya rasa sangat sedih).
2. Sebaliknya tukar perkataan kepada anak ini sangat bijak, kreatif dan banyak idea (part banyak idea ini si Ibu mengangguk-angguk setuju).
3. Kebanyakan bayi zaman alaf baru ini memang sangat cekap, pantas, dan kreatif.
Last. Ingat, jangan sekali-kali berkata begitu. Tukar kepada yang positif!
Saya memikirkan bagaimana masa depan bayi ini jika 'belief system' si Ibu sudah begini sekarang (8 bulan yang mungkin sudah menjulur laju atau merangkak pantas), kerana kepercayaan begini mempengaruhi gaya didikan dan asuhan ibubapa kepada anak.
Jika bukan si Ibu sebagai 'support system' utama dan pertama si bayi / anak ini mempercayai potensi hebat anak, siapa lagi. Nak harapkan guru di sekolah kelak? Mereka nak 'handle' sekurangnya 15 murid jika tadika dan 40 murid di sekolah rendah.
Ibu bapalah orang PERTAMA dan UTAMA yang memimpin tangan si kecil untuk mereka meneroka dan merempuh dunia mendatang yang amat tinggi pancarobanya secara positif juga!
Zaman serba pantas dengan teknologi tinggi, juga faktor gaya hidup dan cara kita mengurus kerja, serta pemakanan, membuatkan anak kini memang sangat bijak, peka, cepat, efisien, kreatif dan inovatif.
Kita ibubapa yang zaman Y nilah yang perlu bijaksana menyesuaikan diri dengan kecerdasan pelbagai anak-anak generasi Alpha ini.
Maznah Ibrahim
10 Nov 2015
Penang Hill
16 001
Ibu Ayah,
Kembalikan kawalan kendiri kita yang mungkin semakin lama semakin menghilang....apabila terlalu banyak urusan perlu kita 'handle'.
Pejam mata... dan kembalikan fitrah diri kita yang terbaik itu.
Hayati keperluan utama diri,
Tuliskan,
Lakukan,
'Reward'lah diri...
.
😃
Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
...
Webinar Penat Emosi: Urus Emosi Ibu Bapa, pada 27 November 2021, 8.30 malam telah dibuka.
Harga istimewa pembukaan, untuk 100 orang pertama ya :
https://webinar.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t211110-2
16 001
'Rule' Marah Ini Boleh Terpakai untuk Diri Ibu Bapa dan Anak Kita.
Fahami asasnya:
✅ marah adalah satu emosi benar (real), tidak salah sama sekali. Ia menunjukkan kita manusia biasa dan ada reaksi dari dalam dan persekitaran luar ('trigger / push button' kita)
✅ beza kita otak emosi manusia dengan otak emosi binatang ialah kita mampu berfikir untuk pilihan lebih baik dan selamat yang melibatkan komuniti terhampir kita: anak, pasangan, keluarga, kejiranan, tempat kerja dsb.
✅ maka bermaksud, anak manusia boleh ditunjukkan model, cara, pilihan yang lebih baik dan selamat, bukan agresif semata tetapi dibantu menghala emosi amarah mereka ke tempat lebih selamat (cth angry corner, release corner, buatlah aktiviti lebih baik bukan mudarat diri dan persekitaran orang dan barang)
✅ dan bila sudah cool, kita akan 'wrap' balik dengan komunikasi / perbincangan, refleksi, kongsi emosi kita, pemikiran kita kepada anak, agar sama-sama ambil peluang tambah baik diri kita. Ini bertujuan untuk 'break the cycle', jika tidak, pasti ia berulang lagi dan mungkin lebih teruk sebab tiada refleksi / kesedaran kendiri dan persekitaran dan input belajar.
✅ mudahnya anak juga trigger dengan reaksi kita, tindakan kita, dan belajar dari cara kita luah emosi kita, nak salahkan siapa? Bukan salah siapa-siapa, tetapi tanggungjawab kita belajar urus emosi dan educate anak kita 🙂
.
Anda boleh.
Kita boleh.
Kita makhluk pembelajar.....
.
Maznah Ibrahim.
Channel telegram psikologi anak dan keibubapaan positif :
T.mazn.me/chan
.....
Webinar Penat Emosi: Urus Emosi Ibu Bapa, pada 27 November 2021, 8.30 malam telah dibuka.
Harga istimewa pembukaan, untuk 100 orang pertama ya :
https://webinar.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t211110
16 001
Walau kecil, kita nikmatinya dan nyatakan kesyukuran kita.
Alhamdulillah, dapat ....
Semoga hari ini baik-baik dan lancar untuk sahabat semua ya.
Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
16 001
Webinar Penat Emosi: Urus Emosi Ibu Bapa, pada 27 November 2021, 8.30 malam baru dibuka.
Harga istimewa pembukaan.
https://webinar.maznahibrahim.com/penat-emosi-live
https://webinar.maznahibrahim.com/penat-emosi-live
https://webinar.maznahibrahim.com/penat-emosi-live
*Limited seat untuk REFRESHER, kod kupon khas akan diberi melalui email, nantikan ya.😍
16 001
Anak bergaduh, dimarah
Anak menangis kuat, dimarah
Anak main kejar-kejar happy, dimarah
Usah ditanya kenapa berulang perlakuan 'kurang menyenangkan hati kita' itu berulang.
Anak bergaduh, dua-dua ditegur namun dikukuhkan / noticed tingkhlaku betul salah seorang itu, walau kebaikan kecil => dipuji.
Anak menangis, diempati kemudian dinyatakan sekali kekuatan si anak waktu lain yang kuat semangat dan tenang sekali => diingatkan kemampuan kekuatan emosinya tetap ada.
Anak main kejar-kejar, ditegur dan diarahkan 'lari hati-hati' di kawasan lain, dan turut dipuji semangat dan banyaknya tenaga mereka waktu ini => diperkukuhkan dan dichannelkan ke solusi lebih baik.
.
Fahami Pengukuhan Positif atau 'Positive Reinforcement' untuk Anak Kita di Rumah
Semoga kita sentiasa menjadi #ibubapakini yang mampu menawarkan ganjaran positif banyak-banyak dan besar-besaran berbanding ganjaran negatif sehingga anak amat suka, mengejari dan sukarela untuk berbuat tingkahlaku yang baik, berbanding tingkahlaku kurang enak itu ya.
.
Maznah Ibrahim
Telegram Channel Psikologi Anak dan Keibubapaan Positif:
T.mazn.me/chan
Malam ini saya buka pendaftaran untuk Webinar Penat Emosi, 27 Nov 2021 ya. Nantikan.
.
