ch
Feedback

不要被骗子欺骗!Telemetrio 会找到并标记这些频道 👉 如果想查看标记,请订阅

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

前往频道在 Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

显示更多

📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览

频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 15 765 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 967,并在 马来西亚 地区排名第 2 337 位。

📊 受众指标与增长动态

自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 15 765 名订阅者。

根据 23 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -148,过去 24 小时变化为 -6,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 3.88%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.17% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 611 次浏览,首日通常累积 342 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

凭借高频更新(最新数据采集于 24 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。

15 765
订阅者
-624 小时
-307 天
-14830 天
帖子存档
Selain 'kiss' & 'hug', Tinggalkan mesej yang baik-baik kepada anak sebelum mereka tidur, Walaupun sudah tidur tentunya kita m
Selain 'kiss' & 'hug', Tinggalkan mesej yang baik-baik kepada anak sebelum mereka tidur, Walaupun sudah tidur tentunya kita masih boleh berbicara kepada mereka. Apa akan berlaku adalah satu doa yang mengiringi perjalanan rehat malam mereka dan tenaga positif mereka ketika bangun pagi esok kelak. We can make a difference with a really small efforts/change. Maznah Ibrahim Telegram Channel: t.mazn.me/chan Ebook Hypnoscript: https://www.hypnoscript.cc Live Webinar Parenting terdekat 27 Mac 2021: https://webinarv2.maznahibrahim.com/dengarlah-anak-ku-live/?utm_source=t

Tugas keibubapaan kita selesai bila sudah menutup mata kelak.... Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan
Tugas keibubapaan kita selesai bila sudah menutup mata kelak.... Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

Kita tidak mahu berasa kesal kerana tak pernah luah yang kita rasa sayang, dan ambil berat kepada orang yang kita sayang... Walau percentage kecil 7% dalam komunikasi/ bahasa diucapkan bagi 3 perkataan ini, Namun ia tetap powerful dan mengesahkan apa dirasai selama ini. We do care for them We always love them. We just need to tell them. Can add more like: Mama sayang awak dari lubuk hati Mama yang dalam, Mama loves you so much, Ayah ambil berat kakak punya perasaan, Ayah bimbang tengok kakak mudah sensitif dan menangis lama lama etc... Care, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

Alhamdulillah selesai Live Webinar bulan Mac saya untuk premium percuma... Seramai 1400 lebih mendaftar, namun saya diberitahu ramai tidak sempat mendaftar juga kerana kekangan tertentu. Dalam 360+ sempat masuk live tadi saya lihat maksimum, dan stay hingga tamat 2 jam setengah seramai 190+... Tahniah syabas.... Ada yg pm dan tidak dapat link daftar, terlepas dan sebagainya, serta tidak tahu buka di mana, sebenarnya link untuk 'webinar room' ada diberi di dalam email kalian yang telah daftar ya.😊😊😊... Rakaman untuk yang daftar diberi untuk tonton selamat 3 hari ok. . Care ❤, Maznah Ibrahim Jemput masuk ke Channel Telegram saya: T.mazn.me/chan

photo content

Semasa saya selesai menyiapkan slide untuk 'Live Webinar' malam ini: Bagaimana Mendorong Anak degan Bahasa Cinta, Saya dapati
Semasa saya selesai menyiapkan slide untuk 'Live Webinar' malam ini: Bagaimana Mendorong Anak degan Bahasa Cinta, Saya dapati bahasa cinta ini perlu kita kembalikan semaraknya, amalannya dalam seharian kita Kerana teknologi komunikasi kini telah mengganti banyak komunikasi kita dengan pasangan, anak-anak dan individu lain. Hmm... tidaklah mengapa, kerana teknologi membantu kita sampaikan mesej dengan cepat, cuma ada pro and cons nya aja kan. . Berjumpa malam ini, Sudah 1100+ orang telah mendaftar, Alhamdulillah Semoga dilancarkan semua urusan kita pada malam ini ya 😍 CARE ❤, Maznah Ibrahim Pastikan tidak ketinggalan ya... Jika ada belum mendaftar, boleh ke sini: https://webinarv2.mazn.me/tangki-emosi-anak-live/?utm_source=t

KETAHUI DAN PERCAYAI, SETIAP ANAK KITA BERBEZA KELEBIHAN DAN POTENSINYA - KELUARKAN BINTANG DALAM DIRI ANAK . Tak suka tapi selalu push anak agar capai tahap terbaik diri mereka, kan? . Namun seringkali kita meletakkan ekspektasi tinggi dan lebih kepada berpusat diri kita, bukan anak. Minat kita, bukan minat anak. . Jadi, ini mungkin cara yang lebih harmoni untuk kita dan anak :- . 🌟 Beritahu diri, diri kita pun tak suka dipaksa. Fitrah manusia lebih suka disokong akan apa yang kita minat dan boleh kuasai satu satu skil itu secara sukarela, seperti minat cerita korea, mahu tonton siri itu dan tidak mahu dipaksa tonton wayang cerita perang. . 🌟🌟 Perhatikan minat anak bidang apa, iaitu bila dia buat, dia nampak gembira dan siap awal. Contoh ke kelas renang dia teruja dan dia siap dulu (tapi jika kelas matematik dia lambat lambat siapnya). Maka jadikan kelas yang dia minat itu sebagai ganjaran pabila dia lakukan apa kita minta pada kadar dia mampu buat (contoh solat lengkap minima 2 kali sehari atau siap kerja sekolah 5 hari, adik dapat ke kelas renang Sabtu ni). . 🌟🌟🌟 Laburkan sedikit duit untuk kelas mereka minat ni sebagai terapi diri mereka, iaitu emosi mereka seimbang bila dapat buat apa mereka minat. . Ingat, pelaburan ilmu untuk anak kuasai itu adalah selamanya berguna, takkan sia sia, .. manakala harga emosi anak juga amat penting dan tidak ternilai dengan wang ringgit kita, untuk kesihatan mental mereka kelak. . Jadi sentiasa pastikan anak seimbang dari segi tanggungjawab IQ, EQ dan SQ nya. Kita bimbing mereka. . ❤, Maznah Ibrahim. Sudah lebih 400 orang mendaftar ke webinar bagaimana mendorong anak dengan bahasa cinta pada 12 Mac 2021 Jumaat 930 malam ini, silakan segera mendaftar jika belum lagi 😉 https://webinarv2.mazn.me/tangki-emosi-anak-live/?utm_source=t

photo content

Bila ditanya, bila boleh mula puji anak? Seawal yang boleh, kat saya. Hatta dalam kandungan (contoh semasa dia respon kepada cahaya yang anda suluhkan atau lagu-laguan spritual/stimulasi yang anda perdengarkan, atau anda sedang makan makanan gembira anda dia summersault berpusing dan dia respon bila ayah dia atau adik beradiknya tiup 'bubble' di perut anda), Mahupun semasa di labour room setelah berjumpa live dengan dia, Dia pandai menyusu anda secara semulajadi tanpa diajar, Dia kelihatan mendengar sewaktu anda berbicara, Ataupun sewaktu pantang anda, Bermacam tingkahlaku baiknya, Mahupun sewaktu usia mobile nya, Menjulur merangkak berjalannya, Hmm bebila masa aja. *contoh-contoh kecil ini adalah sebahagian dari momen sebenar yang saya lakukan untuk ketiga-tiga anak saya sejak dalam kandungan lagi . . Cuma, pastikan puji usaha dan kelakuannya, Bukan orangnya. Biar spesifik bukan umum. Jelas. Dan ia berterusan, sampai dia besar. . . Sebab kecil-kecil banyak nak dipuji, Besar besar banyak nak dimarahi/ditegur kan? . Jadi sesekali anak dah besar tu, panggil dia dan nyatakan apa yang anda kagum kepadanya sangat. . . Tengahari tadi, Saya peluk kuat-kuat Khairunnisa', cium tepi dahinya dan nyatakan kepadanya betapa saya kagum dengan kesabaran dan kelembutan dia bila Yumna 2 tahun tarik rambut dia, dia tak balas dan tak marah Yumna, Bila dia kuat semangat dan boleh happy go lucky walau dia ada momen amat sedih dan menjerit kesakitan (mummy pun rasa sakit hati sedih bila dengar jeritannya) bila mandi kerana kesan garuan ekzemanya sesekali. . Fateh juga walau amat tegas, garang dan sesekali kasar, namun amat bertanggungjawab dan akan melaksana apa jua arahan, tugasan, mahupun peraturan rumah yang diingatkan, walau dalam keadaan mulut dia mengomel ngomel bising, kami nyatakan kebaikan uniknya kepadanya selepas solat jemaah kami sekeluarga bersama. Dan Yumna yang amat bijak, manis, suka makan buah, panjang akal dan berusaha, untuk fasa autonomi dan 'explorace'nya itu, dia sendiri akan menunjukkan hasilnya (show off budak kecil usia ni), pujian terus diberi untuk hasil kerja, juga selalu dapat ciuman dan tepukan diberi tanda sokongan kepada fasanya ini. . . Setiap anak ada kekuatan, keunikan, Cari kebaikan kecil dia dan puji besar-besaran, Ia tangki emosi 'words of affirmation'. Biar dia penuh dengan penjelasan dalam dirinya, dan fikirannya akan apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka tentang perilakunya, dan makna teguran kita, bukan yang penuh dengan kekeliruan apabila dimarahi tak bertempat tak kira masa, apa aku buat ni semua salah aja ke. . Puji. Berterusan. Dengan kaedah pujian yang betul. Ia tak luak, tak mengulit mimpi anak, Kerana ia diletakkan pada tempat dan haknya, Ia tangki pengesahan perkataan yang ramai orang dewasa masih terkial-kial mencari dan cuba mendapatkan dari orang lain, Tiada keyakinan diri, mencari-cari nilai diri. Asbab masa kecilnya tidak dapat pujian dan pengesahan dari sang Ibu Ayah yang sebenarnya wajib nyatakan kepadanya. Refleksi, Maznah Ibrahim. Jom join telegram channel saya untuk sama-sama reminder bagi keibubapaan positif dan supportive di sini : t.mazn.me/chan Sudah daftar ke webinar bagaimana mendorong anak dengan bahasa cinta pada 12 Mac 2021 Jumaat 930 malam ini? https://webinarv2.mazn.me/tangki-emosi-anak-live/?utm_source=t

photo content

photo content

photo content

Dear Zindagi dan Tribhanga Dua filem ini saya sarankan untuk ditonton bagi yang ingin memahami punca trigger isu emosi dalaman kepada anak, dan kepada ibubapa sendiri. Nanti saya tuliskan perspektif saya dan masukkan ke dalam blog post saya ya 🙂 Selalu sebut masa webinar live dan ramai tanya semula apa nama filem yang puan suggest tengok tu? Ha inilah dia. Ada banyak kupasan. Mudahan sempat mencoretnya 🙂 Boleh jenguk jenguk dulu di Netflix/ internet heheheh.

Macam Mana Nak Penuhi Tangki Emosi Anak? Perkataan adalah kecil peratusannya namun ia amat penting sebagai pengesahan kerana bila tidak diungkapkan dengan jelas, mana-mana individu akan interprete sendiri dan mungkin akan salah faham. Jemput memahami aspek tangki emosi perkataan ini ya. https://maznahibrahim.com/macam-mana-nak-penuhi-tangki-emosi-anak-part-1/

12 Ayat Pengesahan Kepada Anak . . "Ayah tak pernah pun cakap kat saya I Love U".🤔 "Mama tak pernah pun puji saya". "Ayah tak nampak ke tadi Abang sabar aja dengan Adik". "Mama tak suka peluk saya ke?"☹ "Asyik saya aja kena marah. Semua saya buat salah. Saya tak pernah buat betul ke?" . . Itulah agaknya suara hati anak-anak kita saban waktu di sebalik mereka 'dikatakan' kerap buat hal. Tangki emosi perkataan yang mengesahkan, kurang. Kurang sesangat. . Anak rasa tak dihargai, Tak disayangi, Tak betul. . Sedangkan bukan itu yang sebenarnya dalam hati #IbuBapaKini, kan. Ibu ayah memang sentiasa dan selamanya sayangkan anak-anak, Cuma ibuayah terlepas pandang... . Lupa nak #jadilebahbukanlalat. Yuk, kita ucapkan ayat-ayat pengesahan sebegini. 12 Ayat Pengesahan Kepada Anak Anak Kita. . Mudahan, ayat sebegini yang mereka dambakan selama ini jadi seperti 'ubat' kepada tingkahlaku mencabar mereka.. . Agar semakin 'BESAR' jiwa kebaikan dalam diri mereka. Subur. Mekar. Mewangi dan merahmati Alam. CARE 🧡, Maznah Ibrahim. . . p/s : Sudah daftar webinar Mendorong Anak dengan Bahasa Cinta? Kalau sudah dan tidak mendapat whatsap/email link webinar live, perlu daftar lagi sekali ya. https://webinarv2.mazn.me/tangki-emosi-anak-live/?utm_source=t . Telegram channel psikologi anak dan parenting: t.mazn.me/chan

photo content

Macam Mana Ajar Anak Guna Hypnoscript untuk Diri Dia Sendiri Saya kongsi sedikit bagaimana saya dorong anakanda soleh Fateh akan kaedah ini dan nampaknya sekali sahaja saya ajar dahulu dia boleh aplikasi sendiri dalam situasi lain secara kemahuan sendiri. https://maznahibrahim.com/anak-amal-hypnoscript-sendiri/