ch
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

前往频道在 Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

显示更多

📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览

频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 324 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 970,并在 马来西亚 地区排名第 2 351

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 324 名订阅者。

根据 10 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -132,过去 24 小时变化为 0,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 4.26%。内容发布后 24 小时内通常能获得 1.93% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 696 次浏览,首日通常累积 315 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

凭借高频更新(最新数据采集于 11 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。

16 324
订阅者
无数据24 小时
-227
-13230
帖子存档
"Ayah BIMBANG, kita tak dapat .... (kegembiraan cikna dan abg kakak), So CikNa kena makan madu... supaya batuk CikNa elok.."
"Ayah BIMBANG, kita tak dapat .... (kegembiraan cikna dan abg kakak), So CikNa kena makan madu... supaya batuk CikNa elok.." . CikNa's reaction: Senyum. . "OK, CikNa minum air lemon dengan madu saja", kata dia dengan tegasnya anak Ti. . Berjaya. Haha sebelum ni dia sudi minum lemon+halia sebab nak baik dan taknak makan ubat batuk, masa tu madu belum sampai. Harini awal nya mati-mati dia taknak 😄. . Skrip strategi berjaya : i. Mulakan dengan Ayah, BUKAN Cikna (Me not You), ii. Nyatakan perasaan : BIMBANG is concern bukan menyalahkan anak tapi kongsi perasaan ayah. Ini selalu kami guna untuk menyampaikan hasrat dan mahu pengaruhi anak-anak ... Kuasa KATA kan (Intuiting) 😁 Semua Kata Kunci ini ada dalam Ebook Hypnoscript Anak tu, dah dapatkan ke semua? https://ebook.hypnoscript.cc/

Selamat bercuti hari minggu dan meluang masa dengan anak serta keluarga di rumah. Melatih anak buat kerja rumah adalah sebahagian tugas kita untuk sokong peringkat perkembangan mereka juga. 💚👍 https://maznahibrahim.com/ok-ke-latih-anak-buat-kerja-rumah-ni/

InsyaAllah saya akan repeat webinar separa jalan semalam, pada malam ini. Pasti ada hikmah dari peristiwa semalam, dan saya a
InsyaAllah saya akan repeat webinar separa jalan semalam, pada malam ini. Pasti ada hikmah dari peristiwa semalam, dan saya amat optimis. Jum. File pdf note telah saya decide untuk beri kepada semua peserta agar peserta ibu ayah boleh fokus kepada mendengar, melihat dan memahami, catat tambahan learning point saja. Tengahari note dan link baru akan diberi, akses dalam webinar room ya 😊. Yang belum mendaftar, haa sempat daftar untuk webinar malam ini ya. . https://webinar.maznahibrahim.com/storm-stress-1

Ajar Anak Teknik Berdiplomasi / Musyawarah Sesama Mereka . Sejak Khairunnisa' @KN usia dekat 2 tahun masa dia masuk fasa autonomi (nak ikut cara dia), kami train dia untuk bernafas 'breath in', dan asertif : tanya dan minta sendiri dengan abangnya, apa apa dia mahu. Bukan menangis sahaja mengadu. . Contohnya dalam giliran duduk di kerusi kecil selamat di belakang basikal besar yang ayahnya kayuh, . Macam biasa Fateh yang tegas akan men dominasi, dia saja menang. KN juga keras, dan ada hasrat. KN cuba minta dengan suara halusnya, tak berjaya, meledak menangis terus dia. 😅 . Latihan demi latihan diberi semasa setiap situasi berlaku. . Ajarkan skrip "Abang, Adik nak minta xxyyzz, BOLEH?" . Juga ajar skrip sama pada si Abang. "Adik, BOLEH tak abang nak xyz dan adik aabbcc". (pandai dia 'exchange' sebab nak dapat apa dia mahu) 😆 . Biasanya bila ayat asertif bermula dengan perminta "BOLEH" atau "MINTA", pihak satu lagi akan terus kata "Boleh!". . Ini teknik 'leading'. Kita halakan atau tentukan fokus kepada perkara yang kita mahu. . Semalam lepas Maghrib, Fateh tak jadi ikut ayahnya keluar 'meeting', Fateh dah kebuntuan tak ada teman, ayah beri idea ke Fateh untuk 'bincang' / 'negotiate' dengan Mummy, nak tengok cerita 'movie' kartun apa. Jenis Fateh Te (Thinking ekstrovert dalam STIFIn) ni tak boleh seorang, kena ada orang teman 'together gather' dengan dia. . Saya nak tidurkan si Adik. Saya kata tak boleh la Fateh sebab Mummy kena tidurkan Adik, gosok gosok adik ni gatal, ekzema, kecuali Adik pun tengok sama. . Tetiba Adik segar dan nak tengok sekali. . Kelihatannya dua-dua nak tengok cerita lain pula. . Saya tinggalkan mereka berdua. Saya kata : "Fateh BINCANG dengan Adik". Saya berlalu pergi buat kerja lain. *Satu lagi 'keyword' kami selalu guna ialah 'bincang' atau 'sembang' (discuss). . Tak lama kemudian mereka berdua keluar dari bilik tidur dan Fateh beritahu, Adik nak tengok cerita Boss Baby. . Saya kata Fateh okay ke, dia kata dia tak berapa suka, boring, tapi tak apa lah (asal dia ada teman tengok😂). . Jauh di sudut hati, syukur, mereka boleh berbincang berdua, bernegosiasi, dan 'give in', walau keduanya Thinking, keras tegas belaka. . Beza satu perempuan, kecil sedikit usia, boleh dibentuk lagi, makan saman untuk dipengaruhi si abang. Si besar lebih dominasi namun boleh turun ke 'level' lebih rendah. Seorang ekstrovert memang nak berteman 'sparing partner' sokmo, seorang lagi tak kisah boleh seorang diri (introvert). . Alhamdulillah. . . * NOTA *: . 1⃣ Dah tahu semua anak / adik beradik akan ada sahaja 'conflict of interest', saya persiapkan, 'bonding'kan mereka sejak KN dalam kandungan: Ebook Adik Beradik Ngam : PERCUMA (https://ebook.maznahibrahim.com/ngam). . 2⃣ Sebaik adik pandai bercakap / tiru percakapan kita, saya ajarkan teknik negosiasi, asertif, bertoleransi. Biar mereka 'settle' sesama mereka untuk belajar kendali konflik perhubungan. . 3⃣ Sentiasa ajarkan skrip meminta ('request') bukan mengarah. Orang tak suka diarah. Tapi fitrah suka memberi sebenarnya. Mereka tidak tahu ayat apa, bagaimana nak diucapkan. Kerap modelkan dan ajarkan cara guna keyword 'terima kasih', 'maaf', 'tolong', 'boleh xyz' atau 'minta xyz'. . 4⃣ Sentiasa mendengar keduanya, yang salah tetap ditegur teknik kesalahan walau anak kecil/besar (jika si abang, usaha tegur secara berasingan pada waktu lain untuk jaga maruah dia di depan adik). . 5⃣ Teknik Nabi : Teknik Menegur Kesalahan: Nyatakan apa tak boleh / tegahan, disusuli apa boleh : Adik tak boleh pukul abang bila marah, tapi beritahu aja baik-baik: "Boleh abang bangun ini kerusi adik, adik nak duduk" (tambah skrip toleransi). . 6⃣ Anak-anak sentiasa perlukan model yang positif, dari ibubapanya, bertindak adil saksama dan bijak berhemah kepada mereka. . Refleksi, Maznah Ibrahim 5 Mac 2018 . Jemput ke Webinar Persiapan Anak Remaja Kita pada 28 Jan 2022, Jumaat ini 9 malam di sini: https://webinar.maznahibrahim.com/storm-stress-1 .

photo content

photo content

Tangki Emosi Masa Untuk Anak Basisnya adalah mendengar dan berkomunikasi, 'listening' bukan 'hearing' semata. Ibu Ayah, mari kita jadi pendengar yang baik kepada anak-anak kita. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan Jemput ke Webinar Persiapan Anak Remaja Kita pada 28 Jan 2022, Jumaat ini 9 malam di sini: https://webinar.maznahibrahim.com/storm-stress-1

photo content

Selamat menyantuni anak-anak di rumah setelah pulang dari kerja nanti. Kita persiapkan diri secara mental, emosi dan tingkahlaku, agar tidak berulang momen tidak enak semalam semalam. Breath .... Maznah Ibrahim. .......................... Jemput daftar Webinar Persiapan Anak Remaja Kita pada Jumaat 28 Januari 2022, 9 malam di sini: https://webinar.maznahibrahim.com/storm-stress-1

photo content

photo content

Kita bukanlah pakar dalam semua perkara 😄😄😄. Betapa anak-anak zaman ini amat pintar memandaikan diri dalam perkara yang dia minati.. Maka gunakan maklumat yang anak ada untuk kita 'tanya' dia dan rapati dia. Tidak rugi bertanya. Tunjukkan 'curiosity'. Orang bercinta pun menunjukkan minat semua perkara si 'dia' ada, tahu, miliki dan segala bagai. Bercinta kembali dengan anak pre-teen kita. . Maznah Ibrahim. . Daftar segera Webinar Persiapan Anak Remaja Kita di sini: https://webinar.maznahibrahim.com/storm-stress-1

photo content

Kini RM69 untuk daftar bertiga ya ! Segera dapatkan seat anda 😍👍
Kini RM69 untuk daftar bertiga ya ! Segera dapatkan seat anda 😍👍

1 Jam Setengah lagi untuk pendaftaran EARLYBIRD webinar STORM and STRESS pada Jumaat ini, 28 Jan 2022, 9 malam ya. Daftar di sini: https://webinar.maznahibrahim.com/storm-stress-1 https://webinar.maznahibrahim.com/storm-stress-1 https://webinar.maznahibrahim.com/storm-stress-1

photo content

💥🌩WEBINAR: STORM & STRESS 💥🌩 [ Memahami Cabaran dan Persiapan Anak (7-14 Tahun) Memasuki Fasa Remaja ] Apa yang berlaku kepada anak fasa remaja adalah sesuatu yang tidak pernah kita jangka, ia seperti perubahan 360 darjah; 'mood swing', 'tingkahlaku berubah', 'gaya berubah', kerap mencabar pemikiran dan idea (ibu bapa dan sekeliling), serta banyak ketidaksetujuan, dan pemberontakan. . Apa yang merisaukan adalah bila kita rasa tak mampu 'handle' dengan lebih baik dan berhemah kerana ia agak mengejutkan, apatah lagi kita tak bersedia untuk fasa ini. . Kita tidak membesar dalam zaman anak kita sedang membesar (kini), dan anak kita tidak membesar dalam zaman kita membesar (dulu). Faktor tren dan persekitaran luar serba mencabar amat mempengaruhi percubaan pendekatan 'parenting' positif kita kepada anak kita. . Fasa 'strom and stress' ini biasanya fasa yang agak memeningkan kepala ibu bapa, dan bila tiada persiapan yang cukup, kita mungkin boleh jadi putus asa, malah lebih dari itu mungkin 'give up' dan buntu...lepaskan kepada 'pusat' luar. Dah tentu kita tidak mahu berlaku hingga ke tahap itu. . Ditambah pula dengan kajian terkini menunjukkan ada perkaitan signifikan di antara pengalaman awal kanak-kanak (ACE; Adversed Childhood Experience) dengan kesihatan fizikal, emosi/mental serta sosial individu dewasa. . Bersediakan kita menjalani transisi ini dengan 'smooth', yakin dan cukup persiapan (perisai ilmu/ pendekatan/ mindset)? Sebaiknya kita mahu kurang konflik besar, dan jika berlaku apa-apa pun, anak boleh kembali kepada kita sebagai tempat selamat untuk mereka rujuk dan minta bantuan, kerana saat getir mereka untuk melalui fasa yang tidak mudah ini (pada sudut pandang mereka juga), akan menjadi pengalaman berguna kepada mereka untuk merempuh alam dewasa dan keibubapaan mereka pula kelak. Semoga kita dapat mengelak kesan dari ACE itu tadi, dan tiada penyesalan di kemudian hari. . . BUAT PERTAMA KALI, saya akan adakan perkongsian khusus ini untuk anda semua. [Apa Yang Akan Dikongsikan Dalam Webinar 'Storm and Stress' Ini?] 1️⃣ Data besar global, ACE (Adverse Childhood Effects), bagaimana pengalaman awal anak kita merupakan punca kepada keadaan sukar/cabaran mereka sewaktu dewasa kelak? 2️⃣ Apakah status kesihatan mental anak kita (global dan Malaysia)? 3️⃣ Apa cabaran yang anak remaja / pre-teen kita sedang hadapi? (Kita sudah jaga persekitaran dalam rumah kita sebaiknya, namun ada sesuatu di luar sana merupakan cabaran semasa yang nak tak nak anak kita tetap akan hadapi juga). 4️⃣ Bagaimana cara anak kita respon dan 'cope' kepada cabaran-cabaran semasa itu? 5️⃣ Apakah dua perkara PENTING yang anak kita perlukan sebagai anak remaja (atau anak pre-teen, usia 9-12 tahun)? 6️⃣ Bagaimana dua perkara TERSEBUT telah kita 'tanam' awal dan kini itulah key untuk 'repair' semula. 7️⃣ Maka, bagaimana kita perlu bertindak sekarang? Daftar pantas untuk hari ini (24 Jam) harga istimewa bertiga ya 😍: ▶▶▶https://webinar.maznahibrahim.com/storm-stress-1 ▶▶▶https://webinar.maznahibrahim.com/storm-stress-1 ▶▶▶https://webinar.maznahibrahim.com/storm-stress-1 Kongsikan dengan ramai sahabat kita ya agar sama-sama kita bersiap sedia (perisai mindset, ilmu) untuk anak-anak kita. Anak-anak anda adalah persekitaran anak-anak saya juga, 'it needs a whole village to raise a good child'.

photo content

Bila buat silap kat anak, dan selepas tu kita buat tak tahu aja macam tak ada apa-apa berlaku, sebenarnya anak juga belajar bagaimana kendalikan kesilapan dalam perhubungan mereka pula nanti (dengan sesiapa). Maka, modelkanlah cara yang 'humble', dan dekat di hati manusia, bukan yang menjauhkan lagi hati-hati manusia kecil di rumah kita (rasa keliru, marah, dendam, kecewa) dengan kita ya. Sementara anak kecil, dan perkara kita dan dia buat silap tu kecil, amalkanlah 5 'step' ini, agar kelak tak bernanah atau berakar umbi pula bila sudah remaja dan dewasa... . 1. Alamak, Mama tersilap tadi tinggi suara kat adik, Mama sebenarnya rasa penat dan marah kat ayah je tadi ... hmmm 2. Sorry ya adik.... 3. TQ adik sebab memahami.. (dan maafkan mama yang khilaf ini huhu). 4. Jum adik nak ajak Mama main apa tadi tu? 5. (Sebutn atau azam dalam hati) "InsyaAllah lepas ni Mama akan berusaha urus emosi Mama dengan baik demi anak Mama yang Mama sayang ni. Mama kan rol model / cerminan adik". Care, Maznah Ibrahim Telegram: T.mazn.me/chan ... Saya akan kendalikan webinar live berkenaan persiapan anak remaja kita, Jumaat 28 Januari 2022, 9 malam, tunggu link pendaftaran ya. 😍 .....