Parenting Maznah Ibrahim
前往频道在 Telegram
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
显示更多📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览
频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 274 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 963,并在 马来西亚 地区排名第 2 369 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 274 名订阅者。
根据 21 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -128,过去 24 小时变化为 -6,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 7.26%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.52% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 1 182 次浏览,首日通常累积 410 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
凭借高频更新(最新数据采集于 22 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。
16 274
订阅者
-624 小时
-367 天
-12830 天
帖子存档
16 269
Anak Selalu Cemerlang Akademik,
Tetapi Pada Hari Anugerah, Tak Tercalon Sebagai Penerima Hadiah Naik Ke Pentas Sedangkan Kawan Baiknya Naik ke Pentas Beberapa Kali..
Pasti anak pun rasa sedih dan cemburu kan?
Jadikan cemburu itu sebagai semangat motivasi dan cemburu positif!
Tetiba saya teringat anak saya sebab anak kami sama usia, 7 tahun dan puan yang bertanya ni follower saya sejak anak saya Fateh usia bayi.
https://maznahibrahim.com/anak-selalu-cemerlang-akademiktetapi-pada-hari-anugerah-tak-tercalon-sebagai-penerima-hadiah-naik-ke-pentas-sedangkan-kawan-baiknya-naik-ke-pentas-beberapa-kali/
16 269
Mahu Tahu Macam Mana Nak Manage Salah Laku Anak ?
.
1. Jika anak memang biasa pukul, cubit, tumbuk orang --> beri dia alatan untuk buat aktiviti sama tetapi bukan kepada manusia, kepada alatan yang selamat (punching bag, bantal, etc) (sediakan medium atau setting nya saja)
.
2. Jika anak suka cakap benda tak baik, marah-marah, sebut badwords ke --> ajar dan latih anak untuk tarik nafas dan hembus di mulut lama-lama / nyanyi / sebut astaghfirullahalazim 10 kali
.
3. Jika anak mudah naik kaki --> sediakan alat menyepak dan suruh anak tendang bola, tendang angin, jalan laju / lari / kayuh basikal banyak round
.
Ia management untuk emosi kanak-kanak
Dengah saluran dan cara yang selamat dan sihat,
.
🕐 Cara spontan dan
🕑 Secara latih (by training),
.
Hakikatnya anak kecil masih dalam proses belajar regulasi emosinya (urus emosinya),
.
Bukan dimarah, dihukum, diherdik, dikritik,
.
Key nya
🕐 Urus tingkahlaku,
🕑 Bukan Label Orangnya (seperti degil tak dengar kata, nakal dsb)
.
At least bila beri alternatif tindakan,
Maka dia tak cederakan orang /
rosakkan barang /
dan cederakan dirinya sendiri.
.
Doa banyak-banyak juga sebab doa ibubapa maqbul kan.
.
Ibubapa diuji untuk skill baru.
.
Last But Not Least
.
4. Ibubapa wajib tak buat macam tu pada anak (naik tangan, naik kaki, mencemuh memaki dsb) - Hakikatnya anak belajar dari ibubapa sendiri, monkey see monkey do, anak alami atau diperlaku, anak buat balik pada orang.
.
Jika ibubapa pernah terlepas laku seperti 3 jenis di atas,
Ibubapa boleh astaghfirullahalazim banyak-banyak,
dan solat sunat taubat aja,
InsyaAllah boleh masuk on track betul balik.
.
.
Share kan.
♥️
Maznah Ibrahim.
16 269
My Work Life Balance Story
-----------*-----*------*----------------
Semalam nak demam sedikit.
Tekak dan lendir sedikit.
Lewat petangnya potong rambut fateh yang dikatakan 'rambut cendawan' oleh kawan dan teachers dia.
Mummy ajar utk say No dan tell your feelings.
Kalau tak orang tak tahu dia x suka kan.
It s some sort of Bully juga tu.
(Mummy pun siap tambah, kalau Mummy, rambut Fateh ni macam Helmet)😆 marah dia.
OK stop.💁♀️
Ayat skrip diajar begini:
"Jangan panggil rambut saya rambut cendawan,
Saya tak suka.
Ini rambut Fateh".
***Not much worries sebab dia jenis berani dan asertif.
.
So rambut dia pun dah pendek banyak,
Oleh mak mertua Aunty biasa tu.
So rasa sesuai repeat kat Nenek ni bukan Aunty biasa dari bayi sampai laa 7 tahun (tempat sama).
Then Mummy pun potong rambut Mummy (muslimah tertutup tirai),
Siap shampoo, urut dan cuci, tambah vitamin lagi hehehe.
Rasa terapi betul.
Sebab kepala ni penting,
Saluran darah biar lancar dari atas ke bawah.
Means kena urut satu badan pula, kan.
Last urut bulan September baru ni
Tetiba teringat,
Masa bilas rambut tu
Adik pekerja yang buat servis ni puji kami,
Rajin layan dan sembang dengan anak-anak, bagus untuk kanak-kanak,
Saya kata biasa aja
Ini aja masa ada masa depa kecil,
Walau adik ni usia baru 20 tahun,
Dia boleh identify kelainan dan kepentingan aspek 'rajin melayan' dan 'sembang' dengan anak-anak ni 👍👍👍
Sebab dia kata setengah ibubapa tak layan dan sembang pun dengan anak-anak (oh yeke 🤔 memang camtu ke).
.
.
Balik rumah memang nak demam sikit,
Sempat masak kari ikan tenggiri kakak dan suap depa dua makan (KN dan Yumna, Fateh terus pengsan lepas mandi).
As usual, ini management saya dan sesuai, dan resolved rasa nak demam dan tekak tu
😊 Alhamdulillah Ala Kulli Hal
- air panas
- halia racik halus
- biar seketika
- campur air biasa agar tak terlalu panas
- limau kasturi (better lemon tapi xdak)
Minum.
Haa
Esoknya terus elok.
Hari ni la esoknya tu 😁👍
Paginya bergegas siap sebab ada slot CME di Jabatan Anaes by request.
Wah hebat smua doktor pakar, mo dan ho. Dalam 29 orang camtu di klinik anaes bangunan baru rasanya (xingat laluannya).
Line ok, saya share Work Life Balance - Stress Management
Menggunakan 5 Love Language test,
Masuk aja terus guna hp ke laman website nya oleh Gary Chapman.
Terus result keluar, kan.
Pastu makan breakfast kejap di bilik rehat kat Pain Clinic.
Borak sikit, doktor lelaki ni tanya pasal tadika anak kedua dia,
Dia sebut Kidzaniaa,
Hmm macam PlayLand.
Saya mentioned Dr Putri dan Kinderkaizen bagus,
Terus dia kata, haa Kinderkaizen, bukan Kidzania,
Ok 😁 silap term.
Bagus nak buka di Perlis dah.
Ok ke main main aja, anak belajar ke?
Ya, no worries doktor,
Anak belajar thru bermain,
Sampai masa ready dia sendiri boleh catch skill 3M tu, trust the process,
child development memang budak fitrah suka dan perlu bermain.
Habis makan, jumpa dua doktor untuk dengar dan consult isu mereka, buat kat Pain Clinic.
Macam sesi pula. Takpa.
Rasa gembira dapat bantu beri consultation pada doktor kedua untuk anak buahnya. Kita kena bantu awal kan.
😊👍
Mudahan bermanfaat tuk mereka.
Love sharing as usual with peoples
Sebab drh O dan ekstrovert tu 😊😊😊
*gambar KN dua hari lepas pagi2 masak kek mentega noxa dia dengan Yumna👍👍👍
16 269
Mahu Jadi Penting Pada Anak-Anak Kita?
Kadang anak-anak ni gajet atau kawan lagi penting dari ibubapa dia.
Ini saya kongsikan 1 strategi untuk ibubapa jadi lebih penting dari perkara lain.
Caranya simple saja.
[BERMAINLAH dengan mereka banyak-banyak]
Sebab bila saya test 'Mystery Game' untuk tahu anak-anak kecil ini suka apa, sebagai bahasa cinta yang mereka dambakan sangat dari ibubapa,
Mostly suka 'gift', hadiah kejutan, mainan, material dsb.
Sebab:
🏑 anak kecil fitrahnya bermain
🏑 mainan dan material ini adalah sumber 'happines' mereka sebab mereka boleh bermain dengan alatan ini..
🏑 jadi, cara untuk guna info ini ialah ibubapa jadilah TOOL UTAMA/ alatan atau sumber untuk mereka bermain.
.
PALING MUDAH, FREE DAN JAMIN anak-anak anda akan suka ialah :-
.
[MAIN SOROK-SOROK] (HIDE AND SEEK)
👉 anak-anak dan mak sorok, ayah cari semua orang,
👉 anak-anak dan ayah sorok, mak cari semua orang,
👉 mak, ayah dan anak-anak sorok, 1 dari anak akan mencari semua orang
👉 buat sebelum tidur semua terlibat, atau sebelum ayah balik (jika ayah ibu asing balik rumah)
.
Buatlah peraturan, Kira (counting) berapa kali. Contoh dalam 30 kali
(anak pun akan pandai mengira :)).
.
Apa manfaatnya? BESAR SANGAT-SANGAT:
.
🕐 Untuk perkukuhkan 'seeking system' dalam otak mereka, ia satu dari 3 sistem emosi positif di otak yang sangat power, bila mencari dan dicari, waah rasa penting tu, rasa 'wanted' (dicari), rasa 'important' dan 'orang besar' (mencari), 'induce excitement' tu...
🕑 'Bonding' akan semakin kuat. Ia 'special time'. Benda ni masa anak-anak dari usia 0-9 tahun lah mereka nak main ke-anak-anak-an macam ni, dah besar mana nak main benda macam ni kan? Jadi jika mereka besar nanti, mereka akan kenang momen main ini sebab ia sumber asas kegembiraan yang besar tau.
🕒 Ia ganti gajet / material lain sebagai sumber kegembiraan (happiness) anak-anak, maka ibu ayah lah sumber kegembiraan (happiness) anak anak ;) Kanbest tu, anugerah kegembiraan anak - ialah IBUBAPA dia sendiri.
.
Cubalah.
Saya yakin sahabat semua pasti ada bermain sorok-sorok dengan anak-anak.
.
Cuba kongsikan dengan saya, pengalaman anda.
.
p/s:
Kami, dari anak no 1 hingga kini 3 orang, memang main game ini, terkedek-kedek la si bayi ni merangkak menyorok, hingga besar 7 tahun pun terus stop tengok tv kegemaran sebab nak involve bermain sorok-sorok ni. 😄 Sangat simple, kelakar dan comel bila mereka sorok dan akan bagitahu mereka di kedudukan mana tersorok tu.
Kadang saya beri misteri dan tough sikit, tutup lampu jadi gelap, buka 1 lampu aja, hahaha, memang mencabar sih...😁😆
------
Tulis komen pengalaman anda dalam bermain sorok-sorok ini dengan anak-anak.
p/s: Sumber gambar: https://www.pregnancybirthbaby.org.au/separation-anxiety
p/s: kongsikan dengan pasangan dan kawan baik kita agar sama sama tahu ya.
16 269
Mahu Anak Yang Kuat dan Kental Ketahanan Diri?
.
.
Salah Satu Ciri Anak Resilien Atau Berdaya Tahan Dalaman Yang Tinggi ialah,
Mampu untuk ‘bounce back’ atau kembali kepada keadaan sediakala (keadaan yang baik).
https://maznahibrahim.com/salah-satu-ciri-anak-yang-resilien-atau-mempunyai-daya-ketahanan-dalaman-yang-tinggi-ialah-dia/
16 269
Terkini: Kajian Membuktikan Bahawa Jika Kita Baiki Pengalaman Awal Kanak-kanak, Pengurangan Sehingga 21 Juta Kes Kemurungan Dewasa Boleh Berlaku
Baru-baru ini pada 5 November 2019 Centers for Disease Control and Prevention (CDC) di US telah mengeluarkan satu laporan kajian panjang mengenai kesan ACE (Adverse Childhood Experiences) kepada pelbagai masalah kesihatan orang dewasa kini.
.
Sejujurnya sepanjang 13 tahun saya terlibat dalam kaunseling kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan orang tua, saya sudah nampak 'pattern' dan perkaitan antara trauma kecil mahupun trauma besar zaman kanak-kanak (childhood trauma) dengan masalah kesihatan fizikal mahupun mental.
Sambungan:
https://maznahibrahim.com/terkini-kajian-membuktikan-bahawa-jika-kita-baiki-pengalaman-awal-kanak-kanak-pengurangan-sehingga-21-juta-kes-kemurungan-dewasa-boleh-berlaku/
16 269
[Biasanya IbuBapa Yang Cepat Marah Anak, Ada Pengalaman Zaman Kanak-kanaknya Yang Kurang Baik]
Ia boleh beri kesan kepada emosi anak,
Dan kesihatan mentalnya bila besar kelak.
.
.
Membaiki atau mencegah pengalaman awal traumatik kanak-kanak (ACE: Adverse Childhood Experiences) ini boleh mengurangkan sehingga 44% orang dewasa yang depression atau bersamaan dengan 21 juta pesakit depression dewasa (CDC, 2019). Ia adalah satu jumlah yang agak besar.
.
.
Di sini suka saya nak kongsikan 5 perkara yang kita boleh lakukan dari awal untuk anak-anak kita sekiranya kita ada faktor risiko tekanan dalam keluarga (seperti perkara dalam Adverse Childhood Experiences: ACE) agar anak kita kekal sihat, sejahtera fizikal dan psikologinya dewasa kelak :
.
https://maznahibrahim.com/5-perkara-kita-boleh-buat-sekarang-untuk-kurangkan-risiko-anak-dapat-depression-besar-nanti/
16 269
KERANA KITA TAK KUASAI ILMU TANGKI EMOSI, MAKA KITA TAK DAPAT 'TACKLE' PUNCA SEBENAR ANAK BUAT HAL...
Sebagai ibubapa adalah amat baik bila kita dapat kuasai pengetahuan mengenai 5 tangki emosi anak sebagai:
🏑 keperluan emosi asas mereka yang perlu kita penuhi
🏑 sebagai panduan apakah isu sebenar anak bila bertingkahlaku misteri/mencabar - iaitu tangki tertentu menyusut
🏑 sebagai peringatan diri kita jika terlalu terlebih satu bahagian maka kurangkan bagi ia jadi 'special' manakala dalam masa sama penuhkan bahagian lain yang menyusut.
.
5 TANGKI EMOSI ANAK YANG ANDA PERLU PENUHI SETIAP HARI:
1. Tangki perkataan baik
2. Tangki sentuhan selamat
3. Tangki masa istimewa
4. Tangki layanan yang baik
5. Tangki material bersesuaian
PENUH TANGKI ini, maka kuranglah sedikit kerenah misteri atau kerenah mencabar anak anda.
.
(1) Tangki perkataan yang baik dan mengesahkan
- pujian spesifik
- ayat / perkataan menenangkan, menggalakkan, mempercayai, sokong ideanya, validate emosi mereka walau negatif mahupun positif.
.
(2) Tangki sentuhan selamat
- usapan (bahu dan belakang),
- pelukan (full dada to dada),
- ciuman di dahi/pipi.
.
(3) Tangki masa istimewa
- temankan mereka bermain di playground atau di rumah,
- solat
- makan bersama,
- dengar cerita mereka
- dating one to one dengan anak, dll.
.
(4) Tangki layanan yang baik
- layan macam VVIP,
- senyum kepada mereka,
- pandang mata pabila mereka berbicara kepada anda.
.
(5) Tangki material bersesuaian
- ikut kemampuan,
- dan sesuatu yang mereka sukai, hargai dan layak terimanya
.
.
Jum sama-sama PENUHI nya untuk diri dan anak kita.
Kalau hari ni terlupa peluk anak (tangki sentuhan selamat), cepat cepat usaha peluk mereka nanti ya.
Terlupa puji mereka, usaha cari satu kebaikan atau apa jua untuk diberikan perkataan baik.
.
OLEH:
Maznah Ibrahim
16 269
Kemahiran Mengurus Emosi Anak Adalah Sebahagian Dari EQ
Urus emosi pada saya amat 'crucial' ilmunya untuk anak-anak pada masa kini. Sebab ia berkait dengan pengurusan stres. Hari ini kita menyaksikan ramai orang dewasa dan remaja yang mengalami tekanan emosi sehingga ke tahap mental illness (depression, anxiety, panic attack, dll) sehingga penyakit kedua tertinggi pada tahun 2020 (beberapa hari lagi ini) ialah 'depression' selepas jantung (sumber: WHO).
Ia berbalik kepada ilmu.
Baca penuh dan kongsikan ya:
https://maznahibrahim.com/kemahiran-mengurus-emosi-anak-adalah-sebahagian-dari-eq/
16 269
Saya terbaca post dalam positiveparentingsolutions.com mengenai anak yang suka meminta dan nego dengan kita nak sesuatu perkara atau benda, dan kita boleh cuba alternatif komunikasi berkesan ini.
Saya dapati amat kena dengan anak saya Fateh yang amat ‘strong willed’ dan pandai memainkan senjata meminta-mintanya dengan perkataan, memek wajah dan sentuhan ini.
Artikel penuh:
https://maznahibrahim.com/anak-meminta-minta-sampai-kita-setuju-cuba-3-perkataan-ini/
Kongsikan ya.
16 269
Ayat di atas ini mengingatkan saya akan skil makan Yumna 1 tahun 5 bulan.
Baru aja saya coretkan sedikit di fb personal saya.
👇👇👇
Macam ni lah gaya CikNa kami di rumah.
Biasanya biar aja tengok apa dia nak buat.
Teringat 1 kali tu saya pun terkedu,
mee campur air masak,
Dan mee itu dia makan lepas tu,
Ibarat dah 'basuh' mee itu.😁👍
Kalaulah saya stop dia awal sebab dia macam 'main-main',
Pasti saya tak jumpa pengakhiran matlamat mahupun melihat idea dia berkembang hingga takat mana,
Iaitu dia AKAN MAKAN juga.
Sabar dan tunggu lihat.
Memang brilliant anak kecil ni.
Depa tau ini makanan.
Depa cuma nak eksperimen dan buat sesuatu ikut keupayaan atau kemahiran semasa yang dia boleh 'kuasai' pada usia itu.
Skil pindah pindah bekas.
Sekarang, mak senang dah.
Bagi aja dia mangkuk besar dan makanan dia,
Biar dia makan sendiri.
Jika awal dulu banyak tumpah
Kini usia 1.5 tahun, amat-amat sedikit yang tumpah tau 😉
Teringat abang Fateh dulu sama,
Usia 1 tahun diberi peluang makan sendiri tumpah ibarat 90% dan 10% masuk mulut,
Kepada usia 1 tahun 6 bulan 90% masuk mulut hanya 10% tumpah.
MasyaAllah. Tabarakallah.
*biasanya order tuk dia air masak aja. Dan di rumah beri dia air masak dalam 1/5 cawan aja bila dia minta "nak air", sebab air tu memang dia minum at first lepas tu confirm dia masuk bekas makanan dia😆👍👍👍😁
Maznah Ibrahim
Video CikNa makan campur air masak dan nasi goreng. Jika diperhatikan memang skil memegang sudu dia dah expert dah.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217705006109294&id=1004411173
16 269
Anak Anak Sahabat Pernah Komplen Mengadu Sakit Fizikal Yang Tidak Dapat Dijelaskan ?
Seperti
🏑 sakit perut
🏑Sakit kepala
🏑Sakit dada
🏑Muntah
🏑Sukar Tidur
🏑Ciri Birit
Ia adalah psikosomatik.
Mereka sebenarnya sedang alami Stres - maka ada reaksi atau tindakbalas di badan (somatik).
Badan tak boleh tipu tau. Kalau rasa sakit tu memang rasa sakit la (macam butterflies in stomach gitu). Walau cek doktor sah kata takdak apa apa pun.😐
Mulut boleh la 'creating story' kan. Namun untuk anak kecil, buat apalah dia tetiba nak 'creating story' yang dia sakit itu ini pulak.
Petanda itu memberi makna yang
👉dia perlukan perhatian,
👉Perlukan empati,
👉Dan sokongan untuk emosinya.
.
Bila paling awal?
👉Seawal 4 tahun jika sudah bersekolah.
👉Sudah boleh bercakap,
👉Dan usia sudah ada tekanan luar selain dalam faktor dalam rumah yang dia duduki sejak usia lahir dan sudah imun, kan.
Ambil berat tau.♥️💪
'Managing mental health of our young children' bermula dengan mengambil berat akan simptom awal stres nya iaitu psikosomatik.
Saya sedut 4 Langkah dari Poster Infografik saya yang saya masuk pertandingan pada 31 Oktober lalu (tak menang sebab 'complex & complete' 😄☺️) namun ia amat amat penting.
.
Sharekan.
Jika sudi share kan dengan saya:
✍Tulis komen mengenai simptom/komplen psikosomatik anak anda,
usia dia dan
apa kemungkinan stres dia itu.
.
CARE,
Maznah Ibrahim
Tulis komen di sini:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1297873150387266&id=477691842405405
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
