Parenting Maznah Ibrahim
前往频道在 Telegram
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
显示更多📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览
频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 15 727 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 958,并在 马来西亚 地区排名第 2 343 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 15 727 名订阅者。
根据 01 十一月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -141,过去 24 小时变化为 -2,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 3.96%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.06% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 623 次浏览,首日通常累积 324 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
凭借高频更新(最新数据采集于 02 十一月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。
15 727
订阅者
-224 小时
-317 天
-14130 天
帖子存档
15 727
Cara Dorong Anak Bayi Untuk Kekal Selesa Dalam Carseat
Untuk anak kecil, kita tahu duduk dalam 'car seat' adalah tidak mudah. Mereka rasa kurang selesa dan sentiasa resah.
Untuk ini, saya nak kongsikan skrip 'hypno' yang boleh ibu ayah gunakan untuk anak perlahan-lahan boleh sudi untuk duduk dalam 'car seat' sehingga jaya. Skripnya ada dalam Ebook Premium Hypnoscript juga ;)
https://maznahibrahim.com/teknik-mendorong-anak-duduk-dalam-carseat/
15 727
Kenapa Kena Lebihkan Puji Usaha Anak Bukan Hasil
Biasa kita sebagai ibu ayah suka lihat hasil atau output anak. Namun ia sama sekali tidak sesuai kerana cara sudut pandang automatik orang dewasa adalah output untuk usia orang dewasa itu.
https://maznahibrahim.com/puji-usaha-anak-bukan-hasil/
15 727
Berapa Lama Sesuai Masa Anak Guna Gajet?
Artikel kajian yang saya baca mengenai kesan gajet kepada perkembangan kanak-kanak, dan kesihatan mental emosinya agak jelas iaitu seiring peningkatan penggunaan gajet (ranking pertama ialah smartphone, disusuli laptop, tablet/ipad), ia memberi risiko kepada masalah kesihatan mental kanak-kanak seperti depression, anxiety, ADHD, mood disorder dan bunuh diri, selain masalah fizikal iaitu masalah sensori.
https://maznahibrahim.com/berapa-lama-sesuai-masa-anak-guna-gajet/
15 727
Tak Susah Sebenarnya Nak Ajar Anak Kemas Lepas Makan
Elak marah, tunjuki saja.
https://maznahibrahim.com/ajari-anak-kemas-selepas-makan-sejak-bayi/
15 727
Pening Anak Usia 1 Tahun Mahu Makan Sendiri?
Sepahnya takyah cakap lah, heheh. Sedang kita tahu tangan mereka memang belum cukup kuat untuk memegang sudu. Namun sebenarnya penting untuk support perkembangan sosioemosi mereka.
Ini kisah lama sewaktu anakanda pertama saya berusia 1 tahun awal dulu (tahun 2013).
https://maznahibrahim.com/anak-makan-sepah/
15 727
Anak Suka Gajet?
.
Kesan 'Gajet' atau alat perkakasan berteknologi kepada kanak-kanak memang telah diketahui umum yang ianya banyak buruk berbanding baik.
Ia bukan saja beri kesan kepada mata, malahan mengubah struktur sel di otak anak yang masih immature dan developing ini.
https://maznahibrahim.com/kenapa-anak-suka-gajet/
15 727
Buku Screaming Free Parenting sudah restock.😍
Boleh dapatkan dengan Pn Farahliza Ismail
Di
www.wasap.my/60177080038/ScreamingFree
Buku yang highly recommended sebab mudah faham dan banyak latihan membetulkan kepercayaan silap kita selama ini 😊👍
15 727
Sebagai menjawat jawatan ibu atau ayah,
Bilangan tahun pengalaman kita adalah SAMA = Bilangan tahun usia anak !!!
~
The point of parenting
Isn't to have ALL the answers
BEFORE we START out
But instead to figure it out
On the go as our children grow,
Because as they do,
So will we.
~
Bridgett Miller
-----------
Benar
Jalan dulu
Baru dapat fine tune
.
Apapun
Anak atau kita
Tetap terusan belajar
.
Belajar kenali satu sama lain,
Belajar hormati satu sama lain,
Belajar menjadi diri pada satu-satu masa yang lain (human development).
.
Bukanlah kita sebagai orang tua ni banyak makan garam maka tahu serba serbi
Atau
betul sentiasa 💁♀️
.
Sebab sebagai menjawat jawatan ibu atau ayah,
Bilangan tahun pengalaman kita adalah SAMA = Bilangan tahun usia anak !!!
.
Hmm 🤔....
Rupanya kita ni sama aja
Dalam pengalaman ibu-anak / anak-ibu.😃
.
Maznah Ibrahim
15 727
Benar
Jalan dulu
Baru dapat fine tune.
Apapun
Anak atau kita
Tetap terusan belajar
Belajar kenali satu sama lain
Belajar hormati satu sama lain
Belajar menjadi diri pada satu-satu masa yang lain (human development)
Bukanlah kita orang tua makan garam ni sudah tahu serba serbi
Dan betul sentiasa
Sebab sebagai menjawat jawatan ibu atau ayah,
Bilangan tahun kita adalah sama = Bilangan tahun usia anak !!!
Maznah Ibrahim
15 727
3 Cara Nak Dapatkan Jawapan Dari Anak Kenapa Dia Buat Hal (Dia Stres)
Jika ibubapa sering pening dengan tingkahlaku anak-anak dan mahu memahami punca stres kanak-kanak, ibubapa perlu sentiasa memahami PERSPEKTIF ANAK-ANAK itu sendiri.
https://maznahibrahim.com/3-cara-nak-dapatkan-jawapan-dari-anak-kenapa-dia-buat-hal-dia-stres/
15 727
Tip Parenting #16
( Bila Anak Nak Sangat Sesuatu...)
Dari kecil, anakanda sulong saya yang 'strong willed' ini memang banyak kehendak. Besar-besar pula tu.
https://maznahibrahim.com/pertama-kali-dalam-hidupnya-fateh-bekerja-di-kedai-basikal-selama-1-jam/
15 727
Tip Parenting #15
( Bila Marah – Kita Sabar )
Walau tidak mudah, untuk tahan marah dan jadi sabar, ia boleh dilatih sebenarnya.
.
Niatkan dalam hati, azam yang marah-marah keterlaluan tidak bermanfaat, malah membentuk anak yang lagi keras hatinya dan terpalit semula kepada ibu ayah sendiri bila anak cepat marah kepada ibu ayahnya.
.
.
Nanti ibu ayah sendiri jadi bertambah luka, lagi marah, sebab seolah melihat dirinya dalam diri si anak. Sejibik orang kata.
Jadi selepas azam nak kurangkan marah, azamkan nak SABAR.
.
Bila marah, kita sabar, syurgalah ganjarannya InsyaAllah (lagu Omar dan Hana).
.
Ini 3 sebab nak tahan MARAH dan jadi SABAR:-
.
1. Hadith rasulullah “Janganlah kamu marah dan bagimu syurga (Hadith Riwayat Abu Daud)
👉 bila marah, kita tahan marah dan tukar kepada sabar, kita akan dapat syurga sebagai ganjarannya 💝
👉 ni siapa nak 'reward' syurga 💝, sebut kat anak banyak-banyak, dengan mak, pak dan anak sama-sama belajar tahan marah sebab nak Syurga..
.
2. Dalam sirah, Nabi Muhammad banyak tahan marah, muka sahaja berubah kemerahan kerana menahan marah. Tiada suara, perkataan atau kekerasan fizikal dilakukan.
👉 Ni untuk siapa yang amat cinta Rasulullah, dan Nabi Muhammad adalah idolanya dari segala serbi, ikutilah cara Rasulullah ini. ☺️
.
3. Dalam Al Quran ada 29 ayat yang mengandungi perkataan marah (search dalam surah.my), dan 3 darinya menunjukkan apabila marah --> tahan marah --> dan memaafkan adalah cara atasi marah yang disukai Allah kerana berbuat perkara baik.
👉 Ni bagi orang yang nak disukai Allah :D 😍
👉 Jadi bila rasa marah pada anak tu, cepat-cepat maafkan anak, let go. Maka anak juga akan cepat reda marah, dan memaafkan ibubapanya juga.
👉 Bagitahu anak bila marah dan maafkan orang, Allah suka sangat sangat. Kan best Allah suka kita. 😍
.
.
Persoalannya,
Camana Nak Tahan Marah Tu? Selalu Automatik Aja 😌🤭😫😰
----------------------------------------
Cara tahan marah, yang sering saya tekankan dalam kursus EHSABAR, pada diri dan anak-anak ialah:
.
1) Pause (henti tindakan apa-apa seperti perkataan dan fizikal),
+ serentak dengan
2) Tarik nafas dalam-dalam, dan
3) Hembus kat hidung.
.
Itu aja,
Pernafasan yang baik membantu tindakan reflek ANS ('Autonomic Nervous System') dalam sistem badan yang banyak membantu menghala kepada relaks…..
Relaks ialah TENANG dan ia belawan dengan marah (sains tubuh badan).
.
Takyah percaya, buat aja.
.***marah boleh bawa mati tau - maksudnya emosi negatif boleh bawa kepada penyakit dan boleh bawa mati...
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim
*Jemput masuk ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di
t.mazn.me/chan
15 727
*ternampak memori 3 tahun lalu ditunjukkan FB.
KN 1 tahun lebih mencari abangnya Fateh menyorok dalam peti ais
*sekarang 3 anak ini main sorok2 dalam rumah, lebih meriah laa ☺️ campur mak jadi 4, sesekali campur ayah jadi 5 orang, kan.
.
Main Sorok-sorok
***************
Dari bayi, Fateh main sorok-sorok dengan Ayah dan Mummy.
Dari ba baaa chak dia tak boleh bergerak,
ke lari-lari sorok-sorok dan cari-cari
Dari terkedek-kedek mengesot ke merangkak ke berjalan berlari menyorokkan dirinya.
Dari belum bercakap ke sudah bercakap,
Kelakarnya bila sorokkan diri dia akan berkata :
"Ayah, carilah Ateeeeh, Fateh kat belakang langsir ni..." (😂😂😂 bagi jawapan)
Take turn. Dicari dan mencari.
Mummy Ayah pun sama sorok di tempat kegemaran dia. Mummy geng Fateh, Ayah cari, Ayah geng Fateh, Mummy cari.
.
Kini, Fateh dah ada kawan cilik.
Pencari abang Ateh ialah Khairunnisa'.
Seronok dia cari abang dia bawah selimut la, dalam almari la, belakang pintu la. Dalam video ni peti ais pula 😂😂
.
Ada apa dengan Game Mencari?
Dalam ESQ Parenting dulu, didedahkan bahawa permainan ba chak dan sorok-sorok ni global satu dunia.
Fitrah kanak-kanak,
Ada ciri hebat kualiti di situ.
.
Fitrah mencari - menyelidik - sehingga jumpa.
Mencari kebenaran.
Mencari fakta.
Ilmu terkini.
Sains.
Ketuhanan.
Jumpa Tuhan.
Jumpa diri.
.
Teruskan mencari wahai anak-anak seluruh alam.
Penemuan demi penemuan dijumpai.
.
Dalam diri ada bukti.
Bukti kehebatan ciptaan Ilahi.
Cari Ilmu hakiki.
Al Quran dan As Sunnah harus dipegangi...
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.
*Pesanan Penaja Dari Saya.
Bermainlah dengan anak-anak.
KURANGI gajet, tv, seangkatan dengannya.
Bila off kan, mereka akan otomatik, memang akan kreatif cari jalan untuk bermain. Fitrah bermain mereka tu..
Kita akan missed sesangat momen kecil masa emas ini.
Dengari saja gelak ketawa mereka tu, mahal sangat.
Ada emosi di share bersama dalam sekeluarga itu.
