ch
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

前往频道在 Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

显示更多

📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览

频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 272 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 969,并在 马来西亚 地区排名第 2 365

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 272 名订阅者。

根据 23 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -121,过去 24 小时变化为 -3,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 5.56%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.43% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 904 次浏览,首日通常累积 395 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

凭借高频更新(最新数据采集于 24 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。

16 272
订阅者
-324 小时
-377
-12130
帖子存档
photo content

Bagaimana Bentuk Self Esteem anak dari 0-6 tahun ---------------------------------------------------- Kajian menunjukkan kanak-kanak usia 5 tahun sudah kukuh, dan ada self esteem. Kebanyakannya mempunyai self esteem yang baik, mahu yang elok, baik untuk diri, label elok untuk diri, tahu beza label good and bad. Tapi tak mustahil ada segelintir anak memiliki self esteem yang lebih rendah dan negative self concept, hasil corakan ibubapa sendiri (teringat kisah benar My Name Is Idiot 😞😞😞). Artikel ini menerangkan lebih lanjut. http://www.washington.edu/news/2015/11/02/childrens-self-esteem-already-established-by-age-5-new-study-finds/ Saya mendapati ia logik, kerana 5 tahun pertama adalah golden age, iaitu 90% otak kanak-kanak sudah developed, dari keseluruhan dewasanya. Kanak-kanak usia 5, pabila masuk sekolah, sudah ada self esteem, bukan dibentuk di sekolah, tetapi pastinya bermula di rumah, bukan? It is start at home. Last week ada alumni ehsabar bertanya saya bagaimana nak bentuk self esteem anak, InsyaAllah saya akan buat live sharing di FB page saya berkenaan ini, bagaimana membina self esteem anak dari usia 0 tahun hingga 6 tahun, mengikut usia mereka, saya kata sebenarnya ia tak sukar mana, secara fitrah sahaja, dan ia selari dengan peranan ibubapa memenuhi tugas perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, mengikut usia. . Nantikan hari ini, 12.00-1.00 tengahari 23 Ogos 2017, Rabu. Maznah Ibrahim.

Saya mohon jasa baik sahabat untuk share kepada seramai mungkin kenalan anda, sekiranya anda telah tonton dan rasa ia perlu diketahui ramai orang kerana ia penting. Jzzkh saya dahulukan. ☺️ . (1) - Perkembangan Seksualiti Kanak-kanak, 0-6 Tahun, Apa Ibubapa Perlu Tahu https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787123134795606&id=477691842405405 . . (2) Seksualiti Kanak-kanak: Personal Safety, Peraturan Sentuhan https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787200204787899&id=477691842405405 . . (3) Seksualiti Kanak-kanak, Personal Safety, Peraturan Sentuhan (sambungan) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787215634786356&id=477691842405405

Sedarkah Anda, Mengenai Kepentingan Perkembangan Seksualiti Anak-anak Bermula Sejak Anak Dilahirkan? 1 Penulisan Jawapan Saya di sini beserta Sharing FB Live saya, ada 3, di sini: . https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=796870783820841&id=477691842405405 . Beberapa artikel lama saya di sini: https://maznahibrahim.com/category/pendidikan-seksualiti-kanak-kanak/ . Maznah Ibrahim

photo content

3 Tips Mudah & Pantas Penuhi Tangki Emosi Anak Musim Cuti Sekolah (Atau Bila-bila Pun) . . Cuti-cuti sekolah dan peristiwa keraian ni, rasanya tangki masa diluang bersama keluarga bertambah, berlimpah ruah dari biasa (mungkin). . Namun bila banyak masa bersama dan banyak faktor luaran masuk ke dalam sistem keluarga dan anak kita, banyak la pula ragam dan onak liku nya. . 3 Tips ini mungkin membantu, pabila anak cuba bercakap sesuatu dengan kita, mereka nak engage dengan mak ayah sebenarnya. . 1) Pandang tepat mata nya, sama level . 2) Sentuh bahu nya dengan sebelah tangan (sentuhan fizikal - boleh juga usap belakang/kepala sebentar) . 3) Beri perhatian penuh tanpa berbelah bagi. . . 30 SAAT (atau tak sampai pun, sebab anak dah habis bercerita, terkesima mak layan best macam raja/puteri), . TANPA celah atau bertanya atau menegur. . Full beri perhatian dengan dorongan minima suara (hmm, ooh, aaa, ahaa, oohh) jika tak tahan nak keluarkan suara juga 😂. . Tengok hasil. . Tangki emosi positif meningkat (tangki layanan, sentuhan dan masa istimewa). . Anak gembira lain macam. . Anak mudah dengar kata, ikut kata, bekerjasama. . Mengapa? . Kerana anak rasa didengari, dihargai dan disayangi. Saya penting. . Yelah di celah-celah event orang dewasa banyak sangat, kan? . Rupanya suara hati kecil saya ini juga penting 😊😉😚. . . reminder diri, Maznah Ibrahim.

Isu penting, hayati dan prihatin, isu ini, nak nak bila berkumpul ramai dengan sedara mara, just listen to our children, dan trust mereka. pedofilia ialah orang dewasa samada lelaki atau perempuan yg berminat seks / manipulasi seksual dengan kanak kanak belum akil baligh, tak kira jantina ya. https://maznahibrahim.com/fahami-pedofilia-untuk-lindungi-anak-dan-mainkan-peranan-kita/

👆gambar 2 tahun lalu😄

bismillah. hari sentiasa berganti hari baru. semalam adalah semalam yang telah dilalui. tidak dapat diganti. kesedaran diri untuk MAHU yang lebih baik adalah amat penting, disusuli dengan DECISION untuk terus melangkah dengan BAIK, dan BERMANFAAT, demi : diri sendiri, dan orang tersayang, terutama anak anak yang meneruskan legasi anda. teruskan PILIH YANG BAIK dan BERI MANFAAT sahaja. maznah ibrahim.

Antara Punca Ibu Ibu Marah Anak ialah: Kepenatan Fizikal Melampau. Handle anak anak, kerja rumah dan kerja pejabat seharian. Badan exhausted, emosi dan akal tidak dapat diimbangi, penat emosi, mental dan marah mudah merajai. Cuba beberapa cara ini, ada dalam artikel ini ya. ❤ Maznah Ibrahim https://maznahibrahim.com/ibu-cepat-marah-apa-sebenarnya-punca-dan-cara-kendali-diri-dan-anak/

Reunion Dengan Anak Bagi Ibubapa Bekerja . Sebaik kembali dari kerja selama 10-11 jam, . dan berjumpa semula dengan anak-anak, . Ingat, anak-anak perlu satu special Time In sekitar 10 minit sahaja : . ♥️ pandang wajah mereka full, hadiah visual untuk mereka, ♥️ dengari cerita, hadiah pendengaran untuk mereka, ♥️ fokus, full heart, hadiah hati kasih sayang anda untuk mereka. Always PPH, pendengaran penglihatan dan hati. . Kerana mereka rindukan anda, Mereka telah bergelumang dengan setting persekitaran yang lain, dan mereka perlu satu bridging time untuk anda sebagai Ibubapa reconnect dengan mereka agar mereka tune in masuk ke sistem/setting keluarga anda pula. . . Reminder diri bersama, Maznah Ibrahim.

PILIH YANG BETUL DAN BAIK SAHAJA - NO MEANS NO --------------------------- Jaga dan pelihara LUA kita, Fikir yang baik-baik, Rasa yang baik-baik, Melihat yang baik-baik, . Sebab semua yg kita lihat + dengar tu mudah serap, meresap dalam diri, . Dari deria frontliner otak-mata-telinga-ke hati, jadi kepercayaan dan tingkahlaku, (90% adalah subscons mind, 10% terjemahan di luaran yang orang nampak: iceberg). . So, PILIH YANG BAIK TERUS Tak perlu cuba cuba. Sebab nak sihat semuanya - baik dalam dan terjemahan di luarannya. . Saya melihat decision berasaskan Allah berbanding SELAIN Allah (hanya Iblis/Syaitan) (pilihan kerana sebab diri sendiri pun tak boleh percaya sebab dikhuatiri ada unsur bisikan syaitan berjaya goda), Adalah amat penting, Skil dalam Khalifah Method, The Power of Choice, Allah vs Syaitan. . Terjebak, memang Parah. Sukar nak reverse nor. . Skill ni ajar ke anak, Untuk decision making, Cth video ganas, keburukan, perkataan, makanan jajan, Terus pilih No. No kompromi. . Untuk ajar anak, mak mula dulu. No Means No. . Amal surah kahfi sebagai pelindung dari dajjal dan fitnah dunia kini. Nauzubillah. . Dan amalan asas SOLAT sebagai disiplin, Tiang - dirikan - solat awal waktu buat dulu. Celah tiang - baru masukkan aktiviti/agenda lain, . Dan Al Quran dahulukan, sebagai asas ilmu pertama dan utama, sebab ia haq anak, mesej dan qalam dari Pencipta anak kita, dan kita sendiri. . Refleksi, Maznah Ibrahim. . *kalau FB tu ada terdetik sesuatu tak baik, tak perlu cuba nak lihat, decide terus tak perlu lihat, sangat bahaya. Biar media sosial untuk saluran kebaikan sahaja. *kalau anak atau mak pak terjebak, ajar terus zikir istighfar dan solat sunat taubat ok. ============ How to decide? Saya pernah tulis dalam salah satu email saya. . Saya ajar ke Fateh. . 1) Cara saya, Letak tangan kanan ke jantung, Breathe (bernafas dalam), Tanya diri, Ini pilihan baik Allah suka ke saya suka? Contoh jajan, Spontan anak akan jawab, ini pilihan diri dia, bukan Allah, Dia tahu, Allah sentiasa yang baik dan elok sahaja. So, tak perlu. . 2) Kaedah kedua ni saya belajar dari Dr Siti Earlyedukids, Anak nak sesuatu, Ada 3 syarat, i) Allah suka? ii) Rasul suka? iii) MakAyah suka? Jika 3 layer ni tak lulus, No Means No la 😂. Okay, cubalah ya. . Maznah Ibrahim

Jum Mulakan Awal Pagi Anda dengan: . 🔛BismillahirRahmanirRahim . Lakukan: . 1⃣ Pernafasan Dalam - In, Out, In, Out (6 kali) . 2⃣ Sebut Alhamdulillah, nyatakan kesyukuran hari ini (masih bernafas, mata melihat anak, telinga mendengar bunyi aircond/kipas/dengusan anak/ azan/ alunan Quran/ dll, hati masih boleh merasai. . 3⃣ Niatkan, nampakkan, segala urusan hari ini akan berjalan dengan lancar, terbaik, dan positif. . . Ini untuk membentuk Momentum Hari Anda Yang Positif Tertinggi.💯 Saya yang berusaha, Maznah Ibrahim.

TIPS TIDUR KUALITI ANAK: ☑Mula masuk katil/bilik tidur untuk Tidur selepas solat isya', ☑Adakan rutin momen istimewa seperti bacakan buku, storytelling sendiri, golek golek gelak main dsb (tangki layanan dan masa istimewa), ☑Doakan untuk anak, beri dia dengar (tangki perkataan baik) ☑Sebutkan apa mahu dia jadi esok (tangki perkataan baik), ☑Temani dia tidur bersama (tangki masa istimewa), ☑Gelapkan seluruhnya bilik agar gelombang otak tak terganggu, dengan tiada hp/laptop charging, ☑Pasangkan alunan surah Al Mulk dengan amat perlahan, ☑Cium dahi dan peluk mereka (tangki sentuhan) . Maznah Ibrahim