ch
Feedback

不要被骗子欺骗!Telemetrio 会找到并标记这些频道 👉 如果想查看标记,请订阅

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

前往频道在 Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

显示更多

📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览

频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 15 764 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 963,并在 马来西亚 地区排名第 2 333 位。

📊 受众指标与增长动态

自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 15 764 名订阅者。

根据 24 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -142,过去 24 小时变化为 -1,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 3.89%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.14% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 613 次浏览,首日通常累积 338 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

凭借高频更新(最新数据采集于 25 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。

15 764
订阅者
-124 小时
-277 天
-14230 天
帖子存档
Memilih Emosi Emosi dan tindakan boleh dipilih sebenarnya. Cuma bila kita badan fizikal penat, emosi sendiri tak terlayan, tu
Memilih Emosi Emosi dan tindakan boleh dipilih sebenarnya. Cuma bila kita badan fizikal penat, emosi sendiri tak terlayan, tu mudah membiarkan emosi negatif tu memimpin kita, tanpa sedar. Fikiran dan sudut pandang pun mudah aja berprasangka tak baik, judge. Semasa marah, sama ada diam atau lepaskan marah dengan mulut. Pilihlah diam. Emosi pula pilih rasa marah atau nak rasa tenang. Pilih tenang. . . Sewaktu diam tu tarik nafas dalam dalam. InsyaAllah emosi yang Terpilih (macam Intan Terpilih) adalah TENANG. 😁😊😊😚 GO 💪 Choose our emotion ok. Care ❤⚘, Maznah Ibrahim Join telegram channel parenting dan psikologi anak-anak di sini ya :- T.mazn.me/chan

Audio Post THE PARENT HUT PODCAST Season 2 Episod 1: Anak suka tawar menawar, meminta tangguh dan membantah. Bagaimana kita sebaiknya respon kepada stail komunikasi jenis ini??? https://open.spotify.com/episode/6Q3FZevEFZNzuyHTZqkQzh?si=lrivNZPQTda99QXFVHPO9w

The PARENT HUT Audio Podcast Kembali Lagi😍😍😍 Season 2 Episod Teaser untuk Podcast / Audio Post Season 2 adalah mengenai isu anak-anak, dan akan berlangsung selama 30 siri bermaksud 30 isu anak-anak yang kerap kita hadapi permasalahannya. Sekiranya tidak berlaku lagi kepada kita, dengarkan saja kerana mungkin satu hari ia akan kita alami ;) Silakan: https://open.spotify.com/episode/6f3uCmIqhITQDZguGzR6Ar?si=CtGHnX12Tn6lUQA6AmYdSQ

Nak tak nak perlulah kita belajar juga dan kuasai ilmu pengurusan emosi, saya juga mempelajarinya for years dan masih belajar
Nak tak nak perlulah kita belajar juga dan kuasai ilmu pengurusan emosi, saya juga mempelajarinya for years dan masih belajar lagi dan lagi... Ilmu Allah itu luas dan takkan habis kita belajar lagi. . Hanya dengan emosi baik komunikasi akan menjadi baik. InsyaAllah. . Saya doakan semua yang membaca ini berada dalam mood baik dan positif selalu 😍 senyum lebar lebar ya. . Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan . . 2 hari lagi webinar kita akan berlangsung, sempat lagi mendaftar ya: . https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210218

KENAPA ANAK SAYA BUAT HAL Sebenarnya apabila kita UGUT anak, tanpa sedar kita telah teraktifkan otak primitif/reptilian di bawah otak anak, yang mana ia mencipta lebih amukan, agresif dan pemberontakan... (distress tantrum). Ia sama seperti dinasour 🦖 jika dikacau tempat habitatnya, akan react dan agresif, bertujuan untuk protection, lindungi dirinya dari sebarang ancaman dan keadaan tidak selamat agar sentiasa aman. UGUT, adalah mudah dan cepat. Itu solusi kita selalu ada di jari. Manakala ganti teknik lain, perlukan kekuatan dan sedikit ilmu yang strategik berkesan... Ada dijelaskan dinamik ugutan ini dan solusinya di dalam Ebook Saya TakNak Marah Anak Lagi. Saya kongsikan di sini, TUKAR aja plan /tindakan ugutan kepada dua ini: OPTION 1️⃣ : Dorongan dengan sebutkan terus REWARD akan dapat. Contoh : Adik TAK berhenti tengok TV sekarang, Mama Ayah tutup terus tv, tak boleh tengok dah sampai bila-bila (haaa kau, takda limit terus) 👉Anak nampak 'BERHENTI tengok tv' sebagai utama dan kesan negatifnya, perkataan 'TAK' tu tenggelam. TUKAR Kepada : Abang BERHENTI tengok TV sekarang Mama Ayah bagi tambahan 30 minit TV time lepas solat Zuhur. 👉 Anak nampak REWARD lebih menggoda iaitu tambahan masa menonton TV . OPTION 2️⃣ : Sebutkan dua dua, dorongan/ REWARD disusuli CONSEQUENCE sekali Contoh: Kakak taknak mandi nanti Kakak tak dapat / tak boleh makan lempeng madu kegemaran kakak. 👉 Keyword TAKNAK disebut dua kali, utama dan jelas sekali kesan negatifnya, 👉 Ia bersifat satu hala, directive dan tiada pilihan pun melainkan mandi. 👉 Ia juga fokus kepada ANAK, ANAK, ANAK: anak rasa sempit/sesak/stres. TUKAR Kepada : Kakak mandi sekarang, Mama masakkan lempeng madu kegemaran Kakak, Kakak tak mandi, Mama rasa taknak lah buat lempeng madu kakak.... 👉 Ini agar anak boleh buat pilihan yang baik, yang lebih menguntungkan. Mereka dihidangkan dengan OPTION/Pilihan baik dan buruk. 👉 Ada peranan mak sekali di situ, ia berbentuk kerjasama yang baik antara anak-ibubapa. . Boleh ya Parents semua.. Kita pause dan susun ayat sikit aja, keyword aja semua tu bukan membebel panjang pun, ok 😉 . CARE ♥, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan Webinar penat emosi beberapa hari lagi, silakan daftar jum 😍👍 : https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210217

photo content

Semoga kita terus dapat membekalkan diri dengan kesabaran dan ketekalan diri yang positif. Makanan rohani itu datang dari sum
Semoga kita terus dapat membekalkan diri dengan kesabaran dan ketekalan diri yang positif. Makanan rohani itu datang dari sumber yang Haq, maka kembalilah kepada Dia untuk segala bentuk bantuan yang kita perlukan. Pastinya haq anak juga adalah perlu untuk dipenuhi dahulu Kerana mereka ni belum mampu memproses dan memahami dunia dari sudut pandang kita yang berpuluh tahun sudah hidup ini. Cuma, tidak juga ketepikan kemampuan mereka dalam memahami kerja kita di rumah. Mereka boleh 'faham' bila diberitahu baik-baik dan ditunjukkan kerja apa itu, dan dibayar kembali hutang masa kita dengan memenuhi keperluan emosi dan fisiologinya. Care 💝, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan Webinar Penat Emosi beberapa hari lagi, segera mendaftar bagi yang belum mendaftar ya 😍😍😍👍: https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210216

Time In dengan Anak Merajuk - Bantu Cipta Bonding Kuat dan Positif Anak kecil kuat merajuknya. Dengan belum cukup kematangan, kerap silap faham, amat mencabar kesabaran ibubapa. Nak nak anak jenis 'strong willed' (kemahuan kuat). Kita ada dua pilihan. 1) BIARKAN DIA MERAJUK. Tak kuasa layan kehendak dia. Banyak nor 'demand' itu ini. Kecil-kecil lagi dah banyak kerenah. - ini saya namakan Time Out. - Time Out diri mak sebab taknak lah jika stay lagi di situ, bimbang lebih mudarat ke anak. Termarah lebih, terkasar fizikal dll. - Juga Time Out diri anak: denda anak untuk berhenti bercakap, berhenti meminta, berdiri tak bergerak dsb. 2) PUJUK DIA. Luangkan sedikit masa dalam 5 minit untuk bersama si anak, temani tempoh 'geram' --> berubah jadi 'bertenang' dia. - ini saya namakan Time In. - Time In diri mak untuk dengari dengan baik / betul-betul, apa kehendak /kemahuan si anak, fahami betul-betul apa maksud dia sebenarnya ni? - Time In diri anak untuk diberi peluang sampaikan, atau beritahu apa dia nak sebenarnya, apa maksud dia sebenarnya. Walau reason dia tak logik pada kita, tapi logik pada diri dia. . Dahulu saya kerap Time Out diri, (saya amat jarang Time Out anak). Saya perlu bertenang. . Selepas memahami lebih karektor si anak Thinking yang strong will dan menakluki si ibu Intuiting, . dan dapatkan konsultasi dengan Pengerusi Stifin, Datuk Baha, saya ubah kepada banyak pujuk dia, Time In. . Ini untuk melurut emosi dia agar tak patah jiwa kerasnya, . dan demi saya tidak mahu dia dan saya 'SEMAKIN JAUH' bila dia semakin besar nanti :disappointed_relieved::cry:. . Alhamdulillah, ia adalah solusi paling kena untuk situasi macam saya. . HASIL: 1) anak lebih GEMBIRA kerana didengari, dihargai pandangannya, . 2) anak lebih MENDENGAR KATA kerana tangki emosi 'special time' dipenuhi di saat dia berkeras menyampaikan apa yang dia mahu. . 3) ibu pun lebih LEGA dan SELESA kerana boleh rasa koneksi antara ibu-anak lebih jelekit/kuat. . . Bahasa mudah saya, SEDEKAH. . Sedekah masa untuk anak. . Tidak lama. . Hanya 5-10 minit sahaja, berbanding 'damage' luka hati terhiris berulangkali berlaku, dan menjadi semakin dalam lukanya, tak cantik dan sukar nak licinkan kembali hirisan itu...:anguished:.. . Ibarat nak baiki berpuluh tahun atau selamanya kesan di hati seumur hidup? . Allahu. . Mohon Ampun Ya Allah. . . . Ya, ANDA TIDAK TERLAMBAT. . . Rebonding dengan anak. . 7 Langkah dalam Ebook "Teknik Rebonding" memang saya lakukan selama 4 hari berterusan semasa cuti Isnin Selasa dahulu. . Saya dapat rasai, kami semakin RAPAT, UTUH, dan paling mahal rasa GEMBIRA dan RINGAN emosi diri dan si anak. . Emosi ibubapa-anak ini timbal balik tau. . Sama. . Ibu rasa tenang happy, anak juga rasa berganda tenang dan happy. . Ibu rasa geram marah, anak rasa berganda geram marah malah KONFLIK KELIRU lagi. . Konflik keliru sebab mereka kecil lagi, tiada kefahaman nyata jelas.:confounded: . Jadi mereka develop pemikiran dan sebab sendiri. Komunikasi breakdown, mesej tak sampai sepenuhnya. . Maka peranan kita cuba penuhi sebaik mungkin keperluan emosi mereka bagi 'settled'. . Cuba ya. Maznah Ibrahim. #repost * Pagi tadi sebelum sekolah kinder khalifah dia, saya Time In sebentar dengan KN yang merajuk. Bila berkomunikasi, rupanya kecil aja (tapi besar pada dia). Puncanya dia kecil hati sebab saya puji abang dia, saya jelaskan yang saya puji kaedah abang yang betul, bukan kata kakak salah, sebab abang tegur dia elok-elok, bersuara rendah (amazing sebab abang dia sejenis Tegas Thinking selalu drastik kali ni sangat soothing hahahah). So selesai merajuk dia dan bersiap ke sekolah bila kita acknowledge feeling + thoughts dia dan kita jelaskan maksud kita - the way of communcation aja, bridge the two person's perspective.... . . Telegram parenting dan psikologi anak: T.mazn.me/chan

photo content

Mengapa Marah Tak Sudah-Sudah? Melihat kepada cycle kemarahan yang tidak kesudahan ini mengingatkan diri saya sendiri apabila saya ada apa-apa kemarahan melanda yang belum selesai perasaannya. Banyak kaedah untuk 'release' atau salurkan kemarahan, dan juga menyejukkan kemarahan, namun kerapkali juga ia belum cukup untuk 'menyelesaikan' dengan cukup baik/bersih. Biasanya saya akan breath in secara spesifik, atau EFT (bila tak habis keluar) atau lebih lagi brisk walking (jenis ekspres tenaga keluar cepat), atau solat sunat taubah (untuk jenis bertenang dan menghayati rasa kesal, mohon maaf, dan pernyataan azam dalam diri kepada pencipta). EMOSI ini amat kompleks, puncanya juga pelbagai dan amat dipengaruhi oleh pengalaman dalam diri sendiri yang bersiri, bertimpa-timpa dan amat kasihan apabila individu tidak sempat menghayati dan mengenali punca trigger dalam diri, iaitu ia ada dalam diri sendiri bukan orang lain. Ini kerana jantung kalbu itu milik diri, kesannya kepada diri bukan kepada orang lain. Emosinya 'makan' diri sendiri. Nah, setujuilah untuk lepaskan ia dengan cara yang lebih selamat bukan pendam (supress) atau lepaskan secara tidak selamat berulang kali tanpa sedar, kerana kasihan orang keliling mendapat tempiasnya. Untuk Webinar Penat Emosi nanti, ia adalah solusi dan bukan satu terapi, namun ia akan membantu secara pantas insyaAllah. Untuk kenalpasti punca dan terapikan ia biasanya kita perlukan satu psikoterapi yang spesifik secara individu kerana setiap individu cara menginterpretasi pengalaman yang sama adalah berbeza. Silakan untuk mendaftar Webinar Penat Emosi : Strategi berserta Teknik untuk kita latih dan lakukan terus insyaAllah. Boleh daftar di sini ya: https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210214 Sekurangnya dengan strategi yang dikongsikan dan teknik yang dilatih bersama ini dapat memberi satu memori baru kepada sel dalam diri kita untuk mengalami satu rasa baru yang ianya boleh diurus dengan cara baru yang selamat, mudah, percuma, dan berkesan, asalkan kita lakukannya dengan sungguh-sungguh dan konsisten kelak... We Share because We Care ❤, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Sesuatu yang besar kita boleh belajar sebagai #IbuBapaKini dari apa yang diluahkan oleh 'Pesalah Muda' ini adalah Berkemungkinan anak-anak ini hunger atau craving for : 💝 Tangki Perkataan Mengesahkan (Word of Affirmation) : Mama Ayah sayangkan kamu, apa jua kamu lakukan, Mama Ayah tetapkan sayangkan kamu. Hanya perlakuan tertentu kamu A/B/C saja yang Mama Ayah tak berkenan, maka Mama Ayah tegur untuk perbetul kesilapan 💝 Tangki Perbuatan/perlakuan/layanan (Act of Sevice): Sambutan hari lahir anak. Seandainya ibu ayah kurang mampu, memadai masak special dan nyatakan dengan jelas, ini yang ibu ayah mampu, sempena meraikan hari lahir kamu (jika mampu, buatlah kek hari jadi dsb kan 😊) 💝 Tangki Masa Istimewa : Anak nak rasa 'special'. Macam mana? Buat 'Special Time One to One' dengan setiap anak, waktu berbeza dengan ibu ayah, sebab kita ibu ayah satu, anak ramai, kan? Sesuai untuk anak paling besar sebab mereka banyak rasa terpinggir sejak adik adik lahir. 10 min mencukupi istimewa setiap anak asing, dapat 30 min lagi baik (seminggu 1 kali?). Anak nak masuk remaja boleh dating mak ayah sama jantina, dan banyakkan kongsi hal perhubungan rakan sebaya, isu semasa, seksualiti, perasaan, badan dsb . Terima kasih dan Kredit kepada Prof Madya Dr Rahim, Pakar Kriminologi, UKM. Saya ketahui Juvenile Delinquent (pesalah jenayah juvana/muda), ada kaitan dengan attachement yang rendah/lemah sewaktu awal kehidupan (kajian), Dan saya percaya parenting banyak main peranan untuk bantu bentuk empati, dan sikap baik dalam diri setiap anak yang merupakan kain putih ini... Sama sama kita sentiasa ambil tindakan untuk pencegahan. Care ❤ Maznah Ibrahim #BreaktheCycle #BetterParentingforBetterMentalHealthofChildren #repost

photo content

Pening memikirkan anak remaja saya ni. Bila ditanya nanti nak sambung belajar bidang apa? Jawapannya... “Entah la Mak, abang pun tak tahu” 😢 . Saya minat nak sambung ni, mak ayah saya suka saya masuk bidang ni. Boleh tak mak ayah saya tahu yang bidang yang saya minat ni sebenarnya memang sesuai dengan personaliti diri saya? . “Puas saya bertukar dari satu kerja ke satu kerja sebelum ni. Ada ke cara saya nak tahu kerjaya apa yang betul betul sesuai dengan keupayaan sebenar saya?” . “Saya sedang mencari-cari peluang kerja tambahan untuk bantu keluarga. Saya masih tercari-cari apa yang kena di jiwa saya” 🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹 Pernah mendengar persoalan-persoalan sebegini? Mungkin perkongsian dari Panel Jemputan yang istimewa ini akan membantu anda memahami lebih akan karektor profesyen atau kerjaya yang sesuai dengan diri anda atau anak-anak anda. Jemput bersama-sama untuk mendengar perkongsian live pada tarikh berikut: Siri 1: 15 Februari 2021 (Isnin) - Dr Mahyudin dan Dr Nurul (Dominan Otak Kiri: Sensing dan Thinking) Siri 2: 17 Februari 2021 (Rabu) - Pn Maznah dan Pn Zulaikha (Dominan Otak Kanan: Intuiting dan Feeling) Siri 3: 19 Februari 2021 (Jumaat) - Tn Zainal Abidin (Dominan Otak Tengah: Insting) Perkongsian pengalaman yang mungkin tidak pernah dibongkarkan oleh panel jemputan hebat ini, dari mereka kanak-kanak, remaja sehingga dewasa dengan kerjaya profesyen masing-masing. Bagaimana mereka mengecapi kepuasan dalam kerjaya dengan mengaksikan lagi kekuatan dan potensi diri setelah mengenali personaliti diri sendiri melalui ilmu STIFIn asas sahaja? Jum share dan pastikan kita bersama-sama dalam FB Live ini ya 😍😍😍👍 di Page https://www.facebook.com/stifinmalaysiahq/

photo content

Kucing Pun Lari? 😵🤔 Hmm pernah tak sampai anak beritahu dia nak lari? (lari dari rumah, atau pergi jauh ke tempat lain?) Ja
Kucing Pun Lari? 😵🤔 Hmm pernah tak sampai anak beritahu dia nak lari? (lari dari rumah, atau pergi jauh ke tempat lain?) Jadinya baikilah sahaja apa yang perlu, segera, dan jadikan rumah kita tu tempat yang anak akan rasa aman bahagia dan nak duduki.... InsyaAllah, pelan-pelan ok. Refleksi, Maznah Ibrahim Webinar penat emosi seminggu lebih aja lagi, masih dibuka penyertaannya ya : https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210213

Bila nak buat perubahan besar, sebenarnya bermula dengan satu aja perubahan kecil, cuma lakukan ia secara konsisten. Semudah
Bila nak buat perubahan besar, sebenarnya bermula dengan satu aja perubahan kecil, cuma lakukan ia secara konsisten. Semudah dah pandai diam dan senyum aja pun dah besar maknanya tu kerana beri kesan kepada energi seluruh rumah yang ada anak dan ibu bapanya. Ibu bapalah yang mulakan dulu. Nak marah aja, diam, tarik nafas sekuranya satu kali, dan ganti dengan senyum aja.... Anak insyaAllah akan terkesan sangat dengan perbezaan respon itu. 😁😁😁 Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Hmm tarikh yang unik, Baru tersedar bila baca orang share di whatsap, iaitu 12022021 Depan ke belakang, belakang ke depan sam
Hmm tarikh yang unik, Baru tersedar bila baca orang share di whatsap, iaitu 12022021 Depan ke belakang, belakang ke depan sama. MasyaAllah... Fikir kembali, banyak macam ini, kan. Alhamdulillah kita dapat melalui banyak nikmat walau kecil atau besar kita akan sentiasa mendapati hari-hari dan momen-momen boleh saja jadi unik. Cuma kita selalu lupa. Maka petunjuk seperti ini adalah untuk membawa kita kepada mengingati yang Maha Mencipta, Berkuasa dan Menjadikan semuanya... 1 itu adalah Allah. Maka banyakkanlah mengingati Allah, yang mana kita akan kembali kepadaNya nanti. Central kepada diri kita ialah soul/jiwa/ruh yang kekal... Maznah Ibrahim

Mengapa Anak Lebih Baik Kepada Guru Berbanding Ibu Ayahnya Sendiri? Kadangkala atau biasanya saya lihat anak akan lebih berle
Mengapa Anak Lebih Baik Kepada Guru Berbanding Ibu Ayahnya Sendiri? Kadangkala atau biasanya saya lihat anak akan lebih berlemah lembut dengan guru kerana guru juga lebih menyantuni anak kita dari kita kepada anak, Dan kita juga lebih menyantuni anak orang lain lebih baik dari anak kita sendiri. Maka, solusinya (agar anak dengar kata dan berlemah lembut kepada ibu bapanya): Ibu ayah melayani anak sendiri dengan cara terbaik, seolah ini anak vip dipinjamkan sebentar kepada kita, tapi lama sebab siang dan malam ya 😊 sehingga dia dikembalikan kepada pemilik kekalnya... iaitu Tuhan. ***The best of us is for our own children, not for other children. . Refleksi, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Saya tahu ramai yang tercari-cari formula untuk kawal emosi. Saya kongsikan 5 cara tahan marah anak secara spontan. https://maznahibrahim.com/5-cara-tahan-marah-spontan-kepada-anak/