ch
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

前往频道在 Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

显示更多

📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览

频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 333 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 973,并在 马来西亚 地区排名第 2 364

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 333 名订阅者。

根据 06 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -133,过去 24 小时变化为 -2,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 4.63%。内容发布后 24 小时内通常能获得 1.96% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 756 次浏览,首日通常累积 320 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

凭借高频更新(最新数据采集于 08 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。

16 333
订阅者
-224 小时
-247
-13330
帖子存档
photo content

Bonding kecil hari ini jadi asas penting bila anak makin membesar Hujung tahun ni ramai ibu bapa mula rasa hubungan dengan anak sedikit jauh. Bukan sebab kita tak sayang cuma hidup penuh rutin dan tanggungjawab anak pula makin membesar dan emosi mereka makin jelas Bonding masa anak kecil sangat penting inilah asas yang akan bentuk hubungan mereka dengan kita bila masuk usia remaja nanti Untuk anak bawah 10 tahun • mereka sedang belajar siapa tempat selamat • siapa tempat berkongsi • siapa tempat berpaut bila emosi tak stabil Sebab itu cuti sekolah ialah masa terbaik untuk rapatkan semula hubungan dengan aktiviti kecil dan sederhana tak semestinya perlu percutian mahal. Rujuk artikel ini untuk beberapa aktiviti bonding yang mudah dan bermakna. https://maznahibrahim.com/7-idea-aktiviti-bina-bonding-untuk-cuti-persekolahan-panjang-anak/ ----- Jemput juga ke webinar terbaru saya sempena cuti sekolah ini. Parenting Recalibrate: Cuti Sekolah, Masa Kembali On Track Bersama Anak Sabtu 13 Disember 2025, 9.00 malam KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate Semoga bermanfaat Dr Maznah Ibrahim

photo content

Reminder Yuran *Early Bird* khas untuk 12 orang pertama sahaja atau selepas timer tamat malam esok. Webinar Parenting Recalib
Reminder Yuran *Early Bird* khas untuk 12 orang pertama sahaja atau selepas timer tamat malam esok. Webinar Parenting Recalibrate — Sabtu 13 Disember 2025, 9.00 malam. Daftar sekarang>> https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate Ambil peluang ni untuk dapatkan idea mudah bagi cuti sekolah yang lebih tenang dan bermakna.

Cuti sekolah ni… kita boleh kembali on track ❤️ Cuti sekolah makin dekat. Anak teruja nak berehat. Ramai ibu bapa pula rasa bercampur campur. Penat. Emosi turun naik. Dan banyak perkara dalam parenting rasa belum jadi seperti yang kita harapkan. Kadang kita dah cuba macam macam kadang kita tak sempat kadang rasa usaha tahun ini kurang berjaya Semua itu normal. Kita semua sedang belajar dan membesar bersama anak. Perubahan dalam parenting selalunya bermula dengan momen kecil dengar betul betul peluk sekejap atau berhenti sekejap untuk lihat keadaan dengan lebih tenang Cuti sekolah ini adalah masa terbaik untuk kita recalibrate Bukan saja hubungan tetapi cara kita memimpin mengurus emosi berkomunikasi dan mencipta momen berkualiti dengan anak Ramai ibu bapa dah mula fikir aktiviti cuti sekolah. Tak perlu aktiviti besar atau percutian mahal. Dalam webinar terbaru ini nanti saya tunjuk cara selit aktiviti sederhana yang beri kesan besar kepada anak dan suasana rumah. Parenting Recalibrate: Cuti Sekolah, Masa Kembali On Track Bersama Anak Sabtu 13 Disember 2025, 9.00 Malam Daftar di sini>> https://webinar.maznahibrahim.com/recalibrate?utm_source=recalibrate-tc1 Kita akan fokus pada • reconnect dengan anak • menenangkan suasana emosi rumah • merancang cuti sekolah yang realistik • membina flow parenting yang lebih stabil untuk masuk tahun baru Kita tak perlu jadi ibu bapa sempurna, Kita cuma perlu mula dengan satu langkah kecil yang betul Jumpa nanti insyaAllah Kita mulakan semula dengan lembut dan sedar. Dr. Maznah Ibrahim p/s: Yuran earlybird untuk 12 pendaftaran pertama atau sehingga timer tamat - yang mana datang dulu.

photo content

Sentuhan kecil yang ramai ibu ayah tak perasan Ramai ibu ayah sangka ‘grooming’ berlaku secara tiba-tiba. Sebenarnya tidak. Ia jarang bermula dengan perbuatan besar. Kebanyakannya bermula dengan sentuhan kecil yang nampak sangat biasa: - tepuk bahu lama sedikit - pegang tangan tanpa sebab - duduk terlalu rapat - gosok kepala sambil merapat - ajak duduk dekat tanpa diminta Pada kita mungkin nampak mesra. Tetapi pada pemangsa, ini adalah ujian sempadan (boundary test). Mereka mahu lihat: - anak menolak atau tidak - anak diam atau tidak - anak keliru - anak beritahu ibu ayah atau tidak Kalau anak tidak faham hak mereka terhadap tubuh sendiri, pemangsa akan teruskan ke langkah seterusnya. Sebab itu kita kena ajar anak: ✔ sentuhan selamat ✔ sentuhan tidak selamat ✔ dan apa tindakan yang betul bila mereka rasa tak selesa Bila anak faham dua asas ini, mereka tahu: ✔apa yang boleh diterima, ✔apa yang perlu ditolak, ✔dan bila mereka perlu terus datang kepada kita. Dalam panduan pendidikan seksualiti ini, saya terangkan dengan jelas: * sentuhan selamat vs tidak selamat * bagaimana pemangsa guna sentuhan kecil untuk menguji anak * cara melatih anak berkata ‘tidak’ * ayat yang anak boleh guna bila tak selesa * cara bina sempadan tubuh sejak kecil Rujuk panduan lengkap di sini: KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/seksualiti Semoga sedikit sebanyak membantu anda memahami perkara penting ini. Dr. Maznah Ibrahim

photo content

Berita ini cukup untuk buat kita berhenti sekejap. Sinar Harian: “Jenayah pedofilia makin membimbangkan.” Sinar Harian lagi: “‘Pedo’ intip media sosial mangsa.” Buletin TV3: “Polis siasat kewujudan kumpulan ‘sexual grooming’ di media sosial.” Semua ini bukan kes luar negara. Semua ini berlaku di sini, dalam ruang digital yang sama anak kita guna setiap hari: • TikTok • Instagram • X • Facebook private group • Game online • DM seperti WhatsApp, Telegram, Snapchat, Discord Dan polis sahkan: wujud kumpulan grooming yang bergerak dalam group tertutup. Cara mereka mudah: ✔️ menyamar sebagai rakan sebaya ✔️ intip profil anak ✔️ hantar mesej yang nampak biasa ✔️ perlahan-lahan uji sempadan anak Masalahnya, anak tak nampak semua itu sebagai bahaya. • mereka fikir semua “kawan online” itu selamat • mereka tak perasan bila perbualan dah melampaui batas • mereka anggap permintaan pelik itu gurauan • mereka tak tahu bila perlu hentikan perbualan • mereka takut nak beritahu ibu ayah Ruang digital bukan ruang kosong. Ia ruang yang turut dimasuki individu dan kumpulan yang berniat tidak baik. Sebab itu pendidikan seksualiti tak boleh berhenti pada offline sahaja. Anak hari ini perlukan asas keselamatan untuk dua dunia: Dunia nyata Dunia digital Dalam panduan pendidikan seksualiti ini, saya jelaskan dengan cara yang mudah: • apa itu offline & online grooming • bagaimana kenal mesej/ajakan yang tidak wajar • sempadan tubuh & sempadan digital • dan beberapa asas keselamatan penting untuk anak kita Jika anda nak mula bina asas keselamatan dalam rumah, boleh rujuk di sini: KLIK>>https://webinar.maznahibrahim.com/seksualiti Semoga sedikit sebanyak membuka mata dan bermanfaat untuk sekeluarga. Dr. Maznah Ibrahim

photo content

Kalau kita tak ajar… anak akan belajar sendiri. Kita bimbang apa yang mereka belajar, bukan sesuatu yang kita mahu. Dalam kerja saya bersama kanak-kanak dan remaja, saya selalu lihat pola yang sama: Bila anak tidak diajar personal safety, sempadan tubuh dan hormat diri… mereka tetap akan belajar tentang tubuh dan hubungan. Tetapi mereka belajar daripada: • kawan • telefon • media sosial • video tidak sesuai • persekitaran sekolah Dan semua ini membentuk kefahaman mereka tanpa kita sedar. Kes di Baling baru-baru ini jelas menunjukkan hal ini. Seorang pelajar 15 tahun terlibat dalam perbuatan seksual berulang dengan rakan sebaya sendiri, malah video tersebar. Bukan sebab mereka “liar”. Tetapi kerana mereka mencari jawapan sendiri… tanpa bimbingan yang betul. Bila anak tidak diajar personal safety, mereka tidak tahu: • bila seseorang melampaui batas • bila ajakan kawan sudah tidak wajar • bila video itu tidak sesuai • bila mereka patut berkata tidak • bila perlu beritahu kita Anak tidak boleh beza “pendidikan” dengan “pendedahan”. Apa yang mereka lihat, itulah yang mereka anggap normal. Sebab itu asas hormat tubuh dan personal safety sangat penting. Ia bantu anak: • kenal sempadan tubuh • tahu sentuhan selamat vs tidak selamat • faham tingkah laku rakan yang berisiko • berani berkata tidak • dan tahu bila perlu menjauh atau maklum pada kita Jika ibu ayah mahu anak belajar perkara yang betul daripada kita, bukan daripada kawan atau internet… Panduan ini boleh bantu mula dari rumah>> https://webinar.maznahibrahim.com/seksualiti Semoga bermanafaat. Dr. Maznah Ibrahim

Kalau kita tak ajar… anak akan belajar sendiri. Dan kadang apa yang mereka belajar, bukan sesuatu yang kita mahu. Dalam kerja saya bersama kanak-kanak dan remaja, saya selalu lihat pola yang sama: Bila anak tidak diajar personal safety, sempadan tubuh dan hormat diri… mereka tetap akan belajar tentang tubuh dan hubungan. Tetapi mereka belajar daripada: • kawan • telefon • media sosial • video tidak sesuai • persekitaran sekolah Dan semua ini membentuk kefahaman mereka tanpa kita sedar. Kes di Baling baru-baru ini jelas menunjukkan hal ini. Seorang pelajar 15 tahun terlibat dalam perbuatan seksual berulang dengan rakan sebaya sendiri, malah video tersebar. Bukan sebab mereka “liar”. Tetapi kerana mereka mencari jawapan sendiri… tanpa bimbingan yang betul. Bila anak tidak diajar personal safety, mereka tidak tahu: • bila seseorang melampaui batas • bila ajakan kawan sudah tidak wajar • bila video itu tidak sesuai • bila mereka patut berkata tidak • bila perlu beritahu kita Anak tidak boleh beza “pendidikan” dengan “pendedahan”. Apa yang mereka lihat, itulah yang mereka anggap normal. Sebab itu asas hormat tubuh dan personal safety sangat penting. Ia bantu anak: • kenal sempadan tubuh • tahu sentuhan selamat vs tidak selamat • faham tingkah laku rakan yang berisiko • berani berkata tidak • dan tahu bila perlu menjauh atau maklum pada kita Jika {$name} mahu anak belajar perkara yang betul daripada kita, bukan daripada kawan atau internet… Panduan ini boleh bantu mula dari rumah: https://webinar.maznahibrahim.com/seksualiti?utm_campaign=seksualiti-tc4 Semoga Allah jaga anak-anak kita. — Dr. Maznah Ibrahim

photo content

photo content

Anak pendiam lebih mudah jadi sasaran? Hari ini saya nak jelaskan satu realiti yang ramai ibu ayah terlepas pandang. Ramai bangga bila anak beradab, tak banyak kerenah, hormat orang dewasa dan jarang melawan. Tetapi dalam banyak kes sexual grooming yang saya kendalikan, ada satu pola jelas. Anak yang baik, patuh, lembut, pendiam dan tidak pernah menyusahkan sesiapa lebih mudah menjadi sasaran. Bukan sebab mereka lemah. Tetapi kerana: • mereka tak mahu susahkan sesiapa • takut kecewakan orang dewasa • cepat percaya dan mudah akur • tidak berani bersuara bila tidak selesa Sifat ini mulia, tetapi dari sudut keselamatan diri, ia menjadikan mereka lebih terdedah. Sebab itu ada anak yang: • diam walaupun tidak selesa dengan seseorang • beri petunjuk kecil, tapi kita tak perasan • berubah perangai • sembunyikan cerita kerana takut dimarahi Inilah sifat yang pemangsa cari. Bukan anak yang nakal. Tetapi: • anak rajin membantu • anak tidak membantah • anak yang cepat percaya • anak yang takut menyusahkan sesiapa Sebab itu kita perlu berikan mereka satu lagi bentuk kekuatan. ☑️Kekuatan untuk berkata tidak. ☑️Kekuatan kenal sempadan diri. ☑️Kekuatan datang kepada kita tanpa rasa bersalah. Ilmu ini bukan untuk ajar anak melawan. Ia untuk ajar anak memahami hak terhadap tubuh sendiri. Dengan keadaan persekitaran sekarang, saya sangat percaya ilmu ini perlu ada dalam setiap rumah. ——— Saya sudah rangkumkan langkah-langkah yang mudah, sesuai budaya kita, termasuk cara membantu anak pendiam lebih yakin bersuara. Dapatkan Panduan Di Sini» https://webinar.maznahibrahim.com/seksualiti Semoga bermanfaat dan semoga Allah lindungi anak-anak kita. Dr. Maznah Ibrahim p/s: Yuran akan meningkat malam ini. Kalau mahu dapatkan akses sebelum perubahan harga, ini masa yang sesuai.

Ini sebab anak susah nak beritahu kita Dalam perkongsian sebelum ini saya sentuh tentang sexual grooming. Ada satu persoalan penting yang ramai ibu ayah terlepas. Kenapa anak tidak beritahu kita bila sesuatu yang tak selamat berlaku? Walaupun nampak mustahil, ini realiti. Dalam banyak kes yang saya kendalikan, anak sebenarnya sudah beri petunjuk. Cuma kita tidak nampak atau tidak faham mesej itu. Kenapa anak susah nak bercerita? Antaranya: • Takut dimarahi jika mereka salah faham • Keliru sebab pemangsa ialah orang yang mereka percaya • Rasa bersalah walaupun mereka sebenarnya mangsa • Tak tahu macam mana nak mula bercerita • Pernah dicelah dengan ayat seperti “jangan fikir bukan-bukan” Inilah sebab ramai ibu ayah terlepas tanda awal. Kenapa pemangsa mudah diamkan anak? Mereka tidak mulakan dengan paksaan. Mereka datang sebagai orang baik, suka membantu, ambil berat dan belai emosi anak. Pelan-pelan, anak rasa mereka tak patut beritahu sesiapa. Grooming bukan bermula dengan sentuhan. Ia bermula dengan trust. Bagaimana bantu anak bercerita • Jadi pendengar yang baik • Dengar celoteh mereka tanpa marah atau meremehkan • Reaksi kita kepada cerita kecil menentukan sama ada mereka berani cerita perkara besar • Anak perlu rasa didengari, dipercayai dan tidak akan dihukum Bila asas ini dibina, anak lebih mudah datang kepada kita jika ada sesuatu yang tidak selesa berlaku. Dengan situasi sekarang, ilmu ini sangat penting untuk semua ibu ayah Ilmu ini bantu anak kenal bahaya, dan bantu ibu ayah tahu cara respons dengan betul. Saya kongsikan semua langkah yang praktikal dan mudah dalam panduan ini. Dapatkan Sekarang >> https://webinar.maznahibrahim.com/seksualiti Semoga bermanfaat, dan semoga Allah melindungi anak-anak kita. Dr. Maznah Ibrahim

photo content

Anak kita faham tak bahaya ini? Beberapa bulan ni, kes eksploitasi seksual kanak-kanak makin kerap dilaporkan. Ada melibatkan orang asing, kenalan keluarga, malah influencer pun ada yang disiasat. Ramai ibu ayah masih belum jelas apa itu sexual grooming. Apa itu sexual grooming? Ia berlaku apabila pemangsa perlahan-lahan membina kepercayaan anak & ibu ayah sehingga tingkah laku tidak selamat sukar dikesan. Ciri pemangsa yang sering berulang: - Kelihatan berguna & membantu keluarga. - Perhatian berlebihan kepada anak. - Anak cepat rapat & percaya. - Ibu ayah kurang curiga sebab nampak boleh dipercayai. Kes influencer baru-baru ini pun tunjuk pola sama: perhatian + pengaruh → membina kepercayaan → disalahgunakan. Jika anak diberi ilmu yang betul: ✔️ Kenal tingkah laku tidak selamat ✔️ Faham sempadan badan ✔️ Berani berkata “tidak” & berkongsi dengan ibu ayah Tapi jika ibu ayah tak peka, banyak isyarat awal boleh terlepas. Ada anak cuba mengadu tapi tidak didengar kerana pelaku dipercayai atau orang yang terdekat. Kita boleh bersedia. Dengan ilmu yang betul, anak lebih yakin, lebih selamat, dan berani lindungi diri dengan berkata "Tidak!". Nak mula belajar cara mudah & sesuai budaya kita? Panduan Pendidikan & Perkembangan Seksualiti Anak 👉 KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/seksualiti Semoga Allah melindungi anak-anak kita. 🤲

photo content

Peranan Kita Sebagai Ibu Bapa untuk Anak dan Gajet Mereka Saya akui ia tidak mudah, namun bila kita membiarkan tak 'intervene', kita ibarat membiarkan mereka memegang lesen tak sah memandu sendiri. Sentiasa usahakan, bersama anak berbincang dan guna bersama. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2025/11/1469052/ibu-bapa-perlu-luang-masa-elak-anak-terikat-gajet .