ch
Feedback

不要被骗子欺骗!Telemetrio 会找到并标记这些频道 👉 如果想查看标记,请订阅

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

前往频道在 Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

显示更多

📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览

频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 15 718 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 958,并在 马来西亚 地区排名第 2 320 位。

📊 受众指标与增长动态

自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 15 718 名订阅者。

根据 02 十一月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -143,过去 24 小时变化为 -7,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 3.92%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.07% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 616 次浏览,首日通常累积 325 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

凭借高频更新(最新数据采集于 03 十一月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。

15 718
订阅者
-724 小时
-367 天
-14330 天
帖子存档
photo content

Betapa gembiranya bila anak punya adik beradik. Bayangkan saja anak kita tiada adik beradik, tentu sunyi kan? Bila ada adik beradik pula, konflik pasti berlaku. Dah nama manusia, dah nama siblings, dah nama duduk serumah, dah orang lama kata sedang lidah lagi tergigit (gigi dan lidah ni saling memerlukan dan duduk sekawasan tak boleh pindah tau😄😄). Kenapa berlaku? ❓ Usia tak sama, maka tahap perkembangan tak sama. ❓ Jantina jika sama atau tak sama, dua entiti tetap berbeza, mereka individu berbeza dengan perawakan / trait berbeza - cara berfikir dan ber 'rasa' tidak sama walau ibu ayah sama, kan. ❓ Ibubapa mudah 'assume' mereka perlu berkongsi, berbaik, main sama-sama dan semuanya baik baik belaka🤣, sedangkan mereka suka perbezaan itu DILIHAT (dinampak, di acknowledge), dan DIURUSKAN (kerana mereka akan belajar conflict management perhubungan dan leadership skill dari kita ibubapa). Sudah dengar dan lihat video saya mengenai konflik adik beradik haritu?, https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/365644490775114/ dan sambungan video 2 nya hari ini ya. Ada mesej penting nak saya kongsikan. Stay tune.😊 Maznah Ibrahim * Boleh komen 'SUDAH' bagi yang dah tengok video haritu di sini ya 👇👇👇 https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/photos/a.488469814660941/1231367703704478/?type=3&theater

photo content

Perasan tak kita sendiri ada sensitiviti kepada perkara tertentu, yang akan buatkan kita triggered dan terus shoot marah atau keluar reaksi emosi lain. Sebenarnya anak kita juga sama. SALAH SATU sebab anak buat hal juga ialah bila kita ibubapa tersilap 'activate' bahagian otak anak yang berada dalam sistem emosi 'RAGE' (marah/amuk) dan FEAR (takut). Sebagai contoh anda 'pantang' bila rumah sepah macam tongkang pecah (sebab insiden sama pernah berlaku dulu dan anda penat mengemas + membebel), dan mula marah anak dan 'UGUT' nak buang SEMUA mainan, Anak pula bila dengar ayat itu, sebenarnya anda telah 'activate'kan bahagian otak yang berkait emosi negatif iaitu di sistem emosi 'FEAR' dan 'PANIC' iaitu anak juga rasa TAKUT dan PANIK sebab 'MAINAN YG MENGGEMBIRAKAN' nak dibuang SEMUANYA. Buat pertama kalinya ia terpendam, dan kemudian bila tiba masanya, berlaku lagi, anak pun buat hal tapi kat situasi dan masa lain pula (sebab dia pun stres terpendam). Siri ugutan itu sebenarnya telah menanam dengan semakin kukuh di 3 sistem emosi negatif, dan buatkan anak 'react' dan jadi mudah marah kemudiannya (sistem emosi 'RAGE' - marah/amuk menunjukkan aksinya). Kita pun macam tak tahu bila dan apa yang menjadikan anak triggered, namun kita boleh sentiasa perlu amalkan: 👍 kaedah positive parenting, 👍 check and balance, 👍 elakkan ugut, 👍 banyakkan pamerkan dan modelkan solusi bersama yang mendorong dan membentuk karektor bertanggungjawab, 👍 elak marah dengan melampau serta berkata sesuatu yang mengelirukannya (contoh ugutan all or nothing seperti buang SEMUA atau tarik faedah dia seperti tak boleh tonton tv lama 2 minggu atau jangan cakap ngan ibu sampai bila-bila) dan 👍 sedari anak pun macam kita juga tapi dia lagi kecil dan sedang dibentuk pemikiran dan regulasi emosi up and down nya, jika bukan kita siapa lagi nak didiknya. . Anda adalah ibubapa yang bijak, boleh bersabar dan bertenang.👍 ❤ Maznah Ibrahim. *Sharekan dengan kawan kawan anda sekali ya kita bersama beringat dan fahami perkara ini *Join telegram saya untuk tak ketinggalan info parenting dan psikologi anak anak di t.me/ehsabar

photo content

Sebenarnya anak kita boleh serap emosi negatif dan tekanan ibubapanya secepat milisaat. Jadi, sebagai ibubapa, jika anda ada stres tersendiri, 1) segera selesaikan, usah tunda. Ingat, yang SALAH SATU punca anak buat hal ialah kerana ibubapa mereka ni sedang stres, mereka serap stres ibubapa mereka sendiri. Anak yang ibubapanya sedang stres, senang buat hal sama ada di rumah atau di mana-mana jua. 2) Belajar urus emosi dengan bijak, tetap ringan emosi bila bersama dengan anak, Ibubapa yang tenang dan dalam kawalan emosi yang baik, insyaAllah anak anaknya lebih mudah dikendalikan. 3) Caranya buat breathing + self affirmation script tiap kali nak switch jumpa anak, tujuan nak break state kita dari jadi individu orang dewasa yang banyak isu kepada level kanak-kanak yang indah riang gembira. (Breath in out 6 times dan sebut apa nak diri jadi, Sebentar lagi aku akan berhadapan dengan anak anak dan fokus layan mereka bercerita dan bermain dengan mereka). . Jum Urus Stres Dgn Bijak 💪 Maznah Ibrahim *Join telegram saya agar tak ketinggalan info parenting dan psikologi anak anak. t.me/ehsabar * Sharekan dengan pasangan dan kawan kawan anda.

👆 Dari komen video live self esteem 0-6 tahun, maaf saya baru perasan soalan, 1 tahun lalu. Ya, puji lah anak seawal yg boleh, malah sebenarnya sejak dalam kandungan, kan ? Nak anak boleh lancar berbicara, tutur kata lengkap perkataan dan ayatnya, memang dari dalam kandungan, kerana lahir saja, otak bayi sudah penuh 25%, maka pendidikan semua bermula dari alam rahim. Puji aja anak anda sekarang, walau dia adalah ✓ janin ✓ bayi ✓ kanak kanak ✓ remaja never too late, tiada istilah terlambat tau ❤👍

photo content

* Atas ni contoh anak usia 7-12, berjaya support - industrious, tidak berjaya support mereka - inferioriti (rendah diri). Penting untuk ibubapa main peranan bagi membantu sokong perkembangan sihat anak, dan terutama dari segi self esteem mereka. * Ada soalan di komen untuk peringkat Birth tu kena buat apa, sy ada reply, boleh lihat komen di post ya ❤

Nak Anak Yakin Diri ? Mulakan dengan Bentuk Konsep Kendiri dan Bantu Anak Kenali Diri ---------------- Sebenarnya ia bermula dengan anak kenal dirinya, Sama macam kita kenal diri, Tahu apa sensitiviti kita, kepantangan kita, Kekuatan diri kita dan kelemahan diri kita. ▶️👍Bila dah jelas, kita akan relaks Cth: Aku memang burung hantu, malam malam baru ada idea terus buat kerja shoot sampai habis, jenis datang kerja lewat dan sukar tepati masa tapi bila aku fokus aku buat sampai habis. Cth: Aku memang kalau marah muka aku kelat semacam, aku kena pi jauh dan bertenang, pas tenang aku ok balik sendiri, jangan tegur aku. Untuk anak kita, Mereka perlu dapat pengesahan dari diri kita, Yang... :- ✅ It s okay, abang/kakak dah cuba terbaik tu, sebab mama nampak abang/kakak buat ..cuba berlatih tiap hari 1 jam.. (sebut spesifik usaha dia yang anda tahu/nampak dia buat). ✅ Abang/kakak cuba lagi lain kali ok, tak putus asa. Tuhan kadangkala tak beri hasil sekarang tapi beri kemudian nanti tau. Pengalaman tu tetap sangat berharga. ✅ (Kongsikan Pengalaman Anda) Ayah / Mama pun masa kecil tak terpilih untuk masuk sukan lari, tapi Ayah jadi penjaga gol yang pandai tangkap bola agar tak masuk gol dan Mama jadi pemain badminton yang berjaya. ▶️👍Iaitu, anak 'confirm' yang dirinya ok, Usahanya ok, Mereka telah buat yang terbaik. . ▶️Acknowledge diri mereka (perasaan mereka, perbuatan mereka, hasrat/cita-cita impian mereka). "Ya Abang / Kakak rasa sedih sebab tak terpilih sukan lari, tapi Abang / Kakak kan kekuatan kat strategic Thinking, pandai Matematik dan Robotic. Setiap orang kelebihannya berbeza dan unik... Itu antara idea dan strateginya. Namun mengetahui apa yang dijangkakan dalam perkembangan mereka (anak-anak), adalah lebih menenangkan sebab ibubapa akan atasi ketakutan dengan sedikit ilmu yang betul. . Maznah Ibrahim ------ p/s: Anda mahu tak, carta perkembangan psikologi anak mengikut usia? Saya plan nak buat dalam BM (percuma aja) untuk perkembangan sosio-emosi, kognitif (pemikiran), moral dan seksual. Bila tahu (rujuk carta), ibu ayah akan boleh expect apa akan berlaku dan support perkembangan anak kita. Komen "MAHU", ok, bagi saya semangat sikit nak buatkan, nanti bolehla ibu ayah tampal kat peti ais :) Biasa saya share dalam seminar Golden Age Parenting dan Seksualiti Anak. Komen di sini ya https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1229183067256275&id=477691842405405

photo content

Nak Anak Ada Keyakinan Diri Tinggi? Sebenarnya ia bermula dari bayi lagi. Boleh tonton video live lama saya di sini untuk macam mana nak bantu bentuk self steem anak 0-6 tahun: https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/790122307829022/

Syabas Mak Ayah Sekalian, kerana telah luangkan masa dan aktiviti berkualiti dan bermakna dengan anak anak di cuti sekolah ini. Selamat menyambung tugas rutin persekolahan anak anak esok ya. ❤ Maznah Ibrahim

photo content

photo content

Hunger for Recognition (Kelaparan Pengiktirafan) Membuatkan Kanak-Kanak Sangat Mencuri Perhatian --------------------- Kelaparan pengiktirafan sebenarnya diprogramkan di otak secara genetik dengan 'manusia perlu perhatian', iaitu seseorang akan berbuat sesuatu untuk mereka mendapat respon. Menariknya manusia ni secara fitrahnya ada perasaan untuk beri impak kepada dunia : “Saya ada kesan, Saya tahu yang saya wujud”. Haha menarik bukan. Sebab tu sebaik saja benih janin terbentuk, ia akan membawa perubahan dalam struktur badan si ibu untuk memberitahu ibu yang dia 'wujud'. Maka bermulalah episod perubahan perubahan kecil atau besar dirasai si ibu.... just untuk mencuri perhatian. Jika tak, ibu sibuk dan lasak memanjang, makan apa saja kot.. ? 🤔 Jika kanak-kanak rasa dengan berbuat baik tidak memberi impak kepada ibubapa, maka kanak-kanak akan berbuat hal untuk mendapat impak dan respon dari ibubapanya 😉 Dan jika dimarah adalah satu perhatian yang anak dapat berbanding berbuat kebaikan dan tidak diiktiraf lebih tinggi dari ditegur bila buat kesilapan, kanak-kanak lebih suka memilih buat hal untuk mencuri perhatian. Semua anak laparkan perhatian. Kurang perhatian = buat hal. Setuju? ❤ Maznah Ibrahim Ibubapa sama seperti anda

photo content

[Anak Bergaduh] - Cuba 3 Langkah Ini 👇👇👇👇 . https://www.facebook.com/477691842405405/posts/1224638494377399/ . Kembalikan ketenangan dalam keluarga kita, langkah demi langkah, dengan ilmu parenting yang sesuai. Insyaallah kita akan lebih tenang dan yakin. . . p/s: Kongsikan cara, kisah atau pengalaman anda di bahagian komen, saya suka membacanya, malah mungkin boleh membantu rakan-rakan yang lain :) . #keibubapaan #parentingguide #parentingtips . Banyak Lagi Video-Video sebegini saya kongsikan di channel telegram saya >>> https://t.mazn.me/chan

photo content

Cuti Cuti Macam Ni Biasa Ibu Ayah Mudah Terlepas Marah . Ya lah, menghadap anak 24 jam ya? Boleh bayangkan untuk ibu fulltime home engineer camana? PERINGATAN UNTUK DIRI KITA ❗ Sentiasa ingatkan diri kita, 1⃣ Anak anak adalah tetap anak. Mereka jauh usia dengan kita yang dikatakan dulu makan garam ya 😂 Mana sama anak 3 tahun pengalaman dengan anda 30 tahun pengalaman hidup. Mereka perlu, dan nak kan perhatian, didikan, asuhan dengan sebaiknya. . Nak nak jika mereka dah bersekolah, ada rutin harian mereka. [>>> Bila cuti beraya, rutin biasa weekend mereka laaagi jadi luar biasa, setahun sekali aidilfitri dan aidil adha] . 2⃣ Mereka ialah tanggungjawab kita untuk diasuh, dididik, dibimbing apa betul, apa salah, dan bagaimana berhadapan dengan konflik. .. Konflik dengan mak ayah di rumah, (lain suruh lain dibuat), Konflik minat berbeza (interest) antara dia dan adik beradik dia, (berebut siaran tv dsb), . Bagaimana kita hadapi atau atasi konflik, begitulah mereka belajar dan akan lakukan nanti. . Contoh jika kita marah si abang/kakak dan menangkan si adik, Adik belajar, boleh marah si abang/kakak camtu juga. Adik tak hormat abang/kakak. [>> Sentiasa asingkan si besar dan buat one to one bercakap dan didik mereka] . 3⃣ Sebenarnya masa cuti ni lah ibubapa nak ambil peluang, untuk banyak nak dalami pengalaman anak anak di luar lingkungan kita; mereka di sekolah, mereka dalam lingkungan kawan kawan sebayanya yang kita mungkin tak pernah tahu / perasan. . Jangan terkejut, Anda tak pernah ajar anak pasal kahwin-kahwin, Anak usia 5 anda dah sebut pasal dah besar nak kahwin dengan orang ni, nak buat macam ni itu ini bila dah kahwin. . Cerita cerita macam ni, Tak dapat dengar masa primer time anak jumpa kita yang lepas sekolah terus cerita kat kita, . Sebab ia info TAK berapa utama. Anak pun tak ingat sangat. Tapi, ia akan muncul bila santai-santai, Bila tetiba dia trigger. . Jadi waktu santai dan rehat camni amat penting. Masa ni bila dah tahu info baru, boleh terus intervene, didik apa betul dan salah perspektif, ok. . . APA NAK BUAT BILA MULA RASA NAK MARAH? Kalau rasa nak marah, 1⃣PAUSE dengan TARIK NAFAS DALAM sekurangnya sekali hingga tiga kali dulu, 2⃣BERGERAK untuk release energy marah. 3⃣CAKAP/TEGUR hanya bila dah tenang sikit, Masa marah, pasti ayat keluar ayat yang tak baik, [>> Maka, keluarkan dulu emosi negatif, Untuk masuk emosi sedikit positif, Baru deal/berhadapan dengan si anak]. . . CEK TANGKI EMOSI ANAK KITA HARI INI: . Banyakkan penuhi tangki emosi asas anak-anak: ❤️ Hugs peluk mereka full dada ke dada, ❤️ Ucapkan sayang dan hasrat anda ke mereka, ❤️ Main sebentar dengan mereka, temani mereka dengan aktiviti mereka pilih bukan kita pilih, ❤️ Hadiahkan mereka dengan perkara kegemaran mereka, ❤️ Layan mereka baik dan istimewa seperti Tuan Muda atau mak bapa mertua, atau anak kawan tumpang rumah (yalah orang luar kita layan baik, anak sendiri layan tak baik😐), ❤️ pandang mata mereka dengan kasih sayang seperti mereka baru lahir. . . . Salam Cuti Eid Adha dan Cuti Sekolah Seminggu.❤️ Renungan, Maznah Ibrahim