2 238
订阅者
+124 小时
无数据7 天
-1730 天
数据加载中...
吸引订阅者
七月 '26
七月 '26
+5
在1个频道中
六月 '26
+19
在1个频道中
Get PRO
五月 '26
+23
在0个频道中
Get PRO
四月 '26
+29
在2个频道中
Get PRO
三月 '26
+7
在2个频道中
Get PRO
二月 '26
+17
在2个频道中
Get PRO
一月 '26
+28
在2个频道中
Get PRO
十二月 '25
+53
在3个频道中
Get PRO
十一月 '25
+44
在2个频道中
Get PRO
十月 '25
+39
在2个频道中
Get PRO
九月 '25
+46
在1个频道中
Get PRO
八月 '25
+73
在3个频道中
Get PRO
七月 '25
+68
在0个频道中
Get PRO
六月 '25
+30
在0个频道中
Get PRO
五月 '25
+68
在1个频道中
Get PRO
四月 '25
+64
在3个频道中
Get PRO
三月 '25
+64
在1个频道中
Get PRO
二月 '25
+75
在0个频道中
Get PRO
一月 '25
+62
在1个频道中
Get PRO
十二月 '24
+57
在3个频道中
Get PRO
十一月 '24
+39
在0个频道中
Get PRO
十月 '24
+38
在2个频道中
Get PRO
九月 '24
+51
在0个频道中
Get PRO
八月 '24
+98
在0个频道中
Get PRO
七月 '24
+121
在2个频道中
Get PRO
六月 '24
+116
在2个频道中
Get PRO
五月 '24
+109
在0个频道中
Get PRO
四月 '24
+63
在1个频道中
Get PRO
三月 '24
+69
在0个频道中
Get PRO
二月 '24
+72
在0个频道中
Get PRO
一月 '24
+75
在0个频道中
Get PRO
十二月 '23
+81
在0个频道中
Get PRO
十一月 '23
+39
在0个频道中
Get PRO
十月 '23
+82
在0个频道中
Get PRO
九月 '23
+49
在0个频道中
Get PRO
八月 '23
+54
在0个频道中
Get PRO
七月 '23
+43
在0个频道中
Get PRO
六月 '23
+50
在0个频道中
Get PRO
五月 '23
+40
在0个频道中
Get PRO
四月 '23
+45
在0个频道中
Get PRO
三月 '23
+48
在0个频道中
Get PRO
二月 '23
+41
在0个频道中
Get PRO
一月 '23
+29
在0个频道中
Get PRO
十二月 '22
+33
在0个频道中
Get PRO
十一月 '22
+59
在0个频道中
Get PRO
十月 '22
+54
在0个频道中
Get PRO
九月 '22
+65
在0个频道中
Get PRO
八月 '22
+55
在0个频道中
Get PRO
七月 '22
+60
在0个频道中
Get PRO
六月 '22
+55
在0个频道中
Get PRO
五月 '22
+40
在0个频道中
Get PRO
四月 '22
+15
在0个频道中
Get PRO
三月 '22
+4
在0个频道中
Get PRO
二月 '22
+8
在0个频道中
Get PRO
一月 '22
+23
在0个频道中
Get PRO
十二月 '21
+2
在0个频道中
Get PRO
十一月 '21
+6
在0个频道中
Get PRO
十月 '21
+3
在0个频道中
Get PRO
九月 '21
+7
在0个频道中
Get PRO
八月 '210
在0个频道中
Get PRO
七月 '21
+2
在0个频道中
Get PRO
六月 '21
+2
在0个频道中
Get PRO
五月 '21
+203
在0个频道中
| 日期 | 订阅者增长 | 提及 | 频道 | |
| 17 七月 | 0 | |||
| 16 七月 | +2 | |||
| 15 七月 | +1 | |||
| 14 七月 | 0 | |||
| 13 七月 | 0 | |||
| 12 七月 | 0 | |||
| 11 七月 | 0 | |||
| 10 七月 | 0 | |||
| 09 七月 | 0 | |||
| 08 七月 | +1 | |||
| 07 七月 | 0 | |||
| 06 七月 | +1 | |||
| 05 七月 | 0 | |||
| 04 七月 | 0 | |||
| 03 七月 | 0 | |||
| 02 七月 | 0 | |||
| 01 七月 | 0 |
频道帖子
Alhamdulillah, kami baru restock buku 10 Sahabat 1 Janji Syurga tulisan Prof Dr Rozaimi.
Kalau nak tempah, boleh klik di link ni: https://www.karyapis.com/product/10-sahabat-1-janji-syurga/
| 2 | [LIVE] Tiga Paksi Teras (Usul Thalathah) bersama Ust M.Faz.
Paksi pertama: Pengetahuan Seorang Hamba Terhadap Rabbnya (Dalil-dalil).
Pautan: https://youtu.be/uKIMZNb3bHg | 117 |
| 3 | InshaAllah kelas Tiga Paksi Teras (Usul Thalathah) pagi ni bersama M.Faz, jam 8.00 pagi. | 111 |
| 4 | Al-Fudhail bin 'Iyadh رحمه الله berkata:
“لا تكونوا كالمنخل، يخرج الدقيق الطيب ويمسك النخالة؛ تخرجون الحكمة من أفواهكم، ويبقى الغل في صدوركم”.
“Janganlah kamu menjadi seperti ayak (penapis tepung); ia mengeluarkan tepung yang baik, tetapi menahan hampasnya. Kamu mengeluarkan kata-kata hikmah daripada mulutmu, namun kedengkian dan kebencian tetap tersimpan di dalam dadamu.”
[Sifat al-Ṣafwah (457)]
___
Begitulah keadaan sebahagian manusia; lisannya sentiasa mengeluarkan nasihat, hikmah dan peringatan, tetapi hatinya sendiri masih dipenuhi hasad, dendam, kebencian dan penyakit-penyakit hati yang lain.
Hakikatnya, ilmu bukan sekadar untuk disampaikan, tetapi terlebih dahulu untuk memperbaiki diri. Nasihat yang paling berkesan ialah nasihat yang lahir daripada hati yang telah berusaha mengamalkannya.
-Admin UN- | 207 |
| 5 | ⏰ 1 Hari Lagi!
Pendaftaran masih dibuka! Jangan tunggu saat akhir. Tempah tempat anda hari ini.
📅 31 Julai – 2 Ogos 2026
📍 UNISIRAJ Kampus Pauh Putra
✅ Daftar sekarang!
🔗 Imbas QR atau tekan link di bawah untuk pendaftaran.
https://forms.gle/yHb6zjhVhFFPWKCh6
Tarikh Tutup Pendaftaran : 12 Julai 2026
#DaurahAkidah✨
#PusatIslamUNISIRAJ🕌
#majlisilmu 🌙
#UNISIRAJ💙💛
#centreofappliedsunnah
#unisirajdihati❤️ | 123 |
| 6 | Daftar segera di https://forms.gle/qnCm7k8jTrDywDCu9 | 130 |
| 7 | Ustaz Mohd Rizal Azizan juga ada buat kuliah bulanan kitab Hikmah & Rahsia Sirah terbitan Karya PiS.
Boleh tonton di sini: https://youtube.com/playlist?list=PLe_slP1cJlSY&si=HkjuoVsV-vN9S3ZS
=======
Tempah buku di sini: https://rahsiasirah.bukuagama.com | 126 |
| 8 | Siapa yang belum dapatkan, tempah sekarang sebab stok dah tak banyak dah ada dekat warehouse Karya PiS ni 👉🏻 albukhari.bukuagama.com | 114 |
| 9 | Dalam beberapa kes forensik, DNA yang ditemui di tempat kejadian hanya mampu menunjukkan bahawa sampel tersebut berasal daripada salah seorang daripada pasangan kembar tersebut, tetapi tidak dapat menentukan individu yang tepat.
Hal ini menunjukkan bahawa walaupun DNA merupakan teknologi yang sangat kuat dan mempunyai ketepatan yang tinggi, ia tetap mempunyai batasan tertentu.
___
6.Maka, isu nasab dalam Islam tidak dibina semata-mata atas faktor biologi sahaja. Syarak mempunyai kaedah tersendiri dalam menetapkan dan menjaga nasab, antaranya melalui al-firāsh (perkahwinan yang sah) dan proses li‘ān apabila berlaku dakwaan zina oleh suami.
Justeru, tidak tepat untuk menjadikan DNA sebagai satu-satunya ukuran dalam semua keadaan, apatah lagi sehingga mengatasi hukum syarak yang telah menetapkan perlindungan terhadap nasab dan maruah keluarga.
-Admin UN- | 124 |
| 10 | Min rasa terpanggil untuk menjelaskan isu ini dari sudut pandang syarak, kerana ia berkait rapat dengan perkara yang sangat besar dalam Islam iaitu nasab, kehormatan keluarga hukum qazaf dan juga hukum li’an.
Berdasarkan teks fatwa Dar al-Ifta’ Mesir, fatwa Syeikh Soleh al-Munajjid, serta keputusan Majlis Majma‘ Fiqh Islami yang bernaung di bawah Rabitah al-‘Alam al-Islami, dapat disimpulkan bahawa seorang suami tidak boleh hanya disebabkan rasa ragu-ragu atau syak semata-mata terhadap isterinya lalu terus melakukan ujian DNA untuk menyiasat atau mempertikaikan nasab anak.
Ini kerana:
1. Nasab anak yang lahir dalam perkahwinan yang sah telah sabit melalui kaedah syarak (al-firāsh).
Hadis "الولد للفراش وللعاهر الحجر" menunjukkan bahawa terdapat dua lelaki yang masing-masing mendakwa bahawa anak tersebut adalah anaknya:
-Lelaki yang memiliki firasy (iaitu suami yang mempunyai hubungan perkahwinan yang sah) berkata: "Ini adalah anakku, kerana dia lahir daripada isteriku dalam perkahwinanku."
-Lelaki yang berzina pula berkata: "Ini adalah anakku, kerana dia terhasil daripada air maniku."
Dalam keadaan seperti ini, kita mendahulukan hukum syarak, sebagaimana sabda Nabi ﷺ:
"Anak itu adalah bagi pemilik firasy, manakala bagi penzina hanyalah batu (maksudnya hukuman rejam)."
Maksudnya, apabila seorang wanita melahirkan anak dalam ikatan perkahwinan yang sah, maka anak tersebut dinasabkan kepada suaminya walaupun ada lelaki lain datang claim mereka berzina dan anak itu anaknya.
Nasab tidak dibina atau digugat berdasarkan andaian, sangkaan, tuduhan atau keraguan semata-mata.
Bahkan Ibn Qudamah berkata:
حتى لو أن امرأة أتت بولد وزوجها غائب عنها منذ عشرين سنة لحقه ولدها.
"Sekiranya seorang wanita melahirkan seorang anak sedangkan suaminya telah tiada bersamanya selama dua puluh tahun, maka anak tersebut tetap dinasabkan kepadanya (suaminya)."
Maksudnya, menurut kaedah al-firāsh, selagi perkahwinan masih wujud dan terdapat kemungkinan dari sudut hukum bahawa anak tersebut boleh dinasabkan kepada suami, maka nasab anak itu tetap dikaitkan dengan suami, walaupun terdapat tempoh pemisahan yang lama.
___
2.Sekiranya seorang suami benar-benar mempunyai dakwaan atau sangkaan yang kuat isterinya melakukan zina dan mahu menafikan nasab anak tersebut, syarak tidak menjadikan ujian DNA sebagai jalan penyelesaian. Sebaliknya, syarak menetapkan proses li‘ān (اللعان), iaitu sumpah khusus antara suami dan isteri di hadapan hakim sebagaimana disebut dalam Surah al-Nur ayat 6–9.
Ini kerana li‘ān bukan hanya berkaitan penafian nasab, tetapi mempunyai kesan hukum yang lain seperti pemisahan yang kekal antara suami isteri dan menggugurkan hukuman qazaf daripada suami.
___
3.Ujian DNA bukanlah ditolak secara mutlak. Ia boleh digunakan dalam keadaan yang diperlukan seperti:
-kes bayi tertukar di hospital,
-kes bayi tabung uji (IVF)
-kes orang hilang,
-kes nasab yang tidak diketahui,
-mengenal pasti mayat,
-dan beberapa kes jenayah yang berkaitan.
Namun, penggunaannya mestilah tidak bercanggah dengan kaedah dan prinsip syarak.
___
4.Ujian DNA semata-mata untuk menyiasat anak yang telah sabit nasabnya kerana syak terhadap isteri adalah perbuatan TERCELA dan TIDAK DIBENARKAN syarak, kerana ia membuka ruang kepada tuduhan terhadap kehormatan seorang wanita (qazaf) dan menggugat nasab yang telah dipelihara oleh syarak.
Larangan ini bukan kerana syarak menolak kemajuan sains, tetapi kerana syarak datang untuk menjaga perkara yang lebih besar: kehormatan manusia, maruah keluarga dan kesinambungan nasab.
___
5.Sekadar tambahan dari min sendiri. Bahkan, dari sudut sains sendiri, ujian DNA bukanlah sesuatu yang boleh difahami secara terlalu mudah tanpa mengambil kira batasannya.
Terdapat kes-kes tertentu melibatkan kembar seiras (identical twins) yang mempunyai persamaan genetik yang sangat tinggi sehingga ujian DNA standard tidak dapat membezakan antara mereka. | 106 |
| 11 | 没有文字... | 92 |
| 12 | Status Emas Daurah
Alhamdulillah.
Setakat ini 125 peserta telah mengesahkan penyertaan dengan membayar yuran komitmen.
Bagi yang memerlukan penginapan. Masih ada 16 lagi tempat penginapan yang disediakan.
Pendaftaran akan ditutup pada Ahad, 12 Julai bagi urus setia memuktamadkan urusan penginapan, makanan dan logistik.
Jadi, kalau memang berhajat nak hadir samada secara fizikal dan online.
Mohon daftar segera.
Bagi yang bercadang nak buat surprise untuk hadir secara walk-in pada hari program pun dialu-alukan.
Cuma kalau makanan tak cukup dan link online tak jumpa.
Saya mohon maaf in advance.
Sebab apabila tuan-puan tak mendaftar...
Kami di Pusat Islam bukan Wali yang mempunyai ilmu kasyaf mengetahui siapa yang akan hadir daurah pada 31 Julai-2 Ogos nanti.
InsyaAllah panjang umur kita jumpa di Daurah Akidah Imam al-Bukhari nanti.
-Mohd Roesfan Sazzerinaka Sunan- | 107 |
| 13 | Sebenarnya, apa yang kita faham daripada frasa "masuk syurga dengan rahmat Allah"?
Ramai yang memahami bahawa walau sebanyak mana sekalipun amalan yang dilakukan, ia hanyalah asbab, sedangkan kita memasuki syurga dengan rahmat Allah, bukan semata-mata kerana amalan kita.
Namun, daripada kefahaman ini kadangkala lahir satu tanggapan yang kurang tepat. Seolah-olah rahmat Allah hanya berperanan di penghujung perjalanan, iaitu ketika seseorang memasuki syurga. Bahkan ada yang merasakan amalan itu seakan-akan tidak mempunyai nilai kerana akhirnya syurga tetap diperoleh dengan rahmat Allah. Lalu ada yang beramal secara sambil lewa dengan alasan, "Bukankah amalan bukan penentu kita masuk syurga?"
Sedangkan hakikatnya, rahmat Allah jauh lebih luas daripada itu.
Bahkan, taufik untuk melakukan amalan soleh itu sendiri adalah rahmat Allah. Hidayah untuk mengenal Islam, keinginan untuk bertaubat, kekuatan untuk bangun qiyamullail, kemudahan untuk bersedekah, keikhlasan dalam beribadah serta istiqamah di atas ketaatan; semuanya tidak akan terhasil tanpa rahmat dan pertolongan Allah.
Maksudnya, amalan soleh itu sendiri sudah termasuk dalam limpahan rahmat Allah. Oleh itu, tidak ada sebarang kontradiksi antara ayat-ayat al-Quran yang menyatakan bahawa seseorang memasuki syurga dengan sebab amalannya, dengan hadis yang menyatakan bahawa seseorang tidak akan memasuki syurga melainkan dengan rahmat Allah. Ini kerana amalan itu sendiri lahir daripada rahmat Allah yang berupa hidayah dan taufik.
___
Firman Allah Taala:
«وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ»
"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh bahawa mereka akan memperoleh syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai."
(Surah al-Baqarah: 25)
Firman-Nya lagi:
«وَنُودُوا أَنْ تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ»
"Lalu mereka diseru: 'Itulah syurga yang diwariskan kepada kamu disebabkan amalan yang telah kamu kerjakan.'"
(Surah al-A'raf: 43)
Dan firman-Nya:
«يَقُولُونَ سَلَامٌ عَلَيْكُمُ ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ»
"Para malaikat berkata: 'Salam sejahtera ke atas kamu. Masuklah ke dalam syurga disebabkan amalan baik yang telah kamu kerjakan.'"
(Surah al-Nahl: 32)
___
Justeru, apabila dikatakan bahawa kita memasuki syurga dengan rahmat Allah, ia bukan sekadar bermaksud Allah mengizinkan kita memasuki syurga pada Hari Kiamat. Bahkan sejak di dunia lagi, kita telah dipayungi rahmat-Nya melalui hidayah dan taufik yang menggerakkan kita kepada amal soleh. Kemudian Allah menerima amalan yang penuh kekurangan itu, mengampunkan dosa-dosa kita, lalu akhirnya memasukkan kita ke dalam syurga dengan rahmat-Nya.
Dari awal hingga akhir, perjalanan seorang mukmin adalah perjalanan yang dipenuhi rahmat Allah. Tidak ada satu pun kebaikan yang boleh dibanggakan sebagai hasil kemampuan dirinya semata-mata. Bahkan semuanya bermula dengan rahmat Allah dan berakhir juga dengan rahmat-Nya.
___
Maka, yang sepatutnya sentiasa kita harapkan bukanlah rahmat Allah hanya ketika Hari Kebangkitan, tetapi rahmat-Nya sejak hari ini lagi. Mohonlah kepada Allah agar dikurniakan hidayah, taufik, keikhlasan dan istiqamah. Kerana tanpa rahmat-Nya, kita tidak akan mampu melangkah di jalan ketaatan, apatah lagi berharap untuk sampai ke syurga-Nya.
Inilah yang dijelaskan oleh Imam al-Sabuni dalam Akidah Salaf wa Ashab al-Hadith di bawah tajuk:
دُخُولُ الْجَنَّةِ بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ
"Masuk ke dalam syurga adalah dengan kurniaan dan rahmat Allah."
___
Dapatkan:
https://www.karyapis.com/product/akidah-salaf-dan-para-ahli-hadis/ | 95 |
| 14 | 没有文字... | 93 |
| 15 | 1.Ayat semacam ini dah banyak kali min jumpa. Ramai orang gemar meromantiskan Tuhan sehingga menisbahkan ayat-ayat yang direka sendiri yang penuh dengan sentimen emosi itu kepada Tuhan.
2.Ini termasuk taqawwul atau iftira’ iaitu bercakap atau menisbahkan sesuatu kepada Allah tanpa dalil. Walaupun niatnya mungkin untuk memberi semangat dan harapan, kita tetap tidak boleh mendakwa bahawa Allah berkata sesuatu yang tidak pernah difirmankan-Nya di dalam al-Quran atau hadis qudsi. Hukumnya berdosa besar dan boleh terkeluar dari Islam jika disertai tujuan tertentu. Kerana kita bukan Rasul yang mendapat wahyu.
3.Min baca ada pula tukang bekap yang me‘metafora’kan perkara yang sekritikal ini. Inilah masalah segelintir orang yang suka menghalalkan sesuatu yang batil dengan alasan metafora sedangkan larangan Allah dalam al-Quran begitu jelas:
{ وَلَوۡ تَقَوَّلَ عَلَیۡنَا بَعۡضَ ٱلۡأَقَاوِیلِ } { لَأَخَذۡنَا مِنۡهُ بِٱلۡیَمِینِ } { ثُمَّ لَقَطَعۡنَا مِنۡهُ ٱلۡوَتِینَ }
“Dan sekiranya dia (Muhammad) mengada-adakan sebahagian perkataan atas nama Kami, nescaya Kami ragut tangan kanannya, kemudian Kami potong urat jantungnya.”
[Surah al-Haqqah ayat 44-46]
Jika Nabi Muhammad SAW yang mulia pun diancam sedemikian rupa sekiranya mengubah kalam Allah, maka hukuman bagi manusia biasa yang sengaja berbuat demikian pastinya jauh lebih dahsyat.
4.Penggunaan metafora (majaz) dalam agama mempunyai disiplin ketat, ada petunjuk (qarinah) yang jelas, kaedah bahasa yang diiktiraf, serta berpandukan kepada kefahaman para ulama yang muktabar.
Perbahasan majaz dalam ilmu usul fiqh dan tafsir berlaku dalam konteks memahami nas-nas wahyu yang sedia ada, bukan mencipta nas baharu. Para ulama membahaskan sama ada sesuatu lafaz dalam al-Quran atau hadis difahami secara hakikat atau majaz berdasarkan dalil, konteks, bahasa Arab dan kaedah-kaedah ilmu yang telah ditetapkan.
Namun, menggunakan alasan majaz untuk mempertahankan ayat yang direka sendiri lalu claim “Allah kata” adalah perkara yang berbeza. Ini bukan lagi proses memahami wahyu atau menghasilkan puisi, tetapi berdusta atas nama Allah!
5.Sedangkan al-Quran itu sendiri sudah sarat dengan keindahan seni bahasa, susunan lafaz yang menakjubkan, perumpamaan yang mendalam, serta ungkapan yang menyentuh hati manusia jika kita tadabbur secara mendalam.
6.Maka tidak ada keperluan untuk kita mencipta "kata-kata Allah" versi manusia dengan alasan mahu menjadikan dakwah lebih emosional atau lebih mudah diterima.
7.Tugas kita bukan mencipta ucapan untuk Allah, tetapi menyampaikan apa yang Allah telah firmankan dengan penuh amanah. Kerana kalam Allah sudah sempurna; yang perlu diperbaiki ialah cara kita memahami dan menyampaikannya, bukan menambah-nambahnya.
-Admin UN- | 133 |
| 16 | 没有文字... | 131 |
| 17 | Dalam buku Rahsia Sirah oleh Syaikh Ghanim al-Asadi, beliau ada menyebutkan beberapa hikmah di sebalik ucapan Nabi yang masyhur ini. Antaranya adalah kerana Baginda ingin mengambil hati anak kepada al-Mut’im, iaitu Jubayr, serta ingin melembutkan jiwanya terhadap Islam. Akhirnya, Jubayr memeluk Islam, dan keislamannya amat baik. Beliau terkenal dengan sifat penyabar, tenang, dan memiliki kebijaksanaan dalam membuat pertimbangan, persis seperti ayahnya.
Begitulah, di sebalik setiap ucapan dan tindakan Nabi ﷺ sentiasa tersimpan hikmah yang mendalam. Baginda bukan sekadar berbicara berdasarkan keadaan semasa, bahkan setiap kata-kata dan perbuatannya dipenuhi kebijaksanaan, rahmat, serta pertimbangan terhadap maslahat dunia dan akhirat.
Semakin kita meneliti sirah Baginda ﷺ, semakin kita menyedari bahawa tidak ada sesuatu pun yang dilakukan oleh Baginda secara sia-sia, bahkan semuanya mengandungi pelajaran yang releven hingga ke hari kiamat.
Dapatkan:
https://rahsiasirah.bukuagama.com | 184 |
| 18 | 没有文字... | 153 |
| 19 | Baca tentang nasab ni mungkin agak bosan buat sebahagian pembaca, tapi Alhamdulillah M.FAZ berjaya persembahkan kepada anda nasab Imam al-Bukhari dalam bentuk yang unik. 😍
=====
https://www.karyapis.com/product/novel-biografi-imam-al-bukhari/ | 187 |
| 20 | [LIVE] Pengajian kitab Akidah Ahli Sunnah wal Jama'ah: Sharhus Sunnah lil Barbahari bersama Ustaz Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi hafizahullah.
Bab: Tidak ada pencipta selain Allah.
Sambungan berkenaan 4 martabat qadar.
Hari Ahad | 5 Julai
8.00 - 10.30 pagi
Pautan: https://youtu.be/EmQ0QsEkyVg | 183 |
