ch
Feedback

不要被骗子欺骗!Telemetrio 会找到并标记这些频道 👉 如果想查看标记,请订阅

Sahabat Bangkit Al-Quds

Sahabat Bangkit Al-Quds

前往频道在 Telegram

显示更多
未指定国家未指定类别
509
订阅者
+724 小时
+197 天
+1930 天
帖子存档
🕌 Jom sambung kembara Yusuf & Khadeejah! 🌙 Kali ini, mereka nak tahu… 📍 Di mana sebenarnya Al-Quds? 🏘️ Apa itu Kota Lama Al-Quds? 🕌 Dan di manakah Masjidil Aqsa? Satu demi satu, kita kenali bumi Al-Quds dengan lebih dekat. 🤍 Ikuti Siri Kembara Yusuf & Khadeejah: Kenali Al-Quds — Episod 2. 🌙 Selawat & Sirah 30 Minit Setiap hujung minggu • Online Jom kembara bersama mereka! ✨ Save, Share & Follow @bangkitalquds #masjidalaqsa #didikanak #bangkitalquds @SahabatBangkitAlQuds

SIRI KEMBARA YUSUF & KHADEEJAH : Kenali Al-Quds Episod 1 https://vt.tiktok.com/ZSqGE8AER/ Episod 2 https://vt.tiktok.com/ZSqGwAH7g/

Pernah perasan tak… dalam satu perjalanan, tak semua bermula dari tempat yang sama. Jalan berbeza. Cerita berbeza. Tapi bila tahu ke mana nak dituju, kita tetap boleh bergerak dalam satu arah. Rakaman ini daripada suasana Sambutan Hari Malaysia yang dianjurkan oleh Masjid Al-Munawwarah, Seksyen 27, Shah Alam, yang menjadi salah satu lokasi persinggahan konvoi motosikal pada 16 September lalu. Kami di Bangkit Al-Quds turut berada di sana berkongsi ruang, bertemu masyarakat dan merakam sedikit suasana hari tersebut. Kadang-kadang, yang menyatukan kita bukan kerana kita semua sama. Tapi kerana ada satu arah yang menyatukan kita. Baitulmaqdis. Satu arah. Satu rasa. #BangkitAlQuds #Baitulmaqdis #AlQuds #HariMalaysia #MasjidAlMunawwarah

https://vt.tiktok.com/ZSqgCtMwN/ SEKILAS MOMEN DI BOOTH BANGKIT AL-QUDS 🕌🤍 Semalam, beberapa aktiviti dijalankan untuk kenalkan Al-Quds dengan cara yang dekat dan santai — Kuiz Al-Quds Kanak-Kanak, perkongsian santai dan pengalaman VR Masjidil Aqsa bersama Yayasan MyAQSA. Anak-anak pun turut serta, ibu ayah pun sama-sama belajar. Ada yang teruja menjawab kuiz, ada yang pertama kali melihat Masjidil Aqsa melalui VR, malah ada yang sebak selepas mengalaminya. Terima kasih kepada semua yang singgah, bertanya dan luangkan masa bersama kami. Kenal Al-Quds. Faham sejarahnya. Teruskan ceritanya kepada generasi seterusnya.🤍 Semoga lebih ramai mula mengambil tahu tentang Baitulmaqdis. #BangkitAlQuds #MasjidAlAqsa #Baitulmaqdis #TigaKotaSuci @SahabatBangkitAlQuds

✨ BELUM HABIS LAGI! JOM SINGGAH BOOTH BANGKIT AL-QUDS 🕌 Masih ada masa untuk singgah! 🤍 Booth Bangkit Al-Quds masih dibuka sehingga jam 6.00 petang hari ini di Masjid Al-Munawarah, Seksyen 27, Shah Alam. Kalau anda masih di sekitar Shah Alam, jemput datang, kenali Al-Quds, lihat perkongsian yang kami bawakan dan luangkan masa bersama kami. 🇵🇸 Jangan lepaskan peluang merasai pengalaman VR sekitar Masjidil Aqsa yang disediakan oleh @MyAQSA Pelbagai aktiviti lain untuk seisi keluarga juga masih berlangsung di sekitar masjid. 📍 Masjid Al-Munawwarah, Seksyen 27, Shah Alam ⏰ Hari ini | 9.00 pagi – 6.00 petang Belum sampai? Masih sempat. Jom singgah. Jom kenali Al-Quds. 🕌🤍 #bangkitalquds #masjidalaqsa #baitulmaqdis #tigakotasuci

JOM SINGGAH BOOTH BANGKIT AL-QUDS Ada di sekitar Shah Alam esok? Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Masjid Al-Munawarah, Seksyen 27, Shah Alam esok 16 September 2026 (Rabu) dan singgah ke Booth Bangkit Al-Quds. 🕌✨ Kami akan berada di sana dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian menarik berkaitan Al-Quds. Selain booth Bangkit Al-Quds, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan di Masjid Al-Munawarah untuk seisi keluarga, termasuk pengisian ilmu, pertandingan, gerai jualan dan aktiviti kemasyarakatan. Jadi, ajak keluarga dan sahabat-sahabat untuk bersama-sama memeriahkan program ini.🤍 📍 Masjid Al-Munawarah, Seksyen 27, Shah Alam 📅 16 September 2026 (Rabu) ⏰ 9.00 pagi – 6.00 petang Jom hadir, kenali Al-Quds dan bersama-sama hidupkan kesedaran tentang Baitul Maqdis. 🇵🇸🕌 #masjidalaqsa #harimalaysia #maulidurrasul #alquds #bangkitalquds

Macam-macam aktiviti menarik menanti di Masjid Al Munawwarah, Seksyen 27, Shah Alam! 🕌✨ Sempena Program Sambutan Maulidur Ra
+7
Macam-macam aktiviti menarik menanti di Masjid Al Munawwarah, Seksyen 27, Shah Alam! 🕌✨ Sempena Program Sambutan Maulidur Rasul, Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia 2026, ada Port Lepak Masjid, gerai jualan, kuliah, tayangan filem, pertandingan, perarakan Maulidur Rasul, ride masjid ke masjid, munawwarah berselawat dan banyak lagi! 🇲🇾❤️ Dan paling penting, booth Bangkit Al-Quds pun ada! 🇵🇸✨ 🥽 VR Experience Baitul Maqdis 📚 Pameran & bahan bacaan Al-Quds 💬 Sesi soal jawab berkaitan Al-Quds 🎁 BAQ Pocket Set hanya RM10, terhad 50 set sahaja! Bawa anak-anak. Bawa keluarga. Ajak kawan-kawan. 🤍 Sebab kesedaran tentang Al-Quds bukan untuk kita simpan seorang diri, ia perlu diceritakan, dikongsikan dan diwariskan. 📍 Masjid Al Munawwarah, Seksyen 27, Shah Alam 📅 16 September 2026 (Rabu) ⏰ 9.00 pagi – 5.00 petang Cinta Rasul. Cinta Negara. Eratkan Ukhwah. Jumpa anda di sana! #bangkitalquds #maulidurrasul #malaysia #harimalaysia #masjidalaqsa

“Bukan mereka, tapi kita.” Kadang-kadang kita melihat apa yang berlaku di Al-Quds sebagai sesuatu yang jauh daripada kehidupan kita. Tapi melalui monolog ini, kita diajak untuk berhenti sejenak dan bertanya, di mana kita dalam kisah ini? Ini hanyalah sedutan daripada monolog “Bukan Mereka, Tapi Kita” yang dipersembahkan oleh saudara Farid Kamil di Malam Cinta Al-Quds. Sekitar seminit yang dikongsikan di sini, daripada monolog penuh yang berdurasi 10 minit. 🎭🇵🇸 Tonton sampai habis dan hayati setiap kata. Kerana kisah Al-Quds bukan tentang mereka sahaja. Ia tentang kita. Apa yang kita boleh lakukan untuk Al-Quds? Kongsikan video ini dan sebarkan kesedaran. 🤍 #malamjejakalquds #masjidalaqsa #bangkitalquds

🕌 Ibu bapa, Jom kenalkan anak-anak kepada Baitulmaqdis! Kiblat pertama umat Islam, bumi para Nabi dan tempat yang begitu dekat dengan sejarah Rasulullah ﷺ. 🤍 Ikuti Siri Kembara Yusuf & Khadeejah: Kenali Al-Quds. Ini baru permulaan… 🌙 Nantikan kembara mereka seterusnya untuk mengenal lebih dekat tentang bumi Al-Quds! 🌙 Jom teruskan perjalanan mengenal Al-Quds bersama melalui zoom Selawat & Sirah Rasulullah ﷺ. ✨ Selawat & Sirah 30 Minit Setiap hujung minggu • Online 📲 Jom daftar sekarang. DM kami untuk info lanjut! Save, Share & Follow @bangkitalquds

Kadang-kadang, satu program bukan hanya tentang apa yang berlaku di atas pentas. Di sebalik suasana Malam Jejak Al-Quds, ada juga para peniaga yang terus mencari rezeki seperti biasa. Kami berpeluang menyapa dan mendengar sendiri pandangan para peniaga tentang suasana malam tersebut dalam sesi 'Jejak 70 Gerai'. Menurut pihak pengurusan, lebih 1,000 orang keluar masuk Downtown Puncak Alam sepanjang program berlangsung. Jadi kami cuba tanya sendiri: "Macam mana jualan malam ni?" “Apa pandangan abang/kakak tentang program malam ni?” 🎥 Jom dengar sendiri respon mereka. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir, meluangkan masa dan bersama-sama menghidupkan suasana malam tersebut. Mungkin bagi kita, hadir satu malam itu perkara kecil. Tapi untuk peniaga yang sedang mencari rezeki, setiap kunjungan kita mungkin sangat bermakna. Terima kasih juga kepada Pengurusan Downtown Puncak Alam kerana memberi ruang kepada kami untuk berkongsi sedikit tentang Al-Quds bersama komuniti. Support lokal. Support peniaga kecil kita. Bersama, kita hidupkan kebaikan. 🇲🇾❤️ Insya-Allah, kalau ada lagi program seperti ini selepas ini, jangan lupa untuk terus support dan hadir bersama kami. Kami akan kongsikan perkembangan program-program seterusnya dari semasa ke semasa. 📲 Follow platform media sosial kami untuk terus bersama perjalanan Sekretariat Bangkit Al-Quds. Kalau perkongsian ini bermanfaat, boleh bantu share supaya lebih ramai dapat tahu dan sama-sama menyokong usaha seperti ini. Terima kasih kerana hadir. Terima kasih kerana support. Jumpa lagi di program akan datang, insya-Allah. 🤲🏻 #malamjejakalquds #bangkitalquds #sapotlokal #kesejahteraannusantara #peniagakecil

📸 LENSA MALAM JEJAK AL-QUDS Beberapa momen yang dirakam sepanjang Malam Jejak Al-Quds. Dari tetamu yang hadir, persembahan di pentas, hingga suasana pengunjung yang bersama-sama menelusuri perjalanan mengenal Al-Quds. Terima kasih kerana hadir dan menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. 🇵🇸 #MalamJejakAlQuds #BangkitAlQuds #BaitulmaqdisMilikUmmah