Dr Ahmad Zahid Hamidi
前往频道在 Telegram
显示更多
未指定国家未指定类别
364
订阅者
无数据24 小时
无数据7 天
无数据30 天
帖子存档
𝐌𝐞𝐧𝐝𝐨𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐝𝐢𝐤 𝐍𝐚𝐝𝐫𝐚𝐭𝐮𝐥𝐥𝐢𝐲𝐚𝐧𝐚 𝐝𝐢 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬 𝐒𝐡𝐚𝐧𝐠𝐡𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔
Minggu lalu saya telah meminta YB Timbalan Menteri saya, Datuk Hajah Rubiah Haji Wang untuk menziarahi adik Nadratulliyana binti Ab Malek di Melaka sebagai tanda sokongan kepada beliau yang bakal membawa cabaran negara ke WorldSkills Shanghai 2026.
Pertandingan ini menghimpunkan peserta terbaik dunia dalam pelbagai bidang kemahiran. Penyertaan anak muda seperti beliau mencerminkan potensi besar generasi TVET negara hari ini, sekali gus membuktikan bahawa laluan kemahiran mampu melahirkan bakat yang berdaya saing di pentas antarabangsa.
Saya mendoakan agar adik Nadratulliyana diberikan kejayaan dalam membawa cabaran negara di Shanghai nanti. Insya-Allah, semoga usaha dan bakat yang dimiliki akan terus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
#WorldSkills
#WorldSkillsShanghai
#TVET #KKDW
#GIATMARA
📱FB: https://www.facebook.com/share/18Qx4XZnnw/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DVvTrSxEqzE/?igsh=MXI5dDdtbWRjZ2E5bA==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2031664014384930943?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVvTswZDyQK?xmt=AQF0IOJD08X0j6HVJvqWXjYbPjLclcU7Ha3CXeFJwbzbhyTvJdCRS6KncGnz6epcocHuOIN0&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐂𝐚𝐫𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐋𝐚𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐥 𝐐𝐚𝐝𝐚𝐫
Malam al-Qadar adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Ia menjadi peluang yang amat besar untuk kita melipatgandakan ibadah serta memohon keampunan daripada Allah SWT.
Hidupkan malam-malam terakhir Ramadan dengan doa, zikir dan amal kebaikan. Mudah-mudahan kita termasuk dalam kalangan hamba yang dipilih untuk merasai keberkatan malam yang mulia ini.
#RisalahTaalim21
#Ramadan1447H
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSuBSb7XP/
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1GmXEVG1xP/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DVvQV7zSQ_O/?igsh=MW4wNHc4cmJrcGQ4Mw==
📱X:
https://x.com/i/status/2031656544727957967
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVvQNx4ka1K?xmt=AQF0BwWgh1SI4LM_Fu2mjWIOGUInxRl25O1vBnURm3OIvfOm_oZMlGwUKkgzyMoQ2myQMkuN&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
#PejuangDesa : Jejak perjuangan memakmurkan desa
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSukpSKKr/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DVuts9mkvJv/?igsh=MXYxY2tjYnI2a3k2MQ==
📱FB: https://www.facebook.com/share/r/17drBUXtXU/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Tadarus Ramadan 1447H
Bacaan Al-Quran bagi Juzuk 20 sempena Tadarus Ramadan. Merangkumi Surah An-Naml ayat 93 sehingga Surah Al-'Ankabut ayat 45.
Qari:
1. Muhammad Haziq Bin Zulkifli
2. Ustaz Muhammad Amir Haziq
3. Darius Hazreeq Bin Mohd Nor Azlan
Semoga bacaan pada malam ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Insya-Allah.
#TadarusRamadan
#Ramadan1447H
https://www.facebook.com/100044617711053/videos/1285566580358701
https://vt.tiktok.com/ZS9d4UFNhgffy-lJTpa/
𝐇𝐢𝐰𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧
Orang Yang Allah SWT Haramkan Sentuh Api Neraka
Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia:
Ustaz Drs Azmi Md Yatim
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSur7Ym8C/
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/15mKKPj27hn/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐫𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝟏𝟎 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫
Apabila tiba 10 malam terakhir Ramadan, gandakanlah usaha dalam beribadah. Inilah waktu Rasulullah SAW meningkatkan amalan Baginda dan menghidupkan malam dengan qiyam serta doa.
Jangan biarkan malam-malam yang penuh keberkatan ini berlalu begitu sahaja. Mungkin inilah peluang terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT.
#RisalahTaalim20
#Ramadan1447H
?Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSurbjVgb/
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1892p1mLNQ/?mibextid=wwXIfr
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DVqGqXdyqL_/?igsh=MXN4Yzc3dm9ibngxYg==
📱X:
https://x.com/i/status/2031294297455112657
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVsrbBSDWmZ?xmt=AQF06IFvHzrNrVg9zdH3cbEMOG-QIvwMupXKb7pIrzfvR1SJkN-demdlXGBQcyewDXvb7e4&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Alhamdulilah.. dapat lepaskan geram bawa isteri naik motor sekejap semalam pergi moreh dekat Heritage Valley. Muda-muda dulu biasa juga datang sini makan sup Doraisamy.
Tq kawan-kawan yang dapat join semalam. Merasa la kita hujan sikit ye. Macam-macam motor saya nampak ada juga, vespa pun ada! So, lepas ni kita nak ke mana pula?
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSu6G1xNN/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DVqnQ1PyJmh/?igsh=MTF2aHB5YXRrc2p6cw==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1AavzXeVMf/
📱YouTube:
https://youtu.be/EFsPaxrCJVQ?si=41Ql0-fyVmccHoNe
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐇𝐢𝐰𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧
Ramadan Dan Kasih Seorang Ayah
Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia:
Ustaz Afif Farhi
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSu6NnkfS/
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1TmtnR9GPg/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐔𝐍𝐎𝐎𝐒𝐀 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚
Saya telah menerima kunjungan hormat daripada Delegasi United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA) yang diketuai oleh Pengarahnya, Ms. Aarti Holla-Maini di pejabat saya di Putrajaya.
Pertemuan ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pembangunan teknologi satelit negara, termasuk inisiatif Centre of Excellence (COE) for Satellite Technologies melalui kerjasama UniKL–ReOrbit serta pembangunan bakat melalui pendekatan High Technology TVET (Hi-TVET).
Usaha ini adalah untuk memastikan generasi muda negara mendapat pendedahan awal kepada bidang teknologi angkasa, daripada reka bentuk sistem satelit hingga kepada aplikasi pemerhatian bumi.
UNOOSA turut menyatakan kesediaan untuk memperluas kerjasama akademik dan industri, termasuk pembangunan program Space Law serta jaringan dengan universiti dan syarikat teknologi angkasa di peringkat antarabangsa.
Saya menghargai komitmen yang dizahirkan oleh UNOOSA dalam menyokong usaha Malaysia membangunkan ekosistem teknologi satelit dan bakat tempatan. Insya-Allah, langkah ini akan membantu negara melangkah lebih jauh dalam bidang teknologi masa depan.
#UNOOSA
#TVET #HiTVET
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/18EdKksxES/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DVqKIbLk0Gj/?img_index=3&igsh=MTcwejlhajAzbDVsaQ==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2030939522939416815?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVqKHgDCLj4?xmt=AQF0dUznL3JoNm6-MxS3zWsn-t2ePy0CLg-em88chcrjA9K8vjoR6PSrQkF5DgVMln4he9ut&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐈𝐬𝐭𝐢𝐪𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐀𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧
Dalam setiap ibadah, yang paling utama bukanlah banyaknya amalan, tetapi keikhlasan dan kesinambungan melaksanakannya. Amalan yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit lebih dicintai oleh Allah SWT.
Mudah-mudahan kita terus diberi kekuatan untuk istiqamah dalam setiap kebaikan, sama ada kecil mahupun besar, agar ia menjadi bekalan berharga di sisi-Nya.
#RisalahTaalim19
#Ramadan1447H
📱TikTok:
https://vt.tiktok.com/ZSu6e2u2q/
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1D9qQmJizx/?mibextid=wwXIfr
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DVqGqXdyqL_/?igsh=MXN4Yzc3dm9ibngxYg==
📱X:
https://x.com/i/status/2030933093884870684
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVqGoB-DelK?xmt=AQF0M8KokrjOqgk-Fm8uiVftZMNAfRCrNWw84gE9ysZCjW4vgH_TARBjICnv1b9fEHfUziM&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐊𝐨𝐬 𝐒𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩
Pagi tadi saya turut bersama dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi meneliti perkembangan semasa berkaitan kos sara hidup rakyat.
Mesyuarat ini turut mengambil kira perkembangan geopolitik di Asia Barat yang berpotensi memberi kesan kepada bekalan tenaga dunia, harga minyak serta kestabilan pasaran bahan mentah global. Perkembangan seperti ini boleh memberi implikasi kepada ekonomi dan kos barangan di banyak negara termasuk Malaysia.
Sehubungan itu, mesyuarat turut membincangkan beberapa langkah intervensi segera bagi memastikan kestabilan bekalan dan harga barangan, di samping meneliti Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2026–2030 sebagai langkah jangka sederhana untuk terus melindungi kesejahteraan rakyat.
Insya-Allah, kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa dan memastikan langkah yang diambil sentiasa berpaksikan kepada kepentingan rakyat.
#NACCOL
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/1D18wghwGw/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DVqC9Smk4nw/?igsh=ZDRxYmVwcno3Ympr
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2030924128551915849?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVqDPGbD5pl?xmt=AQF0TOfH0DhIamQ_p-ahxNKU_o-hIMgniwxQ7bINvpuoTLrzlb3xCb0lxtIlYbZDU3mPOjhu&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐑𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐃𝐢 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Saya kongsikan momen ketika berada di Bagan Datuk bersama masyarakat setempat dalam beberapa program sempena Ramadan.
Daripada program bersama komuniti, menyantuni masyarakat hingga berbuka puasa bersama, semuanya menjadi ruang untuk kita terus merapatkan silaturahim dan menghidupkan Ramadan dengan penuh kebersamaan.
#BaganDatuk
#Ramadan1447H
#IhyaRamadan
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSujTJMn4/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DVp_46hy4uK/?igsh=cjZsdmYwbG1laHdm
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1GxWh8Cvwa/
📱YouTube:
https://youtu.be/HSypGDuvTaw?si=glniNpYpwBHUDxEB
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Saya sempat singgah sebentar di MYDIN Bagan Datuk untuk melihat sendiri suasana orang ramai yang keluar membeli barangan keperluan harian.
Seronok dapat bertegur sapa bersama dengan orang kampung yang membeli barangan.
#BaganDatuk
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSujbRgj2/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DVpyInbSE4N/?igsh=MWR2bjhkdnJvdzU2cg==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/r/1DxQJxB91R/
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐀𝐚𝐫𝐨𝐧-𝐖𝐨𝐨𝐢 𝐘𝐢𝐤 𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐥𝐥 𝐄𝐧𝐠𝐥𝐚𝐧𝐝 𝟐𝟎𝟐𝟔
Tahniah kepada beregu lelaki negara, Aaron Chia–Soh Wooi Yik atas kejayaan naib juara di kejohanan All England 2026.
Aksi sengit dan bertenaga yang dipamerkan sepanjang kejohanan sungguh mengagumkan. Walaupun kali ini rezeki belum berpihak kepada Malaysia, semangat juang yang ditunjukkan kalian menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
Keep it up, boys! Teruskan fokus, jangan mengalah, dan bawa semangat juang ini ke perlawanan seterusnya.
#AllEngland2026
#NaibJuara
#AaronWooiYik
📱FB: https://www.facebook.com/share/1FdXLDAfP3/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DVpVNwak8Bz/?igsh=YTZmazJvYmR0b2E0
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2030823010308063521?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVpVTjnjywO?xmt=AQF0hC7_Ie2LfdCOyNdPds4s_BULtSLLoIt2Ijzi2grgLmbsKp5vHjIt7_I2EKsJfFOnjzJA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐎𝐧𝐞 𝐓𝐡𝐫𝐨𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐎𝐧𝐞 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡: 𝐊𝐨𝐧𝐯𝐨𝐢 𝐌𝐨𝐫𝐞𝐡 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐑𝐢𝐝𝐞
Ada yang sempat bersama-sama saya ride, semalam?
Alhamdulilah. Selesai menunaikan solat tarawih malam tadi, saya telah dapat bersama-sama lebih 500 peserta konvoi motorsikal Moreh Night Ride ke kotaraya Kuala Lumpur.
Program ini menjadi ruang mengeratkan ukhuwah dalam kalangan komuniti bikers dan orang ramai yang hadir memeriahkan suasana Ramadan.
Konvoi ini telah berjalan dengan lancar dan tiba di lokasi dengan selamat. Selain mengeratkan silaturahim bersama rakan-rakan bikers, saya turut berpeluang menyampaikan menyantuni anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidati Khadijah, Gombak.
Terima kasih kepada semua yang menyertai dan menjayakan konvoi ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuh dan Ramadan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua, insya-Allah.
#MorehNightRide
#OneThrottleOneUmmah
📱FB: https://www.facebook.com/share/1HPkLmXNYw/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DVpMUXIE6CN/?igsh=MXBkMjFyNnJkbXlscQ==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2030803498032681409?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVpMY0rD_Bm?xmt=AQF0ZiiuAUzkKcq2wJeYcu4bznssZtdbwiVz2OwEG-FQhQTlpxXFcrhGJWi3SGUTW9f7b0c4&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Saya menzahirkan rasa dukacita atas pemergian seorang tokoh ilmuwan Islam yang amat dihormati di negara ini, Profesor Diraja Terpuji Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas.
Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat dunia keilmuan Islam serta negara. Sepanjang hayatnya, Allahyarham dikenali sebagai seorang sarjana dan pemikir agung yang telah mencurahkan sumbangan besar dalam bidang falsafah Islam, pendidikan serta pembangunan pemikiran dan peradaban Melayu-Islam. Karya-karya dan gagasan beliau terus menjadi rujukan dalam dunia akademik hingga ke hari ini.
Allahyarham adalah seorang ilmuwan yang tinggi adabnya, mendalam ilmunya serta besar jasanya dalam memartabatkan tradisi keilmuan Islam. Sumbangan beliau akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan ini.
Sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham serta mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Al-Fatihah.
📱FB: https://www.facebook.com/share/1ARjq99PNA/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DVpEKpXk0If/?igsh=dThjcndhbGprdW5w
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2030785698891231546?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVpEV76Egm_?xmt=AQF0BKjfd3O1m2Km1o2kWmSJBGN7OA61CoeYuDIx4XkhhpTIcfsg8tFwxhQzMd8GB4hbDTfO&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐋𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐃𝐢 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Saya kongsikan momen ketika menyempurnakan pelancaran laluan baharu di Simpang Masjid Al-Quro’, Bagan Datuk hasil projek menaiktaraf jambatan lama yang sebelum ini sempit dan uzur.
Kemudahan baharu ini diharap dapat meningkatkan keselamatan serta memberi keselesaan kepada penduduk setempat dalam urusan harian mereka.
#KKDW #JKR
#BaganDatuk
#BaganDatukNombor1
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSu28Wbjb/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DVoChqKS9sL/?igsh=MTl3a253M2ltNmQwYg==
📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1B2GaxaERG/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐇𝐢𝐰𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧
Apa Yang Lebih Utama Dalam Ramadan?
Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia:
Dato' Othman Desa
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSuYbg3oS/
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/186QuMoVhH/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Ketika di Bagan Datuk, saya sempat meluangkan sedikit masa bertemu dengan barisan AJK UMNO Bahagian Bagan Datuk.
Setiap kali pulang ke Bagan Datuk dan bertemu sahabat-sahabat seperjuangan di sini, keyakinan saya semakin bertambah bahawa kekuatan perjuangan ini terletak pada kebersamaan kita sebagai satu keluarga besar. Saya harap semangat ini akan terus mekar dan berkekalan selamanya.
Bagan Datuk bukan sekadar kawasan yang saya wakili. Bagan Datuk adalah rumah, dan masyarakatnya sentiasa dekat di hati saya.
Alhamdulillah, satu malam yang cukup bermakna bersama warga Bagan Datuk.
#BaganDatuk
#BaganDatukNombor1
#Ramadan1447H
📱FB: https://www.facebook.com/share/1CFV4yNMK4/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DVnjjzOEiI2/?img_index=3&igsh=MTk5bXBla3Fpanl0Zw==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2030573485437710521?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVnjlNuj7yu?xmt=AQF0rgtPZr_7sAzMnrSTFrkpZTgCn1Pl5FNWtfYxNkMJyXsbJNRWcuGsNQIOVBGyralYk5o&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Selamat Hari Wanita Antarabangsa kepada semua wanita hebat di Malaysia, di mana jua anda berada. Terus melangkah dengan keyakinan dan menjadi inspirasi kepada generasi masa hadapan.
#HariWanitaAntarabangsa2026
#MemartabatkanWanitaMemperkukuhNegara
#wanitaluarbiasa
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/18PfBzAEgs/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DVm8FAIEnt5/?igsh=MW5jcjZnZnpvaXg3dA==
📱X:
https://x.com/i/status/2030486413444366628
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVm8Nf4DzD4?xmt=AQF0cblJ1_KPo2FZ14XGnbBk1pX4ShNS-uw3PfReSkytdoh2zwkAXUyuJ8ViOMDf_VJ4YJmm&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
