Dr Ahmad Zahid Hamidi
前往频道在 Telegram
显示更多
未指定国家未指定类别
364
订阅者
无数据24 小时
+37 天
+230 天
帖子存档
𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐨𝐡𝐚𝐧𝐢
Kerajaan Madani melalui Pra Tahfiz KEMAS terus membina asas agama anak-anak sejak awal, memastikan keseimbangan duniawi dan ukhrawi terjaga.
#PraTahfizKEMAS #KKDW
#PejuangDesa
#Sabah #Papar
#BikinBalikSabah
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSff5nS5K/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DRezbIeEiNZ/?igsh=MTluNm8xeXN3eG1mMA==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/r/1TaKTNjGiM/
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 & 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐓𝐨𝐧𝐠𝐠𝐚𝐤 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
𝑅𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔𝑢𝑛𝑎𝑛 𝑆𝑎𝑏𝑎ℎ 𝑆𝑎𝑡𝑢 (𝑅𝑃𝑆1)
BN turut memberikan perhatian penuh kepada dua kekuatan terbesar Sabah iaitu wanita yang menjadi nadi keluarga dan belia yang menjadi penggerak masa depan.
Setiap tawaran disusun untuk membuka peluang baharu, mengukuhkan perlindungan wanita, serta memastikan anak muda Sabah mampu melangkah lebih jauh dalam pendidikan, kerjaya dan keusahawanan.
Demi Rakyat, Demi Sabah.
Bikin Balik Sabah!
#RPS1 #BarisanNasional
#SabahMembangunBersama
#BikinBalikSabah
#DemiRakyatDemiSabah
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSffrofA7/
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17oZDYQuYU/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DReolf9EmAL/?igsh=bXJ1MzRqbmxhb2lp
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1993288765184655659?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DReopxMj3qu?xmt=AQF0memurTZqWQrFCtcoKdlpPrBxVSsucqdyl1kLyixSqhm7-sfT-r_my-ZBtZ7ympAUp24r&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐒𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐋𝐚𝐡𝐚𝐝 𝐃𝐚𝐭𝐮
Dari Tawau, saya meneruskan perjalanan ke Lahad Datu untuk bersama dengan komuniti FELDA Sahabat di sana.
Kehadiran di sini membawa saya kembali mengimbau detik sewaktu terlibat dalam operasi keselamatan di Lahad Datu ketika memegang amanah sebagai Menteri Pertahanan dahulu.
Di bumi inilah Tragedi Tanduo 2013 merakam keberanian luar biasa para perwira negara dan komuniti FELDA Sahabat antara yang menjadi saksi betapa mahalnya nilai keselamatan serta kedaulatan pada ketika itu.
Saya telah tegaskan bahawa mempertahankan seinci tanah Sabah adalah tanggungjawab bersama seluruh rakyat dan kepimpinan negara, bukan hanya dipikul oleh tentera dan polis semata-mata.
Insya-Allah, dengan semangat permuafakatan dan kesedaran terhadap sejarah yang pernah kita lalui, kita akan terus membawa Sabah menuju masa depan yang lebih selamat, stabil dan makmur bersama.
#FELDASahabat
#LahadDatu #Sabah
#BikinBalikSabah
#DemiRakyatDemiSabah
📱FB: https://www.facebook.com/share/1ZURLZTxzu/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DReX2WrktIB/?img_index=6&igsh=YnUydm9leGZ3ODZ5
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1993251990772892040?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DReYEmEj2p-?xmt=AQF07HA0LR00aHPeA2ItGsfQ7WbwBrnXIno3lBMA64_qEw1D5z0a9HScCdptUhZS8AlzNL5d&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐀𝐬𝐚𝐬 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Hari ini saya kembali ke Bumi Tawau, merasmikan Program Khatam Perdana Pra Tahfiz TABIKA KEMAS Peringkat Negeri Sabah dan Program Sentuhan Desa KEMAS 2025 di Kompleks Sukan Tawau.
Apa yang benar-benar menyentuh hati saya hari ini ialah saat seorang anak kecil, adik Muhammad Adiff Aiman dari TABIKA KEMAS Jawa Lanut, memimpin bacaan doa dengan penuh ketenangan dan keyakinan. Masya-Allah… dari suara kecil itu, terserlahlah masa depan Tawau yang sedang tumbuh di depan mata kita.
Melihat keyakinan dan kecerdasan anak-anak ini, lahir keyakinan dalam diri saya bahawa selagi ibu bapa terus menaruh kepercayaan kepada KEMAS, insya-Allah amanah ini akan kami pikul sebaik mungkin dalam memastikan anak-anak Sabah dibimbing dengan pendidikan awal yang seimbang, berakhlak, berilmu dan bersedia menempuh masa depan mereka.
Untuk Tawau dan seluruh Sabah, saya ingin tegaskan, iltizam kami akan kekal utuh. Kita akan pastikan setiap usaha dan setiap pembangunan membawa manfaat terus kepada rakyat Sabah. InsyaAllah.
Demi Rakyat, Demi Sabah!
#Tawau #Sabah
#KEMAS #KKDW
#PejuangDESA
#BikinBalikSabah
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1HEAYsJptz/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DReKXwIEilf/?igsh=MXdhNThkMWd5NnAzZA==
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1993222807652811000?t=okCKbIoTxbrl7HdeS_CbYw&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DReK2aZj8RG?xmt=AQF01JXFj5JcV2jRacS-FaDuX6tuFxH34s2bm59529RW8G6O29UtcTmn3kuf_px0sp1O_-12&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐞𝐦𝐚𝐤𝐦𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 & 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩
𝑅𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔𝑢𝑛𝑎𝑛 𝑆𝑎𝑏𝑎ℎ 1 (𝑅𝑃𝑆1)
Barisan Nasional menawarkan sebuah pelan yang realistik, terancang dan menyentuh denyut nadi kehidupan rakyat. Daripada rumah mampu milik, peluang masa depan anak Sabah, infrastruktur moden hingga bekalan air, tenaga dan internet yang lebih stabil.
Inilah komitmen BN: bukan sekadar janji, tetapi penyelesaian yang digerakkan dengan kesungguhan demi mengembalikan kestabilan dan kemakmuran Negeri Sabah!
Demi Rakyat, Demi Sabah.
Bikin Balik Sabah!
#RPS1 #BarisanNasional
#SabahMembangunBersama
#BikinBalikSabah
#DemiRakyatDemiSabah
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17NVFUn3bX/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DRddF9dEj3e/?img_index=7&igsh=MTNoNzN4ZnlubG4zZQ==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1993122751591465028?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRddRI-jy3k?xmt=AQF0lSvGMpYAv_O9IHo9oFLVderUP3oQ9FIncjmPgBdN_LYVqp7KI1rdW0a_FMnt_k48tFaj&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛
Selamat menunaikan tanggungjawab saya ucapkan kepada semua pengundi awal serta anggota keselamatan yang akan mengundi esok, 25 November 2025 dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.
Gunakanlah hak tuan-tuan dan puan-puan dengan penuh hikmah. Buatlah keputusan yang terbaik, undilah dengan bijaksana demi kestabilan serta kemakmuran negeri dan rakyat Sabah.
Semoga proses pengundian berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya, insya-Allah.
Selamat mengundi!
#PRNSabah
#BarisanNasional #BNSabah
#BikinBalikSabah
#DemiRakyatDemiSabah
📱FB: https://www.facebook.com/share/1BbZKWHde5/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DRb8573EkaH/?igsh=MXVwaXR6bjR2cm1hMg==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1992911131053351162?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRb87Scj-xE?xmt=AQF0so-zDeFzyWehB4icvJM7VSZ5kHVl3rHkEeJmaS1dprVZYr49hLTIRrseUQm8OJHUt1tB&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝟕 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢: 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐚𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚
Laporan terkini kejadian bencana yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sehingga jam 4.00 petang hari ini merekodkan 4,844 keluarga melibatkan seramai 13,915 orang mangsa telah terjejas akibat banjir susulan hujan lebat yang terus melanda di beberapa negeri seluruh negara.
Negeri Kelantan antara yang terjejas teruk dengan rekod mangsa banjir tertinggi melibatkan 3,487 keluarga dan 9,503 orang mangsa, diikuti Negeri Perak 485 keluarga dan 1,538 orang mangsa, Perlis 426 keluarga dan 1,426 orang mangsa, Kedah 168 keluarga dan 542 orang mangsa, Pulau Pinang 106 keluarga dan 414 orang mangsa, Selangor 94 keluarga dan 283 orang mangsa dan Terengganu 78 keluarga dan 209 orang mangsa.
Sehingga kini, Kerajaan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) dan NADMA telah menggerakkan semua cabang agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana di setiap peringkat yang bertindak pantas dengan sokongan pelbagai aset termasuk telah mengaktifkan 63 Pusat Pemindahan Sementera (PPS) di seluruh kawasan yang terjejas.
Kesiapsiagaan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut berada pada tahap optimum khususnya di Kelantan bagi menghadapi kemungkinan peningkatan paras air dan banjir susulan musim tengkujuh. Ketika ini lebih 1,205 anggota APM Negeri Kelantan telah diaktifkan termasuk pasukan tambahan dari negeri-negeri berhampiran yang bersedia digerakkan pada bila-bila masa.
Bagi memastikan keselamatan rakyat, khususnya di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi, APM turut bersiap siaga bersama 91 aset darat dan air termasuk pelbagai jenis bot, ambulans, lori pelbagai guna, kenderaan pacuan empat roda, dron pemantauan serta peralatan menyelamat di air.
Selain itu, operasi pemantauan situasi cuaca, paras air sungai dan kawasan cerun berisiko turut dipertingkatkan melalui pemantauan bersama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang beroperasi 24 jam bersama Langkah Mandatori dan Tindakan Proaktif APM termasuk:
i. Pengaktifan awal Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM di semua daerah termasuk Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai, Tanah Merah, Bachok dan daerah yang berisiko.
ii. Rondaan berkala menggunakan aset darat dan air di kawasan berisiko banjir.
iii. Hebahan maklumat terkini melalui media sosial APM serta kerjasama rapat dengan agensi lain pengurusan bencana.
Kerajaan juga telah memastikan semua mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibekalkan dengan barang keperluan bencana yang secukupnya seperti makanan asas, khemah, barang keperluan diri, ubat-ubatan dan sebagainya.
Justeru, saya ingin menggesa semua mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS dan penduduk yang berada di kawasan berisiko agar mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa, bagi mengelak dan mengurangkan impak bencana terhadap nyawa dan harta benda.
Saya juga menyarankan agar semua pihak mendapatkan maklumat dan amaran semasa situasi banjir melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my, facebook: PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS InfoBanjir. Bagi maklumat cuaca pula, orang ramai boleh muat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).
Saya berdoa dan berharap agar kejadian ini tidak membawa kerosakan yang besar serta semua mangsa tabah dan sabar melalui dugaan ini.
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/19kXR9Gnud/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DRb1JPVErRL/?igsh=dnlpa2xuOHZqN2c5
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1992893654227439999?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRb1kOHjxEx?xmt=AQF0aIp0gl5Q0QPa5v1i8Syt2mYYTkILGH8MMRQMGW-O36fy3lVbnY5H9rqWVCe9PW2E-q5q&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 & 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Barisan Nasional Sabah turut memberi fokus kepada perumahan mampu milik untuk anak-anak muda agar keluarga baharu dapat memiliki kediaman sendiri dengan lebih mudah dan teratur.
BN Sabah juga bertekad menyiapkan sepenuhnya Lebuhraya Pan Borneo, pembangunan pelabuhan strategik dan lapangan terbang baharu sebagai langkah memajukan ekonomi negeri melalui perancangan manifesto yang jelas.
Untuk melihat hala tuju sebenar masa depan Sabah yang kita perjuangkan, sila layari: prnsabah.com
#BNSabah #RPS1
#DemiRakyatDemiSabah
#RaduTatapRadu
#BikinBalikSabah
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSfD1DPAv/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRbkijckrPP/?igsh=MWs5YWVsMzBsbmc3ZA==
📱FB: https://www.facebook.com/share/r/14ToVKtz97t/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Kerja, kerja, kerja!
Jobs, jobs, jobs!
Insya-Allah..
Demi Rakyat, Demi Sabah!
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSfAswAxG/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRbWRE_EiUH/?igsh=MWw5cmFqODZ6ZGp6Yw==
📱FB: https://www.facebook.com/share/r/17sQ78TwzY/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐚𝐧𝐢𝐟𝐞𝐬𝐭𝐨 𝐁𝐍 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢
Manifesto yang telah dilancarkan oleh Barisan Nasional tempoh hari adalah hasil kerja 100% Barisan Nasional Sabah yang disusun khas untuk rakyat negeri ini.
Fokus kami jelas iaitu untuk mengembalikan pembangunan yang tertinggal, khususnya tiga serangkai jalan, api dan air. BN juga komited untuk memperkasa Mahkamah Anak Negeri, termasuk cadangan menjadikan kakitangannya sebagai kakitangan tetap Kerajaan.
Untuk melihat hala tuju sebenar masa depan Sabah yang kita perjuangkan, sila layari: prnsabah.com
#BNSabah #RPS1
#DemiRakyatDemiSabah
#RaduTatapRadu
#BikinBalikSabah
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSfA9Anh2/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRbLGEMkjcq/?igsh=OHg5d2sxdnd2eXRh
📱FB: https://www.facebook.com/share/r/17GWj4unNp/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐛𝐢𝐤𝐚 & 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Saya kongsikan rangkuman ketika berada di Sandakan, di mana sambutan hangat daripada rakyat, guru dan anak-anak menunjukkan semangat luar biasa untuk pendidikan dan pembangunan modal insan di seluruh Sabah.
Insya-Allah, pembinaan Institut Kemahiran MARA (IKM) di Sandakan nanti akan memperkukuh pendidikan dan latihan teknikal-vokasional (TVET) untuk belia, membuka lebih banyak peluang serta memacu Sabah ke arah pembangunan seimbang dan makmur.
#Sandakan #Sabah
#KEMAS #TVET
#PejuangDESA
#BikinBalikSabah
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSfSkpuLy/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DRZtIqCkij2/?igsh=MW5tazF2czExY3o4
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/19zF9vtdCZ/
📱YouTube:
https://youtu.be/zWu2f6MmyN0?si=lh_Fl4duUZR1JDpR
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐞𝐬𝐞𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 & 𝐀𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫 𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐅𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Seterusnya di Bagan Datuk, saya turut merasmikan Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Perak 2025 yang bertemakan “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama”.
Tema ini amat dekat di hati kerana ia mengingatkan kita bahawa memelihara bumi ialah amanah bersama, daripada anak kecil di sekolah hinggalah kepada seluruh komuniti.
Saya turut teruja melihat penyertaan yang begitu besar, termasuk lebih 71 sekolah yang berjaya mengumpul 38 tan metrik 𝑒-𝑤𝑎𝑠𝑡𝑒, serta masjid masjid yang mengumpul 11 tan 𝑒-𝑤𝑎𝑠𝑡𝑒. Ini membuktikan bahawa apabila pendidikan hijau dan kesedaran rohani digerakkan seiring, impaknya sangat bermakna.
Kerjasama erat antara Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pendidikan, JAIPK, PBT dan rakan industri melalui program kitar semula plastik dan kempen Hindari Plastik Sekali Guna menunjukkan budaya hijau semakin kukuh dalam masyarakat. Usaha ini seiring dengan hasrat kita untuk membangunkan kawasan luar bandar secara seimbang dari segi ekonomi dan kelestarian.
Pada masa yang sama, saya turut menegaskan bahawa penguatkuasaan terhadap isu pencemaran perlu diteruskan bagi memastikan sungai dan udara di Perak kekal bersih untuk generasi akan datang. Kesihatan bumi hari ini adalah bekalan masa depan anak anak kita.
Saya yakin Perak mempunyai potensi untuk menjadi model negeri hijau melalui gabungan warisan, inovasi, spiritual, budaya dan teknologi. Saya menyeru agar usaha kelestarian ini diteruskan dan diamalkan setiap hari demi kesejahteraan masyarakat kini dan generasi seterusnya.
#HariAlamSekitarNegara2025
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#BaganDatuk
#BaganDatukNombor1
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1D9zfNKBp9/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DRZpR2_Esme/?igsh=NmEwdjRndnoxdmR4
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1992586519127949623?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRZpTNxj_iD?xmt=AQF0usotFDw5pDs-HJnZcoA3a-hBpQYL11XLUkAflLBwt18OoO5xdMafn_NpluAIcDS7L9HD&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐀𝐍𝐌𝐒 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐁𝐮𝐤𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥
Walaupun jadual saya di Sabah sangat padat sejak beberapa hari ini, saya tetap mencari ruang untuk meluangkan masa bersama masyarakat Bagan Datuk yang sentiasa dekat di hati saya.
Alhamdulillah, sambutan masyarakat dalam Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS): Moh Kita Sihat di Dewan Dato’ Lope Hashim pagi tadi cukup luar biasa.
Saya lihat seawal pagi lagi, warga Bagan Datuk telah hadir dengan penuh semangat untuk mengikuti pelbagai aktiviti kesihatan, termasuk Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah yang menghimpunkan hampir 2,000 peserta dari dalam dan luar negara. Kehadiran pelari antarabangsa dari 10 buah negara menjadikan Bagan Datuk terus bersinar sebagai destinasi program kesihatan bertaraf antarabangsa.
Saya turut menghargai usaha komuniti dalam Program Gotong-Royong Mega Perangai Aedes 2.0 yang berjaya menggerakkan 400 peserta untuk memastikan kampung kekal bersih dan bebas denggi.
Begitu juga dengan inisiatif MY CHAMPION yang kini menyantuni lebih 90,000 komuniti di seluruh negara. Inilah bukti bahawa jaringan kesukarelawanan kita semakin kuat dan matang.
Insya-Allah, selagi ada ruang dan kesempatan, saya akan terus turun bersama masyarakat Bagan Datuk dan seluruh rakyat Malaysia untuk memperkukuh budaya hidup sihat, membina komuniti yang lebih peka, lebih aktif dan lebih berdaya tahan demi masa depan keluarga serta negara.
#ANMS
#MalaysiaSihat
#BaganDatuk
#BaganDatukNombor1
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1G2B4YAEZ2/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DRZiyK3EuwI/?igsh=MThhbnd5dzFvM21yZA==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1992572319743799681?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRZi_Gkjwfi?xmt=AQF0P8Xz8vuCMwuQq_04Wudx7JZVBFKQL0FT8eJTuNtQ92Ahc8aDaLHtK_raKQyTZ5sg_flJ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐓𝐞𝐤𝐚𝐝 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚
Saya dan rakan-rakan di dalam Barisan Nasional komited untuk turun bertemu rakyat, mendengar keperluan mereka dan membawa semangat baharu untuk kebangkitan BN di Sabah.
Jika diberi kepercayaan, setiap perancangan akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan dipastikan sampai kepada rakyat, Insya-Allah.
#BNSabah #RPS1
#DemiRakyatDemiSabah
#RaduTatapRadu
#BikinBalikSabah
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSfSdbg6J/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DRZfgMgkvoN/?igsh=MWtqeHQ2a3JzNncwMg==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/r/17mA6UK8M1/
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐣𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧: 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧
Saya ingin mengingatkan semua yang berada di kawasan terlibat agar berwaspada susulan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melibatkan beberapa negeri termasuk Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Pahang sehingga 25–26 November 2025 ini.
Kepada yang berada di kawasan berisiko, khususnya di Bagan Datuk dan daerah-daerah yang berada dalam kategori Bahaya, Buruk dan Waspada, saya nasihatkan agar sentiasa berwaspada, peka dengan perkembangan semasa dan mengikuti arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Elakkan kawasan banjir, arus deras serta sungai yang melimpah. Sekiranya diarahkan berpindah, patuhi segera demi keselamatan diri dan keluarga.
Insya-Allah, agensi-agensi berkaitan sedang bersiapsiaga dan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa. Sama-sama kita berdoa agar semua dilindungi daripada musibah.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
#AmaranHujanBerterusan
#METMalaysia
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/19i4LTSc2t/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DRZRuxJEi2C/?igsh=MmVyaDV4Y3lrc3dn
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1992534754722541574?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRZR3oUj9RQ?xmt=AQF0sr6MN0Oi_jUClJ4BvH70SrhiTlxkajFJsFrc_5vGGKWNAUKPFMjBNVTzhANuIBzcXro&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐚-𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Saya kongsikan rangkuman ketika bersama anak-anak Pra Tahfiz KEMAS di Papar melihat mereka membaca al-Quran dengan lancar benar-benar memberi harapan kepada usaha membina generasi al-Quran di Sabah.
Insya-Allah, KKDW akan terus memperkasa pendidikan Pra Tahfiz bersama guru-guru, ibu bapa dan komuniti yang sentiasa memberi sokongan.
#PraTahfizKEMAS
#KKDW #PejuangDesa
#Sabah #Papar
#BikinBalikSabah
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/17SsmNdUVt/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DRZLGrJElLI/?igsh=YW56cDJ1NW5wbzYz
📱YouTube:
https://youtu.be/IWZvi1LidNU?si=18zcjdhz8mEP86eG
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
