ch
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

前往频道在 Telegram

显示更多
未指定国家未指定类别
364
订阅者
无数据24 小时
+27
+230
帖子存档
𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐅𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sentiasa komited memastikan setiap projek pembangunan luar bandar dilaksanakan dengan cekap, berimpak tinggi dan berpaksikan kesejahteraan rakyat. Sebagai usaha memperkukuh iltizam ini, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan KKDW (MTPK) Bil. 2 Tahun 2025 bagi meneliti prestasi pelaksanaan projek, menyelaras isu berbangkit, serta memastikan pencapaian fizikal dan perbelanjaan kementerian berada di landasan yang ditetapkan menjelang akhir tahun ini. Insya-Allah, dengan kesungguhan pasukan dan keutuhan semangat kerja berpasukan, KKDW akan terus memacu agenda pembangunan desa yang mampan, inklusif dan sejahtera untuk semua lapisan rakyat. #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Ci4iE6QEV/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQl4SW4kptS/?igsh=MThzaGNzNjlxNjJxeg== 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1985301257683357701?t=no4YnGw_IimnENbIREcL7g&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQl4YUEj4CP?xmt=AQF06kCTTUUEpeXxGy44W8--Dar7zjtiGl-W7Qd9yMRCSQ&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤𝐢 𝐏𝐞𝐩𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓 Insya-Allah, hari ini seramai 413,372 calon SPM 2025 akan memulakan perjuangan mereka di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara. Kepada semua calon, saya tahu anda telah berusaha keras untuk menghadapi hari ini. Inilah masanya untuk buktikan kemampuan diri. Keluarkanlah segala ilmu yang telah dipelajari dengan tenang dan yakin. Nasihat saya, jaga kesihatan, urus masa sebaiknya dan jangan lupa untuk memohon restu serta doa daripada ibu bapa dan guru-guru yang sentiasa mendoakan kejayaan kalian. Saya doakan anda semua berjaya dengan cemerlang. 𝐺𝑖𝑣𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟 𝑣𝑒𝑟𝑦 𝑏𝑒𝑠𝑡, 𝑡ℎ𝑒𝑛 𝑙𝑒𝑡 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑆𝑊𝑇 𝑡𝑎𝑘𝑒 𝑐𝑎𝑟𝑒 𝑜𝑓 𝑡ℎ𝑒 𝑟𝑒𝑠𝑡. 𝑆𝑢𝑐𝑐𝑒𝑠𝑠 𝑤𝑖𝑙𝑙 𝑓𝑖𝑛𝑑 𝑖𝑡𝑠 𝑤𝑎𝑦, 𝑖𝑛𝑠𝑦𝑎-𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ. #SPM2025 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1GPVpxRiGG/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQkl3xXElt6/?igsh=M3E5aTc4ZXFqNjh4 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1985119902542463295?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQkl2nMk5pB?xmt=AQF0VjL5n1J9Odcie-nIt92zgISWfS4gYn6fkvNoITS2eg&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 “Sematkan di minda TVET sebagai pilihan utama.” Inilah yang saya pesan kepada pelajar-pelajar dari pelbagai institusi TVET yang hadir ke Program Chit Chat MADANI tempoh hari di Parlimen. TVET kini menjadi pemangkin perubahan dalam sistem pendidikan negara menjadikan kemahiran sebagai kekuatan dengan kebolehpasaran sebagai keutamaan. Masa depan negara bergantung pada kecekapan dan keazaman generasi muda yang memilih untuk menjadi sebahagian daripada perubahan ini. #BackbenchersClub #ChitChatMADANI #TVET #KKDW #PejuangDESA 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSyh72wv1/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DQjfvXEEo8F/?igsh=MTRvbjc4ZndyOW5nMw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1Jn3QqpWgm/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐞𝐩i𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 Malaysia sekali lagi membuktikan keupayaan sebagai peneraju serantau apabila kita telah berjaya menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Berkaitan yang memperkukuh semangat solidariti berasaskan keamanan, kestabilan dan kemakmuran bersama. Tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan penganjuran ini. Inilah bukti nyata komitmen dan kemampuan Malaysia untuk terus memimpin dengan semangat MADANI di peringkat antarabangsa. #ASEAN2025 #MalaysiaMADANI #KerjasamaSerantau #RancakkanMADANI 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSyM5dJaV/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DQg--Q4kgom/?igsh=MTVvaXI3eXdoOHNzbQ== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/16Z6LptKnV/ 📱YouTube: https://youtu.be/6iPeWmA2dbQ?si=oY3rGIRQfrrYYNgi 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Video yang anda saksikan ini merakamkan detik penuh bermakna buat Puan Kasimah binti Muksan, seorang balu yang baru sahaja menerima kunci rumah baharu.. membuka lembaran hidup yang lebih bermakna bersama empat orang anak dan dua cucu tercinta. Inilah pengisian sebenar Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS). Satu inisiatif di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang terus membuka ruang kehidupan baharu untuk rakyat di pedesaan. Program ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan setiap rakyat, termasuk di pedalaman Sabah, menikmati kehidupan yang lebih selesa, sejahtera dan bermaruah. Sepanjang tahun 2025, negeri Sabah menerima peruntukan sebanyak RM136.02 juta di bawah PPRS melibatkan 852 unit bina baharu dan 2,729 unit baik pulih. Daripada jumlah itu, Parlimen Libaran sahaja menerima RM3.202 juta untuk pelaksanaan program ini. Insya-Allah, KKDW akan terus menunaikan amanah ini agar setiap keluarga di Sabah.. dari kampung ke pulau, dari pinggir bandar ke pedalaman merasai nikmat pembangunan yang inklusif dan berkualiti. #PPRS #KKDW #PejuangDESA #Libaran #Sandakan #Sabah 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DQgo3CeEh7o/?igsh=dmg1Z3AwNnNrY2Jt 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/17Lsm9eAZN/ 📱YouTube: https://youtu.be/bvcGevIwW68?si=9gPYbSjtlGPwmsUR 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 Alhamdulillah, hari ini di Kinabatangan, kita telah menyaksikan satu lagi bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh pembangunan luar bandar apabila FELCRA Berhad mengumumkan Keuntungan Boleh Agih Interim 2 Tahun 2025, Projek-Projek Peserta FELCRA Berhad Malaysia berjumlah RM207 juta yang akan memberi manfaat kepada 76,694 orang peserta di seluruh negara. Bagi Negeri Sabah, komitmen pembangunan terus diperkukuh. Di bawah Rolling Plan Kelima (RP5) RMKe-12, sebanyak RM1.45 bilion diperuntukkan untuk 327 projek pembangunan luar bandar, termasuk RM75.63 juta bagi Kinabatangan yang meliputi pembinaan jalan luar bandar, bekalan air, perumahan rakyat, kemudahan sosial serta projek pertanian FELCRA. Insya-Allah, melalui kesinambungan projek dan dasar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), kita akan terus memastikan rakyat Sabah menikmati hasil pembangunan yang mampan dan inklusif. Tiada wilayah terpinggir, tiada rakyat tersisih. Sabah tetap di hati pembangunan negara. #FELCRA #KKDW #PejuangDESA #Kinabatangan #Sandakan #Sabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1JepUxjzHk/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQgUVRBEn5f/?igsh=YjJ0ZGxqZTFmY2Vt 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1984518473037594968?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQgUdvbD87_?xmt=AQF0iqD1NrOT-f1Jb8JSdqjwxtw94H82fE9Gt-WsHr7QVw&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈! 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐄𝐒𝐀@𝐋𝐈𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍, 𝐒𝐀𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 Ayuh orang Sandakan! Jom beramai-ramai
+1
𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈! 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐄𝐒𝐀@𝐋𝐈𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍, 𝐒𝐀𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 Ayuh orang Sandakan! Jom beramai-ramai kita meriahkan 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐞𝐬𝐚@𝐋𝐢𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐛𝐚𝐠𝐮𝐧𝐚 𝐋𝐢𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐒𝐚𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧. 📅 1 November 2025 (Sabtu) ⏰ 9.00 pagi – 10.00 malam 📅 2 November 2025 (Ahad) ⏰ 9.00 pagi – 6.00 petang Tunggu apa lagi? Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk sokong jualan usahawan tempatan, sertai aktiviti TVET@KKDW, serta pelbagai pertandingan menarik. Masuk adalah percuma! Cabutan bertuah dengan hadiah menarik juga menanti anda! Jemput hadir beramai-ramai. #SentuhanKasihDesa #Libaran #Sabah #KKDW #PejuangDESA #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1GstSt45pN/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQfcxcHEoF0/?img_index=1&igsh=d2FjbzF6aWNnZGFy 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1984396253544005874?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQfc6K0k9bF?xmt=AQF0VHNKC5165UocWSwuNbMSE2xSuUaP58xBQYOqSCajWQ&slof=1

Selamat Hari Lahir buat suri hatiku, Hamidah. Terima kasih atas kasih sayang dan kesetiaan yang tidak pernah pudar.. menjadi
Selamat Hari Lahir buat suri hatiku, Hamidah. Terima kasih atas kasih sayang dan kesetiaan yang tidak pernah pudar.. menjadi peneman sejati dan melengkapi setiap langkah perjalanan ini. Moga Allah terus melimpahkan rahmat, kesihatan, dan kebahagiaan buatmu serta mengekalkan cinta kita hingga ke syurga, insya-Allah. بَارَكَ اللهُ فِي عُمْرِكِ May Allah bless your life and our journey together, till Jannah. 🤍 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1G84gN2dhx/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQeVJgxEspK/?igsh=MWc5NWJtOWN1bDh1bw== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1984238957107028318?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQeVTT1D8QO?xmt=AQF0ES3LCVSYsnMMdmPXgf7JrbRXMsE102YoCULcxR-tBQ&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

photo content
+1

𝐄𝐒𝐎𝐊! 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐄𝐒𝐀@𝐋𝐈𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 Warga Sandakan sekalian! Jom beramai-ramai hadir meriahkan 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐞𝐬𝐚@𝐋𝐢𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐛𝐚𝐠𝐮𝐧𝐚 𝐋𝐢𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐒𝐚𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧. 📅 1 November 2025 (Sabtu) ⏰ 9.00 pagi – 10.00 malam 📅 2 November 2025 (Ahad) ⏰ 9.00 pagi – 6.00 petang Jemput datang beramai-ramai! Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk sokong jualan usahawan tempatan, sertai aktiviti TVET@KKDW, serta pelbagai pertandingan menarik! Cabutan bertuah dengan hadiah menarik juga menanti anda. Masuk adalah percuma! #SentuhanKasihDesa #Libaran #Sabah #KKDW #PejuangDESA #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1HEZKPGf8a/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQdImMvki-r/?igsh=YWtnamRvMnd6Ym4z 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1984071576695009679?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQdIpcpD3Zm?xmt=AQF0sd_z1Mb27Z6Ag2tKiOS31oJaGX93AmeUygv9kb5EHA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐬 Melalui Program Pendigitalan Usahawan Desa di bawah Desa Mall, sejak tahun 2022 seramai 4,450 usahawan luar bandar telah menerima manfaat. KKDW akan terus memperluaskan inisiatif ini agar lebih ramai usahawan desa mampu bersaing dalam ekonomi digital. Selain itu, kerjasama dengan MARA turut diperkukuh melalui latihan, pensijilan dan pelbagai skim pembiayaan seperti PUTRA, SPiM, DanaNITA, dan skim profesional memastikan sokongan menyeluruh dari latihan hingga ke pembiayaan. #Belanjawan2026 #KKDW #PejuangDESA #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSyNg59qG/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DQbeUSqEs3O/?igsh=c21qZmlnNm5qOXM0 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1FnZbyTAsz/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐤𝐞 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥 Melalui Desa Lestari dan Desa Kirana sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, KKDW bersama MOTAC dan MARA terus membuka ruang kepada usahawan luar bandar untuk menembusi pasaran antarabangsa melalui skim Gate to Global. Melalui pameran MIHAS 2025 yang akan berlangsung di Shanghai November ini, kita akan manfaatkan untuk menyerlahkan potensi produk-produk tempatan termasuk produk luar bandar bagi menembusi pasaran global. #Belanjawan2026 #KKDW #PejuangDESA #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSyLKqHYv/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DQZVIrwE5eZ/?igsh=MXF0enBqb3dveHp5Zw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1ELCBMsT1z/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Kerajaan komited dalam memperkukuh pendidikan TVET dengan meningkat peruntukan kepada 7.9 bilion di dalam Belanjawan 2026, membuktikan keprihatinan Kerajaan terhadap masa depan tenaga mahir negara. Pada masa yang sama, terdapat peningkatan peratusan anak muda yang memilih laluan TVET selepas SPM, perkembangan positif ini membuktikan keyakinan mereka terhadap masa depan di dalam bidang ini. #TVETMalaysia #PendidikanKemahiran #Belanjawan2026 #MalaysiaMADANI 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSy8pyCyM/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DQZVIrwE5eZ/?igsh=MXF0enBqb3dveHp5Zw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1KhM7wueCR/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐥𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 Alhamdulillah, saya telah selesai membuat Sesi Penggulungan Belanjawan 2026 bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Dewan Rakyat sebentar tadi. Terima kasih saya ucapkan kepada 47 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian sepanjang lapan hari sesi perbahasan Belanjawan 2026, dengan pelbagai pandangan, pertanyaan dan cadangan yang membina kepada KKDW, FELDA, NADMA, APM dan MTVET. Dalam ruang masa yang disediakan, saya telah menjawab beberapa persoalan yang telah diajukan oleh Ahli Parlimen Dewan Rakyat antaranya yang menyentuh pembangunan infrastruktur luar bandar, sosioekonomi pekebun kecil getah, pengukuhan TVET, pendidikan di bawah KKDW, ekonomi desa dan pembangunan usahawan serta pengurusan bencana. Saya harap penjelasan yang diberikan sebentar tadi dapat memberi pemahaman yang lebih jelas kepada semua pihak tentang hala tuju dan keutamaan KKDW dalam memperkasa komuniti luar bandar di bawah payung Malaysia MADANI. Insya-Allah, saya akan kongsikan beberapa potongan jawapan daripada penggulungan sebentar tadi. #Belanjawan2026 #KKDW #PejuangDESA #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/15bceTmn99/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQZHHDEEyEU/?igsh=MTl6bGVibXI3bDhlaA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1983504179323904063?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQZHI9iD6Up?xmt=AQF0C8_smE75AB6P24VcDYVyyOQe1tNp4DCkK30tNV9Oww&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐠𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 Seronok hari ini dapat bersama dengan 250 orang anak muda daripada pelbagai institusi TVET dalam Program Chit Chat MADANI bersama Backbenchers Club (BBC) yang membincangkan topik yang amat dekat di hati saya iaitu “Membandarkan Desa dan Migrasi Belia”. Saya mengambil ruang masa yang ada bagi berkongsi visi serta hala tuju saya dan KKDW dalam memperkasa institusi TVET, khususnya yang berada di bawah naungan kementerian ini. Saya turut menekankan bahawa konsep membandarkan desa dan migrasi belia sebenarnya sangat berkait dengan pengukuhan pendidikan TVET di kawasan pedesaan. Kerajaan komited memperkukuh bidang TVET sebagai pemacu kemajuan negara. Dengan peruntukan Belanjawan 2026 yang meningkat kepada RM7.9 bilion dan kadar kebolehpasaran nasional graduan melebihi 95%, TVET kini menjadi laluan masa depan yang diyakini. Justeru, saya telah berpesan kepada mereka agar jangan pernah merasa rendah diri kerana memilih laluan TVET ini. Laluan kemahiran ini bukanlah laluan kedua, tetapi laluan masa depan yang utama. Di sinilah lahir tenaga mahir, pakar inovasi dan usahawan muda yang akan menggerakkan kemajuan negara dari akar umbi. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang hadir sebentar tadi. Semoga perkongsian yang sempat saya sampaikan sebentar tadi dapat memberi ilmu baharu, membangkitkan semangat dan menyalakan tekad anda semua untuk terus berjaya di lapangan masing-masing. #BackbenchersClub #ChitChatMADANI #TVET #KKDW #PejuangDESA 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/19c1vuc1W9/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DQZA7PfEwXF/?img_index=6&igsh=MWtrcHN0cHQ1eWZlMw== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1983490727251529823?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DQZBMHrj2DF?xmt=AQF0IzETWfPX0jfqs5k4AqVQpDldnj5ONnR5CDPaQg7J0A&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel