Dr Ahmad Zahid Hamidi
前往频道在 Telegram
显示更多
未指定国家未指定类别
364
订阅者
+224 小时
+37 天
+230 天
帖子存档
𝐑𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔-𝟐𝟎𝟑𝟓
Saya kongsikan momen sekitar Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di PICC Putrajaya tempoh hari.
Pelan jangka panjang ini menjadi asas penting dalam usaha memperkukuh sistem pendidikan negara agar terus relevan, berdaya saing dan berpaksikan keperluan masa depan.
Sama-sama kita mendoakan semoga setiap langkah yang dirangka dapat dilaksanakan dengan baik demi manfaat anak-anak dan generasi akan datang. Insya-Allah.
#RancanganPendidikanNegara
#PendidikanMalaysia
#MalaysiaMADANI
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSay2dBJJ/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DT7YqHQknuB/?igsh=MW9uOXZva2M0MW1ieA==
📱FB: https://www.facebook.com/share/r/17wDunR3kF/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐞 𝐄𝐫𝐚 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢
Hujung minggu ini saya pulang ke Bagan Datuk untuk menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Taman Industri QL Innofood Park di QL Foods Sdn Bhd, Hutan Melintang. Saya menyambut baik langkah strategik QL Foods yang terus memperluas peranan mereka daripada peneraju produk makanan berasaskan ikan seperti bebola ikan dan surimi, kepada pembangunan ekosistem makanan halal berteknologi tinggi.
Saya melihat pembangunan QL Innofood Park ini membawa makna besar kepada masa depan keterjaminan makanan negara, pengukuhan industri halal serta pewujudan lebih kurang tiga ribu peluang pekerjaan berkemahiran. Ia membuka ruang baharu kepada belia tempatan dalam bidang teknologi makanan, automasi, logistik sejuk beku dan jaminan halal, selari dengan agenda TVET serta keperluan industri masa hadapan.
Sebagai anak jati Bagan Datuk, saya berasa bangga melihat daerah ini terus berkembang daripada kekuatan pertanian dan perikanan, kepada hab industri makanan halal berteknologi tinggi.
Insya-Allah, dengan kerjasama erat antara Kerajaan, industri dan komuniti setempat, usaha seperti ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan luar bandar yang lebih seimbang, mampan dan berorientasikan masa hadapan.
#IndustriHalal
#HutanMelintang
#BaganDatuk
📱FB: https://www.facebook.com/share/17rdZX7TtD/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DT7GX9BElIo/?igsh=MW1xYnE0ZXBlczE5dA==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2015309436571758753?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DT7GmrdjyWL?xmt=AQF0M4oV_e1q2dyWGcmrD8QXMmrrmT_ZsGblBqIxSQwt_JPkDCG7TQhRoAxTfHwI3yytfQnJ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐊𝐢𝐧𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 & 𝐋𝐚𝐦𝐚𝐠
Syukur Alhamdulillah, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag atas mandat yang telah diberikan dalam pilihan raya kecil ini. Keputusan ini mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kesinambungan kepimpinan dan kestabilan yang diharapkan untuk kawasan ini.
Kemenangan Saudara Naim Kurniawan Moktar di Parlimen Kinabatangan dan Saudara Mohd Ismail Ayob (MIHA) di DUN Lamag adalah sebuah amanah besar untuk meneruskan legasi khidmat Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang sepanjang hayatnya meletakkan Kinabatangan dan Lamag sebagai keutamaan perjuangan.
Saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada seluruh jentera Barisan Nasional serta rakan-rakan dalam Kerajaan Negeri Sabah yang telah bersama-sama memastikan kemenangan ini.
#BarisanNasional
#BNSabah
#Kinabatangan #Lamag
📱FB: https://www.facebook.com/share/1KKBt3rL8J/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DT5a1TDEmgX/?igsh=bHc1Ym1ibHUxNHZ1
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2015072766714945993?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DT5bGzoD3gW?xmt=AQF0Ya6pJmfmBm1_LhkR3T9YU6a5QH_Uaul22QKlHaBMF7sJVGXpKuensXrt7vGUCuJK_uKZ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭, 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐢 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐤𝐞 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚
Hari ini saya meluangkan masa menyertai konvoi motosikal di Melaka yang turut disertai barisan Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka. Walaupun ringkas, perjalanan ini cukup bermakna kerana memberi ruang untuk saya singgah, berjumpa dan menyantuni masyarakat setempat.
Perjalanan bermula di Pondok Darul Muttaqin, Paya Rumput, diteruskan ke Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah (KAYFAZ) di Bukit Katil, sebelum berakhir di Masjid Al Falihin, Alai. Sepanjang lawatan ini, saya berpeluang duduk bersama, makan tengah hari, beramah mesra dan menunaikan solat Zohor berjemaah bersama anak-anak yatim, pelajar tahfiz serta warga setempat.
Saya turut gembira dapat bertemu ikon TVET Telok Mas, Adik Nadaratuliyana binti Ab Malek, graduan Teknologi Fesyen GIATMARA yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Kejayaan beliau meraih Pingat Perak WorldSkills Malaysia 2023 dan 2024, diikuti Pingat Emas WorldSkills ASEAN Manila 2025 serta WorldSkills Asia Taipei 2025 amat membanggakan. Insya-Allah, beliau akan mewakili Malaysia ke WorldSkills Shanghai 2026 pada September ini.
Sama-sama kita doakan agar beliau terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada anak-anak muda.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada hari ini. Insya-Allah, jika ada peluang dan kesempatan, kita jumpa lagi.
#Melaka
#KonvoiMotosikal
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1DTwSRoypE/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DT5PgH3ksZV/?img_index=14&igsh=MWhrN3pqOXBpNDNucQ==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2015049737813233706?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DT5PuClD-gm?xmt=AQF0ZZTi5SmxeXLqCZbxQmSqz-wVjJ333wO4vefU6bb3jhc3FPUPVN_02JT7j4km5NpiHIV5&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Saya kongsikan momen sekitar Majlis Penghargaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 tempoh hari, sebagai tanda terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan amanah besar ini bersama.
Inilah wajah Malaysia di pentas ASEAN yang bersatu sebagai satu pasukan, bekerja dengan iltizam dan membawa nama negara dengan penuh keyakinan.
Terima kasih atas segala pengorbanan dan komitmen semua. Insya-Allah, semangat kebersamaan ini akan terus menjadi kekuatan kita bersama.
#MyASEAN2025
#MalaysiaMADANI
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSaDYEyvh/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DT40wuCEsp8/?igsh=MWRwNndmc3A3bzRocA==
📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1CtDvaGT1g/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐋𝐢𝐦𝐚 𝐃𝐞𝐤𝐚𝐝 𝐏𝐀𝐏𝐓𝐈 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐉𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐮𝐦𝐧𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮
Saya sentiasa melihat hubungan Malaysia-Indonesia sebagai satu hubungan yang istimewa, dibina atas asas persaudaraan serumpun yang hidup dalam budaya, bahasa dan pengalaman bersama. Keakraban ini terasa dekat dan terus relevan merentas generasi.
Malam tadi di WTC Kuala Lumpur, saya berbesar hati merasmikan Majlis Makan Malam Perdana sempena Ulang Tahun Ke-50 Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI). Alhamdulillah, gembira melihat bagaimana PAPTI kekal menjadi jambatan yang menyatukan alumni kedua-dua negara, membawa nilai pendidikan, persahabatan dan kerjasama merentas generasi.
Saya turut berpendapat bahawa dalam dunia yang semakin mencabar, jaringan seperti PAPTI amat penting dalam memperkukuh kerjasama pendidikan, TVET dan pembangunan modal insan serantau.
Tahniah saya ucapkan kepada PAPTI atas 50 tahun sumbangan yang berterusan. Semoga ikatan persaudaraan serumpun ini terus subur dan memberi manfaat kepada generasi akan datang. Insya-Allah.
#PAPTI50
#MalaysiaIndonesia
📱FB: https://www.facebook.com/share/1GwoZXGRXc/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DT4DnF9kk8w/?img_index=9&igsh=MXBvOTNvYmdneXV0Mw==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2014880923813347730?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DT4DobBD8ss?xmt=AQF0eYUfzoKpYHsKCM94faMQq5bVED1rYzIqUtSZXBtYoU3MLk90WOpnZS0iK_26xmeL9Tc&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 | 𝐏𝐑𝐊 𝐊𝐢𝐧𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 & 𝐋𝐚𝐦𝐚𝐠
Esok, 24 Januari 2026, rakyat di Parlimen P.187 Kinabatangan dan DUN N.58 Lamag akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Sehubungan itu, saya dengan rendah hati mengajak seluruh warga Kinabatangan dan Lamag untuk menunaikan hak sebagai pengundi serta membuat pilihan yang terbaik, demi kesinambungan khidmat dan kepimpinan yang dapat membawa kemajuan yang berterusan.
Rancanglah perjalanan anda dengan sebaiknya. Semoga segala urusan anda semua dipermudahkan.
Pilihlah Calon Nombor 1,
Calon Barisan Nasional!
#P187Kinabatangan
#N58Lamag
#DemiRakyatDemiSabah
📱FB: https://www.facebook.com/share/1BxoTrmwyJ/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DT2qVs7EpMf/?igsh=MTZtYjM0eXQ0eTl5Mg==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2014684694013722787?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DT2qX5vD1i1?xmt=AQF0b_NpyOk6gQtBM3neny0ZAIbrohy_0kDd8yuTHDQvVG7uzM4VrpBsP7fAyDm_YitNHkYw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐝𝐢 𝐊𝐢𝐧𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
Sejak tiga tahun lalu, saya bersama kepimpinan KKDW dan agensi-agensi terus memberi tumpuan kepada agenda menyantuni desa dan luar bandar, dengan mendepani isu sebenar rakyat melalui tindakan yang berterusan.
Insya-Allah, Kinabatangan, Lamag, Kuamut dan Sukau akan terus diberi perhatian dalam setiap usaha pembangunan yang digerakkan.
#FELCRA #RISDA #MARA
#KKDW #PejuangDESA
#Kinabatangan #Sabah
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSaBWTxLw/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DT2Oh9mEuMZ/?igsh=MWJ4ZTFlanBvNHl2bA==
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1Bk8fXmijz/?mibextid=wwXIfr
📱YouTube: https://youtu.be/ST0a4vjqDnU?si=A9FHzmeBr6rMTK3s
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Momen dan suasana sekitar Majlis Perasmian Program Sentuhan Kasih Desa@Kuamut, 𝐵𝑎𝑐𝑘 𝑇𝑜 𝑆𝑐ℎ𝑜𝑜𝑙 TABIKA KEMAS Parlimen Kinabatangan 2026 bersama masyarakat setempat di Dewan Terbuka Dataran Tongod semalam.
Terima kasih KEMAS, KEMAS Sabah, KEMAS Kinabatangan dan Yayasan Pelajaran MARA atas usaha berterusan menyantuni rakyat di sini. Insya-Allah, pendidikan awal anak-anak Kinabatangan akan terus diberi perhatian.
#KEMAS #YPM
#Kinabatangan #Sabah
#KKDW #PejuangDESA
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSaBVeCUK/
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/18B3EqdMQb/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DT2D-WPEpuy/?igsh=MWk5bTEybjNkYngwMQ==
📱YouTube: https://youtu.be/nP4lLazqm6E?si=TDXccXdaEJLOgKrI
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧
Saya kongsikan momen ketika merasmikan Perhimpunan Agung PPP ke-72 tempoh hari.
Semangat kebersamaan yang ditunjukkan, bersama hala tuju yang jelas, menjadi asas penting kepada usaha Barisan Nasional untuk terus memperkukuh khidmat kepada rakyat dan negara.
#PerhimpunanAgungPPP
#PPP
#BarisanNasional
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSahaaVFX/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DT0Ez_mEmE7/?igsh=MWF1ZHEwYXM2N2pw
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1FpEoyUyPH/?mibextid=wwXIfr
📱YouTube: https://youtu.be/aCa2CtVW_Zo?si=JnHZG0eg34KDDPm9
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐞𝐬𝐚, 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐊𝐢𝐧𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
Dari Kuamut, saya meneruskan perjalanan ke Dataran Pekan Kota Kinabatangan untuk bersama masyarakat setempat dalam Program KKDW Santuni Rakyat.
Setibanya saya di sini, banyak kenangan yang datang menerpa, khususnya mengenang sahabat saya, Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang telah lama mencurahkan khidmat dan baktinya untuk Kinabatangan dan Lamag.
Banyak usaha yang dilakukan hari ini berakar daripada pemikiran jauh Allahyarham yang sentiasa mendahulukan kebajikan rakyat dan memastikan suara masyarakat di sini sentiasa didengari.
Program ini juga adalah kesinambungan usaha yang telah lama digerakkan di kawasan ini melibatkan KKDW dan agensi seperti FELCRA, RISDA dan MARA yang menyediakan bantuan kebajikan, pendidikan, perniagaan serta sokongan kepada pekebun kecil yang disalurkan secara langsung kepada rakyat. Pendekatan turun ke lapangan inilah yang sentiasa menjadi keutamaan dalam memastikan kesejahteraan masyarakat desa benar-benar terpelihara.
Insya-Allah, dengan kerjasama berterusan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, usaha memakmurkan Kinabatangan akan terus diperkukuh demi masa depan rakyat yang lebih sejahtera.
#FELCRA #RISDA #MARA
#Kinabatangan #Sabah
#KKDW #PejuangDESA
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/186frLUK9F/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DTz4o9lkjXS/?img_index=9&igsh=MXduZzFibmtlcmJyNg==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2014293930490364075?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTz40Koj8m9?xmt=AQF0lzYKIppRaEvNYQ-TmI0OdMOMnWhLao0605Mpjkz78jNDipmSe9ChP1r4ZUh_0sFPt-Gy&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐊𝐢𝐧𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧
Hari ini saya kembali ke Sabah untuk bersama penduduk Kuamut di Dewan Terbuka Dataran Tongod, dalam Program Sentuhan Kasih Desa@Kuamut, 𝐵𝑎𝑐𝑘 𝑇𝑜 𝑆𝑐ℎ𝑜𝑜𝑙 TABIKA KEMAS Parlimen Kinabatangan 2026.
Saya gembira melihat keterujaan anak-anak kecil yang baru melangkah ke alam persekolahan ini. Inilah fasa awal yang penting dalam membentuk minat belajar serta asas masa depan mereka.
Terima kasih saya ucapkan kepada KEMAS, KEMAS Sabah, KEMAS Kinabatangan serta sokongan Yayasan Pelajaran MARA yang bersama-sama menyantuni masyarakat di sini dengan penuh komitmen.
Pendidikan awal bukan pilihan, tetapi satu keperluan. Insya-Allah, melalui usaha berterusan dan kerjasama semua pihak, anak-anak Kinabatangan akan terus dibimbing dengan asas yang kukuh untuk melangkah lebih jauh pada masa hadapan.
#KEMAS #YPM
#Kinabatangan #Sabah
#KKDW #PejuangDESA
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1aBKvvLAS2/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://instagram.com/p/DTzjq73Epxv/
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2014248370706260150?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTzjxmVj4h7?xmt=AQF04ewcY-WLXtZzbyJapYU0c1ofksk2dESZmoAEmb88kWg06wqhAmysDzrA3WnzAkPZFn0&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Sama-sama kita mendoakan agar Dato’ Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong dipermudahkan segala urusan rawatan dan dikurniakan kesembuhan sepenuhnya.
Please take good care, brother. Wishing you a smooth treatment and a speedy recovery.
📱FB: https://www.facebook.com/share/19dRhztNUj/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DTzTbzCEnQP/?igsh=bHg4encwM3I1eXIz
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2014212051447742659?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTzTdRkjy8b?xmt=AQF0R7WLuQIgneA3GrWD1K1pNTmN_fwmXLVKI8Zi_kqrF6H7kAOU8Lv5XUzLT893_5frgdF1&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
KENYATAAN MEDIA
DEWAN TERTINGGI BARISAN NASIONAL
1. Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah bersetuju melantik Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional Negeri Sabah seperti berikut:
a. Pengerusi : Yang Berhormat Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup
b. Timbalan Pengerusi : Yang Berhormat Datuk Jafry bin Ariffin
c. Setiausaha : Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd Hasnol bin Ayub
2. Mesyuarat Dewan Tertinggi BN turut menerima penyertaan semula Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) sebagai parti komponen Barisan Nasional, selaras dengan semangat memperkukuh gabungan politik berbilang kaum di bawah satu payung perjuangan yang inklusif dan progresif.
3. Barisan Nasional merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Nor atas pelantikan Yang Berhormat Datuk Jafry bin Ariffin sebagai Menteri dan Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Anil Sandhu sebagai Pembantu Menteri, serta sokongan beliau kepada BN dalam Pilihan Raya Kecil P.187 Parlimen Kinabatangan dan N.58 DUN Lamag.
4. Barisan Nasional (BN) juga sedang mempertingkatkan gerak kerja dan kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi dua Pilihan Raya Kecil tersebut, dengan memberi penekanan kepada penyelarasan jentera, strategi kempen yang berkesan serta komitmen berterusan untuk menyampaikan khidmat terbaik kepada rakyat.
SUA Barisan Nasional
📱FB: https://www.facebook.com/share/1D7kLQCkpS/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DTxueTAkiXY/?igsh=MTNnYmYzdXN0MGcycw==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2013990040364560703?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTxum2xD7Hd?xmt=AQF0yAPkdrVAD4NBeB-y4BdkZmLlHrz4Rem_p9R-r7yRP5CiCi_jOZe-j9-SoqwNBAq5nho&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐓𝐢𝐭𝐚𝐡, 𝐌𝐞𝐦𝐢𝐤𝐮𝐥 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡
Saya kongsikan rangkuman Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen Kelima Belas yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Titah Baginda yang menyentuh soal pendidikan, jati diri bangsa serta keselamatan negara menjadi peringatan penting untuk kita terus berpaksikan nilai, kebijaksanaan dan amanah bersama.
Menjunjung kasih, Tuanku.
Daulat Tuanku.
#DaulatTuanku
#ParlimenMalaysia
#MenjunjungTitah
#MalaysiaMADANI
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSaYbjpqb/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DTu8QIsEp5x/?igsh=N21xc3Q1OXQ5bGZp
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1GD9KwA9WJ/
📱YouTube:
https://youtu.be/mkP1bUnuMUo?si=DXSJv6CUH8S_cpZY
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐑𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔-𝟐𝟎𝟑𝟓: 𝐀𝐬𝐚𝐬 𝐊𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧
Saya menyambut baik pengumuman yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sempena Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di PICC Putrajaya sebentar tadi.
Pada saya, pengumuman tersebut terasa dekat dengan denyut nadi sekolah dan universiti hari ini. Pengenalan Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat mulai 2026 dan Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga mulai 2027 bagi subjek teras memberikan bacaan awal yang lebih jelas tentang tahap penguasaan murid, sekali gus membolehkan intervensi dilaksanakan dengan lebih cepat dan tepat.
Saya juga melihat penyusunan semula Tingkatan Enam dan Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi mulai 2027 sebagai langkah yang dapat memperkemas laluan pra-universiti agar lebih tersusun dan selari dengan keperluan pendidikan tinggi.
Dalam masa yang sama, penambahan 3,000 tempat pengajian pada 2026 dalam bidang kritikal seperti undang-undang, kewangan, AI, data sains, bahasa dan media merupakan langkah strategik dalam membina bakat masa depan negara.
Saya mendoakan agar Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi dan seluruh ekosistem pendidikan dapat melaksanakan agenda besar ini dengan rapi, konsisten dan berimpak demi melahirkan generasi yang bersedia memimpin masa depan negara. Insya-Allah.
#RancanganPendidikanNegara
#PendidikanMalaysia
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/1AQQRfxHUe/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DTuhoiCEqnn/?img_index=8&igsh=Zm44Ynh0ZDd3dGRn
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2013539586379784586?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTuhqOqj5N1?xmt=AQF04Y1C9-gHDahsJnQbNFaSjJhbpfsgaHe4yCs7JGmiIqfZ0rsoChT6j-68JwCrYietwdF5&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍: 𝐒𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
Alhamdulillah. Seperti yang kita semua sedia maklum, Malaysia telah melaksanakan amanah Kepengerusian ASEAN 2025 dengan pencapaian yang membanggakan.
Kejayaan ini bukan sahaja diiktiraf dalam kalangan negara ASEAN, malah turut menarik perhatian dunia terhadap keupayaan Malaysia mengemudi kepimpinan serantau dengan penuh keyakinan dan berwibawa.
Petang tadi, saya telah mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Majlis Penghargaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 bagi memberikan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan amanah besar ini.
Terima kasih saya ucapkan atas iltizam dan pengorbanan semua. Semoga semangat kebersamaan ini terus menjadi kekuatan kita dalam membawa Malaysia melangkah yakin di pentas serantau dan antarabangsa. Insya-Allah.
#MyASEAN2025
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/14NCprHQLZp/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DTsXLimkund/?igsh=MXh1Y2R1emp3N3lkNA==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2013235253046124840?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTsXT0Aj8dj?xmt=AQF0iR_AaACi288-24h-QMoPNUV_0XJFJiGEq0SsKnFnIVYqlyi2CkUrr-IIi9McC3fCyxBw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Dengan haluan yang jelas dan amanah kenegaraan yang kita pikul bersama, UMNO harus terus berdiri sebagai sebuah keluarga besar yang berpadu di bawah bumbung Rumah Bangsa, saling memperkukuh dan melangkah seiring ke hadapan. Insya-Allah.
#UMNO
#PAU2025
#UMNORumahBangsa
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSaL7JNGC/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DTsRDVIEvwS/?igsh=OGY5bndhdmgwcnM5
📱FB: https://www.facebook.com/share/r/17TG1188d8/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, atas perkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen Kelima Belas pada hari ini.
Patik menyambut penuh takzim titah Baginda Tuanku yang menegaskan bahawa Bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia mesti menjadi teras dalam sistem pendidikan negara. Pendidikan perlu terus diperkasa sebagai asas pembinaan jati diri, perpaduan dan masa depan bangsa, selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan serta roh Perlembagaan Persekutuan.
Patik turut menjunjung titah Baginda Tuanku berhubung ancaman moden terhadap keselamatan negara, termasuk keselamatan digital, integriti maklumat dan penyalahgunaan teknologi seperti ‘deep fake’ yang membuka ruang kepada penipuan serta menggugat kestabilan sosial. Penegasan agar jenayah berat, keganasan dan isu yang menyentuh sensitiviti 3R ditangani dengan tegas mencerminkan keprihatinan Baginda dalam memelihara keharmonian antara kaum dan kedaulatan negara.
Patik sekalian menjunjung titah Baginda Tuanku agar Ahli-Ahli Parlimen melaksanakan amanah dengan kebijaksanaan, integriti dan keutamaan kepada kesejahteraan rakyat, khususnya ketika negara melangkah ke fasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sentiasa dikurniakan kesejahteraan, dilanjutkan usia serta dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah SWT.
Menjunjung kasih, Tuanku.
Daulat Tuanku!
📱FB: https://www.facebook.com/share/1E13oz6Xqd/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DTro2DfEpJx/?img_index=8&igsh=cHc4bGY2N3gzN2hy
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2013133199015350439?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DTrozz6D7cE?xmt=AQF0NmBI8NHC_Pv-cPYPEARwsOut-vMlDdXD5QFRqP-5HK8p-VYqTJqcfGAU8clc9GTYUTTy&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Alhamdulillah, #PAU2025 telah berlangsung dengan baik, menghimpunkan suara akar umbi yang jujur dan pandangan yang lahir daripada rasa tanggungjawab kepada parti dan bangsa. UMNO berhimpun bukan untuk bernostalgia, tetapi untuk menilai diri, memperkukuh kesatuan dan menyusun untuk kita berada di bawah satu bumbung rumah bangsa. Insya-Allah.
#PAU2025
#UMNO
#UMNORumahBangsa
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DTprgPOkgXL/?igsh=MWo5MHQ5Njc4NWdxZA==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1D1RqtDfTP/
📱YouTube:
https://youtu.be/HIDNDeVvtz4?si=Ro2q0O7mCD9wlZhY
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
