ch
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

前往频道在 Telegram

显示更多
未指定国家未指定类别
364
订阅者
无数据24 小时
无数据7
无数据30
帖子存档
Dalam suasana Masjid Wilayah Persekutuan dipenuhi ribuan Gen Huffaz Teknokrat MARA, saya turut dimaklumkan bahawa hampir 400 peserta wanita telah berhimpun dalam Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Wanita UMNO Wilayah Persekutuan 2026, menghidupkan Ramadan dengan alunan kalam Ilahi serta semangat ukhuwah yang begitu indah. Alhamdulillah, penghargaan saya berikan kepada Wanita UMNO Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Seri Dr. Noraini Ahmad atas komitmen menganjurkan inisiatif seperti ini, yang memperkukuh silaturrahim serta mendidik jiwa agar perjuangan sentiasa berpaksikan iman dan nilai al-Quran. Teruskan istiqamah beramal dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Moga segala usaha kita diberkati Allah SWT. #Tadarus #KhatamAlQuran #WanitaUMNOMalaysia 📱FB: https://www.facebook.com/share/1CTSUPHwXs/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVXLBDkktsa/?img_index=7&igsh=MXR5aTllMmFnaWx1Yw== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2028267369676882246?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVXLPioEs3J?xmt=AQF0aw9VjKlGEZP7G5FVVAsXL21KVXUtNkvo648f9RtdizUA2TYbsEzZ1bRVt8fIw7AQojj8&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐤𝐞-𝟔𝟎 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐑𝐢𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐆𝐞𝐧 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐤𝐫𝐚𝐭 𝐌𝐀𝐑𝐀 Ketika melangkah masuk ke Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi, saya disambut dengan pemandangan yang cukup menyentuh hati apabila ribuan Gen Huffaz Teknokrat MARA memenuhi ruang masjid ini. Alhamdulillah, saya kagum apabila dimaklumkan hampir 10,000 Gen Huffaz berjaya dihimpunkan sempena ulang tahun ke-60 MARA melalui Perhimpunan Gen Huffaz Teknokrat MARA 2026. Sambutan berteraskan al-Quran, tadarus dan qiamullail ini membuktikan bahawa MARA bukan sahaja melahirkan profesional dan teknokrat, tetapi membina generasi berteraskan iman dan akhlak. Dalam ucapan perasmian, saya telah menegaskan bahawa selepas enam dekad, MARA telah melahirkan ramai profesional dan teknokrat yang menyumbang kepada negara. Ke hadapan, saya secara peribadi meletakkan sasaran untuk melahirkan 125,000 huffaz profesional menjelang tahun 2050 di mana generasi yang menguasai ilmu, berpegang teguh kepada nilai al-Quran dan mampu memimpin masa depan negara dengan integriti. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga MARA, para pendidik dan semua yang telah mencurahkan khidmat membina generasi ini. Terima kasih juga kepada semua Gen Huffaz Teknokrat MARA yang hadir. Selamat ulang tahun ke-60 MARA. Semoga terus melakar kecemerlangan dan membina legasi yang diberkati untuk masa depan negara, insya-Allah. #MARA60Tahun #GenHuffaz #GenHuffazTeknokratMARA #MARA #KKDW 📱FB: https://www.facebook.com/share/1NeHvMM27y/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVWA5iHEmLH/?igsh=ejRycXVxMXFkaW1y 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2028104293191229531?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVWA7OAj-kN?xmt=AQF097O1qsbpJlao_CiSH5OFuIGV3M818oOmgoXC49yfeOMB10GjpHOK0i4nEDD49hZ4RW0v&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Indahnya suasanya berbuka di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini. Syukur ya Allah. #GenHuffaz 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmvjAbM9/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DVVxSBOkibb/?igsh=dWgzMmI1ZDRoZzB4 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1Cfm7ag1GH/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐇𝐢𝐰𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 Kuasa Dan Produktiviti Salah Faham Yang Perlu Dibetulkan Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia: Dr Ahmad Salahuddin M Azizan 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmvdwn4u/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1DsERHwXPm/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐊𝐞-𝟗𝟑 Pada hari yang penuh bermakna ini, kita turut memperingati Hari Tentera Darat Malaysia Ke-93 sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada seluruh warga serta veteran Tentera Darat Malaysia atas jasa dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara. Selama lebih sembilan dekad, Tentera Darat Malaysia kekal sebagai benteng utama keselamatan tanah air, berpegang teguh kepada semangat “Gagah Setia” dalam melindungi negara yang kita cintai. Bertepatan dengan tema tahun ini, “Kemahuan Untuk Menang: Pemangkin Keperkasaan Tentera Darat,” ia mencerminkan tekad dan iltizam berterusan untuk memperkukuh kesiapsiagaan serta profesionalisme pertahanan dalam mendepani cabaran semasa. Saya sentiasa mendoakan semoga Tentera Darat Malaysia terus unggul, berwibawa dan sentiasa menjadi perisai pertahanan negara demi memastikan keamanan serta kestabilan tanah air kekal terpelihara. #TenteraDaratMalaysia #GagahSetia #HTD93 #PemangkinKeperkasaanTenteraDarat 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1NoKq73x8N/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVVMLACkstV/?igsh=NGo0MGpkNmhkMGRx 📱X: https://x.com/i/status/2027988549887480025 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVVMZ_Ijz8k?xmt=AQF0Qfocd5NDNJPua6DUsb57R_sItschgaHJ67hvbLuI-joWlVbyxg4ymQh-9kCzfqWIuAvu&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟗𝟓 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐚𝐤𝐭𝐢 Sempena Sambutan Hari Pertahanan Awam Sedunia ke-95 hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam pengurusan bencana, operasi menyelamat serta bantuan kemanusiaan. Setiap kali negara diuji dengan bencana seperti banjir, kebakaran mahupun tanah runtuh, anggota pertahanan awam sentiasa menjadi antara pasukan terawal yang turun ke lapangan. Mereka hadir dengan penuh dedikasi, berganding bahu bersama agensi penyelamat lain, menghulurkan bantuan dan memastikan mangsa berada dalam keadaan selamat. Insya-Allah, Kerajaan akan terus memperkukuh kapasiti, latihan serta kesiapsiagaan APM selaras dengan usaha membina Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam mendepani cabaran perubahan iklim dan risiko bencana yang semakin kompleks. Sesungguhnya, dedikasi dan pengorbanan wira dan wirawati pertahanan awam dalam menjaga keselamatan serta kebajikan rakyat amat besar maknanya kepada negara. Semoga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia terus kekal teguh, berwibawa dan menjadi benteng keselamatan rakyat. Insya-Allah. #HariPertahananAwamSedunia #AngkatanPertahananAwamMalaysia #APM #MalaysiaMADANI #SediaPantasdanBerintegriti 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BgBHWUCpR/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVVFMmPErbM/?igsh=eGN1ZnQ5ejZoY2xw 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2027973681578967228?s=46 📱Thread: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVVFuUwj8rB?xmt=AQF0icpyife2BCsPC2STw2ZjSQjZu3-1U5Nzq084_U9WX4ZYh5tMFsWDCqWo0LF3PBpy3Tup&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐤𝐞-𝟔𝟎 Tanggal 1 Mac 1966, lahirnya MARA sebagai manifestasi tekad negara untuk mengubah nasib dan masa depan Bumiputera. Enam dekad kemudian, MARA berdiri sebagai institusi yang telah membuka jutaan pintu peluang dalam melahirkan generasi profesional, usahawan, tenaga mahir dan pemimpin yang menyumbang kepada kemajuan negara. Di sebalik setiap kisah kejayaan, ada peranan MARA yang membina keyakinan, membentuk keupayaan dan membuka jalan kepada kehidupan yang lebih baik. MARA telah menjadi jambatan harapan, mengubah potensi menjadi pencapaian dan impian menjadi realiti. Hari ini, MARA kekal kukuh dan relevan sebagai pemacu pembangunan Bumiputera, selari dengan tuntutan zaman yang semakin mencabar dan kompetitif. Peranannya akan terus diperkasa bagi memastikan lebih ramai anak bangsa mampu melangkah lebih jauh dan berdiri sama tinggi di pentas dunia. Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh warga MARA, dahulu dan kini, atas dedikasi dan khidmat yang telah mencipta begitu banyak kisah kejayaan. Semoga MARA terus melangkah maju dalam membina legasi yang lebih besar dan menjadi simbol kekuatan dan masa depan Bumiputera. Insya-Allah. Selamat Hari MARA ke-60. #HariMARA #MARA60Tahun #MARA #KKDW #PejuangDESA 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1CNKPEFrAM/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVU9sNVEnvd/?igsh=MWozNGNibGtoeDc5OA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2027957094826316237?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVU9_L4DxoF?xmt=AQF0j9QeDBWZadfAwrsYaBMBusQwvEVYDj5XctB55ZorSybu36EVY5K0HRpPFO242aG5-YWq&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐃𝐢𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭𝐢: 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐨𝐦𝐩𝐫𝐨𝐦𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐧𝐚 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 Malaysia dibina atas asas saling menghormati antara agama dan kaum. Islam adalah agama Persekutuan dan Al-Quran adalah kitab suci yang wajib dipelihara kehormatannya. Perbuatan menghina agama seperti yang dilakukan pelajar ini, tidak boleh diterima sama sekali. Tindakan tegas mesti diambil agar menjadi pengajaran. Kita tidak mahu perkara seperti ini berulang. Hormati agama, hormati keharmonian negara. #IslamAgamaPersekutuan #PertahankanKeharmonian 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSm7F2C3H/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DVUwS9qkoir/?igsh=MThpbXMzODd6eGs1Ng== 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1E3dMCWkCD/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐒𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦, 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐭𝐞𝐠𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 Dalam keberkatan Ramadan yang mulia ini, saya berkesempatan berkumpul bersama barisan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional. Alhamdulillah, sesekali dapat duduk bersama dalam suasana sebegini, dapatlah kami menyegarkan semula ukhuwah dan memperkukuh semangat perjuangan yang telah sekian lama menjadi tunjang kekuatan kita. Sesungguhnya perjuangan ini tidak pernah terhenti. Selagi ada keyakinan, selagi itu langkah akan terus diatur. Dengan kebersamaan dan iltizam yang sama, Barisan Nasional akan terus berdiri teguh, setia berkhidmat untuk agama, bangsa dan tanah air. Insya-Allah. #BarisanNasional 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BGV82SVhM/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVUieloklgE/?img_index=5&igsh=MWpicTRyd3Njczlrdg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2027897324610195525?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVUiqufEqQI?xmt=AQF0PO5W9PKZ5GAyVvj4vi_Vsq7sP4ofmFZHkoGjN3wrij5bEWAtWxTuafHDNjf8epekXw_3&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

*Tadarus Ramadan 1446H* Bacaan Al-Quran bagi Juzuk 10 sempena Tadarus Ramadan. Merangkumi Surah Al-Anfal ayat 41 sehingga Surah At-Taubah ayat 93. Qari: 1. Ustaz Mohammad Syakir Asyraf 2. Ustaz Amran Arifin 3. Ustaz Nurhisam Johari Semoga bacaan pada malam ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Insya-Allah. #TadarusRamadan #Ramadan1447H https://www.facebook.com/share/v/1CdLEj3rfo/?mibextid=wwXIfr https://vt.tiktok.com/ZS9e7L5kQfY6s-1UmBz/

𝐇𝐢𝐰𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 Ramadhan Meluruskan Fikir Dan Zikir Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia: Dato' Othman Desa 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmngaxYX/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1B8on4pp2w/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐨𝐚 𝐃𝐢 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚 Ramadan adalah waktu yang penuh keberkatan untuk kita memperbanyakkan doa dan pengharapan kepada Allah SWT. Setiap doa yang dipanjatkan dengan hati yang ikhlas adalah tanda kehambaan dan keyakinan kepada-Nya. Gunakanlah kesempatan ini untuk memohon keampunan, kesejahteraan dan kebaikan dalam setiap urusan. Semoga segala doa kita diperkenankan. #RisalahTaalim10 #Ramadan1447H 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSmnC99gF/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1LKi2Hj6cq/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DVS7j4dEiCA/?igsh=MTU1eHR3a25wdXVi 📱X: https://x.com/i/status/2027671521339281455 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVS7evACELJ?xmt=AQF024-45auyJUIReEpa2YHxW1gTl43YU4MTj6556KHQwpLM5CyAiRjDpq-_8ZsHY1-srnBf&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 Semalam di Bagan Datuk, saya berkesempatan bersama masyarakat India setempat dalam Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Komuniti India Parlimen Bagan Datuk 2026 di Dewan Serbaguna Datuk Hj Abdullah Ahmad, Simpang Empat. Sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk, saya sentiasa meletakkan pendidikan sebagai keutamaan. Saya percaya apabila kita membantu seorang anak untuk berjaya, kita sebenarnya sedang meringankan kehidupan ibu bapanya, malah sedang membina asas kekuatan masa depan negara. Insya-Allah, komitmen ini akan terus diperkukuhkan. Masa depan mereka adalah amanah yang mesti kita pelihara bersama, selamanya. #BaganDatuk #BaganDatukNombor1 #PendidikanUntukSemua #PejuangDesa 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1HFFHsf6xg/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVSJ9LMktkj/?igsh=dHFhMWt3dGprdDZn 📱X: https://x.com/i/status/2027561462357758338 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVSKKgrD11H?xmt=AQF0KTCfbsY8l5_tG4XELRcmvF0mT9ErxI4uBwSskjN1vJVcpYgk6YYHNDwSa8Mj5Q3uXxU&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

*Tadarus Ramadan 1447H* Bacaan Al-Quran bagi Juzuk 9 sempena Tadarus Ramadan. Merangkumi Surah Al-A’raf ayat 88 sehingga Surah Al-Anfal ayat 40. Qari: 1. Darius Hazreeq Bin Mohd Nor Azlan 2. Muhammad Amir Haziq 3. Dato' Hj Zainal Abiding Sakom Semoga bacaan pada malam ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Insya-Allah. #TadarusRamadan #Ramadan1447H https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/videos/756867927359144 https://vt.tiktok.com/ZS9es4AbUT7HE-UKhvl/

𝐌𝐘𝐃𝐈𝐍 𝐌𝐚𝐫𝐭 𝐊𝐞-𝟕𝟓 𝐃𝐢 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 Alhamdulillah, MYDIN Mart Bagan Datuk, cawangan ke-75 telah mula beroperasi dan insya-Allah sedikit sebanyak akan dapat memudahkan penduduk tempatan untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan lebih dekat dan pada harga yang berpatutan. Kehadiran kemudahan seperti ini amat penting, khususnya bagi masyarakat di kawasan perdesaan, agar akses kepada keperluan asas menjadi lebih mudah sekali gus merancakkan pergerakan ekonomi setempat. Dalam ucapan perasmian, saya turut mengingatkan bahawa setiap kejayaan perniagaan perlu seiring dengan tanggungjawab sosial, termasuk menyantuni masyarakat, membantu yang memerlukan serta menunaikan kewajipan seperti zakat, kerana di situlah terletaknya keberkatan dan kelestarian sesuatu usaha. Sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk, saya mahu rakyat di sini turut menikmati kemudahan yang terbaik tanpa perlu keluar jauh. Insya-Allah, saya yakin pembukaan ini akan memberi manfaat kepada rakyat serta menyumbang kepada kemajuan ekonomi komuniti setempat. #BaganDatuk #BaganDatukNombor1 #PejuangDESA 📱FB: https://www.facebook.com/share/1J9anN83xk/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVQvWsdkvYQ/?img_index=9&igsh=MTVpeWgwbWVjOXpweQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2027362457573044321?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVQvemJj6-B?xmt=AQF09p0xSQolELnVHCoYcvJay9jHpPI7Hrdb7uFl3yhKeFMCy4T6PPzLyqeizdarspxfLWnE&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐃𝐮𝐤𝐚: 𝐓𝐫𝐚𝐠𝐞𝐝𝐢 𝐔𝐥𝐮 𝐃𝐨𝐧𝐠 Sewaktu saya membuat panggilan video bersama waris tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, hati saya amat tersentuh melihat ketabahan dua anak yang terselamat, Ruby Adalia Balqis dan Ahmad Balia Murqam, dalam menghadapi kehilangan insan tersayang. Saya menyampaikan ucapan takziah secara peribadi serta menegaskan komitmen untuk memastikan kebajikan dan pendidikan mereka terus diberi perhatian sewajarnya. Insya-Allah, bantuan akan terus disalurkan bagi meringankan beban yang ditanggung. Saya turut mengajak mereka untuk bersama-sama beraya agar mereka tidak berasa keseorangan dalam menghadapi ujian ini. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kekuatan serta ketabahan. 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmGSM5v4/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DVQjWRyElHw/?igsh=czc4cG96ZW9ha3hu 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1AwCKkPWKj/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐇𝐢𝐰𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐧𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 Membina Negara Sejahtera Dengan Nilai Maqashid Syariah Penceramah Majlis Ulama UMNO Malaysia: Dato' Seri Jamil Khir Baharom 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmG6HKqX/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/17yhWLr2yv/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐚𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐦𝐮𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 Bulan yang mulia ini mengajar kita bahawa memberi bukan sekadar amalan, tetapi tanda kasih dan keikhlasan hati. Marilah kita hidupkan budaya bersedekah dan berkongsi rezeki, sama ada dengan menyediakan juadah berbuka, membantu yang memerlukan atau sekadar menggembirakan hati orang di sekeliling kita. #RisalahTaalim09 #Ramadan1447H 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSmGL4pqA/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1DjT3kutBK/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DVQWtUuksIc/?igsh=NDZkZDluMml0eGp6 📱X: https://x.com/i/status/2027308132704432279 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVQWrdqEVR-?xmt=AQF0AykKROJa2zBZsEgxtzw-vOU8nQjVu5F_qMIX08tOSFjZHsaNPdxk3VU_5yjJc31MNAB3&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐚𝐳𝐤𝐢𝐫𝐚𝐡 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭: 𝐌𝐢𝐦𝐛𝐚𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 Kematian itu rahsia Allah SWT Penceramah: Ustaz Long Kechik 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmsuGFrV/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1Hy667FC5g/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐊𝐞𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢 Patik menjunjung kasih atas titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sentiasa menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap kebajikan masyarakat Orang Asli serta pembangunan luar bandar di Negeri Pahang. Titah Baginda mengenai pelaksanaan projek bekalan air, pewartaan kampung Orang Asli serta penekanan terhadap kemudahan asas mencerminkan komitmen berterusan institusi Kesultanan dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela tanpa mengira latar belakang. Keprihatinan Tuanku ini menjadi lambang kepimpinan berjiwa rakyat yang sentiasa meletakkan kebajikan masyarakat sebagai keutamaan. Sesungguhnya, perhatian berterusan Tuanku terhadap pembangunan masyarakat Orang Asli serta pemeliharaan hak dan kesejahteraan rakyat menjadi sumber kekuatan kepada usaha memperkasa komuniti luar bandar secara menyeluruh dan mampan. Patik merafak sembah menjunjung kasih atas keprihatinan dan kepimpinan Tuanku. Daulat Tuanku! Kredit Foto: Kesultanan Pahang 📱FB: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid037pBupLhbh7ioxX66fwdQDNcjXAPVDpRxXcujs4CCweqT9gceYReDvwWHbeE39tMwl&id=100044617711053&mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DVPfx52kkvL/?igsh=d2txNDI4a2thaXZh 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2027187058071253339?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DVPf68TkgFT?xmt=AQF0KDgUe68mQwKgcFIMuZtfyHar4IPPCd766yxvx1Gyfj2mlKC1c-sr0mKQ6W0lhE0_2XK6&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel