Dr Ahmad Zahid Hamidi
前往频道在 Telegram
显示更多
未指定国家未指定类别
365
订阅者
无数据24 小时
+27 天
+230 天
帖子存档
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐊𝐞𝐦𝐛𝐨𝐣𝐚 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐚𝐜𝐞 𝐏𝐚𝐥𝐚𝐜𝐞
Hari ini bersempena dengan 13th ASEAN Ministerial Meeting on Disaster Management and the 14th Conference of the Parties to AADMER, saya telah mengadakan perbincangan yang amat bermakna bersama TYT Samdech Moha Borvor Thipadei Hun Manet, Perdana Menteri Kerajaan Kemboja.
Lawatan ini mencerminkan persahabatan yang utuh, saling percaya dan hormat-menghormati yang sekian lama menjadi asas hubungan Malaysia–Kemboja.
Perbincangan kami berlangsung dengan produktif dan berpandangan jauh. Kami menegaskan komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang-bidang yang memberi manfaat langsung kepada rakyat - termasuk perdagangan dan pelaburan, tenaga kerja, pendidikan, pertanian, ekonomi digital dan pelancongan.
Perdagangan antara Malaysia dan Kemboja terus berkembang pesat, mencecah hampir USD 750 juta dari Januari hingga Ogos tahun ini, iaitu peningkatan 45% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Kedua-dua pihak yakin nilai perdagangan dua hala akan melebihi USD 1 bilion menjelang 2026. Malaysia kekal sebagai antara pelabur utama di Kemboja, dan kami berhasrat memperluas kerjasama dalam ketersambungan digital, tenaga boleh diperbaharui dan industri agro-makanan.
Saya turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Kemboja atas sokongan dan bantuan yang diberikan kepada para pelabur Malaysia di negara ini. Syarikat-syarikat Malaysia telah melabur secara signifikan dalam sektor utama seperti telekomunikasi, perbankan dan pembuatan, sekali gus menyumbang bukan sahaja kepada perdagangan dua hala tetapi juga kepada pertumbuhan dan kesejahteraan ekonomi domestik Kemboja.
Malaysia dan Kemboja turut menegaskan aspirasi bersama untuk memupuk keamanan dan kestabilan serantau. Kedua-dua pihak menyambut baik kemajuan dalam memuktamadkan penubuhan Pasukan Operasi ASEAN (ASEAN Operations Team – AOT), iaitu satu mekanisme serantau bagi memperkukuh kerjasama dalam aspek keselamatan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur akan datang.
ASEAN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memainkan peranan penting dalam memudah cara pelaksanaan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand. Penubuhan AOT akan menjadi mekanisme utama bagi memastikan perjanjian gencatan senjata dilaksanakan seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua negara.
Kami turut meneroka bidang baharu kerjasama, khususnya dalam industri Halal, di mana Malaysia boleh berkongsi pengalaman, kepakaran pensijilan, pembangunan Taman Industri Halal dan amalan terbaik untuk membantu Kemboja membangunkan ekosistem halal yang kukuh dan diyakini dalam kerangka pengwujudan Majlis Halal ASEAN.
Dalam aspek tenaga kerja dan pendidikan, Malaysia akan terus memastikan kebajikan pekerja Kemboja terpelihara di samping memperluas peluang tenaga pengajar dan pensyarah Kemboja di Malaysia, khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET). Pendidikan dan latihan akan terus menjadi jambatan penting kepada persefahaman dan kemajuan bersama.
Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk memperkukuh perdagangan pertanian, khususnya dalam minyak sawit dan beras, bagi mempertingkat sektor keselamatan makanan serantau. Kami turut membincangkan usaha memperluas kerjasama dalam bidang kesihatan dan pelancongan perubatan, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Kemboja dan negara anggota lain bagi memperkukuh perpaduan, kredibiliti dan peranan utama ASEAN dalam mempromosikan keamanan serta kerjasama kemanusiaan.
#PhnomPenh
#Cambodia
#MalaysiaCambodia
#MADANIBekerja
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/16W1LqEM6V/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DPyGLoZEuj2/?igsh=emJzbmYyeDMydHo1
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1978013107395199246?t=NZYVez4MgdKJiDrCS0PtlQ&s=19
📱Threads:
https://www.threads.
𝐑𝐞𝐡𝐥𝐚𝐥 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐒𝐢𝐚𝐠𝐚: 𝐈𝐥𝐦𝐮, 𝐈𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡
Segalanya bermula dengan lawatan ke Madrasah An-Nabawiyyah Lid Dirasatil Islamiyyah, institusi yang melahirkan generasi Al-Quran berilmu, berakhlak dan berjiwa perjuangan.
Di Masjid Tengku Ahmad, Rehlah Perdana MADANI Siaga dan Qiamullail bersama jemaah, memperlihatkan kekuatan rohani sebagai teras kesiapsiagaan ummah.
Semoga ukhuwah, ilmu dan semangat kebersamaan yang terjalin di Jerantut menjadi inspirasi untuk kita terus memperteguh kesiapsiagaan nasional berasaskan nilai ihsan dan keimanan.
#RehlahMADANISiaga
#MadrasahAnNabawiyyah #BKN2025
#NADMA #KesiapsiagaanUmmah
#MalaysiaMADANI
📱FB:https://www.facebook.com/share/v/179EyXnc7v/?mibextid=WC7FNe
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DPyBcGWknny/?igsh=c2dkMmVhZjBqbHMw
📱Youtube:https://youtu.be/6OBYq8Mpgc8?si=MpB2VLeVcDeA50OU
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐤𝐞 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐒𝐞𝐧𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐨𝐣𝐚: 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Rangka lawatan rasmi saya hari ini dimulakan dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Samdech Techo Hun Sen, Presiden Senat Kemboja, di Senate Palace, Phnom Penh.
Pertemuan ini bukanlah pertemuan pertama tetapi kali ini, kami telah menegaskan semula komitmen untuk memperkukuh hubungan dua hala yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Kemboja.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha menggandakan nilai perdagangan dua hala, memperkukuh kerjasama dalam pembangunan industri halal termasuk penyertaan Kemboja dalam Majlis Halal ASEAN, serta memperluas kerjasama dalam bidang pendidikan dan TVET sebagai pemangkin mobiliti sosial dan pertumbuhan industri masa depan.
Kami juga berbincang tentang potensi memperkukuh kerjasama dalam pelancongan kesihatan, mempelbagaikan rantaian bekalan serantau, memperluas kerjasama digital serta meningkatkan kolaborasi dalam sektor tenaga.
Dalam konteks serantau, kami turut menegaskan pentingnya perpaduan ASEAN dalam segala aspek khususnya cabaran keselamatan serantau menerusi dialog dan diplomasi.
Insya-Allah, semangat kebersamaan ini akan terus menjadi asas kepada hubungan erat antara kedua-dua negara demi manfaat bersama rakyat Malaysia dan Kemboja.
#PhnomPenh
#Cambodia
#MalaysiaCambodia
#MADANIBekerja
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/17eDvsDPYG/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DPx32P_klH-/?igsh=dDJpa2ZsOWRmZzNh
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1977982031842980177?t=DqFVpeTkyAXCteloQVjI8Q&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPx4P8Jj1o-?xmt=AQF0rjaTIqxkO4uOPOBjjj6WBESxDd3_MEML9fz9L1pP4Q&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐫𝐞-𝐂𝐨𝐮𝐧𝐜𝐢𝐥 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐞𝐥𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐏𝐡𝐧𝐨𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐡
Saya memulakan hari kedua lawatan rasmi di Kemboja dengan mempengerusikan sesi pre-council bersama delegasi Malaysia di Phnom Penh serta mendengar taklimat terperinci berhubung keseluruhan perjalanan misi serta rangka pertemuan yang akan berlangsung sepanjang hari ini dan esok.
Jadual lawatan hari ini cukup padat dan melibatkan pelbagai sesi penting bersama kepimpinan tertinggi Kemboja. Justeru, penyelarasan yang teliti amat diperlukan agar setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Moga segala urusan hari ini dipermudahkan dan membawa hasil yang bermakna kepada hubungan dua hala Malaysia-Kemboja.
Teruskan mengikuti perjalanan lawatan rasmi saya di sini dari semasa ke semasa.
#PhnomPenh
#Cambodia
#MalaysiaCambodia
#MADANIBekerja
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1FHZvU3E1V/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DPxltx5kgov/?img_index=1&igsh=MWtzNmV3MXBxb3hpNQ==
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1977951980346864057?t=oL86ahSrBUupUJmrc2YSqQ&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPxqcutD_eG?xmt=AQF0Um27nI-PYbSbiKYSigsDIGRzLMYifyHStUeQSO4p3Q&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐲𝐋𝐞𝐬𝐞𝐧 𝐁𝟐: 𝐌𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐛𝐢𝐥𝐢𝐭𝐢, 𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐛𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭
Program MyLesen (B2) Peringkat Negeri Perak 2025 di Bagan Datuk membuktikan komitmen Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pengangkutan dan JPJ dalam memperluas akses mobiliti rakyat, khususnya golongan B40.
Tahniah kepada semua penerima lesen baharu. Semoga kemudahan ini dimanfaatkan sebaiknya, dengan keutamaan pada keselamatan dan tanggungjawab di jalan raya. Bersama kita jayakan usaha MADANI untuk peluang yang adil kepada semua.
#MyLesenB2
#JPJ #MOT
#BaganDatuk #Perak
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1FBsJ7XQe1/?mibextid=WC7FNe
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DPxhuZlEilB/?igsh=MWNkbWUyYnlmYzcyMA==
📱YouTube: https://youtu.be/6_n7vNZTlwc?si=qe0IbsrP83BcF4LK
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐄𝐤𝐬𝐩𝐨 𝐓𝐕𝐄𝐓@𝐊𝐊𝐃𝐖 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐖𝐢𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Peningkatan peruntukan TVET kepada RM7.9 bilion dalam Belanjawan 2026 berbanding RM7.5 bilion pada belanjawan 2025 mencerminkan keyakinan Kerajaan MADANI bahawa masa depan pekerjaan berasaskan kemahiran.
Penganjuran Ekspo TVET@KKDW 2025 menjadi bukti komitmen yang jelas, menghimpunkan institusi, industri dan agensi bagi memperkukuh ekosistem tenaga mahir negara.
#TVETMalaysia
#EkspoTVET2025
#KKDW
#PejuangDESA #MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1CpnfQBvff/?mibextid=WC7FNe
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DPxaxL3kgeM/?igsh=MTMzMW9kbW5laXU3bA==
📱YouTube: https://youtu.be/C_MkWxDwjCY?si=ZyN3Um7NKkfeNpmF
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐢𝐬𝐢 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐤𝐞 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐨𝐣𝐚
Alhamdulillah, selamat tiba di Phnom Penh, Kemboja yang juga dikenali sebagai The Kingdom of Wonder dan terkenal dengan kekayaan warisan sejarahnya.
Ketibaan saya disambut oleh Menteri Kanan Tugas-Tugas Khas Kemboja bagi Hal Ehwal Islam, TYT Datuk Dr. Othsman Hassan selaku Menteri Pengiring mewakili Kerajaan Kemboja; TYT Shaharuddin Onn, Duta Besar Malaysia ke Kemboja bersama pegawai-pegawai kedutaan; serta TYT Kim Virak, Setiausaha Agung NCDM.
Insya-Allah, saya akan mewakili Malaysia menyampaikan Kenyataan Menteri pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN dalam Pengurusan Bencana (AMMDM) Ke-13 dan COP-AADMER Ke-14, selain mengadakan pertemuan dengan barisan kepimpinan tertinggi Kemboja, termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Kemboja.
Malaysia dan Kemboja berkongsi semangat serantau yang sama khususnya memperkukuh daya tahan bencana, memperluas kerjasama dalam ekonomi halal, TVET, telekomunikasi dan pelaburan desa.
Saya percaya bahawa dengan hubungan yang erat dan berterusan, kita bukan sahaja memperkukuh ASEAN, tetapi turut memperteguh masa depan rakyat serantau.
Mudah-mudahan lawatan ini membawa manfaat besar kepada Malaysia dan membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
#MalaysiaCambodia
#AMMDM2025
#MADANIBekerja
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1ZTVc2MxiA/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DPwRnrqks89/?img_index=3&igsh=ZGZ1eGNubTgyNXNw
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1977757100043546970?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPwRxyvDxz4?xmt=AQF0AIENJtX1c0gFRQw6d74gDOgr7FO_LHPSJ6pzXzbrRw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐅𝐞𝐬𝐭𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐈𝐝𝐞𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐚𝐢 𝐁𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐟𝐢𝐤𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧
Kemajuan tidak hanya lahir daripada kekuatan fizikal, tetapi daripada kekayaan minda dan daya cipta rakyatnya.
Festival Idea Perak 2025 menjadi wadah melahirkan generasi pemikir dan pencipta masa depan yang berani berfikir, mencabar norma dan mencipta perubahan.
#FestivalIdeaPerak2025
#GelombangIdeaNasional
#UiTMSeriIskandar
#MalaysiaMADANI
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSUyonudm/
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/19UMVSWmMq/?mibextid=WC7FNe
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DPwDijmktHd/?igsh=aDdzNjQwZW05Ym00
📱YouTube: https://youtu.be/GWgGCaUFibE?si=skXJOlVVpg-U8uHw
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐒𝐢𝐚𝐠𝐚, 𝐁𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐣𝐚𝐠𝐚
Hari ini saya berpeluang menyempurnakan Majlis Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2025 dan meraikan 10 tahun penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Padang FA Jerantut, Pahang.
Sambutan ini bukan sekadar simbolik tahunan, tetapi isyarat nasional bahawa kesiapsiagaan mesti menjadi budaya rakyat Malaysia, yang digembleng bersama di antara Agensi Kerajaan, pemimpin, komuniti dan seluruh anggota masyarakat.
Ketika saya mula mengilhamkan penubuhan NADMA 10 tahun lalu, matlamatnya agar Malaysia mempunyai sistem pengurusan bencana yang tersusun, tangkas dan bersepadu. Alhamdulillah, matlamat itu bukan sahaja berjaya direalisasikan, malah NADMA kini telah menjadi tulang belakang kesiapsiagaan negara.
Pada majlis ini juga, saya telah mengumumkan pembinaan Pusat Pemindahan Bencana Kekal (PPBK) di Daerah Jerantut sebagai
sebahagian daripada strategi jangka panjang Kerajaan dalam memperkukuh kesiapsiagaan bencana di peringkat komuniti.
Saya juga berkesempatan menyaksikan demonstrasi oleh Agensi Tindak Balas yang mempamerkan ketangkasan anggota, keupayaan aset dan kelengkapan penyelamatan di lapangan. Aksi pantas dan berdisiplin mereka mencerminkan kesiapsiagaan sebenar yang menjadi benteng pertama negara ketika bencana melanda.
Diharapkan segala inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan khususnya melalui NADMA mampu memartabatkan nilai dan semangat kebersamaan, serta menjadikan Malaysia terus kuat dan bersedia menghadapi apa jua kemungkinan.
#BKN2025
#NADMA10Tahun
#SentiasaSiagaBencanaTerjaga
#MalaysiaMADANI
#KesiapsiagaanNasional
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/14FktayJNA2/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DPv7w7cEpo8/?igsh=bjF6ZnJ0dWdwdTE0
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1977709210411683871?t=zHdVXpHcs60PPx8loI9KYA&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPv8JcrkkfK?xmt=AQF0QkzlmwZPqpFAqgCB8fs6RR2PujyuHW2yw5YVPVjEVw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐊𝐢𝐥𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐭𝐢𝐚𝐫𝐚 𝐔𝐏𝐌: 𝐓𝐢𝐠𝐚 𝐃𝐞𝐤𝐚𝐝 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
Kembali ke Universiti Putra Malaysia (UPM) mengundang nostalgia yang mendalam.
FBMK bukan sekadar fakulti, tetapi tempat yang membentuk jiwa, ketahanan dan semangat perjuangan saya.
Terima kasih UPM dan FBMK atas segala ilmu dan kenangan yang membina siapa saya hari ini.
#FBMKUPM #UniversitiPutraMalaysia
#AlumniUPM
#BerilmuBerbakti
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1EtQg9r5Y3/?mibextid=WC7FNe
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DPvoaOREhQ2/?igsh=MWw3dnBvN25tdTdnaQ==
📱Youtube:https://youtu.be/UHtnM2-qTr0?si=lBm0jZIoEa5OuIqv
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐚𝐩 𝐒𝐢𝐚𝐠𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐌𝐨𝐧𝐬𝐮𝐧 — 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭
Pagi ini di Jerantut, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) bagi memastikan seluruh jentera kerajaan berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi menjelang Monsun Timur Laut 2025/2026.
Musim monsun bukan sekadar tentang hujan dan banjir — ia tentang nyawa, keluarga, dan masa depan rakyat.
Kita tidak boleh leka walau sesaat. Kesiapsiagaan mesti bermula sebelum bencana tiba, bukan selepas ia melanda.
Sebagai bukti kesungguhan dan keprihatinan, Kerajaan telah memperuntukkan RM460 juta bagi pengurusan bencana tahun 2026.
Saya juga telah mengarahkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) diaktifkan lebih awal di semua peringkat sebagai langkah pencegahan proaktif.
Kekuatan kita bukan terletak pada peralatan semata-mata, tetapi pada semangat kerjasama antara agensi, kerajaan negeri, NGO dan rakyat.
Inilah benteng sebenar kita menghadapi setiap ujian.
Insya-Allah, dengan perpaduan dan kesepakatan, kita mampu hadapi setiap cabaran bersama, demi keselamatan rakyat.
#KesiapsiagaanBencana #JPBP2025 #NADMA
#MalaysiaMADANI #UntukRakyat #RancakkanMADANI
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1FKADHFzdP/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DPvYc7SkiTt/?igsh=NzM2enR6djF5aG40
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1977631524477665566?t=LsIIQJjVA60u9owWcN_uIQ&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPvYx2Pksc8?xmt=AQF0KX6wrO9Nhn83L1EeBdiijEQb6KtkKOoV-daXwuB7rQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐨𝐧𝐬𝐞𝐫𝐭 𝐁𝐮𝐝𝐢 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚: 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐧𝐢
Konsert Budi Kasih Malaysia mengingatkan kita bahawa seni adalah jiwa bangsa.
Ia bukan sekadar hiburan, tetapi wadah perjuangan yang menyatukan hati dan menyuarakan nilai kemanusiaan.
Tahniah Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) dan semua insan seni yang terus menghidupkan semangat dan warisan budaya negara.
#KonsertBudiKasih2025 #YKAT
#SeniJiwaBangsa #RancakkanMADANI
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSUUpwn3J/
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1KVf8CJ5pZ/?mibextid=WC7FNe
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DPuwiJdEtuG/?igsh=bHY3NHppaGdoZ2E2
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐐𝐢𝐚𝐦𝐮𝐥𝐥𝐚𝐢𝐥 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐔𝐤𝐡𝐮𝐰𝐚𝐡, 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐮𝐛𝐮𝐫 𝐈𝐦𝐚𝐧
Alhamdulillah, pagi ini saya berpeluang bersama para jemaah menunaikan Qiamullail di Masjid Tengku Ahmad, Jerantut, Pahang sempena Program Rehlah MADANI Siaga yang menjadi acara pembuka tirai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2025.
Suasana pagi yang penuh tenang dan damai ini mengingatkan kita bahawa kesiapsiagaan sebenar bermula dari kekuatan rohani. Apabila hati disiapkan dengan iman, jasmani dan mental akan lebih teguh menghadapi setiap ujian kehidupan dan cabaran negara.
Bayan Subuh hari ini disampaikan oleh Maulana Ahmad Lutfi turut meninggalkan kesan mendalam. Beliau mengingatkan bahawa:
“Keberkatan Allah datang apabila hati manusia diperbetulkan dengan iman, dan akhlak disuburkan melalui amal.
Usaha dakwah ini bukan tugas segelintir, tetapi tanggungjawab kita semua untuk memperbaiki diri, membimbing masyarakat dan menegakkan kebaikan.”
Sesudah majlis, saya berkesempatan bersarapan dan beramah mesra bersama para jemaah.
Wajah-wajah penuh kasih dan semangat beginilah yang menjadi sumber kekuatan saya untuk terus berjuang agar Malaysia kekal selamat, sejahtera dan diberkati.
Semoga ukhuwah yang terjalin pada pagi penuh barakah ini memperkukuh hubungan antara masyarakat dan agensi kerajaan berpaksikan nilai ihsan, kebersamaan dan kesiapsiagaan.
#RehlahMADANISiaga
#BKN2025
#NADMA
#KesiapsiagaanMADANI
#KebersamaanUmmah
#MalaysiaMADANI
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1Cd3VEyEBQ/
📱IG:
https://www.instagram.com/share/p/BAPLtFzLSd
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1977525149189755048?t=D-FiHJQ4uSeCBB0rCGrgKQ&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPuofrsEpba?xmt=AQF0FxPPUXCRIkXbYBpZz30PvmHf0ngffhHn7zo6X6yHdA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐑𝐄𝐇𝐋𝐀𝐇 𝐋𝐈 𝐒𝐀’𝐀𝐃𝐀𝐓𝐈𝐋 𝐔𝐌𝐌𝐀𝐇 — 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 & 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡
Sebagai pembuka tirai kepada Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Negara (BKN) 2025, malam ini saya berkesempatan hadir dalam Majlis Rehlah Perdana: Rehlah MADANI Siaga yang dianjurkan oleh NADMA Malaysia dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut, bertempat di Masjid Tengku Ahmad, Taman LKNP, Jerantut, Pahang.
Majlis ini bukan sekadar program, tetapi manifestasi semangat kebersamaan seluruh masyarakat menjayakan satu usaha yang diterjemahkan dengan penuh hikmah oleh NADMA dalam membina kesiapsiagaan nasional berasaskan pendekatan “whole-of-society”.
Dalam majlis yang penuh nilai spiritual dan kemasyarakatan ini, saya amat tersentuh dengan kata-kata Maulana Helmi, Pengasas Madrasah An-Nabawiyyah Lid Dirasatil Islamiyyah Pulau Tawar, yang mengingatkan kita bahawa:
_Setiap daripada kita memiliki peranan dalam membina keselamatan ummah. Ilmuan menyumbang dengan ilmunya, agamawan dengan dakwahnya, pemimpin dengan amanahnya, dan para petugas NADMA dengan pengorbanannya._
Jangan pandang kecil usaha mereka,kerana menyelamatkan nyawa dan bersiap siaga sebelum bencana melanda itulah juga ibadah yang besar pahalanya di sisi Allah. Mereka bukan sekadar bertugas di lapangan, tetapi menunaikan amanah kemanusiaan yang dituntut agama.
Kata-kata ini benar-benar menyentuh hati dan membuka kesedaran, bahawa kesiapsiagaan bukan hanya tanggungjawab kerajaan, tetapi amanah seluruh rakyat.
Marilah kita sama-sama mempertaut ukhuwah, memperteguh nilai ihsan, dan berdoa agar segala usaha kesiapsiagaan negara sentiasa dipermudahkan oleh Allah SWT.
#RehlahMADANISiaga #BulanKesiapsiagaanNegara #NADMA
#KesiapsiagaanUmmah
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/19wvMtJ7Ut/
📱IG:
https://www.instagram.com/share/p/BAV4gJ014V
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1977390414761259346?t=ev1gOPpzvbl7vu0RAug6nA&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPtrTYskqw4?xmt=AQF0ritxMIcnQSqP4ALvQ-ivZkjl2J99D_8JFkxgDv8p5w&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐚𝐝𝐫𝐚𝐬𝐚𝐡, 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐈𝐥𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐉𝐢𝐰𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
Saya berasa amat terharu dan bersyukur kerana berpeluang menziarahi Madrasah An-Nabawiyyah Lid Dirasatil Islamiyyah di Pulau Tawar, Jerantut sebuah institusi pendidikan Islam yang telah berdiri teguh selama 15 tahun, menjadi pelita ilmu yang tidak pernah padam.
Saya sentiasa memandang tinggi pendidikan madrasah seperti kerana ianya bukan sekadar pusat pengajian, tetapi lambang keberkatan perjuangan lalu, tetapi kesinambungan warisan ulama dan pejuang bangsa yang diilhamkan daripada semangat tokoh-tokoh agung seperti Mat Kilau, Tok Gajah dan wira-wira yang mengajar kita erti keberanian, keteguhan iman, dan cinta pada tanah air.
Melihat komitmen yang tinggi oleh para pengajar pengajar yang berdedikasi mwngajar ilmu agama dan kemahiran moden, saya yakin, madrasah ini akan terus melahirkan generasi Al-Quran yang berkemahiran, berakhlak dan berjiwa perjuangan selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memperkasa pendidikan Islam dan membina masyarakat yang berilmu dan berintegriti.
Semoga Madrasah An-Nabawiyyah terus gemilang sebagai mercu ilmu, benteng akidah, dan taman rohani umat di Jerantut serta seluruh Pahang Darul Makmur.
#MadrasahAnNabawiyyah #PendidikanIslam #TVETMadani #IlmuDanPerjuangan #MalaysiaMADANI
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/18EgizFRYG/
📱IG:
https://www.instagram.com/share/p/_gNuiztNm
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1977359377725350320?t=GzzsxW6o6jKltvoCrUVtPA&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPtc9sAj3SL?xmt=AQF0Cv3rccILB6LrE4ZiNlKsgbrfyEboiE-QD2BqoxSchw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐚𝐫𝐥𝐲-𝐓𝐡𝐢𝐧𝐚𝐚𝐡 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐀𝐫𝐭𝐢𝐤 𝟐𝟎𝟐𝟓
Alhamdulillah!
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada beregu wanita negara, Pearly Tan – M Thinaah, atas kejayaan menjuarai Terbuka Artik 2025, sekali gus merangkul gelaran kedua Jelajah Dunia BWF musim ini.
Kejayaan ini membuktikan bahawa semangat juang, disiplin tinggi dan keazaman tanpa mengenal erti putus asa mampu mengangkat nama Malaysia di pentas dunia.
Kalian bukan sahaja kebanggaan negara, malah sumber inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia. Ayuh kita terus berdiri teguh di belakang wira dan wirawati sukan tanah air, memberikan doa dan sokongan padu agar lebih banyak kejayaan dapat dilakar untuk Malaysia!
Malaysia Juara, Malaysiaku Boleh!
#Juara
#KejohananTerbukaArtik2025
#MalaysiaBoleh
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17NxsY2RP8/?mibextid=WC7FNe
📱IG: https://www.instagram.com/p/DPtYjxOkk7P/?igsh=emE1cDJjaGw4cHVn
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1977351043634835783?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPtZDxKDy2o?xmt=AQF0jR4gStqny8uDNDYfQyRRQiimtnpUgfxMx4XtElKq7A&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐁𝐮𝐢𝐥𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐚𝐝𝐞𝐫𝐬 𝐨𝐟 𝐂𝐨𝐧𝐬𝐜𝐢𝐞𝐧𝐜𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐚𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧
I was truly pleased to be among our young leaders at the International Young Future Leaders Summit (iFUTURE 2025) an inspiring platform that united youth from around the world to reimagine the future of leadership built on humanity, compassion, and justice.
It was an honour to officiate this initiative by the Ministry of Higher Education, which nurtures future leaders who will serve with empathy, sincerity, and courage.
In the digital age, technology is a powerful tool but it must be guided by values. Use it not to divide, but to unite - not to inflame hatred, but to spread hope.
iFUTURE is not about who will lead the world, but how the world should be led. If we can learn to listen, to collaborate, and to speak as one voice that voice can echo for those who cannot speak for themselves, including our brothers and sisters in Palestine.
May this generation rise with courage and conviction, to be the voice of justice and the light of peace. InsyaAllah.
#iFUTURE2025 #FutureLeaders #MalaysiaMADANI #YouthLeadership #GlobalLeadership
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/19gCTXzHSW/
📱IG:
https://www.instagram.com/share/p/BAbC5LYYu3
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1977335137718481330?t=d75J7iZDGMt1vaOGFGG8nQ&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPtSCXhj1SR?xmt=AQF0YWePZDYPIQGHwxXw2ZEgSHvLsXD8WZbGU_v2gqfKLg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐏𝐮𝐓𝐄𝐑𝐀𝟑𝟓 @ 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐀𝐌
Saya berasa terharu melihat semangat anak muda yang menjadi nadi masa depan negara. PuTERA35 – Pelan Transformasi Bumiputera 2035 bukan dasar baharu, tetapi kesinambungan perjuangan bangsa yang diasaskan melalui institusi seperti MARA dan UiTM.
PuTERA35 ialah ikrar nasional untuk memperkukuh ekonomi Bumiputera secara mapan dan inklusif, agar tiada yang tertinggal dalam arus kemakmuran negara. Walaupun masih ada jurang pemilikan dan penguasaan ekonomi, langkah-langkah pembetulan sedang giat dilaksanakan bagi memastikan Bumiputera terus maju dan berdaya saing.
Saya percaya gabungan kekuatan TVET dan keusahawanan akan menjadi pemangkin masa depan Bumiputera. UiTM berpotensi besar untuk diangkat sebagai Global TVET Entrepreneur University, melahirkan graduan yang bukan sekadar mencari kerja, tetapi mencipta peluang dan kekayaan baharu.
Generasi muda hari ini mesti menjadi penggerak utama agenda Bumiputera, bukan sekadar penerima dasar. Jadilah Jurucakap Muda PuTERA35 yang menyebarkan semangat perjuangan ini ke kampus, komuniti dan dunia digital.
Dengan komitmen kerajaan termasuk RM6 bilion untuk pendidikan Bumiputera, saya yakin PuTERA35 akan melahirkan generasi 2035 yang berilmu, berdaya saing dan berjiwa perjuangan. PuTERA35 mesti hidup dalam jiwa kita semua.
#PuTERA35 #AgendaBumiputera #UiTM #MARA #TVETMalaysia #EkonomiBumiputera #Transformasi2035
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1E6MNC9MN9/
📱IG:
https://www.instagram.com/share/p/BAOk1-GiJY
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1977287800048566639?t=KMbw3fi7Ex0gTUQyPBsh9A&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPs8fb-D8hj?xmt=AQF0hGalJePrAqbbco8fgifi4tllq0TUIyzwPBOD6b9mSg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐈𝐥𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤
Walaupun dah hampir 11 malam, semalam saya sempat singgah ke kelas pengajian Sekolah Politik UMNO di WTC Kuala Lumpur dan menyantuni para pelajar yang hadir dengan semangat yang tinggi untuk menimba ilmu perjuangan.
Alhamdulilah, dalam ruang waktu singkat itu - saya melihat sinar masa depan pada wajah mereka, anak-anak muda yang datang dengan tekad untuk memahami politik sebagai medan khidmat dan amanah untuk membela rakyat serta mempertahankan maruah bangsa.
Ilmu politik yang diasaskan di sini bukan sekadar teori, tetapi asas kepada pembinaan jati diri, idealisme dan daya juang generasi pelapis yang akan meneruskan perjuangan UMNO dan negara.
Kepada para pelajar, teruslah belajar, berfikir dan berjuang dengan hati yang ikhlas. Jangan takut berbeza pandangan, tetapi pastikan perbezaan itu membawa kita lebih dekat kepada kebenaran dan kemajuan.
InsyaAllah, UMNO akan terus menjadi wadah yang membimbing generasi muda agar matang berpolitik dengan adab, berhujah dengan ilmu, dan berkhidmat dengan kasih sayang kepada bangsa dan tanah air.
Ada yang nak join juga Sekolah Patriotik UMNO?
#SekolahPolitikUMNO
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1D2y38cSR4/
📱IG:
https://www.instagram.com/share/p/BAOJZNF9kQ
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1977270994495836467?t=vgcjswWGtgYLoDmd277BoA&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPs0xPmD2-t?xmt=AQF0TDrtbKbruHd_MXH2lZztFO-2veYF6CdF6I4Evp_7Dw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐲𝐋𝐞𝐬𝐞𝐧 𝐁𝟐: 𝐌𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐛𝐢𝐥𝐢𝐭𝐢, 𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐛𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭
Saya mengakhiri perjalanan saya di Perak pada hari ini dengan pulang ke Bagan Datuk bagi bersama-sama meraikan detik bermakna bersama 650 penduduk dalam Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen (B2) Peringkat Negeri Perak Tahun 2025.
Program anjuran Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperluas akses mobiliti rakyat, mengurangkan beban kewangan keluarga B40, serta meningkatkan keselamatan jalan raya melalui latihan pemanduan yang sah dan bertauliah.
Tahniah saya ucapkan kepada semua penerima lesen pada hari ini yang terdiri daripada pelajar sekolah, mahasiswa IPT dan belia tempatan.
Pesanan saya, tungganglah motosikal dengan berhemah, patuhi undang-undang jalan raya dan jadikan keselamatan diri serta pengguna lain sebagai keutamaan.
Insya-Allah, usaha sebegini akan terus diperkasa demi memastikan setiap rakyat, tanpa mengira latar belakang, diberi peluang yang adil untuk bergerak maju dan menyumbang kepada kemajuan negara.
#MyLesenB2
#JPJ #MOT
#BaganDatuk #Perak
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/19fFvcQaQe/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAN8PRevi5
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1977001791666765952?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPq6S-lDzTM?xmt=AQF0zfLf2cnpusFaao_vsDBEaeQ5846L5cQ0VspucNC7MQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
