ch
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

前往频道在 Telegram

显示更多
未指定国家未指定类别
364
订阅者
+224 小时
+37
+230
帖子存档
𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐄𝐀 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝: 𝐒𝐤𝐮𝐚𝐝 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐤 𝐓𝐚𝐤𝐫𝐚𝐰 & 𝐁𝐞𝐫𝐞𝐠𝐮 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐁𝐚𝐝𝐦𝐢𝐧𝐭𝐨𝐧 𝐓𝐚𝐤𝐥𝐮𝐤 𝐄𝐦𝐚𝐬 Tahniah dan syabas Malaysia! Hari ini satu lagi detik bersejarah buat negara kita apabila penantian selama 34 tahun akhirnya berakhir dengan kejayaan skuad sepak takraw negara merangkul pingat emas acara regu berpasukan di temasya Sukan SEA Thailand 2025! Alhamdulillah, kejayaan ini turut menyaksikan Malaysia menewaskan musuh tradisi dan juara bertahan, Thailand. So proud of you, guys! Saya pasti kejayaan ini tidak datang dengan mudah. Tahniah buat semua termasuk di belakang tabir yang telah menghasilkan kejayaan bermakna ini. Tidak dilupakan, our favourite Pearly Tan dan M. Thinaah berjaya menamatkan kemarau 10 tahun pingat emas Sukan SEA bagi acara beregu wanita. Tahniah! Kejayaan-kejayaan ini membuktikan semangat juang yang tinggi, disiplin serta kesungguhan para atlet dalam mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk ramai lagi atlet untuk mencapai lebih kejayaan dalam temasya ini. InsyaAllah. Yang tidak berjaya hari ini, tak mengapa.. teruskan kerja keras, kami yakin gold medal akan menjadi milik anda satu hari nanti. Keep it up! #TeamMAS #SukanSEAThailand2025 #Badminton #SepakTakraw 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/16fUuMjaGe/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSPs1EqEnnu/?igsh=MWZsZWVyOG9td2Z3cQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2000194699332898974?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSPtSU2j3tJ?xmt=AQF0Crlyub72A-AE_W9OWYbxVlNVWTtzGUwPlwSq2KnEpeyWNAUOhespAVoqJPWCa8Pq5SSw&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐫𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐈𝐏𝐅 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐒𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐚𝐧, 𝐃𝐞𝐧𝐲𝐮𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 Selesai sahaja Perhimpunan Agung Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF Malaysia) sebentar tadi, saya pulang dengan hati yang benar-benar tersentuh melihat semangat dan kesetiaan keluarga besar IPF yang tidak pernah goyah sejak lebih tiga dekad bersama kita. IPF telah menempuh perjalanan panjang sejak lebih tiga dekad yang lalu, melalui pelbagai cabaran dan perubahan. Di bawah kepimpinan Datuk T.Loganatan, saya melihat semangat yang konsisten untuk terus bekerjasama dalam kerangka besar Barisan Nasional. Sebagai Pengerusi BN, saya amat menghargai komitmen ini sebagai satu bentuk kepercayaan dan kesediaan untuk terus membina masa depan BN secara kolektif. Saya turut mengingatkan bahawa dalam politik, kita semua sedang melalui fasa yang menguji kesabaran dan kebijaksanaan. Ada masa kita diuji ketika berada di luar kuasa, dan ada masa kita diuji ketika diberi sedikit ruang kuasa. Namun saya percaya, dengan kesabaran dan gerak kerja yang tersusun, kita akan dapat melangkah ke hadapan dengan lebih kukuh. Yang penting, setiap keputusan mesti dibuat secara berhemah, tanpa desakan emosi dan berlandaskan kepentingan bersama. Apa yang saya lihat hari ini adalah semangat baharu yang menyatukan kita untuk terus memperkukuh perjuangan BN dalam wajah politik yang semakin kompleks. Perhimpunan ini mengingatkan kita bahawa kekuatan sesebuah gabungan bukan hanya terletak pada bilangannya, tetapi pada iltizam untuk bekerja bersama, saling melengkapi dan menghormati peranan masing-masing. Insya-Allah, dengan kesatuan hati dan fokus yang jelas, kita akan terus membawa perjuangan ini ke arah masa depan yang lebih stabil sekali gus memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya. #PerhimpunanIPF #IPFMalaysia #BN #BarisanNasional 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1KA3j2viWw/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSPAw8kknzK/?igsh=ZzU1c3NmbXJwcDFl 📱X: https://x.com/i/status/2000097503937474756 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSPBJtOj_1S?xmt=AQF0YomPTomLbsF6pZqyQisAwtp3LZyPCdaceEYTWmXrzsAxz7b7TmFOiDHmxQ4XG22KZpE&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐤𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐔𝐤𝐡𝐮𝐰𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐤𝐨𝐤 Semasa di Bangkok, saya turut berpeluang untuk hadir menyantuni warga Kedutaan Besar Malaysia di bangunan baharu mereka di Bangkok dalam satu sesi makan tengah hari bersama. Terima kasih saya ucapkan atas layanan yang begitu baik kepada saya dan delegasi sepanjang lawatan kerja di sini. Walaupun lawatan singkat, Alhamdulillah segala aturan kita dipermudahkan oleh-Nya. Saya sentiasa mendoakan semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan mempermudah urusan warga kedutaan dalam terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. #EmbassyOfMalaysia #MalaysianEmbassyBangkok #MalaysiaThailand #Bangkok #Thailand 📱FB: https://www.facebook.com/share/1BsUPmQHM9/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSKTNmdkpbY/?img_index=3&igsh=bnB0ZmJmcHprZzZ2 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1999434344713322634?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSKTO45j_yx?xmt=AQF0SHwN5Fnm3iU1K6xua9EP_Ao-IejCC_jDpqyRTsdyhHaHGeESlvf9PTksTuYc4YUouB4O&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐮𝐧𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐇𝐚𝐫𝐨𝐨𝐧, 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐤𝐨𝐤 Saya bersama delegasi berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Haroon yang terletak di tengah-tengah kesibukan pusat bandar. Masjid ini bukanlah asing buat saya kerana saya pernah berkunjung ke sini sebelum ini. Alhamdulillah, saya gembira melihat pelbagai penambahbaikan yang telah dilaksanakan untuk keselesaan jemaah. Kemudahan dan ruang yang tersedia kini telah dapat menyokong pelbagai aktiviti bermanfaat khususnya untuk komuniti Islam setempat. Selain daripada keindahannya dari sudut seni bina, masjid ini juga menarik dengan pelaksanaan khutbah Jumaat yang dimulakan dalam bahasa Thai dan disambung dalam bahasa Inggeris. Pendekatan ini menjadikan Masjid Haroon sebagai tumpuan komuniti Islam tempatan serta jemaah dari pelbagai negara yang berada di Bangkok. Kepada rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke Bangkok, Masjid Haroon boleh dijadikan salah satu persinggahan dan itinerari lawatan yang menarik bukan sahaja untuk menunaikan ibadah, tetapi juga untuk mengenali kehidupan komuniti Islam setempat. #SayyidulAyyam #MasjidHaroon #Bangkok #Thailand #MalaysiaThailand 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/16tm1zCzMy/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSKMXFNEqBD/?igsh=dGs2dmwxdDY0dm83 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1999419082182131900?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSKMg7Fj3i_?xmt=AQF0ABUK-Sh9FNQ0lZwkWSNgoBF0SgwjWv26MwMHluk7edQC6-T9WSOTib7gFT6HEb8upQQ&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐓𝐞𝐠𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐝𝐢 𝟏𝟒𝐭𝐡 𝐀𝐌𝐑𝐃𝐏𝐄 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐤𝐨𝐤 Alhamdulillah, saya telah selesai menyampaikan kenyataan Menteri di Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ke-14 (14th AMRDPE), mewakili Malaysia dalam membincangkan hala tuju strategik pembangunan luar bandar di peringkat serantau. Dalam pertemuan ini, saya telah menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkasa pembangunan luar bandar yang inklusif dan berdaya tahan, dengan penekanan kepada inovasi, penglibatan komuniti, pendigitalan serta peluasan TVET sebagai pemacu kesejahteraan rakyat dan usaha pembasmian kemiskinan. Saya turut berkongsi pelaksanaan inisiatif Desa Kirana yang menampilkan 25 destinasi agro dan ekopelancongan, selari dengan hasrat memastikan masyarakat luar bandar dapat memanfaatkan peluang ekonomi pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Bagi mengukuhkan kerjasama serantau, Malaysia telah mencadangkan penubuhan ASEAN Rural Development & Innovation Council (ARDIC) sebagai platform tetap untuk menyelaras dasar, berkongsi inovasi serta memperkukuh pembangunan luar bandar secara kolektif dalam kalangan negara ASEAN. Selaras dengan pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 6 Julai tahun ini, Malaysia juga akan memperkenalkan Hari Pembangunan Luar Bandar pada tahun hadapan bagi menonjolkan peranan penting komuniti desa dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs). Insya-Allah, Malaysia akan terus memainkan peranan yang aktif dan berwibawa dalam kerangka ASEAN demi memastikan komuniti luar bandar menjadi penerima manfaat utama pembangunan serantau menuju ASEAN 2045. #AMRDPE #ASEAN #MyASEAN2025 #KKDW #PejuangDESA #MalaysiaThailand 📱FB: https://www.facebook.com/share/17kq15fVsj/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSKGSvpEm5T/?igsh=MTczaHluMDB3a21jeQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1999405226487611882?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSKGRtkj_9r?xmt=AQF0bzg9pY4H5auzFsUbjlCYsba-jvyayn9JdcIMDf17ub4LtqI5-7Cb96tH93PIyxBjHRw&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐃𝐮𝐚 𝐎𝐫𝐠𝐚𝐧𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 Malam tadi saya menghadiri Official Dinner dan 7th AMRDPE Leadership Awards Ceremony bersama delegasi dari seluruh ASEAN. Majlis ini menjadi ruang untuk kami memperkukuh hubungan serantau dan berkongsi pandangan mengenai masa depan pembangunan luar bandar. Majlis tersebut turut membawa kebanggaan kepada Malaysia apabila dua organisasi tempatan, Energy Action Partners (ENACT) dan GE Nitrate Solutions telah menerima Anugerah Kepimpinan ASEAN sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mereka dalam pembangunan luar bandar dan usaha pembasmian kemiskinan. Penganugerahan ini membuktikan kemampuan rakyat Malaysia melahirkan penyelesaian inovatif yang memberi manfaat sebenar kepada komuniti, selaras dengan aspirasi ASEAN untuk membina wilayah yang lebih berdaya tahan dan inklusif. Tahniah saya ucapkan kepada kedua-dua organisasi atas pengiktirafan berprestij ini. Insya-Allah, Malaysia akan terus menyokong dan memperkukuh inisiatif seumpama ini demi memastikan masyarakat luar bandar menikmati peluang ekonomi dan sosial yang lebih baik melalui kerjasama serantau yang berterusan. #AMRDPE #ASEAN #MyASEAN2025 #KKDW #PejuangDESA #MalaysiaThailand 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1G7cwEjZrG/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSJVb3yEgwo/?img_index=8&igsh=OGlleTBwa2Rvd2wz 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1999298339964346457?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSJVfjHD1g-?xmt=AQF0mUEQjfBaRSRX-hn6c69cpiuFm8_Lgmn5Vg5_kQ8gio9YT4Tu8I-xOhKM11TomKTVcfuE&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐖𝐢𝐫𝐚 & 𝐖𝐢𝐫𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐚𝐫𝐚𝐭𝐞 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐢 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐄𝐀 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝 Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS), saya mengambil kesempatan untuk turun sendiri memberi sokongan kepada atlet-atlet negara yang beraksi di Sukan SEA Thailand 2025 di mana petang tadi telah berlangsungnya acara karate kata lelaki berpasukan. Saya sempat beramah mesra dan memberikan kata-kata semangat kepada skuad karate negara sebelum mereka beraksi. Alhamdulillah, pasukan negara kita telah menghadiahkan dua pingat buat Malaysia iaitu pingat perak bagi acara kata lelaki berpasukan dan pingat gangsa bagi acara kata wanita berpasukan. Tahniah saya ucapkan! Anda semua telah memberikan yang terbaik untuk negara. Terima kasih juga kepada barisan jurulatih, pegawai, serta penyokong yang sentiasa berada di belakang pasukan. Semoga kejayaan hari ini menjadi pembakar semangat untuk kontinjen Malaysia terus mengutip lebih banyak pingat sepanjang temasya ini. Kepada atlet-atlet lain yang bakal turun bertanding, saya ucapkan selamat maju jaya. Jaga diri, jaga kesihatan dan berjuanglah dengan penuh semangat! #TeamMAS #SEAGames2025 #Bangkok #Thailand 📱FB: https://www.facebook.com/share/17VHEPmwZh/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSH8uktknsv/?igsh=ZG5pNHZsZWNuYnFp 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1999103301158379550?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSH85gfD3Ft?xmt=AQF0soah7XtKmjGXxluqSjbW9aWU46yL3zu4A9CApsOUx5BQCbo2W43cQduEcMk31jb8ASA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐦𝐩𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝: 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝 Seterusnya, saya telah mengadakan pertemuan rasmi bersama Perdana Menteri Thailand, TYT Anutin Charnvirakul. Ini bukanlah pertemuan pertama kami tahun ini dan kesinambungan hubungan kerja yang baik ini membolehkan perbincangan kami berlangsung dengan lebih terbuka dan produktif. Pertemuan hari ini telah memberi ruang untuk kami meneliti beberapa perkara yang menjadi kepentingan bersama, termasuk kerjasama keselamatan serantau, kesiapsiagaan bencana rentas sempadan, pembangunan luar bandar serta usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand. Kami turut bersetuju untuk memperluas kerjasama dalam bidang TVET merangkumi latihan kemahiran, teknologi digital dan mobiliti pelajar. Selain itu, perbincangan turut membuka peluang baharu dalam pelaburan serta perdagangan halal antara kedua-dua negara. Malaysia amat menghargai hubungan erat dengan Thailand dan kekal komited untuk memperkukuh kerjasama ini demi manfaat rakyat serta masa depan ASEAN yang lebih stabil dan berdaya tahan. #MalaysiaThailand #Bangkok #Thailand #ASEAN #AMRDPE #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/19raEsmdn6/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSHpX-6kgxC/?igsh=MWwyZXh2aHJhNXRyaw== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1999060670516707556?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSHphz9j3AI?xmt=AQF0qBlyjmK0h0AK_Oa52i0_dF-LIj515JMqqmj6sL9wIQ4p7PqH0Z0ONx8TB13ahNArnBVp&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐤𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝 𝐝𝐢 𝐓𝐡𝐞 𝐍𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐀𝐬𝐬𝐞𝐦𝐛𝐥𝐲 𝐨𝐟 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝 Saya memulakan perjalanan rasmi di Bangkok hari ini dengan mengadakan pertemuan bersama sahabat lama saya, TYT Wan Muhamad Noor Matha, President of the National Assembly dan Speaker of the House of Representatives Thailand, di The National Assembly of Thailand. Pertemuan yang berlangsung ini mencerminkan hubungan akrab yang telah terjalin lebih sedekad antara kami. TYT Speaker telah menzahirkan penghargaan kepada Malaysia, khususnya kepada YAB Perdana Menteri atas peranan aktif dan sokongan Malaysia dalam membantu usaha diplomasi berkaitan konflik Thailand–Kemboja. Saya turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Thailand atas bencana banjir di wilayah selatan, termasuk di Hat Yai, serta merakamkan penghargaan atas kerjasama pantas pihak berkuasa Thailand yang membantu menyelamatkan 6,222 rakyat Malaysia yang terjejas. Pertemuan hari ini telah membuka ruang dalam mempertingkatkan kerjasama dua hala, termasuk dalam aspek pembangunan luar bandar, keselamatan, perdagangan dan mobiliti rakyat. Insya-Allah, saya dan delegasi Malaysia akan meneruskan rangka agenda kerja sepanjang hari ini dan esok bagi membawa pulang manfaat terbaik kepada rakyat dan negara. #MalaysiaThailand #Bangkok #Thailand #MyASEAN2025 #ASEAN #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17PtbVFZDt/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSHeHHokmKm/?igsh=ajVsd3gzbXY3bDR5 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1999035974656131083?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSHeUtzDwn4?xmt=AQF0z8hgIE8fiUe25DYW71hEBCKbrPnpYT3sqWsVh_XJXx23VjR9wXDtZBZ63GQTawzMHaDQ&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐫𝐞-𝐂𝐨𝐮𝐧𝐜𝐢𝐥 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐞𝐥𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐤𝐨𝐤 Saya memulakan tugas rasmi di Bangkok pagi tadi dengan mempengerusikan sesi pre-council bersama delegasi Malaysia bagi meneliti setiap agenda dalam rangka lawatan kali ini agar semuanya teratur dan mencapai objektif yang disasarkan. Hari ini diisi dengan beberapa pertemuan rasmi bagi memperkukuh kerjasama dua hala antara Malaysia dan Thailand, termasuk sesi pertemuan bersama Perdana Menteri Thailand, TYT Anutin Charnvirakul. Insya-Allah, esok saya akan mewakili Malaysia untuk menyampaikan Kenyataan Menteri pada Mesyuarat Peringkat Menteri-Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ASEAN Ke-14 (AMRDPE). Doakan agar segala urusan saya dan delegasi di Bangkok berjalan lancar, sekali gus dapat membawa pulang manfaat yang terbaik buat negara. #MalaysiaThailand #AMRDPE #ASEAN #KKDW #PejuangDESA #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1FDE7ZQtsk/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSHByk7EoLu/?igsh=ZnNyNHhtcDViODFm 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1998973606320292081?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSHBzyYj94y?xmt=AQF0NcWWSSjgWu9fQyRl20Ca-F6lzWXoH74G6BT28VsVhGEhIPxQF76Y5egD2SvK5Phfn19M&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya. Semoga Allah S.W.T lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan, kebahagiaan dan kebesaran serta diberkati pemerintahan Tuanku dengan rahmat, kemuliaan dan kewibawaan yang berpanjangan. Daulat Tuanku. 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1EtLi4RNoa/?mibextid=WC7FNe 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSGsSNzkuJr/?igsh=cGxqemJjMnE3ZnN1 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1998927173613445162?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSGsoJ8D76J?xmt=AQF07Rox4_H9zxrQM8VYe5c5B7z5LRx1XFvLyJ8ZEcLUojfwGjoqZU9pjbq3lukF_LWRw4U&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐢𝐬𝐢 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐤𝐞 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝 Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Bangkok, Thailand. Negara yang dikenali sebagai 𝑇ℎ𝑒 𝐿𝑎𝑛𝑑 𝑜𝑓 𝑆𝑚𝑖𝑙𝑒𝑠, kaya dengan budaya, kepelbagaian dan semangat serantau yang amat dekat dengan Malaysia. Insya-Allah, sepanjang lawatan kerja ini, saya akan mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Peringkat Menteri-Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ASEAN Ke-14 (AMRDPE), selain mengadakan sesi pertemuan bersama kepimpinan tertinggi Thailand. Semoga urusan sepanjang misi diplomasi ini dipermudahkan dan membawa manfaat besar kepada Malaysia, insya-Allah. #MalaysiaThailand #TheLandOfSmiles #AMRDPE #ASEAN #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/1Bp5iFqY7S/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSFLWPDEpDj/?igsh=NjlhZWs3bjJ1OHls 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1998713275215987125?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSFLV8kj3hI?xmt=AQF0SeXCyNwpkHi_Fu8etATdqd-CM220nSWaJ8CFLSPfiHgXHs9ht0xQNJ5S8Aamf1xo9IkE&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐌𝐊𝐓 𝐔𝐌𝐍𝐎 Malam ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat MKT UMNO di WTC Kuala Lumpur yang merupakan mesyuarat penting untuk memperkukuh hala tuju parti dan memastikan UMNO terus berdiri teguh dalam landskap politik yang mencabar. Mesyuarat dimulakan dengan tahlil dan doa buat Almarhum Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin. Pemergiannya satu kehilangan besar, namun semangat perjuangannya tetap hidup dalam jiwa UMNO. Alhamdulillah, perbincangan berjalan harmoni dan penuh kesepakatan. Insya-Allah, keputusan hari ini akan menguatkan gerak kerja kita dan memacu UMNO ke hadapan. Bersatu, Bersetia, Berkhidmat. #UMNO #UMNOMalaysia 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17UuXGQEmi/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSDMdhZElx-/?igsh=MWdsbmVreGNxdHl0ag== 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1998434369409843211?t=m7UtAkhrzdZ9aykZILkY6Q&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSDMx8Uj1nq?xmt=AQF06ISWw5QrVpk_nz4WQ7LwD5PbItas4awc6zqW0v-ztHG975QWqOkepnB7D037yFtwwoM&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Petang ini, saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tinggi Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (JTPPPD) bilangan 2/2025. Kerajaan komited memperkemas tatakelola melalui pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi memastikan kawal selia yang lebih teratur, pangkalan data yang sahih serta pengurusan yang menepati kepentingan dan keselamatan negara. Data semasa menunjukkan berlaku peningkatan ketara dalam kes jenayah melibatkan pelarian dan pemohon suaka, dengan 899 kes dan 1,148 tangkapan direkodkan dari tahun 2023 hingga 2025. Daripada jumlah ini, 90.2% melibatkan lelaki, manakala 97.5% tangkapan terdiri daripada warga Myanmar, diikuti Bangladesh, Yaman dan Thailand. Atas faktor keselamatan, ekonomi dan keharmonian sosial, kerajaan menekankan bahawa DPP bukanlah satu keistimewaan kepada pelarian, sebaliknya mekanisme kawal selia bagi mengurangkan risiko jenayah, mengekang penyalahgunaan dokumen serta memperkukuh kesiapsiagaan negara. Insya-Allah, melalui kerjasama antara agensi dan pelaksanaan dasar yang lebih tersusun, kerajaan akan terus memastikan keselamatan rakyat terpelihara dan perkhidmatan awam dapat disampaikan dengan lebih berkesan. #KeselamatanNegara #PengurusanPelarian #Kemanusiaan #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1AAF6jsazm/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DSACFtyEgpm/?igsh=cXJjNjI5M3Flc3Fv 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1997989258460541147?t=uErNxsDrZgSTzWkibOtblA&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DSACYI1j64H?xmt=AQF0noggzp0ryBvRKKWpuapm_sv3RblDsvPMPwKR8PcsysrzsOhwkvVkqB82t6ceOM8JgZs&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐅𝐞𝐬𝐌𝐚’𝟐𝟓 𝐃𝐢𝐦𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐥 Saya kongsikan momen ketika berada di Majlis Perasmian Festival KEMAS 2025 (FesMa’25) di MAEPS Serdang, yang turut diserikan dengan acara kemuncak Grand Finale Akademi Alpha Gen Talents@KEMAS. Semoga usaha ini terus memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak dan melahirkan generasi yang beradab, berilmu dan berjiwa al-Quran, insya-Allah. #FesMa25 #KEMAS #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DR_ynr1Eg2l/?igsh=aDAxbHJqNXNjcDQy 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/16oyDyyJjX/ 📱YouTube: https://youtu.be/-f1UcLIlYnI?si=d8mIYNC4IT3X70Ob 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐊𝐚𝐛𝐢𝐧𝐞𝐭 𝐓𝐚𝐭𝐚𝐤𝐞𝐥𝐨𝐥𝐚 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟖 𝐁𝐢𝐥.𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟓 Saya memulakan hari ini dengan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) Siri 8 Bil.3/2025 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri di Putrajaya. Melalui perbincangan rentas kementerian, kita akan terus menambah baik sistem penyampaian, memperkukuh integriti dan memastikan dasar dilaksana dengan lebih telus dan berkesan. Insya-Allah, usaha berterusan ini akan membawa negara ke arah pentadbiran yang lebih mampan dan berdaya saing. #TatakelolaNasional #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1UW1nST4Ws/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DR_hkYZEm3m/?img_index=2&igsh=MWl3OW52aWl0NG1oeQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1997917711633113358?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DR_huYOj8gR?xmt=AQF00cgDxe9-ZrN4TnSpyPoYlhk3mJcmJl2Rgk_wfPOS8k_QZiVT2_AYSnd9bpeL1JdFxrY&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐠𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐌𝐋𝐁𝐁 Malam tadi, Kuala Lumpur bergema dengan sorakan yang luar biasa. Saya sendiri dapat merasakan semangat ribuan anak muda yang hadir dan Alhamdulillah, kita semua menjadi saksi saat bersejarah apabila Malaysia muncul juara Grand Final World Esports Championship (WEC) MLBB 2025. Bukan sekali, tetapi 𝑏𝑎𝑐𝑘-𝑡𝑜-𝑏𝑎𝑐𝑘 𝑐ℎ𝑎𝑚𝑝𝑖𝑜𝑛𝑠! Kemenangan bersih 3-0 ke atas Cambodia membuktikan bahawa anak-anak muda kita sememangnya berada pada kelas dunia. Tahniah saya ucapkan kepada semua pemain, jurulatih, pegawai pasukan dan barisan sokongan. Kemenangan ini bukan sekadar mengangkat nama Malaysia di pentas dunia, tetapi membuktikan bahawa bakat e-sukan kita setanding pencabar global. Sebagai tuan rumah WEC 2025, Malaysia sekali lagi menunjukkan kemampuan menganjurkan kejohanan bertaraf dunia. Terima kasih juga saya ucapkan kepada MESF, KBS, IESF, para penggiat industri dan komuniti e-sukan yang menjadikan acara ini begitu luar biasa. Insya-Allah, Kerajaan akan terus menyokong pertumbuhan e-sukan sebagai industri masa depan yang mampu membuka peluang kerjaya, membina ekonomi digital dan melahirkan lebih ramai wira negara. Tahniah Malaysia! Kita juara dunia sekali lagi! 🇲🇾🔥 #WEC25 #MLBB #MalaysiaJuara #EsportsMalaysia 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1DJkfNotZu/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DR-7XtRkpAi/?igsh=MW81N3YxZjF6Mmo1cg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1997833570032013420?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DR-7TkAj5XY?xmt=AQF0WlbJ01m6O3F1saRxRHzEW43KPEmuonaIQ_IXXwDBHqqLi9w4xCesMrLCwr2XCqjQndQ&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐓𝐢𝐫𝐚𝐢 𝐑𝐚𝐧𝐜𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐤𝐮 Usai sesi forum pagi tadi, saya bersama YAB Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Majlis Perasmian Penutupan Program Rancakkan MADANI bersama Malaysiaku di Dataran Putrajaya. Sejak pagi, saya melihat ribuan pengunjung memenuhi ruang acara, hadir dengan penuh semangat untuk mendekati Kerajaan, memahami dasar-dasar negara dan merasai sendiri ekosistem Malaysia MADANI. Alhamdulillah, sambutan ini menunjukkan sokongan rakyat untuk bersama-sama membina masa depan negara. Saya juga berpeluang berkongsi pentas dalam sesi Townhall bersama YAB Perdana Menteri. Dalam sesi tersebut, saya berkesempatan untuk berbicara tentang perkara yang amat dekat di hati saya antaranya transformasi desa yang kita jayakan dalam tempoh tiga tahun ini, usaha memperkukuh pendidikan inklusif kepada anak-anak desa dan komuniti Orang Asli, serta agenda pemerkasaan TVET yang menjadi tulang belakang tenaga mahir negara. Insya-Allah, kami akan terus bekerja sehabis baik, memperkukuh dasar, mempercepatkan penyampaian dan memastikan setiap inisiatif Kerajaan benar-benar sampai kepada rakyat. #3TM #MengupayaDesaMenjulangNegara #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1CUAzDGk1r/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DR88tJ4krlC/?igsh=MWd2bXcyNnBwYm16cA== 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1997599217221779475?t=Kq-0hL1Ay5irRev3-1SlkA&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DR9REXyD0su?xmt=AQF0ORU6K2jTV4asmhPRycj9ENUv5V4BsjcE2oLO5FF95hzHBeMGgFS019tzg-dVBD_QbvA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐆𝐢𝐠 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚, 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 RUU Pekerja Gig 2025 menjadi mercu tanda penting apabila lebih 1.2 juta pekerja gig kini dilindungi melalui undang-undang baharu. Ini merupakan satu langkah bersejarah untuk memastikan kebajikan mereka terus terjamin dan terpelihara. Dalam masa sama, kesiapsiagaan bencana negara juga terus dipertingkatkan menerusi 1,798 stesen hidrologi telemetri, 197 kamera pemantauan, 36 model ramalan banjir dan 614 siren amaran awal di kawasan berisiko. Keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. #3TM #MengupayaDesaMenjulangNegara #EkonomiGig #KesiapsiagaanBencana #RancakkanMADANI #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BqTFMQA1c/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DR9Go5QkoY_/?igsh=c3Y2bnZxM3FhMWhm 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1997576886248255585?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DR9GqnFj71e?xmt=AQF0VnsRFwaUACK9RSW2hmg01_sBwWOwv88gy88LFHFTfRanA-oS1ROQ6N9y_q1sOURXGu4&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐀𝐰𝐚𝐦 Pagi tadi, saya bersama sahabat saya YAB Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof dalam satu sesi Forum yang membincangkan topik Retrospektif dan Pemetaan Jalan ke Hadapan bersama para penjawat awam di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin. Dalam sesi ini, saya telah berkongsi pencapaian yang telah kita capai bersama sepanjang tiga tahun di bawah Kerajaan MADANI di mana ianya merupakan satu perjalanan yang penuh cabaran, tetapi juga sarat dengan hasil dan kemajuan yang memberi manfaat kepada rakyat. Saya amat menghargai sesi seperti ini kerana ia membuka ruang terus kepada kami di peringkat kepimpinan negara untuk menjelaskan hala tuju, dasar serta usaha yang sedang digerakkan, terus kepada penjawat awam yang menjadi tulang belakang pelaksanaan di lapangan. Saya turut melontarkan beberapa pandangan untuk kita gerakkan bersama termasuk keperluan memperkukuh peranan penjawat awam sebagai penggerak utama penyampaian dasar, mempercepatkan 𝑡𝑖𝑚𝑒-𝑡𝑜-𝑑𝑒𝑙𝑖𝑣𝑒𝑟𝑦, serta memperkasa budaya 𝑢𝑝𝑠𝑘𝑖𝑙𝑙𝑖𝑛𝑔 melalui penguasaan AI, data, ekonomi dan hal ehwal global agar perkhidmatan awam kekal kompetitif, responsif dan relevan dalam dunia yang semakin pantas berubah. Saya berharap sedikit perkongsian pengalaman dan wawasan yang disampaikan tadi dapat menyuntik inspirasi dan keyakinan kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan tekad dan berintegriti. Insya-Allah, bersama-sama kita akan terus menggerakkan negara ke arah masa depan yang lebih maju, stabil dan sejahtera. #3TM #MengupayaDesaMenjulangNegara #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Av94sgZUD/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DR88tJ4krlC/?igsh=MWd2bXcyNnBwYm16cA== 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1997555390620581983?t=oPHbsb4j8ZIT-PHd4yhVQQ&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DR89HCPD8UA?xmt=AQF0kPVxKiYrTXGq9QggnLSkbTujy-yS-fIwWttsaZhKPrCvZZFpVxWn-tp710G7XiSYxCk&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel