Dr Ahmad Zahid Hamidi
前往频道在 Telegram
显示更多
未指定国家未指定类别
366
订阅者
+124 小时
+37 天
+330 天
帖子存档
𝐌𝐞𝐧𝐳𝐢𝐚𝐫𝐚𝐡𝐢 𝐒𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐤𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧
Semalam saya berkesempatan melawat ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Putatan termasuk PPS SMK Petagas, PPS Dewan PPR Taman Sri Keramat, PPS Seringai dan PPS Meruntum.
Saya hadir menyantuni saudara-saudara kita yang terjejas akibat banjir, mendengar sendiri keperluan mereka dan memastikan bantuan disalurkan dengan lancar.
Setakat ini, tujuh daerah di Sabah terjejas dan semua agensi termasuk NADMA, JPB Negeri serta Daerah terus memperkukuh kesiapsiagaan. Kita juga sedang meneliti senarai rumah yang rosak dan musnah untuk pembaikan atau pembinaan semula, dengan bantuan teknikal daripada MARA dan GiatMARA seperti kerja pendawaian semula.
Insya-Allah, hari ini saya akan meneruskan tinjauan ke daerah Kimanis, Beaufort dan Papar untuk melawat beberapa lagi PPS serta meninjau kawasan tanah runtuh di sana.
#BanjirSabah #Sabah
#DoaUntukSabah
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Xo8Tj73Mv/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAMVtbYMfi
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1968492006046621718?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOuchNwj7i3?xmt=AQF0hy6rDKXw-tIqZQ6-PmJUAAsTuL3Q9GbEO3xGgGor9g&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Alhamdulillah, selamat tiba di Sabah. Saya terus ke Putatan untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir yang terkesan.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan mereka dan mengurniakan kekuatan kepada semua yang diuji. Insya-Allah.
#BanjirSabah
#Sabah
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSDANds4P/
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAOQOPhaq3
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1A2ro4hdTH/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐘𝐓 𝐕𝐚𝐥𝐞𝐫𝐢𝐚 𝐂𝐬𝐮𝐤𝐚𝐬𝐢: 𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐔𝐫𝐮𝐠𝐮𝐚𝐲 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚
Hari ini, saya menerima kunjungan hormat oleh PYT Valeria Csukasi Cabrera, Timbalan Menteri Luar Negeri Uruguay bersama delegasi beliau di Putrajaya.
Ini bukanlah pertemuan pertama kami memandangkan hubungan kami telah lama terjalin sejak pertemuan-pertemuan terdahulu, termasuk ketika Uruguay menyertai Malaysia International Halal Showcase (MIHAS). Keakraban ini turut diserikan dengan pengalaman beliau yang pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Uruguay ke Malaysia sebelum ini.
Pertemuan ini mengukuhkan lagi komitmen Malaysia dan Uruguay untuk mempererat kerjasama dua hala, khususnya dalam bidang perdagangan, pertanian moden dan industri Halal. Uruguay melihat Malaysia sebagai pintu masuk strategik untuk produk halal mereka ke pasaran Asia, manakala Malaysia pula menghargai Uruguay sebagai rakan penting dalam usaha memperkukuh keselamatan makanan dan pertumbuhan ekonomi desa.
Saya yakin hubungan Malaysia-Uruguay akan terus berkembang kukuh sekali gus membuka lebih banyak peluang yang bermanfaat kepada kedua-dua negara. Semoga kerjasama erat ini menjadi jambatan ke arah kejayaan bersama, insya-Allah.
#MalaysiaUruguay
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/14Hg9xPewLv/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BARjNqgofj
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1968238557350572165?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOspPQAjzal?xmt=AQF0zsIgsermUb_CvL4ux-lCeyr-IppzL33NFSRXWgR1VQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐮𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Malam tadi di Pulau Mutiara, saya benar-benar terharu melihat ribuan rakyat Malaysia yang hadir, mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat dari awal acara hingga ke penghujungnya.
Di sebalik kepelbagaian latar belakang, saya melihat satu wajah Malaysia yang bersatu, harmoni dan penuh kasih terhadap tanah air tercinta.
Kehadiran para pemimpin dari seluruh pelosok negara bersama rakyat pada malam tadi jelas memperlihatkan bahawa tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” membangkitkan semangat kebersamaan kita sebagai rakyat Malaysia.
Saat saya berdiri di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth malam tadi, sorakan dan senyuman semua yang hadir membuatkan saya bangga menjadi sebahagian daripada perjalanan negara ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga Malaysia yang memaknai Hari Malaysia dengan jiwa yang tulus. Melihat kesatuan dan kemajmukan ini, saya semakin yakin bahawa selama kita berpaut pada semangat perpaduan dan hormat-menghormati, Malaysia akan terus utuh dan makmur. Insya-Allah, inilah kekuatan sebenar negara kita.
Selamat Hari Malaysia 2025!
#HariMalaysia2025
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/167EkfwoB2/?mibextid=WC7FNe
📱IG: https://www.instagram.com/p/DOr0YzIEkJX/?igsh=MXRqbjBtMnpkdWRqbA==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1968124269982105634?s=46
📱Threads : https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOr1S2GD_e6?xmt=AQF0eqDFOv5-IlprH0IMb-wzyooE2LJeALQ_1lNTAc0MgQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐑𝐮𝐧𝐭𝐮𝐡 𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Peruntukan RM10 juta melalui NADMA yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semalam akan segera disalurkan bagi membantu mangsa banjir dan tanah runtuh di Sabah. Bantuan ini meliputi pemberian tunai kepada keluarga yang terjejas serta pembinaan semula rumah PPRS untuk mereka yang kehilangan tempat berteduh.
Saya amat memahami beratnya dugaan yang sedang ditanggung oleh saudara-saudari kita di Sabah. Dalam saat getir ini, marilah kita semua bersatu hati mendoakan agar penduduk terjejas diberi kekuatan, keselamatan dan ketabahan.
Kita doakan juga agar segala usaha bantuan dipermudahkan dan keadaan segera pulih seperti sediakala. Insya-Allah.
#DoaUntukSabah
#BersamaMalaysiaku
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSDkgnHbp/
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAIkWuRA8b
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1BF4awQJVF/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐇𝐚𝐛 𝐓𝐮𝐧𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮: 𝐒𝐢𝐧𝐞𝐫𝐠𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 & 𝐒𝐰𝐚𝐬𝐭𝐚 𝐁𝐮𝐤𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐫𝐢𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Bersempena dengan Hari Malaysia pada hari ini, saya bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow telah menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama strategik dalam memperkukuhkan industri perikanan laut dalam negara serta pelancaran produk tuna premium Shinkai Origin di Pulau Pinang.
Saya amat menghargai usaha berani sektor swasta Malaysia yang tampil ke hadapan sebagai peneraju industri perikanan laut dalam serantau. Dengan fasiliti pendaratan tuna sejuk beku -60°C bertaraf EU di Penang Port, Malaysia kini bersedia merebut peluang pasaran tuna global bernilai USD42 bilion, sekali gus memperkukuh agenda Ekonomi Biru dan sekuriti makanan negara.
Lebih membanggakan, inisiatif ini turut membuka peluang besar TVET Maritim untuk anak-anak muda kita. Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, saya akan pastikan latihan kemahiran bagi ribuan pekerja yang diperlukan dalam aktiviti hiliran industri ini dipermudahkan. Saya juga berharap aktiviti hiliran ini dapat diperluas ke Bagan Datuk sebagai satu lagi pusat pertumbuhan baharu.
Saya percaya, dengan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak swasta, Malaysia mampu muncul sebagai hab perikanan serantau yang disegani sekali gus mengangkat nama negara di persada dunia. Insya-Allah, inilah legasi Hari Malaysia yang kita bawa ke masa depan.
#TVETMalaysia
#TVETMaritim
#HariMalaysia2025
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/19QvB6wap7/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BBzGZdOgi_
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1967933233238290756?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOqeJp3jx6Y?xmt=AQF0EIpx7ptdhPpMRyauV_7reL7SWJDoxZk7w9zYInfeSg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐊𝐞-𝟗𝟐
Bersempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-92, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga dan para veteran Angkatan Tentera Malaysia.
Pengorbanan, dedikasi dan keberanian yang telah kalian curahkan demi mempertahankan kedaulatan negara adalah asas kepada keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati pada hari ini.
Dari barisan hadapan pertahanan hingga misi kemanusiaan dan operasi bencana, ATM sentiasa menjadi benteng kukuh serta kebanggaan rakyat Malaysia.
Penghormatan yang setulusnya juga saya tujukan kepada para veteran ATM yang menjadi tulang belakang kekuatan ini. Jasa dan pengorbanan anda akan terus menjadi inspirasi kepada generasi baharu demi kelangsungan keamanan negara.
Saya sentiasa mendoakan semoga ATM terus kekal perkasa dan terus melakar kejayaan cemerlang dalam menjunjung kedaulatan tanah air di persada dunia.
Salam hormat buat semua perwira negara.
“Angkatan Masa Hadapan: Kedaulatan Dijulang, Pertahanan Diperkasa”
#HariATM92
#AngkatanTenteraMalaysia
#MalaysiaMADANI
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Jo6YeoT9i/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAOiVU1vhQ
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1967891312491090327?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOqLOhej2P_?xmt=AQF0saS75M_4CoMXck04EebxjRgr80Sj4FECj7F2YYhfJQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡: 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐁𝐚𝐥𝐚𝐬 𝐃𝐢𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐏𝐮𝐥𝐢𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐑𝐮𝐧𝐭𝐮𝐡
Saya difahamkan jambatan di Sungai Kaiduan, Papar, Sabah telah runtuh akibat banjir yang melanda negeri tersebut menyebabkan kawasan tersebut telah terputus hubungan. Oleh itu, saya mengarahkan agar pemasangan jambatan modular dibuat segera bagi mengelakkan gangguan perhubungan.
Pihak NADMA telah membekalkan tiga (3) unit stok jambatan keluli bermodular (Bailey Bridge) kepada Kerajaan Negeri Sabah pada tahun lepas sebagai keperluan logistik untuk meningkatkan kesiapsiagaan infrastruktur dalam menghadapi bencana. Untuk itu, saya mohon Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang memiliki kepakaran khusus dalam pembinaan Bailey Bridge agar segera membuat pemasangan di kawasan terjejas.
Selain itu, pihak JKR Sabah juga sedang memberi tumpuan kepada kerja-kerja baik pulih infrastruktur di Jalan Penampang - Tambunan dengan kerjasama syarikat konsesi berikutan kejadian tanah runtuh yang menjejaskan laluan utama. Usaha pembersihan runtuhan, penstabilan cerun dan pembaikan segera sedang dipergiat seperti menyusun kerja-kerja pembinaan semula jambatan gantung yang terputus, membina semula tembok penahan cerun di kawasan-kawasan perumahan yang mengalami kerosakan akibat hakisan dan tanah runtuh serta membuat pembaikan jalan-jalan raya yang runtuh.
Selain bantuan Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan penduduk setempat turut menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana di Sabah. Saya ucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan kepada mangsa bencana. Antara bantuan yang dihulurkan adalah merangkumi makanan sedia dimakan, barangan keperluan harian, selimut, tilam, bantal serta bantuan logistik lain. Usaha ini secara tidak langsung membantu meringankan beban mangsa yang terjejas dan menyokong kelancaran operasi bantuan di kawasan bencana.
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah turun ke Sabah untuk bersama-sama Setiausaha Persekutuan Sabah (SUP) bagi membantu menyelaras pengurusan bencana di sana. Saya mendoakan agar semua negeri yang ditimpa musibah banjir ini akan segera pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa dalam masa terdekat.
#BencanaSabah
#DoaBuatSabah
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17LHMu4voE/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_b8TqJ-Tj
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1967878964304810174?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOqFvGBj3Bl?xmt=AQF0GHuoE7dKzP1mfVuvdw8THNSto0tTUjGCJHN6AnvoHg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟓
Kepelbagaian budaya, agama dan bangsa adalah khazanah berharga yang menjadikan Malaysia unik di mata dunia. Selagi kita terus menghormati perbezaan dan mengamalkan semangat kebersamaan, insya-Allah Malaysia akan terus kekal makmur, harmoni dan disegani.
Alhamdulillah, 16 September setiap tahun sentiasa mengingatkan kita kepada semangat keberanian dan kesepakatan yang melahirkan Malaysia pada tahun 1963.
Tahun ini, dengan tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, kita diingatkan bahawa kekuatan negara ini bukan sahaja pada pembangunan dan kemajuan, tetapi pada kasih sayang dan kepedulian yang kita tunjukkan antara satu sama lain.
Marilah kita bersama-sama memelihara semangat perpaduan ini dan terus berbakti untuk tanah air tercinta.
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025!
#HariMalaysia2025
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1971yroScr/?mibextid=WC7FNe
📱IG: https://www.instagram.com/p/DOpUj_3kvE8/?igsh=MWV1NDZ0MGxiN2RzaQ==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1967772063298670630?s=46
📱Thread: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOpVE-Aj0ER?xmt=AQF0XZdNuJhUhWK5Oce7LBoTz2ApOaA348aYTOG29oxKuw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Menerima perkhabaran duka mengenai pemergian Dato’ Saripah Aminah binti Syed Mohamed, Pengerusi Tetap Wanita UMNO Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah petang tadi.
Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada keluarga Wanita UMNO, tetapi juga kepada seluruh warga parti dan masyarakat yang mengenali beliau sebagai seorang pejuang gigih dalam memperjuangkan peranan wanita, keluarga dan pembangunan komuniti.
Saya dan seluruh kepimpinan UMNO merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal kebaikan serta bakti yang telah beliau curahkan dan menempatkan rohnya dalam kalangan para solihin.
أَللّٰهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا
Al-Fatihah.
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1JS5mu5Un2/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAH_XdiJMh
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1967559092098236529?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOn0JpPD9eo?xmt=AQF075fDbandGze21DfWHEX8A5wtq99HWY8B1g16nK1vlw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡: 𝐊𝐞𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚
Saya amat bersimpati dan terkesan dengan keadaan banjir yang sedang melanda negeri Sabah ketika ini.
Saya turut menyokong penuh arahan YAB Perdana Menteri dan usaha Kerajaan MADANI, termasuk peruntukan segera RM10 juta melalui NADMA serta tambahan RM11 juta yang disalurkan Kerajaan Negeri Sabah bagi pembaikan infrastruktur asas dan keperluan mendesak di kawasan terjejas.
Fokus utama kita adalah keselamatan nyawa, kebajikan keluarga yang terjejas dan pemulihan pantas kemudahan asas.
Dalam masa yang sama, saya menyeru rakyat di kawasan terlibat, khususnya di Sabah, Sarawak, Terengganu, Pahang, Johor dan Labuan yang kini berada di bawah amaran ribut petir daripada MET Malaysia, agar sentiasa berhati-hati dan memantau keadaan cuaca semasa. Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang boleh berlaku dengan intensiti tinggi dan jangka masa singkat.
Utamakan keselamatan, elakkan kawasan berisiko dan patuhi arahan pihak berkuasa.
Kredit Foto: Jabatan Meteorologi Malaysia
#SituasiBanjir
#Sabah
#METMalaysia
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Ymi8mh8rh/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_qK2-iBC3
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1967525973974552804?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOnlLCeDwBW?xmt=AQF07bDGe7MuXb9qDin2xPezhDGV27E9wouhPugcU0cWmw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐖𝐞𝐥𝐜𝐨𝐦𝐞𝐬 𝐀𝐥𝐥 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐃𝐞𝐥𝐞𝐠𝐚𝐭𝐞𝐬 𝐭𝐨 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐒𝐮𝐦𝐦𝐢𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟓
As the Global Halal Summit (GHaS) 2025 opens tomorrow through 26 September, I extend my warmest welcome to all esteemed international delegates visiting Malaysia.
To the 92 recognised halal certification bodies from 47 nations, along with ambassadors, policymakers, academics and industry leaders worldwide - thank you for your presence and unwavering commitment to advancing the global halal ecosystem.
It is an honour to host you in Kuala Lumpur and Putrajaya. May your journey to Malaysia be safe and smooth, and may you experience the warmth of our hospitality throughout your stay.
Most importantly, may the knowledge, partnerships and opportunities you gain at GHaS 2025 bring meaningful benefits to your nations and further strengthen the halal industry for a sustainable, trusted future.
Malaysia is proud to serve as a strategic bridge for integrity, sustainability and resilience in the halal world and together with you, we can elevate halal excellence to even greater heights.
#GlobalHalalSummit
#GHaS2025
#HalalMalaysia
#IntegritySustainabilityResilience
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/18zzY3SCdi/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BASwrxEgS7
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1967468511049256990?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOnK9lMD61g?xmt=AQF0f-zPcDSX2_KkIkkvYiSj972Cl20KTUdGB7fbyIRWZg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐊𝐮𝐤𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐆𝐇𝐚𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓
Insya-Allah, Global Halal Summit (GHaS) kembali lagi! Edisi kali ini bakal menghimpunkan badan pensijilan halal antarabangsa, penggubal dasar, pemain industri serta ahli akademik di Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula daripada 16 hingga 26 September 2025 ini.
Dengan tema “Integrity, Sustainability, Resilience”, GHaS 2025 akan menjadi platform strategik untuk memperkukuh ekosistem halal global dan menegaskan kedudukan Malaysia sebagai peneraju utama industri halal dunia.
GHaS adalah bukti komitmen teguh Malaysia dalam menerajui agenda halal global yang diyakini dan dipercayai. Selain daripada memperkukuh kerjasama antarabangsa, acara berprestij ini juga turut membuka ruang penerokaan teknologi baharu, perkongsian idea segar dan peluang pelaburan yang diyakini seluruh dunia.
Insya-Allah, saya juga akan turut menghadiri beberapa siri program utama sepanjang GHaS 2025 ini berlangsung. Bersama-sama kita buktikan kepada dunia bahawa Malaysia mampu menjulang industri halal ke tahap global yang lebih inklusif, moden dan berdaya tahan.
#GlobalHalalSummit
#GHaS2025
#HalalMalaysia
#RancakkanMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/19VuKsf7fQ/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_zuckrwJ6
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1967092436800598473?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOkf4DCj4e-?xmt=AQF0CwD6rHHXSAN7RgiYgq22ob0PabV73-apLXsOZ6-ElA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐉𝐀𝐊𝐎𝐀 𝐏𝐚𝐲𝐚 𝐁𝐮𝐧𝐠𝐨𝐫
Menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang atas perkenan merasmikan Pusat Latihan JAKOA Paya Bungor yang kini berwajah baharu dengan fasiliti moden.
Insya-Allah, pusat ini menjadi harapan baharu melahirkan generasi muda Orang Asli berkemahiran tinggi demi masa depan bangsa dan negara.
#PayaBungor #JAKOA
#KKDW #PejuangDESA
#BersamaMalaysiaku
📱IG:
https://www.instagram.com/share/reel/BAJbkc9J38
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/19Vu1LEk4i/
📱YouTube:
https://youtu.be/DBepCNVwI88?si=T1naWIw1z3YQ3CRo
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐖𝐚𝐫𝐧𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟓
Saya kongsikan rangkuman kemeriahan Program MADANI Rakyat 2025 di Baling yang penuh warna-warni dan semangat kebersamaan, menzahirkan sokongan serta rasa cinta kepada tanah air tercinta.
Program ini menjadi wadah penyatuan rakyat dan platform interaksi bersama pelbagai kementerian serta agensi Kerajaan, selaras dengan semangat menyantuni rakyat.
Terima kasih orang Kedah atas sambutan yang begitu hangat. Insya-Allah, kita jumpa lagi!
#ProgramMADANIRakyat
#PMR2025NegeriKedah
#RancakkanMADANI
#BersamaMalaysiaku
📱IG: https://www.instagram.com/share/BARd-6R8Eb
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/16yAeLFXLm/?mibextid=wwXIfr
📱YouTube: https://youtu.be/Zh35qM1dbiA?si=n0z2J0OY-cJUULXL
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐮𝐬𝐥𝐢𝐦 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐋𝐞𝐚𝐠𝐮𝐞: 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡, 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 & 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐥 𝐆𝐥𝐨𝐛𝐚𝐥
Semasa di WTC Kuala Lumpur, saya telah menerima kunjungan hormat daripada Dr. Mohamed Gharawi Ahmed, Pengarah Muslim World League (MWL) Malaysia.
Dalam kesempatan yang penuh ukhwah dan bermakna ini, kami telah berbincang tentang langkah memperkukuh usaha dan mempereratkan kerjasama Malaysia bersama MWL.
Antara yang disentuh ialah usaha memperluas pendidikan Bahasa Arab dan pengajian Al-Quran untuk generasi muda, pendekatan dakwah kontemporari yang lebih inklusif melalui Majlis Ulama Asia, serta memperkukuh kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai peneraju industri halal global.
Saya turut menegaskan komitmen Malaysia untuk terus menjadi rakan strategik MWL dalam mempromosikan Islam yang sejahtera dan berteraskan ilmu.
Semoga pertemuan ini menjadi wasilah dalam mengangkat syiar Islam, memperkasa pendidikan, serta memantapkan kedudukan Malaysia dalam industri halal dunia. Insya-Allah.
#MuslimWorldLeague #MWL
#IndustriHalal #HalalMalaysia
#RancakkanMADANI
#BersamaMalaysiaku
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17Mn7HLZDJ/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BAK3Eq50nb
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1966450078622843366?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOf76LUj_o2?xmt=AQF0FKW90bwQxs4uOzgKZOW8pqV-E4jNK-ilBCPBZaySgQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐘𝐏𝐌 & 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐌𝐨𝐛𝐢𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐃𝐞𝐬𝐚
Di pagi Jumaat yang penuh barakah hari ini, Dewan Merdeka WTC Kuala Lumpur telah menyaksikan satu gelombang semangat luar biasa daripada anak-anak muda bangsa.
Saya berasa amat teruja apabila dapat bersama dengan Sahabat dan Sekretariat Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dari seluruh negara dalam Majlis Perasmian Kursus Train of Trainers (ToT) Khas bersama mereka.
Melihat kesungguhan dan tekad yang terpancar pada wajah-wajah mereka, saya yakin inilah generasi yang akan memperjuangkan pendidikan anak-anak desa dan memacu agenda TVET sebagai enjin mobiliti sosial.
Fasilitator yang dilatih hari ini bakal menjadi penggerak dan pemimpin masa depan yang mengubah kehidupan anak desa melalui ilmu dan kemahiran.
Harapan saya agar semangat yang dizahirkan di sini terus dibawa pulang ke setiap kawasan. Jadilah pemimpin yang bukan sahaja mahir dan berilmu, tetapi berani berfikir besar, ikhlas berjuang dan sanggup menyingsing lengan demi anak-anak desa.
Bimbinglah adik-adik Skuad YPM untuk terus melakar kejayaan dalam pendidikan dan kehidupan. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni ini demi masa depan anak desa yang lebih gemilang.
YPM Wira, MARA Perkasa!
#YayasanPelajaranMARA
#SahabatYPM #SkuadYPM
#YPM #MARA
#KKDW #PejuangDESA
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1CdM2mAoGG/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/BALq-3wDjr
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1966434331834175970?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOf0pL2j_qO?xmt=AQF0ZrB3W7dnVHtrXq70a38XH3LEcMlehWiYDDOVLnbMNg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡: 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐰𝐚𝐬𝐩𝐚𝐝𝐚, 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, saya mengikuti perkembangan terkini mengenai situasi banjir di Sabah, khususnya di Penampang dan Beaufort di mana lebih 400 penduduk terjejas telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Pihak berkuasa akan sentiasa mengawasi situasi ini dan akan memastikan semua agensi terlibat khususnya di peringkat negeri dan daerah sentiasa memantau, menyelaras dan bertindak segera dalam memberi bantuan secara menyeluruh jika situasi memburuk.
Saya menyeru penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa peka dengan amaran cuaca dan segera berpindah apabila diarahkan. Keselamatan keluarga adalah keutamaan kita bersama.
Bersama-sama kita berdoa agar keadaan kembali pulih dengan segera dan segala urusan bantuan dipermudahkan. Insya-Allah.
Kredit Foto: BERNAMA
#SituasiBanjir
#Sabah
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1PmFoDNryr/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_hGXe2-Bg
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1966419188811219418?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOfttoUD8b4?xmt=AQF02Er2STwnW14Ru9tYaf13x1UciLH2KHlwECiQa99LQQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝟏𝟔 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫: 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐉𝐢𝐰𝐚
12 𝑆𝑒𝑝𝑡𝑒𝑚𝑏𝑒𝑟 2025 - 𝑆𝑖𝑟𝑖 011/2025
Hari Malaysia adalah detik keramat yang mengingatkan kita bahawa negara ini dibina atas asas perpaduan yang menyatukan kepelbagaian kaum, wilayah dan suara dalam satu semangat Malaysia.
Lalu Allah SWT mengingatkan kita semua melalui firman-Nya:
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
“𝐷𝑎𝑛 𝑡𝑎𝑎𝑡𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑛 𝑅𝑎𝑠𝑢𝑙-𝑁𝑦𝑎, 𝑑𝑎𝑛 𝑗𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑏𝑒𝑟𝑏𝑎𝑛𝑡𝑎ℎ-𝑏𝑎𝑛𝑡𝑎ℎ; 𝑘𝑒𝑙𝑎𝑘 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑙𝑒𝑚𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑚𝑎𝑛𝑔𝑎𝑡 𝑑𝑎𝑛 ℎ𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑘𝑢𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑚𝑢. 𝐷𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑎𝑏𝑎𝑟𝑙𝑎ℎ; 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑏𝑒𝑠𝑒𝑟𝑡𝑎 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑎𝑏𝑎𝑟.”
(Surah Al-Anfāl, 8:46)
Ayat ini bukan sekadar arahan tetapi juga sebagai strategi negara. Tiga asas utama digariskan adalah ketaatan kepada prinsip, larangan bertelingkah yang melemahkan daya juang kolektif, dan kepentingan kesabaran dalam menghadapi ujian.
Dalam konteks Malaysia sebagai negara majmuk, perbezaan tidak boleh dibiarkan menjadi sumber perpecahan. Politik yang memecah, retorik yang membakar, dan media sosial yang menyemarakkan polarisasi. Semua ini boleh menghakis kekuatan sebagai bangsa Malaysia.
Hari ini, masyarakat moden telah berkembang menjadi “societies of surveillance”, di mana rakyat saling memerhati dan menilai. Namun, biarlah dengan niat untuk membina bukan untuk mencari salah dan menjatuhkan maruah.
Perpaduan nasional tidak akan bertahan jika ruang awam dipenuhi dengan penghinaan bukan penginsafan; dengan label bukan dialog. Di sinilah tanggungjawab setiap pemimpin dan warganegara untuk tidak mengulangi sejarah sebarang perpecahan.
Maka bersempena Sambutan Hari Malaysia yang akan diraikan, marilah kita teguhkan semula ikatan perpaduan yang telah diwariskan kepada kita. Malaysia tidak memerlukan lebih banyak pertikaian, tetapi lebih banyak tasamuh (toleransi), musyawarah (perbincangan) dan ta’ayush (hidup bersama secara harmoni).
Kita tidak mewarisi negara ini untuk diruntuhkan, tetapi untuk diperkukuhkan dengan hikmah, dengan kesabaran, dan dengan kasih sayang terhadap tanah air yang satu. Mari kita bina Malaysia yang menyatukan, memulihkan, dan membanggakan generasi akan datang.
#RisalahJumaat011
#SayyidulAyyam
#HariMalaysia2025
#BersamaMalaysiaku
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSDNuDbHN/
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/15Z6K8N9U9/
📱IG:
https://www.instagram.com/share/reel/BA-gHTHKO-
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1966412586192429185?t=YhbjRhE_M7Th9OZZFJUN_g&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOfqzjMjy_y?xmt=AQF04W4VQkcMzxlaE8mhzH7wC1Dg0dljF562lujYV7INeg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐜𝐮 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Alhamdulillah, petang tadi saya berkesempatan menyaksikan Majlis Strategic Partnership Exchange antara UniKL, UiTM Holdings (melalui Neura), Viztech, BytePlus serta rakan teknologi Digital One Solution di Menara MARA, Kuala Lumpur.
Selain memperkukuh agenda transformasi digital dan pembangunan Kecerdasan Buatan (AI), kerjasama strategik ini turut selari dengan aspirasi Kerajaan untuk memperkasakan TVET sebagai tulang belakang pembangunan bakat negara.
Insya-Allah, melalui kolaborasi ini, lebih banyak peluang akan diwujudkan untuk memperkayakan kurikulum TVET dengan teknologi baharu, memberikan pendedahan industri yang relevan kepada pelajar dan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi tuntutan ekonomi digital.
Tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang menjayakan inisiatif ini. Semoga kerjasama ini terus membawa manfaat besar kepada pembangunan modal insan dan kemajuan ekonomi negara.
#UniKL #UiTMHoldings
#Viztech #BytePlus
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/16eNT85nfh/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/share/_3Lzo_xoW
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1966118357972955535?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DOdlE3tj7Ed?xmt=AQF0XhQnkzAaRGM1_cDF4EQ0GhDJK-HF-rUiYfsTSlo-pQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
