Nota SSPA Keknie
前往频道在 Telegram
Channel ni utk sy simpan nota berkaitan servis@perkhidmatan & kewangan dan pekeliling/nota berkaitan SSPA.
显示更多未指定国家未指定类别
📈 Telegram 频道 Nota SSPA Keknie 的分析概览
频道 Nota SSPA Keknie (@notasspakeknie) 是活跃参与者。目前社区聚集了 31 508 名订阅者,在 其他 类别中位列第 。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 31 508 名订阅者。
根据 08 十一月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 4 945,过去 24 小时变化为 6,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 43.96%。内容发布后 24 小时内通常能获得 16.58% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 13 847 次浏览,首日通常累积 5 224 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 38。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ni utk sy simpan nota berkaitan servis@perkhidmatan & kewangan dan pekeliling/nota berkaitan SSPA.”
凭借高频更新(最新数据采集于 09 十一月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 其他 类别中的关键影响点。
31 508
订阅者
+624 小时
+1777 天
+4 94530 天
帖子存档
31 508
𝗙𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗦𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 𝗧𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻
Nota ringkas berdasarkan jadual di bawah :
1. Pencen terbitan hanya dibyr kepada suami/isteri dan anak2 pegawai. Ibu bapa bukan penerima pencen terbitan.
2. Ex Gratia terbitan adalah byrn sekaligus yg dibyr kepada ibu/bapa anggota berpencen yang meninggal dunia tanpa meninggalkan balu/duda dan anak.
3. Ex Gratia kematian sekaligus (kuatkuasa 1 Januari 2020) dibayar bagi kes kematian pegawai berpencen dan KWSP yang meninggal dunia dalam perkhidmatan dan servis kurang daripada 240 bulan / 20 tahun. Tidak dibayar bagi kes bunuh diri.
4. Pencen tanggungan adalah bayaran bulanan tambahan bagi kematian pegawai yang disebabkan oleh kemalangan, bencana atau penyakit yang berpunca secara langsung daripada tugas rasmi.
5. Pegawai bujang yang meninggal dunia dan tiada ibu/bapa yang masih hidup, hanya Ganjaran terbitan dan GCR dibayar kepada wakil yang sah. (contohnya adik beradik)
6. Bagi semua jenis bayaran di bawah sekiranya melibatkan ibu/bapa, keutamaan bayaran adalah pada ibu. Bapa hanya akan jd penerima sekiranya ibu telah meninggal dunia.
Keknie Sha
31 508
𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗻𝗰𝗲𝗻 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻?
Macamana lagi ek nak explain bab ni sbb dah ulang banyak kali masih banyak soalan yang sama dalam PM hehe jadi kita cuba buat infografik la harap lebih terang dan jelas.
Kita fokus lantikan selepas 12.4.1991 lah ye.
Lantikan selepas 12.4.1991, maksudnya termasuk lah yg dilantik selepas 1.1.2012, dan semuaaaa yg lain, kalau bersara pilihan,
Akan dapat pencen bulanan seawal usia 55 tahun.
Maksudnya,
Opsyen 56, pencen pilihan umur 53 - dibyr pencen bulanan umur 55tahun.
Opsyen 58, Pencen Pilihan umur 56 - dibyr pencen bulanan umur 56tahun
Opsyen 60, pencen pilihan umur 55 - dpt pencen bulanan umur 55tahun
Opsyen 60, pencen pilihan umur 45 - dpt pencen bulanan umur 55tahun
Opsyen 60, pencen pilihan umur 58 - dpt pencen bulanan umur 58tahun
Lantikan selepas 1.1.2012, pencen pilihan umur 52 - dpt pencen bulanan umur 55tahun.
Ya, lantikan selepas 1.1.2012 pun boleh mohon bersara pilihan walaupun umur persaraan paksa adalah 60 tahun.
"Seawal 55tahun" maksudnya paling awal boleh dibayar adalah 55tahun.
ok dah kot cerah dah kan? 😆😁
Keknie Sha
31 508
𝗧𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗜𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗿𝗮 𝗔𝘁𝗮𝘀 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 (𝗔𝗦𝗞) 𝗮𝗸𝗮 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗰𝗮𝗹 𝗕𝗼𝗮𝗿𝗱
Bagi pegawai yang dibersarakan atas sebab kesihatan (ASK) atau orang slalu panggil Medical Board, kaedah pengiraan Pencen dan Ganjaran adalah berbeza di mana mereka akan menggunakan Tempoh Perkhidmatan Isyarat (TPI). Kaedah ni kuatkuasa mulai 1 Januari 2018.
TPI ni akan bergantung pada TPS Tempoh Perkhidmatan Sebenar berdasarkan jadual di bawah.
Contoh kiraan guna TPI spt di bawah ye
Keknie Sha
31 508
𝘾𝙈𝘼, 𝘾𝙈𝘼𝙆𝙋, 𝘾𝙏𝙍 𝙆𝙚𝙡𝙤𝙢𝙥𝙤𝙠 𝙙𝙖𝙣 𝘾𝙎𝙂.
4 Peraturan berbeza, kelayakan yang berbeza dan kesan yang berbeza pada perkhidmatan.
Cuti Menjaga Anak (CMA) :
Peraturan - MyPPSM SR5.2.2
Kelayakan - Maksimum 5 tahun sekiranya bersambung dengan Cuti Bersalin. Maksimum 1 tahun sekiranya tidak terikat dengan Cuti Bersalin.
Utk bapa juga kelayakan 1 tahun.
Jenis Cuti dan Kesan - Cuti Tanpa Gaji. Hilang kekananan, kelayakan CR Tahunan berubah, tempoh perkhidmatan yg melayakkan bg kiraan faedah persaraan berkurang.
CMAKP :
Peraturan - MyPPSM SR5.4.4
Kelayakan - maksimum 5 hari termasuk hari cuti umum dan sabtu ahad.
Jenis Cuti dan kesan : Cuti bergaji penuh. Tiada kesan pd perkhidmatan
Cuti menjaga anak sakit (CTR Kelompok) :
Peraturan - MyPPSM SR5. 7.1
Kelayakan - 20 hari setahun (berkongsi dengan 17 jenis CTRK yg lain) kiraan termasuk hari cuti umum dan sabtu ahad.
Jenis cuti dan kesan - cuti bergaji penuh, tiada kesan pada perkhidmatan.
Cuti Separuh Gaji jaga ahli keluarga sakit :
Peraturan - MyPPSM SR5.1.2
Kelayakan - setiap setahun servis dpt 30 hari kelayakan tapi Max 180 hari sepanjang perkhidmatan.
Jenis cuti dan kesan - Cuti Separuh Gaji (mksdnya gaji dan elaun layak dpt separuh saja). Hilang kekananan, kelayakan CR tahunan berubah tetapi CSG tidak mengubah tempoh perkhidmatan yg layak utk kiraan faedah persaraan.
Keknie Sha
31 508
𝗖𝗧𝗥 𝗞𝗲𝗹𝗼𝗺𝗽𝗼𝗸 𝗻𝗶 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗿𝗲𝗸𝗼𝗱 𝗯𝘂𝗸𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗸𝗲?
Mesti la kena rekod. Walaupun nama nya Cuti Tanpa Rekod 😌🤣😂
Tapi tak semua CTRK perlu rekod di bahagian kenyataan Perkhidmatan. Cuma semua kena rekod di Lembaran cuti.
4 jenis CTR Kelompok yang perlu direkodkan dalam Kenyataan Perkhidmatan :
1. Cuti Isteri Bersalin - sbb ada had kelayakan 5 kali sepanjang perkhidmatan
2. Cuti Umrah - sbb had sekali dalam perkhidmatan
3. Cuti Keagamaan - sbb had sekali dalam perkhidmatan
4. Cuti kematian ahli keluarga - yang melibatkan ibu/bapa/ibu mertua /bapa mertua kerana terhad sekali dalam perkhidmatan.
Semua 18 jenis CTR Kelompok lain termasuk 4 di atas wajib direkodkan di Lembaran Cuti.
Kenapa kena rekod? Supaya tidak melebihi kelayakan setahun dan digunakan mengikut syarat khusus yang telah ditetapkan.
Keknie Sha
31 508
𝗙𝗼𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗙𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻
Saya takde satu post yg letak semua formula berkaitan faedah pencen. So sy letak sini senang sy nak share kalau org tny macamana kira? Selain bagi link kalkulator JPA Pencen semata-mata, lebih baik Penjawat Awam ambil tahu bagaimana kiraan dibuat.
𝙁𝙤𝙧𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙥𝙚𝙣𝙘𝙚𝙣 𝙗𝙪𝙡𝙖𝙣𝙖𝙣 :
1/600 x *bulan perkhidmatan x gaji pokok terakhir
*bagi kiraan pencen bulanan, terhad 3/5 @ 60% drpd gaji akhir, bersamaan 360 bulan Perkhidmatan bagi pegawai berkhidmat 30 tahun dan lebih.
𝙁𝙤𝙧𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙂𝙖𝙣𝙟𝙖𝙧𝙖𝙣 :
7.5% x **bulan perkhidmatan x gaji pokok terakhir
**mengikut jumlah perkhidmatan sebenar pegawai, tiada had
𝙁𝙤𝙧𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙂𝘾𝙍 :
1/30 x jumlah hari GCR x [ Gaji Pokok + Elaun Tetap]
Elaun tetap yang diambil kira bagi kiraan GCR :
- ITKA - Imbuhan Tetap Perkhidmatan Awam
- ITP - Imbuhan Tetap Perumahan
- ITK - Imbuhan Tetap Keraian
- ITJU - Imbuhan Tetap Jawatan Utama (JUSA)
*Pegawai yang bertukar wilayah dan menerima BIPW, semasa kiraan GCR akan menggunakan kadar ITP.
Keknie Sha
31 508
𝑨𝒅𝒂𝒌𝒂𝒉 𝑪𝒖𝒕𝒊 𝑩𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊 𝒌𝒆𝒔𝒂𝒏 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒄𝒆𝒏?
Jawapan nya TIDAK. Kecuali..ada kecuali hehe.
Cuti Barah kelayakan sepanjang perkhidmatan adalah 24 bulan.
Bergaji penuh. Maksudnya tidak memberi kesan kepada tempoh perkhidmatan untuk kiraan pencen dan tidak ganggu kekananan utk naik pangkat.
TETAPI Cuti Barah memberi kesan pada kiraan kelayakan cuti rehat tahunan.
Part ni orang selaluuuu terlepas pandang. Sama mcm Cuti Haji. Sbb dua2 bergaji penuh orang ingat takde kesan pada cuti rehat.
Maksudnya, kalau kita ambik Cuti Barah setahun 365 hari full, kita takde kelayakan cuti rehat tahun tersebut. Bukan nya berbaki penuh sbb tak digunakan ye?
Contoh :
Cuti barah - 150 hari
Kelayakan CR tahun 2025 - 30 hari
Kelayakan selepas Cuti Barah :
365 - 150
---------- x 30 = 17.67 = 18 hari
365
Jadi, bagi tahun 2025 kelayakan CR sebenar hanya 18 hari. Dan hanya layak simpan GCR 9 hari.
Macamana kalau pegawai dah "ter" habis guna cuti rehat 2025 tu sebanyak 30 hari? Maka yg 12 hari tu akan dikira sebagai Cuti Tanpa Gaji sbb cuti terlebih ambil melebihi kelayakan.
Kat sini la akan memberi kesan pada kiraan pencen dan ganjaran pegawai sbb cuti tanpa gaji akan ditolak daripada tempoh perkhidmatan menyebabkan kiraan pada pencen dan ganjaran juga berkurang.
Jelas ye .. Semoga bermanfaat,
Keknie Sha
31 508
𝗡𝗢𝗧𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗠
1. Bersara paksa/wajib – 55/56/58 dan 60. Lantikan selepas 1.1.2012 tiada opsyen, bersara paksa pada usia 60tahun
2. Bersara pilihan – syarat umur lebih 40 tahun, servis 10 tahun, tiada tatatertib dan diperaku KJ.
3. Lantikan sebelum 12.4.1991 – kalau pencen pilihan dapat pencen bulanan seawal umur 45 tahun/50 tahun
4. Lantikan selepas 12.4.1991 – kalau pencen pilihan dapat pencen bulanan seawal umur 55 tahun (termasuk yg dah sign opsyen 60 tahun)
5. Ganjaran dan GCR dibayar terus kalau bersara pilihan, ikut umur bersara pilihan yg dipilih
6. Bersara atas sebab kesihatan (medical board) – pencen bulanan, ganjaran dan GCR dapat terus umur dibersarakan. Kiraan pencen dan ganjaran menggunakan Tempoh perkhidmatan secara Isyarat.
7. Formula penting :
- Pencen bulanan : 1/600 x bulan perkhidmatan x gaji pokok akhir
- Ganjaran : 7.5% x bulan perkhidmatan x gaji pokok akhir
- GCR : 1/30 x bilangan hari GCR x (Gaji pokok + elaun tetap)
8. Elaun tetap yg dikira untuk GCR = IT Khidmat Awam, IT Perumahan, IT Jawatan Utama , IT Keraian
9. Pencen terbitan = pencen bulanan dibayar kepada waris apabila pegawai meninggal dunia
10. Pencen Tanggungan = bayaran tambahan kepada faedah persaraan lain sekiranya pegawai meninggal dunia akibat kemalangan atau bencana semasa menjalankan tugas rasmi dan penyakit berkait terus dengan tugas rasmi
11. Waris penerima pencen : suami/isteri dan anak2 di bawah 21 tahun. Sekiranya sedang belajar, sehingga tamat ijazah pertama atau berkahwin, mana yg terdahulu.Anak OKU cacat otak atau hilang upaya kekal dan tidak berupaya menanggung diri, dibyr sepanjang hayat.
12. Anak OKU yg memilik kad OKU tidak automatik menjadi penerima pencen terbitan sepanjang hayat
13. Anak OKU hendaklah diperiksa oleh Pegawai Pakar Perubatan Hospital Kerajaan sebelum diperakukan oleh Jawatankuasa Penetapan Anak OKU Tanggungan Pesara (JKACT) di JPA bagi tujuan pembayaran pencen terbitan seumur hidup sekiranya ibu bapa meninggal dunia.
14. Bagi pegawai bujang yang meninggal dunia, ibu/bapa tidak layak menerima pencen terbitan, namun layak terima Ganjaran terbitan, GCR an ex gratia terbitan.
15. Sekiranya pegawai bujang yang meninggal dunia tiada ibu/bapa yang masih hidup, maka wakil yang sah contohnya adik beradik/saudara mara terdekat boleh memohon untuk menerima Ganjaran dan GCR pegawai.
16. Balu/ Duda – sekiranya dikahwini masa dalam perkhidmatan, layak terima pencen terbitan seumur hidup, walaupun berkahwin semula.
17. Balu/Duda - yang dikahwini selepas bersara (dan anak drpd hasil perkahwinan selepas bersara), layak terima pencen terbitan terhad sehingga 20 tahun daripada tarikh persaraan pegawai.
18. Syer pencen terbitan : Balu/duda – 2 syer, anak – 1 syer setiap seorang
19. Syer ganjaran dan GCR : Balu/duda dan anak2 – 9/10. Ibu/Bapa tanggungan – 1/10
20. Pencen bulanan, Ganjaran, GCR tidak dikenakan cukai KECUALI Pencen bulanan yang diterima sebelum umur 55 tahun (bagi lantikan sebelum 12.4.1991 yang bersara sebelum usia 55 tahun) dan sekiranya menerima lebih daripada satu pencen dalam satu masa, hanya pencen tertinggi dikecualikan daripada cukai.
21. Ex Gratia kematian sekaligus dibayar bagi pegawai yang meninggal dunia dan perkhidmatan kurang daripada 20 tahun.
*Mohon maklum sekiranya ada kesilapan fakta. Terima kasih.
31 508
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗖𝘂𝘁𝗶 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗞𝗮𝗸𝗶𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗻𝘁𝗿𝗮𝗸
(𝗖𝗢𝗦 𝗱𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺)
1. CR sama kelayakan lantikan tetap yang berkhidmat kurang 10 tahun. Gred 20 ke bawah kelayakan = 20 hari. Gred 20 ke atas = 25 hari.
2. CRK juga ikut kelayakan guru sedia ada,10 hari setahun
3. CR yang tidak dpt dihabiskan boleh disimpan ke GCR. Maksimum 15 hari atau separuh kelayakan cuti tahunan, mana yg lebih rendah. Jumlah keseluruhan GCR yg boleh disimpan adalah 75 hari sepanjang kontrak.
4. Kelayakan Cuti Sakit bergaji penuh adalah 15 hari. Sekiranya masih belum sihat, KJ boleh mempertimbangkan MC tidak melebihi 75 hari setahun dan tidak layak dibayar emolumen (hari ke 16-75 MC)
5. Cuti Haji – 40 hari bergaji penuh bagi pegawai yg telah berkhidmat secara kontrak tidak kurang 4 tahun.
6. Kalau berkhidmat secara kontrak kurang 4 tahun tapi lebih 3 tahun, layak guna Cuti Tanpa Gaji tidak lebih 40 hari untuk menunaikan haji.
7. Layak CTR Kaamatan dan Gawai bagi kakitangan kontrak asal Sabah Sarawak Labuan yang berkhidmat di Semenanjung atau wilayah berbeza wilayah asal.
8. Cuti bersalin sama kelayakan seperti pegawai tetap, kelayakan 360 hari sepanjang perkhidmatan, 60-90 hari setiap kelahiran. Pegawai juga layak Cuti bersalin tanpa gaji sekiranya kelayakan dah habis. Namun demikian, pegawai kontrak TIDAK LAYAK Cuti Menjaga Anak (CMA).
9. Layak CMAKP – max 5 hari bagi setiap kes kuarantin
10. Layak CTR Kelompok – bagi semua 18 jenis CTR Kelompok termasuk Umrah. Kelayakan sama mcm tetap 20 hari setahun.
*𝑹𝒖𝒋𝒖𝒌𝒂𝒏 : 𝑪𝒆𝒓𝒂𝒊𝒂𝒏 𝑼𝑷1.1.1, 𝑼𝑷1.1.8, 𝑼𝑷1.1.12, 𝑺𝑹5.4.1(𝑪𝒖𝒕𝒊 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒂𝒍𝒊𝒏), 𝑺𝒖𝒓𝒂𝒕 𝑬𝒅𝒂𝒓𝒂𝒏 𝑱𝑷𝑨 𝑷𝒆𝒏𝒂𝒎𝒃𝒂𝒉𝒃𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑬𝒍𝒂𝒖𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒖𝒅𝒂𝒉𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒈𝒂𝒘𝒂𝒊 𝑳𝒂𝒏𝒕𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒐𝒏𝒕𝒓𝒂𝒌 (𝑪𝑶𝑺) 𝒅𝒂𝒏 𝑳𝑲𝑰.
31 508
Adik-adik yg nak exam pengesahan perkhidmatan tu, ni acik share bbrp info penting. Take note ttg beberapa peraturan/pekeliling dah berubah ye, kalau korang masih rujuk buku lama atau study guna contoh soalan tahun2 sebelum.
1. Cuti sakit tidak lagi terhad 15 hari mc swasta. Dah tak perlu tandatangan timbal doktor kerajaan. Kelayakan adalah 180 hari (kerajaan+swasta), 90 hari kelulusan KJ + 90 hari kelulusan KSU.
2. CTR kematian ahli keluarga dah takde 3 hari. CTR ni dh termasuk dlm CTR Kelompok jd berkongsi kelayakan 20hari dgn ctr2 lain
3. CTR suami menjaga isteri bersalin dah takde 7 hari. Yg ini pun dh masuk dlm CTR Kelompok jd kongsi kelayakan 20hari
4. Cuti haji dah ditambah baik. 40 hari atau lebih mengikut tempoh yg ditetapkan oleh pengelola haji
5. Kelayakan cuti bersalin adalah 360 hari sepanjang perkhidmatan, bukan lagi terhad 5 kali. Boleh guna 60-90 hari setiap kelahiran. Mandatori guna 60 hari
6. Maksimum boleh dibayar pergerakan gaji bagi pegawai yang belum disahkan jawatan adalah 3 kali.
7. Kalau tidak disahkan jwtn dlm tempoh 1-3 tahun, dan dikenakan tempoh lanjutan dengan denda, kesannya tidak layak dibyr pergerakan gaji bg tempoh pelanjutan dan tarikh pergerakan gaji juga berubah mengikut bila layak disahkan dlm perkhidmatan.
8. Kebenaran balik awal sejam bg wanita mengandung boleh digunakan bermula bg kehamilan 5bulan dan ke atas
9. Umur persaraan bagi lantikan selepas 2012 adalah 60 tahun.
10. Pegawai skim KWSP tidak boleh bersara pilihan, hanya boleh letak jawatan. Dan kalau letak jawatan hanya layak terima faedah KWSP. Tidak layak claim GCR dan tiada kad pesara.
11. Syarat utama bersara pilihan umur 40tahun, tempoh perkhidmatan 10tahun, lulus tapisan tatatertib
12. Lantikan Kontrak/Kontrak interim layak guna kemudahan CTR Kelompok, termasuk CTR Umrah.
13. Cuti separuh gaji kelayakan adalah 30 hari utk setiap setahun perkhidmatan, dgn jumlah terkumpul 180 hari sepanjang perkhidmatan.
14. Cuti tanpa gaji adalah 30 hari utk setiap setahun perkhidmatan, dgn jumlah terkumpul 360 hari sepanjang perkhidmatan
15. Cuti Menjaga Anak (CMA) adalah sejenis cuti tanpa gaji. Kelayakan 1825 hari atau 5tahun.
16. CMA bagi suami adalah 1 tahun (365 hari)
17. Surcaj bukan sejenis hukuman tatatertib.
18. Amaran secara pentadbiran bukan sejenis hukuman tatatertib. Kalau Amaran, ya itu tatatertib.
19. Kiraan CTR Kelompok adalah termasuk sabtu ahad dan cuti umum
20. Cuti Menjaga anak kuarantin (CMAKP) terhad 5 hari atau kurang, tertakluk perakuan doktor.
Good luck!
Keknie Sha
31 508
𝑩𝒆𝒕𝒖𝒍 𝒌𝒆 𝒌𝒂𝒍𝒂𝒖 𝑪𝑻𝑮 1 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒉𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒆𝒎𝒑𝒐𝒉 𝒑𝒆𝒓𝒌𝒉𝒊𝒅𝒎𝒂𝒕𝒂𝒏 1 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏?
Kita up balik topik ni, sbb nampaknya masih ramai belum faham kiraan sebenar tempoh perkhidmatan ni.
Tempoh perkhidmatan bagi kiraan pencen dan ganjaran dikira dalam bentuk "bulan", bukan tahun. Jadi, bilangan tahun akan di tukar kepada kiraan bulan bagi tujuan kiraan faedah persaraan.
Formula kiraan pencen bulanan dan ganjaran adalah sama bagi persaraan paksa atau pilihan, termasuk kematian dlm perkhidmatan.
Pencen :
1/600 x tempoh perkhidmatan yg diambil kira(bulan) x Gaji Pokok Akhir
Ganjaran :
7.5% x tempoh perkhidmatan yg diambil kira (bulan) x Gaji Pokok Akhir
Ok skang kita tgk apa mksd sehari CTG boleh hilang 1 bulan tempoh perkhidmatan.
Contoh tempoh perkhidmatan pegawai
25 tahun 6 bulan.
Jumlah bulan = (25 x 12) + 6 bulan = 306 bulan.
Tapi, pegawai ada 1 hari CTG.
1 hari ditolak dari 306 bulan = 305 bulan 29 hari.
Jadi, jumlah bulan yg diambil kira utk kiraan pencen hanya 305 bulan. Sbb 29 hari kita tak masuk dlm kiraan. Perkhidmatan yg genap sebulan je kita kira.
Jadi, dari jumlah asal 306 bulan, tolak 1 hari, jadi berubah kepada 305 bulan.
TETAPI;
Jika tempoh keseluruhan pegawai berkhidmat adalah 25 tahun, 6 bulan, 5 hari.
Tapi pegawai ada CTG 1 hari.
So kita tolak je 1 hari dr 5 hari tu. Jadi ia tak ganggu kiraan bulan.
Jumlah perkhidmatan yang diambil kira akan jadi kekal 306 bulan.
Sama jugak kalau pegawai dah servis 30 tahun. Jumlah dalam bulan = 360 bulan. Kalau CTG sehari saja pun akan mengubah jumlah bulan, sebab,
360 bulan - 1 hari = 359 bulan 29 hari. 29 hari tak kira dlm kiraan faedah persaraan jadi 359 saja diambil kira.
Jelas? Semoga. hehehe
